Selangor Kini PERCUMA 15 - 22 November 2013, 11 - 18 Muharram 1435
Pukat keroncong 38mm pelihara sumber perikanan negara
muka 15
KENALI ADUN ANDA IR. MOHD HASLIN N.54 Tanjung Sepat
muka 6&7
RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengumumkan langkah segera melaksanakan kerjakerja tebatan dan menaik taraf sistem saliran dengan peruntukan RM37 juta bagi mengatasi isu banjir yang membelenggu warga Klang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah ini melibatkan lima projek utama yang dijangka siap pertengahan 2014 dan April 2015. Sebanyak RM12.4 juta daripada peruntukan itu disediakan Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, manakala selebihnya RM25.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga menyediakan RM2.7 juta lagi un-
Kerajaan Negeri juga menyediakan RM2.7 juta lagi untuk 23 projek kerja naik taraf sungai, kolam takungan dan parit kampung, pengukuhan tebing sungai dan pelebaran muara sungai yang dijangka siap penghujung tahun ini.
Gambar Oleh Shuaib Ayob
Meraikan... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersarapan dan bergambar bersama Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Agama Ar-Razi, M Sueb Ismail dan 38 murid tahun enam sekolah tersebut dalam Program Akademi Imam Muda Da’ie, di SUK tuk 23 projek kerja naik taraf sungai, kolam takungan dan parit kampung, pengukuhan tebing sungai dan pelebaran muara sungai yang dijangka siap penghujung tahun ini. “Walaupun ini merupa-
kan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri turut mengambil tanggungjawab menyediakan peruntukan pada jumlah yang kita mampu,” kata Abdul Khalid. Lima projek utama itu, ada-
lah kerja menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi banjir kilat di Pelabuhan Klang. Empat projek yang dibiayai Kerajaan Negeri adalah projek tebatan banjir di Pandamaran, menaik taraf sistem saliran
Kampung Teluk Menegun, menaik taraf sistem saliran Sungai Aur Fasa 4 dan membina lencongan Sungai Rasah ke Tasik Ladam Sungai Klang. Lihat muka 3
Utama 2
Selangorkini 15 - 22 November 2013
Rampas kuasa PBT? OLEH AFEEQA AFEERA & NAEEM RAFFI SHAH ALAM - Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) lantikan Kerajaan Pusat bukan sahaja mengganggu hubungan antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT), bahkan dibimbangi menyalurkan wang pembayar cukai terus ke kocek pihak tertentu. Pada pembentangan Belanjawan Nasional 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan
Kalau mereka ikhlas untuk bangunkan JPP, lebih baik peruntukan itu diberi kepada JPP sedia ada dan tidak perlu wujudkan dua kumpulan
TENG CHANG KHIM
Exco Kerajaan Tempatan
Kerajaan Pusat mahu menyalurkan kira-kira RM63 juta kepada JPP (Pusat). “Selangor sudah mempunyai JPP yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan jumlahnya bergantung kepada zon di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT)," jelas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim. Menurut Chang Khim, penubuhan JPP (Pusat) ini dibuat tanpa merujuk kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Usaha terancang ini mensasarkan kawasan bandar, dan dipercayai antara lain untuk bersaing dengan ahli-ahli majlis PBT. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan 148 JPP (Pusat) mulai Januari tahun depan. Seorang pengerusi akan dilantik bagi mengetuai Jawatankuasa JPP di 24 zon di setiap PBT. Menteri KPKT Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan JPP (Pusat) mahu menyelesaikan
isu perbandaran, sampah serta lanskap - perkara yang terletak dalam bidang kuasa PBT - dengan membawa isu-isu itu terus kepada Kerajaan Persekutuan. Sebelum ini, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar, berkata 12 anggota DUN dan tiga anggota Parlimen BN, termasuk beliau dilantik sebagai pengerusi penyelaras pelaksanaan program dan Projek Persekutuan dan 44 jabatan termasuk agensi kerajaan Persekutuan di Selangor. “Kalau mereka ikhlas untuk bangunkan JPP, lebih baik peruntukan itu diberi kepada JPP sedia ada dan tidak perlu wujudkan dua kumpulan,” kata Chang Khim. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Pakatan Rakyat (PR) mengukuhkan kedudukan di Selangor dengan majoriti yang amat selesa, terutama di kawasan-kawasan bandar, meskipun kempen BN di Selangor dikepalai Najib Tun Abdul Razak.
Nur Nabiha Nasuha Muhammad Zamri dengan ditemani keluarga, menangis kegembiraan sebaik diumum sebagai Pelajar Perempuan Cemerlang PSRA 2013 Peringkat Selangor. Beliau yang belajar di Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah, Batu Belah, Klang, memperolehi markah 99.2 peratus. Sementara itu bagi kategori lelaki, Muhammad Aidil Ikram Amran dari Sekolah Rendah Agama Batu 13, Puchong, memperolehi markah 98.8 peratus
JPP (Pusat) pecahbelah masyarakat SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Pusat mewujudkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dicurigai ahli majlis di beberapa wilayah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor. Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Raja Fairuz Raja Mazlan, berkata kewujudan JPP hanya akan mengelirukan rakyat kerana ia mempunyai peranan yang sama dengan ahli majlis. "Konflik dan kecelaruan di kalangan rakyat akan timbul apabila wujud dua pihak yang memegang peranan yang sama dalam kawasan yang sama. "Tindakan Kerajaan Pusat ini seolah-olah sengaja mahu mengganggu-gugat dan memecah belahkan hubungan yang terjalin antara masyarakat dan ahli majlis," katanya. Fairuz menyifatkan kewujudan entiti di bawah kelolaan Kerajaan Pusat itu bersifat politik yang mempunyai agenda tersembunyi. "Kewujudan JPP (Pusat) seolah-olah ingin menonjolkan peranan Kerajaan Pusat sebagai juara dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. "Ia sekaligus menyemai persepsi negatif, kononnya kerajaan Selangor, PBT dan ahli majlis gagal bawa dan menyelesaikan isu rakyat sehingga terpaksa merujuk kepada JPP (Pusat)," katanya. Manakala seorang Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan Kerajaan Pusat itu. Kamarulzaman Sanusi, berkata kewujudan JPP (Pusat) akan mengulangi episod pertindihan kuasa seperti yang berlaku dalam jawatankuasa di peringkat kampung. "Sebelum ini, Kerajaan Pusat menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dengan alasan enggan menyalurkan bantuan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dikelola Pakatan Rakyat kerana bimbang disalah guna. "Kini, Kerajaan Pusat sekali lagi mengulanginya dengan mewujudkan JPP (Pusat), sedangkan Kerajaan Negeri mempunyai ahli majlisnya sendiri," jelasnya.
Konflik dan kecelaruan di kalangan rakyat akan timbul apabila wujud dua pihak yang memegang peranan yang sama dalam kawasan yang sama
RAJA FAIRUZ
Ahli Majlis MBPJ
Perkara ini melibatkan wang pembayar cukai, jadi rakyat perlu tahu dalam semua hal seperti mekanisme JPP dan belanjawannya
KAMARULZAMAN Ahli Majlis MBSA
Justeru, Kamazulzaman mempersoalkan sejauh mana ketelusan dan kebertanggungjawaban ahli-ahli yang bakal menganggotai JPP (Pusat) dengan dana yang akan diturunkan kepada mereka kelak. "Perkara ini melibatkan wang pembayar cukai, jadi rakyat perlu tahu dalam semua hal seperti mekanisme JPP dan belanjawannya.
Utama
Selangor bangunkan Sungai Klang 2014
Selangorkini 15 - 22 November 2013
Oleh SIRAJ MOHD ZAINI SHAH ALAM - Pembangunan semula Sungai Klang termasuk kerja-kerja pembersihan dan menaik taraf sungai akan dimulakan pada Mac 2014. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, banyak syarikat tempatan, dan dari China serta Korea Selatan tampil menawarkan
Terlalu ramai ingin menolong kita betulkan Sungai Klang, termasuk dari luar negara, tetapi bukan betul mereka ingin bangunkan Sungai Klang, tetapi mengimpikan tanah di sebelah kawasan terbabit Abdul Khalid Menteri Besar
kemahiran, namun Kerajaan Negeri hanya akan menerima pelan pembangunan yang terbaik. “Terlalu ramai ingin menolong kita betulkan Sungai Klang, termasuk dari luar negara, tetapi bukan betul mereka ingin bangunkan Sungai Klang, tetapi mengimpikan tanah di sebelah kawasan terbabit, jadi saya tangguh dahulu. “Untuk biayai pembangunan ini, tanah di sebelah sungai itu perlu diserahkan kepada mereka, nanti orang kampung marah pula pada saya,” katanya. Abdul Khalid berkata demikian sewaktu sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Penghulu, Ketua Kampung Tradisi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri
3
Sungai Klang dirancang menjadi penghubung alternatif antara Selangor - Kuala Lumpur Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Turut dimuatkan dalam pelan ini adalah menjadikan Sungai Klang laluan air alternatif ke Kuala Lumpur dari Pelabuhan Klang hingga ke Masjid
Jamek di ibu negara. Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri menunggu kerja pembersihan dan penaiktarafan sungai dalam wilayah Kuala Lumpur diselesaikan sebelum memulakan usaha pembersihan Sungai Klang.
“Saya tunggu Kuala Lumpur betulkan sungai di bahagian atas. Kalau kita mulakan pembersihan, kekotoran dari bahagian itu akan sampai sini, tetapi perancangan semua sudah ada dan tahun depan sudah boleh dimulakan,” katanya.
Kerajaan Negeri berharap dengan perlaksanaan projek langkah-langkah ini dapat mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda daerah Klang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kerajaan Negeri sangat prihatin terhadap masalah banjir dan kepayahan hidup penduduk di kawasan yang sering dinaiki air di Taman Sentosa, Rantau Panjang, Sungai Udang, Telok Pulai,
Pandamaran, Taman Chi Liung , Bayu Perdana, sebahagian pekan Pelabuhan Klang, Bandar Putri dan Padang Jawa serta kawasan persekitaran,” kata Abdul Khalid lagi.
Belanjawan Selangor 2014 Dari muka 1 Lima projek utama, 23 projek kecil atasi banjir menyeluruh dan mantap SHAH ALAM - Belanjawan Selangor 2014 yang akan dibentangkan pada 19 November ini merupakan belanjawan paling menyeluruh dan mantap pernah dibentangkan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata demikian berdasarkan pengalaman beliau selama lima tahun menerajui pentadbiran kerajaan dan tokoh korporat. "Belanjawan 2014 kali ini lebih menyeluruh, sebab kita sudah lalui lima tahun pengalaman dan bila kita bentangkan sudah ada pengalaman tentang usaha perlaksanaan untuk jadikan belanjawan kali ini lebih mantap," kata Abdul Khalid. Jelas Abdul Khalid, Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap ekonomi dan pembangunan, dan kesejahteraan rakyat Selangor, sekaligus mengekalkan Selangor sebagai penyumbang utama ekonomi negara. Ketika menjawab soalan wartawan, Abdul Khalid menganggap spekulasi liar yang
mendakwa Kerajaan Negeri akan mengurangkan peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2014 Negeri Selangor sebagai satu berita baik. Abdul Khalid berkata, spekulasi itu menandakan sehingga kini tiada sebarang kebocoran maklumat dari dokumen belanjawan sebelum ia dibentangkan pada 19 November ini. "Bagus juga dakwaan tersebut, maknanya belanjawan negeri masih lagi rahsia, orang tak tahu. Ini bagus, satu berita baik sebab kalau orang dah tahu maknanya belanjawan sudah bocor "Sudah jadi tradisi belanjawan, ia diembargo sehingga pada hari dibentangkan, kalau berlaku kebocoran bermakna kita tidak pandai menjaga maklumat tersebut," kata Abdul Khalid lagi. Belanjawan Negeri Selangor akan dibentangkan Abdul Khalid pada 19 November ini merupakan belanjawan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kali keenam yang dibentangkan beliau.
Senarai kontrak yang lulus di Daerah Klang Tajuk Projek Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi banjir kilat di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan, Fasa 1 (Pakej 1) Projek tebatan banjir di Jalan Papan, Pandamaran Pelabuhan Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Projek menaik taraf sistem saliran Kg. Teluk Menegun, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Sungai Aur Fasa 4, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Kerja-kerja membina lencongan Sg. Rasah ke Tasik Ladam Sg. Klang dan kerja-kerja lain yang berkaitan daerah Klang, Selangor Darul Ehsan
Kos Projek
Tarikh Mula
Kontraktor
Peruntukan
25,565,299.45
24 Jun 2013
24 Jun 2013
Persekutuan
970,290.00
31 Oktober 2013
31 Oktober 2013
Negeri
3,121,175.00
31 Oktober 2013
31 Oktober 2013
Negeri
31 Oktober 2013
31 Oktober 2013
Negeri
8 November 2013
8 November 2013
Negeri
1,616,800.00
6,710,890.00
Fokus MES 4
Selangorkini 15 - 22 November 2013
APA ITU SKIMSEL?
SKIMSEL atau Skim Mikrokredit Selangor merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang beroperasi sejak Ogos 2010 bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Selangor khusus untuk golongan miskin luar bandar. Sebelum ini, dana sejumlah RM50 juta telah diperuntukan bagi membantu golongan miskin memperolehi modal bagi memulakan perniagaan. Peserta yang digelar Sadiq akan diberi pembiayaan, latihan dan kemahiran sebagai pakej lengkap dalam memastikan mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi.
MANFAAT SKIMSEL ?
Skimsel dengan misinya menjadi institusi mikrokredit terunggul di negeri ini mensasarkan impak pendapatan sekurang-kurangnya sekali ganda kepada golongan sasaran selepas empat kali menerima pembiayaan. Untuk mencapai objektif tersebut, Skimsel menawarkan produk Skim Pembiayaan Ekonomi, Skim Pembiayaan Pelbagai, Skim Pembiayaan Pendidikan, Skim Pembiayaan Kakitangan Kerajaan dan Simpanan Wajib. Menariknya, skim ini tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.
Mereka yang berminat boleh berurusan terus dengan Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Atau berhubung terus dengan SKIMSEL ditalian :
Had kelayakan SKIMSEL dinaikkan RM2,000 sebulan Oleh Naeem Raffi SHAH ALAM - Pengurusan Skimsel merancang menaikan had kelayakan peserta daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM2,000 sebulan. Pengerusi Skimsel, Dr Rani Osman, berkata hasrat itu diambil kira daripada faktor ekonomi yang saban hari semakin menekan kehidupan rakyat terbanyak. "Menerusi kajian yang dilakukan, pendapatan seisi rumah RM2,000 sebulan juga mendesak. Jadi kumpulan ini juga wajar dibantu," jelasnya. Dr Rani percaya kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program prorakyat seperti ini. Justeru, beliau akan melontarkan cadangan itu semasa sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) 18 November depan untuk diperhalusi. "Saya yakin usaha ini boleh dilaksana berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion," jelasnya.
Rombongan Skimsel bersama Dr Rani melawat Naslyn Hardware Malah menurut beliau, Skimsel turut mendorong golongan miskin untuk mendapatkan pembiayaan modal bagi memulakan sesuatu perniagaan. "Penubuhan Skimsel secara tidak langsung menjadi alternatif yang jauh
lebih baik buat mereka yang ingin pembiayaan untuk berniaga. Skim ini tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah," jelasnya.
"Melalui modal tersebut saya pelbagaikan jenis pau, dengan membuat pau frozen dan menambah jenis inti, serta membeli peralatan seperti ketuhar, peti fermentasi dan peti sejuk beku untuk pau frozen. "Selepas tiga tahun menyertai Skimsel, saya berjaya penuhi impian untuk membeli peralatan membuat pau hasil pembiayaan sebanyak RM20,000. Kini pendapatan bulanan saya meningkatkan daripada RM1,400 kepada RM3,000, sebulan
Pengusaha mi kuning
Kerajaan Negeri bantu rakyat berdikari Pengusaha pau "Bermula dengan bernaiaga secara kecilkecilan membuat pau, saya dan suami besarkan perniagaan melalui pembiayaan RM3,000 daripada Skimsel pada 2011. Sejak itu saya mula menerima lebih banyak tempahan. Selepas selesai buat bayaran balik, sekali lagi saya mohon pembiayaan daripada Skimsel, iaitu sebanyak RM5,000 pula.
- Hazalina Ismail
Ibu Pejabat : 03-5519 1692 / 03-5521 2312. Fax : 03-5510 5829
https://www.facebook. com/skimmikrokredit.
Cawangan SKIMSEL Sabak Bernam : 03-3324 3351 Kuala Selangor : 03-3281 1184 Hulu Selangor : 03-6064 1059 Petaling : 03-7734 0931 Klang : 019-368 8133 Gombak : 03-6137 0131 Kuala Langat : 03-3180 3912 Sepang : 03-8706 3108
Hailmi Ayub, menceritakan pengalaman mengusahakan perniagaan pau bersama isterinya kepada Dr Rani
"Berbekalkan modal RM900, saya dan suami memulakan perniagaan dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500. Selepas tiga tahun saya mula menyertai Skimsel dan berjaya menerima pembiayaan RM3,000. "Setelah selesai membuat bayaran balik, saya mohon suntikan modal RM5,000, untuk membeli peralatan kedai seperti mesin membuat mi dan barangan elaktrik. Malah turut menerima modal tambahan daripada Skim Pelbagai sebanyak RM2,000 dan Skim Bermusim sebanyak RM2,000. “Sekali lagi saya buat pinjaman sebanyak RM15,000 apabila mendapati perniagaan saya bertambah baik dan pada September 2013, saya mohon sekali lagi, kali ini sebanyak RM20,000 dan berjaya. “Dengan wang tersebut saya ubah suai kilang, selain membeli mesin pemprosesan yang berkapasiti lebih besar. "Kini, saya dan suami berjaya mempunyai tiga orang pekerja dengan purata pendapatan RM6000 sebulan hasil pembiayaan keseluruhan Skimsel sejumlah RM48,000. - Khatijah Azahari
Fokus MES
Berjaya anjak kualiti ekonomi rakyat pinggir bandar SHAH ALAM - Skimsel berjaya membantu Kerajaan Negeri merealisasikan visi dan misi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan menganjak kualiti ekonomi dan sosial rakyat pinggir bandar, sekaligus membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan. Pengurus Kanan Operasi Skimsel, Normaiza Yahya (gambar) berkata, pihaknya sentiasa menjejaki individu yang layak dan berpotensi dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan. "Selain memberi pembiayaan, Skimsel juga akan memastikan peserta (Sadiq) terpilih diberi latihan dan kemahiran sebagai pakej lengkap. "Sejurus sahaja pemohon layak menjadi Sadiq, kami akan mewajibkan pegawai bertugas melakukan lawatan dua kali setahun (Jun dan Disember) dalam memastikan mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi," jelasnya. Sepanjang beroperasi sehingga Jun 2013, Skimsel berjaya menyalurkan dana kepada 8,396 peserta program (Sadiq) dengan jumlah pembiayaan sebanyak
RM 61,657,650. Daripada jumlah itu, seramai 362 Sadiq dikelaskan sebagai 'Cemerlang' dengan lebihan pendapatan seisi rumah RM5,000. Rekod Skimsel juga mencatatkan 3,888 Sadiq berada dalam kategori 'Berjaya' dalam bidang yang diceburi dengan lebihan pendapatan seisi rumah, RM1,000 hingga RM4,999. Manakala 1,416 Sadiq pula berada di posisi 'Bertahan' dengan lebihan pendapatan seisi rumah di bawah RM1,000, di mana rata-rata mereka ini baru memulakan perniagaan. Bagaimanapun, 660 Sadiq direkodkan sebagai 'Gagal' manakala 1,582 Sadiq menarik diri.
"Gagal dalam istilah ini bukan membawa maksud mereka gulung tikar, tetapi pendapatan masih ditakuk lama dan tiada lebihan untuk dibawa ke depan," jelasnya. Sebelum ini, Skimsel menjangkakan kemasukan peserta baru seramai 13 ribu orang sepanjang tahun 2013 bagi mencapai sasaran 20 ribu peserta menjelang 2015 dengan pembiayaan sebanyak RM150 juta. "Tidak dinafikan sasaran itu masih belum dicapai, namun angka yang direkodkan sudah menghampiri jumlah sasaran. "Kami akan terus berusaha mencapai sasaran dan memastikan setiap sen yang disalurkan itu diterima oleh orang yang betul dan dimanfaatkan ke jalan yang betul," jelasnya. Sehingga kini, Skimsel berjaya mencapai peratusan bayaran balik pembiayaan yang begitu memberangsangkan dengan hampir 98 peratus Sadiq membuat pembayaran balik pembiayaan. Skimsel kini diperluas di sembilan daerah dengan sembilan cawangan dibuka melibatkan 40 mukim seluruh Selangor.
Tawar kiosk 'Satay Grill' Kesungguhan, idea dan modal adalah tiga elemen utama yang harus bergerak seiring untuk memulakan sesuatu pernigaan. Namun, ramai yang berputus asa sebelum memulakan perniagaan hanya kerana tidak mampu memenuhi salah satu daripada elemen itu. Menyedari hakikat itu, Skimsel tampil dengan produk terbaru berkonsepkan Kiosk yang mengetengah menu popular Malaysia, satay yang dijenamakan sebagai 'Satay Grill'. Pengurus Akaun dan Perkhdimatan Skimsel, Shahnizam Ariffin berkata hanya bermodalkan RM3,000 melalui pembayaran ansuran mingguan, mereka yang berminat akan berikan kiosk serba lengkap dengan sesi latihan untuk memulakan perniagaan. "Menerusi konsep ini, idea telah disediakan, modal boleh dibayar secara ansuran dan apa yang perlu diusahakan sepenuhnya oleh peserta adalah kesungguhan
berniaga. "Saya yakin, skim berkonsepkan Al-Bai' Bithaman Ajil ini mampu membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin yang berminat untuk berniaga keluar dari kemelut ekonomi," jelasnya. Pra-Daftar Pembiayaan 'Satay Grill' boleh dibuat di Ibu Pejabat Skimsel dan semua cawangan Skimsel serata daerah.
Pembiayaan peralatan ‘Satay Grill’ dengan bayaran secara mingguan tanpa faedah
Selangorkini 15 - 22 November 2013
5
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Berpendapatan rendah / miskin Syarat Kelayakan : l Warganegara Malaysia l Taraf Pemastautin melebihi 2 tahun l Pendapatan sebulan di bawah RM1,500 atau l Pendapatan perkapita di bawah RM350 l Memiliki aset tidak melebihi RM50,000 Syarat Pembiayaan : Tanpa cagaran dan penjamin Bersetuju membentuk kumpulan (5 orang ahli) Jalani latihan wajib (3 hari) Bersetuju menubuhkan Nadi Menghadiri Mesyuarat Nadi setiap minggu Menabung dalam Tabung Sadiq RM5 seminggu Bayaran balik secara mingguan Mencarum dalam Takaful Kredit Caj pembiayaan 8% setahun
l l l l l l l l l
Jenis Pembiayaan Jumlah (RM) EHSAN AMAN MAKMUR
Tempoh Bayar Balik
1,000-3,000 3 , 6 & 12 bln 3,001-5,000 6, 12 & 24 bln 5,001-20,000 6, 12 & 24 bln
Kakitangan kerajaan Syarat Kelayakan : l Terbuka untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Sahaja l Pendapatan RM1,500 atau l Pendapatan perkapita di bawah RM350 Syarat Pembiayaan : Tanpa cagaran dan penjamin Berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan Bayar balik bulanan (potongan gaji) Bayar pelindungan takaful.
l l l l
Jenis Pembiayaan
Jumlah Bulanan
Tempoh Bayar Balik
PKK 1 PKK 2
Maksimum RM5,000 Maksimum RM10,000
1 - 2 thn 1 - 3 thn
Statistik penyertaan Sadiq dan bangsa (Ogos 2010-September 2013) Sabak Bernam Hulu Selangor Kuala Selangor Hulu Langat Kuala Langat
: 1,273 : 1,106 : 1,345 : 1,394 : 1,227
Sepang Gombak Petaling Klang Kumulatif
: 945 : 277 : 442 : 387 : 8,396
Cawangan Melayu
Bangsa Cina India
Lain-lain
Gombak H. Langat H. Selangor Klang K. Langat K. Selangor Petaling Sabak Bernam Sepang
1 2 52 2 16 5 1 0 0
0 3 4 1 4 0 3 0 3
271 1370 1031 367 1099 1126 422 1268 937
1 4 23 3 91 70 7 3 7
6
Selangorkini 15 - 22 November 2013
Haslin - Pantai Batu Laut kunci kemajuan Tanjung Sepat Oleh HAFIZAN TAIB
Keunikan pemandangan kala senja serta keadaan laut yang menjadikan Pantai Batu Laut sesuai untuk pertandingan kapal layar kebangsaan dan antarabangsa, wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemajuan DUN Tanjung Sepat. Adunnya, Mohd Haslin Hassan berkata, pihaknya merancang pembangunan kawasan itu dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan agensi berkaitan supaya ia menjadi kawasan tumpuan masyarakat tempatan dan luar. "Saya buat beberapa perancangan bagi DUN Tanjung Sepat yang dilihat seolah-olah terpinggir. Memang di sini kita tidak nampak industri untuk dimajukan dan saya kena menggunakan segala sumber yang ada bagi pembangunannya. "Dengan pembangunan semula Pantai Batu Laut maka penduduk tempatan boleh menggunakan kemudahan yang ada untuk menjalankan segala kegiatan, termasuk dari segi ekonomi dengan pasaran hasil produk diusahakan," katanya. Beliau berkata, aktiviti perahu layar dikendalikan Persatuan Perahu Layar Selangor bertaraf antarabangsa membabitkan penyertaan beberapa negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipna merupakan peluang terbaik bagi kawasan itu dibangunkan kembali. "Saya akan adakan perbincangan lan-
Keindahan Pantai Batu Laut menjadi tarikan pelancong
PROFIL
IR. MOHD HASLIN HASSAN
Pemimpin
N.54 Tanjung Sepat
B.Eng. (Civil), BEM, MSSA, DPIM Tarikh Lahir : 16 Januari 1968 Isteri : Hjh. Sharifah Hayati Syed Idris B.Eng.(Civil), Dip. Educ, MA (Educ) Anak : 6 orang Pendidikan Anak-anak: Anak Sulung : BSc, Doktor Perubatan, Universiti Al Azhar, Mesir Anak Kedua : BSc, Arkitek, UiTM
Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda (Kej. Awam), UTM Ahli Lembaga Jurutera Malaysia Jurutera Professional, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) Ahli Malaysian Structural Steel Association (MSSA) Ahli Dewan Perniagaan Islam Malaysia
Pengalaman Kerja
1990 – 2004 : Ranhill Bersekutu Sdn Bhd Karier Sekarang: Jurutera Perunding Professional Pengarah Urusan : Saf Sepakat Sdn Bhd Ahli Lembaga Pengarah : PACE Sdn Bhd Pegawai Penyelaras DUN, Tanjong Sepat Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang 2012 –Sekarang: Timbalan Nazir & Imam 3, Masjid Al Mustaqim, Kg. Dato’ Abu 2000 -2004 : Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Sepang 2007 – 2009 : Ketua Pemuda Pas Sepang Okt 2013 – Sekarang : Ketua Penerangan Pas Kawasan Spang 2008 – Mei 2013 : Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang 2000 – Sekarang : Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan Muafakat Sepang
jut dengan MDKL mengenai perkara ini dan difahamkan MDKL juga mengambil inisiatif untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan," katanya. Namun pembangunan yang dirancang harus selaras dengan iltizam untuk memelihara alam sekitar. Mengulas lanjut, Haslin berkata, dalam tempoh dua tahun ini pihaknya turut merancang untuk menghijaukan DUN Tanjung Sepat menerusi program 'Go Green'. Katanya, perancangan itu dibuat kerana ia tidak membabitkan kos yang
tinggi serta boleh disertai semua lapisan masyarakat. "Perbincangan dengan jabatan dan agensi berkaitan akan diadakan bagi mengenal pasti konsep penanaman ini. Bagaimanapun ia adalah penanaman
pokok-pokok hiasan, yang mana tidak perlu memerlukan penjagaan rapi. "Ia akan dibuat di kawasan tumpuan ramai, termasuk kawasan kediaman penduduk seperti kampung dan yang lain," katanya.
Pembahagian masa amat penting dalam hidup Kesibukan selaku Adun di DUN Tanjung Sepat tidak menghalang Mohd Haslin Hassan untuk bersama keluarga jika berpeluang membuat demikian kerana jadual padat diharunginya sudah menjadi kebiasaan. Beliau berkata, apa yang penting ialah pembahagian masa yang betul supaya segala apa dihadapi dan tanggungjawab dipikul dapat dilaksanakan dengan jaya. Katanya, sekiranya pembahagian masa itu tidak dikendalikan dengan betul maka segala apa dirancang pasti tidak akan beroleh keputusan diimpikan. "Allah bagi kita masa 24 jam sehari maka kita perlu bijak menentukannya mengikut keperluan dan keadaan diri kita. "Alhamdulillah... isteri menyokong saya bila terbabit dalam politik kerana
dia memahami keadaan saya. Sebelum ini pun saya memang sudah biasa dengan rutin hidup serupa dan tidak menghadapi masalah bila terpilih sebagai wakil rakyat. "Saya banyak menyertai aktiviti kemasyarakatan, sering berjumpa kawankawan dan dalam PAS juga saya aktif dalam jemaah serta kegiatan dijalankan parti," kata bapa enam anak itu. Haslin berkata, dia amat mementingkan pendidikan anak-anak dan akan memastikan mempunyai masa untuk bersama mereka. Katanya, bila bersama anak dan isteri, mereka akan menghabiskan masa bersama secara maksima dan berfaedah. "Saya dan keluarga akan sentiasa bersama dalam masa terluang dan apa yang saya pastikan ahli keluarga akan membuat aktiviti berfaedah termasuk dalam soal amal ibadah," katanya.
Pemimpin Selangorkini 15 - 22 November 2013
Rakyat sokong MES Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tanjung Sepat menjalankan promosi berterusan bagi menjayakan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Jom Shopping. Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata MES mencatatkan penyertaan bertambah dari masa ke semasa. "Antara skim yang mendapat sambutan ialah SMUE, yang mana hampir sebahagian besar warga emas menyertainya. Program Jom Shopping yang kita jalankan berjaya dengan mereka memberikan respon yang baik. "Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) satu lagi skim yang diberi sambutan dan kita akan terus meningkatkan penyertaan rakyat supaya mereka mendapat kebaikan program ini termasuk Pusat Tuisyen Rakyat (PTR), Hadiah Anak Masuk Universiti, Si Tunas dan yang lain," katanya. Haslin berkata, sambutan untuk program dan penerangan MES turut menunjukkan sambutan yang amat mengalakan.
Melihat petugas mengagihkan baucar Jom Shopping kepada peserta program
Haslin meninjau perusahaan serbuk kopi milik Kamaruzzaman Denan di Kampung Kundang
Rancang pasarkan durian belanda, kopi kampung Dua komoditi, iaitu durian belanda dan kopi kampung dikenal pasti untuk mengubah ekonomi DUN Tanjung Sepat. Adunnya, Mohd Haslin Hassan berkata beliau merancang untuk memperkenalkan penanaman durian belanda dan kopi kampung secara persendirian dan komuniti, dengan pembabitan langsung penduduk kampung terutamanya anak muda tempatan. Menurut beliau, rancangan ini merupakan langkah kreatif untuk mengatasi masalah kesukaran mendapatkan kawasan bagi tujuan perladangan. "Kita akan mengusahakan tanaman ini dengan sasaran satu kampung membabitkan penyertaan 50 buah rumah yang mana satu rumah akan menanam sekurang-kurangnya lima batang pokok. Maka satu kampung akan menghasilkan jumlah 250 pokok durian belanda. "Dengan cara ini jika 10 kampung terbabit dalam projek ini maka kita akan dapat hasil sebanyak 2,500 pokok dan dalam tempoh kirakira dua ke dua setengah tahun pokok-pokok ini akan menghasilkan buah-buahan untuk tu-
juan pasaran," katanya. "Selain itu kita juga akan menggerakkan beberapa usaha lain seperti industri produk kopi kampung di kenali Kopi 3K yang mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat di kawasan in. Katanya, projek cetusan anak muda tempatan itu adalah salah satu usaha bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin. Menurut Haslin, pemasaran produk itu juga akan dibantu menerusi agensi serta pihak berkaitan. "Saya dapati terdapat pengusaha yang perlu dibantu untuk memajukan perniagaan mereka dan kita akan melihat apa keperluannya supaya ia dapat dijayakan termasuk membantu bagi mendapatkan sijil halal untuk tujuan memasarkannya di pasaran luar," katanya. Haslin berkata, projek tanaman nanas akan turut dijalankan di DUN itu pada masa depan sebagai salah satu sumber tambahan pendapatan penduduk. "Kita akan jalankan projek itu selepas ini, tetapi biarlah projek tanaman durian belanda diusahakan dulu dan membuahkan hasil," katanya.
Menyampaikan sumbangan kepada asnaf sewaktu majlis berbuka puasa di Masjid Bukit Bangkong
Selangor Kini SIDANG PENGARANG PENASIHAT: Faekah Husin Arfa’eza Abdul Aziz KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim WARTAWAN: Afeeqa Afeera:
[email protected], Hafizan Taib:
[email protected], Lizawati Madfa, Norhayati Umor:
[email protected] Siraj Mohd Zaini, Naeem Raffi:
[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
7
Album 8
Isu Selangorkini 15 - 22 November 2013
Selangorkini 15 - 22 November 2013
Kerajaan Pusat rabun masalah nelayan
Adun Chempaka, Iskandar Samad, bersama kanak-kanak Tadika Kemas sewaktu program turun padang
Nelayan Sekinchan turut membantah syarat-syarat yang ditetapkan Kerajaan Pusat
Nelayan berhimpun di Parlimen Oleh Naeem Raffi & LIZAWATI MADFA PARLIMEN - Kira-kira 50
MESRA… Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, bersama isteri bekas Adun Bukit Melawati, Muthiah a/l Maria Pillay, Kamala Devi Arumasalam hadir memeriah Majlis Menamakan Bayi dan Makan Malam Deepavali, di rumah pasangan Athi Saravanan dan Deebamalar di Taman Kota Pendamar, Pelabuhan Klang. Kelihatan Yarshana (bayi) dalam dukungan Parimala
Sebanyak 1,000 wisel diedar kepada orang awam oleh wanita DAP Selangor bagi membendung jenayah ragut dan rompak sekitar pasar borong Seri Kembangan
orang nelayan mengadakan perhimpunan secara aman di luar bangunan Parlimen pada 6 November lepas mendesak Kerajaan Pusat mengkaji semula penggunaan saiz pusat 38 milimeter yang dikuatkuasakan baru-baru ini. Menyifatkan nasib mereka seperti jatuh ditimpa tangga, nelayan-nelayan itu juga membantah Kerajaan Pusat memotong subsidi minyak bot-bot nelayan. Wakil nelayan, Cheah Swee Teck, berkata bot laut dalam
Zon C2 iaitu perairan sehingga 30 batu nautika dari tanah besar kini dicaj RM2.00, manakala Zon A, B dan C pula meningkat dari RM1.25 kepada RM 1.45. “Tindakan kurangkan subsidi membebankan golongan nelayan seluruh negara. “Penggunaan pukat 38 mm pula menjejaskan hasil tangkapan nelayan, contohnya nelayan di Hilir Perak yang banyak terjejas kerana pukat 38mm tidak sesuai dengan tangkapan udang di sana,” ujar Swee Teck. Perhimpunan aman itu turut disertai kumpulan nelayan dari Selangor, Johor, Perak dan Pahang dan berlangsung selama kira-kira 30 minit.
Turut menyertai demonstrasi tersebut ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran. Menurut Swee Teck, cubaan mengadakan rundingan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri sehingga kini tidak diendahkan. “Jadi kami mengambil keputusan menghantar memorandum bantahan pada hari ini untuk diserahkan kepada Ismail Sabri,” kata beliau. Kerajaan Negeri baru-baru ini meyatakan kesediaan untuk menjadi 'orang tengah' bagi menyelesaikan kemelut ini.
“Bekalan kurang, harga ikan naik” SEKINCHAN
Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan PPR Sri Anggerik, menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sempena Hari Deepavali
9
EXCO Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkunjung ke kediaman Irwan Kamaruddin, suami kepada Allahyarhamah, Norazita Abu Talib, mangsa yang ditembak pengawal keselamatan, di Ambank USJ, pada 23 Oktober lalu dan menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri bernilai RM5000
- Rata-rata orang awam yang ditemui menzahirkan rasa khuatir sekiranya bekalan ikan dan hasil laut merosot kesan dari tindakan Kerajaan Pusat terhadap golongan nelayan. Tambrin Ismail, 50 (gambar), berkata sekiranya penyelesaian tidak dicapai dalam masa terdekat, beliau bimbang harga ikan naik akibat bekalan yang kurang. "Baru beberapa hari nelayan
tidak ke laut, sudah susah nak dapatkan bekalan ikan segar. "Kalau berpanjangan, bukan sahaja bekalan tidak cukup, malah harga ikan juga akan mahal," jelasnya. Sementara itu, seorang pemborong hasil laut memanggil krew kami kepadanya dan menunjukkan tong hasil laut yang kosong. "Sebagai perniagaan, bukan saya sengaja ambil kesempatan naikan harga.
"Kalau bekalan tidak cukup, sudah tentu saya dapat dengan harga mahal dan tidak mungkin jual pada harga yang murah," kata Hong King Mooi, 42. Manakala bagi warga emas, Tee Tong Meng, 60, beliau berharap Kerajaan Pusat dan nelayan dapat duduk bersama mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan melarat. "Sebaiknya, kedua-dua pihak duduk berbincang dan selesaikan perkara ini dalam kadar segera. "Jika tidak pengguna juga akan terkena tempiasnya," jelasnya.
Sekinchan - Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menguatkuasa undang-undang penggunaan saiz pukat mele-bihi 38 milimeter dan pengharaman mengajikan pekerja asing bagi nelayan Zon B dipertikai kebanyakan nelayan. Penasihat Persatuan Nelayan Sekinchan, Chia Tian Hee berkata nelayan di Sekinchan kesal dengan pe-nguatkuasaan baru itu kerana mendakwa ia akan menjejaskan pendapatan mereka. "Nelayan takut turun ke laut kerana bimbang mata pencarian hilang sekiranya penguatkuasa membatalkan lesen mereka atas kesalahan tidak mengikut spesifikasi pukat dan menggunakan pekerja asing," ujarnya. Bagi Chai Swe Wa, 48 yang lebih 20 tahun menjadi sebagai nelayan berpendapat, tindakan kementerian itu tidak memerhatikan situasi sebenar yang ditempuh nelayan selama ini. "Nelayan bukan tidak mahu menyambut baik undang-undang baru ini, tetapi dengan penggunaan saiz mata pukat 38 mm, hasil laut akan merosot lebih 40 peratus. "Ditambah pula dengan larangan menggajikan pekerja asing, jika pendapatan merosot bagaimana nelayan di sini mampu bayar gaji pekerja tempatan yang jauh lebih mahal," ujarnya. Sementara, Tee Kin Meng, 40 mendakwa usaha mencari tenaga kerja dari kalangan warga tempatan bukan semudah yang dijangka. "Persatuan nelayan pernah mengiklankan kerja kosong
Chia Tian Hee
Chai Swe Wa
Tee Kin Meng sebagai 'awok-awok' untuk diisi warga tempatan dengan gaji permulaan sebanyak RM1,200 sebulan. "Namun, usaha itu tidak membuahkan hasil walaupun lebih 3 bulan mengiklankannya,"jelasnya. Ditanya bila protes tersebut akan berakhir, rata-rata nelayan di Sekinchan berkata, mereka hanya akan ke laut setelah keputusan terbaik diperolehi daripada kementerian.
Pemborong menunjukkan tong kosong
10
Selangorkini 15 - 22 November 2013
FESTIVAL ANTARABANGSA PETALING JAYA
K
(PJ INTERNATIONAL FAIR)
e arah membangunkan Bandaraya Petaling Jaya sebagai City With Soul, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menganjurkan Festival Antarabangsa Petaling Jaya (PJ International Fair) Gaya Hidup Lestari, Kehidupan Hijau (Sustainable Lifestyle, Green Living) pada 21 dan 22 Disember 2013 di sekitar kawasan Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya. Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah bidang gaya hidup mampan (sustainable lifestyle) yang memberi keutamaan kepada kehijauan bandar dan gaya hidup lestari yang dicadangkan oleh penduduk Petaling Jaya semasa penyediaan Pelan Strategik, Sustainable PJ 2030.
Festival Antarabangsa Petaling Jaya (PJ International Fair) yang berkonsepkan street carnival akan dianjurkan dengan tema Green Living Festival, bertujuan untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat umum mengenai inisiatif yang diambil oleh Majlis ke arah menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah Bandar raya Hijau, Berdaya huni dan Lestari. Majlis juga dapat berkongsi amalan terbaik (best practice) dan inovasi hijau bersama komuniti dari luar negara untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan mesra alam. Program dan aktiviti dibahagikan kepada 5 segmen iaitu:i. Eko-Mobiliti (Eco-Mobility) ii. Komuniti Mampan (Sustainable Community) iii. Taman Pintar (Smart Garden) iv. Gaya hidup sihat (Healthy Lifestyle ) v. Seni & budaya hijau (Green Arts & Culture ) Sebagai lanjutan, penganjuran aktiviti secara mingguan seperti penutupan sebahagian Jalan Yong Shook Lin untuk aktiviti berbasikal dan senamrobik, bazar barangan organik, open cinema, artist corner, muzik jalanan (busking) dan speakers corner akan dilaksanakan. Selain daripada itu, semua aktiviti yang dibuat secara ad-hoc dan sempena sambutan bandaraya sebelum ini akan disusun semula bersama dengan aktiviti Festival Antarabangsa Petaling Jaya (PJ International Fair) dan PJ Walk bagi menyediakan Pelan Tindakan bersepadu supaya ianya lebih tersusun dan merangkumi kesemua kawasan di Petaling Jaya serta meliputi kesemua aspek seperti interaksi sosial, beriadah, bersukan dan berekreasi dalam usaha Majlis menjadikan bandar Petaling Jaya bandaraya berjiwa.
Selangorkini 15 - 22 November 2013
11
12
Selangorkini 15 - 22 November 2013
Kitar semula minyak masak
Mohtar bertukar memorandum dengan Pengarah Eksekutif Syarikat Kris Biofuels Sdn Bhd, Tan U-Jiun, sambil disaksikan Datuk Bandar Shah Alam
Unit basikal pertingkat keselamatan bandar SHAH ALAM - Unit Rondaan Berbasikal (Unit Renjer) ditubuh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi mempertingkatkan aktiviti pencegahan masalah jenayah dan memperkasakan aspek keselamatan di sekitar bandar raya Shah Alam. Unit Rondaan Berbasikal itu akan melakukan rondaan secara berbasikal di taman-taman awam sekitar bandar raya Shah Alam untuk membantu mencegah kes jenayah khususnya kes samun dan ragut di samping menguatkuasa peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MBSA. Untuk permulaan, 12 unit basikal akan disediakan untuk menggerakkan unit ini dan jumlah basikal akan ditambah untuk memperkasakan unit supaya kawasan rondaan dapat diperluaskan ke kawasan lain. Unit ini terdiri daripada anggota penguatkuasa MBSA dan akan dibekalkan keper-
luan tambahan seperti helmet basikal, sarung tangan, lampu keselamatan di hadapan dan dibelakang basikal dan lain-lain. Majlis pelancaran disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan sambil diringi Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 4, Shah Alam. Selain itu, MBSA juga akan memulakan aktiviti rondaan bermotosikal bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Usaha ini akan dilakukan secara berterusan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. “Rondaan secara bersama ini juga selaras dengan penubuhan Unit Polis Bantuan MBSA yang ditubuhkan untuk mengawal lalu lintas dan kawalan trafik, menjaga aset-aset MBSA serta membuat rondaan bersama PDRM,” jelas Datuk Bandar.
SHAH ALAM - Satu perjanjian persefahaman (MOU) ditandatangani antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Syarikat Kris Biofuels Sdn Bhd untuk menjalankan Program Rintis Kitar Semula Minyak Masak di kawasan pentadbiran MBSA. Program ini diselaraskan MBSA melalui peruntukan sebanyak RM200,000 daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA). Majlis tandatangan MOU ini disempurnakan Timbalan Datuk Bandar MBSA, Mohtar
Hani bersama Pengarah Eksekutif Syarikat Kris Biofuels Sdn Bhd, Tan U-Jiun. Majlis turut disaksikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan dan Ketua Penolong Setiausaha Sektor Teknologi Hijau Kettha, Mathumathi Ambigabadi. Jaafar dalam sidang media ringkas menyatakan, program ini memberikan kesedaran kepada penduduk Shah Alam tentang bahaya penggunaan semula minyak masak yang tidak diproses secara sistematik. Katanya, kesan penggunaan minyak masak tidak diproses secara sistematik boleh mem-
berikan kesan kesihatan. Ujar beliau lagi, program kutipan minyak masak terpakai ini yang melibatkan penduduk Shah Alam akan turut disertai para peniaga yang mempunyai perniagaan di premis di bawah MBSA. Kira-kira 1,000 orang hadir ke Program Zon Bersih Bulan November peringkat MBSA yang terdiri daripada komuniti Seksyen 2, 3 dan 4, Program Zon Bersih diperkenalkan kerajaan Selangor yang mana setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dikehendaki mengenal pasti sesebuah kawasan yang akan dipertingkatkan tahap kebersihan dan keceriaan.
Unit basikal yang membantu mengurangkan kes jenayah
SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya mengheret enam pemilik pangsapuri yang enggan membayar caj penyelenggaraan ke mahkamah, pada tahun ini. Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPSJ, Noorhafez Nordin, berkata tindakan itu dilakukan dibawah Akta 663, Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Berstrata yang boleh menyebabkan tindakan
sita dan lelong dilakukan. Katanya, MPSJ tidak akan menerima sebarang rayuan daripada pemilik terbabit untuk menarik kes daripada tindakan pendakwaan ke mahkamah sehingga mencapai penyelesaian dengan pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB). “Setakat ini, MPSJ akan mengeluarkan notis kepada pemilik dalam tempoh sebulan dan akan dakwa mereka ke mahkamah jika gagal memba-
yar caj penyelenggaran. “Jika gagal membayar, kita akan keluarkan waran tahanan dan sita atau lelong, namun kebiasaan kes diselesaikan di luar mahkamah,” katanya selepas taklimat Seminar Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Berstrata, di kondominium USJ One Avenue, di sini. Sebelum ini, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad memaklumkan,
sebanyak 127 kes sudah dibawa ke mahkamah melalui pihak berkuasa tempatan (PBT), sejak Ogos 2012 sehingga Mei lalu. Katanya, 46 kes daripadanya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), 35 daripada Sepang (MPSp) dan Hulu Selangor (MDHS), 16 Subang Jaya (MPSJ), 10 Kuala Selangor (MDKS), dan 3 dari Kajang (MPKj). Dalam program itu, MPSJ mengambil inisiatif mengada-
Oleh AFIX REDZUAN
Tidak bayar caj selenggara ke mahkamah
kan Seminar Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Berstrata membabitkan 105 JMB dan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi kawasan zon Subang Jaya. Program itu bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman berkenaan fungsi serta peranan Pesuruhjaya Bangunan, JMB dan MC berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang akan dikuatkuasakan tahun depan.
COMBI didik masyarakat perangi nyamuk aedes
Talian Hotline Kutipan Sampah Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor? Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah.
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tel : 03-6064 1331 SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888 Laman Web: www.mdhs.gov.my
Menteri Besar melancarkan Program Gempur Aedes 2013 peringkat Petaling Jaya masing, memastikan tiada tempat air bertakung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. “Kerjasama orang ramai sebenarnya bukan sahaja membantu diri sendiri, keluarga dan jiran mereka, malah turut menyelamatkan nyawa, juga membantu PBT menjimatkan kos,” katanya dalam
program Gotong-Royong Selangorku; Program Gempur Aedes 2013 di sini. Program Gotong-royong Selangorku diadakan serentak di seluruh Selangor hari ini dan merupakan sebahagian agenda Program Gempur Aedes Selangor yang diadakan sebulan bermula 1 November lalu.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kutipan Sampah Klang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif ) Pembersihan awam (Jalan dan Longkang) Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan) Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free) Laman web: www.mpklang.gov.my Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Tel: 03-3187 2825 SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888. Laman web: www.mdkl.gov.my Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Tel: 03-3289 1439 Laman web: www.mdks.gov.my
Gempur aedes di semua kawasan PBT
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Tel: 03-3224 1655 / 1000 Laman web: www.mdsb.gov.my
KUALA SELANGOR - Penduduk di
Majlis PERBANDARAN Selayang (MPS) Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06 Laman web: www.mps.gov.my
Daerah Kuala Selangor diminta untuk memastikan rekod kadar kes wabak denggi yang rendah agar kesihatan masyarakat terus terpelihara daripada wabak yang boleh menyebabkan maut itu. Exco Kesihatan, Pembangunan
13
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tel : 03-4296 8000; Hotline : 1 -800-22-8100 Laman Web: www.mpaj.gov.my
Oleh NAZLI IBRAHIM PETALING JAYA - Serentak dengan Program Gempur Aedes 2013 yang diadakan di seluruh Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan program Strategi Mobilisasi Sosial dan Komunikasi (Combi) bagi memupuk kesedaran kepentingan persekitaran bebas nyamuk aedes di kalangan masyarakat Petaling Jaya. Program yang diperkenalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu, MBPJ akan menggerakkan pelbagai sektor komuniti bagi menangani isu kesihatan dalam komuniti, mewujudkan rasa tanggungjawab bersama dan mempengaruhi orang ramai untuk mengukuhkan tinggah laku sihat dalam komuniti. Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata menjaga kebersihan bukanlah terletak di bawah tanggungjawab MBPJ sahaja, tetapi masyarakat turut memikul peranan sama. “Orang ramai juga harus menjaga premis kediaman atau kedai masing-
Selangorkini 15 - 22 November 2013
Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata kadar statistik denggi, negeri Selangor mempunyai kes jangkitan denggi yang paling tinggi di negara ini dan memerlukan perhatian semua pihak untuk melaksanakan program bersepadu pembasmian dan pencegahan.
Dr Daroyah, turun padang bersama penduduk di Bukit Melawati
“Namun Daerah Kuala Selangor tidak mencatatkan kes wabak denggi yang tinggi dan tidak melibatkan sebarang kes kematian. Justeru dengan ini penduduk dan MDKS seharusnya mengekalkan prestasi ini,” kata Dr Daroyah. Beliau berkata demikian semasa Majlis Gotong Royong Perdana Gempur Aedes di semua PBT di DUN Bukit Melawati yang mana program itu turut diadakan serentak di 12 PBT seluruh Selangor. Majlis itu juga turut disertai oleh Pegawai Penyelaras DUN Bukit Malawati, S. Manikavasagam dan Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Azahari Sairin. Dalam program itu, Dr Daroyah juga turut serta dalam gotong-royong berkenaan serta memantau keadaan longkang-longkang seliaan MDKS serta lawatan kawasan kebun komuniti sejurus selepas itu. Program gotong- royong itu juga melibatkan kakitangan MDKS bagi mewujudkan kesedaran penjagaan kebersihan bersama.
Majlis PERBANDARAN Sepang (MPSp) Tel: 03-8319 0200 / 0300 Laman web: www.mpsepang.gov.my Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA) Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878 Website: www.mbsa.gov.my Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545 Laman web: www.mpsj.gov.my Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am) SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213 Laman web: www.mbpj.gov.my Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Tel: 87377899 Hotline: 1-800-88-6755 Emel:
[email protected] Laman Web: www.mpkj.gov. my
Isu 14
Selangorkini 15 - 22 November 2013
Oleh Naeem Raffi BANTING - Lokasi hentian teksi yang tidak strategik menyebabkan pendapatan golongan pemandu teksi yang mematuhi undang-undang terjejas. Bukan sahaja pengguna bas di Perhentian Bas Banting tidak nampak teksi yang menanti, bahkan pengguna akan 'disapu' oleh kereta sapu dan teksi tidak berdaftar yang bergelandangan antara hentian teksi dan terminal bas. Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Daerah Kuala Langat, John Mariappan, 37, mengeluh masalah ini berlarutan sejak 2008 lagi. "Kedudukan lokasi baru ini tidak strategik kerana jauh dari terminal bas ditambah pula lokasinya agak terselindung menyebabkan ramai penumpang tidak mengetahui kewujudan hentian teksi di sini,"ujarnya. Hentian teksi itu disewa di atas tapak Bazar Banting, yang turut memuatkan pelbagai jenis gerai dan kedai kecil. Tapak itu dicadangkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) susulan pemusatan perkhidmatan pengangkutan awam di
Lokasi tidak strategik jejas pendapatan pemandu teksi kawasan itu pada tahun 2004. Menurut pemandu yang ditemui, pemaju yang memba-ngunkan tanah seluas tiga ekar itu bagaimanapun tidak memuatkan rancangan hentian teksi yang cekap. Hentian yang disewa dari bazar itu tidak menghadap terminal bas. John berkata ramai penumpang menggunakan perkhidmatan kereta sapu kerana tidak mahu berjalan sejauh lebih 200 meter untuk ke hentian teksi. "Kita tidak salahkan penumpang untuk memilih perkhidmatan kereta sapu. Kita faham mereka mungkin dengan barangan dan beg berat atau mungkin juga warga emas sukar untuk berjalan jauh ke hentian teksi, jadi mereka memilih kereta sapu. "Perkara ini kami tanggung lebih dari lima tahun, pendapatan ahli berdaftar semakin hari semakin merosot kerana
Reaksi Pemandu Teksi Palaniandy A/L Marippan, 55 "Memang susah mahu dapatkan penumpang, saya terpaksa tunggu hampir empat ke lima jam untuk dapat seorang penumpang. "Pendapatan semakin hari semakin merosot, sehari saya bekerja lebih 12 jam dan pernah satu hari saya hanya dapat seorang penumpang dengan pendapatan untuk hari itu hanya RM20,"
Othman Ishak, 61 "Lokasi terselindung, pelanggan yang tidak biasa dengan kawasan ini memang tidak akan tahu dan mereka semua akan mengambil perkhidmatan kereta sapu yang berada di depan hentian bas. "Sudah lima tahun, berapa lama lagi kami terpaksa hadap semua masalah ini,"
M. Kannan A/L Muniandy, 50 "Pendapatan memang terjejas, saya masih ada empat orang anak dalam tangungan dan isteri tidak bekerja. "Kalau perkara ini terus belarutan, saya fikir ini bukan pekerjaan yang baik dan ramai rakan-rakan pemandu teksi telah berhenti dan bekerja dalam sektor yang lain,"
Hentian teksi yang tidak strategik menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas kewujudan kelompok kereta sapu ini tidak ubah seperti mencuri penumpang kami," jelasnya. Menurut John, pihaknya telah beberapa kali mengadakan sesi dialog dan perjumpaan
bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta agensi lain namun tiada tindakan sehingga kini. “Kalau dahulu, ahli persatuan berdaftar sekitar 80 orang, tetapi
kini hanya tinggal 50 orang kerana ramai yang tak dapat cari makan. Ada juga yang bertindak menyertai kelompok kereta sapu untuk mendapatkan penumpang dengan cara yang mudah,” jelasnya.
BANTING - Masalah hentian dan pemandu teksi daerah Kuala Langat akan dipanjangkan ke Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) yang akan bersidang 18 November ini supaya satu tindakan khusus dapat diambil pada
kadar segera. Adun Morib, Hasnul Baharuddin berkata beliau akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil semula tanah berkenaan daripada pemaju swasta, Ehsan Istimewa Sdn Bhd bagi pembangunan hentian teksi yang le-bih cekap. "Perkara ini bukan janji kosong, saya telah meneliti belanjawan Kerajaan Negeri 2014 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi, di mana Kerajaan Negeri bersedia ambil alih mana-mana tanah milik swasta atau awam untuk kepentingan rakyat," jelasnya. Hasnul berkata demikian ketika berucap dalam sesi dialog bersama pemandu Teksi dan Kereta Sewa di Bazar Banting
dekat sini, baru-baru ini. Hadir sama Adun Telok Datok, Loh Chee Heng dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Hasnul berkata, dengan adanya hentian baru itu nanti, suasana perkhidmatan awam akan lebih lancar selain memudahkan orang awam menda-patkan perkhidmatan. "Kalau dulu sebagai penyelaras DUN Morib, agak terhad buat saya untuk ketengahkan isu ini. "Namun dengan kemenangan pada PRU-13 lalu, saya akan usahakan perkara ini. “Saya dengan sokongan Adun-adun dan Ahli Parlimen Kuala Langat akan berusaha sebaik mungkin merungkai masalah ini," ujarnya.
Cadangkan Kerajaan Negeri bina hentian teksi baru
Perkara ini bukan janji kosong, saya telah meneliti belanjawan Kerajaan Negeri 2014 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi Hasnul Baharuddin Adun Morib
Tempatan Selangorkini 15 - 22 November 2013
15
WAKTU SOLAT Selangor 15- 22 November 2013 11 - 18 Muharam 1435H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 15 Jumaat 16 Sabtu 17 Ahad 18 Isnin 19 Selasa 20 Rabu 21 Khamis 22 Jumaat
Komuniti nelayan hadir dalam sidang media menyatakan sokongan terhadap penguatkuasaan saiz mata keroncong pukat tunda kepada 38mm
Pukat keroncong 38mm pelihara sumber perikanan Oleh SIRAJ MOHD ZAINI PELABUHAN KLANG - Saiz mata keroncong pukat tunda 38 milimeter (mm) akan tetap dikuatkuasakan, tegas Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Mohd Suffian Sulaiman. Tegasnya langkah itu perlu bagi memastikan industri perikanan dapat bertahan untuk tahun mendatang. Menurutnya lagi, penggunaan pukat tunda sebenarnya mengancam sumber perikanan, menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisi dan memusnahkan habitat marin. “Pelaksanaan penggunaan mata keroncong 38mm untuk pukat tunda ini juga mengambil kira teguran alam sekitar oleh Jabatan Audit Negara yang menekankan perkara ini kerana peraturannya diluluskan untuk dikuat kuasa, sejak 1982. “Peraturan ini juga dicetak dalam buku lesen setiap pemilik bot pukat tunda di bawah perkara lapan (saiz mata pukat), jadi tidak timbul mengapa nelayan pukat tunda tidak faham berkenaan perkara ini dan mahu kerajaan membatalkan syarat yang ditetapkan,” katanya. Mohd Suffian, berkata demikian pada satu sidang media yang turut dihadiri kira-kira 40 Ketua Komuniti Nelayan di Selangor serta wakil persatuan nelayan di Pejabat Perikanan Daerah Klang, dekat sini. Mohd Suffian berkata, perjumpaan bersama pemilik bot dan nelayan di Sekinchan mendapat reaksi positif berbanding sebelum ini kerana ke-
Pelaksanaan penggunaan mata keroncong 38mm untuk pukat tunda ini juga mengambil kira teguran alam sekitar oleh Jabatan Audit Negara yang menekankan perkara ini kerana peraturannya diluluskan untuk dikuat kuasa, sejak 1982
Mohd Suffian Sulaiman
Pengarah Perikanan Negeri Selangor banyakan mereka sudah mula menukar pukat kepada saiz yang ditetapkan. Katanya lagi, nilai ikan komersil tidak akan menjejaskan pendapatan nelayan bot pukat tunda. Beliau memetik kajian Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) di Batu Maung, Pulau Pinang pada 1997 dan panel bebas pada 2007 yang menunjukkan penggunaan saiz mata keroncong 38mm itu tidak mengurangkan berat tangkapan ikan komersial. “Peratusan komposisi ikan baja juga adalah lebih rendah iaitu kira-kira 25 peratus dan nilai tangkapan ikan komersial juga tidak berubah. Terdapat beberapa negara luar yang sudah mengharamkan penggunaan pukat tunda di perairan negara mereka iaitu Indonesia, Jepun dan Hongkong,” katanya.
5:30 5:30 5:30 5:31 5:31 5:31 5:31 5:31
5:40 5:40 5:40 5:41 5:41 5:41 5:41 5:41
7:00 7:00 7:01 7:01 7:01 7:01 7:02 7:02
1:01 1:01 1:01 1:01 1:01 1:02 1:02 1:02
4:22 4:23 4:23 4:23 4:23 4:24 4:24 4:24
6:58 6:58 6:58 6:58 6:59 6:59 6:59 6:59
8:11 8:11 8:11 8:11 8:11 8:12 8:12 8:12
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 15 Jumaat 16 Sabtu 17 Ahad 18 Isnin 19 Selasa 20 Rabu 21 Khamis 22 Jumaat
5:32 5:32 5:32 5:33 5:33 5:33 5:33 5:33
5:42 5:42 5:42 5:43 5:43 5:43 5:43 5:43
7:02 7:02 7:03 7:03 7:03 7:03 7:04 7:04
1:03 1:03 1:03 1:03 1:03 1:04 1:04 1:04
4:24 4:25 4:25 4:25 4:25 4:26 4:26 4:26
7:00 7:00 7:00 7:00 7:01 7:01 7:01 7:01
8:12 8:13 8:13 8:13 8:13 8:14 8:14 8:14
Selangor Kini
Rizab negeri hanya untuk projek penting dan kritikal Oleh Afeeqa Afeera SHAH ALAM - Rizab negeri tidak akan dibelanjakan sewenang-wenangnya tetapi hanya digunakan bagi melaksanakan projek-projek penting dan kritikal yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata rizab ini nanti akan banyak membantu Kerajaan Negeri untuk mengharungi ekonomi gawat. “Simpanan tidak bererti kita kena gunakan. Andai kata ekonomi Selangor teruk tahun depan, maka dengan adanya rizab ini kita boleh bertahan,” katanya. Antara projek-projek kritikal yang dimaksudkan, antaranya pembinaan jambatan ketiga Klang yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM300 juta. Projek ini dilihat perlu bagi mengurangkan kesesak-an trafik di bandar Klang. Antara lain adalah pembinaan 5,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan rendah-sederhana di Selangor (RM100 juta), pemulihan projek-projek terbengkalai (RM187 juta), meningkatkan bekalan air (RM100 ju-
Melihat kepada belanjawan negeri pada kadar RM1.6 bilion untuk tahun 2013, jelas menunjukkan rizab kita bukan besar sangat. Berkemungkinan belanjawan untuk tahun hadapan lebih tinggi memandangkan kos pentadbiran dan pembangunan perlu dipertingkatkan Teng Chang Khim Exco Kerajaan Tempatan
ta), dan mitigasi banjir (RM50 juta). Chang Khim berkata, menjadi amalan biasa bagi kerajaan di seluruh dunia menyimpan rizab yang tinggi supaya dapat menampung perbelanjaan jika berlaku kegawatan ekonomi. “Melihat kepada belanjawan negeri pada kadar RM1.6 bilion untuk tahun 2013, jelas menunjukkan rizab kita bukan besar sangat. Berkemungkinan belanjawan untuk tahun hadapan lebih tinggi memandangkan kos pentadbiran dan pembangunan perlu dipertingkatkan. Chang Khim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan keengganan Kerajaan Negeri menggunakan rizab walaupun nilainya kini mencecah berbilion ringgit.
RM300 juta Jambatan ke-3 Klang
Simpanan
*llustrasi gambaran artis grafik
Rizab Selangor RM187 juta
Pemulihan ProjekProjek Terbengkalai
RM100 juta RM100 juta 5,000 Rumah Mampu Milik
RM50
Meningkatkan Bekalan Air
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985
juta mitigasi banjir