KHUTBAH JUMAAT Masjid Universiti Malaysia Sabah ”“IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI DALAM MENCARI REZEKI )(29 APRIL 2016 / 21 REJAB 1437
Khutbah Pertama
هلل ِ ِ َشهد أ ْن أ و ، ع وخض لك د سج ن م د مح ه أمحد ، ع ومن ى ط أع ي الذ احلمد َ ُ ُ ََ ُُ َْ َ ْ َ َ َ ََ الَ إله إِالَّ للا وحده ال شريك له ،له امللك وله احلمد وهو علَى ُك ِل ٍ شيء َ ُ َُ َ َ ُ ُ ُ ُ ُ َ ِ ٍ قدير ،رفع السمو ِ ِ ِ ِ ووضع ا، ه ومكنون النفوس ِف ا م م وعل ا، ه ترون د عم ري بغ ات َ َ َ َ ََ َ ٌ َ َ للا ورسولُه ِ بد ِ ِ َشهد َّ وصفيُّ ُه ِِف أن سيِ َدان حممداً َع ُ األرض أرزاقَ َها وخمزونَ َها ،وأ ُ ُ ِ ِ َّ ت َت و ، ة ي ق م ه أتقن و ال قو ق صد ُق اخل ْل ت صفاتُهُ ْ َ َّ ً اخلُلُ ُ وخليلُهُ ،أ َ ُ ْ عمالًَ ،ك ُملَ ْ ُْ َ سيد َان ٍ اخل ْل ِقيَّةُ ،فاللَّه َّم ص ِل وسلِم واب ِرْك علَى ِ حممد وعلَى آلِِه وصحبِ ِه صورتُهُ َْ ُ َ ْ إبحسان َإَل ِ يوم ِ ٍ الدي ِن. وم ْن تَبِ َع ُه ْم َ أمجعنيَ ، جل وعالَ ،ف ِهي وصيةُ ِ نفسي بتقوى ِ عباد ِ للا :أُوصي ُكم و ِ لني و لأل للا للا َّ َ َ ْ َ َ صي نَا الَّ ِذين أُوتُوا َِ اب ِمن قَ ْبلِ ُك ْم َوإِ ََّّي ُك ْم أ َِن ت الك ينَ ، قال َ تعاَلَ :ولََق ْد َو َّ ْ َ َ واآلخر َ ) اتَّ ُقوا َّ اّللَ
1
Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah. Marilah kita meningkatkan darjat ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala laranganNya agar meneguhkan nilai-nilai keimanan dengan patuh dan taat melakukan amalamal soleh. Mudah-mudahan dengan ketakwaan itu, akan mewujudkan anak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas kekuatan masyarakat ini menjadi insan soleh serta membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat. Bersempena sambutan Hari Pekerja yang disambut saban tahun pada 1 Mei, Mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak jemaah untuk menghayati khutbah yang bertajuk “IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI DALAM MENCARI REZEKI”. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 168 : Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi
yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ; Allah memberi peringatan, agar manusia mencari rezeki yang halal dan baik dan tidak mencari rezeki melalui jalan dan jejak langkah perbuatan syaitan. Allah SWT menciptakan manusia dan jin adalah untuk beribadah dan menjadi hamba Allah dengan mengurus dunia ini sebaik mungkin mengikut standard piawaian atau peraturan yang ditetapkan-Nya. Selepas itu manusia akan dikembalikan ke akhirat untuk menghadapi penilaian dan 2
pengadilan sejauhmana prestasi melaksanakan perintah Allah SWT. Inilah matlamat utama dan halatuju kehidupan manusia di dunia ini. Sebagai pekerja Allah di atas dunia ini samada bekerja dengan kerajaan, agensi swasta atau bekerja sendiri , kita mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Menurut ajaran Islam, pada dasarnya setiap pekerjaan orang Islam mempunyai dua sasaran utama : Pertama melaksanakan hak Allah SWT dan Keduanya melaksanakan muamalah sesama manusia seperti dalam politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pertanian, kesihatan dan sebagainya. Mimbar amat yakin jika umat Islam dapat memenuhi dengan cemerlang melaksanakan dua sasaran itu maka umat Islam akan memperolehi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Namun persoalannya, adakah kita benar-benar telah menjadi hamba yang sentiasa berusaha memastikan keberkatan dalam setiap sumber rezeki? Kita bukan sahaja perlu menilai tentang kualiti kerja, namun keperluan bermuhasabah kualiti rezeki juga amatlah penting. Adakah kita telah menjemput rezeki yang halal lagi baik ke dalam ruh dan jasad kita? Rezeki yang dikurniakan adalah untuk disyukuri melalui pengabdian kepada Allah SWT. Rezeki yang halal lagi baik, akan mendorong tuannya mengabdikan diri kepada Allah SWT seterusnya menjauhi laranganNya. Para hamba yang soleh, mereka memperoleh kenikmatan berupa sesuatu yang baik dan halal, kemudian mereka memuji Allah, bersyukur dengan rahmat, dan kasih 3
sayang Allah SWT. Sumber rezeki yang halal lagi baik merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat yang bertakwa. Masyarakat bertakwa hidup penuh beretika, tidak akan bersekongkol dengan penglibatan rasuah, penipuan mahupun penganiayaan. Justeru, setiap rezeki daripada pekerjaan yang dilakukan mestilah daripada perolehan yang halal serta dijamin keberkatannya. Hadis daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Tidak masuk syurga setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram,
maka nerakalah tempat yang paling layak untuknya.” (Riwayat Imam Ahmad). Hadis daripada Abi ‘Abdillah al-Nu’man Ibn Basyir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya dalam tubuh anak adam ada seketul
daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya jika rosak daging itu, rosaklah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Sesungguhnya Islam melihat pekerjaan sebagai suatu yang sangat bernilai. Malah Islam menganggap
bekerja
untuk
memperolehi rezeki atau
pendapatan yang halal merupakan hakikat yang diletakkan setaraf dengan kedudukan berjihad di jalan Allah. Sebab itu jugalah, Islam menganjurkan umatnya bekerja keras bukan sahaja untuk kebaikan di akhirat, bahkan
4
untuk memperoleh kecemerlangan hidup di dunia. Hadis daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Mencari yang halal itu jihad” (Riwayat al-Qudho’ie). Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 114 Maksudnya: “Maka makanlah daripada rezeki yang Allah telah kurniakan
kepada kamu yang halal lagi baik, dan bersyukurlah kamu akan nikmat Allah sekiranya kamu benar-benar beribadah kepadanya”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT, Isu yang sering menjadi perbahasan mengenai pekerja ialah kualiti pekerjaan dan kecemerlangan dalam usaha memberi perkhidmatan yang memuaskan dalam menjaga hubungan yang disebutkan tadi iatu Allah SWT dan Manusia. Islam telah memberi peringatan kepada umatnya supaya sentiasa berbuat baik, cemerlang dan menjaga kualiti atau bersifat Ihsan dalam melakukan setiap pekerjaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77: Maksudnya: “ Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”.
5
Ketika mengulas perkara yang sama mengenai kecemerlangan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, Rasulullah SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika
seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.(Riwayat Baihaqi)” Dalam hadith terkenal yang diriwayatkan al-Bukhari menyatakan Malaikat Jibril mengajar Rasulullah SAW tentang perihal Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan. Jika salah satu komponen ini tidak ada atau tidak difahami, maka kita belum menghayati Islam secara sempurna. Memahami dan menghayati sifat Ihsan ini akan membantu umat Islam mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Sifat ihsan bermaksud kita melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin seolah-olah pekerjaan kita dilihat dan dipantau oleh Allah SWT. Sabda Rasullullah SAW ketika di tanya oleh Jibril tentang ihsan: “Apakah ihsan itu?, Rasulullah bersadba ; Ihsan itu, sesungguhnya kamu
menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu”. ( Riwayat al-Bukhari ) Ihsan berdasarkan Wikipedia = Excellence and Perfection
6
Untuk mencapai hasil kerja yang cemerlang dan sempurna, maka hendaklah bekerja secara profesional, menguasai bidang kerja, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Penghasilan yang baik sudah tentu menjadi hak pekerja dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk melahirkan ihsan atau sebaik-baik pekerjaan yang amat dituntut dalam Islam itu?. Berdasarkan dalil al-Quran, hadith Rasulullah dan pakar pengurusan, prinsip ihsan meliputi perkara berikut: Pertama: Berakhlak mulia, Kedua: Kita perlu mempunyai keterampilan dan kemahiran tinggi dalam sesuatu bidang tugas, Ketiga: Mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kecerdasan dalam menganalisis sesuatu maslahah dan peka dengan keperluan masyarakat semasa, Keempat: Mempunyai wawasan dan dapat membuat jangkaan tentang keperluan masa depan, Kelima: Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menghasilkan kecemerlangan sesuatu aktiviti. Prinsip ihsan tidak berhasil jika semata-mata kuat beragama tetapi tidak menguasai ilmu dan kemahiran pekerjaan. Prinsip ihsan juga akan cacat jika hebat menguasai ilmu tetapi lemah dalam penghayatan agama. Berdasarkan pengertian sebenar sifat ihsan ini, akan melahirkan pekerja 7
yang bertanggungjawab, beristiqamah dengan suruhan Allah SWT dan sekaligus
mengutamakan
kepentingan
pelanggan
dalam
melakukan
tugasannya, samada ketika berhadapan dengan orang ramai atau di tempat yang sunyi, samada ketika bersama dengan majikan ataupun ketika ketiadaan majikan. Pekerja yang melaksanakan tugas mengikut bidang yang ditetapkan dengan penuh ihsan dijanjikan pahala yang besar daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 112: Maksudnya, ”Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi
perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. Muslimin yang di Rahmati Allah, Kecemerlangan sesebuah organisasi itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih, tidak datang melayang tanpa tekad dan azam yang kuat dan tidak dapat kita capai tanpa ada perubahan kearah peningkatan. Allah SWT telah mengingatkan umat manusia supaya berani membuat perubahan positif dalam semua aspek kehidupan. Sikap ini dikenalpasti memajukan lagi prestasi dan kualiti keinsanan seseorang. Firman Allah SWT dalam surah arRa’d ayat 11: 8
Maksudnya: “. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..” Bekerja atas dasar ihsan untuk memenuhi hak Allah SWT dan keperluan manusia sejagat akan memperkasa jati diri dan meningkatkan harga diri pekerja. Seseorang akan takut melakukan perbuatan keji, tercela seperti melakukan rasuah, kerosakan, penipuan, mencuri tulang, ponteng kerja, dan perbuatan negatif yang lain. Jangan mendapatkan rezeki atau kekayaan dengan sembarangan, dengan jalan haram, dengan jalan penipuan, rasuah, penyelewengan dan lain-lain. Semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram apalagi dengan menganiaya pihak lain dengan merugikan orang lain adalah wang dan kekayaan yang tidak berkat. Kekayaan secara haram hakikatnya tidak membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan membawa kesengasaraan dan kecelakaan di dunia dan akhirat. Jiwa manusia, jiwa pekerja pada asalnya adalah sesuatu yang suci. Tetapi harta yang diperolehi secara tidak halal tidak mungkin dapat memberi kebaikan pada jiwa..kita. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru semua golongan pekerja, sempena sambutan Hari Pekerja 2016 yang bertemakan: Pekerja Berkemahiran 9
Penggerak Ekonomi, maka marilah sama-sama kita memperkasa jati diri dengan menghayati sifat ihsan supaya setiap amalan dan pekerjaan kita memenuhi standard piawaian Allah serta memberi manfaat kepada manusia sejagat serta alam. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 105: Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan
segala yang diperintahkan, maka Allah SWT. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah SWT. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”
10