TEKNOLOGI GRAFIK
Format Fail atau Piawaian Grafik Digital
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
FORMAT FAIL: PENGENALAN
Piawaian ataupun format fail bagi grafik menentukan kualiti imej, saiz fail serta tujuan penggunaan sesebuah imej.
Setiap piawaian mempunyai ciri-ciri, kelebihan serta kelemahannya yang tersendiri.
Antara contoh format fail utama gafik digital ialah.......
2
FORMAT FAIL: PENGENALAN
Apa yang membezakan setiap format fail ini dan bagaimana untuk memilih format fail yang ingin digunakan ?
3
BMP atau Bitmap
antara fail format yang paling lama wujud iaitu sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Kesannya: mempunyai saiz fail yang agak besar. Kelebihannya: kebanyakan perisian komputer boleh menerima format fail ini. Imej yang disimpan dalam format BMP ialah ianya boleh dipaparkan terus pada skrin komputer dengan pantas (Mengapa?) 4
GIF (Graphics Interchange Format)
Sering digunakan di dalam pembangunan laman web. Mengapa?
Fail imej yang disimpan dalam format GIF biasanya menggunakan format grafik 8 bit atau 256 warna atau yang lebih rendah (saiz fail kecil)
Format GIF tidak sesuai digunakan untuk menyimpan imej yang mengandungi banyak warna seperti gambar foto.
Sesuai untuk ikon, garis, berbentuk kartun/ilustrasi.
butang
atau
imej-imej 5
JPEG (Joint Photographic Experts Group)
Paling sesuai digunakan bagi memadatkan sesebuah imej sama ada yang berwarna mahupun yang hitam putih. Ia juga sesuai untuk gambar foto, kerja seni semulajadi dan sebagainya.
Kurang sesuai untuk huruf atau aksara mahupun kerjakerja melibatkan lakaran.
Sering digunakan bagi format fail untuk laman web terutamanya bagi imej-imej yang mempunyai pelbagai warna dan corak. Ini adalah kerana ia mampu memadatkan fail dengan baik (sehingga 1: 20) 6
TIFF (Tag Image File Format )
TIFF atau Tag Image File Format telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986.
Ianya khusus digunakan bagi menyimpan fail imej bitmap yang diperoleh daripada peranti-peranti penangkap imej seperti pengimbas imej, kamera digital atau pemerangkap skrin komputer.
7
TGA
TGA merupakan format fail grafik yang dibangunkan oleh oleh syarikat Truevision untuk kegunaan bersama produk keluaran mereka iaitu Targa dan Vista.
Ia kemudiannya digunakan secara meluas khususnya di dalam perisian-perisian grafik penerbitan video berkeupayaan tinggi.
Ini memandangkan format fail ini mampu menampung imej dengan kedalaman warna yang tinggi (sehingga 24-bit atau 16 juta warna).
8
TEKNOLOGI GRAFIK
Panduan Memilih Format Fail Grafik Digital
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
PENGENALAN
Memandangkan terdapat banyak format fail bagi grafik digital, timbul satu masalah iaitu bagaimana untuk memilih format fail grafik yang bersesuaian dengan keperluan tugas yang diperlukan ?
10
PANDUAN 1 : KATEGORI GRAFIK
Setiap kategori grafik akan menyimpan fail imej dalam format yang tersendiri.
Misalnya, grafik jenis bitmap biasanya disimpan dalam format BMP, GIF, JPG, TIF dan sebagainya.
Grafik jenis vektor pula biasanya disimpan dalam format seperti CGM, WMF, PCX dan sebagainya.
11
PANDUAN 2 : CIRI-CIRI KATEGORI IMEJ
Kita juga harus memahami mengenai ciri-ciri setiap kategori grafik tersebut.
Mengapa ?
Ini bagi memastikan kita mengetahui kelebihan, kelemahan setiap satunya.
Secara tidak langsung kita akan dapat menjangkakan grafik jenis mana yang sesuai digunakan dalam situasi yang diperlukan dan begitu juga sebaliknya. 12
PANDUAN 3 : PERISIAN GRAFIK
Kita juga perlu mengetahui perisian grafik serta perisian pembangunan aplikasi yang akan kita gunakan.
Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop atau Corel Paint, ianya akan menghasilkan imej jenis bitmap.
Sekiranya kita menggunakan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator, CorelDraw atau Macromedia Freehand pula, ianya akan menghasilkan imej jenis vektor. 13
PANDUAN 4 : PERISIAN PEMBANGUNAN
Perisian pembangunan sama ada bagi tujuan pembangunan aplikasi multimedia, laman web dan sebagainya juga perlu diberi perhatian.
Semak keupayaan perisian pembangunan tersebut terhadap format fail imej yang boleh diterimanya.
Contoh : Bagi tujuan pembangunan aplikasi multimedia menggunakan Macromedia Authorware ? Bagi tujuan pembangunan laman web ?
14
PANDUAN 5 : DI MANA DIGUNAKAN
Faktor di mana fail imej atau grafik tersebut akan digunakan juga akan memberi kesan terhadap pemilihan format fail.
Misalnya, bagi tujuan pembangunan laman web, format yang utama digunakan ialah GIF, JPG dan PNG.
Format tersebut juga sering digunakan dalam banyak situasi yang lain seperti pembangunan aplikasi multimedia atau persembahan elektronik yang lain.
Mengapa ?
15
PANDUAN 5 : DI MANA DIGUNAKAN ?
Ini adalah kerana imej yang disimpan menggunakan format fail tersebut agak kecil saiz failnya tetapi masih berjaya mengekalkan kualiti imej.
Walaupun tidak secantik imej yang disimpan dalam format BMP, TIFF atau TGA tetapi biasanya dengan pandangan mata kasar, adalah agak sukar untuk melihat perbezaannya.
16
PANDUAN 5 : DI MANA DIGUNAKAN ?
Format fail BMP biasanya sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut.
Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar.
Implikasi sekira ianya digunakan secara berlebihan dalam pembangunan aplikasi multimedia ?
17
PANDUAN 6 : PERKAKASAN
Perkakasan yang digunakan bagi mendapatkan imej juga ada kalanya turut mempengaruhi format fail imej yang akan digunakan.
Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan pengimbas imej, biasanya di dapati kebanyakan perisian sokongan yang disediakan akan mencadangkan fail imej hasil imbasan disimpan dalam format TIFF atau TGA.
Mengapa ? 18
PANDUAN 6 : PERKAKASAN
Ini memandangkan kedua-dua format fail tersebut boleh menyimpan maklumat yang lebih banyak mengenai sesuatu imej.
Ini kerana format tersebut mampu menyimpan imej dengan kedalaman warna 24 bit.
19
PANDUAN 6 : PERKAKASAN
Namun demikian biasanya saiz fail yang terbentuk bagi imej tersebut adalah besar.
Oleh yang demikian kebanyakan pembangun halaman web atau aplikasi multimedia akan menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop untuk menukar format fail asal imej yang diimbas kepada format lain yang lebih kecil.
20
PANDUAN 7 : KUALITI IMEJ
Format fail yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kualiti imej yang diperoleh.
Contoh :
GIF, JPG : Kualiti biasa TGA, TIFF, BMP : Kualiti tinggi
Maka pemilihan format fail juga memainkan peranan penting bagi membolehkan anda membuat pilihan yang bersesuaian bagi memperoleh kualiti imej yang diperlukan. 21
KESIMPULAN
Ringkasnya, terdapat banyak faktor yang perlu diberi perhatian terhadap pemilihan format fail.
Biasanya pengalaman akan mengajar kita yang mana satu format fail yang bersesuaian dengan keperluan.
22
RUJUKAN
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep & Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: dari Konsep kepada Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
23