Kandungan Perutusan
i
Kata Alu Aluan
ii
Ringkasan Eksekutif
1
Tujuan Pelan Strategik
2
Punca Kuasa
3
Pengenalan
4-6
Carta Organisasi
7
Kod Etika AKRAB
8
Ciri-ciri Amalan AKRAB
9
Logo, Moto, Visi dan Misi
10 - 11
Cabaran-cabaran
12
Faktor Penentu Kejayaan
13
Pelan Tindakan Memandang Ke Hadapan
14 -24 25
Perutusan KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
A
lhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam bersama-sama Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) buat julungjulung kalinya telah berjaya menyiapkan naskhah Pelan Strategik AKRAB 2016 - 2020. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam usaha menyediakan pelan strategik ini. Pelan Strategik dirangka bagi perancangan jangka panjang yang mengandungi Visi,Misi dan hala tuju AKRAB untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. Saya percaya AKRAB memainkan peranan penting sebagai pembimbing rakan sekerja barisan kedua di belakang Pegawai Psikologi di setiap agensi awam. Justeru itu pelan strategik ini merupakan panduan berguna di dalam merangka program dan hala tuju AKRAB di setiap organisasi. Diharapkan seluruh organisasi AKRAB di agensi awam dapat menjadikan dokumen perancangan strategik ini sebagai panduan berguna bagi memastikan ekosistem yang kondusif terus dikekalkan sepanjang masa. Saya mengharapkan agar seluruh warga AKRAB terus berusaha dengan lebih giat lagi agar matlamat penwujudan AKRAB ini tercapai dan dirasai. Semoga apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dan memberi manafaat kepada seluruh warga perkhidmatan awam.
TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
i
Kata Alu Aluan PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI
B
ismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah hasil daripada beberapa siri bengkel dan sumbang saran yang dilaksanakan bersama warga AKRAB serta wakil Pegawai Perkhidmatan Psikologi maka terbentuklah Pelan Strategik AKRAB 2016-2020. Pelan ini telah meletakkan asas yang kukuh berpaksikan kepada 4 teras utama yang juga mendokong Teras ke 5 Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam. Empat teras strategik tersebut ialah (Teras 1) Memperkasa Kompetensi Peribadi bagi meningkatkan keunggulan diri (Teras 2) Menyemarakkan Kompetensi Sosial bagi menyuburkan budaya keprihatinan (Teras 3) Memperkukuhkan Kompetensi Budaya untuk meningkatkan keupayaan organisasi dan (Teras 4) Memantapkan Kompetensi Professional bagi meningkatkan kredibiliti individu. Pelan Strategik ini akan memastikan bahawa inisiatif yang dilaksanakan memenuhi tuntutan semasa pemegang taruh dan juga pelanggan dalaman dan luaran yang sentiasa inginkan suasana kondusif dan harmoni di tempat kerja. Saya menyeru seluruh ahli AKRAB untuk terus memberi komitmen dan mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran baru di dalam bidang bimbingan, kaunseling dan psikologi demi mengangkat jenama AKRAB ke peringkat yang lebih tinggi. Di harap Pelan Strategik AKRAB 2016 - 2020 ini dapat difahami dengan jelas oleh ahli AKRAB, penyelaras AKRAB dan pengurus sumber manusia di setiap agensi awam agar pelan tindakan yang digariskandapat dilaksanakan dengan optimum dan istiqamah. Syabas saya ucapkan. DATO’ DR. ABD. HALIM BIN MOHD HUSSIN Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam
ii
Ringkasan Eksekutif Dokumen ini menerangkan Pelan Strategik AKRAB bagi tempoh lima (5) tahun iaitu dari tahun 2016 hingga 2020. Ia merupakan pelan bagi perancangan dan pelaksanaan program AKRAB di seluruh negara secara terancang dan sistematik. Bagi menggerakkan program AKRAB, terdapat empat (4) fokus utama yang berasaskankepada Teras Strategik seperti berikut: 1. Memperkasakan kompetensi peribadi bagi meningkatkan keunggulan diri; 2. Menyemarak kompetensi sosial bagi menyuburkan budaya keprihatinan; 3. Memperkukuhkan kompetensi budaya untuk meningkatkan keupayaan organisasi; dan 4. Memantapkan kompetensi profesional bagi meningkatkan kredibiliti individu.
1
Tujuan Pelan Strategik Dokumen ini: 1. menyatakan semua strategi dan inisiatif yang telah dirancang oleh Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) selaku badan induk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) untuk diselaraskan dan dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan; 2. akan menjadi rujukan utama BPPs JPA dan MAK bagi menentukan pelaksanaan aktiviti AKRAB di setiap kementerian, jabatan, agensi dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah selaras dengan hala tuju strategik BPPs JPA secara keseluruhan; dan 3. memusatkan segala komitmen dan fokus AKRAB bagi menjayakan Visi dan Misi organisasi dan seterusnya Misi Nasional.
2
Punca Kuasa Pembangunan Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 ini mengambil kira beberapa dokumen penting dan proses kerja iaitu: •
Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam.
•
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 – Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
•
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 – Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam.
•
Surat Edaran JPA bertarikh 24 Julai 2013 - Garis Panduan Pelaksanaan Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).
•
Surat Edaran JPA Tahun 2015 -Garis Panduan Pencalonan dan Penilaian Anugerah Pengiktirafan AKRAB Perkhidmatan Awam.
•
Surat Edaran JPA Tahun 2015 -Konsep Pelaksanaan AKRAB Care dan AKRAB Xtra di dalam Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam.
•
Surat Edaran JPA Tahun 2014 -Garis Panduan Anugerah Amalan Terbaik AKRAB.
•
Buku AKRAB : Konsep dan Kemahiran Menolong (2010).
3
Pengenalan AKRAB DAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakanperantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Disamping itu, visi Rakan Pembimbing juga menjadi penyumbang kepada usaha modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia. AKRAB (dahulunya dikenali sebagai AKRAM) membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciriciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing kurang berkesan. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, di dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai AKRAB. Penubuhan Majlis AKRAB Kebangsaan atau ringkasannya MAK adalah lanjutan resolusi Konvensyen AKRAM pada 1 – 2 April 2009 anjuran AKRAM Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA meminta BPPs JPA mengkaji dan menyelaraskan penubuhannya serta menjenamakan AKRAM kepada AKRAB mulai Disember 2009.
4
Mesyuarat Penubuhan MAK telah diadakan pada 24 April 2009 dihadiri Pegawai Perhubungan dan Pengerusi–Pengerusi AKRAB dari kementerian, jabatan dan agensi. MAK telah dilancarkan dengan rasminya oleh YBhg Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 7 Mei 2010 di Konvensyen Pertama MAK yang diadakan di Dewan Serbaguna Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. Lebih 300 orang ahli AKRAB menyertai konvensyen AKRAB kali pertama ini. Semenjak itu Konvensyen AKRAB Kebangsaan telah diadakan setiap tahun dengan kerjasama Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Bagi memantapkan lagi MAK, YBhg Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam selaku penaung MAK di dalam satu Majlis Ramah Mesra bersama jawatankuasa MAK pada 13 Mac 2015 telah menyarakan agar MAK di daftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Pada 7 Ogos 2015 MAK telah didaftarkan secara rasmi dengan ROS sebagai sebuah pertubuhan bertaraf kebangsaan dengan nombor pendaftaran PPM-011-16-07082015. Matlamat penubuhan MAK ialah: 1. badan induk yang menaungi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di peringkat kebangsaan; 2. menyelaras semua program, aktiviti dan latihan AKRAB di peringkat kebangsaan; 3. berperanan sebagai perantara antara AKRAB di sektor awam dengan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. 4. merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan ilmu berbentuk profesionalisme yang berkaitan khidmat membimbing; 5. mewujudkan kumpulan pakar penilai anugerah AKRAB; dan 6. menjadi rakan strategik Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
5
Hasil kunjungan hormat Exco MAK pada 6 April 2016 terhadap YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB telah bersetuju sebagai Penaung Kehormat Majlis AKRAB Kebangsaan.
6
Carta Organisasi JAWATANKUASA PENYELARAS AKTIVITI AKRAB DI PERINGKAT KEMENTERIAN DAN JABATAN
PENAUNG
PENASIHAT
PENYELARAS
PENGERUSI
TIMB. PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
JAWATANKUASA KOMPETENSI PERIBADI
JAWATANKUASA KOMPETENSI BUDAYA ORGANISASI
JAWATANKUASA KOMPETENSI SOSIAL
JAWATANKUASA KOMPETENSI PROFESIONAL
7
Kod Etika AKRAB TERIMA TANPA SYARAT Ahli AKRAB mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasi rakan yang dibimbing atas sebab-sebab seperti umur, warna, kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status ekonomi.
KERAHSIAAN Ahli AKRAB mesti memaklumkan kepada rakan yang dibimbing dengan memberikan maklumat secukupnya berhubung proses dan perhubungan menolong dalam segala aspek yang dibincangkan adalah rahsia.
PERHUBUNGAN PROFESIONAL Ahli AKRAB mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra yang berlebihan dengan rakan yang dibimbing sehingga boleh melemahkan pertimbangan profesional dan meningkatkan risiko atau menjejaskan imej kepada rakan yang dibimbing. Ahli AKRAB tidak boleh terlibat di dalam sebarang jenis perhubungan di dalam sebarang jenis perhubungan intim dengan rakan yang dibimbing.
8
Ciri-ciri Amalan AKRAB AMANAH Sentiasa bersifat amanah bagi menjaga rahsia dan maruah rakan yang dibimbing serta menjaga tahap profesionalisme dalam melaksanakan tugas serta menjaga kelangsungan perkhidmatan yang diberikan.
KOMITMEN Sentiasa memberikan komitmen yang jitu dan usaha yang bersunguhsungguh bagi memastikan peranan sebagai ahli AKRAB mampu dilaksanakan.
RASIONAL Sentiasa rasional dalam menjalankan tugas sebagai ahli AKRAB kerana perlu menerima rakan yang ingin dibimbing seadanya walaupun berbeza.
AKHLAK Sentiasa menjaga penampilan diri dan berakhlak mulia boleh menimbulkan rasa percaya orang lain terhadap diri ahli AKRAB dan perkhidmatan yang diberikan.
BESTARI Seseorang ahli AKRAB perlu memiliki ciri kecerdasan,berpengetahuan dan mempunyai budi pekerti yang mulia.
9
Logo, Moto, Visi dan Misi
LOGO i.
Bulatan – Kesepaduan, bersatu hati
ii. Lambang persekutuan ikhlas untuk negara- Berkhidmat dengan ikhlas untuk negara iii. Tiga (3) orang – Semangat, setia kawan, sepakat, kerjasama dan muhibah iv. Merah – Bersedia membantu dan membimbing v. Kuning – Keceriaan, bebas dari belenggu masalah vi. Biru – Ketenangan, keharmonian, warna kehidupan, kesetiaan dan kemanusiaan.
MOTO Berkhidmat Membimbing
10
VISI Menjadikan AKRAB sebagai Penggerak Pembangunan Modal Insan dalam Pengurusan Sumber Manusia
MISI 1. Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi. 2. Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan. 3. Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah. 4. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.
11
Cabaran-cabaran Terdapat dua bentuk cabaran yang dihadapi oleh AKRAB iaitu cabaran dalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman melibatkan ahli AKRAB sendiri, manakala cabaran luaran pula terdiri dari harapan pemegang taruh, pelanggan, ketua jabatan, rakan sekerja, faktor kewangan dan persekitaran. Cabaran Dalaman: •
Keperluan mempersiapkan diri dari aspek emosi, spiritual, fizikal, intelektual dan integriti;
•
Kesediaan memberikan bantuan kepada rakan sekerja dalam sebarang situasi;
•
Keperluan memantapkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang yang berkaitan tugas ahli AKRAB;
•
Keperluan menonjolkan keperibadian yang mulia dan menjadi contoh kepada penjawat awam lain; dan
•
Pertembungan antara kesukarelaan dan komitmen yang pelbagai.
Cabaran Luaran
12
•
Penerimaan terhadap peranan dan tugas ahli AKRAB kurang difahami oleh segelintir pihak pengurusan organisasi dan rakan sekerja;
•
Kepelbagaian isu dan masalah yang dihadapi oleh penjawat awam masa kini;
•
Peruntukan kewangan yang terhad untuk melaksanakan program; dan
•
Kesediaan mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi organisasi dan ketua jabatan.
Faktor Penentu Kejayaan •
Sokongan oleh semua pihak di peringkat agensi awam.
•
Penerimaan, pengiktirafan dan sokongan kepada ahli AKRAB di dalam organisasi.
•
Ahli AKRAB menonjolkan identiti dan imej yang menyakinkan serta keperibadian yang luhur.
•
Ahli AKRAB yang berketrampilan, berilmu dan berkemahiran.
•
Ahli AKRAB bersikap profesional dalam melaksanakan tugas bimbingan dan tunjuk ajar kepada warga organisasi.
•
Komitmen dan penglibatan ahli AKRAB yang jitu.
•
Memberikan perkhidmatan secara sukarela tanpa mengharapkan imbuhan.
•
Peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti AKRAB.
•
Jaringan perhubungan yang mantap dan sistematik.
13
Pelan Tindakan Teras 1 : Memperkasa Kompetensi Peribadi bagi meningkatkan keunggulan diri. Memberi penekanan kepada ahli AKRAB tentang bagaimana menguruskan diri sendiri dari aspek kesedaran kendiri (self awareness) dan pengurusan kendiri (self management). Outcome yang diharapkan : Kebolehan menerima, menghargai diri sendiri, mengurus emosi dan motivasi berkesan.
14
15
1. Melahirkan ahli AKRAB yang berpotensi dan berpersonaliti unggul
Strategi Penglibatan sekurang-kurangnya 10% ahli setahun.
Penglibatan sekurang-kurangnya 10% ahli setahun
Mengiktiraf sekurangkurangnya 10% setahun dari AKRAB Asas. Mengiktiraf sekurangkurangnya 1% setahun dari AKRAB Kanan Minimum satu (1) pencalonan yang layak
b. Program Pasca AKRAB yang berkaitan perkhidmatan menolong
c. AKRAB Kanan
d. AKRAB Wibawa
e. Pencalonan Anugerah AKRAB kategori Individu
KPI
a. Program Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi
Program / Inisiatif
Ahli AKRAB yang diktiraf
Ahli AKRAB yang menjadi role model dan mempunyai kepakaran khusus.
Ahli AKRAB yang menjadi role model
Ahli AKRAB yang kompeten
Pemimpin dan ahli AKRAB yang berkebolehan mengurus organisasi.
Keberhasilan
AKRAB agensi awam BPPs
AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
BPPs & MAK
Tindakan
Teras 2 : Menyemarak Kompetensi Sosial bagi menyuburkan budaya keprihatinan Merujuk tentang bagaimana menguruskan perhubungan melalui interaksi sosial. Proses sosialisasi ini mengandungi elemen empati iaitu kesedaran mengenai perasaan, keperluan dan keprihatinan orang lain. Outcome yang diharapkan : Melahirkan ahli AKRAB yang memiliki kemahiran bersosial iaitu berhubung dan berkerjasama dengan orang lain.
16
17
Sekurang-kurangnya 70% ahli AKRAB Kementerian / SUK berdaftar dengan MAK Semua Kementerian/ SUK mempunyai direktori / pangkalan data ahli yang kemaskini
b. Mewujudkan direktori ahli / Pangkalan data AKRAB
Maklumat ahli direkod secara sistematik
Proses pemutihan keahlian dilaksanakan
Penglibatan ahli AKRAB yang konsisten di dalam kerja-kerja kebajikan
Bilangan organisasi kebajikan yang menerima khidmat organisasi / ahli AKRAB secara konsisten
a. Kempen daftar keahlian MAK
Ahli AKRAB yang prihatin dan empati
Bilangan penjawat awam (sakit, bermasalah, pesara) yang dilawati.
2. Mengemaskini data pendaftaran ahli AKRAB
Ahli AKRAB yang prihatin dan empati
Keberhasilan
Sekurang-kurangnya 1 aktiviti setahun
KPI
AKRAB Xtra
Program / Inisiatif
1. Penglibatan di dalam aktiviti sukarelawan atau kebajikan / CSR
Strategi
MAK BPPs AKRAB agensi awam
MAK BPPs AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
Tindakan
18
3. Membina jaringan perhubungan ahli AKRAB di seluruh negara
Strategi
Mewujudkan jaringan kelompok media sosial di peringkat organisasi dan kebangsaan
Program / Inisiatif Sekurang-kurangnya 70% ahli AKRAB di hubungkan dengan kelompok media sosial.
KPI Tindakan
MAK BPPs AKRAB agensi awam
Keberhasilan Penyaluran maklumat secara sistematik
Teras 3 : Memperkukuhkan Kompetensi Budaya untuk meningkatkan keupayaan organisasi Menguruskan perubahan organisasi yang mengandungi elemen pengurusan budaya kerjaorganisasi dankesedaran tentang budaya organisasi lain. Outcome yang diharapkan : Kebolehan memahami budaya organisasi, sensitif terhadap budaya, fleksibiliti budaya serta mencapai prestasi tinggi dengan kumpulan dari budaya dan latar belakang yang berbeza.
19
20
2. Menyebarluas program dan penglibatan AKRAB
a. Memantapkan pengurusan organisasi AKRAB
1. Memantapkan pengurusan organisasi AKRAB
Satu dokumen Perlembagaan Organisasi AKRAB / Garis Panduan Pengurusan Organisasi AKRAB Melaksanakan sekurang-kurangnya 50% aktiviti dalam Pelan Strategik Sekali setahun
d. Melaksanakan Pelan Strategik AKRAB
a. Mengadakan Hari Persada AKRAB sempena Minggu Psikologi
Satu carta organisasi AKRAB
KPI
c. Mewujudkan Perlembagaan Organisasi AKRAB / Garis Panduan Pengurusan Organisasi AKRAB
b. Mewujudkan struktur organisasi yang sistematik
Program / Inisiatif
Strategi
AKRAB di kenali di kalangan warga organisasi
Pelaksanaan dan perancangan yang sistematik
Dokumentasi yang sistematik
Organisasi yang berstruktur
Keberhasilan
AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
BPPs JPA / AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
Tindakan
21
3. Mendokumentasikan ilmu dan pengalaman ahli (tacit knowledge) di dalam bentuk penerbitan formal (explicit knowledge)
Strategi Minimum tiga (3) medium digunakan
Minimum sekali setahun
Sekurang-kurangnya 2 tahun sekali / berdasar-kan keperluan
c. Mengadakan pembenta-ngan / perkongsian pelaksanaan aktiviti dan Amalan Terbaik AKRAB (ATA) bersama pengurusan tertinggi / warga organisasi
Penerbitan bahan secara formal/ilmiah buku, majalah dsb.
KPI
b. Memperkasakan medium penyebaran maklumat AKRAB melalui media arus perdana dan media sosial
Program / Inisiatif
Dokumentasi ilmu yang sistematik
Pengurusan tertinggi / warga organisasi mengetahui dan memahami peranan AKRAB
Warga organisasi mengetahui aktiviti yang dilaksanakan
Keberhasilan
AKRAB Agensi awam
BPPs & MAK
AKRAB agensi awam
BPPs dan MAK
Tindakan
Teras 4 : Memantapkan Kompetensi Profesional bagi meningkatkan kredibiliti individu. Merujuk kepada pengetahuan dan pendekatan ahli AKRAB semasa memberi latihan dan bimbingan. Outcome yang diharapkan : Kecekapan menggunakan kaedah dan pendekatan yang profesional serta mencari jalan penyelesaian masalah sesuatu isu yang dihadapi oleh rakan sekerja.
22
23
3. Pengenalpastian bakat (Talent Identification) – AKRAB Pakar
Bilangan AKRAB Pakar yang di rekod
Sekurang-kurangnya 5% ahli setahun dari jumlah ahli AKRAB di sesebuah agensi
b. Perkongsian Pengalaman ahli AKRAB
Membangun-kan direktori / bank data AKRAB Pakar
Satu kali setahun
a. Konvensyen / Seminar / Majlis Ilmu AKRAB / Kem/ Pertandingan
Menyediakan laporan setiap suku tahun
b. Laporan berkala sesi bimbingan AKRAB
2. Mengadakan program perkongsian ilmu / maklumat / peningkatan profesionalisme
Merekodkan sesi bimbingan pada hari yang sama.
a. Buku Log Sesi Bimbingan AKRAB
1. Melaksanakan sesi bimbingan secara sistematik
KPI
Program / Inisiatif
Strategi
AKRAB agensi awam
MAK BPPs
Ahli AKRAB yang yakin diri dan rela berkongsi pengalaman Ahli AKRAB yang dapat menyumbang kepakaran kepada perkhidmatan awam
AKRAB agensi awam
BPPs & MAK AKRAB agensi awam
AKRAB agensi awam
Tindakan
Memperoleh ilmu, kemahiran dan pengalaman baru di dalam bidang berkaitan
Analisis statistik sesi bimbingan
Rekod sesi bimbingan yang sistematik
Keberhasilan
24
4. Membantu Pelaksanaan Program Intervensi dan Pembangunan Pegawai dalam tempoh pemerhatian dasar pemisah
Strategi
AKRAB Care
Program / Inisiatif Bilangan klien yang dipantau
KPI Ahli AKRAB yang prihatin
Keberhasilan AKRAB agensi awam
Tindakan
Memandang Ke Hadapan Perkhidmatan Awam turut memerlukan sokongan aplikasi psikologi bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Keberkesanan program aplikasi psikologi di sesebuah organisasi ini akan menjadi satu faktor penentu dalam menilai keupayaan perkhidmatan awam berhadapan dengan tuntutan semasa. AKRAB akan terus diperkasakan dari aspek pemantapan kompetensiahlinya bagi membantu pelaksanaan urusan sumber manusia yang lebih pantas dan berkesan. Melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti secara terancang, segala usaha yang digariskan di bawah pelan tindakan ini merupakan satu proses penjajaran yang berterusan kearah pencapaian matlamat strategik AKRAB serta hala tuju Perkhidmatan Awam dalam tempoh 2016-2020. Peranan AKRAB di dalam perkhidmatan awam tidak lagi sekadar tugas sukarelawan tetapi menjadi satu keperluan utama ke arah mempersiapkan anggota perkhidmatan awam menghadapi perubahan menuju negara maju pada tahun 2020. Perancangan lima tahun ini merupakan satu usaha penambahbaikan berterusan kepada perancangan untuk tahun-tahun berikutnya. AKRAB sebagai pelengkap kepada pengurus sumber manusia perkhidmatan awam akan sentiasa menyokong dan memberi nilai tambah kepada penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.
25
26