PANDUAN KURSUS
ix
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.
PENGENALAN ADSQ2103 Kemahiran Al-Quran adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan (FASS) di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.
KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditujukan kepada pelajar yang mengambil program Diploma Pengajian Islam. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
x
PANDUAN KURSUS
Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran
Jam Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal
3
Membaca modul
60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial
10
Perbincangan atas talian
12
Ulang kaji
15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan
20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN
120
OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.
Menerangkan secara terperinci topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemahiran al-Quran;
2.
Menerangkan hukum-hukum tajwid dengan lebih baik;
3.
Menjelaskan hukum-hukum tajwid dengan lebih yakin dan berkesan;
4.
Mempraktikkan hukum-hukum tajwid dengan lebih baik mengikut sebagaimana ia diturunkan iaitu secara bertajwid; dan
5.
Melaksanakan pengajaran dan penilaian terhadap pelajar dengan lebih berkesan.
SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 membincangkan mengenai beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang pembaca al-Quran sebelum mendalami ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan tajwid. Perbahasannya adalah merangkumi pendahuluan ilmu tajwid, jenis kesalahan dalam bacaan al-Quran, rukun dan tingkatan bacaan alQuran, IstiÊazah dan permasalahannya serta Basmalah dan permasalahannya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
xi
Topik 2 membincangkan tentang tempat-tempat keluar huruf (makhraj) bagi semua huruf HijaÊiyyah bermula dari huruf Alif sehinggalah huruf YaÊ, yang merupakan asas kepada pengajian Kemahiran Al-Quran. Topik 3 membincangkan tentang sifat-sifat huruf bagi semua huruf HijaÊiyyah bermula dari huruf Alif sehinggalah huruf YaÊ, yang merupakan asas kepada pengajian Kemahiran Al-Quran. Topik 4 membincangkan tentang empat hukum Nun mati dan tanwin yang bertemu dengan huruf-huruf Hija'iyyah iaitu Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa'. Perbincangan utamanya ialah pecahan huruf-huruf tersebut dan bagaimana cara menyebut hukum-hukum tersebut dengan betul. Topik 5 membincangkan tentang tiga hukum Mim mati yang bertemu dengan huruf-huruf Hija'iyyah iaitu Izhar, Idgham dan Ikhfa'. Juga dibincangkan tentang bahagian Idgham yang berkaitan dengan makhraj dua huruf yang bertemu, sama ada huruf tersebut bersamaan makhraj dan sifatnya, atau bersamaan makhrajnya sahaja, ataupun berhampiran makhraj dan sifatnya. Topik 6 membincangkan mengenai kaedah bacaan Lam TaÊrif iaitu sama ada dibaca dengan bacaan izhar ataupun dengan idgham. Selain itu, ia juga akan membicarakan tentang Lam pada lafaz al-Jalalah dan bahagian huruf Hamzah dan tumpuan akan terarah kepada Hamzah Wasal dan cara memulakan bacaan padanya. Topik 7 membincangkan mengenai pembahagian mad iaitu Mad Asli dan Mad Far'ie serta beberapa jenis mad dalam bahagian Mad Far'ie yang merangkumi Mad Muttasil, Mad Munfasil, Mad Aridh Lis Sukun, Mad Lazim dan Mad Badal. Selain itu, ia juga akan membincangkan tentang harakat bacaan ke semua hukum mad tersebut, topik ini juga akan menghuraikan mengenai sebab penamaannya serta kaitan dengan contoh-contoh kalimah yang diberikan. Topik 8 membincangkan mengenai beberapa cabang hukum mad, sama ada ia termasuk dalam bahagian Mad Asli atau Mad Far'ie yang merangkumi Mad
Silah Tawilah, Mad Silah Qasirah, Mad Lin, Mad Faraq, Mad Iwadh, Mad Tamkin, Mad Ta'zim dan Mad Tabriah. Ia juga akan membincangkan tentang harakat bacaan kesemua hukum mad tersebut, topik ini juga akan menghuraikan mengenai sebab penamaannya serta kaitan dengan contoh-contoh kalimah yang diberikan. Topik 9 membincangkan tentang pengertian wakaf serta perbezaannya dengan saktah dan qata', bahagian-bahagiannya, tanda-tandanya, cara-cara melaksanakannya serta beberapa ciri kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xii
PANDUAN KURSUS
oleh pembaca al-Quran pada kalimah-kalimah tertentu. Di samping itu, perbincangan juga akan menjurus kepada maksud sebenar ibtida', bahagianbahagiannya serta beberapa faedah yang akan diperolehi sekiranya mengetahui ilmu yang berkaitan dengan wakaf dan ibtida' ini. Topik 10 membahaskan tentang beberapa istilah bacaan al-Quran yang terdapat dalam bacaan riwayat Hafs. Istilah-istilah yang yang dimaksudkan ialah alImalah, al-Isymam, al-Raum, al-Sakt, Silah Ha' al-Dhamir, al-Tashil dan al-Naql.
PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
xiii
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.
PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan.
KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE.
RUJUKAN Abdullah Basmeih (1995). Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim (ed). Tafsir pimpinan Al-Rahman. Kuala Lumpur : Bah. Hal Ehwal Islam Jab. Perdana Menteri. Abdullah al-Qari bin Hj. Saleh (1988). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu: Pustaka Aman Press. Abd al-Fattah al-Qadhi (2003). Al-Wafi fi Syarh al-Syatibi. Kaherah : Dar alSalam. Abi Asim Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah al-Qari (1404 H). Qawaid al-Tajwid ala Riwayah Hafs an Asim bin Abi al-Najud. Madinah al-Munawwarah : Maktabah al-Dar. Al-Dabbagh, Ali Muhammad (1954). Al-Ida'ah fi Bayan Usul al-Qiraah. Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi. Hak Cipta Cipta © Open Open University University Malaysia Malaysia (OUM) (OUM) Hak
xiv
PANDUAN KURSUS
Al-Syeikh Sulaiman al-Jamzuri (1994). Matan Tuhfah al-Atfal. Kaherah: AlMatabi' al-Aniriyyah. Azahari Ibrahim (1998). Kitab pelajaran tajwid. Kuala Lumpur: Dar al-Nu'man Mahmud al-Husari (1970). Ahkam Qiraah al-Quran al-Karim. Kaherah: Matabi' Syirkah al-Syimarli. Muhammad al-Habsy (Dr.) (1998). Kayf Taqra' al-Quran. Syiria : Dar al-Asama'.
PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)