1
PENGUASAAN PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU DARI PERSPEKTIF KOMUNIKATIF Nor Asiah binti Ismail IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
[email protected] (Telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu pada 10-12 Mei 2011) Penulisan karangan yang menyamai situasi kehidupan yang sebenar merupakan elemen penting dalam perspektif komunikatif. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kewujudan komponen komunikatif dalam penulisan karangan jenis pemujukan. Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji meneroka kecekapan menulis dan menerapkan idea komunikatif versi Bachman dan Savignon (1986) dalam penulisan karangan jenis pemujukan. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar Prapersediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Semester 2 (PPISMP BM S2) di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif untuk mengenal pasti peratus dan min kewujudan komponen kecekapan komunikatif. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga komponen komunikatif iaitu sosiolinguistik,wacana dan tatabahasa wujud dalam karangan jenis pemujukan. Oleh itu, penulis berharap komponen komunikatif terus diberikan perhatian oleh para pendidik dan penulis untuk menghasilkan suatu karya yang mempunyai persamaan dengan kehidupan sebenar pembacanya. Kata Kunci: Penulisan karangan Bahasa Melayu, Perspektif komunikatif Menulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), di peringkat pengajian tinggi, kemahiran menulis menjadi amat penting kerana para pelajar perlu menyediakan tugasan dalam bentuk esei, laporan atau tesis. Penulisan karangan merupakan bahagian yang penting di peringkat rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu, sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam penguasaan kemahiran penulisan bahasa Melayu. Penulisan karangan dari persepktif komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday membuktikan bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu adalah sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, mengawal tingkah laku orang lain, menyampaikan maksud, meluahkan perasaan, menyampaikan maklumat, dan mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.
2
Dell Hymes dalam Mahzan Arshad (2003) , selaku pengasas pendekatan komunikatif menyatakan kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh pelajar untuk memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain dalam konteks sosial. Oleh itu, pendekatan ini menegaskan seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan menguasai kemahiran membina a yat dengan gramatis. Pendekatan ini mengharapkan pelajar menulis untuk dibaca oleh pembaca. Jadi, guru berperanan menggalakkan pelajar menulis dalam situasi kehidupan mereka untuk dibaca oleh masyarakat. Menurut Zamzuri Mohamad (2010), pendekatan komunikatif berasaskan teori pembelajaran berbentuk behavioris lebih mementingkan penguasaan menulis secara naluri yang dimiliki oleh pelajar iaitu keupayaan mereka untuk menggunakan dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain serta jalinannya dengan konteks sosial. Jadi, eleman konukatif diberi keutamaan dalam penghasilan penulisan berbentuk komunikatif. Dengan menggunakan pendekatan komunikatif, tulisan pelajar dapat dibaca oleh orang lain. Oleh itu, hasilan penulisan tersebut mestilah sama seperti situasi kehidupan seharian yang sebenar. Menurut Hashim Othman (2003), perspektif komunikatif menyarankan supaya kefasihan berbahasa dicapai melalui penggunaan bahasa yang dipelajari dalam konteks formal dan tidak formal. Karangan dikatakan bentuk autentik yang menjadi penunjuk kefasihan berbahasa pelajar, sekali gus komponen komunikatif dalam perlakuan karangan dapat menjelaskan pemahaman tentang kefasihan berbahasa. Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif ialah aspek makna. Sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, maka fungsi atau peranan dialog itu hendaklah diutamakan. Kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial, dan bahan yang dipilih mesti bersesuaian dengan situasi atau simulasi dalam aktiviti pengajaran sebagai perangsang untuk murid berkomunikasi dengan menggunakan bahasa dengan betul. Pendekatan komunikatif mempunyai beberapa prinsip iaitu semua latihan dan aktiviti bahasa disesuaikan dengan umur, pengalaman, latar belakang minat dan keperluan pelajar, bercorak realistik dan pragmatik serta menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa, sebagai alat berkomunikasi, penglibatan pelajar yang aktif, guru yang kreatif, mementingkan aspek tatabahasa, dan peranan guru sebagai penasihat. Maka kajian ini mengguna pakai kecekapan komunikatif yang dikemukakan oleh Bachman dan Savignon (dalam Hashim Othman, 2003) iaitu kefasihan berbahasa yang merangkumi tiga komponen utama iaitu sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa. Kecekapan sosiolinguistik merujuk kepada ketepatan menggunakan bahasa mengikut konteks yang menekankan ketepatan makna (tajuk, sikap, dan fungsi), bentuk (laras bahasa dan gaya) dan konteks (status peserta komunikasi, tujuan dan norma interaksi).
3
Kecekapan wacana ialah penguasaan pengetahuan yang menggabungkan bentuk dan makna bagi menghasilkan pelbagai jenis teks yang utuh seperti jenis penerangan, pemujukan, dan pelahiran dengan menggunakan peraturan pertautan ayat (penanda wacana) dan prinsip pertalian idea bagi membentuk makna (persembahan, pengolahan dan penekanan). Kecekapan tatabahasa bermaksud penguasaan peraturan bahasa yang meliputi perbendaharaan kata, pembentukan kata, pembentukan ayat, ejaan dan semantik. Pengetahuan ini diperlukan bagi melahirkan makna ujaran yang tepat. Pernyataan Masalah Beberapa permasalahan yang berkaitan dengan penulisan telah dikenal pasti antaranya berdasarkan Awang Mohd Amin dalam Kamarudin Husin (1997), yang menyatakan sebilangan besar guru terlatih yang mengajar bahasa Melayu di sekolah menengah atas tidak mempunyai latihan khas untuk mengajar karangan. Awang Sariyan (1980) pula mendapati penggunaan bahasa Melayu pada peringkat kemahiran menulis, banyak kesalahan yang dikesan dalam kalangan pelajar dan guru pelatih bukan Melayu di Maktab Perguruan Kuala Lumpur. Menurut Arpan dalam Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz (1997), terdapat kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan iaitu jenis ayat yang tidak betul susunan, ayat yang tidak lengkap atau tegantung dan berbelit-belit dan dipengaruhi oleh struktur bahasa Inggeris serta ayat lisan. Menurut Abdul Jalil Othman (2001), aspek wacana jika tidak diberi penekanan menyebabkan pelajar menjadi alpa sedangkan kecekapan wacana menjadikan teks lebih utuh dan bermakna. Nik Safiah Karim, Hashim Musa, Hamid Mahmood dan Farid M.Onn (2009), juga telah memasukkan elemen wacana sebagai berada dalam tingkat tertinggi dalam hieraki tatabahasa selepas kata, frasa, klausa dan ayat kerana kohesi dan koheren yang menjadi ciri wacana perlu bersatu dengan elemen komunikatif. Cherry dan Cooper dalam Abdul Jalil Othman (2001), juga mendapati sebahagian besar pelajar di sebuah kolej tidak berkeupayaan untuk menghasilkan ayat yang kohesif dan koheren dalam penulisan karangan mereka. Rentetan daripada permasalahan yang dibincangkan, maka jelaslah unsur komunikatif seperti aspek wacana, tatabahasa dan sosiolinguistik menjadi intipati permasalahan dalam penulisan karangan untuk menghasilkan sebuah karangan yang lebih utuh dan bermakna kepada pembaca. Tinjauan Literatur Kajian Literatur di Malaysia Seah dalam Mat Dani (2007), mengkaji kesulitan dalam menguasai imbuhan pelajar dewasa bukan Melayu. Hasilnya ialah penguasaan imbuhan menjadi punca masalah imbuhan pelajar dewasa bukan Melayu.
4
Ridzuan Ahmad (1981) mengkaji kesalahan penggunaan imbuhan dalam kalangan pelatih Melayu dan bukan Melayu di sebuah Maktab Perguruan. Dalam kajian itu, beliau mendapati secara purata sebanyak 78% respondens menjawab imbuhan dengan betul. Kamarudin Husin (1986), mengkaji penguasaan bahasa Malaysia seramai 160 orang pelatih bukan Melayu di Maktab Perguruan di Kuala Lumpur . Dapatan kajian mendapati 320 buah karangan sepanjang lebih kurang 80 ribu patah perkataan mengandungi 5,085 kesalahan ejaan, penggunaan perkataan, rangkai kata dan pembentukan ayat. Marohaini Yusof (1989), mendapati bahawa guru lebih menumpukan penghasilan isi atau fakta semasa mengajar mengarang dan bukannya aspek penggunaan bahasa yang baik dan teknik mengarang yang berkesan. Oleh itu, beliau menyatakan guru tidak merangsang pelajar berfikir untuk menghasilkan cara yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu mesej atau idea. Kajian Literatur di Luar Negara Bachman dan Palmer dalam Hashim Othman ( 2003), telah menjalankan kajian untuk menentukan kesahan gagasan komponen kecekapan komunikatif bagi satu ujian kefasihan berbahasa merangkumi kecekapan tatabahasa, pragmatik, dan sosiolinguistik. Keputusan kajian menunjukkan yang ujian tersebut mempunyai kebolehpercayaan tinggi untuk mengukur kefasihan berbahasa. Kajian oleh Kaewsanchai di Thailand dalam Hashim Othman (2003), juga menunjukkan model pengajaran bahasa Inggeris yang paling tepat di kolej-kolej perguruan adalah yang menekankan kecekapan wacana, strategik, sosiolinguistik dan tatabahasa. Berdasarkan kajian literatur di Malaysia dan di Luar Negara, dapat dirumuskan bahawa kemahiran komunikatif dalam kalangan persampelan banyak berlaku dari aspek tatabahasa, wacana dan sosiolinguistik. Oleh itu, komponen komunikatif yang dihasil dan dinilaikan dengan berkesan sepatutunya merangkumi kesemua komponen komunikatif tersebut. Objektif Kajian 1. Mengenal pasti kewujudan komponen komunikatif dalam penulisan karangan pemujukan dalam kalangan pelajar PPISMP BM2 S2. 2. Membandingkan min komponen dan kecekapan komunikatif dalam penulisan karangan pemujukan dalam kalangan pelajar PPISMP BM2 S2. Soalan Kajian 1.
Adakah wujud komponen komunikatif dalam penulisan karangan pemujukan dalam kalangan pelajar PPISMP BM2/PJ/PS S2? 2. Adakah terdapat perbezaan min komponen dan kecekapan komunikatid dalam penulisan karangan pemujukan pelajar PPISMP BM2 S2?
5
Metodologi Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan data secara kualitatif. Data dikumpul daripada 20 orang sampel yang menulis karangan jenis pemujukan berdasarkan rangsangan soalan yang diberikan dalam masa 60 minit berjumlah lebih kurang 200 patah perkataan. Sampel Sampel terdiri daripada 20 orang pelajar PPISMP BM2 Semester 2 dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Semua sampel kajian berumur dalam lingkungan 19 tahun dan berkelulusan SPM dengan skor A Bahasa Melayu. Instrumen Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan karangan pemujukan yang mengandungi rangsangan dengan tugasan dan skema analisis pemarkahan karangan pemujukan Hashim Othman (2003) bagi menganalisis kewujudan komponen komunikatif berdasarkan peratus dan min. Kaedah Pengumpulan Data Pelajar ditugaskan untuk menulis sebuah karangan pemujukan sebanyak lebih kurang 200 patah perkataan. Kemudian karangan ini dianalisis menggunakan skema Analisis Komunikatif Pemujukan. Data yang diperoleh diproses untuk mendapatkan peratus dan min setiap item komunikatif seperti sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa. Data yang dipungut ini dapat membuktikan kewujudan elemen komunikatif dalam penulisan karangan pelajar berdasarkan peratus dan min yang tertinggi dan terendah bagi setiap elemen dalam skema komunikatif karangan pemujukan tersebut. Kaedah Penganalisisan Data Setiap karangan sampel dikumpul dan disemak oleh pengkaji untuk mendapatkan peratus dan min bagi setiap komponen komunikatif berdasarkan Skema Analisis Karangan Pemujukan Hashim Othman (2003). Data tersebut pula dianalisis untuk mendapatkan peratus dan min tertinggi dan terendah untuk mengenal pasti kewujudan komponen komunikatif dan membandingkan min penguasaan sampel bagi setiap komponen komunikatif jenis pemujukan. Dapatan Kajian Dapatan analisis penulisan karangan pemujukan berdasarkan skema analisis komunikatif adalah seperti jadual 1, 2 dan 3.
6
Jadual 1: Komponen Komunikatif Sosiolinguistik Komponen dan Kecekapan
STB (%)
TB (%)
1. SOSIOLINGUISTIK (a) Tujuan 1. Berkomunikasi mengikut konteks dan situasi 5 2. Memujuk khalayak dengan hujah-hujah 15 10 3. Menulis karangan yang berorientasikan khalayak 4. Menggunakan kata panggilan yang sesuai 5 (b) Situasi 1. Melahirkan perasaan/pengalaman penulis 10 20 2. Menyatakan pendirian tentang tajuk 5 10 (c) Khalayak 1. Berinteraksi dengan pembaca 15 2. Menggunakan gaya penulisan yang tepat 25 3. Memahami latar belakang pembaca. 15 5 25 4. Menggunakan format karangan yang betul 5. Memerenggankan karangan dengan rapi. Nota. STB: Sangat Tidak Bersetuju, TB: Tidak Bersetuju, B: Bersetuju, Bersetuju
B (%)
SB (%)
90 80 90 60
35
60 60
10 15
75 70 50 40
10 5 35 30
Min 2.92 2.95 3.00 2.90 2.60 3.30 2.90 2.70 3.05 2.91 2.75 2.80 3.20 2.95
5 5
dan SB: Sangat
Berdasarkan jadual 1, didapati min komunikatif sosiolinguistik ialah 2.92 dan kedua tertinggi selepas wacana. Sementara itu, min tertinggi antara komponen tujuan, situasi dan khalayak ialah min tujuan iaitu 2.95, dan terendah ialah min situasi iaitu 2.90. Bagi komponen kecekapan peratus tertinggi pula ialah (a) 1 dan (a) 3 iaitu 90% (B), manakala min terendah ialah 5% (STB) bagi (b) 2, dan (c) 4, manakala 5% (TB) bagi (a) 1 dan (a) 4, serta 5% (SB) bagi (a) 1, (a) 2, dan (c) 2. Jadual 2: Komponen Komunikatif Wacana Komponen dan Kecekepan II WACANA (a) Persembahan 1. Mengembangkan idea sepenuhnya. 2.Menguatkan wacana dengan sinonim 3. Membuat generalisasi daripada bukti yang khusus 4. Menghasilkan kesatuan idea dalam karangan 5. Menyusun atur isi berasaskan sebab-tujuan
STB TB (%) (%)
5 5 10 10 10
40 45 45 10 15
B (%)
45 45 25 75 70
SB (%)
10 5 20 5 5
Min 3.25 2.90 3.10 3.00 3.90 2.75 2.70
7
5 35 55 5 6. Mengolah idea berasaskan hubungan syarat-hasil 7. Melahirkan idea berasaskan hubungan sebab-akibat 5 15 75 5 8. Mengolah isi mengikut latar-kesimpulan 10 20 60 10 (b) Pengolahan 5 15 65 15 1. Menyusun sebab-akibat mengikut logik 10 35 50 5 2. Menghurai idea berasaskan hubungan perbandingan 3. Mengemukakan isi-isi yang berkaitan dengan tajuk 5 30 45 20 4. menggunakan kata-kata pembuka dan penutup wacana 50 35 15 5. menghujah/menghurai berasaskan bukti yang khusus 5 45 40 10 10 90 6. menjelaskan idea utama dan idea sokongan (c) Kesatuan 1. Menghubungkan ayat melalui sarana rujukan 40 50 10 2. Membina pertautan melalui sarana kata hubung 20 65 15 Nota. STB: Sangat Tidak Bersetuju, TB: Tidak Bersetuju, B: Bersetuju, dan SB: Bersetuju
2.60 2.80 2.50 3.31 2.90 2.50 2.80 2.65 3.05 3.00 3.64 3.34 3.94 Sangat
Berdasarkan jadual 2, didapati min komunikatif wacana ialah 3.25 dan tertinggi antara min sosiolinguistik dengan tatabahasa. Antara komponen persembahan, pengolahan dan kesatuan, didapati min tertinggi ialah kesatuan iaitu 3.64 dan min terendah ialah persembahan iaitu 2.90. Sementara itu, peratus komponen kecekapan yang tertinggi ialah (b) 6 iaitu 90% (B), dan terendah ialah 5% (STB) bagi (a) 1, (a) 2, (a) 6, (a) 7, (b) 1, (b) 3, (b) 5, manakala 5% (SB) bagi (a) 2, (a) 4, (a) 5, (a) 6, (a) 7 dan (b) 2. Jadual 3: Komponen Komunikatif Tatabahasa Komponen dan Kecekapan
STB TB (%) (%)
III TATABAHASA (a) Penggunaan 1. Menggunakan imbuhan dengan betul 2. Menggunakan ayat yang betul strukturnya 5 5 3. Membina ayat yang belas maknanya 4. Menggunakan kata dengan betul 5 5. Menggabungkan aspek nahuan dan leksikal dalam 5 wacana 6. Membina pertautan dengan unsur hiponim 7. memilih kata dengan teliti 10 5 8. Menggunakan pelbagai ragam ayat dalam wacana 9. Menggunakan kosa kata yang luas. 5 10. Menggunakan tanda baca dan hhuruf besar dengan 10 betul 5 11. Menghubungkan ayat denga sarana elipsis 12. Menggunakan laras bahasa yang sesuai 5 13. menggunakan kolokasi dengan betul dalam pertautan
B (%)
SB (%)
Min 2.76 2.76 3.10 3.05 3.05 2.70 2.55
10 45 45 30 35
70 40 40 55 60
20 10 10 10
20 30 50 55 25
75 55 35 40 45
5 5 10 20
2.85 2.55 2.50 2.35 2.70
20 15 25
65 65 75
5 20 5
2.70 2.65 2.70
8
30 65 5 14. Menggunakan sarana penggantian untuk mengukuhkan pertautan 15. Menggunakan unsur pengulangan untuk membina 35 50 15 pertautan 35 55 10 16. Menggunakan rangkai kata/ungkapan dengan betul 5 10 60 20 17. Menggunakan sistem ejaan bahasa Melayu dengan betul. Nota. STB: Sangat Tidak Bersetuju, TB: Tidak Bersetuju, B: Bersetuju, dan SB: Bersetuju
2.75 2.80 3.25 3.05 Sangat
Berdasarkan jadual 3, didapati min komunikatif tatabahasa ialah 2.76 dan terendah selepas wacana dan sosiolinguistik. Min komponen penggunaan tatabahasa yang tertinggi ialah (a) 16, dan min terendah ialah (a) 9. Bagi peratus komponen kecekapan penggunaan tatabahasa yang tertinggi ialah (a) 13 iaitu 75% (B), manakala peratus terendah ialah 5% (STB) bagi (a) 1, 2, 3,4, 5, 8, 9, 11, 13, 17 serta 5% (SB) bagi (a) 6, 7, 11, 13 dan 14. Rumusan dan Perbincangan Berdasarkan dapatan kajian, unsur komunikatif memang wujud dalam penulisan karangan pelajar di IPGKTAA. Unsur komunikatif yang paling banyak wujud dalam penulisan karangan pelajar IPGKTAA ini ialah wacana, diikuti oleh sosiolinguistik dan paling kurang ialah tatabahasa. Hashim Othman (2003), menjelaskan perlakuan karangan memerlukan penyepaduan komponen kecekapan komunikatif iaitu sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa. Menurutnya lagi, pengarang perlu memahami peraturan dan khalayak dalam konteks sosial bagi memilih laras bahasa dan gaya bahasa yang tepat serta menggunakan alat pertautan dan prinsip pertalian untuk membina teks, dan prihatin dengan peraturan tatabahasa bagi memilih struktur bahasa yang betul. Dalam komunikatif sosiolinguistik , didapati min tertinggi ialah tujuan sosiolinguistik iaitu 2.95 dan terendah ialah situasi linguistik iaitu 2.90. Hal ini terbukti bahawa karangan jenis pemujukan bertepatan dengan saranan Hashim Othman (2003) iaitu tujuan dapat mempengaruhi penggunaan wacana sekali gus menentukan jenis ayat yang boleh difahami oleh khalayak. Selain itu, didapati 90% bersetuju kewujudan sosiolinguistik bertujuan untuk berkomunikasi mengikut konteks dan situasi dan menulis karangan berorientasikan khalayak dalam karangan jenis pemujukan. Sementara itu, hanya 5% sahaja yang sangat tidak bersetuju tentang ketidakwujudan situasi menyatakan pendirian tentang tajuk dan khalayak menggunakan format karangan yang betul, manakala 5% lagi sangat bersetuju kewujudan berkomunikasi mengikut konteks, menulis karangan berorientasikan khalayak dan menggunakan gaya penulisan yang tepat. Hal ini bertepatan dengan saranan Duran dalam Hashim Othman (2003) bahawa kecekapan komunikatif memerlukan pelajar dapat menerapkan pengetahuan tentang topik, situasi dan tujuan serta khalayak bagi menghasilkan karangan yang sesuai dengan pembaca.
9
Bagi komponen komunikatif pula, didapati kesatuan wacana mempunyai min tertinggi iaitu 3.64 dan terendah ialah persembahan wacana iaitu 2.90. Hal ini bertepatan dengan saranan Adenan Ayob (2009) iaitu kesatuan wacana perlu wujud dalam persuasif pemujukan apabila penulis berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca dengan kehalusan berbahasa dan akur pada saranan yang dikemukakan mengikut kehendak penulis sebagai pihak yang melakukan pemujukan. Seterusnya, sebanyak 90% yang bersetuju dengan wacana pengolahan menjelaskan idea utama dan idea sokong merupakan peratus yang paling tinggi. Peratus yang terendah sebanyk 5% tidak bersetuju hanya pada persembahan mengolah idea berdasarkan syarat-hasil, sebab-akibat, menyusun sebab-akibat mengikut logik, mengemukakan isu berkaitan tajuk dan menghujah bukti yang khusus. Manakala 5% lagi sangat bersetuju berkaitan dengan menghasilkan kesatuan idea dalam karangan, mengolah idea berdasarkan syarat-hasil, melahirkan idea berasaskan hubungan sebab-akibat, dan menghurai idea berasaskan hubungan perbandingan. Hal ini bermakna komponen komunikatif memang wujud dalam setiap aspek wacana persembahan, pengolahan dan kesatuan selaras dengan pendapat Tarigan dalam Abdul Jalil Othman (2001), iaitu hubungan kontekstual dalam sesuatu teks dapat membentuk jalinan dan kesepaduan makna yang sistematik dan berstruktur supaya wacana dapat disepadu dan diolah dengan jelas. Dalam komunikatif tatabahasa pula, min tertinggi dalam komponen penggunaan tatabahasa adalah menggunakan rangkai kata dengan betul iaitu 3.25, manakala min terendah adalah menggunakan kosa kata yang luas iaitu 2.35. Dapatan ini menunjukkan komponen kecekapan menggunakan rangkai kata dengan betul wujud dengan cukup ketara dalam semua karangan sampel kajian. Hal ini bersesuaian dengan ciri pendekatan komunikatif , Halliday dalam Abd. Aziz Talib (1993). iaitu aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan dan segala kesilapan perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.
Sementara itu, peratus tertinggi pula kewujudan komunikatif adalah penggunaan tatabahasa menggunakan kolokasi dengan betul dalam pertautan iaitu sebanyak 75% bersetuju, manakala peratus terendah ialah 5% sangat tidak bersetuju bagi 8 faktor iaitu membina ayat yang bebas maknanya, menggunakan kata dengan betul, menggabungkan aspek nahuan dan leksikal dalam wacana, menggunakan pelbagai ragam ayat dalam wacana, menghubungkan ayat dengan sarana elipsis, menggunakan kolokasi dengan betul dalam pertautan, dan menggunakan sistem ejaan bahasa Melayu dengan betul. Sebaliknya, 5% sangat bersetuju bagi 5 faktor dalam penggunaan tatabahasa membina pertautan dengan unsur hiponim, memilih kata dengan teliti, menghubungkan ayat dengan sarana elipsis, menggunakan kolokasi dengan betul dalam pertautan, dan menggunakan sarana penggantian untuk mengukuhkan pertautan. Berdasarkan peratus penggunaan tatabahasa yang tinggi iaitu 75% dalam menggunakan kolokasi dengan betul dalam pertautan, maka dapat dinyatakan bahawa sampel kajian dapat menggabungkan kecekapan berbahasa dengan kemahiran sosial yang diperlukan untuk perhubungan yang berkesan (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Aziz, 1997).
10
Rumusannya, kewujudan gagasan komunikatif dalam karangan penulisan pemujukan dalam semua aspek seperti sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa, mengesahkan model komunikatif Bachman dan Savignon dalam perlakuan karangan Bahasa Melayu pelajar di IPGKTAA. Kesimpulan dan Cadangan Penerokaan komponen komunikatif dalam karangan Bahasa Melayu merupakan perlakuan berbahasa yang menjadi penunjuk kewujudan kemahiran berkomunikasi. Oleh itu, penerapan idea komunikatif telah membuka perspektif baharu dalam pengajaran dan penilaian kefasihan berbahasa. Menurut Mahzan Arshad (2008), elemen komunikatif dapat dikuasai dengan jayanya di institusi pendidikan tinggi sekiranya pensyarah mahir dalam pendekatan komunikatif. Bagi yang kurang berkeupayaan mereka perlu dihantar berkursus untuk memahami dan mengamalkannya di kelas dengan berkesan. Para pendidik diharap agar menggunakan aspek berkomukasi untuk dilaksanakan dalam setiap kursus supaya kelas lebih bercorak interaktif dan autentik. Oleh sebab komponen komunikatif menitikberatkan penggunaan situasi yang sehampir mungkin dengan gaya dan bahasa dalam masyarakat penutur jati, maka penulisan karangan yang dihasilkan juga lebih dekat dengan kehidupan sebenar masyarakat. Menurut Mahzan Arshad (2008), penggunaan bahasa ialah satu proses berinteraksi secara interpersonal dan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Seharusnya, penghasilan bahan yang diperlukan oeh pembaca juga berlandaskan kegunaannya dalam konteks, sama ada konteks linguistik, konteks sosial atau situasional. Walaupun skema pemarkahan komunikatif agak asing bagi guru dan pelajar di sekolah dan institusi pendidikan tinggi, tetapi ciri holistik yang merangkumi komponen sosiolinguistik, wacana, dan tatabahasa memenuhi matlamat komunikatif yang diperlukan oleh penulis dalam jenis karangan komunikatif seperti pemujukan, penerangan, dan pelahiran. Skema ini dapat mengenal pasti kewujudan perlakuan komunikatif dalam penulisan pelajar supaya hasil tulisan mereka lebih mendekati kehidupan pembaca. Oleh itu, penulis berharap skema komunikatif ini diguna pakai oleh para pendidik untuk menilai keberkesanan dan kewujudan komponen komunikatif dalam sesuatu jenis penulisan komunikatif. Bibliografi Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji kemahiran bahasa: prinsip, teknik dan contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Jalil Othman, (2001). Perkaitan semantik dalam penulisan. Issues in Education, 24, 141157. Awang Sariyan, (1980). Kesalahan umum penggunan bahasa Malaysia KBSM. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd. Halliday, M.A.K. & Hasan, R., (1976). Cohesion in English. London: Longman.
11
Hashim Othman, (2003). Kemahiran menulis; perspektif komunikatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan, (1995). Pengajaran wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997). Penguasaan kemahiran menulis. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mahzan Arshad, (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Marohaini Yusoff & Zulkifli A.Manaf,. (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan bahasa Melayu di sekolah menengah:satu penilaian kualitatif. Pertanika J.Social & Humanities, 5(2), 65-71. Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd Saleeh Rahamad, (1999). Strategi bahasa: panduan nahu dan retorik untuk penulisan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2005). Teori bahasa: implikasi terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2009). Tatabahasa dewan: edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka. Noraini Idris, (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Malaysia: McGraw Hill Education.
12
Lampiran Soalan Karangan Tajuk Tugasan
: Pelancong Malaysia Patut Memilih Destinasi Pelancongan Di dalam Negara.
Jenis Karangan
: Pemujukan (berorientasikan khalayak)
Objektif
:
1. Menunjukkan pengetahuan tentang tujuan mengarang, khalayak dan bentuk karangan jenis pemujukan. 2. Menunjukkan kebolehan mengarang untuk meyakinkan khalayak dengan hujah-hujah yang dikemukakan. Masa
: 60 minit
Panjang
: Lebih kurang 200 patah perkataan.
Situasi
:
Sempena kempen menggalakkan pelancong tempatan melawat tempat-tempat menarik di Malaysia, Pejabat Kebudayaan dan Pelancongan Daerah Lipis telah menganjurkan satu pertandingan syarahan yang bertajuk “ Pelancong Malaysia Patut Memilih Destinasi Pelancongan di Dalam Negara “. Anda turut serta dalam pertandingan itu. Arahan Tugas
:
Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya dengan mengemukakan isi dan hujah-hujah yang menyokong.