PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 1
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
2
Visi | Misi | Objektif
3
Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang 2013 - 2015
4
Strategi Utama 1 : Sisitem Kualiti Pengurusan Sumber Manusia
5
Definisi Operasi Rangka Kerja Pembangunan Sistem Fasa Pembangunan Sistem Perincian Perancangan Aktiviti Garis Masa Pelaksanaan Strategi Utama 2 : Pengurusan Bakat Bersepadu
9
Definasi Operasi Perincian Perancangan Aktiviti Garis Masa Pelaksanaan Strategi Utama 3 : Budaya Kerja Berprestasi Tinggi dan Berteraskan Nilai & Etika
12
Definasi Operasi Perincian Perancangan Aktiviti Garis Masa Pelaksanaan Penutup
15
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 2
Pengenalan Sumber manusia merupakan aset terpenting yang perlu dibangun dan diurus secara strategik oleh sesebuah organisasi bagi memastikan pencapaian visi, misi serta objektif yang ditetapkan dapat direalisasi. Antara langkah untuk merealisasikan pencapaian tersebut, Universiti Malaysia Pahang (UMP) membangunkan Pelan Strategik Sumber Manusia sebagai satu perancangan yang komprehensif untuk mengendalikan pengurusan sumber manusia sedia ada dan yang akan datang.
Pelan Strategik Sumber Manusia (PSSM) UMP 2013 – 2015 disediakan dengan mengambil kira aspek-aspek utama dalam menentukan hala tuju pengurusan sumber manusia secara sistematik adalah selari dengan Pelan Strategik UMP 2011-2015. Bagi tujuan tersebut, PSSM ini dibangunkan secara menyeluruh dan memfokuskan kepada pemantapan sumber manusia berteraskan empat (4) KRA Pelan Strategik UMP 2011 – 2015, melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan lapan (8) Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan seperti berikut :
KRA 1 : Peningkatan Kualiti Akademik KPI 1 a : Pengambilan pelajar yang berkualiti KPI 1 b : Staf yang kompeten KPI 1 c : Graduan berketerampilan
KRA 2 : Kelestarian Kewangan KPI 2 a : Kelestarian operasi
KRA 3 : Pembangunan Sosio Ekonomi KPI 3 a : Pembangunan modal insan yang professional KPI 3 b : Penubuhan enterpris
KRA 4 : Penjenamaan Untuk Penjajaran Strategik KPI 4 a : Kepuasan Staf KPI 4 b : Ekuiti jenama
PSSM ini juga disediakan dengan mengambil kira aspek pengambilan, penempatan, pembangunan kerjaya, latihan, pengiktirafan dan penghargaan serta pelan penggantian staf UMP. Melalui pelan strategik yang komprehensif ini, akan membolehkan UMP mempunyai bilangan staf berpengetahuan tinggi, kompeten, berintegriti yang mencukupi serta dapat melaksanakan tugasan diberi secara cekap dan berkesan.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 3
Visi Membangunkan sumber manusia yang mengamalkan budaya kerja cemerlang untuk menyokong Visi dan Misi Universiti.
Misi Menyediakan pengurusan dan membangunkan sumber manusia yang dapat menarik, mengekalkan dan melahirkan bakat yang cemerlang.
Objektif Objektif 1 Budaya kerja Cemerlang dan beretika Objektif 2 Persekitaran kerja kondusif
Mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan sumber manusia bagi mencapai universiti teknologi bertaraf dunia.
Menyediakan infrastruktur dan iklim yang harmoni, inklusif, selamat dan sihat.
Objektif 3 Kepemimpinan Cemerlang
Menyediakan pengurusan bakat yang berfokuskan strategi, berasaskan nilai dan berpandukan prestasi.
Objektif 4 Inovasi dan Kreativiti;
Menyediakan persekitaran yang menggalakkan inovasi dan kreativiti melalui jalinan kerjasama antara bidang.
Objektif 5 Sistem penyampaian berkualiti yang berfokuskan pelanggan Objektif 6 Kelestarian operasi
Menyediakan Perkhidmatan yang Berfokuskan Pelanggan.
Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 4
STRATEGI – STRATEGI UTAMA PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2013 - 2015 Dalam menyediakan Pelan Strategik Sumber Manusia (PSSM) UMP bagi tahun 2013 – 2015, tiga (3) Strategi Utama telah dikenal pasti bagi memantapkan sumber manusia UMP yang kompetetif dan berteraskan nilai yang ditetapkan. Tiga (3) Strategi Utama ini akan menjadi asas dan pegangan dalam menentukan hala tuju dan matlamat sumber manusia di UMP bagi tempoh yang disasarkan iaitu menjelang tahun 2015. Strategi Utama yang dikenal pasti dan mencakupi semua aspek pengurusan dan pembangunan manusia di UMP adalah seperti berikut :-
Sistem Kualiti Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Bakat Bersepadu
Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Berasaskan Nilai & Etika
STRATEGI UTAMA 2013 - 2015
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 5
1. SISTEM KUALITI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KOMPONEN UTAMA
Definasi Operasi Menyediakan cara yang sistematik berdisiplin untuk mencapai visi organisasi dengan mengejar tindakan taktikal diutamakan. Membangunkan proses yang sesuai dalam pengurusan dan meningkatkan prestasi sumber melalui fleksibiliti inovasi dan kelebihan daya saing. Budaya kecemerlangan
Rangka Kerja Pembangunan Sistem
Pembangunan sistem sumber manusia memenuhi keseluruhan perspektif pemegang taruh samada kepada pengguna sistem, pentadbiran sistem mahupun masyarakat umum. Sehingga kini proses pembangunan dan penambahbaikan sedang giat di pertingkatkan khusunya fasa 1 yang menambahbaik beberapa modul ke arah penggunaan sistem yang lebih dinamik. Dengan pembangunan sistem ini, kerja-kerja operasi dapat dipertingkatkan dan memberi kemudahan sistem penyampaian yang terbaik kepada staf UMP khususnya. Permohonan, pengambilan dan perkhidmatan serta pasca persaraan dapat ditadbir dengan sistematik dan sempurna.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 6
Fasa Pembangunan Sistem Rangka Konsep keseluruhan pembangunan sistem sumber manusia telah dikemaskini dengan menetapkan
proses
pembangunan
setiap
modul
secara
berfasa.
Pembangunan
ini
mengambilkira kesemua aspek aplikasi, pelaporan dan intergrasi dengan subsistem lain bagi memastikan kepintaran sistem dalam mengeluarkan laporan data yang dipercayai dan releven dalam sebarang keputusan pengurusan.
Fasa Pembangunan ini menjurus kepada tiga (3) komponen utama yang merangkumi aspek perjawatan, latihan dan pengiktirafan dan penganugerahan seperti berikut:1. Sistem Strategik 2. Sistem Taktikal 3. Sistem Operasi
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 7
Perincian Perancangan Aktiviti Strategi Utama 1 : Sistem Kualiti Pengurusan Sumber Manusia INISIATIF/ KPI Perancangan & Strategi Sumber Manusia
Membangunkan sistem pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan berinovatif
PETUNJUK/ INDICATOR Blue-Print Sumber Manusia
Hala tuju dan polisi
Strategi operasi
Pemantauan
Penambahbaikan berterusan
Executive Information System Komponen Strategik KomponenTaktikal Komponen Operasi Fasa Pembangunan Fasa 1 : Pengurusan Pengambilan dan kemasukan Fasa 2 : Pengurusan Orientasi Staf Baharu Fasa 3 : Pengurusan Operasi Sumber Manusia Fasa 4 : Pra Persaraan & Pasca Perkhidmatan
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 8
Garis Masa Pelaksanaan
Pembangunan sistem kualiti pengurusan sumber manusia akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangkakan kesempurnaan bagi semua modul dan skop sistem adalah pada pertengahan tahun 2015. Namun demikian semua modul yang dibangunkan akan dilaksanakn secara test run & deploy yang mana sistem boleh diuji secara dalam pembangunan dan secara tidak langsung permasalahan yang wujud dapat diselesai pada peringkat awal pembangunan serta dapat meminimumkan masalah teknikal yang tinggi pada akhir pembangunan sistem.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 9
2.PENGURUSAN BAKAT BERSEPADU
KOMPONEN UTAMA
Definisi Operasi Pengurusan Bakat Bersepadu adalah kaedah yang sistematik bagi memastikan kesesuaian individu berdasarkan penempatan posisi yang sesuai pada masa yang tepat dan mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi cabaran pada masa hadapan. Pendekatan ini selaras dengan strategi bakat, pengurusan prestasi dan pembelajaran dan pembangunan melalui pembangunan program yang intensif bagi mewujudkan bakal pengganti dan pemimpin. Pelaksanaan pengurusan bakat bersepadu ini adalah elemen yang penting bagi merealisasikan Pelan Strategik UMP bagi mewujudkan staf yang berprestasi tinggi dalam persediaan kearah universiti bertaraf dunia.
Proses Pengurusan Bakat Bersepadu
PENGURUSAN BAKAT BERSEPADU
ANALISA JURANG (GAP ANALYSIS)
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 10
Perincian Perancangan Aktiviti Strategi Utama 2 : Pengurusan Bakat Bersepadu INISIATIF / KPI Pembangunan latihan yang berstruktur & komprehensif
PETUNJUK / INDICATOR
Kerangka (framework) Latihan
Pelaksanaan Program Latihan
Penilaian Latihan Penilaian efektif program Penilaian efektif kompetensi staf
Pelan Penggantian yang komprehensif Pembangunan kepimpinan yang mampan
Kerangka (framework) Pelan Penggantian
Senarai Pengganti (Talent Pool)
Kerangka (framework) pembangunan kepimpinan
Potensi kumpulan berbakat dalam High Impact Profesional Executive Team (HIPET)
Program pembangunan & kepimpinan
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 11
Garis Masa Pelaksanaan
Proses integrasi adalah satu proses yang kritikal dimana wujudkan hubungkait diantara setiap proses dengan operasi yang sedia ada. Ia juga akan memperlihatkan penyelarasan menyeluruh bagi memastikan hasil proses akan menjurus kepada tiga (3) keutamaan berikut:1.PDR performance development review 2.Pelan penggantian yang sistematik 3.Kumpulan Bakat dan kepemimpinan yang berwibawa
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 12
3.BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI BERASASKAN NILAI & ETIKA
KOMPONEN UTAMA
Definisi Operasi Mewujudkan warga UMP yang diiktiraf sebagai sebuah komuniti yang mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi berteraskan nilai dan sentiasa menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
Budaya kerja berprestasi tinggi merupakan elemen utama dalam Pelan Strategik Sumber Manusia yang mana penerapan identiti yang melambangkan icon UMP perlu dilengkapkan dengan nilai-nilai teras yang menjadi asas dalam pembentukan warga UMP.
Perincian kepada tiga (3) komponen utama dalam strategi ini menjelaskan kepada beberapa elemen pentng seperti berikut:1. Nilai & Etika Melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara kompeten, profesional dan berintegriti berasaskan nilai teras UMP. 2. Tanggungjawab Sosial Kewajipan organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang menambah nilai dan melangkaui kehendak pemegang taruh. 3. Kesejahteraan & Kesihatan Mewujudkan suatu persekitaran kerja yang kondusif dan harmoni
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 13
Perincian Perancangan Aktiviti Strategi Utama 3 : Budaya kerja Berprestasi Tinggi Berasaskan Nilai & Etika INISIATIF / KPI Menyediakan modul Nilai
PETUNJUK / INDICATOR
Modul Nilai Teras
Teras Staf UMP Membangunkan Sistem
Sistem Maklumbalas Pelanggan
Kemasyarakatan & kesukarelawan
Penilaian Perkhidmatan Pelanggan Program Tanggungjawab
pengiktirafan kepakaran di pelbagai peringkat
Sosial (CSR)
Penganjuran
aktiviti
kemasyarakatan
yang
berimpak tinggi. Memperkasakan Kebajikan
Program Sokongan Pekerja (PSP)
Kesihatan & keselamatan
Staf Kemudahan Perkhidmatan dan
Persekitaran kerja yang kondusif
Infrastruktur
Program keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berterusan
Pelaksanaan Inisiatif Green Campus
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 14
Garis Masa Pelaksanaan
Pelaksanaan yang kukuh dan pemantauan secara berterusan dan menyeluruh memerlukan kajian penstrukturan asas bagi menganalisa situasi sediada bagi menentukan kaedah terbaik dalam menghasilkan warga kerja yang berbudaya prestasi tinggi. Oleh yang demikian, satu penstrukturan semula diusulkan dalam tempoh jangkaan dua (2) bulan pada tahun 2013 bagi meneliti pembudyaan yang perlu diterapkan dan jurang analisi yang masih wujud dikalangan staf.
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA | 15
Penutup Pelan Strategik Sumber Manusia UMP 2013 - 2015 ini diharapkan akan dapat meningkatkan perkhidmatan staf yang berprestasi tinggi di dalam pelbagai bidang dan kumpulan yang menjadi penyumbang utama kepada pembangunan pendidikan tinggi khususnya di peringkat universiti dan negara amnya. Mempunyai sumber manusia yang berkompetensi dan kemahiran tinggi merupakan satu keperluan untuk menangani cabaran dan perubahan persekitaran organisasi yang sukar diramal di masa depan. Dengan adanya Pelan Strategik Sumber Manusia ini, akan memudahkan UMP mengenalpasti keperluan tenaga manusia di masa depan yang menepati ciri dan berdasarkan keperluan strategik orgasnisasi.