PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT: PENGALAMAN DI UIAM
ABSTRAK Manfaat mempelajari qiraat tidak banyak diketahui oleh khalayak umum kerana qiraat tidak dipelajari secara meluas. Hanya institusi khusus seperti UIAM sahaja yang menawarkan kursus qiraat secara akademik. Kertas kerja ini cuba menghuraikan manfaat yang diperolehi dengan mempelajari qiraat. 22 orang responden telah dipilih untuk mendapatkan respon yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa qiraat banyak membantu dalam mendalami ilmu al-Quran. Bukan sahaja dari segi pembacaan bahkan ilmu-ilmu lain seperti tajwid, wakaf dan iftida’ serta khilaf-khilaf yang berlaku antara imam-imam qurra’. Adalah dicadangkam supaya qiraat diperluaskan kepada khalayak Islam di Malaysia supaya keindahan al-Quran benar-benar meresap ke dalam kehidupan ummah.
1.0
PENDAHULUAN
1.1
LATARBELAKANG
Pengajian al-Quran ibarat laut tidak bertepi. Terlalu luas dan sangat menakjubkan. Semakin dipelajari semakin banyak lagi yang perlu dipelajari. Antara bidang al-Quran yang baru hendak dimajukan di Malaysia ialah Qiraat. Sejarahnya sudah lama sejak dari Rasulullah lagi namun di Malaysia belum lagi menjadi bidang yang diutamakan. Walaupun ada kelas mengenainya dijalankan oleh guru-guru yang pakar tetapi ianya tidak diadakan secara formal. Bagi mereka yang ingin mempelajarinya selalu tertanyatanya dan tercari-cari sekiranya ada kelas dijalankan di mana-mana yang berdekatan dengan tempat kediaman mereka. Malangnya pakar-pakar qiraat tidak ramai. Mereka tidak berada di banyak tempat. Paling ramai mereka berada di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur. Antara sebabnya ialah kerana bayak instutusi yang memperkembangkan pengajian qiraat sama ada secara individu, swasta atau organisasi besar. Ramai yang mencari akan adanya kelas-kelas qiraat. Alhamdulillah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengambil inisiatif untuk memulakannya secara akademik. Sejak tahun 2003 lulusan yang telah dihasilkan melebihi 50 orang.
Qiraat adalah sebahagian penting dari pengajian al-Quran. Bagi mufasirin, penguasaan tentang qiraat adalah syarat penting. Tanpa qiraat pentafsiran al-Quran tidak dianggap lengkap. Mengenai qiraat ini, ramai yang biasa dengan Qiraat Sab’a. Di UIAM Qiraat ‘Asara yang diberi tumpuan. Kebanyakan responden yang mengikuti kursus ini datang dari mereka yang tinggal di Lembah Klang. Walau bagaimanapun ramai juga yang datang dari luar kawasan. Kesemua yang datang dari jauh ini adalah orang dewasa yang sudah berjawatan dan berpendapatan. Bukan itu sahaja ramai juga yang sudah bersara. Maka perbincangan ini tidak lagi meliputi isu mengenai pedagogi tetapi andragogi. Orang-orang dewasa mempunyai minat dan selera yang berbeza dengan anakanak sekolah. Dorongan intrinsik mereka yang menjana usaha untuk menambahkan ilmu mengani al-Quran khsusunya qiraat. Mereka memiliki inisiatif yang tinggi untuk mempelajari qiraat. Kertaskerja ini mengkaji 22 orang responden yang masih mengikuti kursus qiraat di UIAM. Maklumat yang terhimpun memperjelas bukan sahaja keupayaan mereka mengikuti kelas qiraat bahkan memberikan gambaran positif tentang perkembangan pengajian qiraat di Malaysia khsusunya di UIAM.
1.2
PERMASALAHAN
Pengajian qiraat telah agak lama diperkatakan di Malaysia. Yang selalu menjadi kesukaran ialah mencari kelas-kelas yang menganjurkannya. Selain daripada itu kaedah mempelajarinya juga menjadi topik perbincangan kerana mempelajari qiraat memerlukan masa yang panjang. Untuk mempelajarinya memerlukan ketekunan dan intelek yang berbeza berbanding dengan mempelajari al-Quran mengikut riwayat Hafs ‘an ‘Aasim toriq Syatibiyyahyyah kerana kita sudah terlalu biasa dengannya. Oleh itu kertaskerja ini akan membincangkan mengenai hal-hal yang berkaitan.
1.3
OBJEKTIF i ii iii iv
Untuk mengenalpasti qiraat yang dipelajari di Malaysia. Untuk mengenalpasti responden-responden yang mengikuti pengajian qiraat. Untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam kelasa qiraat di UIAM. Untuk mengenalpasti manfaat mempelajari qiraat.
2.0
QIRAAT ‘ASARA
Pengajian qiraat di UIAM adalah berdasarkan Qiraat ‘Asara. (Mohd Rahim Jusoh, 2001 dan Abu Mardhiah, ). Nama-nama imam qurra’ yang sepuluh dan perawinya adalah seperti dalam Jadual 2.1. Bil
Imam Qurra’
Perawinya
1
Imam Nafi’
2
Imam Ibn Kathir
3
Imam Abu Amr
4
Imam Ibn Aamir
5
Imam ‘Aasim
6
Imam Hamzah
7
Imam Al-Kisaie
8
Imam Abu Jaafar
9
Imam Ya’qub
10
Imam Khalad
Qalun Warsy Al-Bazzi Qunbul Ad-Duriy As-Susi Hisham Ibn Zakuan Syu’bah Hafs Khalaf Khallad Abu Al-Harith Ad-Duriy Ibn Wardan Ibn Jammaz Ruuh Ruwais Ishaq Idris
Jadual 2.1. Senarai imam-imam qurra’ dan perawi-perawinya
Jadual 2.1 menunjukkan senarai imam-imam qurra’ yang sepuluh. Daripada jadual itu imam Nafi’ adalah pada kedudukan pertama dan yang terakhir ialah imam Khallad. Imam ‘Aasim ialah pada kedudukan kelima. Namun demikian qiraat ‘Aasim adalah yang paling popular. Lebih 60% penduduk dunia membaca qiraat ‘Aasim. Al-Quran yang bertulisan Rasm Uthmani boleh digunakan untuk membaca kesemua qiraat.
3.0
TOPIK-TOPIK PENGAJIAN QIRAAT
Pengajian qiraat memerlukan kekuatan mental. Pemikiran yangtinggi juga diperlukan. Banyak yang perlu dipelajari, diingat dan dihafal. Usul qiraat menyenaraikan topik-topik yang berikut : 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 3.13 3.14 3.15 3.16 3.17 3.18
Lafaz berkaitan huruf sod Idgham kabir Ha kinayah Mad dan qasar Dua hamzah dalam satu kalimah Dua hamzah dalam dua kalimah Hamzah mufrad Naql hamzah pada huruf sebelumnya Saktah sebelum hamzah Idham soghir Idgham mutaqorabain Nun yang mati atau tanwin Fatah dan imalah huruf-huruf ro’ Huruf-huruf lam Raum dan isymam Ya’idhofah Tambahan huruf ya’ pada kalimah Ifrad dan jama’ pada bacaan
Banyak lagi sebenarnya yang dipelajari tetapi tidak dapat disenaraikan secara terperinci lagi. Antaranya ialah hal-hal yang berkaitan dengan taghliz, taqlil dan lain-lain yang berkaitan.
4.0
KURSUS QIRAAT: PENGALAMAN DI UIAM 4.1
Responden Kebanyakan responden yang mengikuti kursus Qiraat di UIAM terdiri dari orang dewasa. Lebih khusus lagi mereka adalah orang-orang yang bekerja atau yang telah bersara. Walau bagaimanapun terdapat juga sebilangan pelajar yang mengikjutinya. Jadual 4.1 menunjukkan bahawa responden lelaki adalah seramai 13 orang iaitu 59.10%. responden wanita pula seramai 9 orang atau 40.90%. % Wanita % Lelaki Jantina 13 59.10 9 40.90 Jumlah 13 59.10 9 40.90 Jadual 4.1: Taburan responden dari segi jantina
4.2
Usia responden
Umur 20-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51 ke atas Jumlah
Lelaki
%
Wanita
%
Jumlah
%
4 3 1 5 13
18.20 13.60 4.50 22.70 59.10
3 2 0 4 9
13.60 9.10 0.00 18.20 40.90
7 5 1 9 22
31.80 22.70 4.50 40.90 100.00
Jadual 4.2: Taburan responden dari segi usia
Jadual 4.2 memberikan gambaran tentang kelompok usia responden. 9 daripada responden atau 40.90% adalah mereka yang berusia melebihi 50 tahun. Kelompok usia paling muda adalah seramai 7 orang (31.80%).
4.3
Peringkat kelayakan akademik responden
Kelayakan Sarjana Sarjana Muda Diploma STP/STAM Matrikulasi SPM/MCE Lain-lain Jumlah
Lelaki
%
Wanita
%
Jumlah
%
3 2 3 1 0 3 1 13
13.60 9.10 13.60 4.50 0.00 13.60 4.50 59.10
0 4 1 1 2 0 1 9
0.00 18.20 4.50 4.50 9.10 0.00 4.50 40.90
3 6 4 2 2 3 2 22
13.60 27.30 18.20 9.10 9.10 13.60 9.10 100.00
Jadual 4.3: Taburan responden dari segi kelayakan akademik Jadual 4.3 menunjukkan ramai antara perserta memiliki pendidikan peringkat pengajian tinggi. 13 orang atau 59.10% memiliki diploma, sarjana muda dan sarjana. Kelayakan akademik paling rendah tidak dinyatakan responden.
4.4
Pekerjaan/bidang pekerjaan responden
Pekerjaan/Bidang
Lelaki
%
Wanita
%
Jumlah
%
4 3 2 0 1 0 1 0 1 1 13
18.20 13.60 9.10 0.00 4.50 0.00 4.50 0.00 4.50 4.50 59.10
2 3 0 2 0 1 0 1 0 0 9
9.20 13.60 0.00 9.10 0.00 4.50 0.00 4.50 0.00 0.00 40.90
6 6 2 2 1 1 1 1 1 1 22
27.30 27.30 9.10 9.10 4.50 4.50 4.50 4.50 4.50 4.50 100.00
Pelajar Pesara Guru Suri Rumah Guru Agama Eksekutif Jururunding IT Editor CEO Syarikat Pegawai Tentera Jumlah
Jadual 4.4: Status responden dari segi jawatan disandang
Jadual 4.4 menunjukkan bahawa 16 orang atau 72.70% responden adalah mereka yang sedang bekerja dan yang sudah bersara. Jumlah pesara adalah seramai 6 orang atau 27.30%. Agak menarik daripada 16 orang responden hanya seorang sahaja adalah guru agama. Yang lain memegang berbagai jawatan seperti eksekutif, jururunding IT, editor, CEO dan pegawai tentera. Ini menunjukkan bahawa pengajian qiraat juga menjadi tarikan kepada mereka yang bukan dari bidang agama.
4.5
Negeri tempat tinggal responden
Negeri Selangor Pahang Wilayah Persekutuan Johor Kedah Perak Perlis Jumlah
Lelaki
%
Wanita
%
Jumlah
%
5 2 1
22.70 9.10 4.50
4 2 2
18.20 9.10 9.10
9 4 3
40.90 18.20 13.60
1 2 1 0 13
4.50 9.10 4.50 0.00 59.10
1 0 0 1 9
4.50 0.00 0.00 4.50 40.90
2 2 1 1 22
9.10 9.10 4.50 4.50 100.00
Jadual 4.5: Taburan responden dari segi negeri kediaman
Terdapat 12 orang responden atau 54.50% yang datangnya dari Selangor dan Wilayah Persekutuan. Yang lain datang dari Pahang (18.20%), Johor (9.10%), Kedah (9.10%) dan Perlis (4.5%). (Jadual 4.5).
4.6
Jarak perjalanan perserta
Jarak Perjalanan (km) Kurang 50 51 hingga 100 101 hingga 150 151 hingga 200 201 hingga 250 251 hingga 300 Lebih 300 Jumlah
Lelaki % 7 1 1 1 0 0 3 13
31.80 4.50 4.50 4.50 0.00 0.00 13.60 59.10
Wanita % 7 1 1 0 0 0 0 9
31.80 4.50 4.50 0.00 0.00 0.00 0.00 40.90
Jumlah % 14 2 2 1 0 0 3 22
63.60 9.10 9.10 4.50 0.00 0.00 13.60 100.00
Jadual 4.6. Taburan responden dari segi jarak perjalanan
16 orang responden (72.70%) datang dalam lingkungan 100 kilometer dari UIAM. Namun demikian 6 daripada responden datang dari jauh yang jaraknya hingga melebihi 300 kilometer. (Jadual 4.6).
4.7
Mod pengangkutan responden
Mod Pengangkutan Kereta sendiri Bas ekspress Berjalan kaki Teksi Jumlah
Lelaki
%
Wanita
%
Jumlah
%
9 2 2 0 13
40.90 9.10 9.10 0.00 59.10
6 0 2 1 9
27.30 0.00 9.10 4.50 40.90
15 2 4 1 22
68.20 9.10 18.20 4.50 100.00
Jadual 4.7: Mod pengangkutan responden Walaupun ramai responden yang tinggal dalam lingkungan 100 kilometer memandu kereta sendiri tetapi sebenarnya ramai juga mereka yang datang dari luar UIAM adalah memandu sendiri. Selain daripada itu terdapat 2 orang responden (9.10%) datang dengan menaiki bas ekspress seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.7.
4.7
Objektif pembelajaran responden
Bil
Respon
1 2
Berminat mendalami al-Quran Mengetahui cara-cara bacaan dari imam qiraat selain qiraat Hafs Mendalami ilmu agama dari al-Quran Menyempurnakan fardhu kifayah Untuk mengetahui nilai sebenar qiraat Memartabatkan ilmu qiraat Untuk memantapkan lagi bacaan al-Quran Untuk menyebarkan ilmu al-Quran Mencari ilmu yang diredhai Allah Untuk mengaplikaasi IT dalam pembelajaran qiraat Untuk mendapat keberkatan Allah Untuk menyedarkan masyarakat Menguasai bidang yang jarang dikuasai oleh orang awam Untuk mendalami ilmu tafsir Jumlah
3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Kekerapan
%
12 11
26.10 23.90
5 3 3 2 2 2 1 1 1 1 1 1 46
10.90 6.50 6.50 4.30 4.30 4.30 2.20 2.20 2.20 2.20 2.20 2.20 100.00
Jadual 4.8 : Objektif responden mempelajari qiraat
Terdapat sebanyak 46 respon seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.8. Respon yang paling tinggi kekerapannya ialah responden ingin mendalami al-Quran (26.10%). Terdapat pula 23.90% responden yang mempelajari qiraat kerana minat mereka untuk mengetahui lainlain qiraat selain Hafs. Selain daripada itu banyak fokus responden mengenai pembelajaran qiraat selain yang disebut di atas.
4.9
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan pada persepsi pelajar
Bil
Respon
1 2 3
Perbincangan dan pembentangan Bertalaqi secara individu Guru mendengar bacaan responden dan membetulkan kesilapan Guru membaca secara jama’ dan diikuti oleh responden mengikut kaedah di Mesir Membaca usul qiraat Ujian bertulis dan hafazan Guru membuat tunjuk cara Talaqi secara beramai-ramai Kerja kumpulan Soal jawab Jumlah
4 5 6 7 8 9 10
Kekerapan
%
11 9 7
21.60 17.60 13.70
7
13.70
7 4 2 2 1 1 51
13.70 7.80 3.90 3.90 2.00 2.00 100.00
Jadual 4.9: Teknik pengajaran dan pebelajaran yang diguna
Jadual 4.9 adalah respon daripada responden berdasarkan persepsi mereka. Mereka mendapati bahawa kaedah yang paling kerap digunakan ialah perbincangan dan pembentangan mengenai topik-topik qiraat (21 ;60%). Responden juga positif mengenai proses talaqi (17.60%), pembetulan dalam pembacaan (13.70%), membaca secara jama’ (13.70) dan membaca usul qiraat (13.70%).
4.10
Kebaikan teknik yang digunakan mengikut persepsi responden
Bil
Respon
1 2 3 4 5 6 7
Memudahkan kefahaman Meningkatkan kefahaman Kesilapan bacaan dibetulkan semasa bertalaqi Berkesan Mengetahui sanad bacaan hingga Rasulullah SAW Memudahkan pelaksanaan amali bacaan Pembentangan dalam kelas memantapkan kefahaman mengenai qiraat Ujian syafawi menggalakkan hafazan Ujian tulisan menggalakkan pembelajaran Boleh diikuti Meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar Mudah diadaptasi Sama kaedahnya seperti di Mesir Sesama ahli kumpulan membantu membetulkan kesalahan Mengetahui usul qiraat setiap imam Mengetahui bacaan secara jama’ Rujukan membantu Jumlah
8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Kekerapan
%
7 4 4 3 2 2 1
21.20 12.10 12.10 9.10 6.10 6.10 3.00
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 33
3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 100.00
Jadual 4.10. Respon mengenai kebaikan mempelajari qiraat
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas memberikan impak kepada pelajar. 21.20% responden berpendapat bahawa teknik-teknik yang digunakan memudahkan kefahaman mereka. 12.10% mengatakan tekniknya meningkatkan kefahaman. 12.20% juga mengatakan kesilapan semasa membaca dapat dibetulkan sertamerta.
4.11
Faedah mempelajari qiraat
Bil
Respon
1 2 3 4 5 6 7
Mengetahui pelbagai wajah qiraat Menambahkan kefahaman ilmu tajwid Meningkatkan mutu bacaan Menambahkan keyakinan membaca qiraat lain Mengetahui cara bacaan qiraat yang betul Membantu menguasai bacaan riwayat Hafs ‘an ‘Aasim Lebih yakin melaksanaan bacaan mengikut Rasm Uthmani Mengetahui usul qiraat setiap imam Dapat mengenalpasti kesalahan bacaan Melaksanakan bacaan qiraat dalam solat Mempelajari qiraat lain selain daripada Hafs ‘an ‘Aasim Boleh melaksanakan qiraat mengikut kemampuan diri sendiri Kefahaman tentang farasy bacaan Jumlah
8 9 10 11 12 13
Kekerapan
%
9 6 5 3 3 2 2
24.30 16.20 13.50 8.10 8.10 5.40 5.40
2 1 1 1 1
5.40 2.70 2.70 2.70 2.70
1 37
2.70 100.00
Jadual 4.11. Taburan respon mengenai faedah mempelajari qiraat
Jadual 4.11 menunjukkan bahawa 24.30% responden positif kerana mereka dapat mempelajari pelbagai qiraat. Selain daripada itu penglibatan mereka menambahbaik kemahiran mereka tentang al-Quran khususnya qiraat.
4.12
Masalah yang dihadapi berkaitan pengajian qiraat
Bil
Respon
1 2
Kurang rujukan mengenai qiraat dalam Bahasa Melayu Kurang penguasaan bahasa Arab menyukarkan membuat rujukan Masa belajar tidak mencukupi Perlukan masa yang lama untuk membaca qiraat dengan betul Masyarakat tidak peka tentang ilmu qiraat Perlukan masa yang lama untuk memahami cara bacaan qiraat Perlukan guru tuisyen talaqi Banyak gangguan kerja dan rutin harian Kurang guru yang berkelayakan mengajar qiraat Jumlah
3 4 5 6 7 8 9
Kekerapan
%
6 5
27.30 22.70
4 2
18.20 9.10
1 1
4.50 4.50
1 1 1 22
4.50 4.50 4.50 100.00
Jadual 4.12. Taburan respon mengenai permasalahan pembelajaran qiraat
Jadual 4.12 menghuraikan masalah paling besar dalam mempelajari qiraat ialah kurangnya buku rujukan dalam bahasa Melayu (27.30%). Masalah besar yang kedua ialah mengenai penguasaan bahasa Arab yang terlalu rendah (22.70%). Ada juga yang mengatakan bahwa masa untuk mempelajari qiraat tidka mencukupi (18.20%).
4.13
Cadangan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran qiraat
Bil
Respon
1 2 3
Tambahkan masa belajar Banyakkan ulangkaji kendiri Qiraat perlu dimulakan dari awal dengan memasukkannya dalam silibus sekolah Catatan dari pengajaran dan pembelajaran dibukukan untuk rujukan Adakan gerakkerja berkumpulan Banyak mendengar MP3 mengenai bacaan qiraat Selalu bermusyafahah dengan guru Kembangkan teknik mengingat uslul dan farasy huruf Bantu membantu antara guru dan responden dalam pengajarand an pembelajaran Banyakkan rujukan dalam bahasa Melayu Pelajari qiraat berperingkat-peringkat Setiap qiraat diajar secara berasingan supaya lebih mantap Membaca jama’ bila sudah mantap Perluaskan pendedahan mengenai qiraat Jumlah
4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Kekerapan
%
4 2 1
22.22 11.11 5.55
1
5.55
1 1 1 1 1
5.55 5.55 5.55 5.55 5.55
1 1 1
5.55 5.55 5.55
1 1 18
5.55 5.55 100.00
Jadual 4.13. Taburan cadangan responden
Jadual 4.13 menunjukkan responden memberikan banyak cadangan mengikut situasi mereka masing-masing. Terdapat 22.22% responden mencadangkan agar pengajian qiraat ini dipanjangkan masanya.
5.0
ANDRAGOGI
Orang dewasa tidak perlukan gesaan dan desakan untuk belajar. Segala-galanya perlu diatur dengan sengaja. Banyak usaha dan rangsangan datangnya dari dalam diri. Secara lumrahnya orang dewasa yang belajar bukan kerana disuruharah. Apabila mereka menetapkan hati untuk belajar bermakna mereka mendapat dorongan dari dalam. Pengalaman memainkan peranan dalam proses orang dewasa untuk bersekolah semula. Pada akhir proses sesuatu pembelajaran orang dewasa inginkan nilai tambah sama ada dari segi kemahiran ataupun teori.
6.0
SUATU HARAPAN
Bagi mereka yang mempelajari qiraat mereka mendapat kemanisan ilmu. Qiraat bukan sahaja membuka dimensi baru dalam mempelajari al-Quran malah memantapkan lagi kemahiran alQuran yang sedia ada. Banyak harapan untuk masa hadapan bidang qiraat. Jika ada usaha untuk menyebarluaskannya tentu qiraat akan mendapat tempat di hati penggemar-penggemar al-Quran secara khusus dan kepada semua umat Islam pada umumnya. Adalah dicadangkan bahawa qiraat perlu dipelajari sejak dari kecil lagi. Memasukkannya dalam silibus sekolah (rendah dan menengah) akan membuka ruang baru dalam pengajian qiraat. Penggemblingan pakar-pakar qiraat diperlukan untuk memperbanyakkan rujukan mengenai qiraat dalam bahasa Melayu. Selain daripada itu media elektronik perlu memainkan peranannya dalam memperkembangkan pengajian qiraat kepada khalayak umum. Aspek mengenai bahasa Arab pula tidak boleh diabaikan. Pengajian qiraat memerlukan penguasaan bahasa Arab. Oleh itu pembelajaran mengenai bahasa Arab perlu digandakan supaya lebih ramai orang yang menguasainya.
RUJUKAN
Abu Mardhiyah (2010). Panduan Penulisan Al-Quran (Rasm Othmani) Riwayat Hafs ‘An ‘Aasim. Gombak : Al-jenderaki Enterprise. Abu Mardhiyah (2007). Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aasim – Riwayat Hafs Toriq Al-Syatibi. Gombak : Al-jenderaki Enterprise. Mohd. Azhar Abdul Hamid et.al. (2004). Andragogi – Mengajar Orang Dewasa Belajar. Bentong : PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd. Mohd Rahim Jusoh (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat. Batu Caves : Mahsuri Timur Sdn. Bhd.