IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
Maruwiah Ahmat
07/07/2013
IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN
PENDAHULUAN 2
Hasil Pembelajaran
Maruwiah Ahmat
Menerangan pencapaian dan kecemerlangan peradaban Islam pada zaman Umayyah Andalus dan Abbasiyah.
Kandungan
Zaman Kecemerlangan Peradaban Islam: Umayyah
(Damsyik) (Umar bin Abdul Aziz) Umayyah (Andalus) (al-Hakam)
1
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
PENDAHULUAN 3
Kerajaan-kerajaan Islam Zaman Pertengahan
Bani Umayyah di Damsyik (661M-750M)
Bani Umayyah di Andalus (756M-1031M)
Kerajaan Abbasiyyah (750M–1258M)
Kerajaan Mamluk (1250-1517 M)
Kerajaan Uthmaniyah (1299-1923)
PENDAHULUAN • Selepas berakhir kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin, bermulalah era kerajaan monarki iaitu Kerajaan bani Umayyah yang berpusat di Damsyik. • Kerajaan Islam berbentuk monarki yang kedua selepas Bani Umayyah ialah kerajaan Abbasiyah. • Walau bagaimanapun dalam masa yang hampir sama, kerajaan Bani Umayyah di Andalus turut didirikan sebagai kesinambungan dari Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik. • Bab ini menerangkan mengenai kedua-dua Kerajaan Bani Umayyah tersebut.
Maruwiah Ahmat
2
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 5
Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 661M. Pusat pemerintahan terletak di Damsyik, Syria Bermula zaman kegemilangan ketika zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik hingga Yazid bin Abdul Malik. Kerajaan berakhir pada 750M oleh gerakan Abbasiyyah.
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 6
Para Khalifah Bani Umayyah di Damsyik
Maruwiah Ahmat
Muawiyah I ibni Abu Sufyan, 661680 Yazid I ibni Muawiyah, 680-683 Muawiyah II ibni Yazid, 683-684 Marwan I ibni Hakam, 684-685 Abd al-Malik ibni Marwan, 685-705 al-Walid I ibni Abd al-Malik, 705715 Sulaiman ibni Abd al-Malik, 715717 Umar ibni Abd al-Aziz, 717-720
Yazid II ibni Abd al-Malik, 720724 Hisham ibni Abd al-Malik, 724743 al-Walid II ibni Yazid II, 743744
Yazid III ibni al-Walid, 744
Ibrahim ibni al-Walid, 744
Marwan II ibni Muhammad, 744-750
3
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 7
Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-719 M) Lahir pada 682 M di Helwan, Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Saidina Umar Al-Khatab (dari sebelah ibu). Ibunya adalah Laila bint Asim bin Umar al-Khattab. Pendidikan awal diterima daripada ibunya sendiri. Umar bin Abdul Aziz mendapat pendidikan di Madinah. Madinah merupakan pusat ilmu pengetahuan dan khazanah para ulama hadis dan tafsir pada masa itu.
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 8
Mempunyai keperibadian yang tinggi – amanah, zuhud dan taat kepada Allah dan Rasul. Sebelum menjadi khalifah: pernah dilantik menjadi Gabenor di beberapa wilayah termasuk Madinah, dan menjadi khatib pada zaman Sulaiman ibn Malik ibn Marwan. Beliau menjadi Khalifah setelah Sulaiman menyerahkan jawatan tersebut kepadanya kerana masalah kesihatan. Pada awalnya beliau menolak jawatan tersebut. Umar meninggal dunia pada usia 39 tahun.
Maruwiah Ahmat
4
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 9
Khalifah Umar tidak mempunyai kemewahan dunia. Tidak suka penaklukan dan penumpahan darah. Berusaha menghapuskan ketidakadilan kerajaan Bani Umayyah terutama kepada golongan Mawali. Mengambil harta rampasan perang dari keluarga Bani Umayyah dan diserahkan kepada Baitul Mal. Berusaha mewujudkan kemakmuran dan menjaga kebajikan rakyatnya.
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 10
Maruwiah Ahmat
Mengarahkan semua pegawai patuh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah. Memecat pegawai yang zalim yang tidak mengikuti Al-Quran dan Sunnah; antaranya ialah Usman bin Zaid (gabenor Mesir), Yazid bin Abu Muslim (gabenor Afrika Utara), Saleh bin Abdul Rahman (gabenor Iraq) dan al-Harith bin Abdul Rahman (gabenor Andalusia). Menghapus jawatan pengawal peribadi yang diperkenalkan sejak zaman Muawiyah.
5
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 11
Aspek Sumbangan Umar bin Abdul Aziz Perkembangan ilmu
Sosial
Agama
Pentadbiran
Ekonomi
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 12
Agama Mengumpul hadis-hadis. Umar mengarahkan gabenor-gabenor wilayah dan ulama-ulama terkenal untuk mengumpulkan hadis-hadis di mana sahaja dapat ditemui. Beliau kuatir hadis-hadis akan lenyap dan muncul hadis palsu. Pada waktu itu, hadis-hadis masih tersimpan dalam hafalan para sahabat dan rawi. Menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali bin Abi Talib semasa khutbah Jumaat.
Maruwiah Ahmat
6
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 13
Pentadbiran dan Perluasan Wilayah Umar tidak memberi perhatian untuk membangunkan angkatan tentera yang kuat. Beliau lebih memberi keutamaan dalam urusan negeri iaitu menigkatkan taraf kehidupan rakyat. Bagi Umar, perluasan wilayah tidak semestinya dengan kekuatan tentera, tetapi juga dapat dilaksanakan dengan cara yang berhemah dan bijak. Beliau juga menyampaikan dakwah dengan menulis surat kepada raja-raja dan mengajak mereka memeluk Islam. Islam telah tersebar lebih luas pada zamannya. Beliau juga berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 14
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: "Allah akan mengirimkan seorang mujaddid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun.“
Maruwiah Ahmat
Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya. - Umar ibn Abd al-Aziz
7
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 15
Ekonomi Pendapatan negara diperoleh melalui cukai, zakat, harta pusaka tanpa waris, kharaj, dan ghanimah dari orang kafir. Menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan cukai jizyah terhadap saudara baharu Islam (diganti kharaj). Meletakkan asas – harta milik Allah dan kegunaannya untuk memenuhi keperluan. Menegah orang Arab memiliki tanah di negara-negara yang dibuka. Membelanjakan semua pendapatan negara untuk rakyat dan pembangunan.
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 16
Maruwiah Ahmat
Bagi menyamakan taraf pendapatan dan kedudukan ekonomi rakyat, Umar meningkatkan gaji pegawai dan kakitangan kerajaan serta golongan buruh. Golongan pembayar zakat meningkat dan kemiskinan berjaya dihapuskan. Lebihan wang zakat diberikan sebagai subsidi sosial (pembiayaan perkahwinan bagi yang memerlukan) – kerana pada eranya kekurangan orang miskin yg layak terima zakat. Tidak mementingkan kenaikan pangkat, kedudukan atau kepentingan diri tetapi lebih kepada kebajikan awam.
8
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 17
Sosial Tidak mewujudkan diskriminasi antara orang Arab dan bukan Arab. Memastikan rakyat hidup dalam keadaan baik – memiliki keperluan asas hidup Walaupun masyarakat Islam telah berpecah-belah kepada beberapa puak yang menentang pemerintahan, Kerajaan Bani Umayyah telah mengenal pasti masalah dan cuba menyelesaikannya.
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 18
Maruwiah Ahmat
9
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 19
Golongan Mawali Golongan Khawarij
Golongan Syiah
Golongan Zimmi
GOLONGAN YANG WUJUD ZAMAN BANI UMAYYAH
Golongan Najdiyah
Golongan Hamba
Golongan Azariqah
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 20
Pendidikan
Intelek bukan Islam diambil untuk mengajar orang Islam
Menggalakan ilmu duniawi dan ukhrawi Masjid menjadi pusat ilmu
Mempergiatkan pembelajaran Al-Quran dan Hadis
Maruwiah Ahmat
10
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 21
Kesan perkembangan pendidikan Lahir ilmu tafsir, ilmu Al-Quran, hadis Lahir ilmu geografi, bahasa, sains, algebra, perubatan dlln Lahir imam terkenal; Imam Malik dan Imam Abu Hanifah Damsyik menjadi tumpuan seluruh Tanah Arab Kufah, Basrah dan Damsyik menjadi hub ilmu
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 22
Maruwiah Ahmat
Penentangan terhadap pemerintahan Umar
Golongan Khawarij
Golongan Abbasiyah
• Diketuai Shauzab alShaibar • Tindakan: menghantar surat, dan kemudian apabila enggan menyerang.
• Diketuai Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas • Tindakan: rundingan damai
Pemberontahan Yazid bin Muhallab • Dipecat dari jawatan gabenor Iraq – pemberontakan bersenjata • Yazid ditangkap dan dipenjara
11
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 23
Perluasan wilayah Islam zaman Bani Umayyah.
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 24
Masjid Qubbah As-Sakhrah atau Dome of the Rock di sebelah Masjid al-Aqsa telah dibina pada zaman Khalifah Malik bin Marwan pada 691 M
Maruwiah Ahmat
12
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 25
Masjid Umayyah di Syria
KERAJAAN UMAYYAH DI DAMSYIK 26
Kejatuhan Bani Umayyah Kerajaan Bani Umayyah tewas dalam gerakan Kerajaan Bani Abbasiyyah pada tahun 750 M. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Umayyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Umayyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Umayyah di sana.
Maruwiah Ahmat
13
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 27
Secara geografinya, Andalusia terletak di benua Eropah dan mempunyai keluasannya kira-kira 504,750 km persegi. Kawasan jajahan Andalusia termasuklah Portugal, selatan Perancis hingga Pulau Belearic dan terkecuali daripada bahagian utara yang di bawah taklukan Kristian Leon. Andalusia meliputi sebahagian besar Semenanjung Iberia yang terletak di bahagian selatan. Terdapat 15 wilayah yang bernaung di bawah Andalusia seperti Almeria, Malaga, Cadiz, Huelva, Cordova, Jaen dan Granada termasuk dua buah pulau, iaitu Pulau Belearic dan Pulau Canary.
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 28
Maruwiah Ahmat
14
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 29
Kerajaan Bani Umayyah di Andalus berpusat di Cordova, Andalusia. Pemerintahan di Andalus Era Gabenor (718-731) (Di bawah kerajaan Umayyah di Damsyik) Era Amir (731-912) (Amir-amir Bani Umayyah di Andalus) Era Khalifah (912-1031) (Khalifah-khalifah Bani Umayyah di Andalus) Era Kerajaan-kerajaan Kecil (1031-1492) (Muluk Tawaif, Kerajaan Nasriyah dsb).
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 30
Sejarah Penaklukan Andalusia Penaklukan Andalusia adalah disebabkan pemerintahan yang kejam oleh raja Visigoth yang bernama Raja Roderick. Pemerintahan ketika itu mengancam kesucian wanita di Andalusia, petani dikenakan cukai tanah yang tinggi dan banyak lagi diskriminasi yang tidak berperikemanusiaan.
Gabenor Ceuta, Julian bersama puterinya Florinda yang pernah dinodai oleh Roderick bersama sebahagian besar penduduk Andalusia ketika itu telah berhijrah ke Afrika.
Julian telah meminta pertolongan daripada Musa bin Nusair, Gabenor Afrika untuk memerdekakan Andalusia.
Maruwiah Ahmat
15
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 31
Pada bulan 711 M, Musa bin Nusair memerintahkan Tariq Bin Ziyad pembantu Musa untuk menyerang semenanjung Andalusia dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat Laut Mediterranean dengan menggunakan kapal-kapal pemberian Julian.
Pada 19 Julai 711M, pasukan tentera Islam dan tentera Kristian Andalusia bertempur di muara Sungai Barbate dan tentera Islam menang.
Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah dan Andalus.
Gabenor dilantik untuk mentadbir Andalus.
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 32
Maruwiah Ahmat
16
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 33
Zaman Keemasan Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I) tahun 756M. Zaman pemerintahan khalifah merupakan zaman keemasan terutamanya ketika era pemerintahan Abdul Rahman III (912-961) dan al-Hakam II (961-976). Menguasai hampir keseluruhan semenanjung Iberia. Pemerintahan Bani Umayyah di Andalus berakhir pada tahun 1031M.
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 34
Amir dan Khalifah Bani Umayyah di Andalus Abd ar-Rahman I, 756-788 Hisham I, 788-796 al-Hakam I, 796-822 Abd ar-Rahman II, 822-852 Muhammad I, 852-886 al-Mundhir, 886-888 Abdullah, 888-912
Maruwiah Ahmat
Abd ar-Rahman III, 912-961 Al-Hakam II, 961-976 Hisham II, 976-1008 Mohammad II, 1008-1009 Sulaiman, 1009-1010 Hisham II (kali ke-2),1010-1012 Sulaiman, (kali ke-2), 1012-1017 Abd ar-Rahman IV, 1021-1022 Abd ar-Rahman V, 1022-1023 Muhammad III, 1023-1024 Hisham III, 1027-1031
17
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS
Nama: al-Hakam bin Abdul Rahman an-Nasir Lahir pada tahun 915M dan meninggal dunia pada 976M Khalifah ke-2 Bani Umayyah di Andalus. Bergelar al-Mustansir Billah. Seorang yang bijaksana, adil, cinta ilmu, warak dan seorang penyair.
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS Sumbangan Al-Hakam Seni Bina
Pertahanan
Hubungan Diplomatik
Keilmuan Aspek Sumbangan
Maruwiah Ahmat
18
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS Keilmuan Keilmuan Sifat-sifat
Al-Hakam II minat membaca dan menyelidik. Banyak buku dikumpul sama ada dari dalam Andalus atau luar Andalus. Menghantar orang ke kota besar seperti Damsyik, Baghdad dan Kaherah untuk mendapatkan buku-buku. Membina Perpustakaan Umawi yang dianggap perpustakaan terbesar pada zaman pertengahan (lebih 400,000 buah buku dengan katalog 44 jilid). Terdapat 70 buah perpustakaan lain seluruh Andalus.
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 38
Menggalakkan
penterjemahan buku-buku astronomi, perubatan, dan lain-lain ke Bahasa Arab. Menggaji guru-guru bagi mengajar anak-anak orang miskin. Hampir semua rakyat Alndalus berpendidikan – boleh membaca dan menulis. Terdapat 27 buah sekolah percuma- 3 di Masjid Besar Cordova dan 24 sekitar Cordova. Ramai mengunjungi Cordova terutama golongan ulama untuk menambah dan mendalami ilmu pengetahuan.
Maruwiah Ahmat
19
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS
Muncul ramai sarjana ilmu seperti Al-Zahrawi (Abulcasis) dalam bidang perubatan Menubuhkan Universiti Cordova- universiti terulung dunia zaman tersebut Memberi upah kepada pensyarah universiti dan biasiswa kepada pelajar.
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 40
Pusat Pengajian Terkenal yang lain Seville
Toledo
Malaga
Granada
Maruwiah Ahmat
20
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS Seni Bina Memperluaskan Masjid Besar Cordova dan memasang mosaic.
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 42
Maruwiah Ahmat
Melengkapkan pembinaan Al-Madinah al-Zahra`-pusat pentadbiran baharu kerajaan. Memperbesarkan jalan raya dan membina pasar-pasarmembaiki jambatan besar Qordova. Menerangi jalan-jalan sekitar Qordova dengan lampu pada waktu malam penempatan tersusun.
21
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS Pertahanan Beliau memimpin tenteranya untuk menyerang ngaranegara yang mengingkari perjanjian yang dibuat dengan ayahnya dahulu. Antaranya ialah Navarre, Castile, Leon, Catalonia, Borrel dan Mirron. Menguatkan angkatan laut; Almeria merupakan pangkalan utama Mematahkan serangan dari laut oleh orang Norman (Denmark) pada tahun 966, 970 dan 971M di Mediterranean.
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS 44
Maruwiah Ahmat
Memberi naungan terhadap negeri-negeri Kristian di utara Andalus. Mengalahkan kerajaan Syiah Fatimiyah di utara Maghribi tahun 974M. Mengutus tenteranya ke Maghribi untuk memastikan kekuasaan Umayyah di wilayah tersebut berterusan – kawasan Qahirah mengakui kekhalifahan AlHakam II dan menolak Fatimiyah terutama pemimpin di Zanatah, Maghrawah dan Miknasah.
22
IDA152 ISLAM DAN PERADABAN
07/07/2013
KERAJAAN UMAYYAH DI ANDALUS Hubungan Diplomatik Hubungan yang neutral dengan Abbasiyyah. Khalifah menjadi orang tengah menyelesaikan konflik negeri-negeri Kristian. Utusan dari wilayah Kristian seperti Castille, Barcelona, Salamanca, Kerajaan Byzantine, dan Maharaja Jerman, datang ke Cordoba untuk berdamai dan menghantar utusan/duta- tradisi perutusan sejak zaman nabi Sosial - Kebebasan beragama - agama lain bebas untuk diamalkan – tradisi sejak zaman nabi
Aktiviti 4 46
Mana soalan ni?
Maruwiah Ahmat
23