TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.8/2014 ____________________________________ 12 OGOS 2014 (SELASA) DATARAN KIMIA IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Ogos/2014
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Janji Ditepati Terima kasih kepada pengacara majlis.
saudara
dan
saudari
Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Talib Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian.
2
MUKADIMAH
1.
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin serta limpah kurnia Nya, kita dapat meneruskan lagi Program Perhimpunan bulanan yang ke 8 , dan bagi bulan Ogos tahun 2014 ini.
2.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada En. Wong Kok Fah, Pengarah Bahagian Kesihatan Alam Sekitar (KAS) dan
warga
kerja
KAS
selaku
pengelola
perhimpunan pada kali ini.
3
3.
Pertama sekali, selamat menyambut Hari
Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua warga KIMIA yang beragama Islam. Setelah bercuti
panjang
bersama
keluarga
tercinta,
sekarang kita kembali dengan semangat baru yang lebih tulus dan murni selepas menjalani latihan jasmani
dan
rohani
selama
sebulan
untuk
menjalankan tugas dengan lebih cemerlang demi KIMIA Malaysia.
Hadirin sekalian, TRAGEDI PESAWAT MH17 4.
Belum reda dengan tragedi MH 370, dunia
sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi tragedi melibatkan pesawat milik syarikat Penerbangan 4
Malaysia (MAS) iaitu MH 17. Bukan sahaja Malaysia, malahan seluruh dunia bersedih atas kejadian tersebut. Jabatan Kimia Malaysia telah diberi mandat untuk menjalankan analisis pemprofilan DNA bagi semua waris mangsa (warga negara Malaysia) tragedi MH 17.
Pegawai dari Seksyen DNA Forensik,
Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia terlibat dalam pasukan DVI – AM (Disaster Victim Identification - Ante Mortem) yang mana diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tugas utama pasukan ini ialah mengumpul maklumat peribadi mangsa tragedi MH17 serta mendapatkan sampel
spesimen
darah
waris
bagi
ujian
pembandingan DNA. 5
Pegawai JKM diberi tanggungjawab mengambil, merekod,
menganalisis,
mengesahkan
dan
memasukkan data profil DNA waris ke dalam perisian Interpol.
Sejumlah 117 sampel darah
waris 44 mangsa MH17 dan 1 spesimen rambut mangsa MH17 telah berjaya diperolehi. Pegawai Kimia telah bertungkus lumus dan bekerja terus menerus selama 2 hari untuk menyelesaikan analisis tersebut. Pegawai-pegawai ini juga telah memasukkan
profil
DNA
ke
dalam
perisian
Interpol. Kesemua profil keluarga mangsa telah diserahkan kepada pihak Interpol yang beribu pejabat di The Hague, Belanda pada hari Sabtu (26 Julai 2014).
6
Seorang
Pegawai
Kimia
Bahagian
Forensik,
Jabatan Kimia Malaysia juga telah menyertai pasukan DVI – PM Malaysia yang juga diketua oleh
KKM
dalam
menjalankan
proses
pengenalpastian mayat mangsa MH17 bersamasama dengan pasukan forensik Belanda dan negara-negara lain. Mereka telah berada di Ukraine dan Belanda selama hampir 1 bulan. Sebahagian
daripada
anggota
pasukan
ini
(seramai 14 orang – 9 KKM, 3 PDRM, 1 ATM dan 1 JKM) telah pulang ke tanah air pada pagi Ahad, 10 Ogos 2014. Saya dan En. Baktiar Kassim, KS DNA Forensik berada di KLIA untuk menyambut ketibaan pegawai kita En. Mohd Idzwan Othman dan anggota DVI-PM lain. 7
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai Forensik yang terlibat kerana telah bertungkus lumus menyelesaikan kes ini dengan begitu berdedikasi. Semangat dan kerjasama
mereka
seharusnya
dipuji
dan
diteladani semua. Hadirin sekalian,
SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE 57
5.
Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan
Negara yang ke 57 pada 31 Ogos ini. Untuk makluman, Jabatan Kimia Malaysia akan terlibat dalam pameran sempena Minggu Kemerdekaan yang akan diadakan pada 28 Ogos sehingga 1 September 2014. Pameran ini akan diadakan di 8
Perkampungan Sains Teknologi dan Inovasi di Laman Tuanku Abdul Rahman. Diharap semua yang terlibat dalam pameran ini iaitu Bahagian Forensik, Bahagian KAS dan Bahagian IKTD telah bersedia untuk menjayakannya. Setelah 57 tahun kemerdekaan dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha
bangkit
sebagai
bangsa
bermaruah. Menjadi tanggungjawab rakyat hari ini untuk
mengenang
dan
menghayati
erti
kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar 9
kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Rakyat
perlu
cabaran
untuk
bersedia
menghadapi
memperkasa
pelbagai
bangsa
yang
merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu
dihayati
dan
diisi
dengan
memelihara
kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang
terbina
semenjak
usaha
memperolehi
kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 10
Hadirin sekalian,
MOSTI COMMERCIALISATION YEAR 2014 6.
Sempena MOSTI Commercialisation Year
(MCY) 2014 pada tahun ini, pihak MOSTI akan menganjurkan
Persidangan
&
Pameran
Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCCE 2014) di Pusat Konvensyen Shah Alam yang akan diadakan pada 13 – 15 Ogos (Rabu- Khamis) ini. Sekali lagi Jabatan Kimia Malaysia telah dijemput untuk menyertai pameran bersempena acara tersebut. Bahagian
IKTD
telah
diamanahkan
untuk
menjayakan pameran buat kali ini. Acara ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti persidangan,
bengkel,
seminar
dan
padanan 11
perniagaan, pameran/demonstrasi produk R&D, aktiviti inovasi dan kreativiti.
Hadirin sekalian,
MESYUARAT KETUA - KETUA BAHAGIAN / CAWANGAN (HOD) JKM BIL. 2/2014 7.
Mesyuarat ini dijadual pada 17 hingga 21
Ogos di Kelantan dan saya harap semua Pengarah Bahagian dan Cawangan bersedia sepenuhnya supaya mesyuarat berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang telah ditetapkan.
12
Hadirin sekalian,
HARI KELUARGA JABATAN KIMIA MALAYSIA 8.
Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Kimia
Malaysia akan menganjurkan Hari Keluarga pada 6 September depan di Taman Metropolitan, Kepong. Besar harapan saya agar semua kakitangan dapat melibatkan
diri
dalam
Hari
Keluarga
ini
memandangkan acara ini bukan sahaja percuma malah
sangat
samping
dapat
bermanfaat
untuk
mengeratkan
tali
semua.
Di
silaturrahim
antara warga Kimia, kita juga boleh beramah mesra dengan semua ahli keluarga masing – masing.
13
Hadirin sekalian,
MAJLIS BERBUKA PUASA 9.
Pada 21 Julai 2014 yang lepas pihak
PEMURNI dengan kerjasama KSKJKM serta PUSPANITA telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama
anak-anak yatim dari Pusat
Jagaan Rumah Kesayangan Petaling Jaya di perkarangan JKM. Selain itu Majlis Khatam AlQuran dan Solat Terawih juga telah diadakan. Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, saya bagi pihak Pengurusan JKM
mengucapkan
ribuan
terima
kasih.
Sumbangan ikhlas tuan/puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. 14
PENUTUP - SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
10.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, seperti
semua sedia maklum, pada 26 Ogos depan kita akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat. Diharapkan semua warga kerja JKM dapat sama-sama berganding bahu memeriahkan majlis sambutan kali ini. Gunakanlah peluang
yang
diberikan
untuk
mengeratkan
silaturrahim sesama kita.
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia, Bersama keluarga menjamu selera, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 15
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
16