LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN
GAMBARAN KESELURUHAN Rantau Asia kecuali Jepun mengalami keadaan pasaran ekonomi dan kewangan yang merosot pada 2001 disebabkan oleh peningkatan elemen ketidaktentuan yang dihadapi ekonomi global. Beberapa negara berada dalam kemelesetan dengan eksport di kebanyakan negara menjunam ketika perdagangan global mengecut merentasi pasaran maju dan membangun. Pasaran kewangan di rantau itu, dengan beberapa pengecualian, dipengaruhi oleh trend ke bawah dalam pasaran saham global, pemotongan kadar faedah yang agresif yang diterajui Fed dan volatiliti selepas 11 September. Di samping itu, di beberapa negara, keadaan politik domestik dan kemajuan pembaharuan yang perlahan memburukkan lagi pencapaian pasaran kewangan mengikut tahap berbeza-beza sepanjang tahun. Premium risiko dalam pasaran ekuiti meningkat ketika kebimbangan berhubung kesan kelembapan ekonomi kepada keuntungan dan kesihatan sistem kewangan mencetuskan sikap berhati-hati. Bagaimanapun, bon yang berdenominasi dolar menunjukkan prestasi baik, muncul sebagai aset yang menjadi pilihan di kalangan pelabur, berikutan meningkatnya ketidaktentuan dalam pasaran kewangan, terutama selepas 11 September. Walaupun pasaran utama bagi bon dan ekuiti mengalami penerbitan yang berkurangan, terdapat tanda-tanda pemulihan pada akhir tahun ketika syarikat-syarikat mengambil kesempatan daripada persekitaran kadar faedah rendah dan kecairan berlebihan dalam sistem kewangan untuk menjanakan dana. Pengaliran modal persendirian ke Asia bergerak perlahan pada tahun 2001 sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan terhad yang berterusan bagi kredit luaran
1
dan pengurangan pelaburan ekuiti portfolio. Menurut Institut Kewangan Antarabangsa, pengaliran modal persendirian ke rantau ini pada 1998 adalah sekadar AS$300 juta, meningkat kepada AS$60 bilion pada 2000. Dianggarkan ia berada pada paras AS$38 bilion pada 2001. Walaupun kemunculan krisis pasaran modal yang mengancam Turki dan Argentina pada 2001, terdapat tanda-tanda mengenai kesan pengaruh yang menular atau langkah menarik balik pengaliran persendirian ke rantau itu.
PERSEKITARAN EKONOMI Ekonomi serantau tertakluk kepada pertumbuhan yang perlahan pada 2001. Dengan diburukkan lagi oleh peningkatan dalam risiko luaran, serta kelembapan ekonomi global yang serentak menjadi lebih mendalam, berpanjangan dan meluas daripada yang dijangkakan pada peringkat awal, sasaran pertumbuhan Asia bukan Jepun disemak ke bawah bagi 2001. Pada peringkat awal ia dianggap sebagai satu pembetulan dalam pelaburan terutama dalam teknologi yang semakin mendalam kepada satu kelembapan global yang digabung dengan penurunan dalam pertumbuhan dagangan dunia, kelembapan itu diburukkan lagi oleh peningkatan ketidaktentuan selepas 11 September. Menurut IMF, pertumbuhan KDNK sebenar di Asia kecuali Jepun dijangka menurun daripada 7% pada 2000 kepada 5.1% pada 2001.1 Walaupun kelembapan tersebar luas di rantau ini, sejauh mana ia tersebar dan pencapaiannya berbeza. Negaranegara yang berkait rapat dengan ekonomi global menerusi dagangan dan pengaliran modal paling teruk terjejas berbanding negara yang tidak mempunyai hubungan yang
Termasuk ekonomi Asia membangun, ekonomi Asia yang baru mencapai status perindustrian dan Mongolia.
TINJAUAN PASARAN MODAL
1-29
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
rapat. Bank Dunia mensasarkan eksport Asia Utara dan Asia Tenggara susut dengan ketara daripada 25% pada 2000 kepada 0.5% pada 2001. Berikutan itu, kebanyakan ekonomi yang lebih terbuka, terutama yang banyak bergantung kepada permintaan elektronik global, berada di ambang atau sudahpun mengalami kemelesetan pada 2001. Singapura dan Taiwan berada dalam kemelesetan menjelang suku ketiga manakala ekonomi Hong Kong berada di ambang kemelesetan menjelang akhir tahun (Carta 28). Permintaan luaran yang lemah juga mengurangkan eksport terutama dari Korea, Indonesia dan Filipina, tetapi dalam setiap kes, permintaan domestik yang agak mantap menyokong pertumbuhan keseluruhan. Korea dapat menghadapi kelembapan ekonomi global disebabkan oleh penyusunan semula yang meluas selepas krisis pada penghujung 1997, manakala ekonomi utama seperti Taiwan dan Singapura menjadi semakin bergantung kepada putaran teknologi AS dan oleh itu lebih mudah terpengaruh dengan tekanan luaran pada 2001. China dan India – dua ekonomi terbesar di rantau itu – kurang terdedah dengan perkembangan luaran dan terus disokong oleh pelaburan asing. KDNK China dianggarkan 7.3%
2 3 4
1-30
Sumber: Anggaran rasmi. KDNK China ialah 8% pada 2000. IMF. Sebagaimana dinyatakan oleh Indeks Industrial Production.
TINJAUAN PASARAN MODAL
pada 2001 walaupun pertumbuhan eksport menurun daripada hampir 28% pada 2000 kepada kurang daripada 5% pada 2001.2 Permintaan domestik, harga komoditi pertanian antarabangsa yang tinggi dan pendedahan yang lebih rendah pada industri IT global turut menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih maju di Australia dan New Zealand. Walaupun kelembapan merentasi semua sektor, ia lebih ketara dalam pembuatan, terutama dalam pengeluaran dan eksport elektronik. Menurut Semiconductor Industry Association, sebuah kumpulan dagangan berpejabat di AS, pasaran global bagi cip semikonduktor susut 31% pada 2001 berikutan kejatuhan permintaan dan harga. Ini mempunyai kesan yang ketara bagi Asia Timur, di mana dianggarkan bahawa pada tahun 2000, eksport sektor IT mencakupi 30% jumlah eksport barangan, bersamaan dengan 10% KDNK.3 Berikutan itu, sektor pembuatan Korea, sebagai contoh, berkembang hanya sebanyak 3% manakala pembuatan Taiwan susut 6% pada 2001 berbanding pertumbuhan purata tahunan masing-masing kira-kira 16% dan 7% bagi dua tahun sebelum ini4 (Carta 29).
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
Pertumbuhan eksport Asia turut terjejas oleh penurunan serentak dalam pertumbuhan ekonomi di AS, Jepun dan Eropah (Jadual 9). AS, pasaran utama eksport bagi Asia, merupakan destinasi bagi kira-kira 23% daripada eksport dagangan agregat negara Asia membangun manakala Jepun menguasai kira-kira 11% eksport Asia.5 Eksport Asia dalam rantau juga susut oleh penurunan serentak di kebanyakan permintaan domestik dan import negaranegara Asia itu sendiri. Risiko geopolitik juga memberi kesan kepada Asia bukan Jepun mengikut tahap-tahap tertentu pada 2001. Prospek ekonomi di Indonesia dan Filipina mendapat faedah daripada pengurangan ketidaktentuan domestik, terutama daripada pengurangan risiko politik berikutan kelancaran peralihan kepada kerajaan baru pada pertengahan pertama 2001. Secara perbandingan, ketidaktentuan geopolitik
Jadual 9
Eksport ke AS, Jepun dan EU bagi Ekonomi Serantau Terpilih pada 2000 (% Jumlah Eksport) Negara
Jepun
EU
9.9
19.8
11.4
China
26.9
14.6
19.0
Hong Kong
21.4
5.3
9.2
India
22.8
5.4
26.4
Indonesia
15.5
22.3
15.5
Korea
22.5
11.4
13.4
New Zealand
15.1
13.4
9.0*
Malaysia
21.8
12.6
15.5
Pakistan
25.2
6.0
29.4
Filipina
30.2
14.7
18.0
Singapura
17.2
7.4
12.1
Taiwan
24.8
11.7
16.7
Thailand
22.6
15.7
19.1
Australia
AS
Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa, Thomson Financial Datastream, pihak berkuasa kebangsaan *Angka merujuk kepada eksport ke UK dan Jerman
5 6
di negara-negara Asia Selatan terlalu tinggi disebabkan oleh ketidaktentuan politik ke atas Afghanistan dan kemerosotan perhubungan antara India dan Pakistan, yang diburukkan lagi oleh serangan pengganas ke atas Parlimen India pada Disember dan peningkatan aktiviti ketenteraan di Kashmir. Negara-negara Asia secara amnya bertindak balas terhadap kelembapan ekonomi dengan langkah-langkah rangsangan fiskal yang sederhana yang dipertingkatkan selepas serangan 11 September. Di beberapa negara, bagaimanapun, skop perluasan langkah-langkah fiskal tersekat oleh keperluan pemodalan semula bagi sektor perbankan, penyusunan semula korporat selain peningkatan tahap hutang sektor awam berbanding KDNK. Sebagai contoh, hutang sektor awam adalah kira-kira 90% daripada KDNK di Indonesia, kira-kira 70% di Filipina, dan lebih 50% di China, India dan Thailand.6 Namun begitu, tahap hutang terus kekal rendah berbanding yang disaksikan semasa kemuncak krisis Asia. Walaupun kelembapan dalam aktiviti ekonomi pada 2001 adalah lebih meruncing daripada yang dijangkakan, ia dilihat tidak begitu teruk berbanding kesan ke atas rantau itu ketika krisis pada 1997-1998. Sumber utama kelemahan pada 2001 ialah kemerosotan dagangan berbanding dengan pengaliran modal, dengan kesannya dirasai di peringkat global berbanding dengan ditumpukan di rantau Asia sebagaimana dilihat semasa krisis sebelum ini. Kebanyakan sistem kewangan negara-negara yang terjejas oleh krisis itu dikatakan lebih mantap pada 2001 berbanding ketika kemuncak krisis, dengan disokong oleh penurunan dalam tahap hutang luaran jangka pendek, lebihan akaun semasa, dan kedudukan simpanan mata wang asing yang lebih teguh. Kadar faedah rasmi menurun di kebanyakan negara serantau, sejajar dengan pemotongan kadar secara agresif oleh Fed dan ECB, terutama selepas 11 September. Pengurangan kadar faedah paling agresif sepanjang tahun adalah di Filipina (575 poin asas), selepas satu siri peningkatan mendadak pada tahun sebelumnya, dan Hong
Berdasarkan pada statistik 2000. Sumber: Bank Pembangunan Asia.
TINJAUAN PASARAN MODAL
1-31
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
Kong (437 poin asas), disebabkan oleh hubungan tukaran asingnya dengan AS. Bagaimanapun, kadar faedah kekal tidak berubah secara relatif di China dan meningkat di Indonesia disebabkan sama ada oleh dasar kestabilan kadar pertukaran dan risiko inflasi di negara terbabit (Jadual 10). Pada November 2001, China dan Taiwan diberikan keahlian penuh WTO. Menurut Bank Dunia, keahlian WTO dijangka akan meningkatkan penguasaan eksport dunia oleh China dari 3.7% pada 1995 kepada lebih 6.8% pada 2005. Kemasukan China ke dalam WTO dijangka membawa implikasi yang meluas kepada negara Asia Utara yang lain dari segi peningkatan dalam keseluruhan eksport ke China selain peningkatan daya saingan, terutama bagi Taiwan dan Korea. Ekonomi Taiwan dan Korea berkongsi banyak kesamaan dalam industri pembuatan dengan China, yang pada amnya dianggap sebagai pengeluar yang lebih rendah kosnya. Dalam jangka panjang, persaingan bagi eksport antara China dan negaranegara Asia Tenggara dijangka meningkat, walaupun kesannya mungkin dihadkan dalam jangka masa
pertengahan disebabkan oleh perbezaan struktur eksport di kalangan negara terbabit. Pembukaan pasaran dalaman yang luas di China juga akan membuka peluang bagi pewujudan perdagangan bagi rantau Asia Tenggara, memandangkan 8% daripada import China datang dari rantau itu. Perdagangan antara China dan negara-negara Asia Tenggara boleh dipertingkatkan lagi menerusi rancangan mewujudkan sebuah zon perdagangan bebas dalam tempoh 10 tahun akan datang, seperti yang diumumkan pada 2 November 2001 pada mesyuarat sidang kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Brunei Darussalam. Potensi faedah yang diperolehi oleh kedua-dua pihak daripada perjanjian seumpama itu sememangnya besar, kerana ia akan membentuk kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dengan penduduk berjumlah hampir dua bilion orang dan KDNK yang digabungkan sebanyak AS$2 trilion. Kemajuan dalam penyusunan semula kewangan dan korporat agak berbeza merentasi rantau dengan kadar kelajuan penyusunan semula itu diganggu oleh keadaan
Jadual 10
Kadar Faedah Jangka Pendek bagi Ekonomi Terpilih 31 Dis 01 (%)
31 Dis 00 (%)
Perubahan (poin asas)
Kadar Belian Semula Berbalik Filipina
7.75
13.50
-575
Kadar Utama Bank China, Hong Kong
5.13
9.50
-437
SIBOR Tiga Bulan Singapura
1.88
6.39
-451
Kadar Diskaun Rasmi China,Taipei
2.15
4.63
-248
Kadar Bank India
6.50
8.00
-150
Kadar Panggilan Semalaman Korea
4.00
5.25
-125
Modal Kerja Satu Tahun PRC
5.85
5.85
0
Kadar Pembelian Semula 14 Hari Thailand
2.50
1.50
100
17.62
14.42
320
Kadar Dana Persekutuan AS
1.75
6.50
475
Kadar Pembiayaan Semula European Central Bank
3.88
4.75
-87
Kadar Panggilan Semalaman Japan
0.01
0.25
-24
Kadar Satu Bulan SBI
Sumber: Bloomberg
1-32
TINJAUAN PASARAN MODAL
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
Jadual 11
Kredit Domestik Berbanding Sektor Swasta dan Syarikat Awam Bukan Kewangan (% KDNK) 2000
1999
1998
1997
1996
92
89
84
79
75
China
126
122
112
103
94
Hong Kong
159
160
173
176
162
New Zealand
117
116
111
105
98
Singapura
109
115
124
115
112
Filipina
48
49
55
63
56
Taiwan
tiada
154
158
156
154
Korea
136
150
157
135
121
Malaysia
138
146
153
153
137
India
25
26
24
24
24
Indonesia
22
21
55
63
57
Pakistan
30
28
28
27
27
Thailand
122
133
162
171
152
Australia
Sumber: Standard and Poor’s dan Tabung Kewangan Antarabangsa
Jadual 12
Pinjaman Tak Berbayar (% Jumlah Pinjaman) Korea
Filipina
Thailand
Indonesia
Malaysia
Taiwan
Singapura
Disember 1999
8.3
12.3
tiada
tiada
11.0
5.7
7.2
Mac 2000
8.0
14.1
tiada
tiada
10.7
5.9
7.1
Jun 2000
8.7
14.6
31.0
tiada
10.4
5.9
6.7
September 2000
7.9
15.7
22.6
26.9
10.1
6.3
5.8
Disember 2000
6.6
15.1
17.7
18.8
9.7
6.2
5.1
Mac 2001
5.4
16.7
17.4
18.1
10.6
6.8
5.0
Jun 2001
4.1
17.0
12.6
16.6
11.4
7.4
4.5
September 2001
3.8
17.9
12.8
14.7
11.7
8.0
4.5
Sumber: Bloomberg dan pihak berkuasa kebangsaan
TINJAUAN PASARAN MODAL
1-33
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
ekonomi yang semakin teruk dan pasaran aset yang malap. Pada tahun 2001, keseimbangan NPL sebagai peratusan jumlah pinjaman susut bagi Indonesia, Korea dan Thailand manakala Filipina terus meningkat. Secara keseluruhan, kredit domestik kepada sektor swasta sebagai satu peratusan KDNK – sebuah petanda komposit bagi kemajuan dalam perbankan dan penyusunan semula korporat – susut pada 2001 bagi Indonesia, Filipina dan Thailand, di mana perangkaannya masih berada bawah paras sebelum krisis. Taiwan, yang sebelum ini kurang terjejas oleh krisis Asia, menyaksikan peningkatan dalam NPL, yang diburukkan lagi oleh kelemahan struktur dalam sektor perbankan. Di China, rangsangan permintaan domestik menerusi dasar fiskal yang mengembang mengakibatkan pertumbuhan kredit melebihi pertumbuhan ekonomi. Walaupun mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK 7% hingga 8% untuk tempoh lima tahun yang lalu, kredit domestik China telah mengembang pada kadar yang lebih cepat, digabung dengan tahap NPL yang tinggi, memberikan petanda mengenai potensi tekanan ke atas sistem kewangan7 (Jadual 11 dan 12).
pelabur. Bagaimanapun, menjelang akhir tahun, penjanaan dana ekuiti menunjukkan tanda-tanda kemajuan berikutan pemulihan dalam harga ekuiti dan sikap optimis mengenai pemulihan ekonomi global menjelang pertengahan 2002. Beberapa IPO berjaya diperkenalkan pada suku terakhir, di tengah-tengah keadaan kecairan yang meningkat dalam pasaran sekunder, memberikan tanda-tanda permulaan kepada pemulihan dalam penjanaan dana ekuiti di rantau itu. Hong Kong mencatatkan jumlah penyenaraian baru yang paling banyak pada 2001, diikuti oleh China dan Taiwan (Carta 30). Aktiviti penggabungan dan pengambilalihan di Asia kecuali Jepun dan Australasia jatuh mendadak pada 2001, dengan nilai urus janji yang diumumkan menjunam 46% kepada AS$106 bilion,8 terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi dan harga saham sekunder yang rendah. Ketiadaan beberapa urus janji besar yang menguasai 2000 juga menyumbang kepada kejatuhan mendadak tahun-ketahun.9 Korea merupakan negara sasaran terbesar bagi penggabungan dan pemerolehan dengan urus janji bernilai AS$19.38 bilion, diikuti oleh Singapura dengan AS$15.76
PASARAN UTAMA Ekuiti Dalam pasaran utama, prospek penempatan ekuiti semakin berkurangan manakala penerbitan bon kekal sederhana di Asia kecuali Jepun semasa 2001. Persekitaran ekonomi global yang perlahan, kejatuhan harga aset dan peningkatan volatiliti pulangan aset adalah antara faktor utama yang memberi kesan kepada pasaran ekuiti utama semasa tahun berkenaan. Jumlah IPO di Asia-Pasifik kecuali Jepun merosot sebanyak 51% pada tahun itu. Di Asia, penjanaan dana ekuiti susut kepada AS$77 bilion pada 2001 berbanding AS$116 bilion pada 2000. Kejadian 11 September menyebabkan penawaran ekuiti semakin berkurangan di tengah-tengah peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan dan pengalihan risiko di kalangan
7
8 9
1-34
Di China, kredit domestik berbanding sektor swasta dan syarikat bukan kewangan kepada KDNK mencapai 123% pada 2000 berbanding paras 88% pada 1995, dan besar kemungkinan akan meningkat lagi pada 2001. Di samping itu, analisis bebas menganggarkan sebanyak 50% pinjaman dalam sistem perbankan China adalah tidak berbayar pada 2001. Menurut Thomson Financial. Aktiviti M&A pada 2000 dikuasai oleh pengambilalihan Cable and Wireless HKT oleh Pacific Century Cyberworks dari Hong Kong.
TINJAUAN PASARAN MODAL
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
bilion dan Hong Kong dengan AS$15.53 bilion. Urus janji terbesar yang dimeterai pada 2001 di rantau itu ialah di Malaysia, membabitkan pemerolehan Khazanah Nasional Bhd ke atas United Engineers Bhd bagi AS$6.19 bilion.
Bon Pasaran bon utama berkembang pada awal 2001, dengan penerbitan hampir mencapai paras bulanan terbanyak ketika bon kedaulatan mengambil peluang daripada pengurangan dalam kadar faedah. Bagaimanapun, oleh kerana persekitaran luar bertambah buruk, penerbitan semakin berkurangan menjelang pertengahan tahun. Pada tempoh ini, walaupun krisis hutang di Argentina mempunyai kesan penularan kewangan yang terbatas ke atas pasaran membangun di Asia, namun ia meningkatkan tahap ketidaktentuan ke atas penerbitan bon. Suku terakhir 2001 menyaksikan peningkatan dalam aktiviti hutang utama, ketika kadar faedah dipotong secara agresif oleh bank-bank pusat dan ini menyebabkan syarikat-syarikat Asia melancarkan penawaran bon untuk menjanakan wang atau membiayai semula hutang sedia ada pada kadar faedah yang lebih rendah dalam pasaran bon. Menurut data oleh Thomson Financial, jumlah penerbitan bon dari Asia kecuali Jepun meningkat kepada AS$52.3 bilion pada 2001 daripada AS$44.9 bilion pada 2000.
AKTIVITI PASARAN SEKUNDER Ekuiti Pasaran ekuiti Asia adalah lebih rendah pada hampir keseluruhan 2001 untuk meneruskan trend yang menimpa pasaran di tahun sebelum ini. Selain rali ringkas pada Mac dan April, dengan disokong oleh pemotongan agresif AS terhadap kadar faedah dan jangkaan bahawa kelembapan ekonomi global tidak akan berpanjangan, kebanyakan harga ekuiti serantau menurun selepas itu setelah mencatatkan paras terendah selepas 11 September.
10 11
Bagaimanapun, kebanyakan pasaran berupaya membuat lonjakan mendadak menjelang akhir tahun untuk pulih daripada penjualan besar-besaran di pasaran ekuiti global berikutan serangan ke atas AS. Prestasi buruk serantau bagi sebahagian besar tahun berkenaan digambarkan pada arah aliran pasaran saham global, pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, perolehan korporat yang lebih rendah selain peningkatan pengalihan risiko dan volatiliti berikutan kejadian pada September (Carta 31 dan 32). Dari segi pengagihan aset mengikut asas serantau, pengurus dana asing bagi sebahagian besar tahun 2001 tertumpu kepada pasaran Asia-Pasifik kecuali Jepun berbanding kebanyakan rantau lain disebabkan oleh penilaian yang agak menarik di rantau itu dan usaha penyusunan semula kewangan dan korporat yang berterusan.10 Indeks MSCI Emerging Markets Free kukuh pada 2001, menokok 4.2% manakala indeks MSCI Emerging Market Europe and Middle East susut 23.4% dan indeks MSCI Emerging Market Free Latin America jatuh 4.3%. Di rantau Asia-Pasifik kecuali Jepun, tumpuan pengurus dana pada sepanjang 2001 secara amnya ialah di pasaran Asia Utara, terutama China dan Korea, manakala mereka terus mengetepikan Asia Tenggara, kecuali di Singapura. Strategi pelaburan di kalangan pengurus dana turut menerima kesan yang ketara berikutan peristiwa 11 September dengan mengalih aset mereka kepada saham dan pasaran defensif selain pendedahan yang lebih tinggi kepada tunai dan bon. Pasaran yang untung daripada peningkatan pengalihan risiko pelabur ialah China dan Korea Selatan, disebabkan oleh ketahanan mereka yang mantap kepada kelembapan ekonomi global, selain Australia dan New Zealand, yang secara relatif dilindungi daripada kejadian yang menjejaskan bahagian lain di rantau itu. Dengan kenaikan melebihi 90%, indeks Shenzhen saham B China mencatatkan pencapaian paling tinggi di Asia pada 2001 diikuti oleh indeks KOSPI Korea dan indeks TWSE Taiwan.11 Penurunan paling curam dari segi pencapaian harga ialah indeks Hang Seng Hong Kong (-24%), indeks Komposit Filipina (-22%) dan indeks Sensex India (-18%) (Carta 33).
Berdasarkan kepada tinjauan bulanan Dow Jones terhadap pengurus dana bagi 2001. Pada 2001, pihak berkuasa China menjalankan pelbagai langkah pembaharuan termasuk membuka pasaran saham B kepada pelabur domestik untuk meningkatkan kecairan pasaran. Pembaharuan itu membantu harga saham B mencatatkan paras tertinggi pada Jun dengan dipacu oleh kebanjiran kecairan baru daripada pelabur runcit baru China.
TINJAUAN PASARAN MODAL
1-35
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
Peningkatan dalam harga ekuiti menjelang akhir tahun disokong oleh peningkatan kecairan di tengah-tengah persekitaran kadar faedah paling rendah. Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan dalam pasaran termasuk sikap optimis mengenai pemulihan ekonomi global menjelang pertengahan 2002 berikutan pengurangan ketidaktentuan geopolitik, harga minyak mentah yang rendah dan tanda-tanda lonjakan dalam sektor teknologi global. Secara khusus, dengan kebanyakan kadar faedah di Asia kecuali Jepun melebihi kadar Dana Fed sebenar 1.75%, selain dalam kadar nominal, terdapat arah
1-36
TINJAUAN PASARAN MODAL
aliran pengagihan semula yang jelas daripada pasaran maju kepada pasaran Asia. Peningkatan prospek ekuiti di rantau ini disumbangkan lagi oleh pengaliran dana ke Asia dalam usaha mencari penilaian yang lebih menarik di rantau itu. Volum meningkat menjelang akhir tahun selaras dengan kenaikan harga, selepas berada di paras yang rendah bagi sebahagian besar tahun berkenaan (Carta 34). Sektor teknologi mencatatkan keuntungan yang kukuh di Asia kecuali Jepun manakala sektor telekomunikasi muncul sebagai antara sektor paling lemah pada tahun
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
2001, berbeza dengan kecenderungan bagi kedua-dua sektor ini untuk bergerak bersama pada tahun-tahun sebelum ini (Carta 35 dan 36). Jangkaan pemulihan dalam sektor teknologi maklumat global menjelang akhir tahun mengakibatkan lonjakan mendadak dengan indeks teknologi maklumat MSCI Asia ex-Japan menokok 21%
pada 2001 menterbalikkan kerugian mendadak hampir 54% pada 2000. Pencapaian saham teknologi malap pada sebahagian besar tahun 2001 berikutan kemerosotan keadaan operasi dan penurunan permintaan yang berpanjangan dalam sektor itu. Walau bagaimanapun, dalam sektor telekomunikasi, kejatuhan pada amnya lebih
TINJAUAN PASARAN MODAL
1-37
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
ketara berikutan kebimbangan meningkat berhubung lebihan pelaburan, lebihan kapasiti dan peningkatan tahap hutang. Pada suku terakhir 2001, para pelabur semakin yakin berhubung prospek pemulihan dalam pelaburan teknologi pada 2002, dan oleh itu berlaku rali dalam pasaran teknologi berat di Korea dan Taiwan, masingmasing sebanyak 40% dan 60% daripada paras terendah selepas 11 September. Perubahan kepada metodologi berteraskan pengapungan bebas yang baru oleh MSCI tidak nampak memberi kesan yang ketara pada pasaran ekuiti rantau itu.12 Langkah oleh MSCI sememangnya dijangka sejak suku terakhir tahun 2000 dengan kebanyakan pengurus dana dilaporkan sudah mengurangkan wajaran mereka di negara-negara yang mengalami penurunan dalam perwajaran pada indeks MSCI. Hanya pasaran terpilih seperti Australia dan India mengalami dagangan berkaitan MSCI berikutan pelaksanaan fasa pertama pada November 2001. Australia muncul sebagai negara paling banyak meraih keuntungan dalam indeks MSCI Asia-Pacific ex-Japan Free manakala India mendapat antara wajaran paling rendah dalam indeks
MSCI Emerging Markets Free. Di pasaran lain, kesannya terhad kepada saham terpilih yang ditambah atau dipotong pada indeks itu. Untuk sebahagian besar tahun 2001, Indonesia dan Filipina adalah antara pasaran yang mencatatkan prestasi paling teruk. Wajaran rendah bagi pasaran ekuiti ini, termasuk bagi Thailand, dalam indeks saham global yang paling diikuti, seperti indeks MSCI, mencadangkan bahawa pasaran-pasaran ini terus dipinggirkan oleh pengurus dana antarabangsa. Bagaimanapun, dua bulan terakhir 2001 menyaksikan penyempitan premium risiko bagi pasaran-pasaran ini berikutan peningkatan prospek penyusunan semula dan langkah-langkah pembaharuan yang dijalankan oleh kerajaan-kerajaan baru di negara terbabit di tengah-tengah ketidaktentuan politik yang telah reda. Di Thailand, pendekatan kerajaan yang mudah bertolak ansur dengan pelabur asing dan kemajuan dengan penyusunan semula hutang menerusi Pertubuhan Pengurusan Aset Thai yang dimiliki kerajaan membawa kepada rali dalam semua ekuitinya, dengan indeks SET mencatatkan pencapaian terbaik di Asia Tenggara pada 2001. Beberapa bursa di Asia mengadakan inisiatif strategik merentasi sempadan pada 2001. Paling ketara, satu perjanjian hubungan perdagangan baru antara Bursa Saham Australia dan Bursa Saham Singapura diwujudkan pada 20 Disember 2001, untuk membolehkan pelabur daripada kedua-dua pasaran membeli secara langsung ke dalam pasaran satu lagi menerusi broker dan mata wang mereka sendiri. Sistem perdagangan, penyelesaian dan pemilikan baru antara kedua-dua bursa itu melambangkan kali pertama dua bursa di mana-mana tempat di dunia menjalin kemudahan seperti itu. Pada peringkat awal, 50 sekuriti daripada setiap bursa diberikan kebenaran menjalankan perdagangan merentasi sempadan.
12
1-38
MSCI kali pertama mengumumkan pelan untuk berpindah kepada pengapungan bebas yang baru berdasarkan metodologi pada Disember 2000 dan seterusnya menyediakan kepada pelanggan dengan semua maklumat yang diperlukan untuk mengira faktor apungan bebas. Peringkat pertama pelaksanaan berkuatkuasa 30 November 2001 manakala peringkat kedua yang akan menyaksikan pelaksanaan sepenuhnya sistem apungan bebas ditetapkan pada 31 Mei 2002.
TINJAUAN PASARAN MODAL
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
Bon Pada tahun 2001, pelabur bergerak ke dalam bon gred tinggi yang berdenominasi dolar dan bon kedaulatan kadar hasil tinggi dan nama-nama korporat Asia untuk bertindak balas ke atas pasaran ekuiti domestik yang lebih mencabar. Bon Asia yang berdenominasi dolar mengatasi aset lain dengan jumlah pulangan 12.8% pada tahun ini, menurut Indeks JPMorgan Asia Credit. Tebaran bon ukuran rujuk Asia ke atas bon korporat perbendaharaan AS menegang dengan dagangan bon gred tinggi lebih sempit berbanding bon korporat gred pelaburan AS pada akhir tahun (Carta 37). Bon dolar Asia gred bukan pelaburan memberikan jumlah pulangan 17.2% manakala bon gred pelaburan serantau mencatatkan pulangan 12.0% pada 2001. Menjelang akhir tahun, terdapat perubahan yang jelas dalam pemilihan pelabur bagi bon yang lebih berisiko berikutan peningkatan
13
selera risiko di tengah-tengah ketidaktentuan yang berkurangan di Afghanistan, jangkaan berakhirnya pengurangan kadar faedah AS, meningkatnya harapan mengenai pemulihan ekonomi serantau dan penilaian relatif yang menarik. Bon Filipina merupakan bon dolar serantau yang terbaik pada 2001 dengan memberikan jumlah pulangan kira-kira 27%, dengan hampir 14% dicatatkan pada suku terakhir.13 Kadar faedah yang berada pada paras terendah sejak enam tahun lalu, pertumbuhan ekonomi yang positif, kestabilan politik dan tindakan keras terhadap tentera pemisah merangsangkan para pelabur supaya membeli bon Filipina yang berdenominasi dolar. Bon yang berdenominasi dolar, dan terbitan hutang korporat di peringkat tinggi mendapat faedah daripada pengaliran keluar daripada terbitan bon kedaulatan berdenominasi mata wang domestik terutama di Thailand, Filipina dan Indonesia, yang telah menjadi tak cair, sekali gus menghadkan penggunaan mereka sebagai ukuran
Menurut Indeks JPMorgan Asia Credit.
TINJAUAN PASARAN MODAL
1-39
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001
rujuk. Pasaran bon korporat kadar hasil tinggi Asia juga goncang di awal tahun dengan kejatuhan penerbit terbesarnya, Asia Pulp and Paper, yang berhutang AS$12 bilion. Jumlah volum pasaran bon Asia-Pasifik dilaporkan meningkat 10% atau AS$20.32 bilion, kepada AS$222.63 bilion pada 2001.14 Seperti pada 2000, pasaran bon mata wang tempatan yang paling aktif di Asia kecuali Jepun pada 2001 adalah Singapura dan Hong Kong berikutan kemajuan yang dicapai dalam pembangunan pasaran-pasaran ini. Secara amnya, pasaran bon mata wang tempatan di Asia masih tidak begitu dibangunkan disebabkan oleh saiznya yang agak kecil, kurangnya instrumen lindung nilai, penggunaan terhad perjanjian jual beli semula (repo) dan kecenderungan dana yang disokong kerajaan untuk membeli dan memegang kertas sehingga matang menyebabkan gangguan dalam penentuan harga asset tersebut.15 Pasaran hutang kurang maju serta defisit fiscal yang tinggi menyukarkan kerajaan Indonesia dan Filipina mendapatkan keperluan pembiayaan daripada sumber domestik. Kurangnya swap mata wang bersilang dan instrumen perlindungan nilai di negara-negara Asia, kecuali Singapura dan Hong Kong, juga disebut sebagai antara sebab yang menghalang kebanyakan syarikat asing daripada menyertai pasaran bon serantau pada 2001.
diniagakan oleh bursa yang didagangkan di rantau Asia Pasifik pada tiga suku pertama 2001 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.16 Kontrak derivatif yang diniagakan oleh bursa yang didagangkan di rantau Asia Pasifik merangkumi 31% daripada sejumlah 1.9 bilion kontrak yang didagangkan di seluruh dunia bagi tiga suku pertama 2001. Indeks ekuiti niaga hadapan dan opsyen di rantau itu meningkat 237% daripada segi volum kontrak yang didagangkan sepanjang tempoh yang sama (Carta 38). Pasaran derivatif utama di rantau itu mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dalam volum dagangan. Volum dagangan derivatif di Bursa Saham Singapura bagi 2001 adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dengan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 12.5% daripada tahun 2000. Jumlah volum kontrak niaga hadapan dan opsyen bagi Pasaran Derivatif Hong Kong and Clearing Limited meningkat 13.9% pada 2001 manakala purata volum dagangan harian bagi Bursa Niaga Hadapan Korea meningkat empat kali ganda pada 2001 berbanding tahun sebelumnya.
PASARAN DERIVATIF Dagangan derivatif di Asia kecuali Jepun meningkat pada 2001 disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi instrumen perlindungan nilai di tengah-tengah ketidaktentuan dan peningkatan risiko yang melanda pasaran kewangan pada tahun berkenaan, yang memuncak pada pertengahan September. Selain peningkatan dalam permintaan perlindungan nilai, pertumbuhan dalam aktiviti derivatif di rantau itu juga disokong oleh pengenalan lebih banyak jenis produk derivatif oleh bursa-bursa di rantau itu. Bank for International Settlements melaporkan peningkatan 172% dalam volum kontrak derivatif yang
14
Sumber: Dealogic Asia-Pacific. Termasuk pasaran bon domestik Jepun, yang merangkumi AS$70.4 bilion dalam volum. Sumber: Reuters News Service, 12 Disember 2001. 16 Termasuk kontrak niaga hadapan dan opsyen pada kadar faedah, mata wang dan indeks ekuiti. 15
1-40
TINJAUAN PASARAN MODAL