PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i) Soalan – soalan Lazim (FAQ): 1. Adakah Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) akan menggantikan Baucar Buku 1 Malaysia?
YA. Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi akan menggantikan Baucar Buku 1 Malaysia.
2. Adakah jumlah Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi yang akan disalurkan kepada pelajar bersamaan dengan jumlah Baucar Buku 1 Malaysia yang telah disalurkan sebelum ini?
Jumlah Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi sebanyak RM250 akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui KADS1M DEBIT-i. Kelayakan adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
3. Bagaimana untuk mendapatkan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)?
Pelajar
perlu
membuka
Akaun
Simpanan-i
Bank
Rakyat
secara
atas
talian
di
www.bankrakyat.com.my/bppt
4. Adakah semua pelajar layak untuk menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ini?
Senarai nama pelajar yang layak menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ini akan ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
5. Bolehkah dana lain disalurkan kedalam akaun?
BOLEH. Ini adalah kad debit yang mana had penggunaan bergantung kepada baki Akaun Simpanan-i pelajar tersebut.
6. Saya telah mempunyai Akaun Simpanan-i Bank Rakyat. Adakah saya masih perlu membuat permohonan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui atas talian?
YA. Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi akan disalurkan melalui KADS1M DEBIT-i. Oleh itu, permohonan perlu dibuat melalui atas talian di www.bankrakyat.com.my/bppt
1
7. Adakah Akaun Simpanan-i baharu akan dibuka selepas permohonan secara atas talian?
YA, Akaun Simpanan-i yang baharu akan dibuka untuk pelajar bagi tujuan pengkreditan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi.
8. Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada sebarang transaksi berlaku bagi Akaun Simpanan-i pelajar dari tarikh pembukaan?
Akaun tersebut akan ditutup secara automatik sekiranya tiada sebarang transaksi selama 6 bulan dari tarikh pembukaan. Walaubagaimanpun, akaun akan kekal aktif sekiranya pengguna akaun mengekalkan baki minimum RM 10.
9. Sekiranya saya ingin mengetahui jika saya layak untuk menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi atau tidak, di manakah atau siapakah pihak yang boleh dirujuk?
Bagi semakan kelayakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi bagi tahun 2017, pelajar boleh terus berhubung dengan pihak IPT / Bendahari masing-masing.
10. Adakah akaun ini boleh digunakan untuk program pada tahun yang akan datang? BOLEH. Akaun ini dikhaskan untuk pengkreditan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi sekiranya program ini diteruskan oleh KPT.
11. Bagaimana cara pelajar akan dimaklumkan untuk pengambilan KADS1M DEBIT-i?
Bagi pengambilan KADS1M DEBIT-i, pelajar akan dimaklumkan melalui emel atau hebahan media.
12. Adakah emel berkaitan pengambilan KADS1M Debit-i akan dihantar serentak kepada semua pelajar yang layak?
Emel akan dihantar kepada pelajar yang layak secara berperingkat.
Pelajar yang telah mendapat emel rasmi daripada pihak Bank Rakyat SAHAJA yang boleh menuntut KADS1M Debit-i di cawangan yang telah dipilih.
2
13. Adakah pelajar boleh mewakilkan ahli keluarga atau rakan untuk mengambil KADS1M Debit-i bagi pihak mereka?
TIDAK BOLEH. Hanya pelajar itu sendiri yang boleh mengambil KADS1M Debit-i tersebut di cawangan Bank Rakyat.
14. Apakah kos yang perlu ditanggung oleh Pelajar jika berlaku kerosakan pada KADS1M Debit-i?
Kos sebanyak RM 12.00 akan dikenakan untuk penggantian KADS1M Debit-i.
15. Adakah pelajar boleh menuntut KADS1M Debit-i di cawangan Bank Rakyat yang lain selain daripada yang telah dipilih semasa mengisi borang permohonan atas talian?
Pelajar dinasihatkan untuk menuntut KADS1M Debit-i di cawangan Bank Rakyat yang telah dipilih semasa mengisi borang permohonan atas talian.
16. Setelah dana Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi disalurkan, adakah transaksi hanya boleh dilakukan di 4 kategori yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri pada Bajet 2017 yang lepas? (BUKU, INTERNET, ALAT TULIS DAN PERALATAN KOMPUTER)
Pada dasarnya, penggunaan Bantuan Pelajar adalah untuk transaksi bagi 4 kategori yang dinyatakan seperti diatas.
17. Adakah saya perlu memaklumkan ke pihak IPT untuk proses penyaluran BPPT?
TIDAK PERLU. Proses tersebut adalah antara pihak KPT dan Bank Rakyat.
18. Bilakah tarikh bermula pengambilan KADS1M Debit-i?
Emel berkaitan pengambilan KADS1M Debit-i akan mula dihantar kepada pelajar secara berperingkat bermula pada 30 Mac 2017.
Pelajar yang menerima emel rasmi dari pihak Bank Rakyat SAHAJA boleh menuntut KADS1M Debit-i tersebut di cawangan Bank Rakyat bermula pada 31 Mac 2017.
3
19. Apakah dokumen yang perlu dibawah oleh pelajar semasa mendapatkan KADS1M DEBIT-i?
Dokumen yang perlu dibawah oleh pelajar adalah seperti berikut: Umur di bawah 18 tahun Umur 18 tahun dan ke atas MyKad (Asal & 1 Salinan) MyKad (Asal & 1 Salinan) Kad pelajar (Asal & 1 Salinan) Kad pelajar (Asal & 1 Salinan) Surat Kebenaran dari ibu / bapa / penjaga 1 Salinan MyKad ibu / bapa / penjaga, dan Sijil kelahiran / sijil anak angkat pelajar/pelanggan (Asal & 1 Salinan) Nota: Bagi pelajar yang menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi, pengecualian diberikan sekiranya institusi pengajian pelajar tidak mempunyai Kad Pelajar. Pelajar hanya perlu memberi Surat Pengesahan dari Institusi Pengajian.
4
KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i) Soalan-soalan Lazim (FAQ): 1. Apakah tujuan KADS1M DEBIT-i diwujudkan?
KADS1M DEBIT-i diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajarpelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
Melalui KADS1M DEBIT-i, para pelajar dapat menggunakannya sebagai Kad Debit di samping mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Dalam masa yang sama pemegang kad tersebut boleh menikmati promosi-promosi dan kempenkempen yang dijalankan oleh Bank Rakyat, KPDNKK dan MasterCard.
2. Siapakah yang layak mendapat KADS1M DEBIT-i?
Semua pelajar IPT awam dan swasta yang masih mengikuti pengajian. Walaubagaimana pun ianya tertakluk kepada warga Negara Malaysia sahaja.
3. Bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan KADS1M DEBIT-i?
Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang www.bankrakyat.com.my/bppt
4. Dimanakah dan bila KADS1M DEBIT-i yang dipohon boleh dituntut?
KADS1M DEBIT-i boleh dituntut di cawangan yang dipilih semasa proses permohonan secara online dan Pelajar boleh menuntut KADS1M DEBIT-i setelah menerima emel daripada pihak Bank.
5. Adakah saya akan menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) melalui KADS1M DEBIT-i?
Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) untuk pelajar yang layak akan dimasukkan ke Akaun Simpanan-i yang dihubungkan ke KADS1M DEBIT-i.
Kelayakan pelajar akan ditentukan oleh KPT.
6. Bagaimanakah cara penggunaan KADS1M DEBIT-i?
Pelajar boleh menggunakan KADS1M DEBIT-i disemua pedagang diseluruh dunia yang menerima kad debit sebagai medium pembayaran.
5
7. Apakah kelebihan KADS1M DEBIT-i berbanding KADS1M (Flash card)?
KADS1M DEBIT-i ditambah baik daripada KADS1Mdengan menambah fungsi Kad COMBO-i (Kad Debit). Pelajar boleh menggunakan kad tersebut sebagai medium pembayaran tanpa tunai.
8. Adakah KADS1M DEBIT-i boleh digunakan di luar Negara?
YA. Penggunaan KADS1M DEBIT-i diterima di semua pedagang yang menerima MasterCard yang terdapat di luar Negara. Tiada caj tambahan ke atas kadar pertukaran wang asing dikenakan.
9. Apakah yang dimaksudkan amaun pra guna? Transaksi yang dilaksanakan di stesen minyak, hotel mahupun hospital mungkin akan dikenakan amaunpra-guna, iaitu sejumlah amaun yang akan dibekukan daripada Akaun Simpanan-i pelanggan untuk pembayaran/ transaksi/ pembelian yang dilakukan. Amaun pra-guna ini adalah berdasarkan amaun transaksi ataupun satu jumlah yang ditetapkan oleh pedagang. Amaun pra-guna tersebut akan dikembalikan setelah pemprosesan settlementditerima daripada pedagang dan hanya amaun sebenar transaksi akan didebitkan daripada Akaun Simpanan-i.
PENTING: Berdasarkan praktis industri, amaun pra-guna yang dikenakan bagi transaksi pembelian minyak yang dilakukan di terminal layan diri adalah sebanyak RM200. Amaun pra-guna ini tidak digunapakai bagi transaksi pembelian minyak yang dilakukan di kaunter juruwang.
CONTOH: Untuk setiap pembelian minyak yang dilakukan di terminal layan diri, sebanyak RM200 akan dibekukan daripada Akaun Simpanan-i sehingga settlement diterima daripada pihak saudagar/
Untuk MENGELAKKAN AMAUN PRA-GUNA, pelanggan boleh memilih untuk: o
Masukkan amaun sebenar pembelian minyak.
o
Membuat pembayaran di kaunter juruwang.
Untuk kedua-dua cara di atas, amaun sebenar pembelian akan di earmak daripada Akaun Simpanan-i sehingga settlement dilaksanakan.
6
10. Bolehkah saya menggunakan KADS1M DEBIT-i di pedagang tidak Patuh Syariah?
KADS1M DEBIT-i adalah kad yang berlandaskan Syariah dan transaksi di pedagang tidak patuh syariah akan disekat.
11. Adakah KADS1M DEBIT-i mempunyai ciri-ciri transaksi tanpa sentuh (contactless)?
YA, KADS1M Debit-i mempunyai ciri-ciri transaksi tanpa sentuh (contactless).
12. Apakah yang dimaksudkan transaksi tanpa sentuh (contactless)?
KADS1M DEBIT-i hanya perlu disentuh di terminal pembayaran untuk melaksanakan transaksi.
13. Adakah terdapat had bagi transaksi tanpa sentuh?
Had maksimum transaksi tanpa sentuh adalah RM 250 setiap transaksi.
14. Bagaimanakah jika saya ingin menutup ciri-ciri transaksi tanpa sentuh?
Penutupan ciri-ciri transaksi tanpa sentuh boleh dilakukan di mana-mana ATM Bank Rakyat yang berdekatan.
15. Apakah yang akan berlaku jika KADS1M DEBIT-i disentuh lebih daripada sekali secara tidak sengaja pada terminal pembayaran? Terminal tanpa sentuh hanya boleh memproses satu transaksi pada satu masa. Walaupun KADS1M DEBIT-i disentuh lebih daripada sekali secara tidak sengaja, anda hanya akan dicaj sekali sahaja untuk urus niaga tersebut. 16. Bolehkah KADS1M Flash yang masih sah digunakan untuk mendapatkan diskaun dari pedagang yang memberi diskaun?
BOLEH. KADS1M Flash yang masih belum tamat tempoh masih boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun dari pedagang.
17. Berapakah tempoh sah laku penggunaan KADS1M DEBIT-i?
Tempoh sah (validity) KADS1M DEBIT-i adalah selama 3 tahun.
7
18. Apakah perbezaan KADS1M DEBIT-i berbanding KADS1M Flash?
CIRI-CIRI
KAD DISKAUN
KAD DEBIT-i
SISWA
DISKAUN
1MALAYSIA
SISWA 1 MALAYSIA
Diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih
Diterima di semua Pedagang-pedagang yang menyertai MyDebit / MasterCard seluruh dunia
X
X
X
Sama seperti kad kredit – boleh digunakan untuk pembelian runcit, transaksi Internet dan pengeluaran tunai di ATM di dalam negeri dan luar negara
Had pengeluaran tunai harian ditetapkan sebanyak RM3,000
Pindahan dana ke mana-mana Akaun Simpanan-i Bank Rakyat
X
Kemudahan Interbank Fund Transfer (IBFT)
X
19. Bolehkah sekiranya siswazah memiliki KADS1M DEBIT-i dan Kad Combo-i Bank Rakyat dalam masa yang sama?
BOLEH. Ini kerana, Akaun Simpanan-i untuk KADS1M DEBIT-i dan Akaun Simpanan-i Kad Combo-i Bank Rakyat adalah dua akaun yang berbeza. Cara permohonan rujuk Perkara 3.
8
20. Apakah fi/caj yang dikenakan bagi KADS1M DEBIT-i? JENIS FI / CAJ
JUMLAH
Fi Pemprosesan permohonan
TIADA
Yuran tahunan
TIADA
Yuran keahlian
TIADA
Caj penggantian kad
RM 12
Fi perkhidmatan pengeluaran tunai di ATM Bank Rakyat Fi perkhidmatan pengeluaran tunai di ATM dan kaunter bank lain di dalam Malaysia. Fi perkhidmatan pengeluaran tunai di ATM dan kaunter bank lain di luar Malaysia.
TIADA
RM 1*
RM 12*
Salinan deraf jualan
RM 5.30
Salinan asal deraf jualan
RM 15.90
Salinan penyata
RM 5.30
o
NOTA : *6% GST ditanggung oleh Bank Rakyat. Caj yang dinyatakan adalah termasuk 6% GST sekiranya ada.
21. Sekiranya saya masih belajar selapas tarikh tamat tempoh KADS1M DEBIT-i, adakah saya masih layak untuk memohon semula? LAYAK. Pelajar masih boleh memohon untuk KADS1M DEBIT-i sekiranya masih belajar pada waktu tarikh tamat tempoh kad.
22. Apa yang perlu dilakukan sekiranya kad hilang?
Sila hubungi Pusat Panggilan 1300 80 5454 atau Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-26924600 (24jam) untuk sekatan kad. Permohonan penggantian boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dengan menunjukkan Kad Pelajar dan Kad Pengenalan. Caj penggantian kad adalah sebanyak RM 12.
9
23. Dimanakah perlu saya membuat laporan sekiranya terdapat percanggahan/ masalah berkaitan dengan transaksi KADS1M DEBIT-i?
Aduan boleh dimajukan kepada mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan ATAU menghubungi Pusat Panggilan 1300 80 5454 untuk melaporkan sebarang percanggahan transaksi. Laporan percanggahan transaksi perlu dibuat dengan kadar segera atau dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh aduan dilakukan.
24. Bagaimanakah jika saya ingin membatalkan KADS1M DEBIT-i?
Pembatalan KADS1M DEBIT-i boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan ATAU menghubungi Pusat Panggilan 1300 80 5454.
25. Syarikat-syarikat apakah yang menawarkan diskaun, berapakah kadar diskaun dan syarat-syarat yang dikenakan?
Maklumat
lengkap
berkaitan
syarikat,
kadar
dan
syarat
diskaun
boleh
disemak
di
kadsiswa.1pengguna.com atau www.bankrakyat.com.my Pedagang: 1. Apakah faedah yang diperolehi oleh syarikat yang menyertai KADS1M DEBIT-i dan bagaimanakah syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M DEBIT-i?
Penyertaan syarikat adalah di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat/Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat masing-masing dan Kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan syarikat dalam inisiatif KADS1M DEBIT-i.
Syarikat yang menyertai KADS1M DEBIT-i akan dilibatkan dalam program/acara promosi bersesuaian yang dijalankan oleh KADS1M DEBIT-i dan Bank Rakyat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.
10
2. Bagaimanakah syarikat-syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M DEBIT-i?
Syarikat yang berminat untuk menyertai KADS1M DEBIT-i perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M DEBIT-i bagi proses selanjutnya.
Nota: Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian tertakluk kepada kadar, terma dan syarat yang ditetapkan oeh syarikat masing-masing.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 1. Pusat Panggilan di 1 300 80 5454 / 03-26936880 2. Layari www.bankrakyat.com.my 3. Layari laman web KADS1M DEBIT-i di kadsiswa.1pengguna.com
Sekretariat KADS1M DEBIT-i: KPDNKK:
Bank Rakyat: 1. Jabatan Penasihat Perniagaan, Tingkat 8, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33 Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur Tel
: 03-26129600 / 8568
Faks
: 03-22647333
Emel
:
[email protected]
2. Jabatan Pembangunan Perniagaan Kad,
Bahagian Gerakan Kepenggunaan,Kementerian Perdagangan
Dalam
Negeri,Koperasi
dan
Kepenggunaan, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,62623 Putrajaya, Malaysia Tel
: +603-8882 5972 / 6446
Faks
: +603-8882 5983
Emel
:
[email protected]
Tingkat 14, Menara Kembar Bank Rakyat, NO.33 Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur Tel
: 03-26129600
Faks
: 03-22601121
Emel
:
[email protected]
11