Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011 PPROGRAM PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JABATAN PELAJARAN SARAWAK TAHUN 2011
1.0
TEMA “ Budayakan Pencerapan, Penyampaian Berkesan ”
2.0
RASIONAL Pelaksanaan Kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh guru. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan daripada semua pihak dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Ini termasuklah pencerapan P&P terhadap guru di dalam kelas yang merupakan tanggungjawab pegawai jabatan dan pihak pengurus sekolah. Penyeliaan dapat membantu guru membina kemahiran dalam perancangan P&P dan memastikan proses tersebut dapat berjalan dengan lancar. Penyeliaan secara berterusan dapat meningkatkan kualiti guru demi meningkatkan mutu P&P. Usaha ini juga memberi dorongan dan rangsangan kepada guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 mengenai Penyeliaan PengajaranPembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah. Pada tahun 2008, JPN Sarawak telah mereka satu Instrumen Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran yang seragam, mudah diguna pakai dan senang dianalisis. Instrumen ini boleh diguna oleh pegawai jabatan dan pengurus sekolah. Instrumen ini telah diubah suai mengikuit Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010.
3.0
TUJUAN 3.1
Membudayakan amalan pencerapan
3.2
Memudahkan proses pencerapan
3.3
Mengupayakan pengurus sekolah menetapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru
3.4
Meningkatkan martabat profesion keguruan
Jabatan Pelajaran Sarawak
1
Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011 4.0
FOKUS PENCERAPAN
2 Pencerapan berfokus kepada 3 aspek iaitu :
5.0
•
Kompetensi Guru
•
Sistem Penyampaian
•
Hasil pembelajaran
4.1
Aspek Kompetensi guru merujuk kepada tahap kecekapan guru dalam pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan Amalan Profesionalisme Keguruan.
4.2
Elemen-elemen dalam aspek Sistem Penyampaian dalam instrumen terdiri daripada Kaedah Penyampaian, Kemahiran Komunikai dan Teknik Penyoalan.
4.3
Hasil Pembelajaran merujuk kepada Hasil Kerja Murid, Penglibatan Murid dan Penguasaan Pembelajaran Murid.
4.4
Item pencerapan dibahagikan kepada 12 aspek.
PANDUAN PENGOPERASIAN PENCERAPAN 5.1
Pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan oleh pegawai JPN, PPD dan pengurus sekolah. Pembahagian tugas pencerapan di sekolah adalah seperti berikut : 5.1.1 Pengetua / Guru Besar mencerap sekurang-kurangnya 20% jumlah guru di sekolah. 5.1.2 Penolong Kanan mencerap maxima 60% jumlah guru di sekolah. 5.1.3
Ketua bidang / ketua panitia yang berpengalaman dan telah diupayakan Pengetua/Guru Besar.
Jabatan Pelajaran Sarawak
Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011 3 5.2
Seseorang pencerap boleh membuat pencerapan ke atas semua aspek P&P dalam instrumen pencerapan. Pencerapan juga boleh tertumpu kepada sesuatu aspek P&P guru berkenaan. Pelaporan pencerapan seseorang guru hanya dibuat setelah pencerapan dijalankan untuk semua aspek P&P dalam instrumen pencerapan.
5.3
Tindakan Sekolah 5.3.1 Semua guru di sekolah mesti dicerap oleh pengurus sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun. 5.3.2 Pencerapan dijalankan sepanjang tahun. Laporan pencerapan atas talian beroperasi mulai 15 Ogos 2011.
hasil
5.3.3 Pihak sekolah membuat analisis hasil pencerapan P&P. 5.3.4
Menjalankan tindak susul penambahbaikan.
5.3.5 Laporan hasil pencerapan sekolah diterima PPD pada 7 November 2011.
5.4
Tindakan PPD
5.4.1
Memantau dan memastikan sekolah melaksanakan program pencerapan.
5.4.2 Membuat laporan hasil pencerapan semua sekolah. 5.4.3 Menjalankan tindak susul penambahbaikan. 5.4.4 Laporan hasil pencerapan PPD diterima JPN pada 15 November.
5.5
Tindakan JPN 5.5.1 Merumuskan pelaporan hasil pencerapan peringkat negeri. 5.5.2 Menjalankan tindak susul penambahbaikan. 5.5.3 Pelaporan disediakan pada 25 November
Jabatan Pelajaran Sarawak
Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011 6.0
INSTRUMEN PENCERAPAN DAN BORANG PELAPORAN
4
7.0
Jenis Borang
Pihak Terlibat
Instrumen Pencerapan
Sekolah, PPD & JPN
Pencerapan P&P dalam kelas. Instrumen disimpan pihak sekolah.
Borang Pelaporan
Sekolah & PPD
Laporan hasil pencerapan sekolah dan PPD. Laporan dihantar ke PPD dan JPN.
Catatan
PENGSKORAN DAN PENENTUAN TAHAP KOMPETENSI GURU
7.1
Penentuan Tahap Kompetensi Penentuan tahap kompetensi guru adalah berdasarkan pengiraan seperti dalam Instrumen SKPM 2010. Tahap Cemerlang
7.2
Syarat-syarat 90 – 100%
Baik
80 - 89%
Harapan
60 – 79%
Memuaskan
40 – 59%
Lemah
20 – 39%
Sangat Lemah
0 – 19%
Pengskoran Skor 1 hingga skor 6 bagi setiap aspek pencerapan. ( Sila rujuk Instrumen SKPM 2010 mengenai deskripsi setiap skor untuk menentukan skor. )
Jabatan Pelajaran Sarawak
Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011
8.0
5
LAPORAN DAN ULASAN 8.2.1 Ulasan bertulis di ruangan instrumen pencerapan tertumpu kepada kekuatan atau kelemahan P&P seseorang guru yang dicerap bagi tujuan rujukan dan tindakan susulan pihak sekolah. 8.2.2 Pengskoran setiap aspek pencerapan ( Skor 1 – 6) dilaporkan secara atas talian. 8.2.3 Ulasan secara on-line adalah merujuk kepada cadangan pihak sekolah terhadap seseorang guru berdasarkan hasil pencerapan. Cadangan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: A
-
Coaching / Bimbingan
B
-
Mentoring / Penyeliaan
C
-
Counselling / K aunseling
Kod Ulasan
A
B
C
Jabatan Pelajaran Sarawak
Cadangan pihak sekolah Coaching / Bimbingan • Golongan guru bertahap Cemerlang yang boleh dibimbing menjadi guru sumber atau dicalonkan bagi sesuatu pengiktirafan. Mentoring / Penyeliaan • Golongan guru bertahap Baik dan Harapan yang masih memerlukan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan kompetensi dalam profesion keguruan. Counselling / Kaunseling • Golongan guru bertahap Memuaskan dan Lemah yang memerlukan Latihan Dalam Perkhidmatan. • Golongan guru yang mempunyai masalah sikap yang memerlukan bimbingan kaunseling.
Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011 9
ASPEK PENCERAPAN
6 1
Penglibatan murid
Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan
2
Penguasaan pembelajaran murid
Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan.
3
Hasil kerja murid
Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran.
4
Perancangan dan persediaan guru
perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.
5
Kaedah penyampaian
Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.
6
Kemahiran komunikasi
Komunikasi yang berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.
7
Pengunaan sumber pendidikan
Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran murid.
8
Penilaian
Penilaian yang berterusan meningkatakan keberkesanan P&P.
9
Teknik Penyoalan
Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.
10
Penguasaan isi kandungan
Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
11
Pengurusan kelas (bilik darjah/makmal/bengkel/ padang)
Pengurusan kelas yang cekap, mewujudkan suasana yang kondusif untuk menigkatkan keberkesanan P&P.
12
Amalan profesionalisme keguruan
Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
Jabatan Pelajaran Sarawak
Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011 Carta Aliran Kerja Pelaksanaan Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak Tahun 2011
Julai 2011 JPN memurnikan Instrumen Pencerapan
Julai 2011
JPN memberi pemakluman kepada pegawai JPN dan PPD
Julai 2011
PPD memberi pemakluman kepada pengetua dan Guru Besar
Julai 2011
Pengetua / Guru Besar memberi pemakluman kepada semua guru
Feb – Oktober 2011
**Pencerapan dilaksanakan oleh sekolah, PPD dan JPN
7 Nov 2011
Analisis hasil pencerapan semua guru di sekolah Cadangan tindakan susulan di peringkat sekolah Laporan sekolah diterima PPD.
15 Nov 2011
Rumusan laporan hasil pencerapan semua sekolah Cadangan tindakan susulan di peringkat PPD Laporan PPD diterima JPN.
25 Nov 2011
Laporan disediakan oleh JPN & dibentang dalam Mesyuarat Kurikulum
** Instrumen SKPM 2010 ini telah digunakan di semua sekolah mulai tahun 2010.
Jabatan Pelajaran Sarawak
7