PELANCARAN KAD DEBIT BARU VISA PAYWAVE HELLO KITTY KIMONO TERMA & SYARAT (“Terma & Syarat”)
Dikemaskini pada 23 Februari 2016
TEMPOH PROMOSI 1. “Pelancaran Kad Debit Baru Visa payWave Hello Kitty Kimono” Hong Leong Bank Berhad (97141-X) (“HLB”) / Hong Leong Islamic Bank Berhad (686191-W) (“HLISB”) [secara kolektif dan kemudian daripada ini disebut sebagai “Bank”] bermula pada 18 Januari 2016 dan berakhir pada 17 Mei 2016, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Promosi”), melainkan diberitahu sebaliknya dan terdiri daripada: (i) Peraduan; dan (ii) Perletakan Deposit [secara kolektif dan kemudian daripada ini disebut “Promosi”]. KELAYAKAN 2. Promosi ini diadakan untuk Akaun Semasa dan Simpanan Bank Konvensional dan Islamik (“CASA/CASA-i”) serta Kad Debit dan kriteria kelayakan untuk penyertaaan adalah seperti berikut: CASA/CASA-i (i) Promosi ini terbuka kepada pelanggan individu Bank warga Malaysia sahaja yang merupakan Pemegang Akaun Utama CASA/CASA-i, tidak termasuk pelanggan Perbankan Peribadi (“Pemegang Akaun”). (ii) Promosi ini TIDAK terbuka kepada pelanggan bukan individu termasuk empunya tunggal, perkongsian dan amalan profesional termasuk syarikat dan badan korporat. (iii) Promosi ini terbuka kepada seluruh Pemegang Akaun baru dan sedia ada bagi akaun-akaun berikut (“Akaun Sertaan”): (a) Akaun Simpanan Asas Hong Leong (b) Akaun Simpanan Hong Leong (c) Akaun Semasa Asas Hong Leong (d) Akaun Semasa Hong Leong (e) Akaun Pay&Save Hong Leong (f) Akaun One Hong Leong (g) Akaun Top Yield Hong Leong (h) Akaun SmartLink Hong Leong (i) Akaun Simpanan Junior Hong Leong (j) Akaun Simpanan Senior Savers Hong Leong (k) Akaun Simpanan Premium Hong Leong (l) Akaun Simpanan Asas-i Hong Leong (m) Akaun Simpanan-i Hong Leong (n) Akaun Semasa One-i Hong Leong (o) Akaun Simpanan Junior-i Hong Leong (p) Akaun Simpanan Multi-tier Hong Leong-i Kad Debit (i) Promosi ini terbuka kepada Pemegang Kad Debit Bank warga Malaysia (“Pemegang Kad”). (ii) Pemegang Kad berikut TIDAK layak menyertai Promosi ini: (a) memiliki Kad Debit Bank yang TIDAK dikeluarkan di Malaysia; (b) memiliki Kad Debit Junior Bank; (c) akaun Kad Debitnya TIDAK berkedudukan baik, tidak aktif, dipautkan kepada CASA/CASA/i yang telah ditutup atau tidak aktif atau melanggar mana-mana Terma &
1
Syarat Bank pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Promosi dan/atau sebelum 17 Ogos 2016; (d) akaun Kad Debitnya dipercayai telah dikendalikan secara penipuan, menyalahi undangundang dan/atau Kad Debitnya tidak sah atau telah dibatalkan menurut takrif Bank pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Promosi dan/atau sebelum 17 Ogos 2016; dan (e) pelanggan Perbankan Peribadi Bank. 3. Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad yang merupakan pekerja Bank sama ada secara tetap atau kontrak, pekerja mana-mana wakil Bank atau ejen (termasuk juruaudit luar, vendor, pembekal, ejen pengiklanan dan ejen peraduan) dan ahli keluarga terdekat masing-masing (contohnya: pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik) TIDAK layak menyertai Peraduan ini. KAEDAH PROMOSI (i) Peraduan 4. Hanya terdapat satu (1) Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi – waran perjalanan untuk percutian ke Tokyo, Jepun untuk dua (2) orang bernilai Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu (RM30,000) (“Hadiah”). 5. Hadiah ini sah untuk dua (2) orang dewasa berumur lapan belas (18) ke atas. 6. Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad secara automatik layak mendapat bilangan Penyertaan Peraduan berdasarkan Kriteria Peraduan berikut yang dipenuhi semasa Tempoh Promosi (“Peserta Layak”). Penyertaan Kriteria Peraduan Peraduan Membuka Akan Sertaan baru* dengan deposit minimum Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000) dan memohon Kad Debit baru Visa 20 payWave Hello Kitty Kimono Hong Leong* Setiap Deposit Tambahan Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000) ke dalam Akaun Sertaan baru dan/atau sedia ada Setiap resit Kad Debit dengan mana-mana Kad Debit Hong Leong
10
Pendaftaran Berjaya Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect; atau E-Penyata
Pemegang Akaun Pay&Save / Pelanggan Kad Kredit / Pinjaman Peribadi / Gadaian Janji / Pinjaman Sewa Beli Kereta baru**
5 Penyertaan Bonus Ekstra (tambahan kepada Penyertaan Peraduan sedia ada yang tersedia bagi setiap Kriteria Peraduan)
*
Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pelanggan individu baru dan/atau sedia ada yang mempunyai Akaun Simpanan Junior/-i Hong Leong, yang mempunyai hanya satu Akaun Simpanan Asas/-i Hong Leong dan/atau hanya satu Akaun Semasa Asas/-i Hong Leong dikekalkan dengan Bank (“Akaun Sertaan Terkecuali”) dikehendaki membuka sebarang Akaun Sertaan selain daripada Akaun Sertaan Terkecuali dan memohon Kad Debit baru Visa payWave Hello Kitty Kimono Hong Leong bagi layak untuk Pernyertaan Peraduan berkenaan. ** Terpakai bagi pelanggan yang baru mendaftar sepanjang Tempoh Promosi sahaja.
7. Untuk tujuan Promosi ini, semua deposit mestilah Dana Baru. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Dana Baru adalah: (a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baru yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain; dan/atau
2
(b) Hasil daripada penebusan ekuiti, dana unit amanah, bon dan/atau Hong Leong Invest Safe yang didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA/CASA-i Bank. 8. “Dana Baru” BUKANLAH: (a) Deposit Tetap (“FD”), Deposit Bertempoh-i (“TD-i”), Akaun Pelaburan Am (“GIA”) yang matang atau pengeluaran pramatang FD, TD-i atau GIA; dan/atau (b) Pindahan antara cawangan di dalam Bank termasuk pindahan pihak ketiga (ke-3). 9. Deposit Tambahan ditakrifkan sebagai Baki Purata Harian (“DAB”) Akaun Sertaan sepanjang Tempoh Promosi, ditolak baki penutup pada 17 Januari 2016. Bagi Akaun Sertaan baru yang dibuka semasa Tempoh Promosi, asas pengiraan untuk mengira Deposit Tambahan ialah Ringgit Malaysia sifar (RM0). (a) Akaun Sertaan Sedia Ada dibuka sebelum 18 Januari 2016 DAB = Hasil tambah baki penutup harian sepanjang Tempoh Promosi 121 hari Deposit Tambahan = DAB – Baki penutup pada 17 Januari 2016 (b) Akaun Sertaan Baru dibuka semasa Tempoh Promosi DAB = Hasil tambah baki penutup harian sepanjang Tempoh Promosi sejak dibuka Bilangan hari Tempoh Promosi sejak dibuka Deposit Tambahan = DAB 10. Resit Kad Debit bagi Promosi ini hendaklah meliputi pembelian dalam talian, pengebilan automatik dan pembelian di luar Negara tetapi tidak termasuk transaksi berikut: (i) Transaksi yang dibayar balik, dipertikaikan, tidak berjaya, dibalikkan, tanpa kebenaran, melibatkan penipuan atau menyalahi undang-undang; (ii) Pembayaran Fi Pengeluaran / Fi Tahunan / Fi Pembaharuan Kad Debit; dan (iii) Apa-apa bentuk lain fi perkhidmatan atau pelbagai (termasuk Caj Penalti) yang dikenakan oleh Bank. 11. Pembelian dalam talian bermaksud transaksi runcit dalam talian yang dibuat dalam Ringgit Malaysia (“RM”) atau mata wang asing. Transaksi runcit dalam talian yang dibuat dengan mata wang selain RM akan ditukar kepada dan dikira dalam RM berdasarkan kadar penukaran yang ditentukan Bank pada masa transaksi. 12. Bank akan menjejaki Penyertaan Peraduan Peserta Layak secara automatik setelah tamat Tempoh Promosi berdasarkan jumlah transaksi menerusi pemenuhan Kriteria Peraduan semasa Tempoh Promosi, yang dicatatkan dan dipaparkan dalam sistem Bank. Borang penyertaan peraduan atau pendaftaran penyertaan tidak diperlukan. 13. Bagi Peserta Layak yang mempunyai berbilang Akaun Sertaan, Penyertaan Peraduan yang diperolehi atas setiap Akaun Sertaan dianggap berasingan dan tidak boleh digabungkan untuk mengira jumlah Penyertaan Peraduan yang diperolehi semasa Tempoh Promosi 14. Bagi Peserta Layak yang mempunyai lebih daripada satu (1) Kad Debit, transaksi Kad Debit atas setiap Kad Debit dianggap berasingan dan tidak boleh dihimpunkan untuk menjumlahkan transaksi Peserta Layak. 15. Akaun Sertaan dan/atau Kad Debit Peserta Layak mestilah kekal dibuka, aktif dan sah dengan baki akaun minimum Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) dari Tempoh Promosi dan sehingga 17 Ogos 2016 untuk tujuan pemenuhan Hadiah. Jika Akaun Sertaan ditutup disebabkan atas apa jua sebab sekalipun pada bila-bila masa dalam Tempoh Promosi dan/atau sebelum 17 Ogos 2016, Peserta Layak akan terlucut kelayakan daripada menerima Hadiah. 16. Lima puluh (50) Peserta Layak akan dipilih secara rambang dan disaring setelah tamatnya Tempoh Promosi untuk tujuan pemilihan pemenang Hadiah (“Peserta Disaring”).
3
17. Peserta Disaring akan dihubungi oleh Bank atau Pengurus Promosi lantikannya, Dynamic Search Sdn. Bhd. (136574V) (“Dynamic Search”) atas dasar usaha terbaik di nombor telefon terkini yang diberi oleh Peserta Disaring sepertimana yang terpapar dalam sistem Bank SEKALI pada bilabila masa dalam waktu pejabat (9:00 pagi hingga 5:00 petang) untuk sesi Soal dan Jawab untuk menjawab dua (2) soalan dengan betul dalam masa yang paling singkat. 18. Jika Peserta Disaring gagal menjawab telefon selepas lima (5) deringan atas apa jua sebab sekalipun, Peserta Disaring dianggap telah terlepas peluang untuk menang dan Bank atau Dynamic Search akan mempunyai hak mutlak untuk memilih seorang lagi Peserta Disaring jika perlu. 19. Peserta Disaring tidak akan dimaklumkan pada masa itu juga sama ada mereka merupakan Pemenang Hadiah setelah tamatnya sesi Soal dan Jawab. 20. Hanya seorang (1) Peserta Disaring yang dapat menjawab paling banyak soalan dengan betul dalam masa yang paling singkat akan diumumkan sebagai Pemenang Hadiah. Jika berlaku seri iaitu lebih daripada seorang (1) Peserta Disaring yang berjaya menjawab paling banyak soalan dengan betul dalam masa paling singkat yang sama, maka Peserta Disaring yang mempunyai Deposit Tambahan tertinggi sepanjang Tempoh Promosi akan diisytiharkan sebagai Pemenang (“Pemenang”). 21. Pemenang akan diberitahu oleh Bank sama ada melalui surat, panggilan telefon, Khidmat Pesanan Ringkas (“SMS”), dengan cara menyiarkan nama Pemenang dalam Laman Web Bank di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”)/ www.hlisb.com.my (“Laman Web HLISB”) atau apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank tidak lewat dari 17 Ogos 2016. 22. Peserta Disaring yang tidak menerima pemberitahuan tersebut daripada Bank selewat-lewatnya 17 Ogos 2016 dianggap BUKAN Pemenang. 23. Pemenang dikehendaki mengambil Hadiah daripada cawangan Bank berkenaan tidak lewat dari 17 September 2016 untuk menebus Hadiah daripada ejen pelancongan Apple Vacations & Conventions Sdn. Bhd (220677-X) (“Apple Vacations & Conventions”) seperti yang ditakrifkan di dalam ini. 24. Pemenang bertanggungjawab untuk memberitahu Bank melalui surat tidak lewat dari 17 September 2016 jika tidak menerima Hadiah, sekiranya gagal berbuat demikian, maka Pemenang akan dianggap telah mendapat dan menerima Hadiah daripada Bank. 25. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, Hadiah hilang atau dicuri. dan Hadiah yang tidak dituntut itu akan dilupuskan selepas 17 September 2016. 26. Pemenang mungkin diminta menghadiri majlis penyampaian hadiah, yang tarikh, waktu dan tempatnya akan diumumkan kemudian oleh Bank. Segala perbelanjaan pengangkutan, penginapan, peribadi dan apa-apa kos lain berkaitan dengan menghadiri majlis penyampaian hadiah mestilah ditanggung oleh Pemenang. 27. Pemenang dengan ini memberi keizinan kepada dan membenarkan Bank untuk mendedahkan nama, nombor telefon dan alamatnya kepada Dynamic Search untuk tujuan pemilihan Pemenang Peraduan. 28. Pemenang juga dengan ini memberi keizinan kepada dan membenarkan Bank untuk mendedahkan nama, Nombor Kad Pengenalan (dalam bentuk terlindung) atau foto dalam media, bahan pemasaran atau pengiklanan untuk tujuan Peraduan. 29. Perkhidmatan SMS bagi Peraduan ini disediakan dan disokong oleh M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D) (“M3Tech”), iaitu vendor SMS yang dilantik secara rasmi oleh Bank. Syarat-syarat berkaitan Hadiah (a) Hadiah ini mestilah ditebus dalam masa satu (1) tahun dari tarikh pengeluaran waran perjalanan iaitu tempoh perjalanan antara 18 Ogos 2016 hingga 17 Ogos 2017.
4
(b) Pemenang mestilah menunjukkan waran perjalanan asal yang disahkan oleh penandatangan yang dibenarkan dan membuat urusan perjalanan dan/atau penempahan sendiri melalui Apple Vacations & Conventions sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh perlepasan, tertakluk kepada ketersediaan. Apabila sahaja urusan dan/atau penempahan selesai dibuat, maka tidaklah dibenarkan membuat apa-apa pertukaran biar apapun sebabnya; (c) Hadiah ini hanya boleh ditebus untuk pakej pelancongan Apple Vacations & Conventions sahaja; (d) Jika amaun penebusan itu melebihi nilai Hadiah, Pemenang hendaklah membayar perbezaan antara Hadiah ini dengan amaun sebenar. Bahagian Hadiah yang tidak digunakan tidak akan dibayar balik kepada Pemenang; (e) Bank tidak bertanggungjawab sama sekali atas waran perjalanan yang hilang, rosak, luput tarikh atau dicuri. Sebarang permintaan untuk menggantikan waran perjalanan yang hilang, rosak, luput tarikh atau dicuri itu tidak akan dilayani oleh Bank; (f) Jika Pemenang dan tetamunya tidak dapat melakukan perjalanan semasa tempoh perjalanan yang dinyatakan atas apa jua sebab sekalipun, maka apa-apa pembatalan oleh Pemenang mestilah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh Apple Vacations & Conventions. Apple Vacations & Conventions tidak akan menjadualkan semula tempoh perjalanan dan Hadiah ini akan dilupuskan. Penempahan yang dibuat tidak akan dibayar balik; (g) Pemenang hendaklah membawa bersamanya kad kredit/debit sah atau wang tunai seperti yang dikehendaki oleh hotel semasa daftar-masuk jika timbul apa-apa kos sampingan kelak; (h) Pemenang dan tetamunya hendaklah memiliki pasport Malaysia yang sah dengan tempoh sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan, dan menjadi tanggungjawab Pemenang dan tetamunya untuk memastikannya; (i) Pemenang dan tetamunya hendaklah melakukan perjalanan bersama-sama semasa pergi dan balik; (j) Pemenang dan tetamunya bertanggungjawab mendapatkan apa-apa pemvaksinan (suntikan) wajib sebelum melakukan perjalanan, dan mereka hendaklah membawa bersama-sama perakuan pemvaksinan, nota doktor atau nota perubatan serta polisi insurans dalam perjalanan; (k) Diskaun tidak akan diberi atau wang tidak akan dikembalikan kepada Pemenang atas apaapa perkhidmatan atau bila mana Pemenang, atas apa jua sebab sekalipun, tidak digunakan, dihadiri atau disertai dan yang diberi oleh pihak Vacations & Conventions sebagai sebahagian daripada Hadiah ini; (l) Hadiah hendaklah diterima sebagaimana disediakan. Melainkan disebut termasuk dalam Hadiah ini, maka semua perbelanjaan tambahan pilihan berkaitan dengan Hadiah ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang; dan (m) Pemenang dan tetamunya akan terikat dengan Terma & Syarat yang dikenakan oleh Apple Vacations & Conventions;
5
(ii) Perletakan Deposit 30. Selain hal-hal yang tersebut di atas, Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad yang telah mematuhi pemenuhan Amaun Deposit seperti yang dinyatakan di bawah selama empat (4) bulan berturut-turut (“Tempoh Peruntukan”) bagi mana-mana Akaun Sertaan semasa Tempoh Promosi (“Pelanggan Layak”) berhak mendapat Pemberian berikut: Opsyen 1 Kategori Pemberian
Kuantiti Pemberian (Unit)
Rantai Kunci
7,200
Sarung Pasport
4,000
Bantal “Plush”
5,000
Tarikh Tersedia
Bermula dari 18 Januari 2016
Opsyen 2 (“Swipe & Go”)
Amaun Deposit Minimum
Amaun Deposit Minimum
Amaun Pembayaran dengan Kad Debit Bank
RM2,000
RM1,000
RM5
RM5,000
RM2,500
RM10
RM10,000
RM5,000
RM15
31. Semua deposit mestilah Dana Baru seperti yang ditakrifkan dalam fasal 7 dan 8. 32. Pelanggan Layak boleh memilih Opsyen 1 atau Opsyen 2 untuk membuat peletakan deposit ke dalam mana-mana Akaun Sertaan semasa Tempoh Promosi. Bagi mengelakkan sebarang keraguan: (a) Pelanggan Layak yang meletakkan Amaun Deposit yang dinyatakan di bawah Opsyen 1 ke dalam mana-mana Akaun Sertaan semasa Tempoh Promosi berhak mendapat Pemberian berkenaan tanpa perlu membuat apa-apa Amaun Bayaran; dan (b) Pelanggan Layak yang meletakkan Amaun Deposit yang dinyatakan di bawah Opsyen 2 ke dalam mana-mana Akaun Sertaan semasa Tempoh Promosi dikehendaki membuat lagi Amaun Pembayaran yang ditetapkan dengan cara bayaran melalui Kad Debit Bank hanya untuk berhak mendapat Pemberian berkenaan. 33. Pemberian ini adalah atas dasar siapa cepat dia dapat, dihadkan kepada satu (1) Pemberian bagi setiap kategori Pemberian bagi setiap Pelanggan Layak sepanjang Tempoh Promosi. Pemberian akan diberi kepada Pelanggan Layak setelah meletakkan deposit di cawangan Bank. Pemberitahuan akan dikeluarkan jika mana-mana atau kesemua Pemberian itu kehabisan stok melalui penyiaran dalam Laman Web Bank. 34. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang Pemberian yang hilang, koyak, rosak atau dicuri dan sebarang permintaan untuk menggantikan Pemberian tidak akan dilayan oleh Bank. 35. Jika amaun peruntukan itu dikeluarkan (sebahagian atau keseluruhan) semasa Tempoh Peruntukan atas apa jua sebab, maka HLB akan membuat potongan Fi Penalti daripada Akaun Sertaan pada tarikh pengeluaran oleh Pemegang Akaun sebagai bayaran bagi Pemberian ini: Pemberian Hello Kitty Fi Penalti* Rantai Kunci RM30 Sarung Pasport RM60 Bantal Plush RM80 *Fi Penalti ini TIDAK dikenakan ke atas Pemegang Akaun HLISB.
UMUM 36. Dengan menyertai Peraduan dan/atau Promosi , Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad: (i) Bersetuju bahawa Bank tidak memberi representasi atau waranti berkenaan dengan kualiti atau kesesuaian Hadiah dan/atau Pemberian. Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad hendaklah berurus secara langsung, atas biaya dan perbelanjaan sendiri, dengan pihak
6
penyedia dan/atau syarikat pengeluar bagi segala maklumat waranti mengenai Hadiah dan/atau Pemberian; (ii) Bersetuju bahawa Hadiah dan/atau Pemberian adalah atas dasar “Sebagaimana Ada”. Hadiah dan/atau Pemberian yang dipaparkan dalam segala bahan bercetak dan/atau Laman Web Bank adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama Hadiah dan/atau Pemberian dalam mana-mana bahan bergambar adalah untuk tujuan hiasan dan bukanlah sebahagian daripada Hadiah dan/atau Pemberian; (iii) Bersetuju bahawa Hadiah dan/atau Pemberian tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga (ke-3) dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai muka, kredit, cek atau manfaat barangan; (iv) Bersetuju bahawa keputusan Bank atas semua hal berkaitan dengan Peraduan dan/atau Promosi dan Hadiah dan/atau Pemberian adalah muktamad dan terikat atas semua Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad dan surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan Bank tidak akan dilayan; (v) Bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat Peraduan dan/atau Promosi; (vi) Bersetuju bahawa Terma & Syarat di dalam ini, Terma dan Syarat Am Akaun Bank dan Terma dan Syarat Kad Debit hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan dan Terma & Syarat tertentu di dalam ini akan diutamakan jika terdapat apa-apa percanggahan; dan (vii) Bersetuju untuk mengakses Laman Web HLB dan/atau Laman Web HLISB dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma & Syarat dan memastikan sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma & Syarat. 37. Pihak Bank mempunyai hak untuk: (i) Menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda Terma & Syarat yang tertera di ini, sama ada keseluruhan atau sebahagian, termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantikan Hadiah dan/atau Pemberian dengan produk lain yang sama nilainya, megikut budi bicaranya yang mutlak, melalui penyiaran dalam Laman Web Bank, atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap wajar oleh pihak Bank, dengan memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad; (ii) Melucutkan kelayakan mana-mana Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad atas apa jua sebab sekalipun yang dianggap wajar oleh pihak Bank, atas budi bicara mutlaknya, daripada menyertai Peraduan dan/atau Promosi dan/atau layak menerima Hadiah dan/atau Pemberian; dan (iii) Melupuskan Hadiah dan/atau Pemberian jika Terrma & Syarat di dalam ini tidak dipatuhi. 38. Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad yang telah melakukan atau disyaki melakukan apaapa penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh pihak Bank atau telah diisytiharkan Muflis (menurut petisyen oleh sama ada pihak Bank atau oleh mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bilabila masa sebelum atau semasa Tempoh Peraduan dan/atau Promosi TIDAK layak menyertai Peraduan dan/atau Promosi dan/atau TIDAK berhak menerima Hadiah dan/atau Pemberian. 39. Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad adalah bertanggungjawab terhadap dan hendaklah menanggung sendiri segala cukai berkenaan, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan kepada mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan dalam Peraduan dan/atau Promosi dan/atau pengambilan Hadiah dan/atau Pemberian. 40. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Terma & Syarat ini berbanding dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Peraduan dan/atau Promosi, maka Terma & Syarat muktamad dalam Laman Web Bank akan diutamakan.
7
41. Terma & Syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undangundang Malaysia dan Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia. CASA/CASA-i yang tersenarai dalam Fasal 2 (iii) adalah layak dilindungi oleh PIDM.
8