IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
Maruwiah Ahmat
24/06/2013
IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN
PENDAHULUAN 2
Hasil Pembelajaran
Maruwiah Ahmat
Menerangkan perkembangan tamadun Islam zaman: Nabi Muhammad SAW
Kandungan
Perkembangan Peradaban Islam 2.1 Peradaban Islam di Zaman Awal Islam
2.
1
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM
2.1
2.2
2.3
• Peradaban Islam di zaman awal Islam
• Zaman Bani Umayyah dan Abbasiyyah • Zaman Kerajaan Mamluk dan Uthmaniyyah
PENDAHULUAN 4
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 M apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.
Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.
Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia.
Maruwiah Ahmat
2
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
PENDAHULUAN 5
Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negerinegeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 M, banyak kawasankawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang pada 1924.
PENDAHULUAN 6
Zaman Kecemerlangan Zaman kerajaan Bani Umayyah, Abbasiyah, Mamluk dan Uthmaniyah
Zaman Perkembangan Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin
Zaman Awal Zaman Nabi Muhammad
Maruwiah Ahmat
Zaman Kejatuhan
3
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
PENDAHULUAN 7
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM 8
Sistem pemerintahan Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur/sistem pemerintahan yang kukuh. Dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah. Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam - faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Sistem politik berkabilah - primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah – Sheikh, adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah.
Maruwiah Ahmat
4
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM 9
Sosial Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat Arab Hadhari dan Arab Badwi Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh mewarisi harta dan boleh dijual beli atau dijadikan hamba seks). Menanam hidup-hidup bayi perempuan. Mengamalkan budaya tilik nasib Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian dan sastera seperti sajak, puisi dan pidato. Sikap positif: menghormati tetamu dan menepati janji
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM 10
Ekonomi Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab. Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman. Mengusahakan pertanian dan juga perdagangan sebagai sumber ekonomi sehingga ke negeri Syam dan Yaman. Barang dagangan terdiri daripada buah-buahan binatang ternakan, pakaian, hamba, patung berhala, rempah dan emas.
Maruwiah Ahmat
5
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM 11
Kepercayaan Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka. Agama - Menyembah berhala dan kepercayaan lain Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Latta, Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH 12
Zaman
Nabi Muhammad SAW merupakan asas kepada ajaran dan tamadun Islam. Zaman Nabi Muhammad dan zaman Khulafa’ al-Rashidin menjadi model tamadun Islam. Tamadun Islam telah berkembang pada zaman Khulafa’ al-Rashidin walaupun bukan berbentuk material. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan prinsip asas yang lengkap untuk diikuti oleh umatnya melalui Al-Quran dan Sunnah.
Maruwiah Ahmat
6
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH 13
BIODATA NABI MUHAMMAD SAW Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Baginda lahir dalam kalangan bani Hasyim dari Arab Quraisy. Bapanya bernama Abdullah ibn Abdul Mutalib dan ibunya Aminah bint Abdul Wahhab (dari suku Zuhrah). Bapanya meninggal dunia ketika berusia 25 tahun semasa dalam perjalanan dari Syam ke Mekah. Ibunya meninggal dunia di Abwak ketika Nabi berusia 6 tahun.
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH 14
Maruwiah Ahmat
Setelah ibunya meninggal dunia baginda dijaga oleh datuknya Abdul Mutalib. Nabi Muhammad SAW pernah disusukan oleh Suwaibah al-Aslamiyah (hamba Abu Lahab) dan Halimah al-Sakdiyah. Baginda dijaga didesa oleh Halimah sehingga berusia lima tahun. Setelah peristiwa pembedahan dada Nabi, baginda dipulangkan ke Mekah.
7
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH 15
Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika umur baginda 25 tahun. Baginda dikurniakan 7 orang anak; 4 perempuan dan 3 lelaki, semua anak lelaki meninggal waktu kecil. Pekerjaan baginda ialah mengembala kambing dan kemudian berniaga di Syam dan di pasarpasar sekitar Mekah. Baginda pernah digelar al-Amin ketika berjaya menyelesaikan perbalahan antara suku kaum di Mekah tentang perletakan semula Hajar al-Aswad.
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH 16
Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu Nabi Muhammad SAW gemar berkhalwat di Gua Hira’ terutama semasa bulan Ramadhan. Baginda menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan – Surah al-Alaq, ayat 1-5 yang meminta baginda mengenal tuhannya. Surah yang kedua dialah Surah al-Mudaththir, ayat 1-4, yang secara rasminya menyeru agar baginda berdakwah – bangunlah, berikan peringatan.
Maruwiah Ahmat
8
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW 17
Akhlak
Akidah AQIDAH
AKHLAK
Mengubah kepercayaan kepada konsep kesaan kepada Tuhan
Menggalakkan amalan nilai murni – tolong-menolong, hormat-menghormati
Membasmi amalan khurafat
Menentang sikap fanatik kepada suku kaum
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW 18
Mekah (610 -622 Masihi)
Maruwiah Ahmat
HIJRAH
Madinah (622-632 Masihi)
9
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW 19
Mekah • 13 tahun • Tujuan dakwah- Mengesakan Allah SWT • Bidang dakwah- Akidah dan Akhlak
Madinah • 10 tahun • Tujuan dakwah – Mengesakan Allah dan mengembangkan ajaran Islam • Bidang dakwah – merangkumi semua aspek kehidupan
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW 20
Hijrah berlaku pada 622 Masihi Nabi Muhammad SAW berumur 53 tahun. Sahabat yang mengiringi baginda ialah Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Tugas pertama ialah mendirikan masjid. Masjid berperanan sebagai tempat ibadah dan penyebaran agama Islam.
Maruwiah Ahmat
10
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW 21
Jemputan dari masyarakat Arab Yathrib/Madinah
Untuk meluaskan penyebaran Islam
Setelah melihat umat Islam ditekan dan dipulau oleh masyarakat Arab Mekah
Selepas berlakunya perjanjian Aqabah
Setelah mendapat wahyu dari Allah SWT
HIKMAH HIJRAH 22
Maruwiah Ahmat
Hijrah adalah sebuah tonggak sejarah besar dalam perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW. Hijrah adalah peristiwa yang sangat menentukan bagi kejayaan Nabi Muhammad SAW mengembang risalah dalam rangka mengeluarkan manusia dari beraneka kegelapan menuju cahaya kebenaran. Sebelum peristiwa Hijrah terjadi, Nabi Muhammad SAW telah berusaha sekuat tenaga untuk mengajak manusia ke jalan Tuhan. Akan tetapi, usaha beliau kurang membuahkan hasil ketika di Makkah kerana masyarakat di situ mempertahankan agama mereka atas faktor tertentu.
11
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
HIKMAH HIJRAH 23
Sebab Dakwah
Kuasa dan pengaruh Iri hati
Persamaan taraf
ditentang di Mekah Takut mati
Sumber ekonomi
HIKMAH HIJRAH 24
Hikmah Hijrah 1. Kegagalan tidak mesti menjadikan seseorang berputus asa dalam berjuang mencapai maksud dan tujuan yang telah ditetapkan. Jika manusia mengalami kegagalan di suatu tempat, di sebuh metod dan cara, maka hendaklah dia mencari tempat, cara atau metod baharu dalam mencapai kejayaan. 2. Dakwah di Makkah dilaksanakan secara personal, peribadi, pintu ke pintu dan tidak didukung oleh kekuatan politik. Di samping itu, memang Makkah bukanlah tempat yang sesuai untuk berdakwah kerana percaturan politik yang begitu tinggi. Dakwah selalu menerima tekanan politik.
Maruwiah Ahmat
12
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
HIKMAH HIJRAH 25
3. Nabi diperintahkan hijrah oleh Allah SWT dan meninggalkan Makkah untuk mencari tempat yang lebih aman dan sihat untuk memulakan sesuatu yang baik. 4. Tiga tahun sebelum hijrah, Nabi Muhammad SAW dilanda kesedihan yang amat berat sehingga tahun itu disebut tahun duka cita (‘amul huzni). Dua orang yang paling baginda cintai meninggal dunia, iaitu isteri baginda, Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib.
ISLAM DI MADINAH 26
Sosial
Politik
Mempersaudara kan kaum Muhajirin dan Pentadbiran Ansar negara di masjid Mengembalikan hak dan Melaksanakan kedudukan konsep syura wanita dan kanak-kanak Melantik pemimpin dalam Memberi pelbagai jaminan bidang keamanan pentadbiran kepada semua rakyat
Maruwiah Ahmat
Ekonomi Memperkasa strategi untuk meningkatkan ekonomi: • Mewujudkan baitulmal • Mengenakan cukai untuk tujuan pelbagai Membasmi amalan perniagaan Yahudi penipuan dan penindasan
Organisasi Perjuangan Pejuang dari kalangan rakyat- secara sukarela Nabi Muhammad – Panglima tentera Menyusun pelbagai strategi untuk mempertahankan keamanan Madinah
Dakwah
Menggunakan pendekatan secara lembut atau hikmah. Tidak memaksa dalam berdakwah
13
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
ISLAM DI MADINAH 27
Nabi Muhammad SAW dalam merangka Piagam Madinah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Langkah yang diambil oleh baginda dalam membentuk Piagam Madinah. Langkah pertama Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat baginda menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran. Langkah kedua Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. Langkah ketiga Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
ISLAM DI MADINAH 28
Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
Maruwiah Ahmat
23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
14
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
ISLAM DI MADINAH 29
KANDUNGAN PERJANJIAN Penerimaan ajaran Islam oleh kaum Ansar di Madinah (puak Aus dan Khazraj) di peringkat awal kedatangan Nabi Muhammad dan para sahabat baginda ke Madinah. Perjanjian kebebasan yang diwujudkan oleh Nabi Muhammad -Setiap manusia yang hidup dijamin hak asasi mrk Perjanjian keadilan dan keamanan – jenayah diharamkan, menghalang penceroboh/perampas Persefahaman dalam kalangan penduduk - Yahudi dan Muslim adalah warganegara Madinah. - Memberikan peluang kepada orang Yahudi/bukan Islam menyumbang idea/pendapat/tenaga kerja/penglibatan dalam organisasi/aktiviti ekonomi Madinah. Sistem organisasi yang amat kukuh berlandaskan prinsip Syura
ISLAM DI MADINAH 30
Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah: Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda. Perpaduan- Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah. Kebebasan - Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing. Kerjasama- Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah. Keamanan- Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut.
Maruwiah Ahmat
15
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD 31
Perkara
Huraian
Keturunan
Bani Quraisy ialah keturunan Nabi Ibrahim
Gelaran / Keperibadian
al-Amin pada usia remaja – oleh masyarakat Mekah Salah seorang Nabi Ulul al-Azmi Seorang yang zuhud
Dilantik menjadi Rasul
Ketika berusia 40 tahun
Perkahwinan
Pada usia 25 tahun dengan Saidatina Khadijah (usahawan terkenal) yang berusia 40 tahun Berlangsung selama 20 (kerana Saidatina Khadijah wafat)
Pekerjaan yang dilakukan
Pengembala kambing Ahli perniagaan
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD 32
Perkara
Huraian
Pemimpin keluarga
Bersifat penyayang dan pemurah, bertimbang rasa, ringan tulang – membantu kerja-kerja rumah
Perkara
Sangat dihormati dan disayangi termasuk bapa saudaranya Abu Talib (yang tidak sempat memeluk Islam) Huraian
Pemimpin masyarakat
Mewujudkan kemesraan tidak kira masyarakat muslim atau bukan muslim dengan akhlaknya Konsep persamaan taraf sesama manusia. Antara strategi yang dilakukan untuk menghapuskan konsep perhambaan : - membeli hamba - melaksanakan konsep kaffarah Menjadi pendamai bagi puak yang bertelagah contoh peristiwa: meletakkan batu Hajr al-Aswad.
Maruwiah Ahmat
16
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD 33
Perkara
Sistem kepimpinan- sebagai Ketua Negara
Strategi dalam mewujudkan hubungan antarabangsa
Huraian Berdasarkan wahyu Allah SWT Konsep Syura (dengan beberapa proses perbincangan dan permuafakatan) sama ada dalam sistem organisasi negara atau sistem pertahanan negara. Melaksanakan dasar turun padang sebagai contoh teladan kepada masyarakat. Memberikan jaminan hak asasi kepada rakyat Membebaskan negara dari penjajahan Rom dan Parsi Menjalinkan hubungan diplomatik - menghantar perwakilan ke negara luar seperti Mesir, Parsi dan Byzantine.
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD 34
Perkara
Huraian Menjadi Panglima Angkatan Tentera. Menjadikan matlamat peperangan untuk mempertahankan agama Islam.
Akhlak di Medan Perang
Membalas serangan daripada pihak musuh Melarang keras membunuh/memerangi kanakkanak, wanita dan orang tua. Lebih banyak mengadakan jalan diplomasi/perdamaian Tidak menceroboh pihak lawan Membahagikan harta rampasan perang dengan adil
Maruwiah Ahmat
17
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
PERUBAHAN OLEH NABI MUHAMMAD 35
Sosial Mengubah masyarakat yang sering berbalah kepada aman dengan konsep persaudaraan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mewujudkan institusi masjid. Kedudukan wanita diperbaiki. Menyusun pelbagai aktiviti harian. Mengurangkan penggunaan hamba. Memeterai perjanjian dengan mana-mana pihak berbalah seperti Yahudi untuk memastikan keamanan Madinah dan kawasan sekitar.
PERUBAHAN OLEH NABI MUHAMMAD 36
Politik Madinah sebagai ibu negeri. Masjid Nabi menjadi pusat pentadbiran negara Islam Madinah. Membentuk Piagam Madinah Melantik sahabat sebagai gabenor, pemungut cukai dan hakim bagi melicinkan pentadbiran. Pembahagian wilayah: Yaman, Uman, Najran, Bahrayan, dan Hadramaut. Mengasaskan sistem syura.
Maruwiah Ahmat
18
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
PERUBAHAN OLEH NABI MUHAMMAD 37
Ekonomi Memperkenalkan dasar percukaian Islam- zakat, jizyah, kharaj, fai’, usyur dan ghanimah. Menghapuskan amalan riba. Ukuran kewangan menggunakan mata wang dinar dan dirham. Menentukan setiap unit mata wang yang digunakan mesti mengikut nilaian semasa. Mewajibkan penimbangan yang tepat. Mewujudkan pasar bebas individu dan pasar kawalan kerajaan. Menubuhkan Baitul Mal dengan setiausaha pertama bernama Hanzalah.
PERUBAHAN OLEH NABI MUHAMMAD 38
Pendidikan Menjadikan masjid pusat pendidikan. Nabi Muhammad SAW sendiri bertindak sebagai guru. Menghantar guru-guru ke seluruh kawasan Islam untuk mengajar. Ilmu paling utama ialah memahami Al-Quran. Madinah mempunyai 9 buah masjid pada masa itu yang turut berperanan sebagai sekolah.
Maruwiah Ahmat
19
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN
24/06/2013
AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD 39
Berlaku di Mekkah ketika baginda kembali dari menunaikan haji (Hajjat al-Wida’) pada tahun ke10 Hijrah/632 M. Isi amanat: Semua
umat manusia adalah dari nabi Adam. Semua manusia adalah sama kecuali taqwanya. Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kitab Allah dan Sunnah rasul-nya.
Aktiviti Bab 2 (i) 40
Berikan contoh tingkah laku atau tindakan Nabi Muhammad SAW dalam perkara-perkara berikut: Masyarakat – persaudaraan Pemimpin tentera – tolak ansur Ketua negara – keadilan Pemimpin agama – silaturrahim Hubungan antarabangsa - diplomatik
Maruwiah Ahmat
20