TEKNOLOGI GRAFIK
Pengenalan kepada Teknologi Grafik Digital
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
PENGENALAN
Grafik secara amnya didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkan dengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya.
Dengan perkembangan teknologi moden, komputer juga kini telah digunakan secara meluas dalam penghasilan pelbagai jenis grafik.
PENGENALAN GRAFIK DIGITAL
Grafik berkomputer atau grafik digital merujuk kepada sebarang hasil kerja grafik yang dihasilkan menggunakan sama ada perkakasan atau pun perisian komputer
Grafik digital di sini boleh merujuk kepada suatu imej yang mudah seperti garisan atau bulatan atau pun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu suatu paparan imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.
PENGENALAN GRAFIK DIGITAL
Penggunaan teknologi komputer bagi menghasilkan pelbagai jenis atau bentuk grafik digital semakin berkembang pesat dan digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
Jurutera, arkitek, pereka bentuk, guru, pelajar dan ramai lagi mendapat manfaat dari teknologi komputer bagi mendapatkan grafik yang diperlukan bagi kegunaan di dalam tugas masing-masing.
TEKNOLOGI GRAFIK DAN ANIMASI
Kepentingan Grafik dalam Pendidikan
GRAFIK DALAM PENDIDIKAN
Grafik telah lama digunakan sebagai salah satu medium utama bagi penyaluran maklumat.
Tadika atau sekolah rendah :
Bagaimana pelajar didedahkan dengan pengetahuan mengenai huruf atau apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu baru ?
GRAFIK DALAM PENDIDIKAN Kaedah P&P di Tadika atau sekolah rendah :
Pelajar diperkenalkan dengan imej atau objek terlebih dahulu sebelum mengenali huruf.
Seterusnya, kombinasi huruf dan objek tadi diseiringkan bagi membentuk sesuatu yang lebih bermakna.
GRAFIK DALAM PENDIDIKAN
Sekolah Menengah atau Universiti :
Digunakan dengan meluas dalam proses penyampaian maklumat. Buku, poster pengajaran, penyampaian guru di papan hijau dan sebagainya.
Mengapa ?
Apa kebaikannya ?
GRAFIK DALAM PENDIDIKAN
Penyaluran Maklumat yang Berkesan Penyaluran Maklumat yang Pantas Penekanan Terhadap Maklumat Pengekalan Maklumat dalam Ingatan Meningkatkan Minat dan Motivasi Maklumat Lebih Realistik Meningkatkan Kebolehpercayaan
TEKNOLOGI GRAFIK
Peranan Grafik dalam Pembangunan Aplikasi Multimedia atau Laman Web
PERANAN GRAFIK
Mengapa perlunya grafik digunakan dalam pembangunan aplikasi multimedia ?
Mengapa perlunya grafik digunakan dalam pembangunan laman web ?
Bagaimana grafik boleh digunakan dalam pembangunan aplikasi multimedia dan laman web ?
PERANAN GRAFIK
Berikut merupakan antara beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh grafik digital :
Menghiburkan Memberi Maklumat Media Komunikasi Menyampaikan Cerita Memujuk Menzahirkan Perasaan dan Emosi
PERANAN GRAFIK
Grafik boleh digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia atau laman web pendidikan menerusi pelbagai cara.
Antara lain, ianya boleh digunakan sebagai latar belakang skrin, antara muka pengguna, fotograf atau gambar foto, carta, kartun, butang atau ikon dan sebagainya.
PERANAN GRAFIK
Grafik boleh digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia atau laman web pendidikan menerusi pelbagai cara.
Antara lain, ianya boleh digunakan sebagai latar belakang skrin, antara muka pengguna, fotograf atau gambar foto, carta, kartun, butang atau ikon dan sebagainya.
PERANAN GRAFIK
Penggunaan grafik sebagai antara muka pengguna dan juga butang serta ikon bagi tujuan penerokaan
PERANAN GRAFIK
Penggunaan grafik sebagai latar belakang skrin
PERANAN GRAFIK
Penggunaan grafik sebagai carta atau diagram
PERANAN GRAFIK
Penggunaan gambar foto bagi menyampaikan maklumat yang lebih berkesan
PERANAN GRAFIK
Penggunaan gambar foto bagi menyampaikan maklumat yang lebih berkesan
RUJUKAN
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2001), Pembangunan Perisian Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publications: Bentong.