PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG
PERATURAN PENDAFTARAN Prapendaftaran Kursus
Pendaftaran kursus yang dibuat dalam semester semasa bagi semester berikutnya. Wajib dilakukan oleh pelajar yang akan meneruskan pengajian pada semester berikutnya. Diadakan pada minggu ke-12 dan ke-13 setiap semester. Pelajar yang lewat membuat prapendaftaran akan dikenakan denda.
Jam Kredit Mestilah mendaftar sekurang-kurangnya 12 jam kredit kecuali bagi pelajar di semester akhir pengajian. Jumlah kredit maksimum adalah 24 jam kredit, pendaftaran melebihi jumlah maksimum perlu mendapat persetujuan dekan.
Tambah / Gugur Kursus Penambahan atau pengguguran kursus yang dibuat oleh pelajar selepas membuat prapendaftaran. Penambahan boleh dibuat sehingga hari terakhir minggu ke-3 semester. Penambahan kursus masih boleh dibuat pada minggu ke-4 dengan persetujuan dekan. Tidak dibenarkan selepas minggu ke-4 semester. Pengguguran kursus boleh dibuat sehingga hari terakhir minggu ke-3 semester.
Semakan Kursus Semakan kursus perlu dilakukan setiap kali membuat pendaftaran. Semakan boleh dibuat secara atas talian sehingga minggu ke-4, bagi mengesahkan kursus yang diambil pada semester berkenaan. Jika tiada semakan dibuat, segala maklumat yang didaftar dalam sistem maklumat pelajar dianggap betul.
Pengecualian Kursus Boleh diberi kepada pelajar yang telah mengikuti kursus yang setara dan lulus, tertakluk kepada kelulusan pengurusan akademik pusat pengajian. Tidak lebih dari 1/3 jumlah beban kredit sesuatu program. Hendaklah telah diambil tidak melebihi dari 5 tahun dari tarikh permohonan.
REKOD PELAJAR Pertukaran Program Hanya dibenarkan untuk program dari aliran yang sama (sains <-> sains, sastera <-> sastera). Pelajar baru tidak dibenarkan kecuali selepas memulakan pengajian satu semester. Memiliki sekurang-kurangnya PNGK 2.0 dan ke atas.
Penangguhan Pengajian Pelajar baru tidak dibenarkan untuk menangguh pengajian kecuali atas sebab kesihatan. Pelajar (kecuali pelajar baru) dibenarkan menagguhkan pengajian dengan persetujuan dekan bagi sesuatu semester dengan alasan yang munasabah. Pemohonan hendaklah dikemukakan kepada bahagian akademik dalam tempoh 4 minggu pertama semester.
Berhenti Pengajian Dibenarkan untuk berhenti daripada pengajian atas alasan tertentu pada bila-bila masa. Segala kursus yang diambil sebelum itu dianggap tidak sah. Pelajar yang berhenti dalam tempoh 2 minggu pertama semester layak mendapat pengembalian yuran.
PERATURAN PEPERIKSAAN Peperiksaan – segala aspek penilaian seperti ujian, tugasan, kuiz, dan lain-lain yang ditetapkan oleh pensyarah Peperiksaan akhir – penilaian bertulis yang diadakan selepas minggu ke-14 dalam sesuatu semester Purata Nilaian Gred (PNG) – jumlah mata nilaian gred dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil dalam sesuatu semester
Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) – jumlah mata nilaian terkumpul dibahagi dengan jumlah kredit terkumpul Senat – badan akademik bagi universiti yang mengawal dan bertanggugjawab ke arah arahan khas pengajaran, peperiksaan dan penetapan serta pengurnian ijazah
Kredit Untuk Bergraduat Untuk program sarjana muda yang tempoh pengajiannya 3 tahun, adalah sekurang-kurangnya 120 jam kredit. Meliputi pecahan kursus untuk teras program dan teras universiti yang telah ditetapkan.
Penilaian Penilaian berterusaan bagi setiap kursus seperti kuiz, tugasan, dan ujian, yang sekurang-kurangnya 3 kali penilaian. Peperiksaan akhir merupakan penilaian markah tidak melebihi 40% (kecuali dengan kebenaran senat). Setiap kursus yang mempunyai kuliah, hendaklah mempunyai peperiksaan akhir (kecuali dengan kebenaran senat). Peraturan penilaian berbeza antara satu kursus dengan kursus yang lain. Tempoh masa peperiksaan akhir adalah sekurang-kurangnya 2 jam.
Sistem Pengredan Sistem pengredan, gred abjad dan mata nilaian ialah seperti berikut;
Markah
Gred Abjad
Mata Penilaian Gred
80 – 100
A
4.00
75 – 79
A-
3.75
70 – 74
B+
3.50
65 – 69
B
3.00
60 – 64
B-
2.75
55 – 59
C+
2.50
50 – 54
C
2.00
45 – 49
C-
1.75
40 – 44
D
1.00
39 atau kurang
F
0.00
Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir dan Kehadiran Pelajar yang kehadirannya kurang dari 80% boleh dihalang dari menduduki peperiksaan akhir Pelajar yang tidak hadir atau yang dihalang dari menduduki peperiksaan akhir, gred akan diberi berdasarkan kepada markah penilaian berterusan (maksimum 60%)
Keputusan Gred Kursus Keputusan gred akhir setiap kursus dan keputusan keseluruhan bagi setiap pelajar akan diumumkan oleh bahagian akademik setelah mendapat kelulusan senat. Pelajar yang mendapat purata nilaian gred PNG 3.50 dan ke atas layak menerima anugerah dekan
Peperiksaan akhir gantian Dibenarkan untuk mengambil peperiksaan gantian jika tidak dapat hadir pada hari peperiksaan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan seperti kesihatan atau kematian waris terdekat dengan kelulusan dekan. Pelajar yang hendak menduduki peperiksaan gantian perlulah mengemukakan permohonan kepada bahagian akademik.
PENGIJAZAHAN Kelayakan Bergraduat Telah mendaftar bagi sesuatu program pengajian dan lulus semua kursus yang diwajibkan Memperolehi PNGK tidak kurang dari 2.00
Pengkelasan Ijazah Ijazah peringkat Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh universiti diberi pengkelasan seperti berikut; PNGK
Klasifikasi
3.50 – 4.00
Cemerlang
2.00 – 3.49
Kepujian
Contoh Kiraan PNG
PNG =
Kursus
Jam Kredit
Gred
Mata Nilaian
A
1
A
4.00 x 1
4.00
B
3
A
4.00 x 3
12.00
C
3
B-
2.75 x 3
8.25
D
4
B
3.00 x 4
12.00
E
4
B
3.00 x 4
12.00
F
2
A
4.00 x 2
8.00
G
2
A-
3.75 x 2
7.50
JUMLAH
19
-
-
63.75
Jumlah mata nilaian gred Jumlah kredit
=
63.75 19
= 3.36
Jumlah Mata Nilaian
Contoh Kiraan PNGK
PNG =
PNGK =
Kursus
Jam Kredit
Gred
Mata Nilaian
H
3
A-
3.75 x 1
11.25
I
3
A-
3.75 x 3
11.25
J
3
c-
1.75 x 3
5.25
K
3
B
3.00 x 4
9.00
L
3
B+
3.50 x 4
10.50
M
3
A-
3.75 x 2
11.25
JUMLAH
18
-
-
58.50
Jumlah mata nilaian gred Jumlah kredit
=
58.50
Jumlah timbunan mata nilaian gred Jumlah kredit
18 =
Jumlah Mata Nilaian
= 3.25
63.75 + 58.50
19 + 18
= 3.30