NOTA ILMU HADIS Disiapkan oleh
Ustaz Ustaz Umar Muhammad Noor
Objektif: Matlamat modul ini untuk mendekatkan pelajar kepada sunnah Rasulullah s.a.w. melalui hadishadis pilihan. Ianya juga bertujuan agar pelajar terdorong menjadi seorang muttabi’yang tahu tentang sesuatu hukum beserta dalil-dalilnya. Lebih tepat lagi pelajar dapat beramal berdasarkan ilmu dan bukan bertaqlid buta seperti orang awam yang diberikan kelonggaran oleh ulama kerana tidak memiliki kemampuan untuk memahami ilmu syara’ dan dalil-dalilnya. Ianya menjelaskan bagaimana ulama memahami hadis-hadis tersebut dan bagaimana wajhud dilalah atau pengajarannya dipetik sebagai isyarat kepada sesuatu hukum. Di akhir modul ini diharapkan pelajar bertambah cinta kepada sunnah Rasulullah s.a.w. dan menyedari bahawa sesuatu hukum yang dikeluarkan oleh ulama’ adalah berlandaskan kepada dalil-dalil syarie’ dan dengan kefahaman yang betul mengikut kaedah ilmiah.
1
ISI KANDUNGAN
Judul
Halaman
BAB I : ILMU HADIS DAN SEJARAHNYA
4
A. Definisi Hadis, Sanad Dan Matan
………………………………………………….
4
B. Pembahagian Hadis
………………………………………………….
6
1. Dari Segi Penuturnya
………………………………………………….
6
2. Dari Segi Banyaknya Sanad
………………………………………………….
6
3. Dari Segi Kekuatan Hujah
………………………………………………….
7
4. Dari Segi Matan Hadis
………………………………………………….
7
………………………………………………….
7
1. Fasa Pembentukan
………………………………………………….
7
2. Fasa Kematangan
………………………………………………….
8
3. Fasa Mutaakhirin Dan Moden
………………………………………………….
10
A. Definasi Hadis Sahih
………………………………………………….
12
B. Tingkatan Hadis Sahih
………………………………………………….
15
C. Menilai Hadis Sahih
………………………………………………….
16
D. Rujukan Hadis Sahih
………………………………………………….
17
E. Makna Ucapan Al-Syafii
………………………………………………….
19
A. Hadits Lemah karena perawinya
………………………………………………….
25
B. Riwayat Majhul
………………………………………………….
26
C. Sejarah Ilmu Hadis
BAB II : MENGENAL HADIS SAHIH
Bab III: MENGENAL HADIS LEMAH
C. Hadis Lemah Karena Terputus Sanadnya
..……………………………………
30
D. Hadis Lemah karena Illat dan Syaz
………………………………………………….
32
E. Sanad yang paling lemah
………………………………………………….
34
F. Hadis Palsu
………………………………………………….
34
G. Mengenal Rujukan Hadis Lemah dan Palsu ………………………………………
35
H. Beramal dengan Hadis Lemah
36
…………………………………………………. 2
Bab IV: KAJIAN MATAN HADIS A. Kepentingan Bahasa Arab 1. Ilmu Semantik (Mufradat)
………………………………………………….
40
………………………………………………….
40
2. Ilmu Nahwu Atau Gramatika Arab
………………………………………
41
…….…………………………………………….
42
………………………………………………….
45
1. Nasikh dan Mansukh
………………………………………………….
45
2. Takhsis
………………………………………………….
46
3. Bertentangan dengan Ijmak
………………………………………………….
47
………………………………………………….
48
3. Ilmu Balagah B. Peranan Usul Fiqh
Daftar Rujukan
3
BAB I:
ILMU HADITS DAN SEJARAHNYA A. Definisi Hadits, Sanad Dan Matan Secara bahasa, hadis bermakna “ucapan” atau “perkataan” sebagaimana dalam firman Allah Swt di dalam surah al-Nisa ayat 87 : ∩∇∠∪ $ZVƒÏ‰tn «!$# zÏΒ ä−y‰ô¹r& ôtΒuρ 3
Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan (nya) dari pada Allah ? Secara istilah, kalimat hadis ini digunakan oleh para ulama hadis dengan makna “setiap apa yang disabdarkan kepada Baginda Nabi Muhammad Saw samada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan (taqrir), sifat fizikal dan akhlak, dan juga yang disandarkan kepada sahabat dan tabiin.” Dengan pengertian ini, maka hadis sinonim dengan “sunnah”, “khabar” dan “atsar”. 1 Setiap hadis terdiri daripada dua komponen asas, iaitu sanad dan matan. Sanad adalah sebutan perawi-perawi hadis yang meriwayatkan hadis ini satu persatu hingga sampai kepada Rasulullah Saw. Sementara matan adalah ucapan atau informasi yang dibawa oleh rantaian sanad tersebut.2 Untuk lebih jelas, mari kita perhatikan contoh berikut ini. Berkata Imam Al-Bukhari di dalam kitab Sahih-nya:
ﺮ ﹶﺓ ﺭﺿﻰ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻳﺮ ﻫ ﻦ ﹶﺃﺑﹺﻰ ﻋ ﺝ ﺮ ﹺ ﻋ ﻋ ﹺﻦ ﺍ َﻷ ﺩ ﺎﺰﻧ ﻮ ﺍﻟﻨﺎ ﹶﺃﺑﺪﹶﺛ ﺣ : ﺐ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻴﻌ ﺷ ﺎﺮﻧ ﺒﺧ ﹶﺃ: ﻥ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺎﻴﻤﻮ ﺍﹾﻟﺎ ﹶﺃﺑﺪﹶﺛﻨ ﺣ ﺐ ﺣ ﻰ ﹶﺃﻛﹸﻮ ﹶﻥ ﹶﺃﺣﺘ ﻢ ﺪ ﹸﻛ ﺣ ﻦ ﹶﺃ ﻣ ﺆ ﻳ ﻩ ﹶﻻ ﺪ ﻴﻧ ﹾﻔﺴِﻰ ﹺﺑ ﻯﺍﱠﻟﺬ » ﹶﻓﻮ: ﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠﺭﺳ ﹶﺃ ﱠﻥ . « ﻩ ﺪ ﻭﹶﻟ ﻭ ﻩ ﺪ ﻟﺍﻦ ﻭ ﻣ ﻪ ﻴﹺﺇﹶﻟ
1 2
Dr Nuruddin ‘Itr, Manhaj Al-Naqd fi ‘Ulumil Hadits, Damsyiq : Darul Fikr Al-Mu’asir, cet. ke-3, 1997, hal. 29. Ibid., hal. 33.
4
“Telah memberitahu kami Abul Yaman, ia berkata: telah mengkhabarkan kepada kami Syu’aib, ia berkata: telah memberitahu kami Abu Al-Zinad, dari Si Pincang (Al-A’raj), dari Abu Hurairah (semoga Allah meridainya), bahawa Nabi Saw bersabda: “Demi Yang Jiwaku Berada Di TanganNya, tidaklah beriman salah seorang kamu hingga aku menjadi orang yang lebih ia cintai daripada bapa dan anaknya.” 3 Kalau kita perhatikan, hadis ini terdiri dari dua komponen. Bahagian pertama, iatu yang saya berikan tanda garis bawah terputus-putus, adalah sanad. Ia terdiri daripada nama-nama tokoh yang meriwayatkan hadis ini dari Nabi Saw hingga ke Al-Bukhari. Sementara bahagian kedua, iaitu yang saya tandai dengan garis bawah bersambung, adalah matan. Iaitu informasi yang berbentuk ucapan berkenaan dengan kepentingan menjadikan Nabi Saw sebagai manusia yang paling utama di hati setiap mukmin. Hadis dengan kedua komponennya ini merupakan sumber hukum terpenting setelah AlQur’an sebagaimana ijmak seluruh umat Islam. Imam Abu Abdillah Al-Syafii (w. 204 H) dengan sangat jelas menegaskan perkara tersebut di dalam dua kitabnya, iaitu “Jima’ Al-‘Ilm” dan “AlRisalah”. Al-Syafi'i berkata, “Jika boleh seseorang berkata tentang ilmu khusus (khashah): semua kaum muslimin sejak dahulu hingga sekarang berijmak untuk menerima dan tunduk kepada khabar ahad, saya boleh berkata (seperti itu). Tapi saya hanya (cukup) menegaskan: saya tidak mengetahui adanya perselisihan ulama kaum muslimin tentang penerimaan khabar ahad.”4
3 4
“Sahih Al-Bukhari”, Kitab Al-Iman, bab (8) hubul Rasul minal Iman, nombor hadis (14). Muhammad bin Idris Al-Syafii, Al-Risalah, tahqiq Syeikh Ahmad Syakir, Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, hal.
457.
5
B. PEMBAHAGIAN HADIS Hadis dapat dibahagikan menjadi bebeberapa bahagian sesuai dengan sudut pandang yang berbeza-beza.
1. Dari segi Penutur Awalnya Apa yang saya maksudkan dengan penutur awal adalah orang yang menjadi penutur pertama ucapan. Dalam ilmu hadis, penutur awal itu adalah Nabi Saw, Sahabat atau generasi setelahnya. Sebuah hadis yang berisi ucapan berasal dari Nabi Saw disebut dengan istilah marfu’. Jika ianya berasal dari sahabat, disebut mawquf. Dan jika ianya berasal dari tabiin, atau orang setelahnya, maka ia disebut maqthu’.
2. Dari Segi Banyaknya Sanad Dilihat dari banyaknya jalur sanad, hadis dapat dibahagi menjadi dua tiga bahagian iaitu mutawatir dan Ahad. Mutawatir adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh sekelompok manusia yang sangat banyak di setiap jenjang periwayatan sehingga hilang kemungkinan terjadi kedustaan dan kesalahan di dalamnya. Adapun Ahad, maka ia adalah setiap hadis yang jalur sanadnya tidak sebanyak mutawatir. Bahagian ini meliputi hadis Masyhur (iaitu yang diriwayatkan oleh ramai perawi namun tidak mencapai jumlah seperti perawi mutawatir), Aziz (iaitu yang diriwayatkan oleh dua orang perawi) dan Gharib (iaitu diriwayatkan oleh satu orang sahaja).
3. Dari Segi Kekuatan Hujah Dilihat dari segi kekuatan hadis untuk menjadi hujah, maka hadis dibahagi menjadi tiga bahagian, iaitu Sahih, hasan dan dhaif. Ketiganya akan dijelaskan dengan terperinci pada bahasan nanti.
6
4. Dari segi Matan Hadis Dilihat dari segi kejelasan dan kesamaran isi matan, maka hadis dibahagi menjadi muhkam dan mukhtalif (musykil). Muhkam adalah hadis yang isinya sangat jelas sehingga dapat segera diambil hukum daripadanya. Sementara mukhtalif (atau musykil) adalah hadis yang isinya mengandungi kesamaran akibat bertembung dengan dalil-dalil yang lain.
C. SEJARAH ILMU HADIS Perkembangan ilmu hadis dapat dibahagi kepada tiga fasa penting. Masing-masing fasa memiliki karakteristik tersendiri yang berbeza dengan fasa yang lain. Ketiga fasa itu adalah:
1. Fasa Pembentukan Fasa ini bermula sejak zaman Rasulullah Saw masih hidup bersama para sahabatnya menyampaikan risalah Islam kepada dunia. Setiap ucapan dan perbuatan
Rasulullah Saw
disaksikan dan dirakam oleh para sahabat untuk menjadi model ikutan mereka di masa yang akan datang. Rasulullah Saw pun sadar bahawa hadis-hadisnya akan dihafal dan disampaikan generasi selanjutnya, oleh itu baginda membantu mereka dengan menggunakan kata-kata yang jelas, singkat dan padat (jawami’ul kalim). Pada masa ini, tidak ada kedustaan yang dilakukan atas nama baginda. Kekeliruan dan kesilapan dalam menyampaikan hadis atau memahaminya mungkin ada, namun berdusta dengan sengaja tidak pernah terjadi pada diri para sahabat Nabi Saw, apalagi yang dilakukan dalam hadis. Sejak masa jahiliah mereka memandang perbuatan berdusta merupakan tindakan yang tercela. Setelah menerima risalah Islam yang menjunjung tinggi akhlak mulia, kebencian mereka kepada sikap buruk ini semakin kukuh. Meski memiliki hadis yang sangat banyak, namun tidak semua sahabat banyak meriwayatkan hadis. Tokoh-tokoh besar sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah terlalu sibuk dengan pentadbiran negara dan tugasan jihad sehingga tidak sempat meriwayatkan hadis. Lagi pula, mereka terlalu awal meninggal dunia sehingga tidak berjumpa dengan generasi tabiin yang berhajat kepada hadis-hadis Nabi Saw. Itu sebabnya, tokoh-tokoh muda yang tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadis kepada para tabiin sambil mengajarkan mereka berbagai 7
hukum Islam lainnya. Usia mereka yang panjang memberi mereka banyak masa untuk menyampaikan berbagai hadis Nabi Saw. Tokoh sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis adalah Abu Hurairah Abdurahman bin Sakhr Al-Dawsi (5374 hadis), Abdullah bin Umar bin Al-Khattab (2630 hadis), Anas bin Malik (2286 hadis), Aisyah binte Abi Bakar Al-Siddiq (2210 hadis), Abdullah bin Abbas (1660 hadis), Jabir bin Abdillah (1540 hadis), Abu Said Al-Khudri (1170).5
2. Fasa kematangan Fasa ini bermula sejak abad pertama hingga abad ketiga hijrah, iaitu apabila riwayatriwayat palsu dan keliru mulai menyebar di kalangan masyarakat sehingga memaksa para ulama untuk mengkaji setiap riwayat yang dikatakan berasal daripada Nabi Saw. Mereka kemudian mengembangkan sebuah metod penapisan riwayat yang sangat ketat dan teliti dengan mengkaji setiap perawi dan matan hadis yang disampaikan. Al-Hafiz Al-Zahabi berkata: “Orang pertama yang menjarah dan metakdil setelah generasi sahabat adalah Al-Sya’bi (w.110 H), Ibn Sirin (w.110 H) dan seangkatan dengannya.”6 Ilmu ini terus berkembang dengan tokoh-tokoh handalannya seperti Syu’bah bin Al-Hajjaj (w.160 H), Sufyan bin Said Al-Tsauri (w.161 H), Malik bin Anas (w.179H) dan ulama-ulama yang seangkatan dengannya. Diikuti oleh murid-murid mereka seperti Abdurahman bin Mahdi (w.198 H), Yahya bin Said Al-Qattan (w.198H), Abdullah bin Al-Mubarak (w.181H), Waki bin Al-Jarrah (w. 197H), Imam Al-Syafii (w.204H)dan seangkatan dengannya. Generasi berikutnya adalah Ahmad bin Hanbal (w.241H), Ali bin Al-Madini (w.234H), Yahya bin Ma’in (w.233H); mereka lalu melahirkan generasi kemuncak dalam sejarah kritik hadis seperti Muhamad bin Ismail Al-Bukhari (w.256H), Muslim bin Al-Hajjaj (w.261H), Abu Zur’ah Al-Razi (w.264H) dan Abu Hatim Al-Razi (w.277H), Abu Dawud Al-Sujistani (w.275H), dan Abu Isa AlTirmidzi (w.279H). Generasi selanjutnya adalah Abu Abdurahman Al-Nasa’I (w.303H), Abu Ishaq Ibn Khuzaimah (w.311H), Ibn Hibban Al-Busti (w.354H), Abu Ahmad Ibn ‘Adi (w.365H), Abu AlHasan Al-Daruquthni (w.385H), dan lain-lain.
5
Abdurahman bin Abu Bakar Al-Suyuti, Tadrib Al-Rawi, tahqiq Muhd Ayman Al-Subrawi, Kairo: Dar Al-Hadits, hal. 483-484. 6 Muhammad bin Ahmad Al-Dzahabi, Dzikru Man Yu’tamadu Qauluhu Fi Al-Jarh Wa Al-Tadil, tahqiq Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Beirut: Maktab Al-Mathbu’at Al-Islamiah, hal. 159.
8
Pada masa ini juga terjadi upaya mengumpulkan hadis-hadis Nabi Saw yang dipelopori oleh Abu Bakar bin Hazm (w.H) dan Ibn Syihab Al-Zuhri (w.124 H). Mereka melakukannya atas perintah daripada Khalifah saleh Umar bin Abdul Aziz (w.101 H). Upaya ini dilanjutkan oleh muridmurid mereka di berbagai negeri seperti Imam Malik (w.179H) di Madinah, Al-Tsauri (w.161H) di Kufah, Hammad bin Zaid (w.179H) di Basrah, Al-Awza’i (w.157H) di Syam dan lain-lain. Upaya ini lalu disempurnakan pada masa generasi Imam Ahmad bin Hanbal (w.241H) dan murid-muridnya sehingga tidak ada satu hadispun yang tertinggal dari perhatian para ulama pada masa itu. Imam Al-Baihaqi berkata: “Maka barangsiapa yang meriwayatkan pada hari ini sebuah hadis yang tidak diketemukan pada (kitab-kitab) mereka maka ianya tidak dapat diterima.”7
3. Fasa Mutaakhirin dan Moden Fasa ini bermula sejak abad keempat hijrah hingga abad moden saat ini. Fasa ini disebut masa mutaakhirin untuk membezakan dengan fasa sebelumnya yang dikenal juga dengan istilah fasa mutaqaddimin. Jika dibandingkan fasa ini dengan fasa sebelumnya, maka ilmu hadis pada fasa ini mengalami banyak kemunduran. Kepakaran dan ketelitian dalam menilai status hadis sangat jarang dimiliki oleh para ulama pada saat itu. Perhatian mereka sebahagian besarnya ditujukan kepada sekedar meriwayatkan hadis dengan sanadnya sahaja tanpa menguasai ilmu kritik sanad dan matan. Meski begitu, pada masa ini terdapat juga sekumpulan ulama yang sangat hebat di dalam hadis. Mereka menguasai kemampuan tinggi dalam ilmu hadis namun tentu sahaja tidak dapat mengalahkan ketelitian ulama-ulama pada fasa sebelumnya. Seringkali terjadi, sebuah hadis yang telah ditetapkan status hukumnya (samada sahih ataupun lemah) oleh ulama fasa sebelumnya dipertikaikan oleh ulama-ulama pada fasa ini. Pertikaian ini sering disebut sebagai ikhtilaf mutaqaddimin dan mutaakhirin. Dan selalunya hukum dan manhaj (metod) ulama mutaqaddimin lebih tepat daripada hukum mutaakhirin. Tokoh-tokoh utama dari kalangan ahli hadis fasa ini antara lain adalah Dhia Al-Maqdisi, AlMunziri, Ibn Al-Solah (w.H), An-Nawawi (w.H), Ibn Daqiq Al-‘Ied (w.H), Taqiyuddin Al-Subki (w.H) dan anaknya Tajuddin Al-Subki (w.H), juga Syeikhul Islam Ibn Taymiah (w.H) dan murid-muridnya seperti Al-Hafiz al-Dzahabi (w.H), Ibn Al-Qayyim (w.H), Ibn Katsir (w.H), Ibn Abdil Hadi (w.H) dan 7
Ahmad bin Husein Al-Baihaqi, Manaqib Imam Al-Syafii, tahqiq Syed Ahmad Saqr, Kairo: Maktabah Dar Al-Turats, jilid ke-2, hal. 321.
9
yang seangkatan dengannya. Diikuti oleh Imam Al-‘Iraqi w.806H, Nuruddin Al-Haitsami w. 807H, Al-Bushiri w. 840H, Quthlubugha w. 879H, dan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (w.H) beserta muridmuridnya seperti Al-Sakhawi (w. w. 902H ) dan Al-Suyuthi w. 911 H. Fenomena ini terus berlanjut hingga beberapa abad setelah itu dengan tokoh-tokoh hadis terkenal seperti Syeikh Muhammad Zahid Al-Kautsari w.1371H, Syeikh Ahmad Syakir w. 1377 H, Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Ghumari w.1377 H, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah w. 1417H, Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani w. 1420 H, dan Syeikh Dr Nuruddin ‘ Itr (semoga Allah panjangkan usianya). Pada masa moden saat ini, abad ke-15 hijrah, ilmu hadis menyaksikan berbagai upaya untuk mengembalikan rujukan kritik hadis kepada ulama-ulama mutaqaddimin yang terkenal ketelitiannya. Projek ini diterajui oleh Dr Hamzah Al-Malyabari dan beberapa tokoh hadis lainnya, termasuk guru saya Syeikh Riyad Al-Khiraqi di Damsyiq. Meskipun mendapat tentangan hebat pada permulaannya, projek ini mulai mendapat sambutan dari kalangan akademisi dan peneliti kajian hadis dari berbagai universiti di Timur Tengah. Semoga semakin ramai para peneliti dan pengkaji hadis yang kembali kepada manhaj ini agar ilmu hadis dapat hidup semula.
10
BAB II: MENGENAL HADIS SAHIH
A. Definasi Hadis Sahih Al-Hafiz Ibn Solah mendefinasikan hadis sahih sebagai berikut:
ﻂ ﻀﺎﹺﺑ ﺪ ﹺﻝ ﺍﻟ ﻌ ﻋ ﹺﻦ ﺍﻟ ﻂ ﻀﺎﹺﺑ ﺪ ﹺﻝ ﺍﻟ ﻌ ﻨ ﹾﻘ ﹺﻞ ﹾﺍﻟﻩ ﹺﺑ ﺩ ﻨﺎﺳ ﺼ ﹸﻞ ﹺﺇ ﺘﻳ ﺬﻱ ﺪ ﺍﱠﻟ ﻨﺴ ﺚ ﺍ ﹸﳌ ﻳ ﹸﺪ ﳊ ﻮ ﺍ ﹶ ﻬ ﺢ ﹶﻓ ﻴﺤ ﺼ ﺚ ﺍﻟ ﻳ ﹸﺪ ﳊ ﻣﺎ ﺍ ﹶ ﹶﺃ ﻓﻬﺬﺍ ﻫﻮ ﺍﳊﺪﻳﺚ ﺍﻟﺬﻱ ﳛﻜﻢ ﻟﻪ ﺑﺎﻟﺼﺤﺔ ﺑﻼ ﺧﻼﻑ ﺑﲔ ﺃﻫﻞ... ﻼ ﻌﱠﻠ ﹰ ﻣ ﻭ ﹶﻻ ﺫﺍ ﺷﺎ ﻮ ﹸﻥ ﻳ ﹸﻜ ﻭ ﹶﻻ ﻩ ﻬﺎ ﺘﻨﻣ ﱃ ﹺﺇ ﹶ . ﺃﻧﻪ ﺍﺗﺼﻞ ﺳﻨﺪﻩ ﻣﻊ ﺳﺎﺋﺮ ﻟﻸﻭﺻﺎﻑ ﺍﳌﺬﻛﻮﺭﺓ: ﻓﻤﻌﻨﺎﻩ، ﻫﺬﺍ ﺣﺪﻳﺚ ﺻﺤﻴﺢ: ﻭﻣﱴ ﻗﺎﻟﻮﺍ... ﺍﳊﺪﻳﺚ ﻭﻟﻴﺲ ﻣﻦ، ﺇﺫ ﻣﻨﻪ ﻣﺎ ﻳﻨﻔﺮﺩ ﺑﺮﻭﺍﻳﺔ ﻋﺪﻝ ﻭﺍﺣﺪ، ﻭﻟﻴﺲ ﻣﻦ ﺷﺮﻃﻪ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻘﻄﻮﻋﹰﺎ ﺑﻪ ﰲ ﻧﻔﺲ ﺍﻷﻣﺮ ﻓﻠﻴﺲ، ﺇﻧﻪ ﻏﲑ ﺻﺤﻴﺢ: ﻭﻛﺬﻟﻚ ﺇﺫﺍ ﻗﺎﻟﻮﺍ ﰲ ﺣﺪﻳﺚ. ﺍﻷﺧﺒﺎﺭ ﺍﻟﱵ ﺃﲨﻌﺖ ﺍﻷﻣﺔ ﻋﻠﻰ ﺗﻠﻘﻴﻬﺎ ﺑﺎﻟﻘﺒﻮﻝ ﺃﻧﻪ ﱂ ﻳﺼﺢ: ﻭﺇﳕﺎ ﺍﳌﺮﺍﺩ ﺑﻪ، ﺇﺫ ﻗﺪ ﻳﻜﻮﻥ ﺻﺪﻗﹰﺎ ﰲ ﻧﻔﺲ ﺍﻷﻣﺮ، ﺫﻟﻚ ﻗﻄﻌﺎ ﺑﺄﻧﻪ ﻛﺬﺏ ﰲ ﻧﻔﺲ ﻷﻣﺮ . ﻭﺍﷲ ﺃﻋﻠﻢ، ﺇﺳﻨﺎﺩﻩ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺸﺮﻁ ﺍﳌﺬﻛﻮﺭ “Adapun hadis sahih, maka ia adalah hadis musnad yang bersambung sanadnya dengan perawi adil lagi dhabt, dari perawi yang adil lagi dhabt, begitu hingga akhirnya, tanpa syadz dan illat… Maka ini adalah hadis yang dinilai sahih tanpa khilaf di kalangan ahli hadis… Apabila mereka berkata: ini hadis sahih, maka maknanya ia bersambung sanadnya bersama seluruh syarat-syarat yang telah disebutkan. Dan bukan sebahagian daripada syarat (sahih) itu mesti benar di dalam hakikatnya (maqtu’bihi fi nafsil amr). Sebab sebahagian daripadanya diriwayatkan oleh hanya satu orang perawi yang ‘adl sahaja, dan itu bukan termasuk hadis-hadis yang disepakati oleh umat untuk diterima. Begitu juga, apabila mereka berkata: ini hadis tidak sahih, maka bukan bermakna ia adalah dusta dalam hakikatnya, sebab boleh jadi dia benar secara faktanya. Maksud daripada ucapan ini adalah hadis ini tidak sahih sanadnya sesuai dengan syarat-syarat yang telah disebutkan. Wallahu a’lam.”8
8
Lihat Usman bin Abdurahman Ibn Solah Al-Syahrazuri , 'Ulum Al-Hadits, tahqiq Dr Nuruddin ‘Itr, Damsyiq: Dar Al-Fikr, 2002, hal.11.
11
Dari ucapan ini, kita dapat menyimpulkan syarat-syarat yang mesti dipenuhi dalam hadis yang disepakati kesahihannya oleh seluruh ahli hadis. Syarat-syarat itu adalah: •
Bersambung sanad, artinya setiap perawi yang tercantum namanya di dalam sanad berjumpa dengan perawi yang namanya disebutkan sebelumnya, hingga kepada Nabi Saw.
•
Setiap perawi wajib bersifat ‘adil, yakni “kepribadian (malakah) yang mendorong seseorang untuk menjaga ketakwaan dan meruah”. Ahli hadis mengajukan lima syaratsyarat yang jika terdapat dalam diri seseorang maka ia dinilai 'adl, yaitu: beragama Islam, berakal, baligh, lepas dari sifat-sifat fasik dan perusak meruah. 9
•
Selain ‘adil, perawi juga wajib bersifat dhabt, iaitu “selalu sadar dan tidak pernah lalai, mengingat haditsnya jika ia meriwayatkan dari hafalan, menjaga kitabnya jika ia meriwayatkan dari kitab, dan mengetahui perbedaan kata-kata Arab jika ia meriwayatkan hadits dengan maknanya.”10
•
Tidak ada syaz, artinya sanad atau matan hadis tidak bercanggah dengan riwayat lain yang lebih kuat. Sebab percanggahan dengan sumber yang lebih kuat menunjukkan terjadinya kekeliruan di dalam riwayat tersebut.
•
Tidak ada illat, maknanya tidak terdapat sesebuah penyakit yang sangat halus di dalam hadis itu yang dapat merusak kesahihan hadis.
Ini adalah kriteria hadis sahih yang disepakati, ertinya setiap hadis yang memenuhi semua syarat-syarat ini dinilai sahih oleh ahli hadis. Selain itu, ahli hadis berbeza pendapat dalam menetapkan sebahagian syarat-syarat yang lain sehingga mengakibatkan perselisihan di dalam menilai kesahihan suatu riwayat. Perkara ini telah dijelaskan Ibn Solah, “Dan kadang kala mereka berselisih dalam kesahihan sesebuah hadis akibat perselisihan mereka akan wujudnya sebahagian sifat-sifat ini di dalamnya, atau akibat perselisihan mereka dalam mensyaratkan sebahagian daripada sifat-sifat ini seperti sifat mursal.11 Hadis mursal adalah hadis yang sanadnya terputus di tingkatan (tabaqat) sahabat Nabi Saw. Sebahagian ahli hadis tetap menilai sahih sanad seperti ini dengan beralasan bahawa seluruh sahabat Nabi Saw disepakati jujur, maka kesamaran identiti mereka tidak menjejaskan kesahihan sesuatu riwayat. Demikian adalah pendapat ramai ahli hadis dan fiqah sebelum AlSyafii seperti Abu Hanifah, Malik, Al-Awza’i dan lain-lain. Sebahagian ahli hadis yang lain menilai 9
Dr. Nuruddin 'Itr , Ushul Al-Jarh wa Al-Ta'dil, ttp., 2001, hal. 54. Ibn Solah, op. cit., hal. 104. 11 Ibn Al-Solah, ibid., hal. 14. 10
12
lemah hadis mursal sebab keterputusan itu membuka kemungkinan bahawa yang tergugur bukan hanya sahabat Nabi Saw, namun juga orang lain dari kalangan tabiin. Ini adalah pendapat majoriti ulama hadis yang disokong oleh Imam Al-Syafii, Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.12
Selain permasalahan ini, masih banyak kriteria kesahihan hadis lain yang menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli hadis sejak ratusan tahun yang lalu. Perkara-perkara yang diperselisihkan itu antara lain berkaitan dengan tambahan (ziyadat)
perawi tsiqat, sanad yang bercelaru
(mudhtarib), syarat-syarat ‘adalah perawi, dan lain-lain.13 Masing-masing pakar seperti Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmidzi, dan ulama-ulama lain dari kalangan mutaqaddimin; begitu juga Ibn Al-Solah, Ibn Hajar, Al-Albani dan lain-lain dari kalangan mutaakhirin dan moden, memiliki “mazhab” tersendiri di dalam menghadapi semua permasalahan ini. Mazhab-mazhab ini tentu sahaja akan membawa kesan yang sangat kentara di dalam mekanisma kritik masing-masing ulama ini apabila menilai kesahihan sesuatu hadis.
B. Tingkatan Hadis Sahih Imam abu Abdillah Al-Hakim Al-Naisaburi membagi hadis sahih menjadi sepuluh tingkatan, lima daripadanya disepakati kesahihannya dan lima yang lain diperselisihkan.14 Kesepuluh tingkatan itu adalah:
a. Hadis yang diriwayatkan oleh para perawi yang masyhur di tingkatan sahabat, tabiin dan seterusnya. b. Hadis yang bersambung dengan para perawi yang terpercaya hingga ke seorang sahabat Nabi Saw yang tidak memiliki murid kecuali satu orang sahaja seperti Urwah bin Mudharris, Umair bin Qatadah, Abu Laila Al-Ansari dan lain-lain. c. Hadis yang diriwayatkan oleh seorang tabiin yang tidak memiliki murid kecuali satu orang seperti Muhammad bin Hunain, Abdurahman bin Farrukh, Abdurahman bin Ma’bad, Ziyad bin Al-Harith dan lain-lain.
12
Lihat perselisihan ahli hadis tentang mursal misalnya dalam Al-Hafiz Yusuf bin Abdillah Ibn ‘Abdil Bar, AlTamhid lima fi Al-Muwattha min al-Ma’ani wa Al-Masanid, tahqiq Mustafa bin Ahmad Al-Alawi et. al., Marokko: Wizarah Al-Awqaf, jilid 1 hal. 4. 13 Lebih lanjut sila lihat Al-Hafiz Muhammad bin Abdurahman Al-Sakhawi, Fath Al-Mughits bi Syarh Alfiat AlHadits, tahqiq Syeikh ‘Ali Husein ‘Ali, Beirut: Dar ‘Alam Al-Kutub, 2003, jilid 1 hal. 16, dan Jalaluddin Al-Suyuti, Tadrib Al-Rawi, op. cit., hal. 51. 14 Lihat Al-Naisaburi, Al-Madkhal ila Ma’rifat Kitab al-Iklil, tahqiq Mu’taz al-Khatib, Damsyik: Dar Al-Fayha, 2001, hal. 48- 82.
13
d. Hadis yang hanya diriwayatkan oelh satu orang perawi sahaja dan tidak ada jalur lain yang menyokongnya, atau dikenal dengan gharib sahih. e. Hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi dari bapanya dari datuknya, dan tidak ada yang meriwayatkan hadis ini melainkan daripada jalurnya. Seperti hadis riwayat ‘Amr bin Syu’aib dari bapanya (Syuaib bin Muhammad) dari datunya (Abdullah bin ‘Amr), juga Bahz bin Hakim dari bapanya (Hakim bin Muawiyah) dari datunya (Muawiyah bin Haydah), juga Iyas bin Muawiyah dari bapanya (Muawiyah bin Qurrah) dari datunya (Qurrah bin Abdilla Al-Muzani). f. Hadis Mursal menurut orang yang mensahihkannya. g. Riwayat ahli tadlis menurut sebahagian ulama Kufah. h. Hadis yang diperselisihkan sanadnya antara muttasil dan mursal, disahihkan menurut mazhab fuqaha. i.
Riwayat para perawi yang tidak mengusai dan menghafal hadis-hadisnya, disahihkan oleh ulama hadis mutaakhirin.
j.
Riwayat ahli bid’ah, disahihkan oleh sebahagian ahli hadis jika mereka terbukti jujur.
C. Menilai Hadis Sahih Menilai sesebuah hadis bukan perkara mudah yang dapat dilakukan semua ulama, apalagi orang biasa. Sebab diperlukan ketelitian dan pengamatan yang tinggi untuk menyingkap ‘illat yang terdapat di dalam hadis agar tidak tersilap mensahihkan hadis yang sebenarnya lemah. Berkata Imam Abu Abdillah Al-Hakim:
ﻦ ﻣ ﻉ ﻮ ﹺ ﻨﻬ ﹶﺬﺍ ﺍﻟ ﻟ ﺲ ﻴﻭﹶﻟ ، ﻉ ﻤﺎ ﹺ ﺴ ﺓ ﺍﻟ ﺮ ﻭ ﹶﻛﹾﺜ ﻆ ﳊ ﹾﻔ ﻭﺍ ﻬ ﹺﻢ ﻑ ﹺﺑﺎﻟ ﹶﻔ ﺮ ﻌ ﻳ ﻤﺎ ﻧﻭﹺﺇ ، ﻂ ﻪ ﹶﻓ ﹶﻘ ﹾ ﺘﻳﻭﺍ ﻑ ﹺﺑ ﹺﺮ ﺮ ﻌ ﻳ ﺢ ﹶﻻ ﻴﺤ ﺼ ﺇ ﱠﻥ ﺍﻟ ﻩ ﺬ ﻫ ﻣﹾﺜ ﹸﻞ ﺪ ﻭ ﹺﺟ ﹶﻓﹺﺈ ﹶﺫﺍ، ﺚ ﺪﻳ ﳊ ﺔ ﺍ ﹶ ﻋﱠﻠ ﻦ ﻣ ﺨ ﹶﻔﻰ ﻳ ﻣﺎ ﺮ ﻬ ﻴ ﹾﻈﻟ ﺔ ﻌ ﹺﺮﹶﻓ ﻭﺍﳌ ﻬ ﹺﻢ ﻫ ﹺﻞ ﺍﻟ ﹶﻔ ﺓ ﹶﺃ ﺮ ﻣ ﹶﺬﺍ ﹶﻛ ﻦ ﻣ ﺮ ﻮ ﹲﻥ ﹶﺃ ﹾﻛﹶﺜ ﻋ ﻌ ﹾﻠ ﹺﻢ ﺍﻟ ﺚ ﺪﻳ ﳊ ﺐﺍﹶ ﺣ ﺻﺎ ﻡ ﻠ ﹴﻢ ﹶﻟ ﹺﺰﺴ ﻣ ﻭ ﻱ ﺨﺎ ﹺﺭ ﺒﻴ ﹺﻦ ﺍﻟﻣ ﻣﺎ ﺑﻲ ﺍ ِﻹﺘﺎﻛ ﻓﻲ ﺔ ﺟ ﺮ ﺨ ﻣ ﺮ ﻴﺔ ﹶﻏ ﺤ ﻴﺤ ﺼ ﺪ ﺍﻟ ﻴﺳﺎﹺﻧ ﺚ ﹺﺑﺎ َﻷ ﻳﺩ ﺣﺎ ﺍ َﻷ . ﻪ ﺘﻋﱠﻠ ﺮ ﻬ ﺘ ﹾﻈﻟ ﻪ ﺔ ﹺﺑ ﻌ ﹺﺮﹶﻓ ﻫ ﹺﻞ ﺍﳌ ﺮ ﹸﺓ ﺃ ﻣ ﹶﺬﺍ ﹶﻛ ﻭ ، ﻪ ﺘﻋﱠﻠ ﻋﻦ ﺮ ﻴﻘ ﻨﺘﺍﻟ
14
“Sesungguhnya hadis sahih tidak dapat diketahui dengan riwayatnya sahaja, akan tetapi ianya diketahui dengan pemahaman, hafalan dan sering mendengarkan (hadis). Dan tidak ada yang membantu cabang imu yang satu ini selain sering-sering bermuzakarah dengan pakar yang paham dan mengerti agar tersingkap illat-nya. Maka apabila ditemukan hadis-hadis dengan sanad yang sahih, namun tidak terdapat di dalam kitab Al-Bukhari dan Muslim, seorang ahli hadis wajib berusaha mencari illat-nya, dan bermuzakarah dengan para pakar agar terlihat illat tersebut.” 15
Dan dalam perkara ini, ahli hadis mutaqaddimin lebih menguasai daripada mutaakhirin, apalagi ulama kontemporari. Apabila didapati seorang ulama mutaakhirin, atau kontemporari, menilai suatu hadis yang bertentangan dengan penilaian ulama mutaqaddimin, maka kita mesti mentarjih penilaian mutaqaddimin. D. Rujukan Hadis Sahih Hadis-hadis sahih telah dikumpulkan oleh para ahli hadis sejak zaman ulama mutaqaddimin. Saya akan menyebutkan beberapa tokoh yang melakukan hal itu beserta kitab-kitabnya: a. Tokoh yang terkenal paling awal dalam melakukan perkara ini adalah Imam Malik bin Anas (w.179H) dalam kitabnya Al-Muwatta ()ﺍﳌﻮﻃﺄ. Beliau menapis ribuan hadis-hadis yang dimilikinya dan hanya memasukkan hadis yang benar-benar sahih sahaja di dalam kitabnya ini. Berkata Imam Al-Syafii: “Tidak ada di bawah langit ini kitab yang lebih sahih daripada Muwatta Malik.”16 b. Tugas ini kemudian dilanjutkan oleh Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (194 – 256 H) dalam kitabnya yang bertajuk “Al-Jami’ Al-Musnad Al-Shahih Al-Mukhtasar min Umuri Rasulillah Saw wa Sunanihi Wa Ayyamih ( ﺍﳉﺎﻣﻊ ﺍﳌﺴﻨﺪ ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ ﺍﳌﺨﺘﺼﺮ ﻣﻦ ﺃﻣﻮﺭ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ”)ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﺳﻨﻨﻪ ﻭﺃﻳﺎﻣﻪterkenal dengan sebutan: Sahih Al-Bukhari. Dalam kitab ini, Al-Bukhari hanya memasukkan hadis-hadis sahih “tingkat tinggi” sahaja terlihat dari kekuatan sanadnya dan kesunyian hadis itu dari illah dan syuzuz. Ketinggian ilmu kritik hadis Al-Bukhari dan ketelitiannya dalam menilai hadis membuat semua ulama sepakat menjadikan kitab ini sebagai rujukan tertinggi dalam hadis-hadis sahih. Bilangan hadis yang terdapat di dalam kitab ini adalah 2513 hadis tanpa pengulangan. 15 16
Al-Hakim Al-Naisaburi, Ma’rifat Ulumil Hadits, Kairo: Maktabah Al-Mutanabbi, hal. 59. Al-Suyuti, Tadrib Al-Rawi, op. cit., jilid pertama, hal. 67.
15
c. Seorang
murid
Al-Bukhari
yang
bernama
Muslim
bin
Al-Hajjaj
(w.261H)
menyempurnakan tugasan gurunya ini dalam kitabnya yang bertajuk “Al-Musnad AlShahih Al-Mukhtasar min Al-Sunan bi Naql al-’Adl ’an al-’Adl ’an Rasululillah Saw ( ﺍﳌﺴﻨﺪ ”)ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ ﺍﳌﺨﺘﺼﺮ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻨﻦ ﺑﻨﻘﻞ ﺍﻟﻌﺪﻝ ﻋﻦ ﺍﻟﻌﺪﻝ ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢdikenal dengan Sahih Muslim. Ketelitian Imam Muslim dalam mengkaji hadis menjadikan buku ini rujukan terbaik kedua dalam hadis setelah Sahih Al-Bukhari. Bilangan hadis yang terdapat di dalam Sahih Muslim tanpa pengulangan kira-kira 4,000 hadis. Sebahagian besar hadis-hadis yang terdapat di dalam Sahih Muslim juga terdapat di dalam Sahih Al-Bukhari kecuali 820 hadis sahaja. Hadis-hadis yang disepakati keduanya ini menempati tingkat kesahihan yang paling tinggi. Tingkat berikutnya adalah hadishadis yang diriwayatkan Al-Bukhari sahaja, diiringi oleh hadis-hadis yang diriwayatkan Muslim sahaja.17 d. Ketiga kitab “sahih” ini tidak memuat semua hadis-hadis sahih, malah terdapat ribuan hadis sahih lainnya yang tidak termasuk di dalam kitab-kitab ini. Oleh itu, Imam Abu Abdillah Al-Hakim Al-Naisaburi (w.404H) berusaha mengumpulkan hadis-hadis sahih yang tidak tercakup dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim dalam kitabnya yang bertajuk “Al-Mustadrak ’ala Sahihayn ()ﺍﳌﺴﺘﺪﺭﻙ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺼﺤﻴﺤﲔ.” Namun sayang, beliau tidak dapat melaksanakan tugas ini dengan baik sehingga para ulama setelahnya seringkali menolak hadis-hadis yang disahihkan Al-Hakim. Imam Al-Dzahabi telah mengumpulkan ratusan hadis-hadis Al-Mustadrak yang kedapatan munkar dan lemah, bahkan mawdhu dalam kitab tersendiri. e. Sebelum Al-Hakim, sebenarnya Imam Ibn Khuzaimah (w.311H) dan muridnya Ibn Hibban (w.354H) masing-masing telah mengumpulkan hadis-hadis sahih dalam buku tersendiri. Keduanya memiliki syarat kesahihan tertentu yang berbeza sehingga seringkali penilaian mereka mendapat kritikan cukup kuat dari ahli hadis yang lain. f. Al-Hafiz Dhia ud-Din Muhammad bin Abdil Wahid Al-Maqdisi (w.643H) mencoba mengumpulkan hadis-hadis sahih dalam kitabnya yang bertajuk “Al-Ahadits al-Jiyad alMukhtarah mima laysa fis Sahihayn au Ahadihima ( اﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﳉﻴﺎﺩ ﺍﳌﺨﺘﺎﺭﺓ ﳑﺎ ﻟﻴﺲ ﰲ ﺍﻟﺼﺤﻴﺤﲔ ﺃﻭ ”)ﺃﺣﺪﳘﺎterkenal dengan sebutan Al-Mukhtarah. 17
Ibn Hajar Al- Asqalani, Nuzhatun Nazar, tahqiqi Dr Nuruddin Itr, hal.64.
16
Berkata al-Hafiz Ibn Katsir: “Kitab Al-Mukhtarah mengandungi ilmu-ilmu hadis yang sangat baik, dan ianya lebih baik daripada Mustadrak Al-Hakim jika sempurna.” Meski begitu, tetap terdapat juga hadis-hadis lemah di dalamnya sebagaimana yang sering diingatkan oleh para ulama. Selain kitab-kitab yang telah disebutkan di atas, hadis sahih dapat ditemukan dengan banyak sekali di dalam buku-buku hadis yang lain meskipun tidak ditujukan untuk memuat hanya hadishadis sahih sahaja. Kitab-kitab itu misalnya kitab Sunan Abu Dawud, Sunan Al-Tirmidzi, Sunan AlNasa’i, Sunan Ibn Majah, Sunan Al-Darimi, Musnad Imam Ahmad, Musnad Al-Humaidi dan lainlain.
E. Makna Ucapan Imam Al-Syafii: Apabila sahih sebuah hadis, maka ia adalah mazhabku Ucapan ini sangat masyhur dan sahih nisbahnya kepada Imam Al-Syafii.18 Saya sengaja ingin mengulas permasalahan ini untuk menjelaskan betapa rumitnya mencapai konsep yang sempurna tentang hadis sahih sehingga menuntut kehati-hatian daripada kita. Perintah untuk membuang pendapat Al-Syafii jika ditemui hadis sahih yang bercanggah dengannya bukan perkara mudah dan tidak terbuka untuk sembarang ahli hadits atau ahli fiqh, apalagi sembarang orang awam. Al-Hafiz Ibn Al-Shalah berkata, “Tugasan ini tidak mudah. Tidak semua faqih boleh mengamalkan hadits yang dinilainya boleh dijadikan hujjah.”19 Tidak semua hadits, walaupun sahih sanadnya, siap diamalkan untuk membangun sebuah hukum halal dan haram. Tidak terhitung ucapan para ulama yang menegaskan bahwa mengamalkan hadits tanpa didahului kajian seksama tentang status sanad dan isi matannya sering kali menyesatkan pelakunya. Sufyan bin 'Uyainah berkata, “Hadits menyesatkan kecuali untuk para ahli fiqh.”20 Untuk itu, para ulama menetapkan beberapa syarat yang harus dipenuhi sebelum seseorang menjalankan pesan Al-Syafi'i ini. Abu Syamah –ahli fiqh mazhab Al-Syafi'i di Damsyik dan salah seorang murid Ibn Al-Shalah- berkata:
18
Al-Baihaqi, Manaqib Al-Syafi'i, op. cit., jilid pertama, hal. 472-475. Abu Zakaria Yahya bin Syaraf Al-Nawawi, Majmu' Syarh Al-Muhadzab, tahqiq M. Najib Al-Muthi'i, Beirut: Dar Ihya Al-Turats Al-'Arabi, 1995 M, jilid pertama, hal. 105. 20 Ali bin Abdul Kafi Al-Subki, Ma'na Qaul Al-Imam Al-Muthallibi, tahqiq Dr Ali Al-Biqa’iy, hal. 139
19
17
“Setiap hadits sahih dari Nabi Saw yang berisi hukum yang tidak dijelaskan oleh Al-Syafi'i, maka hadits itu mazhabnya tanpa ragu-ragu sebagaimana ucapannya ini. Adapun jika ada ucapannya yang bertentangan dengan hadits tersebut, maka (kondisinya) terbagi dua. Pertama, beliau tidak mengetahui hadits ini. Maka hukumnya seperti yang pertama, yakni ucapannya harus ditinggalkan dan hadits itu harus diterima sebagai mazhabnya. Hal ini jika teks hadits dengan jelas menunjukkan hukum tersebut. Adapun jika tidak jelas, atau dapat digabungkan antara isi hadits itu dengan pendapat Al-Syafi'i, maka tidak boleh (menolak pendapatnya). Kedua, ia pernah mendengar hadits itu dan mengetahui kesahihannya lalu ia mentakwilnya, maka harus diperhatikan ucapannya. Jika ucapan itu jangan jelas dan kuat alasannya, maka ucapan itu tidak boleh ditolak, akan tetapi hadits tersebut harus ditafsirkan seperti penafsirannya. Seperti hukum membaca basmalah di dalam shalat dan penafsirannya terhadap hadits Anas yang sangat jelas menafikan bacaan itu. Begitu juga hadits batalnya puasa orang yang berbekam, sebab ia mengatakan bahwa hadits tersebut mansukh. Jika ucapannya terbuka untuk ditolak, maka hadits tersebut harus diterima seperti penafsirannya tentang kewajiban membasuh tangan hingga ke siku dalam tayamum. Dan tidak ada yang mampu melakukan hal ini kecuali orang yang berilmu dan diakui ijtihadnya. Kepada orang ini lah Al-Syafi'i menujukan ucapannya “Jika kalian menemukan di dalam kitabku pendapat yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah Saw maka ambillah sunnah itu dan tinggalkan pendapatku.” Jadi, ucapan ini bukan untuk sembarang orang.”21 Imam Al-Nawawi menyetujui ucapan gurunya ini dan berkata, “(Ucapan Al-Syafi'i) ini hanya untuk orang yang telah mencapai derajat mujtahid madzhab. Syaratnya: ia harus yakin bahwa AlSyafi'i belum mengetahui hadits itu atau tidak mengetahui (status) kesahihannya. Dan hal ini hanya bisa dilakukan setelah mengkaji semua buku Al-Syafi'i dan buku murid-muridnya. Ini syarat yang sangat berat, dan sedikit sekali orang yang mampu memenuhinya. Mereka mensyaratkan hal ini karena Al-Syafi'i sering kali meninggalkan sebuah hadits yang ia jumpai akibat cacat yang ada di dalamnya, atau mansukh, atau ditakhshish, atau ditakwil, atau sebab-sebab lainnya.”
21
Ibid., hal.133-136.
18
Al-Nawawi juga mengingatkan ucapan Ibn Khuzaimah, “Aku tidak menemukan sebuah hadits yang sahih namun tidak disebutkan Al-Syafii dalam kitab-kitabnya.” Ia berkata, “Kebesaran Ibn Khuzaimah dan keimamannya dalam hadits dan fiqh, serta penguasaanya akan ucapan-ucapan Al-Syafii, sangat terkenal.”22 Menurut saya, kita harus menambahkan syarat lain yang belum disebutkan oleh kedua imam ini. Sepanjang kajian saya terhadap metode kritik hadis Imam Al-Syafii, saya telah membuktikan kapasiti beliau dalam kritik hadits dan pengakuan ulama atas keunggulan metodenya dalam memilah hadits-hadits sahih dan lemah. Metode yang digunakan Al-Syafi'i kadang berbeda dengan metode yang diterapkan ahli hadits yang lain. Misalnya, beliau menilai hadis-hadis riwayat Ikrimah adalah lemah, sementara Imam Al-Bukhari mensahihkannya. beliau juga berpendapat bahawa riwayat Sulaiman bin Yasar dari Aisyah adalah mursal (terputus), sementara Al-Bukhari dan Muslim menilainya bersambung, bersama berbagai permasalahan ilmu hadis lainnya. Oleh itu, jika kita menemukan sebuah hadits yang disahihkan sekelompok ahli hadits, dan isinya tampak bertentangan dengan pendapat Al-Syafi'i, maka kita wajib memperhatikan dengan seksama: apakah metode mereka dalam menilai hadits itu sejalan dengan metode Al-Syafi'i atau tidak? Kita harus membayangkan: andai Al-Syafi'i benar-benar tidak pernah mendengar hadits ini sebelumnya, lalu sekiranya ia mendengar hadits ini; apakah ia akan mensahihkan hadits itu seperti ulama-ulama hadits yang mensahihkannya atau tidak? Syarat ini menurut saya sangat berat dilakukan oleh ahli fiqh yang tidak menguasai ilmu hadits dengan sempurna. Singkat kata, tanpa memenuhi semua syarat ini perkiraan seseorang bahwa pendapat AlSyafi'i telah bertentangan dengan hadits, lalu ia segera meninggalkan pendapat itu dan mengamalkan hadits, tidak dapat dibenarkan sama sekali. Apalagi jika ia melakukannya sambil mengira tengah melaksanakan wasiat Al-Syafi'i yang telah diabaikan oleh para pengikut mazhab Al-Syafi'i sendiri. Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah dan Ibn Al-Mundzir sering kali melakukan hal ini sehingga pendapat mereka ditolak oleh ulama-ulama mazhab Al-Syafi'i dan tidak diakui sebagai bagian dari mazhab ini.
22
Al-Nawawi, op. cit., jilid pertama, hal. 105.
19
Begitu juga yang berlaku kepada Abu Al-Walid Ibn Al-Jarud dan Abu Al-Walid Hasan bin Muhammad Al-Naisaburi ketika mengamalkan hadits “orang yang berbekam dan yang dibekam batal puasanya” dan meninggalkan mazhab Al-Syafi'i yang mengatakan bahwa bekam tidak membatalkan puasa. Hadits ini ditinggalkan Al-Syafi'i dengan sengaja karena dianggapnya mansukh oleh hadits lain.23 Begitu juga ketika Muhammad bin 'Abd Al-Malik Al-Karaji meninggalkan qunut dengan alasan, “Hadits bahwa Nabi Saw meninggalkan qunut di shalat subuh sahih menurut saya.” Taqyuddin Al-Subki berkata, “Setelah aku membaca kisah ini, aku meninggalkan qunut di shalat subuh beberapa lama. Kemudian aku melihat bahwa qunut yang ditinggalkan Nabi Saw adalah doa untuk kabilah Ra'l dan Dzakwan, juga bukan di shalat subuh. Adapun (untuk masalah) meninggalkan doa secara mutlak setelah berdiri di shalat subuh ada hadits 'Isa bin Mahan. Mengenai hadits ini ada diskusi-diskusi cukup panjang –sekarang bukan masa untuk menguraikannya. Aku lalu kembali ke qunut sampai sekarang.”24 Ulama mazhab Al-Syafii lain yang sering berfatwa sesuai dengan hadits walau harus keluar dari mazhab adalah Abu Al-Qasim 'Abd Al-'Aziz bin 'Abdillah Al-Dariki (w. 375 H). Ia berkata, “Berpegang kepada hadits lebih baik daripada berpegang dengan ucapan Al-Syafii atau Abu Hanifah.”25 Namun ucapan ini tentu saja tidak diterima selama tidak memperhatikan kaidahkaidah yang telah disebutkan di atas. Namun, jika benar terbukti bahwa Al-Syafi'i tidak mengetahui sebuah hadits sahih yang berkaitan dengan suatu masalah, lalu ia membangun ijtihadnya dengan qiyas atau cara lain sehingga kesimpulannya menyalahi hadits itu, maka para ulama mazhab Al-Syafi'i menerima koreksi pendapat itu dengan senang hati. Beberapa belas masalah di Mazhab Qadim yang ditarjih atas Mazhab Jadid misal yang sangat jelas untuk hal ini. Abu Bakar bin Al-Atsram berkata, “Suatu hari kami bersama Al-Buwaithi. Aku lalu menyebutkan hadits 'Ammar bin Yasir tentang (cara) tayamum. Al-Buwaithi lalu mengambil pisau dan menghapus (sebuah kata) dari kitabnya dan merubahnya menjadi 'satu pukulan'. Ia lalu berkata: Ini adalah wasiat guru kami (Al-Syafi'i). Jika kalian (ahli hadits) mensahihkan sebuah hadits, maka itu adalah pendapatku.”26
23
Ali bin Abdul Kafi Al-Subki, op. cit., hal. 100 dan 110. Abdul Wahab bin Ali Al-Subki, Thabaqat Al-Syafi'iyyah Al-Kubra, jilid satu, hal. 283. 25 Ali bin Abdul Kafi Al-subki, op. cit., hal. 122-124. 26 Ibid., hal. 122-124. 24
20
Al-Syafi'i berpendapat bahwa tayamum harus dua kali pukulan; satu pukulan untuk wajah, dan satu lagi untuk tangan. Ulama-ulama mazhab Al-Syafi'i kemudian memperbolehkan bertayamum dengan satu pukulan karena hadits ini walaupun dengan dua pukulan lebih sempurna. Al-Baihaqi sering kali melakukan koreksi mazhab Al-Syafi'i dengan hadits sahih di bukubukunya tanpa melahirkan kritikan dari ulama-ulama mazhab Al-Syafi'i karena keluasan ilmunya dan kemahirannya dalam mengkaji pendapat-pendapat Al-Syafi'i. Al-Baihaqi berkata tentang puasa enam hari di bulan Syawal, “Mazhab Al-Syafi'i mengikuti sunnah jika sahih (sanadnya), dan sunnah ini telah sahih.”27 Ia juga berkata tentang hadits qadha puasa orang yang telah meninggal dunia, “Andai Al-Syafi'i melihat semua sanad-sanad hadits ini, ia tidak akan menyalahinya.”28 Semua kes-kes ini menunjukkan bahwa perintah Al-Syafi'i untuk mengoreksi mazhabnya benarbenar dilaksanakan oleh para pengikutnya, namun tentu sahaja, dengan mengikuti aturan-aturan teliti yang telah digariskan. Wallahu a'lam.
27
Al-Baihaqi, Ma'rifat Al-Sunan wa Al-Atsar, tahqiq Dr Abdul Mu’ti Amin Qal’aji, Damsyik: Dar Qutaybah, 1991, jilid ke-6, hal. 380. 28 Al-Baihaqi, Al-Sunan Al-Kubra, Beirut: Dar Al-Ma’rifah, tth., jilid ke-4, hal. 256.
21
BAB III: MENGENAL HADIS LEMAH
Setelah kita memahami konsep ahli Hadis berkenaan dengan hadits sahih, maka kita denagn mudah memahami konsep hadits lemah (dhaif). Sebab ketika sebuah hadits tidak memenuhi syarat-syarat kesahihan, walau hanya satu syarat sahaja, maka hadits itu otomatik dinilai lemah. Dengan demikian, kajian tentang hadits dhaif bercabang menjadi beberapa bahasan sebanyak syarat-syarat yang telah diajukan dalam hadits sahih. Namun semua bahasan itu dapat diringkas menjadi tiga bagian besar, yaitu hadits yang dilemahkan karena faktor-faktor yang berkaitan dengan kepribadian perawinya, atau karena terputus sanadnya, atau karena isinya bertembung dengan riwayat-riwayat yang lebih kuat (syaz). Dalam bab ini, kita akan mengkaji satu persatu dari tiga bahasan itu dengan seksama.
A. Hadits Lemah karena perawinya Salah satu syarat hadis sahih adalah semua perawinya mesti tsiqat (terpercaya), yakni memiliki sifat ’adalah dan dhabt. Maka jika ada sebuah sanad yang terdapat di dalamnya walau hanya satu perawi yang lemah, maka hadis itu dinilai dhaif. Misalnya sebuah hadis riwayat Imam Al-Baihaqi di dalam kitab Syu’ab Al-Iman (no. 3778 ) dengan sanad sebagai berikut:
ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﺃﰊ ﺃﻭﰱ، ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﳌﻠﻚ ﺑﻦ ﻋﻤﲑ، ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺯﻳﺎﺩ ﺍﻷﻋﻠﻢ، ﻋﻦ ﻣﻌﺮﻭﻑ ﺑﻦ ﺣﺴﺎﻥ ﻩ ﺅ ﻋﺎ ﺩ ﻭ ، ﺢ ﻴﺴﹺﺒ ﺗ ﻪ ﺘﻤ ﺻ ﻭ ، ﺩﹲﺓ ﺒﺎﻋ ﺋ ﹺﻢﺼﺎ ﻡ ﺍﻟ ﻮ ﻧ : ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻗﺎﻝ، ﺍﻷﺳﻠﻤﻲ .ﻒ ﻋ ﻀﺎ ﻣ ﻪ ﻤﹸﻠ ﻋ ﻭ ، ﺏ ﺠﺎ ﺘﺴ ﻣ Dari Ma’ruf bin Hassan, dari Ziyad Al-A’lam, dari Abdul Malik bin Umair, dari Abdullah bin Abi Aufa bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda: “Tidurnya orang yang puasa adalah ibadah, diamnya dikira tasbih, doanya mustajab dan amalnya dilipatgandakan.” Hadis ini dhaif sebab seorang perawinya yang bernama Ma’ruf bin Hassan, menurut ulama hadis, lemah hafalannya.
22
Riwayat Majhul Sebuah sanad juga dinilai lemah jika terdapat seorang perawi yang tidak diketahui identitinya, atau dikenal dengan istilah majhul. Dan majhul ini terbagi menjadi tiga bahagian. Pertama, mubham iaitu tidka diketahui namanya sama sekali seperti sebuah sanad yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud berikut ini:
ﻦ ﹶﺃﺑﹺﻰ ﻋ ، ﺟ ﹴﻞ ﺭ ﻦ ﻋ ، ﺪ ﻫ ﺎﻣﺠ ﻦ ﻋ ، ﺩ ﺎﻦ ﹶﺃﺑﹺﻰ ﹺﺯﻳ ﺑ ﺪ ﻳﺰﹺﻳ ﺎﺪﹶﺛﻨ ﺣ ، ﻪ ﺪ ﺍﻟﱠﻠ ﺒﻋ ﻦ ﺑ ﺪ ﻟﺎﺎ ﺧﺪﹶﺛﻨ ﺣ ، ﺩ ﺪ ﺴ ﻣ ﺎﺪﹶﺛﻨ ﺣ . « ﻪ ﻰ ﺍﻟﱠﻠﺾ ﻓ ﻐ ﺒﺍﹾﻟ ﻭ، ﻪ ﻰ ﺍﻟﱠﻠﺐ ﻓ ﺤ ﺎ ﹺﻝ ﺍﹾﻟﻋﻤ ﻀ ﹸﻞ ﺍ َﻷ » ﹶﺃ ﹾﻓ: ﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﱠﻠﺭﺳ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ: ﺭ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﺫ Telah memberitahu kami Musaddad, ia berkata: telah memberitahu kami Khalid bin Abdillah, ia berkata: telah memberitahu kami Yazid bin Abi ziyad, dari Mujahid, dari seorang laki-laki, dari Abu Zar ia berkata: telah bersabda Rasulullah Saw: “Sebaik-baik amal adalah mencintai karena Allah dan membenci karena Allah.” Kedua, perawi yang diketahui identitasnya namun tidak diketahui 'adalah dan dhabth-nya karena tidak terkenal di kalangan ulama. Kebanyakan ulama menyebut perawi seperti ini dengan istilah “mastur” (tersembunyi status 'adalah-nya). Al-Hafiz Ibn Hajar berkata, “Riwayat mastur dan lain-lain yang masih ada kemungkinan (untuk dipercaya) tidak dipastikan riwayatnya ditolak atau diterima. Namun kita berpendapat: (riwayatnya) ditangguhkan hingga jelas statusnya.”29 Misalnya seorang perawi yang bernama Qais bin Talq dalam hadis riwayat Al-Tirmidzi (no. 85) berikut ini:
ﻪ ﻦ ﹶﺃﺑﹺﻴـ ﻋ ﻰ ﻔ ﻨﺤ ﻮ ﺍﹾﻟ ﻫ ﻰ ﻠﻋ ﺑ ﹺﻦ ﺑ ﹺﻦ ﹶﻃ ﹾﻠ ﹺﻖ ﺲ ﻴ ﹺﻦ ﹶﻗ ﻋ ﺪ ﹴﺭ ﺑ ﺑ ﹺﻦ ﻪ ﺪ ﺍﻟﱠﻠ ﺒﻋ ﻦ ﻋ ﻤﺮﹴﻭ ﻋ ﻦ ﺑ ﻡ ﻼ ﹺﺯ ﻣ ﹶ ﺎﺪﹶﺛﻨ ﺣ ﺩ ﺎﻫﻨ ﺎﺪﹶﺛﻨ ﺣ .« ﻪ ﻨﻣ ﻌ ﹲﺔ ﻀ ﺑ ﻭ ﻪ ﹶﺃ ﻨﻣ ﻐ ﹲﺔ ﻀ ﻣ ﻮ ﹺﺇ ﱠﻻ ﻫ ﹾﻞﻭﻫ » ﻰ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻨﹺﺒﻋ ﹺﻦ ﺍﻟ “Telah memberitahu kami Hannad, ia berkata: telah meberitahu kami Mulazim bin ‘Amr, dari Abdullah bin Badr, dari Qais bin Talq bin Ali, dari bapanya (Talq bin ‘Ali) bahawa seseorang pernah bertanya kepada Nabi Saw tentang menyentuh kemaluan, apakah membatalkan wudhu? Rasulullah Saw menjawab: “Bukankah ia hanya sepotong daging dari tubuhmu?”
29
Ibn Hajar, Nuzhat Al-Nazhar, hal. 102.
23
Al-Syafii berkata: “Saya terus bertanya tentang Qais namun tetap tidak menemukan orang yang memberitakan tentang dirinya dengan sesuautu yang dapat membuat haditsnya dapat diterima.”30 Ini menunjukkan bahawa Qais majhul, tidak dikenal. Begitu juga pendapat imamimam ahli hadits seperti Yahya bin Ma'in, Abu Zur'ah dan Abu Hatim Al-Razi.31 Contoh yang lain adalah hadis riwayat Abu Dawud (no. 638):
ﺮ ﹶﺓ ﻳﺮ ﻫ ﻦ ﹶﺃﺑﹺﻰ ﻋ ﺎ ﹴﺭﻳﺴ ﺑ ﹺﻦ ﻋﻄﹶﺎ ِﺀ ﻦ ﻋ ﻌﻔﹶ ﹴﺮ ﺟ ﻦ ﹶﺃﺑﹺﻰ ﻋ ﻰﺤﻴ ﻳ ﺎﺪﹶﺛﻨ ﺣ ﺎ ﹸﻥﺎ ﹶﺃﺑﺪﹶﺛﻨ ﺣ ﻴ ﹶﻞﺎﻋﺳﻤ ﻦ ﹺﺇ ﺑ ﻰﻮﺳﺎ ﻣﺪﹶﺛﻨ ﺣ .« ﺿ ﹾﺄ ﻮ ﺘﺐ ﹶﻓ ﻫ » ﺍ ﹾﺫ:ﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﱠﻠﺭﺳ ﻪ ﻩ ﹺﺇ ﹾﺫ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟ ﺭ ﺍﻼ ﹺﺇﺯ ﺴﹺﺒ ﹰ ﻣ ﺼﻠﱢﻰ ﻳ ﺟ ﹲﻞ ﺭ ﺎﻨﻤﻴﺑ :ﻗﺎﻝ ﺎﻪ ﻣ ﺳﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ﺭ ﺎﺟ ﹲﻞ ﻳ ﺭ ﻪ ﺎ َﺀ ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟﻢ ﺟ ﺿﹶﺄ ﹸﺛ ﻮ ﺘﺐ ﹶﻓ ﻫ ﹶﻓ ﹶﺬ.« ﺿ ﹾﺄ ﻮ ﺘﺐ ﹶﻓ ﻫ ﻢ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ » ﺍ ﹾﺫ ﺎ َﺀ ﹸﺛﻢ ﺟ ﺿﹶﺄ ﹸﺛ ﻮ ﺘﺐ ﹶﻓ ﻫ ﹶﻓ ﹶﺬ ﺴﹺﺒ ﹴﻞ ﻣ ﺟ ﹴﻞ ﺭ ﻼ ﹶﺓ ﺻﹶ ﺒ ﹸﻞﻳ ﹾﻘ ﺎﻟﹶﻰ ﹶﻻﺗﻌ ﻪ ﻭﹺﺇ ﱠﻥ ﺍﻟﱠﻠ ﻩ ﺭ ﺍﺴﹺﺒ ﹲﻞ ﹺﺇﺯ ﻣ ﻮ ﻫ ﻭ ﺼﻠﱢﻰ ﻳ ﻪ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ﻧﺿﹶﺄ ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ » ﹺﺇ ﻮ ﺘﻳ ﻪ ﹶﺃ ﱠﻥ ﺗﺮ ﻣ ﻚ ﹶﺃ ﹶﻟ .« ﻩ ﺭ ﺍﹺﺇﺯ “Telah memberitahu kami Musa bin Ismail, ia berkata: telah memberitahu kami Aban, ia berkata: telah memberitahu kami Yahya, dari Abu Ja’far, dari Atha bin Yasar, dari Abu Hurairah ra.: Apabila seseorang laki-laki tengah solat sambil menurunkan (isbal) kainnya, tiba-tiba Rasulullah Saw bersabda kepadanya: “Pergi dan berwudhulah.” Ia lalu pergi berwudhu lalu kembali. Rasulullah Saw bersabda lagi: “Pergi dan berwudhulah.” Ia lalu pergi berwudhu lalu kembali. Seseorang bertanya kepada Rasulullah Saw, “Wahai Rasulullah, mengapa tuan memerintahkan ia untuk berwdhu?” Nabi bersabda, “Sesungguhnya ia solat sambil menurunkan kainnya. Dan Allah tidak menerima solat orang yang menurunkan kainnya.” Abu Ja’far yang meriwayatkan hadis ini daripada Atha bin Yasar tidak dikenal atau majhul. Ketiga, perawi yang tidak memiliki murid selain satu orang. Perawi-perawi seperti ini dikenal dengan sebutan Al-Wuhdan, dan telah dikumpulkan oleh Imam Muslim dalam kitab tersendiri. Misalnya seorang perawi yang bernama Yazid bin Aswad dalam riwayat Al-Tirmidzi ( no. 219) berikut ini :
30 31
Al-Baihaqi, Ma'rifat Al-Sunan wa Al-Atsar, op. cit., jilid 1, hal. 408. “'Ilal Al-Hadits” 1/48, Al-Daruquthi di “Al-Sunan” 1/351. “Al-Mustadrak” 1/243.
24
،ﻯ ﻣ ﹺﺮ ﺎﺩ ﺍﹾﻟﻌ ﻮ ﺳ ﺑ ﹺﻦ ﺍ َﻷ ﺪ ﻳﺰﹺﻳ ﻦ ﺑ ﺮ ﺎﹺﺑﺎ ﺟﺪﹶﺛﻨ ﺣ ، ﻋﻄﹶﺎ ٍﺀ ﻦ ﺑ ﻌﻠﹶﻰ ﻳ ﺎﺮﻧ ﺒﺧ ﻢ ﹶﺃ ﻴﺸ ﻫ ﺎﺪﹶﺛﻨ ﺣ ﻣﻨﹺﻴ ﹴﻊ ﻦ ﺑ ﺪ ﻤ ﺣ ﺎ ﹶﺃﺪﹶﺛﻨ ﺣ ﺪ ﺠ ﺴﹺ ﻣ ﻰﺒ ﹺﺢ ﻓﺼ ﻼ ﹶﺓ ﺍﻟ ﺻﹶ ﻪ ﻌ ﻣ ﺖ ﻴﺼﱠﻠ ﹶﻓ، ﻪ ﺘﺠ ﺣ ﻰ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻨﹺﺒﻊ ﺍﻟ ﻣ ﺕ ﺪ ﺷ ﹺﻬ : ﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻦ ﹶﺃﺑﹺﻴ ﻋ » : ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ، ﻪ ﻌ ﻣ ﺎﺼﱢﻠﻴ ﻳ ﻢ ﻮ ﹺﻡ ﹶﻟ ﻯ ﺍﹾﻟ ﹶﻘﺧﺮ ﻰ ﹸﺃﻴ ﹺﻦ ﻓﺟﹶﻠ ﺮ ﻮ ﹺﺑ ﻫ ﻑ ﹺﺇﺫﹶﺍ ﺮ ﺤ ﻧﺍﻪ ﻭ ﺗﻼ ﺻﹶ ﻰﺎ ﹶﻗﻀ ﹶﻓﹶﻠﻤ: ﻗﹶﺎ ﹶﻝ. ﻒ ﻴﺨ ﺍﹾﻟ ﻮ ﹶﻝﺭﺳ ﺎ ﻳ: ﺎ ؟ « ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻻﻌﻨ ﻣ ﺎﺼﱢﻠﻴ ﺗ ﺎ ﹶﺃ ﹾﻥﻌ ﹸﻜﻤ ﻨﻣ ﺎ » ﻣ: ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ، ﺎﻬﻤ ﺼ ﺋﺍﺪ ﹶﻓﺮ ﻋ ﺮ ﺗ ﺎ ﹶﻓﺠﹺﻰ َﺀ ﹺﺑ ﹺﻬﻤ، « ﺎﻰ ﹺﺑ ﹺﻬﻤ ﻋﹶﻠ ﺔ ﻋ ﺎﺟﻤ ﺪ ﺠ ﺴﹺ ﻣ ﺎﺘﻤﻴﺗﻢ ﹶﺃ ﺎ ﹸﺛﻟ ﹸﻜﻤﺎﻰ ﹺﺭﺣﺎ ﻓﺘﻤﻴﺻﱠﻠ ﻼ ﹺﺇﺫﹶﺍ ﻌ ﹶ ﺗ ﹾﻔ ﻼ » ﹶﻓ ﹶ: ﻗﹶﺎ ﹶﻝ. ﺎﻟﻨﺎﻰ ﹺﺭﺣﺎ ﻓﻴﻨﺻﱠﻠ ﺪ ﺎ ﹶﻗﺎ ﹸﻛﻨﻪ ﹺﺇﻧ ﺍﻟﱠﻠ .« ﻓﹶﻠ ﹲﺔﺎﺎ ﻧﺎ ﹶﻟ ﹸﻜﻤﻧﻬﻢ ﹶﻓﹺﺈ ﻬ ﻌ ﻣ ﺎﺼﱢﻠﻴ ﹶﻓ Telah memberitahu kami Ahmad bin Mani, telah memberitahu kami Husyam, telah memberitahu kami Ya'la bin 'Atha, dari Jabir bin Yazid bin Al-Aswad, dari bapanya (Yazid bin Aswad), ia berkata: aku menyaksikan ibadah haji bersama Nabi Saw dan ikut melaksanakan solat subuh bersamanya di masji khaif. Setelah Rasulullah menyelesaikan solatnya dan berpaling, tiba-tiba baginda melihat dua orang laki-laki di belakang yang tidak ikut solat bersamanya. Nabi Saw bersabda: “Datangkan keduanya kepadaku.” Maka keduanya datang sambil gemetar seluruh sendinya. Nabi Saw bersabda: “Apa yang menghalangi kamu daripada solat bersama kami?” Keduanya menjawab: “Wahai Rasulullah, kami telah melaksanakan solat di rumah kami.” Baginda bersabda: “Jangan kamu berbuat seperti itu. Jika kamu telah shalat di rumah, lalu datang ke mesjid (dan mendapati shalat) jamaah, maka shalatlah bersama mereka. Sebab (shalat) itu menjadi sunnah untuk kalian.” Hadis seperti ini pernah disebutkan oleh Al-Hakim sebagai hadis-hadis yang diperselisihkan hukumnya oleh ahli hadis. Al-Syafi'i berkata, “Ini sanad majhul.”32 Al-Baihaqi menjelaskan, “Ia berkata seperti itu sebab Yazid bin Al-Aswad tidak ada yang meriwayatkan darinya selain anaknya. Dan Jabir bin Yazid tidak ada yang meriwayatkan darinya selain Ya'la bin 'Atha.”33 Sementara AlTirmidzi berkata: “Hadis Yazid bin Aswad ini hadis hasan sahih.”
32 33
Al-Baihaqi, Ma'rifat Al-Sunan wa Al-Atsar, op. cit., jilid ke- 3, hal. 214. Al-Baihaqi, ibid.
25
B. Hadis Lemah Karena Terputus Sanadnya Hadis yang lemah karena terdapat keterputusan di dalam sanadnya terbagi menjadi tiga bahagian, iaitu mursal, munqati dan Mu’dhal, dan Muallaq. Mursal adalah sebuah sanad yang terputus di tingkatan sahabat. Misalnya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnul Mubarak di kitab Al-Zuhd (no.2) :
ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ: ﻱ ﹶﻗﺎﻝ ﺩ ﻭ ﻥ ﺍ َﻷ ﻮ ﻤ ﻴﻣ ﻤ ﹺﺮﻭ ﺑ ﹺﻦ ﻋ ﻋﻦ ، ﺡ ﺮﺍ ﹺ ﳉ ﺩ ﺑﻦﹺ ﺍ ﹶ ﻳﺎﻋﻦ ﹺﺯ ، ﻥ ﺮﹶﻗﺎ ﺒﻦ ﺍﻟ ﺮ ﺑ ﻌ ﹶﻔ ﺟ ﻧﺎﺮ ﺒﺧ ﺃ ﺒ ﹶﻞﻚ ﹶﻗ ﺘﺤ ﺻ ﻭ ، ﻚ ﻣ ﺮ ﻫ ﺒ ﹶﻞﻚ ﹶﻗ ﺑﺎﺷﺒ : ﺲ ﻤ ﹴ ﺧ ﺒ ﹶﻞﺎ ﹶﻗﻤﺴ ﺧ ﻢ ﺘﹺﻨ ﺍ ﹾﻏ: ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﺮﺟﻞ ﻭﻫﻮ ﻳﻌﻈﻪ .ﻚ ﺗﻮ ﻣ ﺒ ﹶﻞﻚ ﹶﻗ ﺗﺎﺣﻴ ﻭ ، ﻚ ﻠﻐ ﺷ ﺒ ﹶﻞﻚ ﹶﻗ ﺍ ﹶﻏﻭﹶﻓﺮ ، ﻙ ﺒ ﹶﻞ ﹶﻓ ﹾﻘ ﹺﺮﻙ ﹶﻗ ﺎﻏﻨ ﻭ ، ﻚ ﻤ ﺳ ﹶﻘ
“Telah memberitahu kami Ja’far bin Barqan, dari Ziyad bin Al-Jarrah, dari ’Amr bin Maimun AlAudi, ia berkata: “Rasulullah Saw bersabda kepada seorang laki-laki untuk menasihatinya: raihlah yang lima sebelum datang yang lima. Masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sehatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sempitmu dan masa hidupmu sebelum matimu.” ‘Amr bin Maimun Al-Audi adalah seorang tabiin, beliau belum lahir ketika Rasulullah Saw masih hidup. Dalam hadis ini, beliau bercerita bahawa Rasulullah bersabda seperti tadi, tanpa menyebutkan siapa sahabat Nabi Saw yang telah menyampaikan cerita itu kepadanya. Jadi, telah terjadi keterputusan di tingkatan sahabat, maka sanad ini disebut mursal. Munqati adalah sebuah sanad yang terputus di tingkatan setelah tingkatan sahabat. Misalnya hadis riwayat Al-Tirmidzi (no. 739) :
، ﺜ ﹴﲑﺑ ﹺﻦ ﹶﺃﺑﹺﻰ ﹶﻛ ﻰﺤﻴ ﻳ ﻦ ﻋ ، ﺭﻃﹶﺎ ﹶﺓ ﻦ ﹶﺃ ﺑ ﺝ ﺎﺤﺠ ﺎ ﺍﹾﻟﺮﻧ ﺒﺧ ﹶﺃ، ﻭ ﹶﻥﺎﺭﻦ ﻫ ﺑ ﺪ ﻳﺰﹺﻳ ﺎﺪﹶﺛﻨ ﺣ ، ﻣﻨﹺﻴ ﹴﻊ ﻦ ﺑ ﺪ ﻤ ﺣ ﺎ ﹶﺃﺪﹶﺛﻨ ﺣ ، ﻴ ﹺﻊﺒﻘﻮ ﺑﹺﺎﹾﻟ ﻫ ﺖ ﹶﻓﹺﺈﺫﹶﺍ ﺟ ﺮ ﺨ ﹶﻓ، ﻴﹶﻠ ﹰﺔﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﹶﻟ ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠﺭﺳ ﺕ ﺪ ﹶﻓ ﹶﻘ: ﺖ ﺸ ﹶﺔ ﻗﹶﺎﹶﻟ ﺋﺎﻦ ﻋ ﻋ ، ﻭ ﹶﺓ ﺮ ﻋ ﻦ ﻋ ﺖ ﻴﺗﻚ ﹶﺃ ﻧﺖ ﹶﺃ ﻨﻨﻰ ﹶﻇ ﹺﺇﻧ، ﻪ ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠﺭﺳ ﺎ ﻳ: ﺖ ﹸﻗ ﹾﻠ.« ﻪ ﻮﹸﻟﺭﺳ ﻭ ﻚ ﻴﻋﹶﻠ ﻪ ﻒ ﺍﻟﱠﻠ ﻴﻳﺤ ﲔ ﹶﺃ ﹾﻥ ﻓﺎﺗﺨ ﺖ ﻨ » ﹶﺃ ﹸﻛ: ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ 26
ﺮ ﺮ َﻷ ﹾﻛﹶﺜ ﻔ ﻐ ﻴﺎ ﹶﻓﻧﻴﺪ ﺎ ِﺀ ﺍﻟﺴﻤ ﺎ ﹶﻥ ﹺﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟﻌﺒ ﺷ ﻦ ﻣ ﻒ ﺼ ﻨﻴﹶﻠ ﹶﺔ ﺍﻟﻨ ﹺﺰ ﹸﻝ ﹶﻟﻳ ﺟ ﱠﻞ ﻭ ﺰ ﻋ ﻪ » ﹺﺇ ﱠﻥ ﺍﻟﱠﻠ: ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ. ﻚ ﺋﺎﺾ ﹺﻧﺴ ﻌ ﺑ .«ﺐ ﻨ ﹺﻢ ﹶﻛ ﹾﻠ ﹴﻌ ﹺﺮ ﹶﻏ ﺷ ﺩ ﺪ ﻋ ﻦ ﻣ “Telah memberitahu kami Ahmad bin Mani’, ia berkata: telah memberitahu kami Yazid bin Harun, ia berkata: telah mengkabarkan kepada kami Al-Hajjaj bin Artah, dari Yahya bin Abi Katsir, dari ’Urwah, dari Aisyah ia berkata: aku kehilangan Rasulullah Saw pada suatu malam, maka aku keluar dan mendapatinya di Baqi. Beliau bersabda: “Apakah engkau takut Allah dan Rasul-Nya berkhianat kepadamu?” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, aku menyangka engkau mendatangi isterimu yang lain.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt turun setiap malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu mengampuni lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kalb.” Sanad hadis ini dihukumkan munqati sebab terjadi keterputusan di dalamnya. Berkata Imam Al-Bukhari: “Yahya bin Abi Katsir tidak pernah mendengar daripada ’Urwah. Dan Al-Hajjaj bin Artah tidak pernah mendengar daripada Yahya bin Katsir.”34 Mu’dhal adalah sebuah sanad yang terputus dua perawinya berturut-turut. Misalnya hadis riwayat Abu Dawud (no 266):
ﻰ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻨﹺﺒﻋ ﹺﻦ ﺍﻟ ، ﻤ ﹺﻦ ﺣ ﺮ ﺪ ﺍﻟ ﺒﻋ ﺑ ﹺﻦ ﺪ ﻴﺤﻤ ﺪ ﺍﹾﻟ ﺒﻋ ﻦ ﻋ ، ﻚ ﻟﺎﺑ ﹺﻦ ﹶﺃﺑﹺﻰ ﻣ ﺪ ﻳﺰﹺﻳ ﻦ ﻋ ، ﻰ ﻋ ﺍﻭﺯ ﻯ ﺍ َﻷﺭﻭ ﻭ . ﻀ ﹲﻞ ﻌ ﻣ ﻫﺬﹶﺍ ﻭ . « ﺎ ﹴﺭﻳﻨﻰ ﺩ ﺴ ﻤ ﺨ ﻕ ﹺﺑ ﺪ ﺼ ﺘﻳ ﻩ ﹶﺃ ﹾﻥ ﺮ ﻣ » ﺁ: ﻭﺳﻠﻢ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ “Al-Awzaí meriwayatkan, dari Yazid bin Abi Malik, dari Abdul Hamid bin Abdirahman, dari Nabi Saw bersabda: Aku memerintahkannya (yakni orang yang menjimak isterinya dalam keadaan haid) untuk bersedekah dengan 2/5 dinar.” Abu Dawud berkata: “Ini mu’dhal.” Abu Dawud menilainya mu’dhal sebab Abdul Hamid bin Abdirahman seorang tabiin kecil. Setiap kali meriwayatkan hadis, beliau biasanya memerlukan dua orang perawi untuk sampai kepada Nabi Saw. Maka apabila di dalam hadis ini ia meriwayatkannya dari Nabi Saw secara langsung, maknanya telah gugur dua orang dalam sanad berturut-turut. Itu sebabnya sanad ini dinilai mu’dhal.
34
Muhammad bin Isa Al-Tirmidzi, Sunan Al-Tirmidzi, tahqiq Syeikh Ahmad Syakir, jilid ke-3, hal. 116.
27
Dan Muallaq adalah sebuah sanad yang terputus sejak awal sanadnya. Misalnya ucapan alBukhari berikut ini:
. ﻳ ﹺﻦﻰ ﺍﻟﺪﻦ ﻓ ﻬ ﺘ ﹶﻔ ﱠﻘﻳ ﺎ ُﺀ ﹶﺃ ﹾﻥﺤﻴ ﻦ ﺍﹾﻟ ﻬ ﻌ ﻨﻤ ﻳ ﻢ ﺎ ﹺﺭ ﹶﻟﻧﺼﺎ ُﺀ ﺍ َﻷﺎ ُﺀ ﹺﻧﺴﻨﺴﻢ ﺍﻟ ﻌ ﹺﻧ: ﺸ ﹸﺔ ﺋﺎﺖ ﻋ ﻭﻗﹶﺎﹶﻟ Dan berkata Aisyah: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar. Mereka tidak dihalangi oleh rasa malu untuk memahami agama.” Sanad ini disebut muallaq sebab terputus sanadnya sejak awal sanad, yakni antara Imam Al-Bukhari dengan Siti Aisyah.
C. Hadis Lemah karena Illat dan Syaz Hadis lemah yang melibatkan syuzuz dan íllat ini memerlukan ketelitian yang tinggi dan cukup sukar difahami. Bahagian ini meliputi banyak sekali istilah seperti munkar, syaz, mudtarib, maqlub, mudallas, musahhaf, mu’allal dan lain-lain. Pada kesempatan ini, saya hanya akan menyebutkan salah satu contoh daripadanya, iaitu hadis riwayat Al-Tirmidzi (no. 86) beriukt ini:
،ﺚ ﻳﺮ ﺣ ﻦ ﺑ ﻦ ﻴﺴ ﺤ ﺎ ﹴﺭ ﺍﹾﻟﻋﻤ ﻮﻭﹶﺃﺑ ﻼ ﹶﻥ ﻴ ﹶﻦ ﹶﻏ ﺑ ﺩ ﻮﺤﻤ ﻣ ﻭ ﻣﻨﹺﻴ ﹴﻊ ﻦ ﺑ ﺪ ﻤ ﺣ ﻭﹶﺃ ﺐ ﻳ ﹴﺮ ﻮ ﹸﻛﻭﹶﺃﺑ ﺩ ﺎﻫﻨ ﻭ ﺒ ﹸﺔﻴﺘﺎ ﹸﻗﺪﹶﺛﻨ ﺣ ﻰ ﺻﻠﻰ ﻨﹺﺒ ﹶﺃ ﱠﻥ ﺍﻟ: ﺸ ﹶﺔ ﺋﺎﻦ ﻋ ﻋ ، ﻭ ﹶﺓ ﺮ ﻋ ﻦ ﻋ ، ﺖ ﺑ ﹺﻦ ﹶﺃﺑﹺﻰ ﺛﹶﺎﹺﺑ ﺐ ﺣﺒﹺﻴ ﹺ ﻦ ﻋ ، ﺶ ﻤ ﹺ ﻋ ﻋ ﹺﻦ ﺍ َﻷ ، ﻊ ﻴﻭﻛ ﺎﺪﹶﺛﻨ ﺣ : ﻗﹶﺎﻟﹸﻮﺍ ﺖ؟ ﻧﻰ ﹺﺇ ﱠﻻ ﹶﺃ ﻫ ﻦ ﻣ : ﺖ ﹸﻗ ﹾﻠ: ﻗﹶﺎ ﹶﻝ. ﺿ ﹾﺄ ﻮ ﺘﻳ ﻢ ﻭﹶﻟ ﺓ ﻼ ﺼﹶ ﺝ ﹺﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﺮ ﺧ ﻢ ﹸﺛ، ﻪ ﺋﺎﺾ ﹺﻧﺴ ﻌ ﺑ ﺒ ﹶﻞﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﹶﻗ .ﺖ ﺤ ﹶﻜ ﻀ ﹶﻓ: ﻗﹶﺎ ﹶﻝ Telah memberitahu kami Qutaybah, Hannad, Abu Kuraib, Ahmad bin mani, Mahmud bin Ghailan Abu Ammar Al-Husein bin Huraits, semuanya berkata: telah memberitahu kami Waki, dari A’masy, dari Habib bin abi Tsabit, dari Úrwah, dari ‘Aisyah: bahwa Nabi Saw mencium seorang isterinya, lalu keluar untuk solat tanpa berwudu semula. ‘Urwah berkata kepada ‘Aisyah: “Siapa dia kalau bukan engkau?” Siti Aisyah lalu tersenyum.35
35
Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad, tahqiq Syeikh Syu'aib Al-Arnauth, Beirut: Muassasah Al-Risalah, jilid 6, hal. 210, Abu Dawud no. 179, Al-Tirmidzi no. 86, Ibn Majah no. 502, Al-Daruquthni Beirut: Dar Al-Ma'rifah, no. 487 dan 488, Al-Baihaqi, Al-Sunan Al-Kubra, jilid 1, hal. 126.
28
Hadits ini sekilas terlihat sahih, namun sebenarnya ia lemah. Semua huffaz mutaqaddimin melemahkannya seperti Sufyan Al-Tsauri, Yahya bin Sa'id Al-Qathan, Yahya bin Ma'in, 'Ali bin AlMadini, Al-Syafi'i, Ahmad bin Hanbal, Abu Hatim, Al-Bukhari, Al-Tirmidzi, Abu Dawud, Abu Bakr AlNaisaburi, Al-Daruquthni, Al-Baihaqi dan lain-lain. Karena 'Urwah di dalam sanad ini adalah AlMuzani, seorang perawi yang tidak dikenal, bukan 'Urwah bin Zubeir yang tsiqah. Lagi pula riwayat ini tidak dikenal di hadits-hadits yang diriwayatkan oleh 'Urwah bin Zubeir (harus diingat bahwa ahli hadits telah mengumpulkan hadits-hadits 'Urwah dari 'Aisyah dalam dokumen tersendiri), yang ada hanya riwayatnya dari 'Aisyah “bahwa Nabi Saw mencium salah satu istrinya dalam keadaan puasa.” Jadi para ulama klasik ini menduga kuat telah terjadi kekeliruan dalam sanad yang diriwayatkan oleh Habib bin Abi Tsabit ini, yakni perawinya hendak meriwayatkan hukum puasa orang yang mencium istrinya, namun keliru sehingga berpindah ke hukum wudhu. Namun ulama mutaakhirin tidak dapat melihat ’illat hadis ini sehingga mereka mensahihkannya, dimulai dari Ibn Al-Turkmani (w. 745 H) dan Al-Zaila'i (w. H) hingga Syeikh Ahmad Syakir dan Syeikh Nashiruddin Al-Albani.36 Penilaian Mutaqaddimin menurut saya lebih teliti dan lebih kuat.
D. Sanad yang paling lemah Sebagaimana ahli hadis telah menentukan sanad-sanad yang paling sahih, mereka juga telah menentukan sanad-sanad yang dinilai sebagai yang paling lemah. Sanad-sanad itu antara lain adalah: 1. Riwayat Muhammad bin Qais Al-Maslub, dari ‘Ubaidillah bin Zahr, dari Ali bin Yazid, dari Al-Qasim, dari Abu Umamah. 2. Riwayat Ahmad bin Muhammad bin Al-Hajjaj bin Risydin bin Saad, dari bapanya, dari datuknya, dari Abdurahman bin Qurrah bin Haywail. 3. Riwayat Muhammad bin Marwan Al-Suddi, dari Al-Kalbi, dari Abi Salih, dari Ibn Abbas. Sanad ini sangat banyak terdapat di kitab-kitab tafsir.
36
Lihat “Al-Jawhar An-Naqiy” (dicetak di tepi kitab “Al-Sunan Al-Baihaqi”), jilid 1, hal. 124, Al-Zailaíy, Nashb AlRayah, Beirut: Dar Ihya Al-Turats Al-'Arabi, cet. ketiga, 1987, jilid 1, hal. 37-39, Syeikh Ahmad Syakir, tahqiq Al-Jami' AlShahih, jilid 1, hal. 134-140, dan Al-Albani, takhirj Al-Misykat, jilid 1, hal. 105.
29
E. Hadis Palsu Hadis palsu adalah serendah-rendah hadis daif (lemah). Namun begitu, sebenarnya tidak mudah menentukan sebuah hadis sebagai mawdhu’. Dan status seorang perawi (meskipun ia seorang pendusta) bukan satu-satunya aspek yang menentukan sesebuah hadis mawdhu ataukah tidak. Berkata Al-Hafiz Al-Sakhawi: “… demikianlah, dan sekadar tafarrud seorang pendusta, bahkan seorang pemalsu hadis, meskipun penilaian itu selepas kajian yang sangat sempurna dari seorang hafiz yang menguasai (ilmu hadis) dan peneliti yang akurat, tidak melazimkan hal tersebut (yakni hadis mawdu’). Akan tetapi, kondisi itu mesti disokong oleh beberapa aspek lain yang akan dijelaskan nanti.”37 Bagi saya, tugasan menentukan status hadis palsu terlalu besar untuk orang yang baru belajar ilmu hadis. Maka, apabila anda menemukan pakar hadis menilai palsu sesuatu hadis, maka jangan cepat-cepat memastikan hukum tersebut menjadi satu-satu hukum muktamad yang wajib diterima semua orang. Anda mesti memastikan terlebih dahulu, adakah hukum ini disepakati semua ulama, ataukah masih terjadi khilaf di dalamnya? Jika ada khilaf, maka maka jauhi kalimat “hadis palsu”. Anda boleh katakan hadis ini lemah atau munkar, tapi jangan katakan “hadis ini palsu” selama terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli hadis. Berkata Imam AL-Dzahabi: “Hadis mawdu adalah (hadis) yang matannya bertentangan dengan prinsip-prinsip agama dan perawinya pendusta. Seperti kitab “Arbain Al-Wad’aniah” dan naskah Ali Ridha yang didustakan atasnya. Hadis mawdu ini ada beberapa tingkatan. Antaranya, hadis yang disepakati bahawa ianya dusta. Perkara ini diketahui dengan pengakuan pembuatnya, dengan percobaan dusta daripadanya, atau lain-lain. Di antaranya juga, hadis dusta menurut kebanyakan ulama, sementara sebahagian yang lain menilainya sebagai sangat lemah atau mesti dibuang (saqith matruh). Kami tidak berani menyebutnya sebagai mawdhu. Di antaranya juga, hadis yang dinilai lemah oleh jumhur, sementara sebahagian kecil ulama menilainya dusta.”38
37
Al-Sakhawi, op. cit., jilid 1, hal. 297. Muhammad bin Ahmad Al-Dzahabi, Al-Muqizah fi ‘Ilm Mushtholah Al-Hadits, tahqiq Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Beirut: Maktab al-Mathbu’at al-Islamiyyah, cet. kelapan, 1425 H, hal. 36. 38
30
F. Mengenal Rujukan Hadis Lemah dan Palsu Para ulama telah mengumpulkan berbagai hadis lemah dengan berbagai sebabnya dalam kitab-kitab tersendiri. Setiap kali kita melihat sebuah hadis dinisbahkan kepada salah satu daripada kitab-kitab ini maka hampir boleh dipastikan bahawa hadis tersebut adalah lemah. Kitabkitab dapat dikelompokkan menjadi tiga bahagian: Kelompok pertama, kitab-kitab yang khas menyebutkan nama-nama perawi dhaif beserta hadis-hadis yang mereka riwayatkan. Kitab-kitab itu antara lain:
1. “Kitab Al-Dhuáfa” karangan Imam Abu Ja’far Muhammad bin ‘amr al-‘Uqaili (w. 322H) 2. “Kitab Al-Majruhin minal Muhadditsin” karya Ibn Hibban (w.354H) 3. “Al-Kamil fi al-Dhu’afa” karya Imam Abu Ahmad bin ‘Adi Al-Jurjani (w. 365H).
Kelompok kedua, kitab-kitab yang dinyatakan para ulama bahawa hadis-hadis yang terdapat di dalamnya kebanyakan dhaif. Kitab-kitab itu misalnya: 1. “Nawadir Al-Usul fi Ma’rifat Ahwal Al-Rasul” karya Muhammad bin ‘Ali terkenal dengan sebutan Al-Hakim Al-Tirmidzi (w.255H). 2. “Hilyatul Awlia” karya Abu Nuaim Al-Isbahani (w.430H). 3. “Tarikh Baghdad” karya Al-Khatib al-Baghdadi (463H) 4. “Firdaus Al-Akhbar” karya Syirayah bin Syahradar Al-Dailami (w.509H).
Kelompok ketiga, kitab-kitab yang sengaja ditujukan untuk menghimpun hadis-hadis lemah seperti: 1. “‘Ilal Al-Hadits” karya Abdurahman bin Abi Hatim Al-Razi (w.327H) 2. “Sunan” karya Abu Al-Hasan Ali bin Umar Al-Daruqutni (w.385H) 3. “Al-Mu’jam Al-Awsat” dan “al-Mu’jam Al-Saghir” karya abu Al-Qasim Sulaiman bin Ayub Al-Tabarani (w.360H). 4. “Al-‘Ilal al-Mutanahiah” dan “Al-Mawdhu’at”, keduanya karya Ibn Al-Jawzi (w.597H)
G. Beramal dengan Hadis Lemah Syeikh Dr Nuruddin ’Itr (semoga Allah memanjangkan usia beliau) dalam bukunya Manhaj Anl-Naqd fi ’Ulumil Hadits menyebutkan bahawa pandangan ulama dalam hal boleh atau tidak mengamalkan hadis dhaif ini terbagi menjadi tiga pendapat. 31
Pendapat pertama: boleh mengamalkan hadis-hadis dhaif secara mutlak, samada di dalam permasalahan hukum halal-haram ataupun bukan, dengan syarat tidak diketemukan hadis lain yang menjawab permasalahan tersebut. Ini adalah pendapat sebahagian ahli hadis seperti Imam Abu Hanifah, Ahmad bin Hanbal dan Abu Dawud. Diriwayatkan bahawa Imam Ahmad pernah berkata: “Sesungguhnya hadis dhaif lebih saya sukai daripada pendapat ulama, sebab tidak boleh beralih kepada kias kecuali setelah tidak diketemukan nash.” Pendapat kedua: tidak boleh beramal dengan hadis dhaif secara mutlak, artinya hadis dhaif itu harus dibuang sama sekali. Pendapat ini juga merupakan pendapat sebahagian kecil sahaja daripada ulama hadis, seperti Ibn Hazm dan Ibn Al-’Arabi. Dan pendapat ini ditolak oleh kebanyakan ahli hadis lainnya. Pendapat ketiga, iaitu pegangan majoriti ahli hadis dan ahli fiqh, hadis dhaif boleh diamalkan dalam perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hukum halal dan haram, seperti fadhilat ‘amal (keutamaan beramal) dan targhib wa tarhib (motivasi dan ancaman). Imam AlNawawi dalam muqaddimah kitab Al-Azkar berkata: “Berkata para ulama dari kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan lain-lain bahawa boleh dan dianjurkan beramal dalam perkara fadhilat ‘amal (keutamaan beramal) dan targhib wa tarhib (motivasi dan ancaman) dengan hadis yang dhaif selama ianya bukan mawdhu’.” Namun begitu, para ulama ini menegaskan bahawa tidak semua hadis dhaif boleh dijadikan amalan. Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani meletakkan tiga syarat agar sebuah hadis dhaif boleh diamalkan. Syarat yang pertama: ( )ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻏﲑ ﺷﺪﻳﺪ ﺍﻟﻀﻌﻒhadis dhaif itu tidak boleh terlalu lemah. Jadi tetap tidak boleh dijadikan amalan sebuah hadis yang disebut sebagai mawdhu’, munkar dan shaz. Sebab semua ini adalah hadis-hadis yang berada di tingkatan paling rendah dalam senarai darjat hadis-hadis dhaif. Syarat yang kedua: ( )ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻨﺪﺭﺟﹰﺎ ﲢﺖ ﺃﺻﻞ ﻋﺎﻡisi hadis itu mestilah memiliki asal hukum yang disokong oleh dalil-dalil umum. Dan syarat yang ketiga: ( )ﺃﻥ ﻻ ﻳﻌﺘﻘﺪ ﰲ ﺍﻟﻌﻤﻞ ﺛﺒﻮﺗﻪ ﺑﻞ ﺍﻻﺣﺘﻴﺎﻁ ﻓﻴﻪketika beramal dengan hadis dhaif, kita tidak boleh meyakini bahawa hadis itu benar-benar daripada Nabi Saw. Akan tetapi kita mengamalkannya atas dasar berjaga-jaga sahaja. 32
Demikian syarat-syarat beramal dengan hadis dhaif yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar. Saya rasa jelas sekali bahawa meskipun boleh beramal dengan hadis dhaif, namun kita harus merujuk kepada para ulama terlebih dahulu sebelum menyimpulkan bahawa hadis tersebut boleh diamalkan ataukah tidak. Dan ulama yang dirujuk tentang hal inipun tidak boleh sembarang ulama, melainkan orang-orang yang pakar di dalam ilmu hadis. Contoh hadis dhaif yang boleh diamalkan karena memenuhi ketiga syarat di atas adalah hadis riwayat Imam Ahmad di Musnadnya :
ﺸ ﹶﺔ ﺋﺎﻦ ﻋ ﻋ ، ﻴ ﹺﺮﺑﺰ ﺑ ﹺﻦ ﺍﻟ ﻭ ﹶﺓ ﺮ ﻋ ﻦ ﻋ ، ﻯ ﻫ ﹺﺮ ﺰ ﺏ ﺍﻟ ﺎ ﹴﺷﻬ ﺑ ﹺﻦ ﻠ ﹺﻢﺴ ﻣ ﻦ ﺑ ﺪ ﻤ ﺤ ﻣ ﺮ ﻭ ﹶﺫ ﹶﻛ : ﻕ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺎﺳﺤ ﺑ ﹺﻦ ﹺﺇﻋ ﹺﻦ ﺍ ﻋﻠﹶﻰ ﻙ ﺍﺴﻮ ﺓ ﺑﹺﺎﻟ ﻼ ﺼﹶ ﻀ ﹸﻞ ﺍﻟ » ﹶﻓ: ﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻧﻰ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﹶﺃ ﻨﹺﺒﻋ ﹺﻦ ﺍﻟ ، ﻰ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻨﹺﺒﺝ ﺍﻟ ﻭ ﹺ ﺯ . « ﻔﹰﺎﺿﻌ ﲔ ﻌ ﺒﺳ ﻙ ﺍﺳﻮ ﻴ ﹺﺮﻐ ﺓ ﹺﺑ ﻼ ﺼﹶ ﺍﻟ “Dari Ibn Ishaq ia berkata: Muhammad bin Muslim bin Syihab Al-Zuhri menyebutkan dari Urwah, dari Aisyah, isteri Nabi Saw, dari Nabi Saw bahwa baginda bersabda: “Kelebihan dua rakaat yang dilakukan dengan bersiwak terlebih dahulu lebih utama daripada 70 solat yang dilakukan tanpa siwak.” Sanad hadis ini dhaif karena perawinya yang bernama Muhammad bin Ishaq seorang mudallis, yakni sering menggugurkan nama gurunya yang lemah dari sanad hadis. Sanad hadis ini memang lemah, akan tetapi ianya tidak sampai ke derajat munkar apalagi mawdhu’. Lagi pula, hadis ini juga memiliki asal hukum yang kuat. Sebab hukum bersiwak tersebut di dalam berbagai hadis-hadis lain yang sahih. Imam Ibn Al-Mulaqqin berkata bahawa hadis-hadis yang berisi anjuran untuk bersiwak diriwayatkan lebih daripada 100 jalur. Maka tidak salah jika kita berkata bahawa hadis anjuran bersiwak telah mencapai derajat mutawatir sehingga memberi hukum yang wajib diyakini. Jadi, andai tidak ada riwayat yang lemah inipun kita seharusnya tetap terdorong untuk bersiwak sebelum melakukan solat. Dan terakhir, apabila kita memutuskan untuk beramal dengan hadis yang bercerita bahawa solat dengan siwak lebih utama daripada 70 solat tanpa siwak ini, kita tidak boleh meyakini bahawa hadis ini adalah ucapan Nabi Saw. Sebab kita harus menjaga diri daripada dosa besar menisbahkan kepada Nabi sesuatu yang tidak beliau ucapkan. Sebaliknya, motivasi kita untuk beramal dengan hadis ini adalah untuk berjaga-jaga (ihtiyath) sahaja. Yakni kita berkata, andai ternyata hadis ini benar-benar berasal dari Nabi Saw, maka saya telah termasuk ke dalam kelompok orang-orang yang mengamalkannya. 33
BAB IV: KAJIAN MATAN HADIS Kajian matan hadis tidak kalah pentingnya dengan kajian sanad. Ahli hadis telah menulis banyak buku untuk menjelaskan metode mereka dalam memahami dan menafsirkan hadis-hadis Nabi Saw. Di bawah ini, saya akan menyebutkan sebahagian daripada kaedah-kaedah penting itu:
A. Kepentingan Bahasa Arab Rasulullah Saw seorang Arab yang fasih, dan beliau berbicara kepada orang-orang Arab yang fasih juga. Maka untuk memahami pesan beliau dengan tepat wajib menguasai terlebih dahulu kaidah-kaidah Bahasa Arab. Itu sebabnya, para ulama mewajibkan setiap orang yang belajar hadis agar menguasai terlebih dahulu ilmu nahwu, sharaf, juga balagah. Berkata Hammad bin Salamah: “Perumpamaan orang yang belajar hadis namun tidak menguasai nahwu seperti seekor keldai yang membawa karung, namun tidak ada gandum di dalamnya.”39 Ilmu Bahasa yang wajib dikuasai dalam memahami hadis antara lain adalah:
1. Ilmu Semantik (Mufradat), termasuk kata-kata asing (gharib) Menguasai makna kosa kata Arab meruapakan perkara asas yang mesti dikuasai setiap orang yang ingin menafsirkan isi hadis. Kekurangan dalam bidang ini akan mengakibatkan kesalahan yang cukup fatal. Mari kita perhatikan sebuah hadis dalam Sunan Al-Tirmidzi dari Anas bin Malik, dan Al-Baihaqi dari Ubadah bin Al-Samit, bahawa Nabi Saw berdoa sebagai berikut:
.« ﺔ ﻣ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍﹾﻟ ﻮ ﻳ ﲔ ﻛ ﹺ ﺎﻤﺴ ﺓ ﺍﹾﻟ ﺮ ﻣ ﺯ ﻰﺮﻧﹺﻰ ﻓ ﺸ ﺣ ﺍ ﻭ، ﺎﻴﻨﺴﻜ ﻣ ﺘﻨﹺﻰﻣ ﻭﹶﺃ ، ﺎﻴﻨﺴﻜ ﻣ ﺣﹺﻴﻨﹺﻰ ﻢ ﹶﺃ ﻬ » ﺍﻟﱠﻠ “Ya Allah, hidupkanlah aku sebagai orang miskin, matikanlah aku sebagai orang miskin, dan bangkitkanlah aku pada hari kiamat bersama orang-orang miskin.” Doa ini seolah menganjurkan kita untuk menjadi orang-orang miskin sehingga membuat sebahagian orang yang salah faham enggan bekerja dan mempertingkatkan kondisi ekonominya. Namun benarkah makna “kemiskinan” yang diminta Nabi ini bermakna “kefakiran” dan “kelemahan ekonomi”?
39
Al-Suyuti, op. cit., hal. 387.
34
Kebanyakan ahli hadis menolak penafsiran ini. Ibn Qutaibah (w.276H) menjelaskan bahawa kata miskin dalam bahasa Arab bermakna : ( )ﺍﻟﺘﻮﺍﺿﻊ ﻭﺍﻹﺧﺒﺎﺕyakni kerendahan hati dan ketenangan jiwa. Kebalikan dari sifat ( )ﺍﻟﺘﻜﱪ ﻭﺍﻟﺘﺠﱪarogan dan sombong. Orang Arab sering berkata, ()ﲤﺴﻜﻦ ﺍﻟﺮﺟﻞ untuk mengatakan bahwa seseorang sangat rendah hati dan tenang. Dengan demikian, doa Nabi ini mesti difahami sebagai permintaan agar Allah menjadikan beliau sebagai orang yang tawadhu selama hidup hingga mati, dan dibangkitkan bersama orang-orang yang memiliki sifat ini. Dan tidak hidup seperti orang-orang yang sombong dan tinggi hati. Pendapat ini disetujui oleh AlBaihaqi dan Ibn Taymiah.40
2. Ilmu Nahwu Atau Gramatika Arab. Menguasai ilmu ini sangat penting untuk menjaga kesilapan dalam riwayat yang dapat membawa perubahan makna dan hukum. Seringkali terjadi khilaf dikalangan ulama ekoran perbezaan di dalam mengi’rab sebuah lafaz di dalam hadis. Misalnya hadis riwayat Abu Dawud (no. 2830) dan Al-Tirmidzi (no. 1550):
ﻪ ﻣ ﲔ ﹶﺫﻛﹶﺎ ﹸﺓ ﹸﺃ ﺠﹺﻨ ﹺ ﹶﺫﻛﹶﺎ ﹸﺓ ﺍﹾﻟ Jumhur ulama membaca kalimat “zakat” yang kedua dengan rafa’ karena kedudukannya sebagai khabar mubtada. Dengan begitu, maksud hadis ini adalah “Sembelihan janin adalah sembelihan ibunya.” Sementara mazhab hanafi membaca kalimat ini dengan nasab linaz alkhafidh, maka maksud hadis ini : “Sembelihan janin seperti sembelihan ibunya.”41 Begitu juga hadis riwayat Al-Bukhari (no. 3093) dan Muslim (no. 4676):
ﺪﻗﹶﺔ ﺻ ﺎﺮ ﹾﻛﻨ ﺗ ﺎﺙ ﻣ ﺭ ﹸ ﻮﹶﻻ ﻧ Ahlus Sunnah membaca hadis ini dengan me-rafa’ kalimat sadaqah sebab kedudukannya sebagai khabar. Maksud hadis ini dengan demikian adalah : “Kami (para nabi) tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.” Sementara Syiah membacanya dengan me-nasab-kan kalimat “sadaqah” sebagai tamyiz untuk kalimat “ma taraknahu”. Dengan begitu, maka maksud 40
Ibn Qutaybah, Ta’wil Mukhtalif Al-Hadits, tahqiq Muhammad Abdurahim, Beirut: Dar Al-Fikr, 1995, hal. 155. AlBaihaqi, Al-Sunan Al-Kubra, op. cit., jilid 7, hal. 12, dan Ibn Taymiah, ‘Ilm al-Hadits, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 1985, h. 236. 41
Al-Qadhi ‘Iyad bin Musa Al-Yahsubi, Al-Ilma’ ila Ma’rifat Ushul Al-Riwayath wa Taqyi Al-Sama’, Beirut: Dar alKutub Al-Ilmiyyah, 2004, hal. 64.
35
hadis adalah : “Kami (para nabi) tidak diwarisi apa-apa yang kami tinggalkan sebagai sedekah.” Jadi, apa yang ditinggalkan Rasulullah Saw sebagai sedekah tidak diwarisi, namun selain daripada itu boleh diwarisi salah satunya kekhilafahan.42
3. Ilmu Balagah Ilmu Balaghah yang saya maksud di sini adalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan konsep majaz dan hakikat, isti’arah, kinayah dan lain-lain. Bahasa apapun di dunia ini tidak pernah lepas daripada majaz, apalagi bahasa Arab yang terkenal dengan ketinggian sastranya sejak dahulu. Sebagai teks berbahasa Arab, Al-Qur’an dan hadis mengandungi kata-kata kiasan yang wajib dimaknai secara majaz sebab keduanya adalah teks-teks berbahasa Arab yang berbicara kepada masyakarat Arab dengan gaya bahasa yang mereka gunakan sehari-hari. Berkata Ibn Al-Sayyid alBathliyusi (w. 521 H), “Inilah pendapat yang benar, tidak boleh selainnya. Sebab Allah Swt berfirman, ‘Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya,’ juga firman-Nya, ‘Dengan bahasa Arab yang nyata.’”43 Ahli hadis yang sangat pandai menerapkan konsep majaz dalam hadis adalah Abu Muhammad Abdullah bin Muslim, yang dikenal dengan panggilan Ibn Qutaybah, Al-Dinawari (w.276H). Beliau misalnya menjelaskan konsep majaz yang terdapat di dalam hadis:
. ﺔ ﻨﺠ ﺽ ﺍﹾﻟ ﺎ ﹺﻦ ﹺﺭﻳ ﻣ ﺿ ﹲﺔ ﻭ ﺭ ﺒﺮﹺﻯﻨﻣ ﻭ ﻰﻴﺘﺑ ﻦ ﻴﺑ ﺎﻣ Apa yang ada di antara rumah dan mimbarku adalah satu kebun daripada kebun-kebun Surga.44 Menurut Ibn Qutaybah, hadis ini bukan hendak mengatakan bahawa antara rumah dan mimbar Nabi Saw itu terdapat taman surga. Akan tetapi, karena ibadah yang dilakukan di tempat itu menyebabkan orang yang melakukannya masuk surga, maka ia seolah-olah adalah bahagian daripada surga.45
42
Ibid. Abdullah bin Muhammad Ibn Al-Sayid Al-Batlyusi, Al-Inshaf fi Al-Tanbih ‘ala Al-Ma’ani wa Al-Asbab allati awjabat Al-Ikhtilaf bayna Al-Muslimin fi Ara’ihim, tahqiq Dr Muhamad Ridwan Al-Dayah, Damsyiq: Dar Al-Fikr, 1987, cet. ke-3, hal. 71. Ayat Al-Qur’an yang disebutkan berasal dari Surah Ibrahim ayat 4 dan surah Al-Syu’ara ayat 195. 44 Al-Bukhari no. 6904 dan Muslim no. 1391. 45 Ibn Qutaybah, op. cit., hal. 114. 43
36
Ibn Qutaybah juga menjelaskan bahawa gaya bahasa tamtsil (alegori) terdapat di dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Nabi Saw, bahawa Allah Swt berfirman:
ﻪ ﺘﻴﺗﻰ ﹶﺃﻤﺸ ﻳ ﺎﻧﹺﻰﻭﹺﺇ ﹾﻥ ﹶﺃﺗ ، ﺎﺎﻋﻪ ﺑ ﻴﺖ ﹺﺇﹶﻟ ﺑﺮ ﺗ ﹶﻘ ﺎﺍﻋﺫﺭ ﻰ ﺏ ﹺﺇﹶﻟ ﺮ ﺗ ﹶﻘ ﻭﹺﺇ ﹾﻥ ، ﺎﺍﻋﺫﺭ ﻪ ﻴﺖ ﹺﺇﹶﻟ ﺑﺮ ﺗ ﹶﻘ ﺒ ﹴﺮﺸ ﻰ ﹺﺑ ﺏ ﹺﺇﹶﻟ ﺮ ﺗ ﹶﻘ ﻭﹺﺇ ﹾﻥ . ﻭﹶﻟ ﹰﺔ ﺮ ﻫ Jika hamba-Ku mendekat kepada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekat kepada-Nya satu hasta. Dan jika ia mendekat kepada-Ku satu hasta, maka aku akan mendekat kepada-Nya satu depa. Dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.46 Ibn Qutaybah berkata, “Ini gaya bahasa tamtsil dan tasybih. Maksudnya, barangsiapa yang mendatangiku dengan segera, maka Aku akan memberi pahala kepadanya dengan lebih segera daripada kedatangannya. Allah lalu menggambarkan kesegeraan itu ‘berjalan’ dan ‘berlari’.”47
4. Takwil Takwil adalah memalingkan makna suatu lafaz dari makna kuat (rajih) kepada makna lemah (marjuh). Tehnik penafsiran ini merupakan kelanjutan daripada konsep majaz dan seringkali digunakan oleh ahli hadis untuk menafsirkan hadis-hadis yang zahirnya bertentangan dengan prinsip-prinsip akidah islamiah. Misalnya lafaz “lupa” yang disandarkan kepada Allah Swt dalam hadis Abu Hurairah berikut ini:
ﻡ ـﺎﻧﻌﻚ ﺍ َﻷ ﺕ ﻟﹶـ ﺮ ﺨ ﺳ ﻭ ﺍﻭﹶﻟﺪ ﻭ ﺎ ﹰﻻﻭﻣ ﺍﺼﺮ ﺑﻭ ﺎﻤﻌ ﺳ ﻚ ﻌ ﹾﻞ ﹶﻟ ﺟ ﻢ ﹶﺃ ﻪ ﹶﺃﹶﻟ ﻪ ﹶﻟ ﻴﻘﹸﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﱠﻠﺔ ﹶﻓ ﻣ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍﹾﻟ ﻮ ﻳ ﺪ ﺒﻌ ﻰ ﺑﹺﺎﹾﻟﺆﺗ ﻳ ﻙ ﺎﻧﺴﻡ ﹶﺃ ﻮ ﻴﻪ ﺍﹾﻟ ﻴﻘﹸﻮ ﹸﻝ ﹶﻟ ﹶﻓ.ﻴﻘﹸﻮ ﹸﻝ ﹶﻻﻫﺬﹶﺍ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻓ ﻚ ﻣ ﻮ ﻳ ﻰ ﻗﻼ ﻣ ﹶ ﻚ ﻧﻦ ﹶﺃ ﺗ ﹸﻈ ﺖ ﻨﻊ ﹶﻓ ﹸﻜ ﺑﺮ ﺗﻭ ﺱ ﺮﹶﺃ ﺗ ﻚ ﺘﺮ ﹾﻛ ﺗﻭ ﺙ ﺮ ﹶ ﺤ ﺍﹾﻟﻭ .« ﺘﻨﹺﻰﻧﺴِﻴ ﺎﹶﻛﻤ
46 47
Al-Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675. Ibn Qutaybah, op. cit., hal. 206.
37
”Didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, maka Allah berfirman kepadanya: Bukankah Aku telah memberimu pendengaran, penglihatan, harta dan anak-anak, dan Aku telah tundukkan bagimu bintang ternak dan tumbuh-tumbuhan, dan Aku biarkan engkau berkuasa dan menikmatinya. Maka pernahkah engkau menyangka bahawa engkau akan berjumpa dengan-Ku pada hari ini?” Ia menjawab: “Tidak.” Maka Allah berfirman: “Maka pada hari ini, Aku akan melupakanmu sepertimana engkau telah melupakan-Ku.”48 Jika kita menafsirkan kata “lupa” di dalam hadis ini dengan maknanya yang dekat, iaitu hilang ingatan yang pernah ada di fikiran, maka kita telah menisbahkan sesuatu yang mustahil kepada Allah Swt. Oleh itu, para ulama menafsirkannya dengan makna yang lain. Berkata Imam AlTirmidzi: “Makna ucapan ’pada hari ini aku akan melupakanmu’ adalah ’pada hari ini aku akan meninggalkanmu di dalam siksa’.”49
B. Peranan Usul Fiqh Menafsirkan hadis sangat mirip dengan proses penafsiran Al-Qur’an, yakni kita wajib mempertimbangkan kemungkinan nasikh-mansukh, ‘am-khas, mutlak-muqayyad, mujmalmubayyan; apabila ia berisi perintah, apakah perintah itu bermakna fardu, sunnah atau ibahah? Jika ia berisi larangan, apakah larangan itu bermakna haram, atau makruh? Semua ini tidak memerlukan kajian yang mendalam berkaitan dengan berbagai istilah dan metode fuqaha yang tercantum di dalam buku-buku usul Fiqh. Dalam kesempatan kali ini, saya akan membahas beberapa bahagain daripadanya sahaja.
1. Nasikh dan Mansukh Meski sebuah hadis telah dinyatakan sahih oleh ahli hadis, namun ianya tidak boleh diamalkan dengan segara sebelum dipastikan bahawa hukumnya tidak dimansukh. Banyak sekali hadis-hadis yang seperti ini dan dapat kita temukan dalam sebuah kitab yang berjudul “Al-I’tibar fi Al-Nasikh wal Mansukh min Al-Atsar” karya Al-Imam Abu Bakar Muhammad bin Musa Al-Hazimi. Salah satu hadis yang isinya telah dimansukh adalah sebuah riwayat Abu Dawud dan alTirmidzi bahawa Nabi saw pernah melihat seseorang yang sedang membekam saudaranya pada bulan puasa. Lalu baginda bersabda:
48 49
Al-Tirmidzi no. 2428. Sunan Al-Tirmidzi, jilid 4, hal. 619.
38
ﻡ ﻮﺤﺠ ﻤ ﺍﹾﻟﻢ ﻭ ﺎ ﹺﺟﺮ ﺍﹾﻟﺤ ﹶﺃ ﹾﻓ ﹶﻄ “Telah batal puasa orang yang membekam dan yang dibekam.” Hadis ini dinasakh oleh hadis Ibn Abbas yang bercerita bahawa Nabi Saw pernah berbekam dalam keadaan ihram dan tengah berpuasa. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari. Oleh sebab itu, para ahli fiqh berpendapat bahawa mengeluarkan darah karena sebab berbekam, atau sebab-sebab lainnya, tidak membatalkan puasa.
2. Takhsis Sebuah hadis yang sahih belum dapat diamalkan sebelum dipastikan ianya tidak ditakhsis oleh hadis yang lain. Misalnya hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Ayyub AlAnsari ra, Nabi Saw bersabda:
. ﺑﻮﺍﻗﻮﺍ ﺃﻭ ﻏﺮﺷﺮ ﻭﻟﻜﻦ، ﻭﻫﺎﺪﹺﺑﺮ ﺒﻠ ﹶﺔ ﻭﻻ ﺗﺴﺘﻢ ﺍﻟﻐﺎﺋﻂ ﻓﻼ ﺗﺴﺘﻘﺒﻠﻮﺍ ﺍﻟﻘﻴﺘﺗﺇﺫﺍ ﺃ “Jika kamu mendatangi tempat buang air, maka janganlah menghadap kiblat ataupu membelakanginya. Akan tetapi menghadaplah ke arah (lain seperti) timur atau barat.” Hadis ini berisi larangan menghadap atau membelakangi kiblat ketika buang air besar atau buang air kecil, tanpa menjelaskan apakah hukum itu berlaku untuk orang yang melakukannya di luar atau di dalam sebuah bangunan. Seorang mujtahid tidak akan menyimpulkan hukum apa-apa sebelum mengumpulkan berbagai hadis mengenai hal ini terlebih dahulu. Ternyata, ada sebuah hadis lain yang juga sahih diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar ra yang bercerita bahawa ia pernah melihat Rasulullah saw melakukan buang air di dalam rumahnya sambil menghadap kiblat.50 Dari sini, ia lalu menyimpulkan bahawa larangan menghadap atau membelakangi kiblat berlaku jika perbuatan itu dilakukan di alam terbuka seperti di padang pasir, sungai atau tempat-tempat lainnya. Adapun jika perbuatan tersebut dilakukan di dalam tempat tertutup seperti rumah, toilet dan lain-lain, maka hadis Ibn Umar menunjukkan bahawa boleh melakukan buang air sambil menghadap atau membelakangi kiblat.
50
Al-Bukhari no. 145 dan Muslim no. 634.
39
Demikian pendapat Imam Al-Syafiie sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmidzi di dalam Sunan-nya. Beliau berkata: “Maksud sabda Nabi Saw: Jangan menghadap atau membelakangi kiblat apabila buang air besar atau buang air kecil” itu untuk (orang yang melakukannya) di padang pasir. Adapun jika ia melakukannya di bilik-bilik yang khusus dibina untuknya, maka diperbolehkan ia menghadapnya.”51
3. Bertentangan dengan Ijmak Sebuah hadis yang dinilai sahih, seringkali tidak dapat diamalkan karena bercanggah dengan ijmak, yakni kesepakatan para mujtahid berkenaan dengan suatu hukum syarak. Imam Al-Tirmidzi menyebutkan di akhir kitab Sunan-nya dua buah hadis yang sepakat tidak diamalkan oleh para ulama. Iaitu hadis yang menceritakan “bahawa Nabi Saw menjamak solat zuhur dan asar, juga maghrib dan Isyak, di Madinah tanpa takut dan sakit,” dan hadis yang menceritakan perintah Nabi Saw untuk membunuh orang yang meminum arak pada kali keempat.52 Al-Hafiz Ibn Rajab menambahkan beberapa hadis lain, misalnya hadis yang berisi “larangan menyewakan tanah”, “menggabungkan tiga talak sekaligus”, “larangan melakukan haji tamattu”, dan beberapa hadis lainnya.53
51
Muhammad bin Isa Al-Tirmidzi, op. cit., jilid satu, hal. 14. Lihat ibid., jilid 5, hal. 736. 53 Sila rujuk Ibn Rajab, Syarh ‘Ilal Al-Tirmidzi, tahqiq Dr Nuruddin ‘Itr, Damsyik: Dar Al-‘Atha, jilid 1, hal. 9-21. 52
40
DAFTAR RUJUKAN Ibn ’Adi, Abdullah bin ’Adi Al-Jurjani, al-Kamil fi Dhu’afa Al-Rijal, tahqiq Yahya Mukhtar AlGhazawi, Beirut: Dar Al-Fikr, cet. ketiga, 1985. Al-Baghdadi, Ahmad bin Tsabit al-Khatib, Al-Kifayah fi ’Ilm Al-Riwayah, Beirut: Dar Al-Kutub Al’Ilmiyyah, 1988. Al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin Al-Husein, Al-Sunan Al-Kubra, Beirut: Dar Al-Ma’rifah, tth. Al-Batlyusi, Abdullah bin Muhammad Ibn Al-Sayid, Al-Inshaf fi Al-Tanbih ‘ala Al-Ma’ani wa AlAsbab allati awjabat Al-Ikhtilaf bayna Al-Muslimin fi Ara’ihim, tahqiq Dr Muhammad Ridwan Al-Dayah, Damsyiq: Dar Al-Fikr, 1987. Al-Daruquthni, Ali bin Umar, Sunan Al-Daruqutni, tahqiq Syeikh ‘Adil Ahmad Abdul Mawjud, Beirut: Dar al-Ma’rifah, 2001. Al-‘Ilal Al-Waridah fi Al-Ahadits Al-Nabawiyyah, tahqiq Mahfuzurahman Zaeinullah Al-Salafi, Riyad: Dar Al-Taybah, 1999. Al-Dzahabi, Ahmad bin Muhammad, Mizan Al-I’tidal fi Naqd Al-Rijal, Beirut: Dar Al-Fikr, 1999. Al-Muqizhah fi ‘Ilm Mushtholah Al-Hadits, tahqiq Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Beirut: Maktab al-Mathbu’at al-Islamiyyah, cet. kelapan, 1425 H. Siyar A’lam an-Nubala, Beirut: Muassasah ar-Risalah, 1986. Ibn Hajar, Al-Hafiz Ahmad bin ‘Ali Al-’Asqalani, Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Al-Riyad: Dar Al-Salam, 2000, cet. ke-3. Lisan al-Mizan, Beirut: Dar al-Fikr, tth. Al-Nukat ‘ala Kitab Ibn Al-Solah, tahqiq Mas’ud Abdul Hamid Al-Sa’di, Beirut: Dar Al-Kutub Al‘Ilmiyyah, tth. Nuzhat Al-Nazar Syarh Nukhbat Al-Fikar, tahqiq Dr Nuruddin ‘Itr, Damsyiq: tp., 2000. Al-Qaul al-Musaddad fi Al-Dzab ‘an Al-Musnad lil Imam Ahmad, Beirut: ‘Alam Al-Kutub, 1984. Talkhis Al-Habir fi Takhrij Ahadis Al-Rafi’i Al-Kabir, tahqiq Sayed Abdullah Hasim Al-Yamani, Beirut: Dar Al-Ma’rifah, tth. Ibn Hanbal, Ahmad bin Muhammad, Al-‘Ilal wa Ma’rifat Al-Rijal, tahqiq Wasiyyullah Abbas, Beirut: Al-Maktab Al-Islami, 1988. Ibn Hibban, Muhammad Al-Busti, Kitab Al-Majruhin minal Muhadditsin, tahqiq Hamdi Abdul Majid Al-Salafi, Riyad: Dar Al-Soima’ie, 2000,
41
Al-Ja’bari, Burhanuddin Ibrahim bin Umar, Rusukh al-Akhbar fi Mansukh al-Akhbar, Beirut: Muassasah al-Kutub as-Saqafiyyah, 1988. Al-Jawabi, Dr. M. Thahir, Juhud al-Muhadditsin fi Naqd Matn al-Hadits an-Nabawi asy-Syarif, Tunisia: Muassasah Abdul Karim Abdullah, 1986. Ibn Al-Jawzi, Abdurahman bin ‘Ali, Tahqiq Ahadits Al-Khilaf, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 1994. Al-Maudhu’at min Al-Ahadits Al-Marfu’at, Beirut: Dar Ibn Hazm, cet. Pertama, 2008. Daf’u Syubhat Al-Tasybih, dalam kumpulan Al-‘Aqidah wa ‘Ilmil Kalam min A’mal Al-Imam Muhammad Zahid Al-Kautsari, Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiah, 2004. Tahqiq Ahadits Al-Khilaf, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 1994. Ibn Katsir, Al-Hafiz Ismail bin Umar Ibn Katsir Al-Dimasyqi, Al-Bidayah Wa al-Nihayah, tahqiq Dr Ahmad Abu Mulhim et.al,[Mesir: Dar Al-Rayyan lit-Turats, 1988. Iktishar ‘Ulum Al-Hadits, tahqiq dan syarh Syeikh Ahmad Syakir, Beirut: Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, tth. Al-Malyabari, Dr Hamzah bin Abdillah, Nazarat Al-Jadidah fi ‘Ulum Al-Hadits, cet. Kedua, Beirut: Dar Ibn Hazm 2003. Al-Muwazanah baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin fi Tashhih Al-Ahadits wa Ta’liliha, cet. Kedua, Beiru: Dar Ibn Hazm, 2001. Ibn Manzur, Jamaluddin Muhamad bin Mukram Al-Ifriqi, Lisan Al-‘Arab, Beirut: Dar Al-Sodir, tth. Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad Al-Maqdisi, Al-Muntakhab min Al-‘Ilal lil-Khallal, tahqiq Abu Muaz Thariq bin ‘Iwadullah, Riyad: Dar Al-Rayah, 1998. Ibn Qutaybah, Abdullah bin Muslim, Ta’wil Mukhtalif al Hadits, tahqiq Muhammad Abdurahim, Beirut: Dar Al-Fikr, 1995. Ibn Rajab, Abdurahman bin Ahmad Al-Baghdadi, Syarh 'Ilal Al-Tirmidzi, tahqiq Dr Nuruddin ‘Itr, Riyad: Dar Al-‘Atha, 2001. Al-Razi, Abdurahman bin Abi Hatim, ‘Ilal Al-Hadits, tahqiq Muhibbun al-Khatib, Beirut: Dar AlMa’rifah, 1985. Kitab Al-Marasil, tahqiq Ahmad ‘Isam Al-Katib, Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, cet. pertama, 1983. Ibn Al-Solah, Hafiz ‘Utsman bin Abdurahman Al-Syahrazuri, Ulum Al-Hadits, tahqiq Dr Nuruddin ‘Itr, Damsyiq: Dar Al-Fikr, 2002. Al-Subki, Taj ad-Din Abdul Wahab bin Ali, Thabaqat Al-Syafiiah Al-Kubra, tahqiq Mustafa Abdul Qadir Atha, Beirut: Dar Al-Kutub Al-’Ilmiah, 1999. 42
Ibn Syahin, Al-Nasikh wa al-Mansukh min al-Hadits, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 1996. Ibn Taymiah, Ahmad bin Abdul Salam Al-Harani, Majmu’ Fatawa Ibn Taymiah, tt.: tp., tth. ‘Itr, Dr Nuruddin, Manhaj Al-Naqd fi ‘Ulumil Hadits, Damsyiq : Darul Fikr Al-Mu’asir, cet. Ke-3, 1997. Lamahat Mujazah fi Ushul ‘Ilal Al-Hadits, ttp, cet. kedua, 2005. Khalifah, Haji, Mustafa bin ‘Abdillah, Kasyf Al-Zunun ‘an Asami Al-Kutub wal-Funun, Beirut: Dar Ihya Al-Turats Al-‘Arabi, tth. Al-Khalili, Abdullah bin Khalil, Al-Irsyad fi Ma’rifat Ulama al-Hadits, Beirut: Dar al-Fikr, 1993. Al-Luknawi, Abdul Hayy, Ar-Raf’ wat-Takmil fi al-Jarh wat Ta’dil, Aleppo: Maktab al-Mathbu’at alIslamiyah, tth. Al-Ajwibah al-Fadhilah ‘ala al-As’ilah al-’Asyrah al-Kamilah, Aleppo: Maktab al-Mathbu’ah alIslamiah, tth. Al-Nawawi, Al-Hafiz Abu Zakaria Yahya bin Syarf, Irsyad Thullab Al-Haqaiq, tahqiq Dr Nuruddin ‘Itr, Damsyiq: Dar Al-Yamamah, 2002. Syarh Sohih Muslim, Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiah, 1995. Al-Ramahurmuzi, Muhammad bin Khallad, Al-Muhaddits al-Fashil baina ar-Rawi wa al-Wa’i, Beirut: Dar al-Fikr, 1984. Al-Sakhawi, Al-Hafiz Muhammad bin Abdurahman, Fath Al-Mughits bi Syarh Alfiat Al-Hadits, tahqiq Syeikh ‘Ali Husein ‘Ali, Beirut: Dar Al-‘alam Al-Kutub, 2003. Al-Siba’i, Dr Mustafa, Al-Sunnah wa Makanatuha fi Al-Tasyri’Al-Islami, Damsyiq: Dar Al-Warraq, 2003. Al-Subki, Taj ad-Din Abdul Wahab bin Ali, Qa’idah fi al-Jarh wa at-Ta’dil, Aleppo: Maktabah alMathbu’at al-Islamiyyah, tth. Al-Sujistani, Abu Daud, Shahih Sunan al-Mustafa, Beirut: Dar al-Kutub al-Arabi, tth. Al-Suyuti, Jalaluddin, Tadrib ar-Rawi, Beirut: Dar al-Fikr, 1988. Al-Tahanawi, Muzaffar Ahmad, Qawa’id fi ‘Ulum al-Hadits, tahqiq Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Riyadh: Syirkah al-Abikan, 1984. Ibn Qutaybah, Abdullah bin Muslim, Gharib al-Hadits, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 1988. Ta’wil Mukhtalif al Hadits, tahqiq Muhammad Abdurahim, Beirut: Dar Al-Fikr, 1995. Ta’wil Musykil al-Qur’an, Beirut: Maktabah al-’Ilmiyyah, 1981. 43