MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH
Pendahuluan Modul ini bertujuan untuk membantu Pengetua/ Guru Besar (PGB) bagaimana untuk memotivasi
dan menggerakkan warga sekolah supaya dapat bekerjasama dalam usaha
mencapai objektif organisasi. Kemahiran memotivasi dan menggerakkan warga sekolah merupakan satu kemahiran yang perlu ada dan harus dikuasai oleh PGB supaya segala perancangan untuk memajukan sekolah dapat dikongsi bersama dan dilaksanakan dengan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari warga sekolah.
Objektif Modul Pada akhir modul ini, pembaca akan : a. memahami konsep motivasi dan ciri-cirinya b. mengenalpasti langkah memberi motivasi kepada warga sekolah c. berupaya merancang kaedah motivasi dalam usaha menggerakkan warga sekolah. Kerangka Modul Modul ini menggunakan krangka kemahiran memotivasikan dan menggerakkan warga sekolah seperti dipaparkan dalam gambarajah yang berikut:
Galakan Dan Pengiktirafan Hasil Kerja Berkualiti
Peluang Memajukan Diri
Kemahiran Memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah Tahap Profesionalisme Tinggi
Menjaga Kebajikan dan Keselamatan
Sokongan
Gambar Rajah Kemahiran Memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
Apakah Kemahiran Memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah? Kemahiran memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah merujuk kepada kebolehan dan keupayaan PGB untuk mempengaruhi, menggerak dan mendorong guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan murid-murid untuk saling bekerjasama dalam satu tingkah laku yang bertenaga dan bertujuan demi mencapai visi sekolah yang diaspirasi dan dikongsi bersama. Dalam hal ini, PGB mestilah menjadi pemimpin yang cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP), mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program PdP di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti sekolah bersama guru dan anak didiknya. Di samping itu, kemahiran memotivasikan dan menggerakkan warga sekolah juga memerlukan PGB yang berkeupayaan memberi sokongan moral dan menyediakan kemudahan serta keperluan yang diperlukan kepada warganya demi menghasilkan satu komuniti warga sekolah yang memiliki motivasi tinggi dan cenderung menunjukkan minat yang mendalam serta keterlibatan menyeluruh dalam penambahbaikan proses PdP,
serta perancangan dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. PGB yang mengamalkan kemahiran ini akan dapat membentuk warga sekolah yang memiliki semangat juang yang tinggi serta berupaya untuk menyahut cabaran. Mereka akan bertindak secara jelas dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap misi dan matlamat yang hendak dicapai serta memperlihatkan komitmen yang teguh terhadap matlamat organisasi yang dikongsi bersama. Apakah Yang Boleh Meningkatkan Motivasi Warga Sekolah? Beberapa perkara berikut perlu dilakukan bagi meningkatkan motivasi warga sekolah, iaitu: a. Pastikan sistem dan prosedur sekolah berkesan dan senang difahami. . b. Sistem ganjaran perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pencapaian. c. Pastikan keberkesanan saluran komunikasi (perhubungan). Setiap PGB dan pentadbir perlu dilatih menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan subordinat agar dapat membantu mewujudkan suasana harmoni dalam pekerjaan. d. Buat perancangan program latihan dan pembangunan staf yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Kenalpasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu dicapai. e. Pastikan gaya dan cara kepimpinan
dalam organisasi dan budaya korporat dapat
membantu meningkatkan motivasi warga sekolah.
J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
f. Tangani masalah peribadi warga sekolah mengikut cara yang telah diterima sebagai efektif. Walau bagaimanapun, latar belakang
pekerja, keperibadian, falsafah hidupnya dan
sebagainya boleh menghalang pekerja berkenaan untuk memperbaiki prestasinya. Langkah-Langkah Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah Berikut pula adalah langkah-langkah yang perlu di ambil bagi memotivasi dan menggerakkan warga sekolah: a.
Maklumkan kepada warga sekolah secara jelas dan bertulis sekiranya prestasi mereka tidak memuaskan mengikut piawaian yang ditetapkan. Contoh; PdP guru yang tidak memenuhi Standard 4 SKPM 2010, pencapaian murid semasa peperiksaan dll
b.
Beri peluang yang munasabah kepada warga sekolah untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi mereka.
c.
Beri latihan dan laksanakan program pembangunan yang bersesuai dan berkaitan serta mencukupi untuk membolehkan warga sekolah memperbaiki cara melaksanakan tugastugas dan tanggungjawabnya dengan baik.
d.
Beri tempoh masa setelah latihan dan program dilaksanakan sebelum membuat penilaian prestasi pencapaian mereka selepas tempoh itu.
e.
Jika masih tidak terdapat peningkatan prestasi, latihan dan bimbingan berterusan perlu diberikan supaya mereka jelas dan faham mengenai matlamat organisasi.
Kaedah Memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah Bagi memotivasi dan menggerakkan warga sekolah, PGB perlu: a.
membuat penetapan matlamat (goal setting)
b.
menetapkan tahap prestasi untuk dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan (KPI)
c.
menetapkan ciri-ciri objektif yang spesifik dan jelas, mencabar tetapi tidak terlalu sukar, akan meningkatkan motivasi kerja
d.
memastikan warga sekolah tahu mengenai apa yang ingin dicapai oleh organisasi
e.
memastikan objektif organisasi disampaikan sama ada dalam bentuk ayat atau mekanisme yang jelas (contohnya: GPS yang ingin dicapai ialah 2.0)
f.
memastikan objektif
difahami oleh warga sekolah dengan menggunakan bahasa yang
jelas dan cara penyampaian menggunakan bahasa dan kaedah yang difahami.
J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
Kemahiran PGB untuk Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah PGB perlu mempunyai kemahiran-kemahiran berikut bagi memotivasi dan menggerakkan warga sekolah, iaitu: a. Mempengaruhi Kemahiran mempengaruhi merupakan keterampilan yang perlu dimiliki oleh PGB dalam merubah atau membuat semua warga sekolah boleh menerima atau menyetujui idea atau gagasan untuk mencapai visi, misi, dan matlamat sekolah. PGB harus mampu menunjukkan dengan mendalam bahawa mereka faham dengan tugas dan kewajiban mereka sebagai seorang pemimpin, mampu memberikan pengertian dan meyakinkan warga sekolah dengan idea-idea kreatif, inovatif, dan realistik. PGB harus membangkitkan jiwa kebersamaan dalam kesefahaman untuk mencapai tujuan bersama
melalui
tindakan-tindakan nyata
dengan melibatkan warga
sekolah
dalam
perancangan, penyelenggaraan, pengawasan dan penilaian sesuatu program
b. Menggerakkan. Kemahiran menggerakkan merupakan keterampilan yang perlu dimiliki PGB yang berupaya menyebabkan semua warga sekolah melakukan perlakuan dan tindakan yang diinginkan. Oleh itu, PGB harus mempunyai kemampuan mengurus yang baik, mampu berfikir strategis, mampu menganalisis masalah dengan cepat untuk mengambil keputusan pada situasi tertentu.Ini mampu memberikan motivasi yang tinggi sehingga dapat membangkitkan semangat, keinginan dan pengertian yang dalam pada warga sekolah untuk menjalankan tugasnya sesuai dengan matlamat dan tujuan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, PGB perlu bersikap objektif dalam menghadapi pelbagai masalah, dalam menilai sikap dan karakter warga sekolah. memberikan bimbingan melalui tindakan nyata yang dapat difahami warga sekolah tanpa harus memberi tahu.
c.
Membina Upaya
Kemahiran membina upaya merupakan keterampilan PGB dalam meningkatkan potensi dan kemampuan sumber daya secara optimal. PGB perlu mewujudkan iklim kerja yang kondusif dan penuh kebersamaan dengan memberikan kesempatan yang seluas-luasnya kepada warga sekolah untuk menyampaikan idea, gagasan, kritikan dan saranan.
J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
PGB perlu memberikan kesempatan kepada warga sekolah untuk memmbangunkan kompetensinya
dengan
cara
melanjutkan
pelajaran,
mengikuti
kursus
peningkatan
profesionalissme atau pembangunan kerjaya. PGB juga perlu melaksanakan pemantauan, bimbingan, pembangunan dan penilaian berkala secara objektif, menjalin kerjasama dengan pihak yang berkaitan, menyusun kursus mengikut keperluan
pekembangan profesion warganya dan harus berani melakukan inovasi dalam
segala bidang yang bertujuan untuk melakukan perubahan-perubahan positif. d. Mengupayakan (empowerment) Kemahiran mengupayakan merupakan keterampilan PGB dalam memanfaatkan potensi dan mengupayakan sumber manusia mengikut keperluan untuk memainkan peranan yang lebih berkesan sehingga berupaya meningkatkan produktiviti dan mampu berdaya saing. Oleh itu, PGB memberikan kesempatan kepada warga sekolah untuk mengemukakan pendapat, terlibat dalam menyelesaikan masalah serta memberi kepercayaan yang tinggi untuk menyelesaikan tugasan mereka mengikut
kreativiti masing-masing. Namun,
PGB perlu
senantiasa melakukan analisis terhadap sumber yang ada (sumber manusia mahupun sarana prasarana sekolah). . Bagaimana Mengaplikasikan Kemahiran Motivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah? Bagi mengaplikasikan kemahiran motivasi dan menggerakkan warga sekolah, PGB perlu mengambil tindakan-tindakan yang berikut: a.
Memberi galakan dan pengiktirafan
PGB sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada warga sekolah untuk melakukan tindakan yang boleh memajukan warga sekolah. Tindakan yang dilakukan boleh merupakan tugasan rutin warga sekolah ataupun tugasan tambahan yang perlu dilakukan diluar waktu persekolahan. Pengiktirafan diberikan melalui kata semangat sekiranya warga sekolah gagal mencapai kejayaan ataupun kata pujian sekiranya mereka berjaya mencapai sasaran. Dalam aspek ini jurang antara PGB dan warga sekolah perlu dikurangkan agar komunikasi lebih berkesan. b.
Peluang memajukan diri
Warga sekolah diberi peluang untuk memajukan diri dalam bidang tertentu yang menjadi minat mereka. Bidang tersebut boleh merupakan bidang yang berkaitan dengan tugas hakiki mereka J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
ataupun bidang lain yang boleh menyumbang kepada kemajuan diri dan sekolah seperti aspek kejurulatihan, kepemimpinan dan sebagainya. Lanjutan daripada peluang yang telah diberi, PGB perlu menggalakkan mereka untuk mengetengahkan idea baharu serta memberi peluang kepada untuk melibatkan diri dalam proses pengurusan secara bersama. c.
Menjaga kebajikan dan keselamatan
PGB perlu sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan warga sekolah terbela dan tidak terabai semasa mereka melaksanakan tugas rutin ataupun tugas tambahan. Situasi ini akan menjadikan warga sekolah lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. d.
Memberi sokongan
PGB perlu memberi sokongan dari segenap aspek kepada warga sekolah yang komited melaksanakan tugasan dan tangungjawab. Sokongan yang diberi boleh berbentuk kewangan, barangan, tenaga, kata-kata semangat dan sebagainya. Mereka juga perlu diberikan autonomi agar merasa bertanggungjawab terhadap kerja mereka. e.
Tahap profesionalisme tinggi Warga sekolah yang dimotivasi dan digerakkan dengan berkesan akan sentiasa
mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi kerana mereka jelas dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. f.
Hasil kerja berkualiti Warga sekolah yang dimotivasi dan digerakkan akan sentiasa menghasilkan satu hasil
kerja yang berkualiti dan menepati sasaran yang ingin dicapai. Ini terhasil kerana warga sekolah maklum bahawa apa yang mereka laksanakan bukan hanya untuk perkembangan potensi diri, sebaliknya untuk memajukan sekolah. Penutup Kemahiran memotivasi dan menggerakkan warga sekolah dapat membantu pemimpin sekolah untuk mencapai matlamat organisasi. Ringkasnya, PGB boleh mengaplikasikan kaedah-kaedah memotivasikan warga sekolah dengan mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian dengan sekolah masing-masing. Beberapa cadangan tindakan dalam kerja buat PGB melibatkan aspek memotivasikan dan menggerakkan warga sekoah dengan cara yang berkesan adalah seperti carta alir berikutnya : J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
Carta Alir Kerja Buat PGB Melibatkan Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
MULA
Kenal Pasti Status Guru-Guru
Meraikan Perbezaan dalam kalangan guru dan AKP
Pemilihan Kaedah Memotivasi yang Sesuai
Motivasi / Bimbingan/ Nasihat/ Sokongan Yang Berbeza Ikut Guru
Pemantauan terhadap pembangunan diri guru/AKP
Nilai & Selia Pelaksanaan Strategi
Dapatkan Maklumbalas Kaedah Motivasi
Pengetahuan, kemahiran, komitmen, kekuatan, kelemahan dan isu guru
Mengiktiraf perbezaan yang wujud di kalangan guru/AKP Memilih kaedah motivasi yang releven dengan perbezaan yang yang dikenalpasti Bersikap profesional. Tindakan dibuat dengan ambil kira faktor penting
Menjalankan pemantauan terhadap pembangunan yang diharapkan drp guru/AKP Usaha pembetulan dan penambaikan berterusan dibuat
Melalui temu bual, soal selidik, peti cadangan. Penambahbaikan Kaedah Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
TAMAT
J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
AKTIVITI Berdasarkan Carta Alir dibawah : - Apakah kerja buat yang kurang diberi perhatian oleh pemimpin sekolah? - Bagaimanakah pendekatan proses PDCA (Plan-DO-Check-Action) digunakan dalam setiap peringkat kerja buat pemimpin sekolah?
Rujukan Knoster, T. (1991). Model for Managing Complex Change. Washington D.C.: Enterprice Group. Ltd Mohd Najib Ghafar & Tamyis Arbah. (2008). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Ciri -Ciri yang Efektif. Jurnal Pendidikan UTM, Jilid 13: Oktober 2008. Hal. 73-84. Stoner, J.A.F. & Wankel, C. (1989). Management. New York: Prantice Hall.
Modul ini disediakan oleh pegawai-pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di talian 07-7722946 atau melalui email di alamat
[email protected]
J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah