1
Modallnsan: Peranan Masjid Kampung Tobobon, Kota Kinabalu Sabah. Oleh:
Sai ni Ag . Oamit (Ph . 0 )
Abd Hakim Mohad
Ros Aiza Mohd Mokhtar
Uni vers iti Mala ysia Sabah
[email protected] .ITl V Re lig ion and Creativity
A bstrak
-
M oda l insan merupa kan sa lah satu daripada tiang seri pembangunan negara dalam merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang maju menjelang tahun 2020. Berdasarkan kepada sej arah ketamadunan masa silam menunjukkan kepada kita bahawa pem bangunan mampan yang membawa kepada kecemerlangan sesebuah tamadun bermu la dari kejayaan mereka membina modal insannya . Modal insan yang dicirikan oleh ketinggian ilmu , kemurnian akhlak dan budi pekerti , kreatif dan inovatif, serta berdaya saing menjadi aset yang amat penting bagi mencapai kemajuan yang dicita-citakan. Menyedari hakikat ini, masjid Kampung Tobobon telah melaksanakan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan modal insan dalam kalangan masyarakatnya. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang pembangunan rohani yang menjadi salah satu daripada aspek penting modal insan . Kajian yang dijalankan ke atas masyarakat Islam di Kampung Tobobon , tidak hanya memaparkan program program penting yang dilaksanakan dalam proses membangunkan aspek kerohanian sebuah masyarakat kampung di pinggir bandar, tetapi juga akan meninjau pandangan masyarakat kampung khususnya generasi muda tentang program yang dianjurkan. Akhir sekali kertas kerja ini akan membuat beberapa cadangan penambahbaikan untuk memperbaiki program sedia ada.
2
Pendahuluan Tidak dinafikan bah awa modal in san merupakan salah satu daripada tiang seri pembangunan lestari. Hal ini sud ah banyak kali ditekankan oleh para sarjana walau apa pun lata r pemikiran mereka. Dal am bahasa yang muda h, pembangunan tidak dapat lari daripada kombinasi high tech dan high touch. In i bererti pembangu nan materi al semata-mata tanpa pembangunan insan adalah pemban gunan yang cacat dan tempang .
e
Dalam konteks Malaysia , usaha membangunkan modal insan telah banyak direncan akan terutamanya menerusi institusi pendidikan sama ada di peringkat re ndah, menengah dan juga di universiti. Kita amat berharap untuk melahirka n individu yan g berilmu, berkeyakinan , memp un yai nila; murni dan moral yang tinggi , beretika , berbudi pekerti , bersopan-santun, berdisiplin, dinami k, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik , adll , progresif, ceka! dan berdaya saing . Mod al insan yang seperti inilah dihara pkan dapat mneraJul nega ra pada ma sa hadapan (U capan Perdana Menteri Malaysia 2006) . Sejak di bangku sekolah lagi anak-anak kita sudah didedahkan dengan pelbagai elemen pemban gunan insan termasuklah yang berkaitan dengan aspek kerohanian dan moral. Selain itu , kita juga harus melihat institusi masjid sebagai platform yang baik bagi membangunkan modal insan masyarakat sekitarnya . Sumbangan institusi masjid tidak boleh dipandang ringan, ini kerana rnasjid adalah salah satu tempat untuk membangunkan modal insan yang berpanjangan sifatnya. In i kerana institusi masjid mempunyai ruang yang lebih besar untuk mendidik masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia (Abdullah bin Mat, 2003:7) ,
-
Latar Belaka ng Kajian Menyedari tentang pentingnya peranan yang boleh dimainkan oleh institusi masjid dalam menjana modal insan untuk pembangunan negara, maka kita perlu melihat pelaksanaan program-program masjid dengan lebih dekat lagi agar dapat menyumbangkan idea untuk memperbaiki perjalanannya . Perkara ini boleh dilihat sebagai satu bentuk sumbangan kepada pihak masjid yang sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk maklum balas daripada mereka yang terllbat. Dengan cara ini , pihak masjid dapat memperbaiki mutu program yang ija lankan berdasarkclr1 pandan gan yan\-j J ibeiikan olel l allii qariahnya. Hal yan g demikian bukan sahaja berupaya meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan program-program yang dirancang , tetapi juga dapat mengeratkan hubunga n antara institusi m asjid dan masya rakat.
3
Metodologi Kajian Kajia n ini dilakukan dengan menggu nakan dua metod utama iaitu tem u bual informan penting dan juga soal selidik ke atas pemuda yang pernah mengikuti program di masjid kam pnn g Tohohon MAtnrl temu bua! inform an penting digunakan pengkaj i untu k memperolehi maklu mat tentang program-progrm yang dijalankan oleh masjid . Mereka terdiri dari imam ma sjid dan ahl i jawata nkuasanya . Selain itu pengkaji juga membuat temu bual ketua kampung untuk mendapatkan ma klumat te ntang sejarah dan latar belakang kampong ini. Metod soal selidik pula digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklum balas da ri pada golongan pemuda tentang sambutan mereka terhadap program ya ng dijala nka n; serta bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka tentang program tersebut.
e
Kajian ini adalah satu kajian rintis yang melibatkan 20 orang responden sahaja dan hanya terfoku s kepada goiongan pemuda sahaja. ini kerana mereka ad alah golongan ya ng pelapis yang bakal meneraj ui masyarakatnya pada masa akan dating . Justeru, penglibatan mereka dalam program yang menjurus ke arah modal insan serta pandangan mereka tentang program yang dijalankan perlu diambil perhati an oleh kita semua. Dengan cara ini, ia memberi peluang kepada kita untuk membu at pembetulan dan penambahbaikan kepada program yang dijalankan agar mencapai matlamat yang digariskan. Objektif Kaji an Pengkaji telah menggariskan tiga objektif yang ingin dicapai menerusi kajian ini: 1. Mendapatkan maklumat tentang program-program pembinaan modal insan yang dijalankan oleh pihak masjid kampong Tobobon.
e
2. Mendapatkan maklumat tentang sambutan yang diberikan oleh golongan muda terhadap program-program yang dilaksanakan. 3. Mendapatkan pandangan sebahagian masyarakat muda di kampung tersebut tentang pelaksanaan program-program yang dijalankan. 4. Mengemukakan cadangan dan saranan penambahbaikan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi kepada pihak masjid.
4
Lokasi Kajian
-
Kajian ini dijalankan di kampu ng Tobobon , yang terletak di daerah Kota Kinabalu . Secara fizika!nya, kam pu ng ini adalah sebuah kam pong yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti bekalan air bersih, kemudahan te lefon dan bekalan ten ag a elektrik. lanya dihubungkan oleh jaringan jalan raya yang baik ia itu jalan Tuaran by Pass yang merupakan jalan utama yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Tuaran , seterusnya menghala ke Kota Belud dan Rana u. Jaraknya dari Bandar Kota Kinabalu ia lah lebih ku rang 17 km , ma nakala jaraknya dari One Borneo (mercu tanda baharu Kota Kinabalu) ialah lebih kurang 7 km sahaja . Selain itu, kampung ini juga di kelilingi oleh kaw asan perumahan moden seperti Indah Perrnai , Bandar Sierra dan Perumahan Kastam. Menurut Laiman Gunturung, Ketua Kampung Tobobon, jumlah penduduk di kampungnya mencapai 4000 orang semuanya . Kebanyakan mereka bekerja makan gaji sama ada di sektor awam atau swasta . Penduduk di sini semuanya beragama isiam . Menu rut Laiman Gunturung, asal nama Kampung Tobobon diambil darip ada perkataan tebohon yang bermaksud pohon dalam bahasa Dusun. Kampung ini m ula dibuka pada tahun 1940an oleh masyarakat Bajau . Pada awal nya keluasan asal perkampungan ini ialah 5 ekar sahaja , kemudian telah berkembang hingga 50 ekar pada hari ini . Antara kemudahan atau prasarana yang terdapat di sini ialah sebuah sekolah rendah , sebuah sekolah menengah , lapan buah kedai runcit, sebuah masjid dan sebuah dewan serbaguna. Lokasi ini dipilih kerana masjid kampong Tobobon adalah salah satu daripada masjid yang aktif mengendalikan program yang berunsurkan pembinaan modal insan untuk ahli qariahnya.
-
Maklumat Latar Belakang Responden Dalam kajian ini terdapat dua kategori responden yang terlibat iaitu pertamanya responden ya ng terdiri daripada informan penting seperti Ketua Kampung dan Imam rnasj id . Mereka ini telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini seperti demografi kampong serta program-program yang dijalankan oleh pihak masjid . Keduanya ialah responden yang diminta untuk mengisi borang kaji selidik bagi mendapatkan maklum balas tentang program yang dianjurkan oleh pihak masjid. Selain daripada maklumat yang diperolehi berdasarkan borang kaji selidik yang diedarkan, pengkaji juga berpeluang mendapatkan komen dan cadanga n daripada mereka untuk memperbaiki perjalanan program di masjid .
5
Oleh sebab kajian ini merupakan satu kajian rintis , bilangan responde n yang terlibat tidaklah ramai iaitu 20 orang sahaja. Mereka terdi ri daripad a golongan muda yang berusia antara 18 tah un hingga 40 tahun . Ta raf pendidikan mereka j uga adalah pelbag ai, iaitu ada yan g mendapat pendidikan hi ngga menengah atas, menengah bawah, sekolah rendah dan ada juga yan g tidak pern ah mendapat pendidikan secara formal. Pendapatan mereka pula adalah pelbagai , di mana ada antara mereka yang berpend apatan di bawah RM500 dan ada juga yang melebihi RM 1500, bergantung kepada jenis pekerjaan yang mereka lakukan . Dari segi keturunan pula , responde n adalah terd iri daripad a masya rakat Baja u, Bugis dan Brunei. Masjid
-
Dari segi bah as a perkataan masjid adalah berasal dari bahasa Arab "sajada" , ya ng membawa erti sujud . Penambahan awalan huruf "mim" sebagai indicator tempat membawa maksud ternpat bersujud iaitu tempat umat Islam sujud menyembah Allah S.W .T (Ahmad Effat Mohd Mokhtar, 2006 :1 47). Pengertian ini selari dengan maksud sebuah hadis Nabi S.A.W "Oijadikan bagi kita bumi itu sebagai temp at sujud dan suei." Masjid adalah institusi yang mempunyai peranan besar dalam sejarah perkembangan Islam dan umatnya. la menjadi pusat pembangunan umat Islam sehingga terbin anya sebuah tamadun yang he bat dan disegani. Fungsi masjid tid ak sekadar menjadi tempat sembahyang semata-mata, sebaliknya ia turut menjadi pusat ilm u yang mengeluarkan manusia daripada kejahilan dan kelalaian ; ia juga adalah pusat penyatuan ummah dan masyarakat yang bernaung di bawah lembayung Quran dan Sunnah (Abdu llah Mat, 2003 :6-7) . Program Masjid Kampung Tobobon
-
Secara umumnya program yang dilaksanakan oleh masjid Kampung Tobobon terbahagi kepada tiga jenis iaitu program yang berbentuk ibadah khusus , program berbentuk pendidikan dan dakwah, dan program berbentuk sosial dan kemasyarakatan . Antara program berbentuk ibadah khusus ialah sembahyang lima waktu secara berjemaah, sembahyang Jumaat, sembahyang sunat Terawih , program berbuka puasa , sembahyang sunat Aidilfitri , sembahyang sunat Aidiladha , bacaan Yasin , menyembelih korban dan bacaan doa awal tahun dan akhir tahun. Program yang berbentuk pendidikan dan dakwah pula adalah seperti majlis ilmu , ceramah dan forum agama , !<elas fardu ain, kelas mengaji Qur:ln dan kelas tafsir. Manakala program berbentuk sosial dan kemasyarakatan adalah program sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Awal Muharram dan majlis sambutan Maulidur Rasul. Di sam ping itu juga pihak masjid turut
6
menganjurkan program gotong-royong membersihkan masj id dan kawasan perk uburan . Selain daripada prog ram ya ng diran ca ngka n seperti yang dinyatakan , pihak masjid turut menggalakkan masyarakatnya agar bersama sarna dalam men guruskan jenazah sekiranya terdap at ah li qariah yang meninggal dunia . Hal ini juga secara tidak langsung menjadi salah satu program yang dapat memban gu nkan jiwa masyarakatnya.
--
-
Berd asarkan maklumat yang diberikan oleh Imam masjid Karnpung Tobobon , kebanyakan program yang dilaksanakan telah dirancang lebih awal ag ar ianya dapat berja lan dengan baik dan sempurna, terutamanya program yang berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan . Program pengajian dan forum agama misalnya telah disusun meng ikut jadual yang berbentuk harian, mingguan dan bulanan . Antara program yang dilaksanakan secara mingguan ialah kelas Quran dan tajwid untuk kanak-Kanak dan dewasa , kelas fardu ain untuk ka nak-Kanak dan dewasa, dan kelas tafsir. Forum agama pula diadakan secara berkaia bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat tentang peristiwa-peristiwa penting dalam Islam seperti Isra' Mi' raj , Nuzul Quran dan sebag ainya. Tenaga pengajar atau penceramah bagi program tersebut pula telah ditentutan dari awa!. Mereka terdiri daripada imam-imam masjid, pensyarah dari UMS dan UiTM , guru-guru agama dan pendakwah dari badan-badan seperti MUIS, JH EAIN S dan USIA. Bagi program yang berbentuk ibadah khusus seperti sembahyang lima waktu secara berjemaah , sembahyang Jumaat, sembahyang sunat Aidilfitri dan sernbahyang sunat Aidiladha ; lazimnya ia dikendalikan oleh Imam yang bertugas tanpa melibatkan pihak lain . Hanya ibadah khusus yang memerlukan penglibatan masyarakat secara aktif sahaja yang disusun lebih awa!. Antaranya ialah seperti melaksanakan ibadah kurban dan program berbuka puasa di bulan Ramadhan . Program-program seperti ini perlu dijadualkan terlebih dahulu dan kemudiannya dihebahkan kepada penduduk melalui pengumuman yang dibuat pada had Jumaat, juga diiklankan pad a kain rentang dan papan kenyataan di masjid. Bagi program yang berbentuk kemasyarakatan pula seperti gotong royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan; ianya hanya dilakukan sekali atau dua kali setahun . Umumnya aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat kampung . Selain itu, ia turut memainkan peranan dalam menyemai rasa kasih dan sayang masyarakat kampung pada masjid dan tanah perkuburan yang menjadi simbul penting umat sla Umumnya , program-program yang disusun oleh pihak masjid kampong Tobobon bol ehlah dilihat sebagai satu bentuk sumbangan ke arah pemantapan
7
modal insan masyarakatnya. Sama ada program itu berbentuk ibadah khusus , pendidikan dan dakwah, atau kemasyarakata n; ianya mempunyai kesan dalam aspek kog nitif, sosia l, em osi , fizikal dan rohani individu ya ng terlibat. Semua program ya ng dilaksa nakan itu mensasarkan pembinaan diri insan yang meletakkan tauhid dan keima nan sebaga i entiti utama . Unsur-uns ur pembang unan modal insan j uga jelas kelihatan. Antaranya ialah membina dan membangunkan insan yang sej ahtera jiwa dan rohaninya , murni tata susila, bantu membantu dalam melakukan kebaikan, berganding bahu mencegah kem ungka ran , mempertahankan nilai serta menegakkan keadilan dan kebenaran (Y usmini Md Yusoff, 2003: 104). Unsur-unsur demikian boleh dikesan dalam prog ram yang berbentuk ibadah khusus .
e
Program yang berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan pula lebih banyak menerapkan unsur-unsur pembangunan modal insan yang tertumpu pada pembinaan dan pembangunan masyarakat yan g stabil dari segi mental dan spirituai , bergerak di atas iandasan kesedaran dan iim u pengetahuan. Hal ini sete rusnya dapat membantu dalam membina dan membangunkan negara yang mampu melindu ngi kepentingan dan kesucian umat Islam, selaras dengan kedudukan dan tujuan penciptaan manusia itu sendiri (Yusmini Md Yusoff, 2003: 105) .
Dapatan Kajian
e
Berdasarkan kepada maklumat responden , secara keseluruhannya pengkaji mendapati bahawa penyertaan golongan muda dalam program anjuran masjid kampong Tobobon masih rendah . Hanya program tertentu sahaja yang mendapat sambutan menggalakkan seperti sembahyang Jumaat, sembahyang sunat Terawih sembahyang sunat Aidilfitri dan sembahyang sunat Aidiladha. Peratusan golongan muda yang menyatakan bahawa mereka sangat kerap terlibat dalam program tersebut adalah antara 70% hingga 90 %. Manakala program yang paling kurang mendapat sambutan ialah program membaca doa akhir tahun dan awal tahun, program sambutan Maulidur Rasul , menyembelih korban dan mengurus jenazah. Peratusan golongan muda yang rnenyatakan bahawa mereka sangat kerap terlibat dalam program tersebut ialah 0% . Program-program lain seperti kelas fardu ain , kelas mengaji Quran dan tajwid , kelas tafsir, membaca Yasin , sembahyang berjemaah, program berbuka puasa, dan gotong-royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan mendapat sambutan sederhana . Oi mana peratusan golongan muda yang menyatakan bahawa mereka sangat kerap terlibat dalam program tersebut adalah antara 10% hingga 40%. Antara faktor utama yang menyumbang kepada dapatan ini ialah faktor masa dan minat seseorang untuk menghadiri program yang dijalankan . Faktor
8
masa misalannya merupakan alasan utama yang diberikan oleh mereka yang tidak menyertai program seperti sembahyang berjemaah dan program berbu ka puasa . Respond en yang menga ku i ha l ini adalah antara 30 % hingga 35%. Fakto r individu yan g tid ak bermi nat pula telah menjad i alasan utama responde n untuk tidak menghadiri program seperti sembahyang berjemaah , program berbuka puasa, majlis ilmu , sambutan Maulidur Rasul, ke las mengaji Quran dan tajwid , kelas fa rdu ain, ke las tafsir, mengurus jenazah dan program gotong royon g. Responden yang mengakui tentang hal ini adalah antara 35% hingga 75%.
It
Berkenaan pelaksanaan program yang dijalankan pula , rata-rata resp onden yan g menghadiri program tersebut memberikan komen yang posit if. Hanya segelintir sahaja yan g menyatakan bahawa program yang dilaksanakan tid ak memuaskan iaitu sekitar 15% hingga 30% sahaja. Program yang dikatakan pali ng tid ak memuaskan ia lah program berbuka puasa . Berdasarkan maklumat esponden, masalah ini ad aiah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan . Menurut mereka ada kalanya makanan ya ng disediakan tidak mencukupi dan ada jemaah yang terpaksa berkongsi makanan.
Cadangan Penambah baikan Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa masjid kampung Tobobon tel ah berjaya melaksanakan program yang menyumbang ke arah pembinaan mod al insan di qariahnya . Komen-komen yang diberikan oleh responden tentang penyusunan program dan pengisiannya juga adalah positif.
e
Namun demikian masih terdapat ruang untuk dibuat penambahbaikan. Berdasarkan dapatan kaJian ini , terdapat satu perkara yang perlu ditangani segera oleh pihak masjid kampung Tobobon iaitu usaha untuk menarik lebih ramai ahli qariahnya melibatkan diri dalam aktiviti masjid. Golongan bella di sini masih kurang menyedari tentang tanggungjawab menguruskan jenazah anggota masyarakatnya yang meninggal dunia. Apa yang dibimbangkan ialah , kebanyakan mereka menyatakan kurang berminat sebagai alasan untuk tidak menghadiri upacara pengkebumian. Hal demikian jika dibiarkan begitu sahaja , lama-kelamaan dibimbangi akan melahirkan anggota masyarakat yang tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku kepada saudara seagamanya . Lebih parah lagi jika generasi mudanya tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab yang menjadi fardu kifayah apabila tiba masanya nanti. Selain itu, program Maulidur Rasul turut mengalami keadaan yang sama , di mana penyertaan golongan belia sangat rendah sekali. Kebanyakan re so onden menyatakan bahawa mereka tidak berminat dengan program yang
9
dianj urkan . In i keran a program yang dijalankan dikatakan bersifat stereotype dan kurang menarik. Lazimnya progra m tersebut diisi dengan bacaan berzanji , sel awat dan ceramah agama. Bagi pen gkaji , alas an tersebut sem emangnya ada keben arannya, nam un demikian dalam masa yang sam a hal ini tu rut mencerminkan sikap kurang perihatin mereka denga n hari kebesaran umat Islam dan ke pentingan memperingatinya. Kita juga tid ak dapat menolak bahawa hal in; mu ngkin berlaku akibat keg agalan mereka menghayati peristiwa besar itu.
e,
e.
Program menyembelih kurban juga ku rang mendapat sambutan golongan muda. Mu ngkin mereka kurang menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s sehingga tanpa segan silu mereka menyatakan kurang berminat untuk menghadirinya. Keadaan ini mencerminkan sikap yang kurang sihat serta menunjukkan kegagalan kita menanamkan makna pengorbanan dalam jiwa anak-anak muda ini. Justeru, untuk iilengatasi iTlasalah-masalah yang dinyatakan , pihak m asjid dicadang ka n agar dapat mempelbagaikan bentuk program yang dijalanka n agar dapat menimbulkan minat dalam kalangan anggota masyarakatnya. Namun demikian tidak semua program itu boleh diubah cara pelaksanaannya. Ini kerana prog ram yang mernpunyai kaitan langsung dengan ibadah kh usus perlu dilaksanakan mengikut kaedah yang telah ditetapkan seperti ibadah kurban dan menguruskan jenazah . Oleh sebab itu selain daripada mempelbagaikan bentuk program yang dijalankan, yang lebih penting lagi ialah untuk memberika n kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya golongan belia tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam kehidupan beragama . Hal in; mungkin boleh dilakukan menerusi sentuhan peribadi oleh mereka yang berkemampu an dalam program yang bersifat perbincangan dalam kumpulan yang keci!. Program seperti ini tidak semestinya dijalankan secara formal. Perbincangan tidak formal yang dimulai dengan mereka yang mempunyai potensi sudah memadai. Lama kelamaan bilangan mereka dapat ditingkatkan sebagaimana bebola salji yang jatuh dari tanah tinggi . Perkara ini tentunya rnenuntut pengorbanan yang tinggi dari segi masa , tenaga dan wang ringgit. Ini kerana mereka yang terlibat terpaksa "turun padang" mendekati masyarakat setempat (Roslan Mohamed , 2003:37). Kaedah in i sebenarnya adalah diumpamakan "serampang dua mata" , di mana pihak masjid bukan sahaja dapat menyampaikan mesej yang dibawanya, tetapi dalam masa yang sama masyarakatnya juga dapat berkongsi pandangan dan pengalaman mereka. Keada an ini tentun ya dapat mengeiatkan lag ' hubungan antara masjid dan masyarakat. Sekiranya perkara ini berjaya dilakukan, sudah tentu ianya dapat membantu dari segi mempromosikan masjid
'I
10
yan g sekali gu s dapat meningkatkan penyertaan masyarakat setempat dalam program yang dia nj urkan . Usaha mem asyarakatkan masjid sebagaimana ya ng disarankan bukanl ah s uatu yang mudah untuk dilaksanaka n. Oi samping peJa ksanaannya yang memerlukan pen gorbanan besar, kes annya juga hanya dapat dilihat dalam jangka masa yang pa njan g. Hal ini menuntut kesab aran yang tinggi dal am kalangan mereka yang terlibat. Mereka perlu yakin bah awa kesedaran tidak datang dalam sekelip mata . Dakwah kita harus melalui proses yang sama sebagaimana yang sering kita baca tentang dakwah nabi s.a.w . Umat Islam yang begitu besar bilangannya pada hari ini bermula dengan dakwah seorang nabi yang penyabar.
e
e.
Penutu p Tanggungjawab membangunkan modal insan bukanlah mudah . la menuntut kasabaran dan kom itmen yang tinggi semua pihak. Walaupun institusi masjid mempu nya i tan ggungjawab secara langsung untuk melaksanakan agenda ini dalam ka langan masyarakatnya , namun kerjasama daripada anggota masyarakat yang lain amat diperlukan dalam mewujudkan suasana yang dapat membantu menjayakan usaha rnurni ini . Mereka yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang boleh disumbangkan seharusnya tampil menawarkan khidmatnya secara sukarela sebagaimana yang dibuat oleh aktivis NGO dan sebagainya. Masyarakat setempat juga perlu kembali kepada cara hidup bermasyarakat sebagaimana masyarakat tradisional serta tidak terlalu individu alistik dalam menjalani kehidupan harian. Mereka sepatutnya berperanan memberikan tekanan sosial antara satu dengan lain agar memberikan sokongan kepada program yang bermanfaat kepada anggota masyarakatnya. Sekiranya hal ini berjaya dilakukan , tentunya penyediaan modal insan yang berwibawa yang menjadi aset kepada negara dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna .
11
Rujukan Abdu llah bin Mat. 2003 . Ko nsep dan Falsafa h Masjid . Dim Noorrodzoh Hj . Siren dan Y usmini Md. Yusoff (ed.). Membangun Institusi Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembang unan Insan , Akademi Pengajia n Islam , Universiti Malaya . Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Lokman Ab. Ra hman dan Musa Ahmad . 1996. Pengantar Sains Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam Melaka dan Kolej Islam Melaka .
-
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi . 1999. Peran an Kurikulum dan Reka Bentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyaraka t. Skudai : Un iversiti Teknologi Malaysia. Muh ammad Uth am an EI Muhammady. 1997. Institusi Masjid Yang Bersifat Futuristik, Pemantapan Institusi Masjid Wasilah Ke Arah Kecemerlangan Umat, (Susunan Mohd . Yusof Din dan Azhana Abdul Mutal ib), Ku ala Lumpur: Institut Perkembangan Minda (INMIND) . Roslan bin Mohamed . 2003. Keberkesanan Program Masjid : Kajian Umum Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur. Dim Noorrodzoh Hj. Siren dan Yusmini Md. Yusoff (ed .). Membangun Institusi Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan , Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya . Sidi Gazalba. 1975. Masjid Pusat Ibadat dan Kebudayaan Islam , Jakarta : Pustaka Antara .
e
Yusmini Binti Md . Yusoff. 2003 . Peranan Masjid Dalam Pembangunan Insan Remaja . Dim Noorrodzoh Hj . Siren dan Yusmini Md. Yusoff (ed .). Membangun Institusi Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.