S I M P O S I U M TAREKAT TASAWUF 2016 Sempena ZIKIR PERDANA SEDUNIA Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA)
Tajuk
PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN
Dibentangkan Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Ketua Program, Pengajian Aqidah & Agama Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tarikh/Hari: 21 Mei 2016 / 14 Syaaban 1437H (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang special design
[email protected]
KERTAS KERJA 4
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ‘ALAMIN1 Disediakan oleh: Dr. Mohd Hamidi Ismail2 Dr. Ahmad Najaa Mokhtar3 Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin4 Abstrak Tiada yang mampu menyangkal bahawa bangun atau berdirinya umat Islam adalah berpegang teguh dengan manhaj yang ditunjukkan oleh Islam itu sendiri. Manhajnya yang mengimbangi di antara duniawi dan ukhrawi membekalkan kesejahteraan kepada ciri insaniyyah (insani/antropologi) dan ruhaniyyah (rohani/psikologi) pada manusia, adalah hakikat sebenar pembangunan umat Islam. Meskipun secara kasarnya, keseimbangan tersebut tampak setara, namun secara halus, Islam lebih mementingkan kesejahteraan ukhrawi umatnya berbanding duniawi mereka. Ia termaktub dalam fitrah kejadian manusia sebagai ‘abidun (hamba Allah SWT), yang mana kehambaan kepadaNya tidak terhenti di dunia ini sahaja bahkan ia berkekalan di akhirat. Lebih daripada itu, ia bertepatan dengan anjuran ihsan (ihsan), yang memerlukan hamba menghampiri rabb (tuhan) lebih daripada dia mengenal dirinya sendiri, dan ini tidak akan berlaku melainkan dengan meletakkan tujuan akhirat di hadapan segala-galanya. Oleh yang demikian, dalam Islam, aturan-aturannya lebih banyak serta rinci menumpukan kepada pembangunan jiwa rohani manusia, membersih hati dan mendidik akhlak mereka berbanding aturan-aturan fikah, muamalah, ekonomi dan sebagainya. Di sisi ulama’, aturan-aturan jiwa rohani ini dinamakan sebagai tazkiyah al-nafs atau al-‘ilm al-akhlaq, atau masyhur dikenali dengan Ilmu Tasawuf. Untuk melihat perincian apa yang perkatakan ini dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensif dengan memberi tumpuan kepada fungsi tarekat kesufian (altariqah al-sufiyyah), sebagai aturan atau metode pembangunan umat Islam menjadi ummah yang membawa kerahmatan buat sekalian alam. Kata kunci: tarekat, rohani, sufi, pembangunan insan, rahmatan lil ‘alamin.
1
2
3
4
Dibentangkan dalam Zikir Perdana Sedunia 2016 anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), pada 21 Mei 2016, bertempat di Masjid Putra Presint 1, Putrajaya. Pensyarah di Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |1
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
Pendahuluan Risalah al-nubuwwah (kenabian) Nabi Muhammad SAW merupakan risalah universal. Universalisasi risalah ini bukan dilihat pada sudut seruan dakwahnya, kerana kelompok almad‘u (yang diserukan) adalah terhad, tertumpu kepada bangsa jin dan manusia, bahkan ia dilihat pada sudut kerahmatan yang berlingkar di sekeliling risalah al-nubuwwah Rasulullah SAW, yang meratai dan menyeluruh ke atas sekalian makhluk Allah SWT, sama ada yang zahir mahupun yang batin, yang tidak terkecuali satupun sama ada yang berunsur jamadat (ketulan), nabatat (tumbuhan), hayawanat (haiwan) mahupun ruhaniyyat (roh). Ini amat jelas termaktub dalam surah al-Anbiya’ (21:107):
ِ ِ ي َ ََوَما أ َْر َس ْلن َ اك إِاَّل َر ْْحَةً ل ْل َعالَم
Terjemahan: Dan tidaklah Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam. “Sekalian alam” pada ayat tersebut sememangnya dengan maksud mutlak, ia tidak hanya terbatas kepada makhluk-makhluk Allah SWT yang patuh dan beriman sahaja, bahkan merangkumi mereka yang ingkar dan kufur, namun mereka tidak menerima dan memanfaatkan kerahmatan tersebut ke atas diri mereka, menjadikan diri mereka orang-orang yang rugi.5 Secara dasarnya, kerahmatan risalah al-nubuwwah yang dimaksudkan tidak lain melainkan ia adalah kerahmatan yang tersemat pada keluhuran hati dan akhlak Rasulullah SAW. Baginda telah diperakui sendiri oleh Allah SWT dengan ketinggian akhlak sebagaimana firmanNya dalam surah al-Qalam (68:4):
اك لَ َعلَى ُخلُ ٍق َع ِظي ٍم َ َوإِن
Terjemahan: Dan sesungguhnya bagi diri engkau akhlak yang sangat hebat. Dengan hati yang murni dan akhlak yang mulia inilah, Baginda SAW mengangkat manusia menjadi insan yang bertamadun. Ia semestinya demikian, kerana dengan hati dan akhlak begini sahaja manusia dapat menghidupkan jiwa manusiawi pada diri mereka, dan kemudian berupaya membangunkan kehidupan mereka. Menegaskan perkara ini, Ibn al-Qayyim mengatakan:
لوَّل النبوات مل يكن ىف العامل علم انفع البتة وَّل عمل صاحل وَّل صالح ىف معيشة وَّل قوام مللكة ولكان الناس مبنزلة هبائم والسباع العادية والكالب الضارية اليت يعدو .بعضها على بعض Terjemahan: Kalaulah tanpa kenabian, tidak akan wujud sama sekali di alam ini ilmu yang berguna, tiadalah amalan salih [untuk diamalkan] dan tiadalah kebaikan dalam kehidupan [untuk dihasilkan], tiadalah tunjangtunjang kehidupan bermasyarakat dan adalah martabat manusia seperti 5
Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Ma‘ani fi tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, ed. Al-Sayyid Mahmud Shukri al-Alusi al-Baghdadi (Beirut: Idarah al-tiba‘ah al-miriyyah wa dar ihya’ al-turath al-‘arabi), 7: 104.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |2
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
haiwan ternakan dan pemangsa yang liar, seperti anjing-anjing ganas, yang saling menerkam di antara satu dengan yang lain.6 Justeru, maksud ‘rahmatan lil ‘alamin’ (kerahmatan sekalian alam) pada risalah al-nubuwwah berpaksi pada kemurniaan hati dan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. Baginda kongsikan kerahmatan tersebut dengan umatnya, apabila mereka hayati dan mengamalkannya, kerahmatan risalah al-nubuwwah Rasulullah tidak lagi hanya terhimpun pada diri Baginda, malah tersebar ke seluruh alam. Dengan ini, benarlah firman Allah SWT di atas “Dan tidaklah Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam”. Dalam Islam, penghayatan terhadap kemurniaan hati dan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW diterapkan secara khusus dalam Ilmu Tasawuf. Ia menjadi wadah utama bagi umat Islam merujuk dan mengenal keperibadian Rasulullah SAW, malah lebih daripada itu, Ilmu Tasawuf atau isi kandungannya menjadi teras kepada ilmu-ilmu Islam yang lain. Ini adalah kerana Ilmu Tasawuf menggarap dan memaksimakan segala pemahaman dan pengamalan yang diperolehi daripada ilmu-ilmu tersebut. Hal ini berpandukan kepada polarasi Ilmu Tasawuf itu sendiri yang mengajarkan manusia tentang ihsan, sekaligus membuktikan bahawa Ilmu Tasawuf terpatri dalam pemahaman dan pengamalan para alim ulama’ pelbagai bidang ilmu. Mereka berbuat demikian kerana mereka amat sedar, tanpa Ilmu Tasawuf, pincanglah ilmu-ilmu Islam dan rosaklah pemahaman dan amalan umatnya. Maka tidak hairan apabila Imam Malik RH mengungkapkan:
من تصوف ومل يتفقه فقد تزندق˛ ومن تفقه ومل يتصوق فقد تفسق˛ ومن مجع بينهما .فقد حتقق
Menafsirkan ungkapan Imam Malik ini, Shaykh Zaruq mengatakan, sesiapa yang bertasawuf tetapi tidak memfaqihkan dirinya iaitu tidak mendalami hikmah dan hukum apa yang diamalkannya, maka dia telah melakukan kezindiqkan, sesiapa yang mendalami hikmah dan hukum pula, tetapi tidak bertasawuf iaitu menghadapkan amalannya dengan ikhlas kepada Allah SWT, maka dia telah melakukan kefasiqkan. Hasilnya, sesiapa yang menghimpunkan keduaduanya yakni bertasawuf dan faqih, maka dia telah mencapai kebenaran dalam beramal.7 Melihat keistimewaan Ilmu Tasawuf dari sudut ini, ia menjadi penanda aras kualiti pembangunan umat Islam. Apa yang pasti, dengan penghayatan Tasawuf, umat Islam dapat mencapai pemahaman yang sebenar tentang ajaran Islam serta pengamalannya dalam kehidupan. Sebaliknya, tanpa penghayatan tersebut, umat Islam menghampiri keliaran dan terjun ke lembah kebinasaan yang menghalang segala makna kesejahteraan, termasuklah kesejahteraan ‘ammah (umum) yang dikongsi bersama dengan manusia lain di dunia ini. Bagaimanakah analogi ini terhasil, makalah ini akan membincangkannya dengan memberi tumpuan kepada metodologi Tasawuf dalam menyelaras hati dan akhlak manusia, selari dengan manifestasi kerahmatan risalah al-nubuwwah Rasulullah SAW; “rahmatan lil ‘alamin”.
6 7
Ibid., 105. Lihat lebih lanjut dalam Ahmad bin Ahmad al-Birnisi, Qawa‘id al-Tasawwuf, ed. Taha al-Dusuqi Hibishi (Kaherah: Maktabah al-Iman, 2013), 20.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |3
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
Tarekat Kesufian dan Pembangunan Insan Tiga perkara pokok akan dibahaskan dalam tajuk ini ialah; konsep tarekat kesufian, nilai insaniah pada manusia dan bagaimana nilai tersebut dibangunkan oleh tarekat kesufian. Secara leksikalnya, al-tariqah (tarekat) ditakrifkan sebagai al-sirah (perjalanan), al-madhhab (persepsi) dan al-hal (keadaan).8 Manakala secara terminologinya pula, dalam Islam perkataan al-tariqah lazim dikaitkan dengan kesufian (al-sufiyyah), maka al-tariqah al-sufiyyah bermaksud perjalanan atau cara khusus para salik mendapatkan jalan pintas dan singkat dalam pendakian maqam-maqam. 9 ‘Jalan pintas’ pada takrif ini tidak bermaksud al-sunuh (bermudah-mudah), tetapi di sisi para sufi ia bermaksud tahsil al-lub (menghasilkan intipati) dalam faham dan amal. Begitu juga dengan maksud ‘singkat pendakian’, iaitu kesungguhan keluar daripada darjatdarjat yang jauh daripada Allah SWT kepada yang paling hampir kepadaNya.10 Motif daripada tarekat kesufian sebagaimana dijelaskan daripada takrifnya ini tidak banyak berbeza dengan motif ilmu-ilmu Islam yang lain seperti akidah, fekah, sirah dan lain-lain, semuanya turut memacu umat Islam kepada menghampiri Allah SWT. Namun tarekat kesufian mempunyai kelebihan apabila ia mementingkan penghayatan dan pengamalan, sebaliknya ilmuilmu lain mementingkan pengetahuan dan pemahaman. Oleh sebab itu, ahli tarekat kesufian disebutkan sebagai arbab al-ahwal (pentarbiyah hal-ehwal diri) dan bukan ashab al-aqwal (pengungkap kata).11 Kenyataan ini boleh jadi mengejutkan orang-orang yang keliru. Hakikatnya amat jelas, mengetahuinya seseorang itu tidak semestinya menjadikannya menghayati, begitu juga memahami, tidak semestinya menjadikannya beramal. Betapa ramai manusia yang mempelajari ilmu-ilmu Islam, ada yang berupaya mencapai tahap alim, pakar, mujaddid dalam bidang mereka, tetapi adakalanya mereka tidak dipercayai dan diperakui kerana ketiadaan amanah, benar dan thabat (kemas berpendirian) – daripada sifat-sifat para sufi – pada diri mereka. Berbeza pula dengan para ulama yang menghayati dan mengamalkan tarekat kesufian, mereka bukan sahaja diakui alim, pakar, mujaddid, tetapi juga diakui warak, zuhud, amanah, benar dan lain-lain lagi daripada sifat para sufi. Tidakkah dengan sifat-sifat ini ulama-ulama tersebut dijulang dan diperakui? Seharusnya difahami di sini, apabila disebutkan tarekat kesufian, ia bukan semata-mata bermaksud wirid-wirid (awrad) atau hal-ehwal suluk (ahwal al-suluk), ataupun kumpulan zikir tertentu, semuanya ini merupakan mazahir (penzahiran) bagi ahli sufi. 12 Tetapi yang dimaksudkan dengan tarekat kesufian di sini ialah cara atau usaha menyisih kejelekkan sifatsifat keji daripada hati dan kemudian mengisinya dengan kemurnian sifat-sifat yang diredhai. 8 9 10
11 12
Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 10:221, entri “taraq”. Al-Jurjani, al-Ta‘rifat, 141. ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf al-Islami: sakhsiyyat wa nusus ma‘a kitab al-Munqidh min aldalal, ed. Muni‘ ‘Abd al-Halim Mahmud (Ajuzah: Maktabah al-Iman, 2004), 296. Ibid. Tidak dinafikan kepentingan perkara-perkara ini bagi mereka yang menjalani kehidupan sufi. Bahkan ia seiring dengan mujahadah nafsiyyah dalam mendidik dan mentarbiyah diri seseorang salik. Namun dari sudut keutamaan dan keperluan yang menyeluruh, perkara-perkara ini tidak mendatangkan faedah atau faedahnya kecil jika tidak dimulakan dengan penyucian dan pembersihan hati daripada segala sifat mazmumah.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |4
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
Cara atau usaha ini dikenali dengan konsep al-takhalli (penyisihan) dan al-tahalli (pengisian).13 Sebilangan besar ulama-ulama Islam memperkatakan tentang konsep ini dalam pertuturan dan perilaku mereka, dan para imam mazhab tiada seorang pun yang terkecuali. Imam Abu Hanifah RH sebagaimana dicatatkan oleh al-Dhahabi sebagai seorang yang terhimpun padanya kefaqihan, kewarakkan dan pemurah. Beliau seorang ahli ibadah yang hebat, sehingga diriwayatkan bahawa telah mengkhatamkan 7 ribu kali bacaan al-Qur’an pada tempat beliau disemadikan, kerana takutkan sengsara azab kubur. Imam Malik RH pula, antara ungkapannya “sesungguhnya al-mara’ (berbalah-balah) dan al-jidal (berbahas-bahas) pada urusan ilmu, menyebabkan cahayanya keluar daripada hati”, membuktikan Imam Malik memiliki adab yang tinggi dalam menuntut ilmu. Begitu juga dengan Imam al-Shafi‘i RH, antara ungkapannya yang senada Imam Malik “bahawa perkara-perkara yang boleh menjadikan hati seseorang itu bercahaya adalah berkhalwat, sedikit makan, menjauhi kebodohan dan orang-orang yang bodoh dan sesetengah ulama’ yang tidak memiliki keinsafan dan adab”. Tidak ketinggalan juga Imam Ahmad Hanbal RH yang disifatkan Imam al-Shafi‘i sebagai individu yang terhimpun padanya lapan keistimewaan; imam pada hadis, pada fekah, pada ilmu bahasa, pada al-Qur’an, pada kefakiran, pada kezuhudan, pada kewarakkan dan pada sunnah.14 Kesemua misal kesufian para ilmuwan ini merujuk kepada satu perkara sahaja iaitu kesungguhan mereka menyisih keburukan daripada hati mereka dan mengisinya pula dengan kebaikan. Apa yang dilakukan oleh mereka ini adalah berlandaskan anjuran al-Qur’an dalam surah al-Rum (30:30):
ِ ِاَّللِ الاِيت فَطَر النااس علَي ها ََّل تَب ِديل َِخِل ْل ِق ا ِ ِ ِ ِ فَأَقِم وجه ك ت ا َ اَّلل ذَل َ َْ َ ْ َ َ ْ َْ َ َ َ َ ك للدي ِن َحني ًفا فطَْر ِ ِ ين الْ َقيِ ُم َولَ ِك ان أَ ْكثَ َر الن ااس ََّل يَ ْعلَ ُمو َن ُ الد
Terjemahan: Maka hadapkanlah wajah kamu kepada agama yang lurus, Allah telah fitrahkan agama tersebut ke atas manusia, tiada perubahan pada ciptaan Allah, demikianlah agama yang berdiri akan tetapi ramai manusia tidak mengetahuinya.
Para ilmuwan tersebut memahami bahawa Islam sebagai agama fitrah adalah agama kebaikan (hanif), ia mengajar manusia bagaimana untuk menjadi baik sebelum mereka dihukumkan baik atau buruk. Atau kata lainnya, Islam telah mengajarkan sifat hamba kepada manusia sebelum mengajarkan mereka tanggungjawab menjadi hamba.15 Dengan ini segera difahami, Islam telah mengiktiraf nilai insaniah pada manusia sebelum mereka mengenal baik atau buruk perbuatan mereka, dan perakuan tersebut tersedia ada dalam tarekat kesufian secara terperinci. Maqamat al-taqarrub (maqam-maqam mendekatkan diri kepada Allah SWT) yang dibicarakan dalam tarekat kesufian itulah perakuannya terhadap insaniah manusia. Melalui maqamat inilah insaniah manusia di angkat, walaupun mereka bernoda dengan dosa. Mereka diseru menempuh maqam al-tawbah (taubat) untuk melayakkan diri mereka berpindah maqam-maqam taqarrub yang lain. Maqam-maqam tersebut ialah; al-khawf (takut) yang diikuti kemudiannya maqam alraja’ (harap), kemudian maqam al-salihin (orang-orang salih), kemudian maqam al-muridin 13
14
15
Muhammad Amin al-Kurdi, Tanwir al-qulub fi mu‘amalah ‘allam al-ghuyub, ed. Muhammad ‘Ali Idilbi (Mesir: Dar al-Turath al-Islami, 1993), 461. Muhammad Fawqi Hajjaj, Mawaqif min al-Tasawwuf al-Islami: dirasah tahliliyyah li tafsir zahirah al-ingkar ‘ala al-sufiyyah (Kaherah: Dar al-Taba‘ah al-Muhammadiyyah, 1984), 16-27. Al-Alusi, Ruh, 21: 40.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |5
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
(orang-orang yang memerlukan), kemudian maqam al-muti‘in (orang-orang yang taat), kemudian maqam al-muhibbin (orang-orang yang bercinta), kemudian maqam al-mushtaqin (orang-orang yang rindu), kemudian maqam al-awliya’ (wali-wali) dan barulah maqam almuqarrabin (orang-orang yang hampir). 16 Setiap maqam ini mempunyai kelebihan yang berbeza di antara satu dengan yang lain, akan tetapi semuanya menjadikan insaniah manusia istimewa. Mencapai setiap maqam ini sememangnya sukar. Meskipun begitu, tiada erti sia-sia dapat disifatkan kepada pendakinya jika dia gagal melepasi maqam-maqam yang berbeza, kerana semuanya adalah jalan menuju Allah SWT, segala yang bertakluk denganNya adalah baik dan indah. Perakuan tarekat kesufian terhadap insaniah manusia adalah dengan tujuan utamanya membangunkan insaniah manusiawi ke tahapnya yang tertinggi, dan yang tertinggi itu dalam wacana kesufian ialah al-sidq (benar) atau ikhlas. Melihat daripada pandangan Abu Sa‘id alKharraz RH, beliau memilih al-sidq sebagai suatu rangkuman bagi makna kesemua mahmudat (sifat-sifat terpuji). Ini bermakna, apabila para sufi membicarakan tentang sifat-sifat, contohnya seperti ikhlas, sabar, tawakal dan sebagainya, mereka membicarakan tentang hakikat sifat-sifat tersebut, bukan hanya tasawur dan pemahaman umumnya sahaja.17 Apa yang ingin dicapai oleh tarekat kesufian daripada pembangunan insaniah manusia ialah menghampiri kesempurnaan fitrah manusiawi sebagaimana Allah SWT tetapkan. Jika iman itulah fitrahnya, maka kamil al-iman (sempurna keimanan) adalah hasilnya. Iaitu kembali kepada panduan wahyu Allah SWT yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah SAW. Insan dan Pembangunan Masyarakat Di bawah tajuk ini pula, perbahasan akan melihat dua perkara pokok; pertama, mafhum insan di sisi tarekat kesufian dan kedua, sumbangan insan dalam membangunkan masyarakat. Insan yang dimaksudkan di sini ialah insan yang memiliki kekuatan insaniah sebagaimana yang terangkum di dalam ayat surah al-Tin (95:4):
ِْ لََق ْد َخلَ ْقنَا َح َس ِن تَ ْق ِو ٍي ْ اْلنْ َسا َن ِِف أ
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dalam sebaik-baik bentuk. Insan sebegini dari kaca mata tarekat kesufian adalah manusia yang paling memuncak kehidupan ibadahnya, membangunkan peribadinya di atas prinsip al-sam‘ wa al-ta‘ah (mendengar dan taat), al-idh‘an (akur) kepada nasihat para penasihat (ahlillah). Merekalah insan yang berperibadi membentuk manusia lain dengan corak tarbiah dan latihan yang menepati tuntutan agama terhadap ruhani dan jasadi manusia. 18 Al-Kalabadhi menamakan insan yang mempunyai ciri-ciri di atas sebagai rijal al-sufiyyah (tokoh-tokoh sufi). Antara yang beliau himpunkan sebagai rijal al-sufiyyah tersebut ialah ‘Ali bin Abi Talib, al-Hasan dan alHusayn bin ‘Ali, ‘Ali bin al-Husayn Zayn al-‘Abidin, Muhammad bin ‘Ali al-Baqir, Ja‘far bin Muhammmad al-Sadiq, Uways al-Qarni, al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri, Abu Hazim Salamah bin Dinar al-Madini, Ibrahim bin Adham, al-Fudayl bin ‘Iyad, Dawud al-Ta’i, Sufyan bin Sa‘id al16 17 18
‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf, 146-147. ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf, 151. ‘Abd al-Qadir ‘Isa, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf (Kaherah: Dar al-Muqattam, 2005), 52.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |6
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
Thawri, Dhu al-Nun bin Ibrahim al-Masri dan ramai lagi.19 Mereka ini adalah insan-insan yang telah berjaya membongkar rahsia-rahsia hikmah kehambaan dan peribadatan kepada Allah SWT. Mereka adalah ikutan para pencinta (muhibbin) dan perindu (mustashqin) kepada cinta dan rindu Allah SWT. Sifat cinta dan rindu kepada Allah SWT secara hakikatnya adalah sifat fitrah yang telah ada di dalam hati manusia, khususnya mereka yang beriman kepada Allah SWT. Berpandukan kenyataan ini, boleh dikatakan bahawa orang-orang yang beriman (al-mu’minun) itu sebenarnya adalah orang-orang yang cinta dan rindukan Allah SWT, cuma setengah daripada mereka tidak menyedari perkara tersebut. Untuk menyedarinya semula, mereka perlu kembali kepada alQur’an dan al-Sunnah. Dengan pasti, mereka akan temui bahawa Allah SWT dan RasulNya sentiasa mengingatkan perkara tersebut. Contohnya Allah SWT berfirman dalam surah Ali ‘Imran (3: 31):
ور َرِح ٌيم اَّللُ َويَ ْْغ ِف ْر لَ ُك ْم ذُنُوبَ ُك ْم َو ا اَّللَ فَاتابِعُ ِوِن ُُْيبِْب ُك ُم ا قُ ْل إِ ْن ُكْن تُ ْم ُِحتبُّو َن ا ٌ اَّللُ َغ ُف
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad), andainya kalian cintakan Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah menyintai kalian dan Dia mengampunkan kalian bagi dosa-dosa kalian. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dalam surah yang sama (3: 76), Allah SWT berfirman:
ِ ُّ اَّلل ُُِي ِِ ِ ِ ي َ ب الْ ُمتاق َبَلَى َم ْن أ َْو َىف ب َع ْهده َواتا َقى فَإ ان ا
Terjemahan: Bahkan sesiapa yang memenuhi janjinya dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang bertaqwa. Dalam hadis Rasulullah SAW pula, Baginda bersabda:
ثالث من كن فيه وجد حالوة اْلميان من كان هللا ورسوله أحب اليه مما سوامها ومن ...أحب عبدا َّل ُيبه أَّل هللا
Terjemahan: tiga perkara yang sesiapa dapatinya akan menemui kemanisan iman....20 Apabila akur dengan keterangan wahyu tentang cinta dan rindu kepada Allah SWT, orang-orang yang beriman secara tidak langsung telah bersedia untuk dibangunkan dari sudut kehambaan dan peribadatan. Namun dalam masa yang sama, mereka tidak berupaya untuk membangunkan diri mereka sendiri, lantas mereka perlukan pangajar yang berkemahiran dan berpengalaman. Dalam dunia kesufian, pengajar tersebut dinamakan murabbi. Menurut ‘Abbad al-Nafzi, setiap orang yang menyedari hijab basirah (mata hati)nya tebal, maka mereka memerlukan shaykh murabbi untuk menghilangkan hijab tersebut, dan dapat memperlihatkan kelemahan dan kekurangan dirinya. 21 Dengan ini, murabbi inilah insan yang membangunkan masyarakat, 19
20 21
Muhammad bin Ishaq bin al-Bukhari al-Kalabadhi, Kitab al-ta‘rif li madhhab ahl al-Tasawwuf, ed. Arthur John Obery (cet. ke-2, Kaherah: Maktabah al-Khanji, 1994), 11. Al-Bukhari, hadis no 16 dalam bab halawah al-iman. Al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-Basri, Risalah al-Mustarshidin, ed. ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (cet. Ke-9, Kaherah: Dar al-Salam, 1999), 72.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |7
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
meningkatkan nilai insaniah mereka dengan menghampiri Allah SWT. Justeru, apabila ditanyakan, siapakah masyarakat yang dibangunkan tersebut, maka jawabnya, merekalah setiap orang yang beriman kepada Allah SWT. Iman dan Masyarakat Yang Membangun Perkara pokok yang akan dibincangkan di bawah tajuk ini terbahagi kepada dua; pertama, konsep asas iman dan kedua, kepentingan iman kepada masyarakat yang membangun. Iman secara istilah bermaksud membenarkan Rasulullah SAW dengan apa yang Baginda sampaikan daripada Allah SWT. Dan wajib membenarkan ini mencapai tahap yakin, taat, patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT. 22 Daripada takrif ini, iman boleh disimpulkan mengandungi tiga perkara penting; pertama, membenarkan (al-tasdiq) Rasulullah SAW; kedua, apa yang disampaikan oleh Rasulullah adalah bahagian wahyu yang disyaratkan untuk disampaikan kepada umat; ketiga, pembenaran (al-tasdiq) wajib melepasi tahap keraguan. Dalam perspektif tarekat kesufian, al-tasdiq (membenarkan) Rasulullah SAW sebagaimana terkandung dalam takrif iman di atas bukan hanya dari aspek perintah dan larangan Baginda yang disifatkan sebagai al-syar‘i (syarak), malah ia bersifat al-ittiba‘ (mengikuti), maka apabila kesepaduan di antara al-tasdiq dan al-ittiba‘ terhasillah apa yang dinamakan dengan haqq alittiba‘ (mengikuti Nabi SAW dengan sebenar-benar ikutan). Memperincikan maksud haqq alittiba‘ ini, Shaykh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani RH menyatakan:
القوم أبدال األنبياء فاقبلوا منهم ما أيمركم به فإهنم أيمرونكم أبمر هللا عز وجل ورسوله ينطقون فينطقون˛ يعطون فيأخذون َّل يتحركون حركة بطباعهم،وينهون بنهيهما ونفوسهم˛ َّل يشاركون احلق عز وجل ِف دينه أبهويتهم اتبعوا الرسول صلى هللا عليه :وسلم ِف أقواله وأفعاله مسعوا قول هللا عز وجل ِ ِيد الْع قاب ُ َوما آات ُك ُم الار ُس اَّللَ إِ ان ا ول فَ ُخ ُذوهُ َوما َهنا ُك ْم َعْنهُ فَانْتَ ُهوا َواتا ُقوا ا ُ اَّللَ ََش ِد
Terjemahan: Para abdal (disifatkan pengganti para nabi) maka terimalah apa yang mereka perintahkan kamu, sesungguhnya mereka menyuruh kamu dengan apa yang Allah ‘azz wa jall perintahkan, begitu juga [perintah] rasulNya, dan mereka (abdal) menegah apa yang ditegah oleh kedua-duanya (Allah SWT dan rasulNya), apa yang mereka (Allah SWT dan rasulNya) katakan maka itulah yang dikatakan mereka (abdal), apa yang mereka (Allah SWT dan rasulNya) berikan maka itulah yang diambil oleh mereka (abdal), tidak bergerak [walau] satu pergerakan mengikut keperluan tabiat dan nafsu mereka, tidak menyekutui Yang Maha Benar ‘azz wa jall pada urusan agamaNya dengan keinginan mereka, ikutilah [mereka itu akan] Rasulullah SAW pada ucapannya dan perbuatannya, dengarlah firman Allah ‘azz wa jall:
22
Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari, ‘Aqidatuna (cet. ke-10, t.tp, t.p, 2005) 37.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |8
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
Apa yang dibawakan bagi kamu oleh Rasul maka ambillah ia dan apa yang ditegahkan ke atas kamu maka tegahkanlah ia.23 Para sufi sebagaimana dinyatakan oleh Shaykh ‘Abd al-Qadir RH membenar dan mengikuti Rasulullah SAW bukan sahaja pada urusan agama, bahkan pada ucapan, gerakan dan keinginan Baginda. Ia bersifat ablagh al-ta‘zim (setinggi-tinggi penghormatan) sehinggakan mengikutinya mereka kepada Rasulullah SAW sahaja boleh digambarkan dapat membawa mereka bertemu dengan Allah SWT. Kata Shaykh ‘Abd al-Qadir RH:
اتبعوا الرسول صلى هللا عليه وسلم حىت ْحلهم اىل املرسل˛ قربوا منه فقرهبم اىل احلق ...عز وجل˛ أخرج هلم األلقاب واَخِللع واْلمارة على اَخِللق Terjemahan: Ikutilah [mereka itu akan] Rasulullah SAW sehingga dibawa mereka kepada yang mengutuskan, dekatilah [mereka itu akan] Baginda, nescaya didekatkan mereka kepada Yang Maha Benar ‘azz wa jall, mereka keluarkan [daripada diri mereka] gelaran-gelaran, bertelanjangan serta bergantung kepada makhluk.24 Di sini amat jelas kefahaman tarekat kesufian terhadap iman adalah pada tahapnya yang tertinggi, iaitu haqq al-ittiba‘ al-Rasul (sebenar-benar mengikuti Rasulullah SAW). Ia bukan hanya pada mengikuti suruhan atau larangan Baginda, tetapi mengikuti diri dan pekerti Baginda. Justeru, tidak hairan mengapa para sufi amat mementingkan penyucian hati kerana mereka sangat ingin hati mereka sesuci hati Rasulullah SAW. Dan oleh sebab mereka bukan rasul atau nabi, maka para sufi memerlukan masa dan kekuatan yang lebih, di samping al-fayd (limpahan kurnia Allah SWT) dalam membantu mereka mengislah hati. Hal inilah yang membuatkan sesetengah orang tersalah menganggap para sufi terlalu sibuk dengan dunia kesufian mereka, sehingga didakwa bahawa mereka telah meninggalkan kehidupan dunia, menyendiri dan jauh daripada masyarakat. Walau bagaimanapun, hakikat menyatakan sebaliknya. Pengislahan hati yang dilakukan oleh para sufi adalah kunci kepada iman, asasnya sahaja pada awal-awal lagi memerlukan seseorang yang beriman mengislah hatinya, ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
...أَّل أخربكم ابملؤمن؟ من أمنه الناس على أمواهلم وأنفسهم
Terjemahan: Apakah kalian mahu aku jelaskan tentang orang yang beriman? [Dialah] orang yang mengamankan manusia di atas harta mereka dan diri mereka. Dalam riwayat lain, dinyatakan bahawa orang yang beriman itu ialah orang yang mengamankan manusia daripada kejahatan dirinya. Menurut Shaykh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, kesemua makna hadis tentang orang yang beriman ini sama, iaitu kembali menyelamatkan manusia daripada sifat-sifat tercela yang ada pada seseorang yang beriman itu.25 Ia pastinya bermaksud
23
24 25
‘Abd al-Qadir al-Jilani al-Hasani, al-Fath al-Rabbani wa al-Fayd al-Ruhmani, ed. Yusuf bin Mahmud al-Haj Ahmad (Damsyiq: Maktabah al-‘Ilm al-Hadith, 2000), 196. Ibid., 196. Lihat al-Muhasibi, Risalah, 77, 78.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |9
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
pengislahan hati, kerana tidak akan berlaku pengamanan terhadap harta atau diri, jika tanpa kemurniaan pada hati manusia. Pada tarekat kesufian, manusia yang murni hati mereka, inilah manusia yang disifatkan membangun. Mereka merencana dan menghasilkan kebaikan tanpa dimandulkan oleh kebutuhan nikmat-nikmat duniawi. Menurut Dr. Abu al-Wafa’ al-Ghanimi, orang-orang sebegini hatinya, mereka hanya mencari kebaikan kerana hakikat kebaikan, demi memantapkan iman mereka kepada Allah SWT. Mereka tidak memaksa atau terpaksa mencari, kerana wahyu sendiri tidak memfardhukan ke atas mereka, tetapi mereka lakukannya kerana tabi’i dan fitrah. Memetik kata-kata Dr. Muhammad Husayn Mikal yang bermaksud: “Kezuhudan Rasulullah SAW atau ketidakmahuan Baginda terhadap dunia, bukanlah dengan tujuan menyempitkan nikmatnya, dan ia juga bukan kerana fardhu ain, kerana Allah SWT menyuruh: Makanlah apa yang baik-baik daripada yang Kami rezekikan. Manakala dalam athar: Berkerjalah untuk dunia mu seumpama kamu hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhirat mu seumpama kamu mati esok. Akan tetapi Rasulullah ingin menjadi misal yang terutama bagi manusia, bagaimana untuk mereka jalani kehidupan dengan penuh kekuatan, yang mana kekuatan itu tidak akan tergoyah dengan sebarang kelemahan, dan lagi, mereka tidak akan sesekali bersedia untuk tunduk kepada kebendaan, harta, kekuasaan dan apa sahaja yang boleh menjadi tujuan selain daripada Allah SWT”.26 Hasil yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sememangnya berbekas dan berlaku. Para Sahabat RA, tabi’in dan mereka selepas daripada mereka, yang mengikuti Rasulullah SAW dalam pemurniaan hati mereka, adalah umat madani (membangun), bukan sahaja kerohanian mereka, malah ilmu, peradaban, ekonomi dan segala hal berkaitan dengan kehidupan mereka. Kesimpulan Kerahmatan keseluruh alam yang menjadi visi pengutusan Rasulullah SAW sememangnya benar dan berlaku dalam kehidupan manusia di dunia ini. Risalah kenabian Baginda bukan hanya tertumpu kepada dakwah lisan atau perbuatan, malah juga dakwah hati. Bahkan dakwah hati inilah yang menjadi keutamaan Rasulullah SAW kerana bermula daripadanya terbit dakwah lisan dan perbuatan, seterusnya tersebarnya kesejahteraan di alam ini. Para sufi yang terdiri daripada ulama dan aulia’ telah menyediakan diri mereka di atas dakwah hati ini. Mereka boleh diibaratkan sebagai perantara yang menghubungkan semua manusia dengan Rasulullah SAW, kerana semua manusia mempunyai hati dan berupaya mengisinya dengan kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW lakukan dan anjurkan. Justeru, di atas dasar ini, sepatutnya orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rasulNya, mendekatkan diri mereka dengan para sufi dan Ilmu Tasawuf, sebagai langkah mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Semoga makalah ini dapat memberikan pencerahan kepada sesiapa yang mencari kebenaran mengenainya serta manfaat bagi kami di dunia dan di akhirat. Wallahua’lam.
26
Abu al-Wafa’ al-Ghanimi al-Taftazani, Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islami (Kaherah: Dar al-Thaqafah, t.t), 43, 44.
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 10
Kertas Kerja 4: PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN dibentangkan oleh Dr Ahmad Najaa Bin Mokhtar
BIODATA RINGKAS PEMBENTANG KERTAS KERJA 4: “PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN SEMULA UMMAH RAHMATAN LIL ALAMIN” – DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR
Dr Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar berasal dari Pahang. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mendapat kelulusan Ijazah BA (2003) dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam bidang Akidah dan Falsafah. Manakala MA diperolehi pada 2006 dari Universiti Abdelmalik Assaadi, Morocco dalam jurusan Akidah. Kemudian mendapat Ph.D dari Universiti Malaya (UM) di Akademi Pengajian Islam dalam bidang Akidah & Tasawuf. Mula berkhidmat di USIM sejak tahun 2006. Semasa berkhidmat di USIM, beliau telah dilantik menjadi Felo Penyelidik di Institut Sains Islam (2015-2016), panel penilai Modul Istitabah Majlis Agama Islam Selangor (2014-2015). Pernah menjawat jawatan pentadbiran sebagai Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama (2014-2016).
Simposium Tarekat Tasawuf 2016 | anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) | tarikh/hari: 21 Mei 2016 (Sabtu) | masa: 8.30 pg – 4.00 petang | tempat: Auditorium, Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia | 11