PANDUAN KURSUS
W ix
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponenkomponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.
PENGENALAN ABSA1103 Prinsip Aqidah adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.
KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) Dengan Kepujian. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip asas aqidah Islam yang terkandung di dalam rukun iman dan perkara yang berkaitan dengannya. Modul ini seharusnya membentuk dasar yang kukuh untuk kursus-kursus lain dalam bidang pengajian Islam berikutnya. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
x
X
PANDUAN KURSUS
Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran ACTIVITI PEMBELAJARAN
JAM PEMBELAJARAN
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal
3
Membaca modul
60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial
10
Perbincangan atas talian
12
Ulang kaji
15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan
20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN
120
OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.
Menjelaskan prinsip-prinsip aqidah Islam yang terkandung dalam rukun iman;
2.
Menjelaskan hubungan prinsip aqidah Islam dengan realiti kehidupan manusia;
3.
Menilai isu-isu aqidah yang cuba diselewengkan oleh pihak musuh Islam menurut perspektif aqidah Islam; dan
4.
Mengaplikasikan prinsip-prinsip aqidah dalam kehidupan manusia.
SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 membincangkan pengertian Islam sama ada dari segi bahasa dan istilah. Ia turut membahaskan tentang perbezaan antara konsep Islam, iman dan ihsan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
W xi
Topik 2 membincangkan pengertian aqidah dari segi bahasa dan istilah, ciri-ciri aqidah Islam dan sumbernya serta kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia. Topik 3 membincangkan konsep beriman kepada Allah s.w.t yang merangkumi perbincangan tentang dalil-dalil kewujudan Allah s.w.t dan keesaanNya, pengisbatan sifat-sifatNya dan nama-namaNya menerusi dalil-dalil al-Quran dan akal. Topik 4 membincangkan konsep beriman kepada malaikat yang merangkumi huraian tentang kewujudan malaikat dan kedudukan mereka sebagai makhluk Allah yang suci berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah, tugas-tugas malaikat yang ada hubungan dengan manusia dan alam dan juga kesan beriman kepada malaikat. Topik 5 membincangkan konsep beriman kepada rasul yang merangkumi huraian tentang pengertian beriman kepada rasul, keperluan manusia kepada rasul, sifat-sifat wajib bagi rasul berdasarkan dalil-dalil syarak dan kesan beriman kepada rasul dalam kehidupan manusia. Topik 6 membincangkan konsep beriman dengan hari akhirat yang merangkumi huraian tentang beberapa peristiwa penting yang akan berlaku pada hari akhirat seperti alam barzakh, tanda-tanda kiamat dan peristiwa yang akan berlaku di padang Mahsyar dan kesan beriman kepada hari akhirat dalam kehidupan manusia. Topik 7 membincangkan konsep beriman kepada qadak dan qadar yang merangkumi huraian tentang pengertian qadak dan qadar, konsep beriman kepada qadak dan qadar, dalil-dalil kewajipan beriman dengan qadak dan qadar dan pengaruh keimanan kepada qadak dan qadar dalam kehidupan muslim. Topik 8 membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan hakikat iman, merangkumi perbincangan tentang kedudukan iman, sama ada ia bertambah atau berkurang, perkara-perkara yang membatalkan iman dan isu takfir Muslim menurut perspektif aqidah Islam. Topik 9 membincangkan definisi mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, sejarah kemunculan dan dasar-dasar utama pegangan mazhab ini. Topik 10 membincangkan beberapa isu berkaitan dengan aqidah menurut kajian orientalisme, iaitu isu tauhid, al-nubuwwah dan i`jaz al-Quran.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
xii X
PANDUAN KURSUS
PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti (Activity): Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktivitiaktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
xiii
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.
PENGETAHUAN ASAS Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini.
KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk penilaian terkini dalam myINSPIRE.
RUJUKAN Abd al-`Azim, Ibrahim Muhammad al-Mu`ti, Dr (1993). Awrubba fi Muwajahah al-Islam: al-WasaÊil wa al-Ahdaf. Kaherah: Maktabah Wahbah. `Abd al-Shukor Husin, (2003). Al-Nubuwwah bayn al-Mutakallimin wa al-Falasifah. Kuala Lumpur: KUIM. Anwar al-Jundi (1984). Sumum al-Istisyraq wa al-Mustasyriqin fi al-`Ulum al-Islamiyyah. Kaherah: Maktabah al-Turath al-Islami. Asy`ari, al, (t.t.). al-Ibanah `an Usul al-Diyanah. Kaherah: Dar al-Kitab al-`Arabi. Bahi, al, Muhammad (1981). al-Fikr al-Islami al-Hadith wa Silatuhu al-al-Isti`mar al-Gharbi. Kaherah: Maktabah Wahbah. Buti, al, Sa`id Ramadan, Dr (2007). Fiqh al-Sirah ma`a Mujaz li Tarikh al-Khilafah al-Rasyidah. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir & Damsyik: Dar al-Fikr Daylami, al, `Abd al-Wahhab Lutf (2007). Manhaj al-`Aqidah fi al-Kitab wam al-Sunnah. San`a: Maktabah Khalid bin al-Walid & `Alam al-Kutub al-Yamaniyyah. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2007). „Definisi ahl al-Sunnah wa al-Jamaah: Satu analisis‰.Jurnal Usuluddin, bil. 25: Jun 2007. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
xiv X
PANDUAN KURSUS
Ghazzali, al, Abu Hamid (1990). al-Iqtisad fi al-I`tiqad. Tahqiq Muhammad Rasyad `Abd al-`Aziz, Kaherah: Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyyah. Hasan Madmaran (2001). Pondok dan madrasah di Patani. Bangi: Penerbit UKM. Indriaty Ismail (1998). „Orientalisme: Pengenalan ringkas‰ dalam Islam dalam persepsi orientalisme. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. JazaÊiri, al, Abu Bakr Jabir (t.t.). `Aqidah al-MuÊmin. Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi. Johari Mat, Dr. (1997). „Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah: Satu pengenalan‰. Jurnal Usuluddin, bil. 6: Julai 1997. KH. Imam Zarkasyi (1994). Usuluddin (`AqaÊid). Cet. 8, Gontor: Trimurti Press. M. Dawam Rahardjo, Dr. (2002). Islam dan transformasi budaya. Yogyakarta: PT. Dana Bhakti Prima Yasa dengan kerjasama The International Institute of Islamic Thought Indonesia dan Lembaga Studi Agama Dan Filsafat. Ma`had al-Tarbiyyah al-Islamiyyah al-Hadithah (1422). al-Tawhid. Ponorogo: Darussalam Press. Mohammad Khalifa (1983). The sublime quran and orientalisme. London & New York: Longman Inc. Mohamed Asin Dollah (1998). „Persepsi orientalis terhadap quran: Rujukan
khusus kepada pandangan George Sale (1697-1736)‰ dalam Islam dalam persepsi orientalisme. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Muhammad Rabi` Muhammad Jauhari (2005). `Aqidatuna. Kaherah: Kulliyah Usul al-Din, Jami`ah al-Azhar. Nuh `Ali Salman, Dr. (2004). Al-Mukhtasar al-Mufid fi Jawharah al-Tawhid. Kuala Lumpur: MuÊasasah al-Bayan. Razali Musa, et. al. (2008). ‰Permasalahan takfir dan cabaran ke arah pembentukan ummah cemerlang‰, Prosiding Seminar al-Quran & Pembentukan Ummah Cemerlang, UDM Kampus KUSZA, 19-20 Ogos 2008.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
W xv
Sayid Sabiq (2003). Aqidah Islam, terj. H. Moh. Abdai Rathomy, Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd. Sa`di, al, `Abd al-Malik `Abd al-Rahman (1999). Syarh al-Nasafiyyah. Baghdad: Dar al-Anbar. Sa`id Hawwa (1989). al-Asas fi al-Sunnah wa Fiqhuha, jil. 1, bahagian 2 (al `AqaÊid al-Islamiyyah), Kaherah: Dar al-Salam. Suyuti, al, Jalal al-Din (1990). al-Habaik fi Akhbar al-MalaÊik. Terj. Muhammad al-Mighwar. Bandung: Pustaka Hidayah. Sheikh Abdullah Basmeih (1980). Tafsir pimpinan pengertian al-QurÊan. Kuala Lumpur: Darulfikir.
Ar-Rahman kepada
Van Bruinessen, Martin (1995). Kitab kuning pesantren dan tarekat. Bandung: Penerbit Mizan. Yusri Abu (2004). Kefahaman aqidah di kalangan saudara baru: Suatu kajian di Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana, Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, UM. Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah (2001). Islam: Aqidah dan kerohanian. Bangi: Penerbit UKM. Zaydan, Abd al-Karim (1987). Usul al-Da`wah. cet. 3. Kaherah: MuÊassasah al-Risalah. Zaqzuq, Mahmud Hamdi (1997). al-Istiyraq al-Khalfiyyah di Fikriyyah li al-Sira` al-Hadari. Kaherah: Dar al-Ma`arif.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
xvi X
PANDUAN KURSUS
Copyright © Open University Malaysia (OUM)