S I M P O S I U M TAREKAT TASAWUF 2016 Sempena ZIKIR PERDANA SEDUNIA Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA)
Tajuk
STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN
Disediakan Oleh: TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK
Mantan Prof Madya, Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ahli Jawatankuasa Jilsah Turuq Sufiyah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan Ahli Jawatankuasa Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Yang DiPertua, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Pengasas, Pusat Rawatan Islam MANARAH Pengasas, Pusat Perlindungan HIV Astana Budi
Tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tarikh/Hari: 21 Mei 2016 / 14 Syaaban 1437H (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang special design
[email protected]
KERTAS KERJA 1
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN Disediakan Oleh: TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI
Mantan Prof Madya, Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ahli Jawatankuasa Jilsah Turuq Sufiyah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan Ahli Jawatankuasa Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Yang DiPertua, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Pengasas, Pusat Rawatan Islam MANARAH Pengasas, Pusat Perlindungan HIV Astana Budi
PENDAHULUAN ANTARA perkara asas yang dibincangkan dalam kertas kerja ini ialah: 1) Gambaran hakikat agama Islam yang di dalam diri penganutnya. 2) Tarekat dan ringkasan sejarah awalnya. 3) Strategi utama iaitu memperkasakan takwa dan tawakal. 4) Strategi menyedarkan akal dan menghidupkan hati masyarakat moden. 5) Strategi penekanan ilmu, terutamanya hakikat dan makrifat. 6) Strategi penekanan amalan selain yang difardukan, juga penekanan amalan sentiasa zikrullah dan tafakkur yang menjadi asas utama ilmu tasawuf. 7) Strategi dari sudut keperluan gaya hidup moden, terutamanya aspek ekonomi dan kesihatan. 8) Strategi dari sudut golongan sasaran dakwah khusus untuk penghayatan tasawuf yang terdiri daripada beberapa golongan: a. Pertama, golongan masyarakat yang kekosongan jiwa, lalai akal dan mati hati. b. Kedua, golongan masyarakat yang telah melibatkan diri dalam ilmu dan amalan tasawuf iaitu golongan muhaqqiqin, para murid dan mereka yang jahil meniruniru gaya hidup sufi. c. Ketiga, golongan pemerintah yang meliputi raja, menteri-menteri dan pegawai kanan. d. Keempat, institusi pengajian tinggi dan para pelajar. e. Kelima, para ulama yang belum berminat dan beramal dengan tasawuf. f. Keenam, golongan masyarakat yang menolak tasawuf. 9) Visi strategi secara ringkas. 10) Misi strategi secara ringkas. 11) Kesimpulan dan penutup
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |1
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
ISLAM DALAM DIRI PENGANUTNYA AGAMA Islam dalam diri penganutnya, semakin tua usianya, semakin luntur dan hilang. Sabda Rasulullah s.a.w:
خري القرن قرين مث الذين يلوهنم مث الذين يلوهنم مث أييت قوم يشهدون ) (متفق عليه.واليستشهدون وينذرون وال يوفون ويظهرفيهم السمن
Maksudnya: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang mengikutinya, kemudian kurun yang mengikutinya, kemudian (lepas tersebut) lahir satu golongan yang menjadi saksi walaupun mereka tidak diminta, mereka bernazar tetapi mereka tidak tunaikan maka lahirlah orang-orang malas dan dusta”. Selepas tiga kurun tersebut, Islam di dada umatnya kian lemah dan menurun dan terus menurun, sehingga akhirnya tidak terdapat walaupun seorang alim. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إن هللا ال يقبض العلم انتزاعا ينزعه من الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حىت إذا مل يرتك عاملا أخذ الناس رؤساء جهاال فاستفتوهم فأفتوا بغري علم
) (متفق عليه.فضلوا وأضلوا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan ilmu (Islam) dengan dicabutnya dari diri manusia, akan tetapi Allah menghapuskkan ilmu (Islam) dengan diwafatkan para ulamak, sehingga apabila Allah tidak meninggalkan seorang alim pun, maka orang ramai menjadikan orang-orang jahil menjadi ketuaketua agama, maka mereka diminta memberi petua (mengenai berbagai masalah) mereka memberikan fatwa tanpa ada ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” Pada hari ini, asas agama Islam yang tiga, iaitu Islam, Iman dan Ihsan, yang tinggal di dada majoriti masyarakat Islam hanya Islam dan Iman, sedang Ihsan telah hilang lenyap. Jadi, yang ada di kalangan mereka, hanya ilmu fekah dan ilmu tauhid tanpa ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf yang ada di dada segelintir umat Islam dimusuhi oleh orang-orang Islam sendiri. Lebih menyedihkan lagi, ilmu tasawuf dianggap bukan ilmu Islam, tetapi ilmu yang sengaja direka dan diadakan-adakan oleh orang-orang sufi. Nasib agama Islam yang begini rupa dan coraknya telah pun disebutkan oleh baginda s.a.w.:
بدأ اإلسالم غريبا سيعود غريبا كما بدأ طوىب للغرابء Maksudnya: “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan menjadi asing seperti permulaannya. Berbahagialah (orang mukmin) yang (dipandang) asing.”
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |2
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Kalau kita lihat agama Islam dalam diri penganutnya, dari sudut usia atau zamannya, sejak zaman Rasulullah hingga ke hari ini, menerusi satu gambarajah, maka gambarajah tersebut dapat dilihat seperti di bawah ini:
ZAMAN RASUL
HARI INI
Kita tidak hairan dan tidak terperanjat mengenai perubahan agama Islam yang dihayati masyarakat Islam, yang digambarkan oleh Abu Talib Makki (w.286H), di zamannya, ( pertengahan abad ke 4 Hijrah), dalam kitabnya Qut al-Qulub. Beliau menegaskan banyak amalan Islam yang zahirnya Islam, tapi hakikatnya bukan Islam. Antara lain, Abu Talib Makki memberi contoh; ungkapan yang biasa digunakan oleh orang-orang Islam apabila bertemu seorang rakan, ialah:
ما خربك/ما حالك Di zaman awal Islam, jawapannya yang diberi ialah;
احلمد هلل آمنت ابهلل Di zaman Abu Talib Makki, pertanyaan tersebut diberi jawapan yang berlainan; “Alhamdulillah perniagaan aku sudah maju, anak-anak aku sudah berjaya.” Oleh sebab itu, Abu Talib Makki menegaskan hukumnya haram bertanya seorang rakan dengan menggunakan ungkapan; ماخبرك/ماحالك kerana jawapannya akan menyentuh perkara keduniaan yang membawa ujub dan riak. Mengenai tasawuf, apa yang menarik perhatian penulis ialah kata-kata Abu Husain al-Bushanji (282H). Beliau menyebutkan;
التصوف اليوم اسم بال حقيقة وقد كان حقيقة بال اسم Maksudnya: “Pada hari ini tasawuf ada namanya tapi tiada hakikatnya. Pada asalnya (di zaman nabi s.a.w dan sahabat) tasawuf ada hakikatnya, tanpa namanya.” Kita telah ditinggalkan zaman hidupnya Abu Husayn al- Bushanji kira-kira 1200 tahun, maka tidak hairan kalau hakikat tasawuf itu sudah tidak ada sama sekali, walaupun namanya digembar-gembur, diseminarkan dan didiskusikan. Kita yang hadir dalam seminar ini pun, kenal atau tidak tentang tasawuf, bolehlah dijawab oleh hati masing-masing. Jika istilah tasawuf sudah begini nasibnya, apatah lagi mengenai kandungannya dan berbagai istilah lain yang memang banyak terdapat dalam tasawuf. Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |3
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Tentunya, keadaannya lebih serius dan lebih gawat dan rumit. Penulis sendiri pun tidak pasti adakah kertas kerja yang ditulis ini memenuhi berbagai kehendak ilmu dan amalan tasawuf yang mampu mengajak masyarakat Islam yang menjalani corak dan warna hidup moden, pada hari ini dan akan datang. PENDAHULUAN – TAREKAT DAN RINGKASAN SEJARAH AWALNYA Ilmu dan amalan tarekat, bukan hanya telah disyariatkan dalam Islam, tetapi ianya juga merupakan ilmu dan amalan yang mula-mula sekali disyariatkan dalam Islam. Perintah agar Rasulullah s.a.w. berdhikrullah dan tafakkur tersirat dalam ayat 1 dan ayat 3, surah al-‘Alaq:
َۡۡ ۡ َ َ ذ ۡ َ ۡ َ ُّ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َ َ ٣ۡۡ ٱقرۡأۡوربكۡٱۡلكرم١ۡٱقرۡأۡبۡٱسمۡۡربكۡٱَّليۡخلق
Dalam ayat 1, zikirnya ismudh-dhat Allah…Allah; tafakkurnya
خالقۡلكۡشئyang mewakili seluruh
ۡ َۡ َ Dalam ayat ke 3, zikirnya ismudh-dhat Allah… Allah; tafakkurnya ۡ ٱۡلكرمyang mewakili seluruh sifat-sifat Jalal.
sifat-sifat Jamal. Terdapat juga beberapa ayat lain yang dapat membuktikan kebenaran perintah Allah yang tersirat dalam ayat 1 dan 3 surah al-‘Alaq tersebut. Antaranya ialah firman Allah:
ۡ َ َ َ ۡ َ َ َ ُّ ا َ َ ا َ َ ٱۡل ۡهرۡ ۡم َن ۡٱلۡ َق ۡولۡ ۡبۡٱلۡغدوۡ ۡ َۡو َ ۡ ۡ ون ۡۡٱٓأۡلصال َوٱذكر ۡ ذر ذبك ِۡف ۡنفسك ۡتَضٗع ۡوخيفة ۡود َۡ َ َ َ ٢٠٥ۡي َۡ نۡٱلغَٰفل ۡ َوَلۡتكنۡم
Maksudnya: “(Ya Muhammad) Hendaklah engkau sebut dan ingat nama TuhanMu (Allah) di dalam hatimu, dalam keadaan hatimu merendah diri kepada Allah dan takut kepadaNya, tanpa ada suara sepanjang masa siang dan malam, dan janganlah engkau menjadi orang yang berhati lalai.” (al-‘Araf, 205) Firman Allah:
ۡ َ َ َ َ ََذۡ َۡ َۡ ا ۡ ٨َۡۡوٱذكرۡۡٱس ۡمۡربكۡوتبتلۡإَلهۡتبتيٗل
Maksudnya: “Hendaklah kamu sebut dan ingat nama Tuhan kamu Allah dan hendaklah kamu tabtil kepadaNya dengan sebenar-benar tabtil.” Di samping itu, terdapat banyak ayat al-Quran yang lain dan hadis Nabi s.a.w. yang memerintahkan agar orang mukmin berwirid dan berzikir. Malahan wirid dan zikir sememangnya menjadi amalan Nabi s.a.w. Baginda ajarkan wirid dan zikir kepada para sahabat, sehingga mereka menjadi ahli wirid dan zikir dan seterusnya amalan tersebut sebati pada zahir dan batin mereka. Mereka digelarkan oleh Allah dengan gelaran ulul-albab (Al ‘Imran 190-191) dan as-sabiqun. (al-Waqi’ah, 10). KALIMAH TAREKAT DALAM ISLAM TAREKAT ( )ألطريقةsecara literal bermakna jalan. Di dalam al-Quran kalimah ألطريقةdisebut sekali sahaja, dalam surah al-Jin, 16. Kalimah طريقةdisebut sekali, طريقdisebut empat kali. Ada tiga Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |4
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
kalimah lain dalam al-Quran yang bermakna jalan; صراط, سبيلdan شاكلة. Kalimah شاكلةdisebut sekali (al-Isra’, 84). Kalimah سبيلdisebut sebanyak 127 kali. Kalimat صراطdisebut sebanyak 39 kali. Ketiga-tiga kalimah سبيل, صراطdan طريقkerap juga digunakan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabiin sehingga sampai ke zaman ini. Contohnya hadis:
من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل أهلل له طريقا إىل اجلنة Maksudnya: “Sesiapa yang menjalani satu jalan untuk mencari ilmu, Allah permudahkan baginya satu jalan ke syurga.” Dalam al-Fatihah صراطdisebut 2 kali, iaitu pada ayat yang ke enam dan ayat yang terakhir. Kalimah سبيلmemang sangat popular, sebab seperti disebutkan di atas, kalimah ini disebut sebanyak 127 kali dalam al-Quran. Ketiga-tiga kalimah طريقةatau طريق, صراطdan سبيلdengan makna jalan memang sudah biasa, popular dan sangat jelas dalam Islam. Selalu disebut ( طريقة الجهنمjalan ke neraka) ( طريقة الجنةjalan ke syurga), ( طريقة الدينjalan agama) dan sebagainya. Sepatutnya istilah-istilah tersebut tidak menimbulkan apa-apa masalahan di kalangan ummat Islam.
KALIMAH ألطريقةDALAM TASAUF DALAM tasawuf, ألطريقةmemang tidak asing lagi, khasnya di kalangan sufiyyah, para peminat dan pengamalnya. Bagi mereka, tarekat adalah merupakan rukun yang sangat penting bagi ilmu tasawuf. Abu Kassim al-Junaidi menegaskan dengan katanya:
ذكرهللا ركن قوي يف هذا العلم بل ال يصل أحد إىل هللا إال بدوام الذكر Maksudnya: “Dhikrullah adalah rukun utama dalam ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (hakikat dan makrifah) Allah kecuali, ia sentiasa berdhikir.” Tarekat merupakan satu madrasah ilmu dan amalan tasawuf yang khusus, bersumberkan al-Quran dan sunnah, yang membolehkan seseorang mukmin meningkat ke darjat ihsan.
MAKNA TAREKAT YANG UMUM KALIMAH al-Toriqah ( )ألطريقةsecara literal bermakna jalan. Bila kalimah ini dihubungkan dengan agama Islam, mempunyai makna jalan ma’nawi atau madrasah ma’nawiyyah bagi agama Islam. Firman Allah s.w.t.:
َ َ ذ ۡ َ َ َٰ ْ َ َ ذ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َٰ ذ ٓ ً َ َ ا ١٦ۡوألوۡٱستقمواۡلَعۡٱلطريقةۡۡلسقينهمۡماءۡغدقا
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |5
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Maksudnya: “Sekiranya manusia istiqamah di atas al-toriqah ini, nascaya kami akan kurniakan kepada mereka air (pelbagai rahmat dan nikmat zahir dan batin) yang melimpah ruah”. (al-Jin, 16). Majoriti ahli tafsir menafsirkan kalimah at-toriqah yang tersebut diatas dengan makna al-Islam. Oleh yang demikian, maka kedua-dua kalimah al-Islam dan at-Toriqah sama maknanya. Kita juga boleh maknakan kalimah at-Toriqah dengan: ( )طريقة أإلسالمbermaksud, jalan atau tarekat bagi agama Islam ( )ألطريقة أإلسالميةbermaksud, jalan atau tarekat yang dibangsakan kepada Islam atau yang bercorak Islam. Asas agama Islam tiga iaitu: Islam (rukunnya lima), Iman (rukunnya enam) dan Ihsan, seperti sabda Rasulullah s.a.w.:
أإلحسان أن تعبد هللا كأنك ترأه فإن مل تكن ترأه فإنه يرأك Maksudnya; “Ihsan ialah anda beribadat kepada Allah seolah-olah melihatNya, jika tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat anda.’’ Seluruh manusia yang beragama Islam dapat kita bahagikan kepada dua bahagian atau dua kelompok besar. Kelompok yang pertama, yang hanya mampu menyempurnakan dua dari tiga rukun agama Islam iaitu Islam rukunnya lima dan Iman rukunnya enam. Kelompok kedua, mereka yang berjaya menyempurnakan ketiga-tiga asas agama Islam iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Kelompok pertama iaitu kelompok manusia yang berjaya menyempurnakan hanya dua asas dari tiga asas agama Islam iaitu beramal dengan rukun Islam yang lima dan percaya kepada rukun iman yang enam, jadilah ia seorang muslim dan mukmin. Bermakna ia telah menjadi seorang anggota toriqah yang umum atau toriqatul-Islam. Kita boleh anggap, inilah kadar minima amalan dan akidah Islam yang wajib ditaati. Mereka inilah di akhirat nanti di masukkan ke dalam golongan Ashabul Maimanah atau golongan sebelah kanan yang dimasukkan ke syurga. Firman Allah:
ۡ َٰ َ ۡ َ ٓ َ َ َ ۡ َ ۡ َٰ َ ۡ َ َ َ ۡ َ َ ٨ۡفأصحبۡٱلميمنةۡماۡأصحبۡٱلميمنة Maksudnya: “Golongan sebelah kanan, alangkah bahagianya golongan sebelah kanan kerana mereka diletakkan oleh Allah ke dalam syurga.” (al-Waqi’ah, 8)
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |6
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
MAKNA TAREKAT YANG KHUSUS Kelompok kedua yang tersebut di atas adalah kelompok manusia yang beragama Islam yang mampu istiqamah menyempurnakan ketiga-tiga asas agama Islam yang tersebut. Kelompok inilah kelompok yang khusus. Kelompok inilah yang dijanjikan oleh Allah sekiranya mereka istiqamah di atas tarekat agama Islam mereka akan dikurniakan oleh Allah pelbagai nikmat dan rahmat zahir dan batin, dunia dan akhirat yang melimpah ruah. Oleh kerana kelompok kedua ini dapat menyempurnakan asas agama yang ketiga iaitu ihsan, maka bererti mereka telah sampai ke darjat Ihsan dan menjadi seorang muhsin. Keistimewaan mereka telah ditegaskan oleh Allah dengan firmanNya:
ۡ ذ ََۡ َ ذ ٞ ٱّللۡقَر ٥٦ۡي َۡ يبۡم َنۡٱلم ۡحسن ۡ ۡت إنۡرۡح
Maksudnya: “…Sesungguhnya rahmat Allah sangat hampir kepada golongan muhsinin”. (Al-‘Araf: 56) Penegasan Allah di akhir ayat 56 surah al-‘Araaf ini adalah sama dengan apa yang Allah tegaskan di akhir ayat 16 surah al-Jin. Bahawa, mereka yang istiqamah di atas jalan atau tarekat agama Islam akan dikurniakan oleh Allah berbagai rahmat dan nikmat, zahir dan batin, dunia dan akhirat yang melimpah ruah. Dari keterangan yang telah diberikan ternyata manusia yang beragama Islam yang mampu istiqamah seperti yang disebutkan oleh Allah dalam ayat 16 surah al-Jin tersebut adalah merupakan manusiamanusia yang berjaya mengikut tarekat yang khusus. Apabila seseorang muslim dan mukmin yang telah bertarekat dengan tarekat yang umum tersebut, berjaya meningkat ke darjat ihsan, maka bermakna ia telah mengikut tarekat yang khusus. Sabda Rasulullah s.a.w.:
أإلحسان أن تعبد هللا كأنك ترأه فإن مل تكن ترأه فإنه يرأك Maksudnya; “Ihsan ialah anda beribadat kepada Allah seolah-olah melihatNya, jika tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat anda.’’ Tarekat yang khusus inilah yang telah didefinisikan oleh Syeikh Muhammad Zakaria alKandahlawi dalam kitabnya Al-Syari’ah wat-Toriqah dengan katanya:
ألطريقة هي ألطريقة أليت ميكن هبا الوصول إىل درجة أإلحسان Maksudnya: “Tarekat adalah jalan yang menyampaikan (seseorang mukmin) ke darjat ihsan …”. Dalam tasawuf, bila disebutkah al-toriqah (jamaknya at-turuq) bermaksud tarekat yang khusus ini, seperti yang biasa kita sebutkan; tarekat Ahmadiyyah, tarekat Qadiriyyah, tarekat Satariyyah dan Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |7
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
sebagainya lagi. Dianggap khusus kerana ianya khusus dapat memperbaiki aspek ahwal qalbiyyah (keadan hati seperti hati keras menjadi lembut) dan maqamat qalbiyyah (sifat-sifat hati seperti taubbat, sabar, syukur dll) yang akhirnya menyampaikan seseorang mukmin ke darjat ihsan dan jadilah ia seorang muhsin Diakhirat dimasukkan dalam golongan muqarabun. Firman Allah:
ٞذ َ ۡ َ َ َ َ َٰ َ ذ َٰ َ ذ َذ ۡ ثلة ۡم َن١٢ۡ ۡجنَٰت ۡٱنلذعيم ِف١١ۡ أ ْو َٰٓلئك ۡٱلمق ذربون١٠ۡ ۡٱلسبقون وٱلسبقون ٞ ََ َ َۡذ َ َ ١٤ۡ وقليلۡمنۡٱٓأۡلخرين١٣ۡٱۡلولي
Maksudnya: “Dan golongan sabiqun, alangkah bahagianya golongan as-sabiqun. Mereka adalah golongan muqarrabun. Mereka di jannatin-naim ramai bilangan di peringkat zaman awal Islam dan sangat sedikit diperingkat zaman akhir Islam.” (alWaqi’ah, 10). Tarekat yang khusus ini dapat kita lihat lebih jelas lagi dalam definisi yang dibuat oleh Syeikh Jirjani (w. 816 H.) dalam kitabnya, at-Ta’rifat. Beliau mendefinasikan tarekat yang khusus ini dengan katanya:
ألطريقة هي ألسرية أملختصة للساكني إىل أهلل من قطع أملنازل وألرتقى يف املقامات Maksudnya: “Tarekat ialah satu metod mujahadah khusus, (yang merangkumi keduadua aspek mujahadah zahir dan batin) bagi golongan salikin, menuju kepada Allah s.w.t. (menuju kepada hakikat dan makrifatNya), yang mesti menempuh pelbagai manazil qalbiyyah (hal keadaan hati dan nafsu) dan (juga menempuh) peningkatan makam-makam hati (maqamat qalbiyyah) (menerusi amalan dan latihan kerohanian, dengan bimbingan syeikh mursyid). Apa yang dimaksudkan oleh syeikh Jirjani dalam difinsinya yang tersebut ialah; menerusi tarekat, keazaman dan mujahadah kita dalam proses membuang pelbagai sifat tercela dan pelbagai keadaan hati yang buruk dan juga usaha menerapkan pebagai sifat terpuji dapat dicapai.
SEKILAS PANDANG SEJARAH AWAL TAREKAT MENURUT beberapa tokoh tafsir seperti Abu ‘Ubaydah dan Syeikh Ni’matullah, surah al-‘Alaq: 1, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. berzikir dengan menyebut dan mengingat ismudh-dhat Allah…Allah…Allah…. Pandangan Syeikh Abu ‘Ubaydah tersebut dikukuhkan lagi oleh Ibnu Abi Jumrah, dengan huraian dan keterangan yang lebih lajut dalam kitab hadisnya, Bahjah al-Nufus. Pilihan Allah nombor satu ini tentulah tersangat penting bagi Rasulullah s.a.w. dan umatnya. Apa yang kita sedihkan ialah pilihan Allah nombor satu ini sudah dilupakan oleh majoriti umat Islam, malah tidak kurang mereka yang mempersendakan dan menentangnya. Pengamalnya pula dilabelkan dengan pelbagai gambaran yang sangat buruk.
ۡ َا ََ ا ۡ َ َ ۡ ۡۡٱذكر ٢ۡكۡبكرةۡوأصيٗل ۡ ٱس َۡمۡ َرب ۡو Maksudnya: “Dan engkau (ya Muhammad) sebut dan ingatlah nama Tuhanmu (Allah) sepanjang masa siang dan sepanjang masa malam”. (Surah al-Insan, 25)
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |8
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. supaya berzikir dengan menyebut dan mengingati ismudhdhat Allah…Allah…Allah. Tentunya secara jihar dan juga sir. Kemudian Allah perintahkan agar baginda berzikir dengn ismudh-dhat secara sir, dengan firmannya:
ۡ َ َ َ ۡ َ َ َ ُّ ا َ َ ا َ َ ٱۡل ۡهرۡ ۡم َن ۡٱلۡ َق ۡولۡ ۡبۡٱلۡغدۡوۡ ۡ َۡو َ ۡ ۡ ون ۡۡٱٓأۡلصال َوٱذكر ۡ ذر ذبك ِۡف ۡنفسك ۡتَضٗع ۡوخيفة ۡود َۡ َ َ ٢٠٥ۡي َۡ َوَلۡتكنۡم َنۡٱلغَٰفل Maksudnya: “Sebut dan ingatlah (ya Muhammad s.a.w.) nama Tuhanmu (Allah) dalam hatimu (hatimu dalam keadaan tadarru’/merendah diri dan takut kepada Allah) tanpa ada suara, sepanjang waktu siang dan malam. Janganlah engkau (ya Muhammad) menjadi orang yang berhati ghaflah (lalai)” (Surah al-A’raf, 205)
Menurut syeikh Fakhrul-Razi, dalam kitab tafsirnya, tafsir al-Kabir, berdasarkan ayat 205 al-A’raf ini, Rasulullah s.a.w. wajib berzikir dalam hati, secara sir atau zikir khafi tanpa ada suara, dengan menyebut Allah..Allah…Allah terus menerus sepanjang waktu siang dan malam. Menurut beliau, بالغدو mewakili seluruh waktu siang dan واالصالmewakili seluruh waktu malam. Perintah Allah tersebut telah dilakukan oleh baginda s.a.w. sebaik-baiknya, di bawah bimbingan Jibril a.s. Oleh itu hati baginda s.a.w. sentiasa ingat Allah sepanjang masa siang dan malam, Masa jaga dan masa tidurnya, hati baginda sentiasa berzikir secara automatik, menyebut Allah…Allah…Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إن عي ن ت نامان وال ينام ق لب Maksudnya: “Sesungguhnya kedua-dua mataku menidurkan aku, tetapi hatiku sentiasa tidak tidur” Apakah yang dimaksudkan ungkapan; “…hatiku sentiasa tidak tidur?” Maksudnya, semasa baginda s.a.w. tidur, hatinya terus berzikir secara automatik, menyebut Allah…Allah…Allah… Hadis tersebut di atas dikuatkan lagi dengan kata penegasan sayidatina ‘Aishah:
وكان رسول هللا يذكر ربه كل أحيانه Maksudnya: “Adalah Rasulullah s.a.w. sentiasa ingat Tuhannya (Allah) sepanjang masanya” Maka, hati baginda s.a.w. bersih dari ghaflah atau lalai.
UMATNYA JUGA DIPERINTAH BERZIKIR ISMUDH-DHAT, SEPERTI YANG DIPERINTAH KEPADA BAGINDA S.A.W. JIKA Rasulullah s.a.w. wajib berzikir seperti yang diperintahkan dalam kedua-dua ayat di atas, apakah hukum berzikir ke atas umatnya, seperti yang dilakukan oleh baginda s.a.w. tersebut?
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |9
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Setengah ulamak mengatakan hukumnya wajib. Antara ulamak yang mengatakan wajib ialah syeikh Fakhrul-Razi. Setengah ulamak yang lain menghukumkan sunat, tetapi boleh menjadi wajib musabbab. Misalnya bagi seseorang yang yakin, tanpa berzikir ismudh-dhat seperti yang diajarkan oleh baginda s.a.w. itu, keadaan ghaflah (kelalaian) hatinya tidak boleh hilang, maka berzikir ke atasnya, hukumnya wajib musabbab.
RASULULLAH S.A.W. AJARKAN ZIKIR ISMUD-DHAT KEPADA SAHABAT ZIKIR ismudh-dhat Allah…Allah…Allah tersebut Rasulullah s.a.w. telah ajarkan kepada para sahabat. Di zaman Mekah mahupun di zaman Madinah para sahabat berzikir siang dan malam, seperti baginda s.a.w. Firman Allah:
ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َ َۡ َ ذ َ ََ ۡ َ ذ ۡ َ َ َ ۡينۡيدعونۡربهمۡبۡٱلغدوةۡۡ ۡوٱلعشۡۡيريدونۡوجههۡۥ ۡ َلۡتطردۡٱَّل ۡو
Maksudnya: “Dan janganlah (ya Muhammad) engkau halau mereka (orang yang beriman) yang sentiasa menyeru Tuhan mereka (menyebut dan ingat nama Tuhan mereka, Allah…Allah…Allah) sepanjang siang dan malam yang mereka mahukan hanyalah keredaan Allah” (Surah al-An’am, 52) Di zaman Madinah pula, Allah berfirman:
ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َ َۡ َ َ ۡ ۡ َۡ َ َ َ َ ذ ۡ َ ذ َ َ َ ٢٨ۡۡينۡيدعونۡربهمۡبۡٱلغدوةۡۡ ۡوٱلعشۡۡيريدونۡوجههۡۥ ۡ بۡنفسكۡمعۡٱَّل ۡ وٱص
Maksudnya: “Dan sabarkanlah hatimu (ya Muhammad) untuk terus bersama dengan mereka yang sentiasa menyebut dan mengingati Tuhan mereka, Allah, sepanjang siang dan malam, yang mereka mahu keredaan Allah…” (Surah al-Kahfi, 28).
RASULULLAH S.A.W. TALKINKAN ILMU DAN AMALAN TAREKAT DALAM sebuah hadis musalsal berasal dari Saidina ‘Ali, diriwayatkan oleh al-Tibrani dan al-Bazzar dengan para sanad yang hasan; saidina ‘Ali meminta agar Rasulullah s.a.w. mengajarkannya satu tarekat. Kata Saidina Áli:
اي رسول هللا دلن على اقرب الطرق إىل هللا وأسهلها على عباده وأفضلها عنده
تعاىل
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 10
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Bermaksud: “Ya Rasulullah ajarkan kepadaku (satu) tarekat yang paling dekat (untuk sampai) kepada Allah (hakikat dan makrifatNya) dan yang paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah dan yang paling afdal di sisi Allah”. Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya:
اي على عليك مبداومة ذكر هللا سرا وجهرا Maksudnya: “Ya ‘Ali (jika engkau mahu satu tarekat seperti yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah di atas engkau sentiasa kekal berdhikrullah secara sir (dalam hati tanpa suara) dan secara jihar (bersuara)”. Bila saidina ‘Ali mendengar jawapan Rasulullah (s.’a.w.) itu maka beliau seakan-akan kurang yakin. Oleh sebab itu beliau segera berkata:
كل الناس ذاكرون اي رسول هللا فخصن بشيء Maksudnya: “Orang ramai telah berdhikrullah ya Rasulullah (ajarkan aku) sesuatu (amalan) secara khusus.” Rasulullah (s.’a.w.) segera bersabda:
ولو أن السماوات واألرض, أفضل ما قلته أان والنبيون من قبلي ال اله إال هللا يف كفة وال اله إال هللا يف كفة لرجحت هبم وال تقوم القيامة وعلى وجه األرض
. ال اله إال هللا: من يقول Maksudnya: “Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah ال اله اال هللا. Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan (kalimah) ال اله اال هللاitu berada di sebelah dacing (yang satu lagi) nescaya ال اله اال هللا itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak berlaku sedang di atas muka bumi ada orang yang menyebut ال اله اال هللا. Saidina ‘Ali menjadi begitu yakin lalu berkata:
فكيف اذكر
Maksudnya: “Maka bagaimanakah (caranya) aku hendak berdhikr?” Rasulullah bersabda :
مث فعل ذلك.غمض عينيك وامسع مىن ال اله إال هللا مث قلها ثالاث وأان امسع
برفع الصوت
Maksudnya: “Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan dengarlah (baik-baik ketika) aku menyebut kalimah ال اله اال هللاsebanyak tiga kali. Kemudian
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 11
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
engkau sebutlah ال اله اال هللاtiga kali dan aku akan menyemaknya. Kemudian Rasulullah (s.’a.w.) melakukan (sebutan) ال اله اال هللاitu dengan menguatkan suara.” (Hadith musalsal ini berasal dari Saidina ‘Ali diriwayatkan oleh al-Tibrani dan al-Bazzar dengan para sanad yang hasan). (‘Isa ‘Abd. al-Qadir, Haqaiq ‘An al-Tasawwuf, h. 84-85). Dari hadith di atas kita dapat saksikan dengan terang bagaimana Rasulullah (s.a.w.) telah mentalqinkan atau mengajarkan atau membai’ahkan saidina ‘Ali amalan dhikr tahlil lisan ال اله اال هللا. Dhikrullah yang ditalqinkan seperti inilah yang diistilahkan sebagai dhikr darajat iaitu dipelajari secara tertentu, diamalkan dengan cara tertentu, dilengkapkan dengan perbagai adab-adab sebelum berdhikr, sedang berdhikr, sesudah berdhikr dan sebagainya. Kalimah atau perkataan الطرقadalah jama’ takthir bagi perkataan الطريقة. Oleh itu Saidina ‘Ali bermaksud agar Rasulullah (s.’a.w.) mengajarkan satu tarekat yang paling dekat untuk sampai kepada hakikat dan makriffat ))أشد قريبا الى هللا. Dari pertanyaan ‘Ali dan jawapan Rasulullah (s.’a.w.) tersebut jelas sekali wujudnya istilah الطريقة dan konsepnya iaitu sentiasa berdhikrullah samada secara sir atau jihar. Asas amalan tarekat yang wujud di kalangan umat Islam di seluruh dunia sentiasa berdhikrullah seperti itu. Rasulullah (s.’a.w.) juga pernah mentalqinkan dhikr tahlil secara beramai-ramai serentak. Ya’li bin Shaddad pernah menceritakan bahawa ayahnya (Shaddad) pernah berkata:
هل فيكم غريب؟ يعىن من: كنا عند رسول هللا صلى هللا عليه وسلم فقال ارفعوا ايديكم:فامر بغلق الباب فقال. ال اي رسول هللا: فقلنا.اهل الكتاب
فرفعنا أيدينا وقلنا ال اله اال هللا.وقولوا ال اله اال هللا
Maksudnya: “Kami sedang bersama-sama Rasulullah (s.’a.w.), baginda bertanya: Adakah di kalangan kamu ada orang asing? (seseorang ahli kitab). Kami pun menjawab: Tidak ada orang asing ya Rasulullah. Maka baginda pun menyuruh kami supaya menutup pintu seraya bersabda: Angkatlah tangan-tangan kamu dan sebutlah La ilaha illalLah. Maka kami pun mengangkat tangan kami sambil kami menyebutkan La ilaha illalLah .” Jelas sekali, tarekat memang disyari’atkan di dalam Islam. Orang yang pertama beramal tarekat ialah Nabi Muhammad (s.’a.w.), diikuti oleh para sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah itu telah digunakan oleh Nabi (s.’a.w.) dan para sahabat. Konsep tarekat itu sendiri pun telah dijelaskan dengan begitu terang oleh baginda (s.’a.w.).
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 12
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
BAI’AH TAREKAT yang khusus, serentak ketika ditalkinkan oleh syeikh mursyid, murid mesti melakukan baiáh iaitu pengakuan hati murid untuk taat kepada Allah dan patuh kepada syeikh. Ini didasarkan kepada amalan sahabat yang berbaiáh kepada Rasulullah s.a.w seperti yang disebut di dalam firmanNya yang bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang yang berbai’ah kepada engkau (ya Muhammad), sesungguhnya mereka (pada hakikatnya) berbai’ah kepada Allah. Kekuasaan Allah di atas kekuasaan mereka. Barangsiapa yang melanggar bai’ahnya maka bahayanya (terkena) atas diri sendiri dan sesiapa yang menyempurkan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepadanya.” (Surah Al-Fath: 10) Kita dapati kedua-dua amalan talkin dan baiáh bukan bid’ah. Sebaliknya kedua-duanya adalah sunnah Rasulullah (s.’a.w.). Kerana itu sheikh ‘Abd. al-Qadir ‘Isa dalam kitabnya Haqaiq ‘An al-Tasawwuf menegaskan: “Kemudian, para ulama’ pewaris (nabi s.’a.w.) dari kalangan para syeikh mursyid sufi menggunakan manhaj Rasulullah (s.’a.w.) ini dalam melakukan bai’ah (dan talqin).”
GAMBARAN AHLI TAREKAT DALAM AL-QURAN Firman Allah bermaksud: “(Ulul-albab) adalah orang-orang yang sentiasa berdhikrullah (dalam keadaan) berdiri, duduk dan berbaring, sambal tafakkur terhadap (ayat-ayat Allah) dalam kejadian di langit dan di bumi. Mereka pun berkata; Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau tidak jadikan semua kejadian ini kosong belaka, tetapi penuh dengan rahsia dan hikmahMu ya Allah. Maha Suci Engkau ya Allah, peliharalah kami dari api neraka.” (Al-‘Imran, 191). Dalam ayat di atas, golongan ulul-albab sentiasa berdhikrullah dan tafakkur. Natijahnya, Allah kurniakan mereka tadhakkur yang bermakna sampai di darjat Ihsan.
ASHABUS-SUFFAH SIAPAKAH golongan “ulul-albab” yang disebut dalam ayat di atas? Di zaman hayat Rasulullah, ululalbab adalah sebahagian sahabat yang sentiasa berdhikrullah dan tafakkur. Mereka telah diajar oleh baginda (s.’a.w.) bagaimana cara berdhikrullah. Antara mereka yang sentiasa berdhikrullah ialah ashab’s-suffah – sahabat yang beruzlah dan beri’tikaf di serambi Masjid Nabi di Madinah. Saidina ‘Ali pernah menyebutkan keadaan mereka dan apa yang mereka sentiasa amalkan ketika berada di dalam masjid itu. Beliau menyatakan: Maksudnya: “Demi Allah sesungguhnya aku dapat menyaksikan (benar-benar) para sahabat Muhammad (s.’a.w.). Aku tidak nampak sesuatu (sifat manusia lain) yang serupa Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 13
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
mereka. Sesungguhnya di pagi-pagi hari muka mereka pucat, rambut mereka kusut masai dan berdebu. Mereka kelihatan (penat) seperti (orang musafir) yang menunggang unta. Mereka berjaga malam dengan sujud dan berdiri (sentiasa bersembahyang), membaca alQur’an. Bila waktu Subuh mereka berdhikrullah menggerakkan badan (ke kiri dan kanan) seperti pokok ketika di musim angin kuat. Bergenang mata mereka dengan air mata, demi Allah sampai basah pakaian mereka KESIMPULANNYA TELAH diterangkan secara ringkas difinasi tarekat,konsepnya, kepimpinannya, pembelajarannya, penghayatannya, kedudukannya dalam Islam, hukum mengamalkannya, adab zahir batinya, visinya dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Sangat jelas institusi tarekat yang menjadi madrasah kerohanian yang ideal dan lengkap telah wujud di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Warna dan corak mujahadah zahir batin baginda s.a.w. bersama para sahabat, tersalin dengan jelas sekali dalam madrasah turuq sufiyyah yang wujud pada hari ini. Jelas juga tarekat adalah amalan yang menyampaikan ke darjat ihsan atau tasawuf, membolehkan seseorang menjadi muhsin atau sufi. Setiap sufi adalah ahli tarekat. Al-Quran dan sunnah adalah sumber ilmu dan amalan tarekat yang wajib dipercayai. Tepatlah penegasan sesetengah sufi ;sesiapa yang mengatakan tarekat yang muktabar tidak ada asasnya dalam al-Quran dan sunnah ia jadi kafir.
IJTIHAD PARA SUFI DENGAN kewafatan Rasulullah s..a.w. wahyu berakhir, berbagaai masalah umat Islam kian bertambah yang menjadi faktor mendorongkan pintu ijtihad mesti dibuka. Pengkhususan ilmu dan amalan Islam terpaksa dilakukan bagi memenuhi keperluan umat Islam yang semakin lemah daya ingatan dan kefahaman mereka. Impaknya, Islam yang asalnya satu, utuh, lengkap menjadi berpecah, hingga mewujudkan berbagai disiplin ilmu dan amalan yang khusus. Akhirnya lahirlah golongan fuqaha’ yang mengkhusus ijtihad di bidang fekah, mutakallimin di bidang tauhid, mufassirin di bidang tafsir Quran, muhaddithin di bidang hadis, sufiyyah di bidang tasawuf dan sebagainya lagi. Di abad kedua dan ketiga hijrah, keempat-empat mazhab fekah, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali telah wujud dan berpengaroh, menjadi ikutan dan pegangan umat Islam. Di abad yang sama, ijtihad sufiyyah juga telah mencapai kejayaan seiring demgan kejayaan ijtihad di bidang fekah dan berbagai bidang ilmu dan amalan Islam yang lain. Jika Imam Ahmad bin Hanbal (w.241 H.) mewariskan mazhab Hanbali, Syeikh Abu Haris al-Muhasibi,(w.243H.) seorang sufi yang terkennal mewariskan tarekat Muhasibiyyah , 27 buah kitab tasawuf dan berbagai teori , konsep dan istilah tasawuf. Menurut syeikh al-Hujwiri (w.465H.) dalam kitabnya, Kashful-Mahjub ,di zaman hidup beliau terdapat sebanyak sepuluh aliran tarekat yang muktabar: 1. Al-Muhasibiyyah (di nisbahkan kepada Abu Harith al-Muhasibi ,w.243H.)
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 14
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
2. At-Tayfuriyyah (di nisbahkan kepada Abu Yazid al-Bustami yang berasal dari daerah Tayfur ,w.262H.) 3. Al-Qassariyyah (di nisbahkan kepada Hamdun Bin Ahmad al-Qassar, w.271H), 4. Al-Khurraziyyah (dinisbahkan kepada Abu Said al-Khurraz w.279H), 5. Al-Sahliyyah (di nisbahkan kepada Sahal Bin Abdullah al-Tusturi, w.282H) 6. Al-Hakimiyyh (di nisbahkan kepada Muhammad Bin Ali al-Hakim al-Tirmizi, w. 285H ), 7. Al-Nuriyyah (di nisbahkan kepada Abu Hassam al-Nuri w.295H), 8. Al-Junaydiyyah (di nisbahkan kepada Abu al-Qasim al-Junaydi al-Baghdadi (w.297H) 9. Al-Sayyariyyah (di nisbahkan kepada Abu Abbas al-Sayyar w. 342H). 10. Al-Hafifiyyah (di nisbahkan kepada Muhammad bin Hafif w. 371H) Zaman terus beredar, abad berganti abad, tarekat yang menjadi asas utama ilmu tasawuf terus-menerus popular, diminati dan berkembang. Berpuluh-puluh, kalaupun tidak beratus-ratus aliran tarekat yang yang muktabar yang pernah kita dengar, bukanlah hasil kerja sia-sia golongan juhala’ (golongan para jahil), tetapi semuanya adalah hasil ijtihad tokoh-tokoh sufiyyah yang berwibawa, didasarkan di atas dalil al-Quran dan Sunnah yang jelas.
KEPENTINGAN DISIPLIN TAREKAT TASAWUF PENGARUH tasawuf di abad kedua dan ketiga juga telah menarik perhatian gulungan ulamak lainnya, termasuklah mutakallimin, mufassirin, muhaddithin dan fuqaha’. Mereka memahami kedudukan dan kepentingan tarekat sebagai asas utama tasawuf sebagaimana yang ditegaskan oleh syeikh Abu Qasim al-Junaydi: “Dhikrullah adalah rukun utama dalam ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (hakikat dan makrifat) Allah kecuali ia sentiasa kekal berzikir’’ Keempat-empat imam, Abu Hanifah (w.150H.), Imam Malik (w.167H.), Imam Syafie (w.204H.) dan Imam Ahmad Ibnu Hambal (w.241H.) bukan hanya turut belajar dan beramal dengan tarekat tasawuf tetapi mereka juga mengakui peranan dan kepentingannya. Imam Abu Hanifah yang berguru dengan Syeikh Ja’far as-Sodiq (w.148H.) berkata: “Kalaulah tidak disebabkan dua sunnah, (sunnah yang zahir iaitu fekah dan yang batin iaitu tarekat tasawuf) nescaya binasalah Nu’man” Imam Malik juga meninggalkan wasiat penting dengan katanya: “Sesiapa yang hanya beramal dengan fekah, tanpa bertasawuf ia jadi fasik (berdosa besar), sesiapa yang hanya bertasawuf sahaja tanpa fekah ,ia jadi zindik (terkeluar dari Islam), sesiapa yang mengabungkan kedua-duanya (semasa beramal) sesungguhnya ia sampai kepada hakikat sebenar.” Apakah maksud wasiat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tersebut? Setelah beramal dengan tarekat tasawuf, kedua-dua tokoh memahami, setiap amalan tidak boleh dipisahkan dari tiga aspek iaitu syariat, tarekat dan hakikat; jika sesorang mukmin hanya beramal berdasarkan fekah sahaja bermakna Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 15
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
ia hanya dapat melakukan aspek syariat sahaja; dua aspek lain, tarekat dan hakikat akan tertinggal dan tidak tercapailah tujuan ibadat. Solat misalnya, aspek syariatnya ialah menjaga segala syarat dan rukun qauli dan fi’linya dengan sampurna. Aspek tarekat bagi solat ialah kesedaran taqarrub kepada Allah dengan dhikir mengingati namaNya dan tafakkur terhadap kewujudanNya, sifat-sifat keaggungan dan kesampurnanNya. Aspek hakikat solat ialah roh mushahadah terhadap Allah dengan tadhakkur. (Aspek tarekat dan hakikat ini atau sentiasa berzikir, tafakkur dan tadhakkur boleh kita fahami dalam surah Al ‘Imran, ayat 191). Imam Syaf’ie juga mengingatkan kita mengenai kepentingan tarekat tasawuf dengan katanya: “Sesiapa yang mahu berbagai hijab hatinya dibukan oleh Allah, lalu Allah limpahkan ilmu (terus ke dalam hatinya), wajiblah ia melakukan khalwat dan mengawal makan dan menjauhkan diri dari orang-orang yang jahil dan juga ulamak yang mengikutkan nafsu dan yang tidak beradab”. Wasiat Imam Syaf’ie ini bermaksud, tarekat tasawuf yang diamalkan dalam khalwat akan dapat meningkatkan tauhid ke tingkat hakikat dan makrifat. Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengingatkan puteranya, Abdullah dan juga kita semua dengan wasiatnya: “Wahai anakku wajiblah engkau belajar dari orang-orang sufi, kerana mereka boleh membantumu untuk membentuk sifat takut kepada Allah, tawakal dan ...”
KESAN PENGARUH DUA TOKOH BESAR TAREKAT SEPULUH aliran tarekat yang disenaraikan di atas telah meninggalkan impak yang bersar dalam perkembangan dan penyebaran pengaruh tarekat tasawuf di zaman seterusnya di seluruh dunia Islam. Terutamanya pengaruh dua tokoh besarnya; syeikh Abu Qasim al-Junaydi al-Baghdadi (w.297H.) yang dianggap sebagai syeikh bagi semua syeikh di bidang tarekat dan imam bagi semua imam di bidang syariat. Maksudnya, di zaman hidupnya, beliaulah tokoh paling alim di kedua-dua bidang, fekah dan tasawuf. Tokoh kedua ialah syeikh Abu Yazid al-Bustami(w.262H.). Kedudukan dan peranannya pernahnya diakui oleh syeikh Abu Qasim al-Junnaydi seperti kedudukan dan peranan Jibril a.s. di kalangan para malaikat. Jenazahnya dikebumikan di sisi sebelah depan masjidnya, terletak di daerah Shuhrood di Iran. Kita boeh saksikan bilik beliau berzikir dan berkhalwat di masjidnya ini. Antara murid syeikh Abu Qasim al-Junaydi yang aktif menyibarkan ilmu dan amalan tarekat ialah Abu ‘Abbas al-Adami (w.341H.) yang berpengaruh di Jazirah ‘Arab; Abu Bakar al-Shibli (w.334 H.) di Baghdad; Abu al-Hasan al-Nuri dan Ibn Jala’ di Mesir; Abu Muhammad al-Murta’ish (w328H.) di Iraq; Abu Bakar al-Kattani (w.322H.) gigih menyebarkan tarekatnya di Mekah yang dianggap oleh setengah ulamak tasawuf sebagai pelita yang menerangi Tanah Haram. Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 16
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Di masa yang sama, di Mekah dan Madinah juga terdapat dua orang murid Abu Qasim al-Junaydi yang berpengaruh iaitu Abu Ya’qub al-Nahrajuri (w.330H.) dan Ali bin Muhammad al-Muzayni (w.328H.). Di Khurasan terdapat syeikh Abu al-Hasan al-Busanji (w.348H.). Di Sham syeikh Abu Bakar bin Dawud Daynuri (w.350H.). Di daerah Nisabur dan Samarqand syeikh Abu al-Hasan Shirazi (w.353H.) dan lain-lain tokoh tarekat tasawuf terus gigih menyibarkan ilmu dan amalan tarekat masing-masing.
SILSILAH PARA SYEIKH DALAM turuq sufiyyah (seluruh tarekat para sufi) kesahihan silsilah syeih mestilah bersambung hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w., kerana syafaat atau barakah baginda s.a.w akan terlimpah dari syeih tersebut ke dalam rohani para murid. Syeih Muhammad Amin Kurdi dalam kitabnya Tanwir al-Qulub, menegaskan; “Sesiapa salasilahnya tidak bersambung sampai kepada hadrat Kenabian s.a.w. sesungguhnya ia terputus dari limpahan syafaatnya dan ia bukanlah waris Rasulullah s.a.w” Bagi menentukan silsilah syeih bersambung tidak terputus, maka seorang syeih mesti dapat keizinan khusus dari syeihnya, bukan hanya di bidang taklim dan tarbiyyah tapi juga di bidang tarqiyyah. Demikian juga seorang yang hendak belajar tarekat dari seseorang syeih mestilah mengetahui secara pasti kesahihan salasilah syeikh tersebut. Ilmu dan amalan tarekat ditalkin dan dibaiahkan oleh seorang syeih kepada para muridnya tetap serupa dan sama dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda mentalkinkan amalan zikrullah kepada para sahabat seperti yang telah diterangkan dalam rencana yang lepas. Menerusi makanisma syeih dan silsilah tersebut maka keutuhan dan ketulinan ilmu dan amalan tarekat tasawuf dapat dijaga dengan sebaik-baiknya. Tidaklah keterlaluan jika kita katakan ilmu dan amalan tarekat tasawuf yang muktabar adalah merupakan sunnah mutabaah yang sebenar.
STRATEGI UTAMA MEMPERKASAKAN TAKWA DAN TAWAKAL KITA jangan lupa bahawa apapun usaha yang kita lakukan, kecil mahupun besar, senang mahupun susah, sekarang mahupun akan datang, dalam kehidupan moden yang serba maju dan canggih, strategi utama adalah sifat hati yang benar-benar takut ( ) الصدق في الخوفkepada Allah yang Maha Agung dan benar-benar bergantung harap ( ) الصدق في الرجاءkepada Allah yang Maha Sempurna. Bagaimana Allah memenangkan dan menjayakan dengan sebaik-baik kemenangan dan sebaik-baik kejayaan kepada para nabi dan para rasul, maka begitulah strategi kita, hendaklah kita perkasa dan perteguhkan ketakwaan dan pergantungan hati kita kepada Allah, di samping kita mengatur strategi biasa yang tertakluk dalam mekanisma sebab musabbab. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 17
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
أان أعرفكم ابهلل وأشدكم خوفا منه وال أدري ما يفعل يب وال بكم Maksudnya: “Aku adalah orang yang paling kenal Allah di kalangan kamu dan paling takut kepadaNya, aku tidak tahu apakah yang Allah akan lakukan terhadap diriku dan diri kamu”. Bila kita segarkan ingatan kita terhadap kejayaan tokoh-tokoh tasawuf di Asia Tenggara dan di merata dunia, pasti kita dapati faktor utama yang menyebabkan kejayaan mereka ialah kekuatan keyakinan mereka terhadap urusan Allah dengan meningkatkan ketakwaan dan tawakkal terus kepada Allah. Firman Allah:
ۡذ ََۡ َ َۡ ۡ ۡ ََۡ ََ َذ ذَ ََۡ ذ ََۡ ا َۡل َيتسبۡ َو َمن َي َت َوّك ۡ ۡن حيث ۡ ويرزقهۡ م٢ ٱّلل َيعل َّلۥ َمرجا ۡ ۡومن يتق َ َ ََ ۡ ٓ ذ ذ َ ۡ َ َ ََ ذ َۡ َ ََ ذ ۡ ۡ ا ٣ ٱّلل لكۡ َشءۡ قدرا ۡ ل ۡ ٱّلل بَٰلغۡ أمرهۦۡ ق ۡد جع ۡ ن ۡ ٱّلل فه َۡو حسبه ۡۥ إ ۡ لَع ۡ Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah sentiasa jadikan untuknya jalan keluar (dari berbagai masalah) dan Allah juga akan memberikan rezki (zahir dan batin) dari punca yang tidak pernah disangka atau dijangka. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah , maka Allah adalah pergantungannya yang sampurna. Sesungguhnya urusan Allah mesti berlaku dan sesungguhnya Allah telah menentukan bagi setiap sesuatu dengan ketentuanNya” (al-Talaq, 2 - 3). Biarlah kemenangan dan kejayaan kita rasakan datangnya daripada Allah semata-mata, rahmat dan kurniaanNya semata-mata. Kita segarkan dalam ingatan kita, renungan dan tafakkur kita kepada firman Allah yang bermaksud:
ْ َ ۡ َ ۡ َ َ َٰ َ َ َ ۡ َ ۡ َۡ َ ذ َ ۡ ٱّلل َوب َر ٥٨ ون ۡ م ذما َي َمعٞي ۡ ۡ وا ه َۡو خ ۡ ك فليفرح ۡ ۡحتهۦ فبذل ۡ ۡل بفضل ۡق Maksudnya: “(Ya Muhammad) hendaklah umatmu suka dan gembira kerana sedar sentiasa menerima berbagai kurnia dan rahmat Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik daripada mereka merasa usaha dan berbagai amal yang mereka lakukan”. (Yunus: 58)
َ َ َ َ َ َ َ َ َ َذ َ َ َ َ ذ َ ۡ َ َ ذ ۡ ين كفر وا ۡ ن ٱَّل ۡكم ۡ ل ومطهر ۡكإ ۡ يك ورافع ۡ يس إۡنۡ متوف َٰۡٓ َ ٱّلل يَٰع ۡ ال ۡ إ ۡذ ق َ َ ْ َ َ َ ذ َ ذَ َ ََۡ ذ ۡ ل َم ۡرجعك ۡۡم ۡل يَ ۡومۡ ٱلق َيَٰ َمةۡ ث ذۡم إ ذ َٰۡ ين كفر ٓوۡا إ ۡ ق ٱَّل ۡ وك فو ۡ ين ٱتبع ۡ َو َجاعلۡ ٱَّل ََ َ ََۡ ۡ ۡ َ َ ۡ ۡ َ ٥٥ ون ۡ فأحكمۡ بينك ۡم فيما كنت ۡم فيهۡ َتتلف
Firman Allah:
ْ
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 18
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Maksudnya: “(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku adalah yang membantumu menyempurnakan tugas (menyampaikan agama kepada umatmu) dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orangorang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”. (Al Imran: 55)
َ ٓ ۡ َ َ ذ َ َ َۡ َۡا ۡ َ َل ٱل ۡ َم ۡسجدۡ ۡٱۡلَقۡصا ۡ ۡ َ ۡ َ َ َٰ ۡ ن ٱلمسجدۡ ٱۡلرامۡ إ ۡ ٗل م ۡ ى بعبدهۦ َل ۡ ي أۡس ۡ ن ٱَّل ۡ َٰسبح ذ ۡ َ ۡ ن َء َايَٰت َنۡا ٓ إنذهۥ ه َۡو ذ ١ ۡٱلسميعۡ ٱۡلَصي ۡۡ ٱَّلي َب َٰ َرك َنا َح ۡوَّلۥ لُن َيهۥ م
Allah juga berfirman:
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (al-Isra’: 1)
ۡ َۡ َ ذ ََ ۡ ۡ ۡ ََ ۡ َ ذ ۡ ۡ ۡ َ َ َ َ ۡ ج صدقۡ وٱجعل لۡ من َّل نك ۡ ل صدقۡ وأخرجنۡ َمر ۡ وقل ربۡ أدخلنۡ مدخ سلۡ َطَٰ انا نذص ا ٨٠ يا
Allah berfirman:
Maksudnya: “Ya Allah masukkan aku tempat masuk yang sebenar, keluarkanlah aku tempat keluar yang sebanar dan jadikanlah untukku satu kekuasaan yang benarbenar dapat membantu aku dari sisiMu”. (Isra’: 80).
َ ۡ ََ َۡ َََۡ َ َ َ َ َ ذ َ َ ۡ ي إ ۡۡذ أَ ۡع َج َب ۡتك ۡۡم َك ۡۡثتك ۡۡم فَلَ ۡم َ ۡن كثيةۡ ويو ۡم حن ن ۡ ٱّلل ِفۡ مواط ۡ ۡلق ۡد نَصكم َۡ َ َ َ ۡ ذ َذ َ ۡ َ َ َ ۡ َ ۡ ۡ ۡ ُّ َ ۡ ٢٥ ين ۡ ت ث ۡم وَلتم مدبر ۡ ت َعل ۡيكمۡ ٱۡلۡرضۡ بما رحب ۡ ئاا وضاق ۡ تغنۡ َعنك ۡم ش
Allah juga berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (sehingga kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri”. (al-Taubah: 25)
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 19
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
َۡ ۡ َ ذ ْ ذَ ََ ذٞ ذ َ ۡ ََ ۡ َ ذ َ َ َ ََولَ َق ۡۡد ن ١٢٣ ون ۡ ٱّلل لعلك ۡم تشكر ۡ وا ۡ ّلل ببدرۡ وأنت ۡم أذل ۡة فٱتق ۡ َصكمۡ ٱ
Allah juga berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memenangkan kamu dalam perang Badar kerana pada masa itu hati kamu benar-benar berasa bergantung harap semata-mata kepada Aku. Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah mudah-mudahan kamu bersyukur”. (Al Imran: 123)
MENGIMBAU SEMULA KEJAYAAN TOKOH TASAWUF STRATEGI yang telah diterangkan di atas adalah faktor utama kejayaan tokoh-tokoh tasawuf di zaman silam. Walaupun ramai tokoh-tokoh tasawuf yang boleh kita lihat kecemerlangan dan kejayaan mereka, namun cukup rasanya kita paparkan seorang dua sahaja. Syeikh Muhammad Amkanaki dari Samarqan telah mengarahkan muridnya, syeikh Muhammad Baqibillah untuk menyebarkan ilmu tasawuf dan tarekat Naqsyabandi di India. Akhirnya tersebarlah ilmu tasawuf di India, hingga melahirkan tokoh-tokoh besarnya seperti syeikh Ahmad Faruqi al-Sirhindi Mujaddid Alf al-Thani (w. 1032H) iaitu tokoh yang berjaya menentang dan menghapuskan satu agama ciptaan maharaja Akbar yang di kenali dengan Din Ilahi. Tarekat Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah yang luas pengaruhnya di dunia sekarang adalah dinisbahkan kepada namanya. Selepas kewafatannya, puteranya, syeikh Muhammad Ma’sum (w.1079) menjadi syeikh pengantinya. Kemudian diikuti oleh cucunya iaitu putera syeikh Muhammad Ma’sum, syeikh Sayfuddin (w.1095 H). Selepas syeikh Sayfuddin, syeikh Nur Muhammad Badawani, kemudian syeikh Syamsuddin Habibullah Jan Janan, kemudian diikuti oleh syeikh Abdullah Dihlawi. Syeikh Khalid ‘Uthmani dari Baghdad datang ke Delhi menjadi murid syeikh Abdullah Dihlawi. Menerusi syeikh Khalid, maka tersibarlah tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyaah ke seluruh dunia. Syeikh Yusuf Mangkasar adalah seorang sufi yang sangat hebat, yang ditakuti oleh penjajah Belanda. Beliau ditangkap dan dibuang di Pulau Ceylon. Di sana beliau terus bergiat menyebarkan ajaran tasawuf hingga membimbangkan pemerintah Belanda, lalu ditangkap dibuang di Afrika Selatan. Di sana beliau terus aktif menyebarkan ilmu tasawuf dan tarekat. Beliau wafat pada tahun 1699 M. Beliau dianggap oleh masyarakat Islam di sana sebagai tokoh dakwah terkenal dan terbilang hingga ke hari ini. Tarikh kewafatannya yang ke 300 pada 1999 telah disambut secara besar-besaran, dihadiri oleh wakil-wakil dari beberapa negara Islam.
BERBAGAI STRATEGI LAIN MENGENAI strateginya seterusnya, boleh dilihat dari beberapa sudut, seperti sudut ilmu, amalan dhikrullah dan tafakkur, sasaran, perlaksanaan, faktor kemudahan, rangkaian komunikasi dan berbagai kemudahan yang lain.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 20
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
STRATEGI PERTAMA MENYEDARKAN AKAL, MENGHIDUPKAN HATI MASYARAKAT moden yang tengelam dalam berbagai kemajuan, tidaklah bererti mereka mempunyai kesedaran akal dan hati yang hidup, menurut neraca dan nilai-nilai Islam. Malahan mungkin sebaliknya, disebabkan kehidupan serba moden, akal dan hati tidak berfungsi. Menurut sufiyyah, kita tidak akan faham apa maksud hakikat lalai (ghaflah) sebenar, jika kita tidak pernah dikurniakan oleh Allah kesedaran (yaqazah). Allah berfirman;
ۡ َ ۡ َ َ ََ ۡ َ ََۡ َ َ ذ َ َ ا َ َ ََۡ ذٞ ۡۡاۡولَهم ۡ َ ون ۡب َه ولقد ۡذرأناۡۡل ۡهنم ۡكثياۡمن ۡٱۡلن ۡوٱۡلنس ۡلهم ۡقلوب َۡل ۡيفقه ذٞ ۡ َ َ َ َْ َٓ َ َ َۡ ذٞ َ َ ۡ ََ َ َ ۡ ۡۡۡك ۡٱۡلَنۡ َعَٰم ۡبَ ۡل ۡهم َٰٓ أعي َۡل ۡيبَصون ۡبهاۡولهم ۡءاذان َۡل ۡيسمعون ۡبها ۡأولئك َ َٰ َ ۡ َ َٰٓ َ ْ ُّ َ َ ١٧٩ۡأضلۡأولئكۡهمۡٱلغفلون Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mampu untuk memahami (kebenaran Allah), dan mempunyai mata (tetapi) tidak mampu untuk melihat (kebenaran Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mampu untuk mendengar (kebenaran Allah); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih buruk lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. (al-A’raf: 179)
Sambutan masyarakat Islam yang luar biasa terhadap ESQ, satu kaedah kaunseling terbaru yang menyalahi akidah dan berbagai kebenaran Islam adalah merepakan fenomena yang jelas yang mengambarkan bagaimana ketandusan akal dan kematian hati masyarakat moden pada hari ini. Di Malaysia, setengah mufti telah mengeluarkan fatwa mengharamkan ESQ. Kajian teliti yang dibuat ditemui banyak unsur dalam ESQ yang berlawanan dengan Quran dan Hadis. Gabungan antara suara audio yang hebat, sihir dan ungkapan-ungkapan yang menyentuh emosi hingga mendorongkan hadirin menangis kononnya dapat membangunkan modal insan yang unggul. Padahal semuanya adalah unsurunsur atau faktor luaran sahaja yang tidak akan memberi sumbangan pada akal dan hati sebenar. Tegasnya tidak sama tangisan orang mukmin seperti yang Rasulullah s.a.w. sabdakan:
...رجل ذكر هللا خاليا ففاضت عيناه... Maksudnya: “…Seorang yang berdhikrullah dalam keadaan khalwat/ bersunyi dan mengasingkan diri , menangis (kerana hati takutkan Allah ) sehingga kedua matanya digenangi air mata…” Kita sewajarnya mengambil peluang keemasan ini, dengan ilmu dan amalan tasawuf untuk menyedarkan akal dan menhidupkan hati mereka. Akal yang lalai mestilah sedarkan dengan mentaklimkan dan mentarbiahkan ilmu tasawuf dan kefahamannya. Mengenai hati yang mati, yang keras, yang berpenyakit, yang buta dan sebagainya pula, hendaklah dibaiki dan dihidupkan menerusi kaedah tarqiyyah atau mujahadah al-kasf wa al-ittla’ seperti yang tegaskan oleh Ibn Khaldun dalam kitabnya, syifa’ al-sa’il, dengan pimpinan syeikh mursyid, di samping terus mengharap rahmat dan inayah Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh memperbaiki dan menghidupkan hati. Allah berfirman; Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 21
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
َ َۡ َ َ َ ََۡ ۡ ََ ََ َ َ َ َ ۡا ََ َ ذ ۡ َ ا ذ ۡأوۡمنَۡكنۡميتاۡفأحيينَٰهۡوجعلناَّۡلۥۡنوراۡيمشۡبهۦِۡفۡٱنلاسۡكمنۡمثلهۥِۡف ْ َ َ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ َ َ ۡ َ َ ُّ َ ١٢٢ۡۡماَۡكنوا َۡي ۡع َملون نۡللكفرين ۡ ٱلظل َمَٰتۡل ۡي َسِۡبارجۡمنهاۡكذلكۡزي Maksudnya; “Dan adakah orang yang (hatinya) mati, kemudian Kami hidupkan hati itu (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti orang yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita, yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orangorang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)”. (al- Anam:122) Walaupun Allah yang menghidupkan hati, namun usaha ikhtiar yang tepat dan sesuai mesti dilakukan. Antara usaha yang perlu kita lakukan dalam strategi menghidupkan hati ialah penekanan amal zikir dan tafakkur yang bersungguh-sungguh. Menurut Ibnu Ata’illah, apabila seseorang terus berzikir da bertafakkur, maka keadaan hatinya akan diubahkan oleh Allah, dari ghaflah (lalai) kepada yaqazah (sedar), akan ditingkatkan ke peringkat hudur di mana hati telah tenggelam mengingati Allah. Dan Akhirnya hati hanya ingat Allah sahaja, tidak ingat yang lain. Dengan ini bermakna hati menjadi hidup dan bercahaya seperti yang disebut dalam surah al-Anam ayat 122 yang disebutkan di atas.
STRATEGI KEDUA DARI SUDUT ILMU MENGUTAMAKAN penekanan al-ulum al-dhawqiyyah iaitu hakikat (haqiqah) dan makrifat (ma’rifah) sesudah ditaklimkan ilmu dan kefahamannya. Hakikat dan makrifat akan segera dapat mengisi kekosongan jiwa masyarakat moden. Majoriti ulamak tassawuf, termasuklah Imam al-Ghazali (w.505H) sendiri, berpandangan bahawa ilmu yang zahir seperi ilmu fiqah memadai dengan setakat yang berkaitan dengan urusan yang difardukan sahaja dan tidak perlu perinciannya. Adalah kurang tepat pandangan yang yang biasa kita dengar bahawa hakikat dan makrifat hanya layak didedahkan kepada mereka yang telah kuat dan kemas ilmu syariatnya. Syarat seperti ini sebenarnya tidak ada ditetapkan dalam disiplin tasawuf. Sememangnya, adalah sangat baik bagi orang yang berilmu syariat yang sempurna untuk belajar hakikat dan makrifah. Contohnya, seperti Imam al-Ghazali. Bagaimanapun syeikh Abu Hasan al-Shazili (w.656 H) berkata:
سبحان من حجب العلماء بعلومهم عن معلومهم،أكثر الناس حجااب العلماء Maksudnya; “Manusia yang paling ramai terhijab (dari hakikat dan makrifah) ialah ulamak, Maha Suci Allah yang menghijab ulamak dengan ilmu zahir mereka sendiri dari hakikat dan makrifahnya.” Inilah faktor utama wujud polemik ilmu yang tidak berkesudahan antara fuqaha’ dengan sufiyyah. Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 22
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Mengenai kepentingan dan kedudukan haqiqah dan ma’rifah ini, Imam Ghazali (w505H) menegaskan dalam kitabnya, al-Munqidh Min al-Dalal bahawa ilmu tasawuf yang terdapat dalam kitab seperti karya Abu Talib al-Makki dan karya Abu Haris al-Muhasibi (w243H) telah pun diketahui. Ilmu yang beliau belum dapat ialah ilmu yang tidak boleh dicapai kecuali menerusi cara dhawqi dan bertukartukar keadaan emosi hati (ahwal qalbiyyah) dan sifat-sifat hati (maqamat qalbiyyah), dari buruk menjadi baik. Kedua-dua aspek hati tersebut yang menjadi tumpuan pandangan dan nilaian Allah. Rasululllah s.a.w bersabda:
إن هللا ال ينظر إىل أعمالكم وال إىل صوركم ولكن ينظر إىل قلوبكم Maksudnya; “Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai dan mengira) amalanamalan kamu semata-mata, juga tidak melihat rupa kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu”. Untuk membantu kefahaman kita, maka kita lihat golongan penagih dadah. Mereka adalah merupakan satu golongan anggota masyarakat yang berakal lalai dan berhati mati. Sebahagian besar daripada penagih dadah menderita kerana diserang oleh penyakit HIV. Menurut pengalaman penulis, akal mereka mudah disedarkan dengan segera dan hati mereka juga mudah dihidupkan, apabila kita segera bai’ah dan talqinkan mereka dengan amalan tarekat. Setelah mereka beramal bersungguh-sungguh, akal mereka disedarkan dan hati dihidupkan, maka akan segeralah juga Allah mengurniakan mereka hakikat dan makrifat. (sebagai ingatan, penulis telah membangunkan satu pusat perlindungan, penjagaan dan rawatan pesakit HIV yang mula beroperasi 2008). Dilihat dari sudut proses seseorang mengenal Allah, maka haqiqah dan ma’rifah adalah merupakan peningkatan mengenal Allah secara samaie kepada secara dhawqi. Mengenal Allah secara samaie menggunakan akal, berdalilkan dengan dua dalil iaitu dalil naqli (ayat maqruah atau ayat-ayat yang dibaca iaitu ayat al-Quran) dan dalil aqli (ayat mariyyah atau ayat-ayat yang dilihat oleh mata kepala iaitu apa juga kejadian di alam semesta ini). Mengenal Allah secara dhawqi menggunakan hati dan roh, berdalilkan dengan dalil yang disaksikan oleh hati dan roh (iaitu ayat mashhudah yang berada di alam malakut, lapis dalaman dari alam nyata ini yang dikenali juga dengan istilah alam mulk). Kesimpulannya dengan mengutamakan tumpuan usaha mendapat hakikat dan makrifah, maka keduadua akal dan hati, bukan sahaja dapat dibaiki, malahan kekosongan jiwa dalam kehidupan moden dapat diisi dengan perkara yang sangat bermakna, berharga dan akan kekal dinikmati di dunia dan di akhirat. (kita boleh imbau semula beberapa cerita berkaitan dengan orang-orang yang jahat bertukar menjadi manusia yang baik dan hampir kepada Allah).
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 23
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
STRATEGI KETIGA DARI SUDUT AMALAN UNTUK memperkasakan sifat takwa, selain menunaikan yang difardukan dan membanyakkan yang disunatkan, harus mengutamakan amalan dhikrullah dan tafakkur kerana dhikrullah adalah asas atau prinsip terpenting dalam ilmu tasawuf, sebagaimana yang ditegaskan oleh para sufi. Malahan dhikrullah dan tafakkur adalah merupakan amalan sulung yang disyariatkan dalam Islam, yang diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dalam pertemuannya yang pertama, semasa baginda s.a.w. bertahannuth di gua Hira’. Jibril a.s. menyampaikan lima ayat sahaja daripada surah al-‘Alaq iaitu ayat 1-5;
َۡۡ ۡ َ َ ذ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ ُّ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡۡ٣ۡۡۡۡٱقرۡأۡوربكۡٱۡلكرم٢ۡنۡمنۡعل نق ۡ ۡۡخلقۡٱۡلنس١ۡٱقرۡأۡبۡٱسمۡۡربكۡٱَّليۡخلق ذ َ ۡ َ ۡ َ َ َ َٰ َ ۡ َ َ ذ َ َۡ ََ ذ ۡ ۡ ۡ٥ۡنۡماۡلمۡيعلم ۡ ۡعل ۡمۡٱۡلنس٤ۡۡٱَّليۡعلمۡبۡٱلقلم
Menurut pandangan sesetengah sufi, amalan yang tersirat dalam ayat 1 dan 3 ialah dhikrullah dan tafakkur. Syaikh Ni’matullah al-Nakhjuwani, dalam kitab tafsirnya, Al-Fawatih al-Ghaibiyyah menegaskan Allah memerintahkan baginda s.a.w. berzikir dengan menyebut dan mengingati terus menerus nama Allah dan sifat-sifat keagungan dan kesempurnaanNya, sehingga tercapai motif utamanya iaitu sampai di tingkat dengan nama Allah Maha Pencipta dan Maha Pemurah , seperti yang tersebut dalam ayat 1 dan ayat 3 itu. Amalan dhikrullah dan tafakkur inilah amalan yang menyampaikan seseorang ke tingkat tadhakkur yang bermakna Allah telah limpahkan dalam hatinya hakikat dan ma’rifah, seperti yang dikurniakan kepada golongan ulul-albab.
ۡ َ ۡ َ ذ َ ۡ َ َ ذ َ ذ َ َ َٰ ا َ ا َ ود َٰ َ َ اۡو ۡۡلس َم َٰ َوَٰت ۡۡو َي َتفكرونِۡفۡخلقۡٱ ذ لَعۡجنوبهم ّللۡقيماۡوقع ۡ ينۡيَذكرونۡٱ ۡ ٱَّل َۡ َ َ َ َ َ َ َ َٰ َ ۡ َ ذ َ َ َ َ ۡ َ َ َٰ َ َ َٰ ا َ ذ ۡ ۡ١٩١ۡۡۡوٱۡلۡرضۡۡربناۡماۡخلقتۡهذاۡبطٗلۡسبحنكۡفقناۡعذابۡٱنلار Maksudnya; “Sesungguhnya dalam (malakut) kejadian di langit dan di bumi, dalam (alam malakut) peredaran masa malam dan siang terdapat ayat-ayat Allah (yang dapat dilihat dan difahami oleh pandangan hati/basirah) ulul albab. Mereka itu adalah orang-orang yang sentiasa berdhikrullah (dalam apa juga keadaan mereka) berdiri, duduk dan berbaring (tidur), sambil mereka tafakkur terhadap (ayat-ayat Allah) yang tersirat dalam kejadian di langit dan di bumi. (Setelah mereka dikurniakan tadhakkur oleh Allah) mereka pun berkata; Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau tidak jadikan semua kejadian ini kosong belaka, tetapi penuh dengan rahsia dan hikmahMu ya Allah. Maha Suci Engkau ya Allah, peliharalah kami dari api neraka.”
Ayat 191 di atas boleh kita bahagikan kepada tiga bahagian:1. Sentiasa dhikrullah. ( الذين يذكرون هللا قيما وقعودا وعلي جنوبهمMereka adalah orang-orang yang sentiasa berdhikrullah dalam apa juga keadaan mereka, berdiri, duduk dan berbaring –tidur-)
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 24
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
2. Sentiasa tafakkur. ( ويتفكرون في خلق السموات واالرضDan mereka sentiasa tafakkur terhadap ayatayat Allah yang di langit dan di bumi) 3. Tadhakkur iaitu natijah dhikir dan tafakkur . ( ربنا ما خلقت هذا باطال سبحانك فقنا عذاب النارya Allah, ya Tuhan kami, Engkau tidak jadikan semua kejadian ini kosong belaka, tetapi penuh dengan rahsia dan hikmahMu ya Allah, peliharalah kami dari api neraka). Hati mereka dihidupkan dan dilimpahi cahaya hidayat Allah yang khusus sehingga mata hati (basirah) mereka dapat melihat dan memahami berbagai ayat ayat Allah yang tersirat dalam semua kejadian di langit dan di bumi. (Peringatan Penting: di zaman Mekah, orang-orang Islam terus beramal dengan dua amalan iaitu zikir serta tafakkur dan membaca al-Quran. Solat difardukan beberapa bulan sebelum hijrah ketika Rasulullah s.a.w diisra’ mi’rajkan oleh Allah yang berlaku tahun ke-13 sesudah kerasulannya)
STRATEGI KEEMPAT SUDUT KEPERLUAN GAYA HIDUP MODEN TERDAPAT berbagai aspek penting yang diperlukan dalam kehidupan masyarakat moden. Selain dari aspek ekonomi, aspek kesihatan dilihat lebih penting lagi bagi mereka. Pakar-pakar kedoktoran memang selalu menyedarkan masyarakat tentang pentingnya kesihatan dan penjagaannya. Maka golongan sufi sewajarnya mengatur strategi untuk menyebarkan ilmu dan amalan tasawuf menerusi khidmat rawatan spritual Islam. Khidmat rawatan kepada para pesakit adalah merupakan salah satu yang kita warisi dari Rasulullah s.a.w. Kaedah rawatan baginda s.a.w. adalah merupakan kaedah rawatan yang terunggul, diasaskan di atas keluhuran tauhid yang sentiasa memandang wujudnya tiga hubungan; sebab, musabbab dan musabbibal asbab. Sedang kaedah rawatan elopati hanya diasaskan kepada hubungan sebab dan musabbab sahaja. Rasanya boleh kita sebutkan bahawa baginda s.a.w. selain menjadi doktor rohani, baginda s.a.w. juga doktor jasmani yang unggul yang menjadi tumpuan harapan umatnya. Ibn Qayyim al-Jawzyiyah (W.751 H) ada menegaskan dengan katanya yang bermaksud :“Maka inilah beberapa bahagian yang dapat memberi manfaat mengenai tunjuk ajar Rasullullah s.a.w dalam perubatan yang diamalkannya dan yang diajarkan kepada orang lain. Perubatan yang mengandungi hikmah, hikmah yang tidak akan dapat dicapai oleh akal fikiran doktor yang terunggul sekalipun”. Begitulah juga para tokoh tasawuf yang mewarisi uswah hasanah di bidang ini mestilah memainkan peranan penting tersebut. Terutamanya dalam kehidupan moden sekarang ini. Ramai juga murid penulis yang asalnya adalah pesakit yang dirawat hingga sembuh.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 25
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
STRATEGI KELIMA SUDUT GOLONGAN SASARAN DALAM kehidupan masyarakat moden sekarang, terdapat beberapa golongan sasaran yang penting yang perlu ditumpukan usaha memasyarakatkan tasawuf agar usaha kita berjaya sebaik-baiknya. Antara golongan yang dimaksudkan ialah: PERTAMA; Golongan manusia yang merasa kekosongan jiwa, iaitu mereka yang berakal lalai dan berhati mati seperti yang disebutkan di atas yang perlu disini dengan hakikat dan makrifah yang mampu menyedarkan akal dan menghidupkan hati mereka. Mereka yang termasuk dalam golongan ini di luar dari masyarakat Islam ialah masyarakat Barat yang majoritinya beragama Kristian dan tenggelam dalam kehidupan moden. Agama Kristian tidak memberi apa-apa makna dalam jiwa mereka yang kosong. Sudah lama kita dengar gereja-gereja di Barat kosong dan terbiar, banyak yang diubahsuai untuk dijadikan rumah atau pejabat, dan ada juga yang dijual kepada orang Islam untuk dijadikan masjid. Kerana bimbang terhadap pengaruh Islam, maka setengah Negara di Barat diadakan undang-undang, gereja tidak boleh dijual kepada orang Islam. Masyarakat Barat inilah yang sepatutnya menjadi tumpuan strategi kita dalam usaha memasyarakatkan tasawuf dalam kehidupan moden. Sebenarnya secara senyap-senyap, orangorang sufi telah melakukan usaha tersebut sejak beberapa dekad yang lepas. Beberapa contoh kita boleh sebutkan, seperti syaikh Baqir, seorang syaikh tarekat Naqshabandi dari Manzil (sebuah pekan kecil, terletak di daerah Diyar Baqir, di sebelah utara Turkey), mempunyai pengaruh yang luas di dunia barat, termasuklah Australia dan New Zealand. Tasawuf dan sufi sangat menarik perhatian masyarakat Barat, sehingga kita mungkin pernah dengar ungkapan setengah orang-orang Barat yang telah memeluk Islam yang terkenal, “kami mahu tasawuf, tidak mahu Islam”. Kita jangan segera menghukum mereka, tetapi kita perlu memandang dan memikir dengan penuh hikmah Ilahiyyah. Memang kita selalu dengar komen sesetengah masyarakat Islam yang negatif mengenai belajar tasawuf tidak beramal apa yang difardukan dalam Islam. Beginilah pandangan yang dengkal. Pendakwah sufi mempunyai pandangan yang sangat halus lagi jauh. Mereka mengharapkan kepada Allah agar mereka diberi hidayat yang sempurna. Jika tidak mereka, maka insya Allah anak cucu mereka. Penulis pernah menemui seorang British yang telah memeluk Islam lebih 20 tahun menerusi seorang sufi. Beliau hanya beramal dhikrullah hampir tujuh lapan tahun tanpa sembahnyang, puasa dan lain-lain. Tiba-tiba pada suatu ketika terbuka pintu hatinya untuk menghayati amalan Islam lalu mempelajari bab sembahyang, puasa dan sebagainya. Ketika penulis temui, beliau bukan sahaja menjadi seorang muslim yang bertaqwa tetapi juga seorang pendakwah Islam yang gigih. Beliau menegaskan setiap individu orang British yang bermasalah menemuinya, Insya Allah akhirnya memeluk Islam.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 26
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Dalam masyarakat Islam sendiripun ramai orang yang merasa kekosongan jiwa disebabkan berakal lalai dan berhati mati. Mereka juga perlu kita ambil perhatian dan jadikan salah satu tumpuan strategi usaha memasyarakatkan tasawuf dalam kehidupan moden. KEDUA; golongan orang-orang yang telah terlibat dengan ilmu dan amalan tasawuf, yang dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu: a) Sufiyyah muhaqqiqin (orang-orang sufi sebenar). Golongan ini kita perlukan tenaga, pengajaran, pimpinan dan keberkatannya. Biasanya, mereka jika tidak ada, tidak dicaricari, dan jika ada, kita tidak pandang. Kita sewajarnya mendekati mereka dan mengajak mereka untuk bersama-sama menyemarakkan usaha memasyarakatkan tasawuf. Penulis berasa golongan ini semacam tidak diberi peluang dan tidak diambil perhatian sehingga seolah-olah mereka tidak diperlukan. Faktor yang menjadikan keadaan begini mungkin kerana mereka adalah golongan orang-orang tua atau warga emas yang tidak pandai dan petah bercakap seperti orang-orang alim yang berpendidikan tinggi dan moden yang selalu bercakap dicorong radio dan dikaca tv. Hakikatnya golongan inilah yang mampu berdakwah secara bilisani-hal yang sangat berkesan. Menurut syeikh Ibrahim Bajuri bahawa seorang sahaja pendakwah jenis ini akan berjaya memimpin beribu orang. Sebaliknya, seribu pendakwah lain yang ditugaskan berdakwah kepada seorang sahaja, belum tentu akan berjaya. b) Mutasawwifah (para murid ilmu tasawuf). Golongan ini pula kita perlu menggunakan tenaga dan fikiran untuk menarik rakan-rakan mereka untuk mempelajari dan beramal tasawuf. Apa yang lebih memberi manfaat ialah jika mereka terdiri dari orang alim atau pelajar IPTA / IPTS. c) Mustasawwifah (orang-orang jahil yang meniru-niru gaya dan cara orang-orang sufi dengan berbagai tujuan). Golongan ini adalah merupakan majoriti pengamal dan peminat tasawuf. Mereka yang jahil bukan hanya orang yang baru belajar tasawuf, menjadi murid kepada seseorang syeikh.Tetapi syeik-syeikh mereka juga ada yang jahil. Jabatan Mufti negeri Perak telah menugaskan satu pasukan penyelidik untuk membuat kajian mengenai kedudukan dan perkembangan tarekat Naqsyabandiyyah di negeri itu. Antara hasil kajian yang sangat memeranjatkan ialah semua syeikh tarekat tersebut tidak mempunyai latar belakag pendidikan agama yang diperlukan. Didapati hanya seorang syeikh sahaja yang pernah mengaji di pondok. Strategi untuk kumpulan ini ialah mengadakan peluang bimbingan ilmu seperti yang dilakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Malaysia. KETIGA; Pemerintah , termasuklah raja , para menteri, pegawai kerajaan. Sudah termaklum Islam mudah diterima oleh penduduk Asia Tenggara disebabkan raja dan para pembesarnya menerima Islam. Kita boleh lihat antara faktor kejayaan dakwah sufiyyah di zaman silam adalah disebabkan mereka menggunakan strategi ini. Kita lihat bagaiman syeikh Yusuf Mangkasar mendampingi raja Banten sebagai penasihat agama dan kemudian dilantik sebagai panglima untuk menghadapi penjajah Belanda. Kita temui juga syeikh Abdul Wahab Rokan mendampingi sultan Musa, sehingga sultan menjadi muridnya. Di Asia Tengah kita lihat syeikh Sayyid Amir Kulal (w,1370 M) putera-puteranya dalam dinasti Mongol dan kesultanan Timurid. Beliau sendiri menjadi penasihat dan guru agama kepada sultan Timurlane (w.1405). Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 27
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Di India kita lihat syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi (w.1032 H/1424 M) sesudah dipenjarakan selama 2 tahun dibebaskan oleh Mahraja Jahangir (W.1118 H/17O6 M) dilantik sebagai penasihat agama dan pentadbirannya. KEEMPAT; institusi-institusi pengajian tinggi, pelajar IPTA, pelajar IPTS. Diwujudkan kursus tasawuf seperti yang telah berlaku di sesetengah universiti. KELIMA; golongan ulama berijazah yang tidak belajar dan beramal dengan ilmu tasawuf. KEENAM; pihak penguasa agama yang menolak tasawuf. KETUJUH; Masyarakat awam. KELAPAN; golongan penentang atau menolak tasawuf secara total, mengkafirkan orang yang beramal ilmu tasawuf. STRATEGI KEEMPAT DARI SUDUT VISI STRATEGI memasyarakatkan tasawuf dalam kehidupan moden yang lengkap dan tepat, mesti mengandungi beberapa visi yang tepat, jelas dan mudah difahami dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat Islam. Dalam aspek visi: 1. Umat Islam mesti berpegang teguh dengan tiga asas utama agama Islam, iaitu Islam, Iman dan Ihsan sebagaimana yang dilakukan di zaman salafus al-saleh. Mereka mesti menghayati ilmu dan amalan tasawuf dengan seteguh-teguhnya, kerana tasawuf adalah merupakan nyawa bagi jasad. Bagaimana jasad tidak akan hidup jika tidak bernyawa, maka begitulah aspek Islam dan Iman akan lemah, longlai atau mungkin mati, tanpa tasawuf, seperti yang fenomenanya begitu jelas dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. 2. Kita mesti mencapai kejayaan walaupun bukan kejayaan yang maksimum, dalam usaha kita menghadapi dan menangkis berbagai serangan dan dakwaan dari individu tertentu, institusi atau pertubuhan Islam yang terus menerus memerangi tasawuf dan pengamalnya sebagaimana yang termaklum. 3. Mewujudkan masyarakat Islam yang berkualiti, kuat zahir dan batin yang mempunyai ciri-ciri golongan ulul albab sebagaimana yang disebut dalam Quran.
ذ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َ ذ َ َ ۡ َ َ ٓ ْ َ َٰٓ َ ذ َ ۡ َفَب َٰ ۡين ۡهدىهم ۡ ين ۡي َ ۡس َتمعون ۡٱلقو ۡل ۡفيتبعون ۡأحسنهۡ ۡۥۡأولئك ۡٱَّل َۡ ۡٱَّل١٧ۡ ّش ۡع َباد َۡ ۡ ْ ْ ۡ َ َْ َ ذ َ َٰ ۡ ۡ١٨ّۡۡللۡوأو َٰٓلئكۡهمۡأولواۡٱۡللبب ۡ ٱ
Antara ciri golongan ulul albab disebut oleh Allah dalam firmanNya;
Maksudnya: “(Ya Muhammad) sampaikan berita benar lagi menggembirakan para hambaKu. Para hambaKu itu ialah orang-orang yang mendengar pengajaran alQuran lalu mereka lakukan sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat hidayat Allah. Mereka itulah Ulu- al-Bab”. (al-Zumar: 17-18)
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 28
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Allah juga berfirman:
ْ ْ ذ َ ۡ َ ُّ َ َ ۡ َ َ ۡ َ ذ َ َ َ َ ذ َ َ ٓ َ ََ َ َ ۡ َ َذ َ ۡ ۡ م إنما يتذكرۡ أول وا َٰۡٓ ن ه ۡو أع ۡ ق كم ۡ ك ٱۡل ۡ ك من رب ۡ ۞أفمن يعلمۡ أنمۡا أنز ۡل إَل َ ۡ َ َ َ ذ ذ ََ ذ َۡ ۡ َٓ َ َ ۡ َ َ َ َ َ َ َٰ َٰ ون مۡا ۡ ين يصل ۡ وٱَّل٢٠ ق ۡ ون ٱلميث ۡ َل ينقض ۡ ٱّلل و ۡ ۡون بعهد ۡ ين يوف ۡ ٱَّل١٩ ۡٱۡللبب َ ۡ َٓ َ َ ََ ۡ َ َ ََ ۡ َ ۡ َ َذ ْ َ َ َ َ ذ َََ ذ َ ٓ ۡ ين صب وا ۡ وٱَّل٢١ ۡون سو ۡء ٱۡلساب ۡ ن ربه ۡم ويخاف ۡ خشو ۡ ل وي ۡ ٱّلل به ۡۦ أن يوص ۡ أم ۡر َ َ ۡ َ َ ۡ َ ٓ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َ ْ ذ َ َٰ َ َ َ َ ْ ذ َ َ ۡ َ َٰ ۡ ا َ َ َ َ ا ۡ وا مما رزقنه ۡم ۡسا وعٗلني ۡة ويدرء ون ۡ وا ٱلصلوۡة وأنفق ۡ ٱبتغا ۡء وجهۡ ربه ۡم وأقام َ َ ََ ََ ۡ ۡ َ َ َٰٓ َ ْ َ َ ۡ َ َ َ ذ َذ َ ۡ ۡ َ ذ َح َ َٰ ۡ جنتۡ عدنۡ يدخلونها ومن صل٢٢ ۡٱَّلار ۡ ب ۡ ك له ۡم عق ۡ بٱۡلسنةۡ ٱلسيئ ۡة أولئ ََ ۡ َٓ ۡ ََ َ َ َٰٓ َ َ ۡ َ ۡ َٰ ۡ َ ذ ۡ ۡ َ َ ۡ َ َٰ ٢٣ ۡون عليهم من لكۡ باب ۡ ن َءابائه ۡم وأزوجه ۡم وذريته ۡم وٱلملئكةۡ يدخل ۡم َ َ َ َۡ َ َ ۡ ب ذ ٢٤ ۡٱَّلار ۡ َ بت ۡۡم فن ۡع َۡم عق َسلَٰمۡ َعل ۡيكم بما ص Maksudnya: “Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mampu melakukan tadhakkur hanyalah golongan ulul albab. Mereka adalah orangorang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; Dan mereka juga ialah orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); Dan mereka juga orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Para Malaikat memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 29
Tajuk STRATEGI MEMASYARAKATKAN TAREKAT DALAM KEHIDUPAN MODEN dibentangkan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
STRATEGI KEEMPAT DARI SUDUT MISI DARI aspek misi pula, antara langkah yang terpenting dapat dirumuskan seperti berikut: 1. Membangunkan institusi ilmu dan amalan tasawuf dengan mencontohi apa yang berlaku dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Sebagai contoh Jam`iyyah Muhammadiyyah Shadhiliyyah yang diasaskan oleh Shaykh Dr. Zaki Ibrahim di Mesir, Manarah Shaykh Zarruq, Manarah Shaykh Abdul Salam al-Asmar di Libya, Zawiyah Shaykh Muhammad Baqir di Manzil, Turki, Jam`iyyah Majma` Shaykh Ahmad Kaftaro di Syria dan lainnya. 2. Meningkatkan usaha penyebaran ilmu dan kefahaman tasawuf menerusi dua kaedah, iaitu secara sama`i (dengan akal) dan secara dhawqi ( dengan hati), supaya ilmu dan kefahaman tasawuf dapat ditingkatkan ke peringkat ma`rifah. 3. Meningkatkan usaha penerangan mengenai kedudukan dan kepentingan tasawuf menerusi penulisan buku, rencana, jurnal dalam dan apa-apa juga media cetak dan media eletronik. 4. Meningkatkan usaha membendung penyebaran ajaran sesat, fitnah, berbagai isu dan masalah yang dikaitkan dengan amalan tasawuf yang memang berlaku sepanjang zaman. 5. Menjelaskan berbagai konsep istilah-istilah tasawuf yang mudah mengelirukan masyarakat. BIODATA RINGKAS PEMBENTANG KK 1: YBHG TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI Beliau dilahirkan pada tanggal 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor. Beliau kini berumur 76 tahun. Latar Belakang Pendidikan Menerima Sijil Tertinggi Kolej (STK) Kolej Islam Malaya (1963), melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Peringkat Sarjana Muda Sastera (1972), seterusnya ke Ijazah peringkat Sarjana (M.A.) bidang Usul Fekah (1975), Ijazah peringkat Kedoktoran (Ph.D.) (1992) Bidang Tasawuf di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kini beliau dalam proses pembelajaran Ijazah Peringkat Kedoktoran (Ph.D) Kali Ke 2 di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Latar belakang kerja, bermula sebagai Guru Agama di Sek Men Inggeris Jasin Melaka (1964), Sek Men Tun Perak Muar (1969), Guru Pen Kanan Sek Men Tengku Temenggong Ahmad (1972). Pada tahun 1973 beliau dilantik sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, seterusnya ke Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada tahun 1994 sehinggalah beliau bersara sebagai Prof Madya pada tahun 1995. Beliau juga bergerak aktif dalam masyarakat setempat dalam hal ehwal agama Islam melalui memimpin Institusi Masjid (1990 – 2004) dan Surau an-Nur (1988 – 1990) serta Sekolah Ren Agama An-Nur (1988 – 1990) di Kg Melayu Sri Kundang, Rawang, Selangor. Beliau juga giat berceramah dan memberikan rawatan Islam. Beliau juga terlibat aktif di dalam NGO Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) sebagai Yang DiPertua (2006 – kini), Pengasas Pusat Rawatan Islam MANARAH (1990 – kini) dan Pengasas Pusat Perlindungan Pesakit HIV Astana Budi (2008 – kini) yang beralamat di Lorong Beringin, Batu 17 Kuang Rawang Selangor. Beliau mengamalkan Tarekat Ahmadiyyah, Qadariyyah dan memimpin sebagai Shaikh Khalwat/Uzlah/Suluk dalam Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah di Madrasah Bab al-Khayrat, Johor Bharu dan Madrasah Manaratil ‘Ilmi, Kuantan, Pahang serta memimpin Majlis Zikir@Tawajjuh di seluruh Malaysia. Pengiktirafan dan kepakaran beliau di dalam bidang Tarekat Tasawuf, adalah melalui perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Jilsah Turuq Sufiyah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan (2007 – kini). Dalam bidang rawatan Islam pula kepakaran beliau diamanahkan sebagai Ketua Panel Pembangunan Modul Istitabah, Bahagian Perubatan Islam, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Juga panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bidang Perubatan Islam (2012), dan Pakar Rujuk Indeks Pematuhan Piawaian Syariah, serta berpengalaman luas dalam rawatan Islam selama hampir 20 tahun. Beliau juga aktif membentangkan hampir 50 kertas kerja di dalam pelbagai peringkat seminar, kursus dan ceramah dalam bidang tarekat tasawuf dan perubatan spritual Islam. Beliau juga menulis buku bertajuk Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam (1981,1983 & 1984), Strategi Menjawab Sejarah Islam (1986 & 1993), Berpawang dan Bersahabat Dengan Jin Menurut Perspektif Islam (1988 & 2004), Dhiyaul Iman Fi Thariq Ar-Rahman (Terjemahan Tanwirul Qulub) (1989), Shaikh Dalam Ilmu Thariqah (2010), Membentuk Jiwa Sufi (2011). Beliau juga menulis artikel ilmiah di Majalah Q&A, Anis dan Al-Islam. Beliau adalah penerima Anugerah Tokoh Pemulihan Ar-Riqab daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 30