Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen
PAKU PAYUNG DAN LIMAU MANDARIN Karya Azizi Hj Abdullah
Sinopsis Sudah hampir 3 bulan atau lebih kurang 10 minggu, Midun belajar di dalam kelas “Aku”. “Aku” sangat benci dan meluat melihat sikap Midun yang tidak mahu mengikuti pelajarannya. Midun juga tidak mahu menulis, membaca atau bercakap. “Aku” bukan sahaja membenci sikap Midun tetapi dia juga membenci diri Midun yang dianggapnya pengotor. Namun, kawan-kawan Midun seperti Rahmat, Jalil dan Taha masih menaruh rasa simpati terhadap Midun yang sebenarnya cacat itu. Mereka sering menuntun Midun ke kantin dan makan bersamanya. Pada suatu pagi, “Aku” meminta Midun menyebut satu huruf tetapi dia hanya berdiam diri. “Aku” berasa amat marah dan menghentak tapak tangannya ke meja. Tanpa disedarinya, dia terkena paku payung berkarat yang ada di atas meja itu. “Aku” mengalami luka dan mengerang kesakitan. Selepas sekolah, “Aku” pergi ke hospital untuk berjumpa doktor dan diberi cuti sehari. Namun, “Aku” tidak mahu mengambil cuti itu. Esoknya, semasa di sekolah, Midun asyik merenung “Aku”. “Aku” berasa kurang senang dengan perubahan sikap Midun. “Aku” memanggil Midun lalu menampar pipinya. Pada waktu rehat, Midun kelihatan meraba-raba pipinya sambil mengesat air matanya. Selepas sekolah, “Aku” ke hospital kerana tidak dapat menahan sakit luka di tangannya. Di hospital, “Aku” ditahan untuk rawatan lanjut kerana “Aku” menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Petang itu, Midun datang menziarahi “Aku” di hospital. Gelagat dan tingkah laku Midun sangat menyentuh perasaan “Aku”. Apabila ayah Midun yang turut sama menziarahi “Aku” menyatakan bahawa Midun mendesaknya membeli buah limau mandarin untuk diberikan kepada “Aku”. “Aku” berasa amat malu bila mengetahui tentang hal itu. Lalu, dia pun berazam akan memberikan perhatian yang lebih kepada Midun di sekolah nanti.
1
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen
TEMA Ketabahan dan cabaran yang perlu dihadapi guru dalam alam pendidikan. Dunia pendidikan memang penuh dengan cabaran dan cabaran utama seorang guru biasanya datang daripada murid-muridnya sendiri. Jikalau cabaran-cabaran ini tidak dapat ditangani dengan baik, guru tersebut pasti akan menghadapi pelbagai masalah untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna. Hal ini juga akan menggugat profesion perguruannya.
“Aku” menghadapi masalah menyesuaikan dirinya dengan muridnya yang cacat bernama Midun. Dia berasa geram kerana Midun enggan membaca, menulis dan bercakap di dalam kelas seperti murid-muridnya yang lain.
Kegeramannya terhadap Midun menyebabkannya selalu hilang sabar dan akhirnya dia mencederakan dirinya kerana terlalu marahkan anak muridnya yang kurang berupaya itu.
PERSOALAN 1. Tanggungjawab terhadap tugas o Seorang guru harus bertanggungjawab memahami, menyelami dan menangani apapun permasalahan yang dihadapi murid-muridnya tanpa mengira keadaan fizikal atau sikap mereka. o Seorang guru seharusnya tidak mencampuradukkan perasaan dengan tanggungjawabnya mengajar murid-muridnya supaya mereka dapat belajar dengan jayanya. o Dalam cerpen ini, “Aku” gagal mengawal perasaannya benci dan jijiknya kepada Midun sehingga menjejas keupayaannya mengajar Midun dengan baik.
2. Kasih sayang o Kasih sayang tetap wujud walaupun Midun telah menghadapi pelbagai tekanan dan pernah ditampar gurunya. Walaupun dirinya sering dimarahi, dibenci dan didendami oleh gurunya kerana sikapnya yang pasif di dalam kelas, Midun tetap menunjukkan kasih sayangnya terhadap gurunya itu dengan menziarahinya di hospital. Kasih sayang itu jelas terpancar ketika Midun memberikan sebiji limau mandarin kepada gurunya yang sakit itu dan memegang tangan gurunya lalu menangis.
2
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen o “Aku” juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap Midun. Namun, perasaan tersebut hanya mula timbul bila Midun datang menziarahinya di hospital.
3. Kepentingan kesabaran dalam hidup o Kesabaran sangat perlu dalam kehidupan supaya tanggungjawab dapat dijalankan dengan baik. Sebagai seorang guru, kesabaran harus dipentingkan agar dapat mengelakkan tekanan perasaan dan mematuhi etika kerja. Dengan kesabaran sahaja, guru dapat berfikir dan bertindak dengan lebih rasional dan profesional. o “Aku” sering hilang sabar melihat tingkah laku dan sikap Midun yang seperti tidak mengendahkan arahannya. Akibatnya, “Aku” sering tertekan dan hal ini menyebabkan emosinya terganggu. Dia cukup benci dan dendam dengan Midun dan sering mengherdiknya sehinggakan pada suatu hari dia gagal mengawal perasaannya melihat keanehan sikap Midun lalu menamparnya.
4. Pendekatan mengajar yang lemah o Cerpen ini telah menunjukkan jika seorang guru tidak mahir menggunakan pendekatan yang sesuai untuk mengajar pelajarpelajarnya, dia pasti akan menghadapi masalah. o “Aku” telah gagal memahami psikologi murid-muridnya yang masih di alam kanak-kanak. Dia tidak menggunakan pendekatan psikologi untuk memahami Midun. Pendekatannya keras dan akibatnya, jurang antaranya dan Midun semakin luas. Hal ini hanya disedari “Aku” di akhir cerita bila dia berazam hendak menempatkan Midun di hadapan kelas untuk diberi perhatian yang lebih. o “Aku” juga tidak memvariasikan pendekatan pengajaran terhadap muridmurid yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.
5. Simpati sesama manusia o Setiap manusia pasti ada kelemahannya dan sebagai anggita masyarakat, kita harus sentiasa bersimpati dengan orang yang tidak berupaya sama ada dari segi fizikal atau mental. o Kawan-kawan Midun sangat bersimpati dengan keadaan diri Midun yang cacat dan kurang upaya. Mereka tidak menyisihkan Midun daripada hidup mereka, malah mereka sering menemaninya di sekolah. o Midun juga mempunyai perasaan simpati terhadap gurunya yang sakit. Hanya dia seorang yang datang ke hospital untuk menjenguk gurungya yang terlantar di situ.
3
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen
6. Semangat setiakawan o Semangat setiakawan perbezaan.
harus
dipupuk
tanpa
dipengaruhi
aspek
o Kawan-kawan Midun seperti Rahmat, Jalil dan Taha tidak menghiraukan keadaan Midun yang kurang sempurna. Mereka sering memimpin Midun ke kantin dan makan bersamanya semasa waktu rehat. o Sebagai ketua darjah, Rahmat seolah-olah tidak mahu Midun dimarahi “Aku” dan telah menyuruh Midun bangun dan ke depan apabila dijerkah “Aku”.
7. Keinsafan terhadap kesilapan o Keinsafan mula timbul di benak “Aku” bila Midun datang menziarahinya di hospital. o “Aku” mengakui telah melakukan kekhilafan yang besar selama ini kerana sikap benci dan meluatnya terhadap Midun. “Aku” sedar yang dia sudah tersilap jangkaan dan membuat tanggapan negatif yang melulu terhadap Midun. o Kesilapan “Aku” cuba ditebus dengan azam untuk mengubah pandangan dan sikapnya terhadap Midun. Dia mahu menempatkan Midun di hadapan kelas agar lebih banyak perhatiannya dapat ditumpukan kepada pelajarnya yang satu ini.
PERUTUSAN / PENGAJARAN 1.
Kita hendaklah bersabar apabila berhadapan dengan apa-apapun cabaran dan keadaan. Kesabaran Midun menghadapi keadaan dirinya yang kurang sempurna telah menyebabkan “Aku” tidak sabar menghadapinya. “Aku” bertindak keras dan sering memarahi dan menghukum Midun kerana sikap dan kelemahannya. Sepatutnya, “Aku” sebagai seorang guru harus bersabar menghadapi kerenah muridnya.
2.
Sifat amarah haruslah dikawal agar tidak membuat tindakan yang menyakitkan. Sifat amarah yang tidak dikawal akan menjejas kewarasan akal fikiran. Akibatnya seseorang itu akan melakukan sesuatu di luar batasan. Akibat sikapnya yang panas baran, “Aku” cedera terkena paku payung ketika sedang menampar meja kerana marahkan Midun. “Aku” yang cepat naik darah itu juga telah bertindak di luar
4
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen batasannya sebagai seorang guru dengan menampar Midun hanya kerana geram melihat reaksi Midun yang bersahaja setelah “Aku” cedera. Tindakannya yang berasaskan tanggapan yang salah telah menyakiti hati dan perasaan Midun.
3.
Seorang guru harus prihatin dan pandai menyelami perasaan dan permasalahan pelajar-pelajarnya. Sebagai seorang guru yang berdedikasi, “Aku” sepatutnya menggunakan pendekatan mesra dan cuba mengajar Midun dengan sebaik-baiknya. “Aku” juga harus mengelak daripada melakukan tindakan yang tidak rasional ketika bertugas.
4.
Jangan cepat membuat andaian dan tanggapan buruk Kejelekan wajah, tingkah laku dan kelembapan pelajar tidak boleh dijadikan alasan untuk “Aku” berperasaan geram, marah dan benci terhadap muridnya. Ternyata, “Aku” tersilap andaian kerana murid yang paling dibencinya itulah yang prihatin dengan keadaan dirinya dan menziarahinya ketika dia terlantar sakit di hospital.
5.
Jauhi perasaan dendam “Aku” begitu membenci dan menaruh dendam terhadap Midun tanpa sebab yang jelas walaupun Midun merupakan muridnya.
6.
Seorang guru harus pandai menggunakan pendekatan yang berhemah dan kaedah pengajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya. Dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan guru untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi murid-murid. Dalam kes Midun, pendekatan yang lebih lembut dan mesra mesti digunakan kerana Midun merupakan kanak-kanak istimewa yang mempunyai naluri yang lebih sensitif dan psikologi yang tidak menentu. Keadaan fizikal dan mentalnya menyebabkan Midun kerkelakuan “aneh” seperti suka menyendiri, pasif dan kurang beradab. Usaha mendekatinya dengan kaedah yang berhemah dapat menangani permasalahan Midun dengan dunianya dan dunia pembelajarannya. Hal ini demikian kerana “Aku” masih tidak berjaya menyelesaikan masalah Midun kerana “Aku” sentiasa naik angin apabila berhadapan dengannya.
7.
Seseorang itu haruslah melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi. Sebagai seorang guru, “Aku” mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira umur, pangkat dan rupa. Oleh itu, tanggungjawab mesti diutamakan dan
5
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen perasaan-perasaan lain yang menghalang tugas dijalankan dengan baik mesti diketepikan.
8.
Kita mestilah menghormati perasaan orang. “Aku” tidak sepatutnya menganggap Midun sebagai sampah lalu memarahi dan membencinya. Sebagai makhluk Tuhan, Midun juga mempunyai perasaan malu dan tersinggung bila diperlakukan dengan hina. Dia menangis bila ditampar “Aku”. Hal ini jelas menunjukkan yang dia tersinggung dengan perbuatan “Aku” yang lancang itu.
9.
Hendaklah manusia.
sentiasa
tolong-menolong
sesama
Kawan-kawan Midun (Rahmat, Jalil dan Taha) telah menunjukkan bahawa sikap tolong-menolong harus ada dalam diri setiap individu. Mereka sentiasa membantu Midun dengan memimpinnya ke kantin dan makan bersama-samanya. Rahmat juga telah memujuk Midun bila Midun ditampar “Aku”.
10.
Semua manusia sama di sisi Allah. Walaupun Midun digambarkan sebagai seseorang yang mempunyai pelbagai kekurangan, terutama dari sudut fizikal, dia masih memilik perasaan kasih sayang dan simpati serta nilai-nilai murni yang lain. Sifat-sifat ini mungkin tidak wujud dalam diri manusia yang sempurna. Oleh itu, janganlah kita menghina atau jijik memandang mereka seperti yang dilakukan oleh “aku”.
11.
Kita hendaklah menginsafi kesilapan sendiri.
“Aku menyesali tanggapannya yang negatif terhadap Midun selama ini. Sedangkan Midun satu-satunya pelajar yang datang menziarahinya ketika dia berada di hospital.
PLOT A) Struktur Plot Plot cerpen ini bersifat kronologi. Struktur plot cerpen ini boleh dibahagikan ke dalam lima bahagian. i) Permulaan “Aku” berhadapan dengan murid yang paling dibencinya, Midun di kelas. Midun datang lewat, tidak memberi salam, duduk di meja dan tidak mempedulikan “aku”. Hal ini menimbulkan kemarahan “aku”.
6
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen
ii) Perkembangan cerita Midun dipanggil tetapi Midun tidak mempedulikan “aku”. -
“Aku” marah dan mengheret Midun ke hadapan kelas dan menyuruh Midun membaca. Dia menjadi lebih marah bila Midun tidak membaca kad huruf.
-
“Aku” terkena paku payung apabila menghentakkan tangannya di meja kerana terlalu marahkan Midun. Tangannya luka dan sakit.
-
Midun menyapu darah yang menitik di lantai dengan sapu tangannya dan merenung tangan “Aku”. “Aku” semakin geram dengan reaksi Midun.
-
“Aku” ke hospital dan dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan.
iii) Puncak (Klimaks) -
“Aku” berhadapan dengan Midun dan menganggap Midun memerlinya. Dia semakin sakit hati bila Midun merenungnya. Dia pun menampar Midun sehingga Midun hampir-hampir terduduk.
-
Midun kelihatan merajuk dan menangis.
-
“Aku” semakin sakit dan ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.
iv) Penurunan -
Midun menjenguk tingkap Wad Kelas 3 di mana “Aku” terlantar sakit.
-
“Aku” memanggil Midun. Midun memegang tangan “Aku” yang bengkak dan mengusap-ngusapnya.
-
“Aku” mengusap kepala Midun dan Midun menangis di paha “Aku”.
-
Midun memberikan sebiji limau mandarin kepada gurunya yang terlantar sakit itu.
-
Bapa Midun datang dan menjelaskan keinginan Midun memberikan limau mandarin kepada gurunya.
7
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen
v) Penyelesaian “Aku” berasa terpukul dan malu dengan sikap Midun yang prihatin itu. Dia pun berazam akan memberikan perhatian yang lebih terhadap Midun bila dia pulang ke sekolah nanti.
B) Unsur Plot 1. Monolog Dalaman “Aku” merungut sendirian tentang sikapnya yang negatif terhadap pelajarnya.
“Aku sendiri tidak tahu, mengapa aku benci dan meluat tak bersebab… Aku bukan tak tahu sifat yang aku miliki ini sangat buruk, tidak islamik, kotor dan tamak.” (hal. 12) “Aku” juga meluahkan kehairanannya tentang perasaan dendamnya terhadap Midun.
“Tuhan! Sesungguhnya aku menaruh dendam kepada murid ini. Tuhan! Sesungguhnya aku cukup benci kepada kanak-kanak bernama Midun ini. Mengapa Tuhanku?” (hal. 14)
2. Imbas Muka “Aku berazam akan menempatkan Midun di bangku paling depan dalam kelas nanti apabila kembali ke sekolah. (hal.25)
Hal ini menunjukkan Midun akan dapat perhatian dan layanan yang lebih baik oleh gurunya kelak.
3. Suspens (Ketegangan) “Aku” sendiri tertanya-tanya tentang punca perubahan sikap Midun yang asyik merenungi dirinya yang sedang kesakitan itu.
“Celaka! Apa mimpi dan apa perubahan Midun yang selama ini tidak pernaha masuk awal, tiba-tiba pagi ini dia sudah ada di kerusinya. Kepalanya tidak lagi terkulai di meja dan tidak pula nampak mengantuk. Midun aku lihat tegak bagaikan ditiup semangat baru ingin belajar. Dia memerhati setiap langkahku dan kemudian tunduk apabila melihat aku mengampu tanganku yang tertikam paku payung kelmarin.” (hal.19)
4. Kejutan 8
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen Midun mengesat darah “Aku” yang menitis di lantai dengan sapu tangannya. (hal.18) Midun menziarahi “Aku” di hospital. (hal. 22) Midun memberikan “Aku” sebiji limau mandarin. (hal.24)
Tindakan Midun ternyata di luar dugaan “Aku” dan pembaca.
5. Dialog Dialog di antara bapa Midun dan “Aku” menjelaskan sikap Midun yang ingin melawat gurunya di hospital. (hal.24)
6. Pemerian Keadaan di hospital digambarkan menggunakan teknik deskriptif.
“aku di katil hospital kelas tiga, yang terdedah kepada angin dan kebisingan oleh kerana hospital ini tidak ada kelas satu atau dua. Di belakang katilku, di sebelah luar ada pagar dawai yang sudah roboh.” (hal.21)
LATAR a) Latar Masa - Minggu kesepuluh “Aku” mengajar Midun - Cerita ini berlaku selama 2 hari.
HARI PERTAMA Waktu pagi : waktu pembelajaran di sekolah Selepas waktu persekolahan: “Aku” ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
HARI KEDUA Waktu pagi :”Aku” menampar Midun. Selepas waktu persekolahan: “Aku” ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Selepas Asar : “Aku” diberi suntikan dan Midun serta bapanya datang menziarahi “aku”.
b) Latar Tempat - Bilik Darjah (untuk pelajar-pelajar yang berusia enam tahun) i) Di meja Midun Midun masuk ke kelas lambat dan tidak memberi salam. Dia kemudian duduk di mejanya seperti mahu tidur.
9
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen
ii) Di bahagian depan bilik darjah “Aku” menyuruh Midun membaca huruf pada kad huruf, Midun tidak mempedulikannya. Midun ditampar “aku”.
iii) Di sisi meja guru “Aku” marah dan menampar meja sehingga terluka akibat terkena paku payung. - Hospital “Aku” ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana tangannya bengkak terkena paku payung. Dia dibenarkan pulang selepas menerima rawatan. - Wad Kelas 3 (di belakang katil sebelah luar ada pagar dawai yang telah roboh) “Aku” dimasukkan ke wad ini kerana sakitnya semakin menjadi-jadi. Midun datang melawatnya dan memberinya sebiji limau mandarin.
c) Latar Masyarakat 1. Masyarakat pendidik “Aku” sebagai guru telah mengajar membaca dan menulis di sebuah kelas yang mempunyai 34 orang pelajar yang berusia 6 tahun.
2. Masyarakat anak-kanak yang suka menolong Rahmat, Taha dan Jalil sering membantu Midun dengan menuntunnya ke kantin dan makan bersama-samanya. Rahmat juga berusaha memujuk Midun yang merajuk akibat ditampar guru mereka.
3. Masyarakat yang berbudi bahasa Midun dan bapanya telah menziarahi “Aku” di hospital dan memberikan sebiji limau mandarin sebagai buah tangan.
4. Masyarakat yang menghormati guru Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar “Aku”. Mereka mengucap salam dan mengikut arahan guru sewaktu di kelas. Midun, walaupun dianggap kurang beradab tetapi dia jelas amat menghormati gurunya itu.Dia telah menziarahi “Aku” di hospital kerana prihatin dengan keadaan gurunya yang sakit. Bapa Midun
10
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen juga dilihat sebagai contoh ibu bapa yang menghormati guru. Dia datang menziarahi “Aku” semasa menjemput Midun pulang.
5. Masyarakat yang cepat mempunyai sebelum memahami hal sebenar
prasangka
buruk
“Aku” membenci Midun kerana sikapnya yang tidak mahu belajar. Oleh kerana keadaan fizikal Midun yang menjengkelkan, “Aku” membuat tanggapan yang Midun bodoh dan lembap. Namun, akhirnya dia sedar Midun merupakan murid yang amat memerlukan lebih banyak perhatian daripada murid lain.
6. Masyarakat yang menginsafi segala kesilapan “Aku” menginsafi sikapnya yang negatif terhadap Midun dan berazam memperbaiki keadaan dan tanggapan buruknya itu selepas dia keluar dari hospital.
WATAK DAN PERWATAKAN AKU Seorang guru di sebuah sekolah rendah di mana murid-murid baru berusia 6 tahun. Penghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Penyakit darah tingginya sudah dihidapi selama dua tahun. Seorang yang panas baran. Hal ini terbukti layanan kasar yang dia berikan pada Midun. Dia sering memarahi, menengking dan menyindir Midun. Selain itu, dia juga pernah mengheret Midun ke depan kelas seperti kambing mati dan menonyohkan kad huruf di muka Midun. Dia juga pernah menampar Midun di dalam kelas kerana sikap Midun yang dianggapnya biadap. Tidak pandai mengawal perasaan sehingga mencederakan diri sendiri dan orang lain. Oleh kerana dia tidak dapat menahan kemarahannya terhadap Midun, dia menghentakkan tangannya di meja dan terkena paku payung sehingga tangannya luka. Kemudian, dia menampar Midun kerana terlalu geram dengan reaksi Midun yang bersahaja melihat dirinya dalam kesakitan. Seorang yang mempunyai prasangka buruk terhadap orang lain. Dia sangat membenci Midun kerana Midun tidak mahu menurut arahannya, mempunyai fizikal yang jelek dan agak menjijikkan. Seorang guru yang memahami kewajipannya untuk mendidik. Namun, dia tidak mahir menggunakan pendekatan yang sesuai untuk mengajar
11
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen muridnya supaya berjaya. Dia berasa wajib untuknya mengajar Midun membaca tetapi dia menggunakan pendekatan yang sangat kasar dan tidak sesuai dengan kanak-kanak istimewa seperti Midun yang amat memerlukan pendekatan yang lebih lembut dan mesra. Seorang individu yang tidak mempunyai ketabahan dan kegigihan. Walaupun dia cuba mengajar Midun dan mengambil berat tentang dirinya, dia sebagai guru cepat berputus asa bila melihat kerenah Midun yang acuh tak acuh itu. Dia tidak tabah menghadapi cabaran, iaitu kerenah murid-muridnya dan terlalu cepat mengalah kepada perasaan sehingga terus membenci Midun. Seorang yang keras hati dan pendendam. Dia tidak kasihan melihat Midun menangis akibat ditamparnya. Dia sangat mendendami Midun kerana Midun telah menyukarkan tanggungjawabnya mengajar. Seorang yang menyedari kesilapannya dan mahu memperbaiki keadaan. Setelah dia sedar yang Midun prihatin tentang keadaan dirinya, dia terus berazam untuk mengubah tanggapannya dan mahu membantu Midun.
MIDUN Seorang murid Tahun Satu yang berusia enam tahun. Anak seorang tukang cuci dan pengangkut sampah di hospital. Ibunya pula seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Anak kedua daripada lima beradik dan tinggal di sebuah rumah sewa berhampiran pagar sekolah. Mempunyai beberapa kecacatan fizikal. Dia mempunyai bibir atas yang rabit sebelah sejak lahir. Tangannya hanya mempunyai tiga jari tanpa kuku. Gusinya ditumbuhi gigi jongang yang jarang-jarang. Rambutnya kemerah-merahan, lurus dan tidak bersikat.
Dia juga dikategorikan sebagai seorang murid yang lembap.Dia tidak tahu membaca dan menulis. Selain itu, dia juga dianggap sebagai seorang murid yang pendiam dan pasif. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap arahan gurunya untuk membaca. Dia juga diam sahaja dan tidak melawan bila diperlakukan dengan kasar oleh gurunya. Kurang beradab. Dia sering datang lewat ke sekolah dan akan masuk ke kelas secara diam-diam tanpa mengetuk pintu dan memberi ucap salam. Dia tidak mengendahkan gurunya dan akan duduk di meja. Akibatnya, dia sangat dibenci oleh gurunya
12
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen Seorang budak yang pengotor dan sering membuat perkara-perkara yang menjijikan. Dia sering kelihatan menjilat-jilat tubir hidungnya yang masih berhingus. Air liurnya juga dibiarkan jatuh ke lantai. Seorang budak yang agak sensitif. Dia merajuk bila dia ditampar gurunya. Dia tidak mahu mengikuti sahabatnya ke kantin dan menjauhkan dirinya bila Rahmat, sahabatnya mahu menarik tangannya ke kantin sambil memujuknya. Dia juga menangis selepas ditampar. Selain itu, sikap sensitifnya juga tergambar bila dia merenung tangan gurunya yang cedera akibat terkena paku payung. Seorang budak yang penyayang dan mempunyai rasa simpati. Dia melawat gurunya di hospital dan membawa sebiji limau mandarin untuknya. Perasaan sayang terhadap gurunya juga terpancar bila dia mengusap-ngusap tangan gurunya yang bengkak lalu menangis.
AYAH MIDUN Seorang tukang cuci dan pengangkut sampah di hospital. Bapa kepada lima orang anak. Seorang bapa yang prihatin dan penyayang. Dia tahu kepentingan pelajaran dan berusaha menyekolahkan Midun walaupun Midun kurang upaya. Dia sendiri yang menghantar Midun ke sekolah setiap hari. Dia juga tidak suka mengecewakan anaknya. Dia melaksanakan kehendak Midun yang menyuruhnya membelikan sebiji limau mandarin untuk diberikan kepada gurunya. Seorang individu yang pelembut. Dia tidak berkelakuan kasar terhadap Midun. Pendekatannya lembut. Misalnya, dia mengajak Midun pulang dari hospital dengan nada yang lembut kerana hari sudah petang.
IBU MIDUN Seorang suri rumah sepenuh masa. Seorang ibu yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang anakanaknya. Baju Midun sentiasa kelihatan agak bersih dan kasutnya juga putih. Hal ini menunjukkan ibu Midun merupakan ibu yang mengambil berat tentang pakaian anak-anaknya.
RAHMAT Rakan sekelas Midun dan merupakan ketua darjah. Baik hati dan mengambil berat tentang diri sahabatnya. Dia sering menolong Midun. Contohnya, dia memujuk Midun bila Midun ditampar
13
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen gurunya. Dia beserta rakan-rakan lain juga sering menuntun Midun ke kantin dan makan bersama-samanya. Tidak memilih kawan. Dia masih berkawan dengan Midun walaupun Midun tidak sempurna sifatnya.
JALIL Anak seorang sarjan polis dan merupakan rakan sekelas Midun. Bersimpati dengan nasib Midun. Suka menolong. Dia dan rakan-rakan lain sering sering menuntun Midun ke kantin dan makan bersama-samanya.
TAHA Anak seorang uztaz dan merupakan rakan sekelas Midun. Bersimpati dengan nasib Midun. Suka menolong. Dia dan rakan-rakan lain sering sering menuntun Midun ke kantin dan makan bersama-
SUDUT PANDANGAN 1. Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama. 2. Penulis terlibat secara langsung dalam cerpen ini kerana watak utamanya menggunakan kata ganti nama “aku”. 3. Tumpuan banyak diberikan kepada watak “Aku” dari segi latar belakang dan pergolakan perasaannya. Misalnya, “Aku” digambarkan mengalami konflik batin kerana memiliki sikap-sikap negatif. “Aku” juga digambarkan dengan jelas sebagai guru yang sedang menghidap penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan kencing manis. 4. Walau bagaimanapun, pelukisan watak-watak lain hanya menggunakan sudut pandangan orang ketiga dan terbatas kepada aspek fizikal yang tidka begitu terperinci. Watak Midun, umpamanya. Sebagai watak penting dalam cerpen ini, Midun hanya digambarkan secara lahiriah dan tidak tertumpu pada pergolakan jiwanya. Akibatnya, pembaca sukar menyelami perasaan Midun apabila Midun diterjah pelbagai tindakan kasar “aku”.
GAYA BAHASA 14
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen
1.
Simili
“Dia seorang murid yang aku anggap sebagai sampah yang tidak memberi untung.” (hal. 13) “… dengan benci memegang lengannya dan mengheretnya seperti kambing mati.” (hal. 15) “Midun aku lihat tegak bagaikan ditiup semangat baru.” (hal. 19) “Mulutnya dirapatkan seperti sudah dijahit.” (hal.19)
2.
Personifikasi
“Pandangan mata Midun Menikam pada tapak tanganku yang berdarah.” (hal. 17) “… kencing manis cukup mesra jika ditikam paku berkarat.” (hal.21) ”Aku diserang satu perasaan aneh.” (hal. 23) “… tangannya lambat-lambat meraba bibir katil.” (hal.23)
3.
Metafora
“ Dua tangannya menekan bibir kerusi.” (hal.15) “… dalam gelodak dadaku…” “… mendengar halilintar dari tekakku.” (hal.16)
4.
Sarkasme
“Sungguh haram jadah sifat aku ini.” (hal.12) “Celaka! Apa mimpi dan apa perubahan Midun yang selama ini tidak pernah masuk awal…” (hal.19)
5.
Pengulangan
“Sepagian aku menempik… suruh baca, suruh tulis, beritahu itu, beritahu ini…” (hal.13) “Dalam catatan markah ujian, ruangan Midun masih kosong, membaca kosong, menulis kosong.” (hal.14) “…aku dengan garang, dengan geram, dengan meluat dan dengan benci memegang lengannya dan mengheretnya…” (hal.15)
6.
Hiperbola
15
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen “… dalam gelodak dadaku, dalam mendidih darahku, dalam siat pedih rasaku, aku dapat menjawab sendiri…” (hal. 16) “Sebelah dunia rasa maluku.” (hal.24)
7.
Diksi (penggunaan dialek Kedah) Kedah)
“terperenyuk” (hal. 12) “ketegar” (hal. 13) “menonyohkan” (hal.16)
8.
Diksi (kata ganda)
“senyap-sepi” (hal. 17) “tawar-hambar” (hal. 18)
9.
Simpulan bahasa
“naik angin” (hal. 17)
10.
Anafora
“ Tak malu sedikit pun. Tak gentar…” (hal. 16)
NILAI • Bertanggungjawab - Sikap ingin menjalankan tugas dengan penuh kesedaran. Hal ini dapat dilihat menerusi watak ‘Aku’ yang berusaha sedaya upaya untuk mengajar Midun. • Kasih sayang - Kasih sayang bapa Midun padanya - Kasih Midun terhadap gurunya • Simpati - Simpati kepada orang yang kurang upaya seperti kawan-kawan Midun yang sentiasa prihatin terhadapnya. • Kesabaran - Kesabaran Midun jelas menunjukkan nilai ini penting untuk seseorang itu dapat mengawal perasaannya. Dia tidak marah walaupun diperlakukan secara kasar oleh gurunya.
16
Bacalah Dalam Bahasamu (Jilid A) : Cerpen
• Keinsafan - ‘Aku’ sedar akan kesilapannya mempunyai prasangka buruk terhadap Midun.
********** SEKIAN ********** Disusun oleh: Cikgu Faten Hana Bte Mustafa Maktab Rendah Tampines (2009)
17