1.0
Pengurusan Makmal Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengurusan Makmal Pengajaran Dan Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang adalah berdasarkan Prosedur Kualiti Teras (BPGPPK-PT-22). Prosedur ini bertujuan untuk memastikan makmal pengajaran dan pembelajaran (P&P) diurus dan diselenggara dengan sempurna dan berkesan. Keberkesanan adalah dari aspek penyediaan perkakasan dan peralatan; keadaan kondusif dan keselamatan makmal; khidmat bantuan dan penyenggaraan yang disediakan bagi melicinkan pelaksanaan P&P. Prosedur ini digunakan oleh semua Ketua Jabatan (KJ), Ketua Bidang (KB), Pensyarah Penyenggaraan Makmal (PPM), Pensyarah, Pegawai Teknologi Maklumat (PTM), Pegawai Elektronik (PE), Juruteknik Komputer (JTK) dan Pembantu Makmal (PM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Makmal merujuk kepada suatu bilik di mana pengajaran dan pembelajaran secara amali dijalankan oleh Pensyarah dan Kumpulan Akademik. Amali melibatkan aktiviti latihan, kerja tangan (hands-on), pemerhatian, penganalisisan atau eksperimen. Makmal di institut ini termasuklah seperti yang berikut: (i) Makmal Komputer – 4 buah (ii) Makmal Sains – 5 buah (iii) Makmal Kemahiran Hidup – 1 buah (iv) Makmal Seni – 1 buah (v) Makmal Muzik – 2 buah Pengurusan makmal P&P melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut: 1.1 Pemesanan, penerimaan & merekod penerimaan peralatan/ARB/perkakas gantian. 1.2 Meluluskan penempahan makmal. 1.3 Peminjaman peralatan. 1.4 Penyenggaraan peralatan makmal berterusan. 1.5 Penyenggaraan peralatan makmal semester. 1.6 Mengurus peralatan yang rosak & tidak boleh digunakan lagi. 1.7 Semakan stok. 1.8 Penilaian perkhidmatan di makmal P&P.
AKTIVITI PENGURUSAN MAKMAL PENGAJARAN & PEMBELAJAAN 1.1 AKTIVITI PEMESANAN, PENERIMA DAN PENGREKODAN BEKALAN Jawatan KJ/PM/JTK/PEL
Proses Kerja Senarai gantian peralatan/ARB/perkakasan yang diperlukan mengikut spesifikasi dalam tiga salinan BPBS (LAM-PUP06-01).
Serah dua salinan BPBS (LAM-PUP06-01) kepada PT(S). PPM/PM/JTK/PEL
Simpan satu lagi salinan BPBS (LAM-PUP06-01) sebagai rekod. Buat tindakan susulan bagi pemesanan tersebut.
Semak dan periksa peralatan/ARB/perkakasan gantian yang hendak diterima dengan memastikan peralatan/ARB/perkakasan gantian memenuhi spesifikasi seperti yang dicatatkan dalam BPBS (LAM-PUP06-01). KJ/PM/JTK/PEL
Jika memenuhi spesifikasi, tandatangan akuan terima dalam borang tersebut, jika tidak bekalan ditolak. Membuat tindakan susulan untuk mendapatkan baki bekalan yang belum diterima seperti yang dicatatkan dalam BPBS (LAM-PUP06-01).
Rekod peralatan/ARB/perkakasan gantian yang telah diperolehi dari stor dalam PPM/PM/JTK/PEL
- Daftar Inventori jabatan dan/atau - Daftar Stok Bekalan Simpan peralatan/ARB/perkakasan gantian di tempat yang dilabelkan (Untuk ARB, rujuk AK-PT22-01).
2
CARTA ALIR PEMESANAN PENERIMAAN BEKALAN DAN PEREKODAN PERALATAN Mula KJ/PM/JTK/PEL Senarai peralatan gantian/ARB/perkakas yang diperlukan mengikut spesifikasi dalam 3 salinan BPBS (LAM-PU06-01) PPM/PM/JTK/PEL Serah 2 salinan BPBS LAM-PU06-01 kepada PT(S) dan menyimpan satu salinan sebagai rekod.
PPM/PM/JTK/PEL Buat tindakan susulan bagi pemesanan tersebut.
KJ/KB/JTK/PEL Terima bekalan, menyemak dan memeriksa peralatan yang dipesan seperti dalam LAM-PU06-01.
.
Terima? Ya
Tidak
KJ/PM Timbang sama ada peralatan yang diterima mengikut spesifikasi. KJ/PM Jika tidak, bekalan ditolak dan tindakan susulan untuk mendapat baki bekalan yang belum diterima. Jika ya, bekalan diterima. KB/KJ/JTK/PEL Terima dan tandatangan akaun terima. PPM/PM/JTK/PEL Rekod peralatan/ARB/perkakas gantian yang diterima dari stor dalam daftar inventori jabatan atau daftar stok bekalan. PPM/PM/JTK/PEL Simpan peralatan/ARB/perkakas gantian di tempat yang dilabelkan.
Tamat
3
1.2 AKTIVITI MELULUSKAN PENEMPAHAN MAKMAL
Jawatan
Proses Kerja Timbang dan putus permohonan untuk tempahan makmal pada BTM (LAM-PT22-01).
PPM/PM/JTK/PEL
Maklumkan keputusan tempahan kepada Pemohon merujuk kepada Jadual Waktu Penggunaan Makmal dan menyediakan peralatan/ARB (rujuk AK-PT22-02 dan AKPT22- 03 untuk Penyediaan ARB) yang diperlukan berdasarkan tajuk pengajaran-pembelajaran/kursus berkenaan. Periksa semua peralatan/ARB untuk memastikannya dalam keadaan sedia guna yang baik. Kemaskini makmal selepas digunakan sebagai persediaan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berikutnya.
4
CARTA ALIR PENEMPAHAN MAKMAL
Mula KJ/KB Sedia Jadual Penggunaan makmal
KJ/KB Sedia Borang Tempahan Makmal (BTM) KJ/KB Terima BTM daripada pensyarah PPM/PM/JTK/PEL Timbang dan putus status permohanan
Lulus? Ya
Tidak PPM/PM/JTK/PEL Maklum status permohonan. Jika tidak diluluskan, permohonan perlu dilakukan semula jika perlu PPM/PM/JTK/PEL Sedia makmal dan peralatan yang diperlukan kepada pemohon PPM/PM/JTK/PEL Kemaskini makmal selepas digunakan
Tamat
5
1.3 AKTIVITI PEMINJAMAN PERALATAN
Jawatan PPM/PM/JTK/PEL
KJ / KB
Proses Kerja Terima Borang Pinjaman Peralatan/ARB (LAMPT22-02).
Timbang dan putuskan permohonan untuk meminjam peralatan/ARB.
Jika permohonan diluluskan, serahkan peralatan/ARB kepada peminjam, dan sekiranya permohonan tidak diluluskan, maklumkan kepada pemohon berkenaan dan diminta memohon semula jika perlu. Jika peralatan dipinjam dan dibawa keluar dari jabatan atau institut, gunakan borang kebenaran membawa keluar peralatan (BPPA-20) dan rekod peminjaman pada buku daftar pergerakan harta modal dan inventori (Kew-PA 6). PPM/PM/JTK/PEL Catatkan rekod pemulangan peralatan/ARB dalam BPP (LAM-PT22-02) dan buku Kew-PA 6. Periksa peralatan/ARB yang telah dikembalikan dan mengenalpasti peralatan/radas yang rosak. Isi BLP (LAM-PT22-03) dan Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (Kew.PA-9). Serahkan BLP dan peralatan/radas yang rosak kepada Pensyarah Penyenggaraan Makmal untuk urusan pembaikan.
6
CARTA ALIR PEMINJAMAN PERALATAN Mula PPM/PM/JTK/PEL Terima Borang Pinjaman Peralatan (LAM-PT22-02) daripada pensyarah dan diserahkan kepada KJ/KB
KJ/KB Timbang dan buat keputusan
Lulus? Ya
Tidak KJ/KB Maklum status permohonan sama ada lulus atau tidak. Sekiranya tidak, pemohanan perlu dilakukan semula jika perlu
PPM/PM/JTK/PEL Jika diluluskan, serah peralatan kepada permohon. Jika peralatan dibawa keluar guna borang BPPA-20 dan buku Kew-PA6.
PPM/PM/JTK/PEL Catat dalam rekod pemulangan dengan Borang Pinjaman Peralatan (LAM-PT22-02)
Rosak? Ya
Tidak
PPM/PM/JTK/PEL Periksa semua peralatan/ARB yang dikembalikan & mengenalpasti terdapat kerosakan pada peralatan.
PPM/PM/JTK/PEL Jika peralatan yang dipinjam dalam keadaan sempurna ia akan disimpankan. Sekiranya rosak syorkan untuk penyenggaraan. PPM/PM/JTK/PEL Isi BLP LAM-PT22-03 dan Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (Kew-PA9) untuk pembaikan. PPM/PM/JTK/PEL Serah BLP LAM-PT22-03 dan peralatan yang rosak kepada Pensyarah Penyenggaraan Makmal untuk urusan pembaikan.
Tamat
7
1.4 AKTIVITI PENYENGGARAAN PERALATAN BERTERUSAN
Jawatan
Proses Kerja Terima laporan daripada pelapor kerosakan
PM/JTK/PEL
Masuk BLP (LAM-PT22-03) atau Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (Kew.PA 9) ke dalam kotak laporan kerosakan di bilik pembantu makmal Serah borang BLP kepada pensyarah penyenggaraan makmal
Periksa peralatan berkenaan Tanda jenis tindakan yang diambil seperti yang tercatat dalam borang BLP (LAM-PT22-03)
PPM
Pulangkan BLP (LAM-PT22-03) kepada pembantu makmal untuk difailkan Isikan BPDDLI (LAM-PT22-04) jika peralatan tidak dapat dibaiki oleh pensyarah penyelenggaran makmal Serah BPDDLI (LAM-PT22-04) kepada ketua jabatan
KJ berkenaan
PPM/PM/JTK/PEL
Ambil tindakan untuk memperbaiki peralatan oleh pihak luar Periksa dan rekod peralatan yang telah diperbaiki dalam BPDDLI (LAM-PT22-04)
8
CARTA ALIR PENYENGGARAAN PERALATAN BERTERUSAN
Mula PM/JTK/PEL Terima laporan kerosakan PPM/JTK/PEL Masuk BLP LAM-PT22-03 ke kotak laporan kerosakan di bilik pembantu makmal PPM/JTK/PEL Periksa peralatan berkenaan
Baiki?
PPM/JTK/PEL Tanda jenis tindakan yang diambil seperti yang tercatat dalam BLP LAM-PT22-03 . PPM/JTK/PEL Jika dibaiki dalaman, catatkan dan pulangkan BLP kepada pembantu makmal untuk difailkan. Jika dibaiki di luar, isikan BPDDLI LAM-PT22-04 PPM/JTK/PEL Serah BPDDLI (LAM-PT22-04) kepada KJ KJ berkenaan Ambil tindakan susulan untuk memperbaiki peralatan rosak oleh pihak luar KJ berkenaan Periksa dan rekod peralatan yang telah diperbaiki dalam BPDDLI (LAM-PT22-04) PPM/PM/JTK/PEL Serah BPDDLI (LAM-PT22-04) kepada PM untuk difailkan
Tamat
9
1.5 AKTIVITI PENYENGGARAAN PERALATAN SEMESTER Jawatan KJ
Proses Kerja Sediakan senarai Pensyarah Penyenggaraan Makmal. Periksa peralatan/ARB dalam makmal pada setiap akhir semester. Catat kerosakan peralatan dalam BLP (LAM – PT2203). Baiki peralatan yang rosak. Rekod peralatan yang telah diperbaiki dalam BLP (LAM – PT22-03).
PPM/PM/JTK/PEL
Pulangkan BLP (LAM – PT22-03) kepada Pembantu Makmal untuk difailkan. Jika peralatan tidak dapat dibaiki, isikan BPDDLI (LAM-PT22-04) Serahkan BPDDLI kepada Ketua Jabatan.
KJ berkenaan
PPM/PM/JTK/PEL
Ambil tindakan susulan untuk memperolehi khidmat luar bagi memperbaiki peralatan yang rosak.
Rekod peralatan yang telah diperbaiki dalam BPDDLI.
10
CARTA ALIR PENYELENGGARAN PERALATAN SEMESTER
Mula KJ Sedia senarai pensyarah penyenggaraan makmal
PPM/PM/JTK/PEL Periksa peralatan/ARB dalam makmal pada setiap akhir semester PPM/PM/JTK/PEL Catat kerosakan peralatan dalam BLP (LAM-PT22-03)
Baiki? Ya (Luar)
Ya (Dalam)
PPM/PM/JTK/PEL Tentu sama ada pembaikan perlu dilakukan secara dalaman atau luaran. Jika dibaiki dalaman, rekod peralatan yang telah dibaiki di BLP dan diserah kepada PM untuk difailkan. Jika dibaiki di luar, isi BPDDLI (LAM-PT22-04) PPM/PM/JTK/PEL Serah BPDDLI (LAM-PT22-04) kepada KJ KJ berkenaan Ambil tindakan susulan untuk memperbaiki peralatan rosak oleh pihak luar KJ berkenaan Periksa dan rekod peralatan yang telah diperbaiki dalam BPDDLI (LAM-PT22-04) PPM/PM/JTK/PEL Serah BPDDLI (LAM-PT22-04) kepada PM untuk difailkan
Tamat
11
1.6 AKTIVITI MENGURUS PERALATAN YANG ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI
Jawatan
Proses Kerja Rekod butiran peralatan rosak yang tidak boleh digunakan lagi dalam dalam ruang “catatan” Daftar Inventori.
KJ/PPM/PM/JTK/PEL Simpan peralatan yang rosak yang tidak boleh digunakan itu dalam stor makmal. Isi Borang Peralatan Rosak Yang Tidak Boleh Digunakan (LAM-PT22-05) Ambil tindakan pelupusan dari masa ke semasa terhadap peralatan yang rosak yang tidak boleh digunakan mengikut pekeliling semasa.
12
CARTA ALIR MENGURUS PERALATAN YANG ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI
Mula KJ/PPM/PM/JTK/PEL Rekod butiran peralatan rosak dalam daftar inventori
KJ/PPM/PM/JTK/PEL Simpan peralatan yang rosak dalam stor KJ/PPM/PM/JTK/PEL Isi borang peralatan rosak yang tidak boleh digunakan lagi (LAM-PT22-05) KJ/PPM/PM/JTK/PEL Ambil tindakan pelupusan terhadap peralatan yang rosak yang tidak boleh digunakan mengikut pekeliling semasa. Tamat
13
1.7 AKTIVITI SEMAKAN STOK
Jawatan
PPM/PM/JTK/PEL
Proses Kerja Semak stok di semua makmal pada hujung setiap semester. Tandatangani akaun pemeriksaan stok bagi setiap item dalam Buku Stok. Serahkan Buku Stok kepada Ketua Jabatan.
KJ
Sahkan tandatangan Buku Stok.
14
CARTA ALIR SEMAKAN STOK
Mula PPM/PM/JTK/PEL Semak stok di semua makmal pada penghujung semester
PPM/PM/JTK/PEL Tandatangan akaun pemeriksaan stok bagi setiap item dalam buku stok PPM/PM/JTK/PEL Serah buku stok kepada Ketua Jabatan KJ Sah tandatangan buku stok
Tamat
15
1.8 AKTIVITI PENILAIAN PERKHIDMATAN DI MAKMAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Jawatan
PPM
PPM/PM
Proses Kerja
Sediakan Borang Pemantauan Keberkesanan Penyenggaraan Makmal (Rujuk LAM-PT22-06).
Edarkan borang pemantauan kepada pengguna pada masa yang sesuai. Kumpulkan borang pemantauan yang telah dilengkapkan oleh pengguna
PPM
Analisis borang pemantauan dan menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat MPPP pada setiap hujung semester.
16
CARTA ALIR PENILAIAN PERKHIDMATAN MAKMAL P&P Mula PPM Sedia borang pemantauan keberkesanan penyenggaraan makmal (LAM-PT2206a) untuk makmal komputer dan (LAM-PT22-06b) untuk makmal sains PPM/PM Edar borang pemantauan kepada pengguna makmal pada masa yang sesuai PPM/PM Kumpul borang yang telah lengkapi oleh pengguna PMM Analisis borang (LAM-PT22-08) dan menyediakan laporan KJ Bentang hasil laporan dalam mesyuarat MPPP pada setiap penghujung semester
Tamat
17
SENARAI BORANG-BORANG DIGUNAKAN Bil
Nama Borang
Kod Borang/Catatan
1
Borang Tempahan Makmal
LAM-PT22-01
2
Borang Pinjaman Peralatan/Radas
LAM-PT22-02
3
Borang Laporan Penyenggaraan
LAM-PT22-03
4
Borang Peralatan Dibaiki Di Luar Institut
LAM-PT22-04
5
Borang Peralatan Rosak Yang Tidak Boleh Digunakan
LAM-PT22-05
6
Borang Pemantauan Keberkesanan Penyenggaraan Makmal
LAM-PT22-06(Makmal komputer) LAM-PT22-06b (Makmal Sains)
18