[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
1
MODEL E_MURABAHAH (ASAS) UNTUK INSTITUSI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM MALAYSIA* oleh DR NOOR INAYAH YAAKUB** MOHAMAD RIZAL ABDUL RAHMAN*** PENGENALAN Perkembangan transaksi perbankan elektronik selari dengan kemajuan teknologi telah secara tidak langsung membawa kepada kehendak pelanggan
supaya
pihak
bank
dapat
menyediakan
perkhidmatan
berteraskan elektronik untuk setiap produk yang ditawarkan. Tuntutan ini tidak hanya kepada bank konvensional malah turut melibatkan bank -bank Islam yang menawarkan produk mereka kepada pelanggan. Transaksi elektronik bagi produk perbankan Islam tidak semuanya stereotype seperti amalan perbankan konvensional. Antara sebab yang jelas adalah perbankan Islam tidak melibatkan unsur faedah atau riba. Kertas kerja ini memberi pandangan terhadap model E-Murabahah untuk diamalkan di Malaysia. Produk murabahah dipilih memandangkan ianya salah satu produk yang popular di kalangan pelanggan perbankan Islam dan perlaksanaan secara elektronik adalah bertepatan. Kertas ini akan membincangkan kerangka teori dan perlaksanaan E_Murabahah atau disebut EM dengan secara asas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu undang-undang yang akan terlibat dalam pelaksanaan transaksi elektronik murabahah seperti isu keselamatan yang tidak menjadi focus utama kertas kerja ini tetapi akan turut disentuh dalam kertas kerja ini. MURABAHAH
[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
2
Secara umumnya, murabahah adalah “Suatu bentuk jual beli di mana penjual menyebutkan harga pembelian barang kepada pembeli, kemudian mensyaratkan atasnya keuntungan dalam jumlah tertentu yang dipersetujui bersama. ” Lebih terperinci lagi murabahah adalah “Akad jual beli antara pelanggan dan bank. Bank membiayai sesuatu barang yang dijual dengan harga pokok, ditambah dengan keuntungan yang diketahui dan disepakati bersama. Pembayaran dilakukan dengan cara beransur selama jangka waktu yang telah ditentukan.” Murabahah juga boleh difahami dari pengertian di bawah: “Jualan dengan tambah untung Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti.” Secara ringkasnya dapat difahami bahawa murabahah itu adalah penjualan barangan pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan. Lebih lanjut lagi bank Islam membeli sesuatu barangan dan menjual semula kepada pembeli pada harga yang lebih tinggi yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dari segi bahasa murabahah bermakna “keuntungan”. Murabahah ini adalah satu konsep perniagaan yang berteraskan amanah (trust trading). Dari perspektif perbankan pula murabahah bermaksud kos (harga pokok)
[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
3
ditambah dengan harga untung. Institusi kewangan dan bank Islam menggunakan murabahah sebagai satu cara pembiayaan. Sekiranya pihak pelanggan bank berhasrat untuk membeli sesuatu barangan memerlukan pembiayaan pihak bank untuk membeli barangan tersebut bagi pihaknya dan menjual semula kepadanya dengan harga termasuk keuntungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Di sini pihak bank mesti menyatakan kepada pelanggan bank harga sebenar yang dibelinya dan harga jualan yang telah ditambah dengan harga keuntungan. Sebelum berlaku penjualan semula oleh pihak bank, hakmilik barangan tersebut adalah pada pihak bank selama tempoh masa yang dilalui dan pada tempoh ini juga pihak bank akan bertanggungjawab terhadap liabiliti undang undang. MURABAHAH: PERATURAN UNTUK KESAHAN Sebelum membincangkan berkenaan E_Murabahah beberapa perkara yang mendasari prinsip Murabahah perlu diutamakan seperi berikut: Wujud dua jenis transaksi jual-beli iaitu yang pertama, transaksi jualbeli dari pihak bank kepada pihak ketiga penjual barang. Kedua, transaksi jualbeli dari pelanggan kepada pihak bank. Kedua-dua transaksi ini perlulah berasingan. •
Pihak bank mesti menjadi pemunya kepada barangan tersebut sebelum ia dijual semula oleh bank kepada pihak pelanggan. Dalam konteks ini pihak pelanggan mesti diberitahu tentang harga belian yang sebenar termasuk harga yang dibelanjakan untuk tujuan pembelian dan juga harga keuntungan. Sekiranya pihak pelanggan tidak mengetahui harga sebenar belian, transaksi murabahah ini adalah batal dan tidak sah.
[2014] 1 LNS(A) ciii
•
Legal Network Series
4
Kedua-dua pihak (bank dan pelanggan) bersetuju dengan keuntungan yang ditetapkan kepada bank dan transaksi jualan.
•
Murabahah akan sah sekiranya harga kos sebenar barangan boleh ditentukan. Sekiranya harga kos sebenar tidak dapat ditentukan, barangan tersebut tidak dapat dijual dengan cara Murabahah.
•
Dalam transaksi Murabahah, adalah penting barangan tersebut dibeli dari pihak ketiga.
MODEL
E_MURABAHAH
BAGI
PERBANKAN
ISLAM
DI
MALAYSIA PIHAK YANG TERLIBAT Terdapat
tiga
pihak
utama
yang
terlibat
dalam
pelaksanaan
E_MURABAHAH ini iaitu: Pembeli: Pihak pelanggan bank yang berhasrat untuk membeli barangan dari pihak peniaga tetapi beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya. Peniaga:
Pihak
ini
menawarkan
barangan
kepada
pembeli
(pelanggan bank). Perantara: Pihak bank yang bertindak sebagai perantara di antara peniaga dan pembeli. Pihak bank akan bersetuju untuk memberi barangan tersebut dan kemudiannya menjual semula kepada pembeli atas prinsip Murabahah dengan harga kos asal ditambah dengan keuntungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak bank dan pembeli. Pembelian itu tidak berlaku sehinggalah dikehendaki oleh
[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
5
pihak pembeli dan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan jualan semula. Amanah: Perkara ini adalah perkara penting dalam transaksi Murabahah. Kedua-dua pihak pembeli dan peniaga mempercayai pihak bank. Telah wujud satu perjanjian di antara pihak peniaga dan pembeli bersama pihak bank yang jelas menyatakan bahawa pihak bank akan amanah dan bertanggungjawab. CARA PERLAKSANAAN E_MURABAHAH Pembeli
ingin membeli satu barangan secara online melalui
Murabahah dari peniaga---------menyarankan
perantara
(bank)
untuk
melakukan proses belian bagi pihak pembeli. Bank---------mengirakan keuntungan dan meneruskan proses belian dan menghantar janji kepada pembeli bahawa ia akan menjual barangan tersebut kepada pembeli semula. Sebagai balasan, pembeli menghantar janji akan membeli barangan tersebut dari pihak bank dengan harga bercampur keuntungan yang dipersetujui. Isu Keselamatan bagi Transaksi E_MURABAHAH Risiko keselamatan Kebarangkalian berlaku penipuan terhadap arahan pembayaran yang dianggap oleh pihak bank sebagai arahan yang disangkakan asli atau pencurian data dan maklumat perincian pembayaran yang dikemukakan secara elektronik dari pihak pembeli. Akibatnya pihak yang menipu akan mendapat keuntungan dan mangsa pula mengalami kerugian. Pencerobohan maklumat
[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
6
Maklumat yang dipaparkan melaui komputer pembeli boleh dicerobohi. Maklumat ini juga boleh disalin atau diubah. Seperti contoh arahan pembayaran oleh pembeli boleh disalahgunakan. Pengubahan pesanan Sebarang pesanan yang dibuat secara online boleh diubah dan dipinda. Contohnya, harga belian, harga keuntungan. Pesanan ini juga dapat disalin. Penyalahgunaan alamat web Berkemungkinan dalam transaksi E_murabahah ini, alamat web pihak peniaga dan pihak pembeli mahu pun pihak bank akan diawasi dan akibatnya ianya boleh disalahgunakan. Pembatalan Pihak pembeli boleh menafikan transaksi E_Murabahah ters ebut walaupun pada dasarnya telah bersetuju dengan transaksi sebelumnya. Perkara yang diperlukan untuk keselamatan Kerahsiaan Pihak pembeli mesti memastikan data peribadi tidak terbolos kepada pihak ketiga. Pihak bank pula mesti memastikan maklumat penting seperti harga tidak terdedah kepada pihak ketiga. Integriti Pihak pembeli mestilah mempunyai pengetahuan terhadap harga belian asal dan harga keuntungan yang dituntut oleh pihak bank.
[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
7
Pihak pembeli mestilah diberikan bukti bahawa pihak bank adalah pemunya kepada barangan tersebut. Pihak bank mesti mendapat pengesahan bahawa pihak pembeli telah mengarahkan bank untuk membeli barangan tersebut untuk pihaknya dan pihak bank juga harus mendapat pengesahan bahawa pembeli akan membeli barangan tersebut dari pihaknya. CADANGAN MODEL E_MURABAHAH Secara umumnya, model E_MURABAHAH atau EM ini sekurangkurangnya mempunyai tiga fasa pelaksanaan seperti berikut: 1)
Fasa Transaksi Permulaan Pembelian
Pembeli telah mengenalpasti barangan yang hendak dibeli online dan bercadang
untuk
menggunakan
saluran
murabahah
untuk
pembayaran. 2)
Fasa janji
Ini dimulakan oleh pihak bank di mana bank berjanji menjual barangan tersebut kepada pembeli dan pembeli pula berjanji untuk membeli barangan tersebut daripada bank apabila bank menjadi pemunya barangan tersebut. 3)
Fasa Pembayaran dan Fasa Murabahah
Bank membeli barangan tersebut. Pihak pembeli mengesahkan bank sebagai pemunya dan menghantar pengesahan untuk membeli pada harga kos tambah keuntungan yang dipersetujui. PROTOKOL E_MURABAHAH
[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
8
KEKUNCI
PETUNJUK
A
Yang ingin memulakan transaksi (Acquirer)
Account_Number
Nombor akaun pembeli kepada bank
Cert pkx
Sijil Pengesahan dikeluarkan oleh bank (public encryption)
Cert vx
Sijil pengesahan dikeluarkan oleh bank (signature verification key)
EK(D)
Data D menggunakan kod rahsia K
ENV X(M)
Pesanan dari penerima X
Expiry
Tarikh luput sebut harga dari pihak peniaga
Items
Perincian harga, barangan, kuantiti
M
Peniaga/trader
M_URL
Laman sawang peniaga
Murabahah_Price
Kos harga asal barangan bercampur kos keuntungan yang harus dibayar kepada bank
P
Bank
Price
Harga asal yang diberi peniaga
T
Masa yang dimeterai
SSXM
Tandatangan kepada pesanan Peniaga dengan menggunakan kekunci entiti X.
Trans_ID
Pengenalan diri yang dipilih oleh perantara iaitu pihak bank yang membawa maksud pengenalan kepada konteks.
Quote_ID
Pengenalan dari pihak peniaga yang membawa maksud sebut harga barangan yang dibeli.
pihak
peniaga
kepada
Aplikasi: Contoh: 1.
B---M:
Pembeli menuntut untuk membayar menggunakan E_Murabahah
[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
9
melalui Perantara iaitu Bank. 2.
M: memberikan sebut harga seperti berikut:
Peniaga/luput tarikh/harga/item/ID 3.
M: URL) Merchant_U ‖ expiry ‖ price ‖ items ‖ Quote_ID ‖ ‖ (T
ID ‖. 4.
P--M: Tuntutan bayaran, (payment request)
5.
M--A: Tuntutan Pengesahan (Authentication requested)
6.
A--M: Tuntutan pengesahan balas (Authentication Response)
7.
M--P: Balasan bayaran (pay response)
8.
B--P: (murabahah stage)
9.
P--B: ENVB SSL : Janji untuk menjual
10.
B---P: ENVP SSB: Janji untuk membeli//Cert
RINGKASAN PROTOKOL YANG DIPERLUKAN 1.
Setiap pihak yang berkomunikasi dalam transaksi tersebut mestilah
mempunyai dua kekunci padanan atau pasangan yang disebut “asymmetric key pairs”: iaitu satu yang digunakan untuk tujuan “encryption” dan “decryption”. Satu lagi adalah (Sx) dan (Vx) digunakan untuk penciptaan atau pembentukan dan kesahan digital. 2.
Tandatangan yang disyaratkan diaplikasi tidak hanya kepada pihak
pembeli dan peniaga tetapi juga ke atas pihak perantara bank. 3.
Setiap pembeli yang terlibat mempunyai salinan yang sah terhadap
kekunci “encryption” awam PKP dan juga tandatangan awam (public
[2014] 1 LNS(A) ciii
Legal Network Series
10
verification) pihak perantara bank VP. 4.
Kesemua pihak pembeli, perantara bank dan peniaga mestilah
menggunakan kekunci “encryption” awam yang sama dan juga skim tandatangan digital yang sama. PENUTUP Model yang dicadangkan di atas walaupun asas tetapi adalah praktikal, fleksibel, mudah dan boleh diaplikasi oleh Institusi kewangan da n perbankan industri di Malaysia. Apa yang pasti perlu berlaku penerimaan dari kedua-dua pihak sama ada menetapkan harga belian, harga keuntungan, harga jualan dan ini dapat diapalikasikan dengan protokol asas yang disebutkan di atas. Selain dari itu, pelaksanaan E_Murabahah ini amat wajar dilakukan dengan seluasnya sekiranya perbankan Islam di Malaysia tidak mahu ketinggalan dari amalan perbankan konvensional. Isu -isu keselamatan seperti kerahsiaan, integriti harus juga diambil kira. ____________________________________________________________ * Prosiding Seminar Kebangsaan Undang-Undang & Teknologi: Isu Undang-undang dan Syariah. Diterbit dengan kebenaran Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undangundang, Universiti Kebangsaan Malaysia. ** Dr Noor Inayah Yaakub, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. *** Mohamad Rizal Abdul Rahman, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.