PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2014
1.0
UNDANG-UNDANG/PERATURAN 1.1
2.0
Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan Futsal yang digunapakai semasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.
PERATURAN PERTANDINGAN 2.1
PENGENALAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA SETIAHSAHA NEGARA TAHUN 2014 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri (JPM).
2.2
TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Pertandingan berikut:
akan
diadakan
seperti
ketetapan
Tarikh
:
8 Februari 2014 (Sabtu)
Tempat
:
Kompleks Putrajaya.
Masa
:
8.00 pagi hingga 7.00 petang
1
Futsal
Presint
18,
2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang terbuka; 2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 6 Februari 2014 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya pada jam 10.00 pagi; dan 2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.
2.3
FORMAT KEJOHANAN 2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya. Mata kemenangan pusingan liga: a) b) c) d)
Menang = 3 mata Seri = 1 mata Kalah = 0 mata Menang percuma/protes = 3 mata tanpa jaringan
2.3.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut : (a)
pasukan yang mendapat perbezaan jaringan terbanyak dikira pemenang;
(b)
Jika masih seri, pasukan yang mempunyai perbezaan kena jaring yang terendah dikira pemenang; dan
(d)
Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
2.3.3 Masa perlawanan adalah selama 11 minit iaitu 5 minit pada separuh masa pertama dan 5 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat. 2
(perlawanan akhir akan berlangsung selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat); dan 2.3.4 Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain). Jika jaringan masih sama, tambahan sepakan seorang pemain setiap pasukan akan dibuat, jika masih lagi sama, maka lambungan syiling akan diguna pakai bagi menentukan pasukan yang layak. 2.4
KATEGORI PERTANDINGAN 2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI dan WANITA dan TERBUKA kepada semua warga yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang berjawatan tetap, sementara, sambilan, pinjaman atau kontrak (pelajar praktikel/latihan industri tidak dibenarkan); 2.4.2 Tiada had penyertaan bagi setiap Jabatan/Agensi.
2.5
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan 5 pemain simpanan serta seorang pengurus pasukan (10 orang); 2.5.2 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili negara dan negeri bagi pertandingan peringkat Kebangsaan, MAKSAK dan SUKMA tahun 2010 hingga 2014 yang boleh didaftarkan dalam pasukan; 2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja; 3
2.5.4 Warga Jabatan/Agensi di bawah JPM yang bekerja di luar dari JPM (Jawatan Kader) adalah tidak dibenarkan mewakili Jabatan asal beliau; 2.5.5 Setiap pasukan hanya dibenar mengambil dua (2) orang sahaja pemain di luar dari jabatan/agensi di bawah JPM yang tidak mewakili jabatan/agensi tersebut. Walau bagaimanapun, keutamaan penyertaan harus diberikan kepada jabatan/agensi asal pemain itu sendiri; 2.5.6 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM100.00 (Bayaran secara tunai atau melalui bank-in): Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad, Nama Penerima: Kelab Bukit Perdana No. Akaun: 16018010018954 (Slip bank-in hendaklah di e-mel atau faks sebagai bukti pembayaran) 2.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai kejohanan ini; dan 2.5.8 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan. 2.5.9 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum tarikh pertandingan bermula; dan 2.5.10Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satusatu perkara adalah muktamad. 4
3.0
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1
Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan;
3.2
Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan;
3.3
Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah (mata = 3, kiraan jaringan = 0);
3.4
Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu;
3.5
Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai, pemakaian shin pad juga adalah digalakkan dan tidak dibenarkan merokok, makan, minum di dalam gelanggang;
3.6
Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini (peringkat liga hingga ke peringkat akhir). Semua pasukan diwajibkan membawa bersama salinan pas pekerja/surat tawaran pada hari pertandingan (bagi tujuan pengesahan);
5
3.7
Pemain yang dikenakan dua (2) kad kuning akan digantung satu perlawanan, manakala satu (1) kad merah akan digantung dua (2) perlawanan. Pemain yang dikenakan satu (1) kad merah secara terus akan digantung seluruh pertandingan;
3.8
Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan mengandungi fakta dan juga bukti dalam bentuk hard copy yang telah diperakui kepada pihak Urusetia beserta wang cagaran sebanyak RM300.00, dalam tempoh 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat;
3.9
Jawatankuasa bantahan akan ditentukan oleh pihak Urus Setia. Sekiranya bantahan itu diterima, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan sebarang keputusan adalah muktamad;
3.10 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak; 3.11 Pasukan yang terlibat atau menjadi punca dalam pergaduhan akan digantung untuk seluruh pertandingan dan digantung dua (2) tahun dan laporan akan dibuat kepada Ketua Jabatan terlibat. Peraturan ini juga terpakai untuk kes penipuan, mengganggu tugas pengadil dan pengambilan pemain import; 3.12 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding;dan 3.13 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
6
4.0
HADIAH PERTANDINGAN 4.1 Bil.
5.0
Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut: Kategori
Tempat
Nilai
1.
Lelaki
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA & KEEMPAT
RM2,000.00 RM1,500.00 RM 700.00 RM 700.00
2.
Wanita
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA & KEEMPAT
RM1,500.00 RM1,000.00 RM 500.00 RM 500.00
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 5.1
Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan pada atau sebelum 5 Februari 2014 (Rabu) kepada Setiausaha Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p. Encik Mohd Suhaimi bin Md Saad, Tel: 03-8872 3431 @ Faks: 03-8888 3106 @ e-mel:
[email protected] atau
(u.p. Encik Mohd Izuan bin Abu Samah / Encik Mohd Rani bin Jarik Tel: 03-8872 3435 @ 019-3185825, Faks: 03-88883106) e-mel:
[email protected]
7
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 2014
Kategori: Lelaki
Wanita
Nama Jabatan/Agensi: ......................................................................................... Nama Pengurus Pasukan : .................................................................................... No. Tel: ............................................. (Pej.) .................................................... (H/P)
BUTIRAN PEMAIN
No. Faks: .......................................... (e-mel): ......................................................... Bil.
Nama Penuh Pemain
No. MYKAD
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Semua Salinan KAD PAS (Pas Pekerja) pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang penyertaan ini.
PENGESAHAN PASUKAN: Saya Pengurus Pasukan seperti nama di atas dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.
TARIKH:
.....................................
....................................................... TANDATANGAN PENGURUS
8