Modul 3: Multimedia. (A) Grafik. •
Terdapat dua cara mengimpot fail grafik luar ke dalam aplikasi Authorware kita: •
Menggunakan arahan Import dari menu File,
•
Menggunakan kemudahan Copy and Paste.
•
Tarik masuk satu ikon Display dan namakannya sebagai Paparan Grafik 1 seperti rajah berikut.
•
Klik berganda pada ikon Paparan Grafik 1 dan satu tetingkap kosong (Presentation Window) akan dipaparkan. Klik pada menu File > Import dan pilih mana-mana satu fail grafik yang diminati, katakan fail 36067 seperti rajah berikut. Seterusnya, klik pada butang Import.
•
Sekiranya arahan Link to File diaktifkan, fail grafik tersebut tidak diimport tetapi satu laluan capaian (pautan / link) akan disediakan agar membolehkan Macromedia Authorware memanggil grafik itu semasa dilarikan / dimainkan / play.
•
Untuk membesarkan saiz paparan grafik tersebut , kita dapat ubahsuai saiz paparan tersebut dengan mengklik pada tepi paparan tersebut dan tariknya
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
1
sehingga ke satu saiz paparan yang dikehendaki. Apabila tetikus dilepaskan, satu tetingkap seperti rajah berikut dipaparkan. Klik pada butang OK.
•
Ubahsuaikan saiz paparan grafik tersebut sehingga memenuhi semua ruang kosong tadi seperti rajah berikut.
•
Simpan fail tersebut sebagai Modul 3 Multimedia.
•
Tarik satu lagi ikon Display ke dalam aplikasi / program dan namakannya sebagai Paparan Grafik 2. Klik berganda pada ikon Paparan Grafik 2. Klik dan lukis satu ellipse di tengah-tengah pada ruang pada ikon Ellipse , kosong itu seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
2
•
Klik pada ikon Restart dan lihat hasilnya. Untuk mewarnakan ellipse itu, klik berganda pada ikon Paparan Grafik 2 dan menu Window > Inspectors > Colors. Pilih warna teks dan latar belakang seperit rajah berikut.
•
Klik pada ikon Text dan taipkan Ini adalah grafik pertama saya pada ruangan dalam ellipse tersebut seperti rajah berikut.
•
Klik pada ikon Restart dan lihat hasilnya. Untuk memperbaiki hasil itu, tutup tetingkap tadi dan buka ikon Paparan Grafik 2. Klik pada teks Ini adalah grafik pertama saya, kemudaian, klik pada menu Window > Inspectors > Modes. Satu tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan. Anda digalakkan untuk mencuba satu per satu mode tersebut. Bagi latihan ini, kita pilih mode transparent dan seterusnya klik ikon Restart untuk melihat hasilnya.
(B) Audio. •
Untuk memasukkan fail berjenis audio, kita tarik masuk satu ikon audio namakannya sebagai Audio 1 seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
dan
3
•
Apabila klik berganda pada ikon Audio 1, tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
•
Klik pada butang Import, satu tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan. Pilihlah mana-mana satu audio yang anda kehendaki dan seterusnya klik butang Import.
•
Sejurus selepas butang Import diklik , tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
4
•
Selepas menunggu 2 hingga 4 saat, maklumat yang berkaitan dengan audio yang diimport adalah ditunjukkan seperti rajah berikut.
•
Klik pada tag Timing, ubahsuai nilai-nilai yang diberi mengikut kehendak kita sendiri. Secara default, nilai-nilai yang dipilih adalah ditunjukkan seperti rajah berikut. Kemudian, klik pada butang OK.
•
Wait Until Done – akan menyebabkan aplikasi memainkan audio sehingga tamat sebelum diteruskan ke skrin yang selanjutnya.
•
Concurrent – membolehkan audio dimainkan dan dalam masa yang sama apalikasi diterusnya ke skrin-skrin yang selanjutnya.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
5
•
Perpetual – akan memainkan audio sepanjang masa.
•
Fixed Number of Times – membolehkan audio dimainkan berulang-ulang mengikut kehendak pengguna.
•
Until True – membolehkan pengguna meletakkan skrip berdasarkan fungsi atau pembolehubah yang ditetapkan, contohnya: Until True: Mousedown atau If Num <> 1.
•
Simpan fail tersebut dan klik pada ikon Restart untuk melihat hasilnya.
(C)
Video Klip. •
Ikon Video tidak digunakan bagi tujuan memasukkan unsur-unsur klip video atau animasi. Ini adalah kerana ikon Video membolehkan pengguna memainkan video secara terus dari peranti elektronik luar seperti pita VHS ke dalam skrin aplikasi.
•
Jadi, klip video atau animasi boleh dimasukkan ke dalam aplikasi melalui ikon Digital Movie.
•
Sebelum kita mengimport fail video atau animasi, kita perlu memindahkan failfail tersebut ke dalam subfolder yang sama dengan subfolder yang mengandungi aplikasi tersebut seperti rajah berikut.
•
Masukkan satu ikon Erase dan namakannya sebagai Padam 1 untuk memadamkan semua paparan sebelumnya. Masukkan satu ikon Digital Movie ke dalam aplikasi tersebut dan namakannya sebagai Klip Video 1 seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
6
•
Klik berganda pada ikon Klip Video 1 dan tetingkap seperti rajah berikut akan diapaprkan.
•
Klik pada butang Import dan pilihlah mana-mana klip video yang dikehendaki dalam rajah seperti berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
7
•
Selepas klik butang Import, tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
•
Perhatikan bahawa Storage: External menunjukkan bahawa fail klip video tersebut perlu dibawa bersama-sama semasa membuat persembahan.
•
Kli pada tag Timing dan ubahsuaikan mengikut kehendak kita. Secara default, nilai-nilai yang dipilih adalah seperti rajah berikut.
•
Klik pada tag Layout dan ubahsuaikan mengikut kehendak kita. Secara default, nilai-nilai yang dipilih adalah ditunjukkan seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
8
•
Selepas membuat semua pilihan, klik pada butang OK dan klik pada ikon Restart untuk melihat hasilnya.
•
Catatan: Untuk melihat hasil paparan Video Clip tanpa menunggu sehingga audio tadi dimain sehinnga habis, kita perlu tukar ciri-ciri ikon Audio 1. Klik berganda pada ikon Audio 1 dan klik pada tag Timing. Tukarkan cirri Concurrency: Wait Until Done kepada Concurrency: Concurrent seperti rajah berikut dan seterusnya klik pada butang OK.
(D)
Animasi. •
Kaedah untuk memasukkan elemen animasi adalah seperti kaedah untuk memasukkan elemen klip video (diletak bersama-sama dengan fail Authorware).
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
9