Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
PROGRAM DAKWAH MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH Saini Bin Ag.Damit, Dg.Hafizah Binti Ag.Basir & Bungsu @Aziz Bin Jaafar Abstrak Masjid merupakan pusat perkembangan syiar Islam yang mempunyai peranan amat signifikan dengan penyebaran dakwah Islamiah. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah memiliki keunikan yang tersendiri sebagai pusat Ibadat dan pembangunan dakwah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu khasnya dan di Sabah amnya. Seiring visi untuk menjadi masjid contoh yang unggul dan berwibawa dalam misi melaksanakan agenda strategik ke arah menjadikan masjid sebagai pusat kecemerlangan dan tumpuan masyarakat melalui pengurusan berkesan dan aktiviti keperluan dunia dan akhirat. Dinobatkan sebagai Masjid Hadhari Kebangsaan ke-2 di Malaysia pada 2008 dan Masjid Inovasi Kebangsaan 2011, kajian ini amat relevan untuk mengkaji program-program dakwah yang dijalankan dalam mengembang dan memperkasakan dakwah Islam di Sabah. Kata kunci: dakwah, program, masjid
PENDAHULUAN Masjid adalah Baitullah (rumah Allah SWT) sebagai satu tempat yang suci dan bersih bagi umat Islam untuk melaksanakan kewajipan beribadah. Perkataan masjid berasal daripada kata serapan bahasa Arab iaitu daripada perkataan sajada, yasjudu, sujūdan yang membawa maksud meletakkan dahinya ke bumi (Ibn Manẓūr, t.t. :204). Firman Allah SWT dalm surah Yusof 12:100; ... Maksudnya: “Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusof Adapun perkataan masjad dan masjid bermaksud tempat sujud dan jamaknya ialah masājid. Al-Zajjaj menyatakan setiap tempat beribadat (bersujud) kepada-Nya adalah masjid (Ibn Manẓūr, t.t. :204). Sabda Rasulullah SAW: سجِ ًدا َوطَ ُهى ًرا ْ َج ِعل ْ ض َم ُ ت ل ِي األَ ْر ُ Maksudnya: “Telah dijadikan bagiku bumi ini tempat sujud dan suci” (Ṣahīh al-Bukhāri, 2005:123). Masjid merupakan institusi tertua dan terpenting dalam pembentukan masyarakat Islam. Ia menjadi pusat ibadah dan kegiatan masyarakat, lambang kekuatan dan perpaduan umat Islam serta mercu tanda keagungan dan kebesaran Islam. Dalam Ensiklopedia Islam (2004:171), masjid merupakan salah satu corak dan perwujudan perkembangan kesenian Islam dan dipandang sebagai salah satu kebudayaan Islam terpenting. Ia juga merupakan lambang dan cermin kecintaan umat Islam kepada Tuhannya dan menjadi bukti tingkat perkembangan kebudayaan Islam. Pada zaman Rasulullah SAW, masjid berfungsi dan berperanan secara menyeluruh dan meluas. Ia digunakan sebagai pusat penyebaran, pusat pendidikan, pusat pentadbiran, pusat kegiatan sosial, pusat kegiatan dakwah, pusat agihan zakat dan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan seluruh
567
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
aspek kehidupan insan. Banyak keputusan-keputusan penting menyentuh masa depan umat Islam dibuat di masjid (Mohd. Nakhaei Ahmad, 2000). Masjid bukannya semata-mata sebagai tempat ibadah, tetapi mempunyai peranan-peranan lain terutamanya di zaman Rasulullah SAW. Ini kerana Baginda mahu menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan dan perhimpunan perdana umat Islam yang datang dari pelbagai bangsa dan suku kaum. Bahkan Rasulullah SAW berjaya menyatukan dua golongan, iaitu Muhajirin dan Ansar sebagai paksi dan penggerak pengembangan dakwah Islam selepas itu (Razaleigh Muhamat & Zulkefli Aini, 2003:129). Institusi masjid pada masa kini perlu diperkemaskan dalam membangunkan umat Islam. Syed Othman al-Habsyi (1997) mencadangkan beberapa strategi penting antaranya ialah; strategi menjana khaira ummah melalui institusi masjid harus disasarkan kepada konsep kesepaduan dalam pembangunan manusia itu sendiri, masjid perlu didirikan sebagai salah satu bangunan yang serba indah di tapak yang cukup strategik dan berhemah supaya bangunan lain tidak nampak lebih penting darinya, Pusat pentadbiran kerajaan harus berhampiran dengan masjid untuk menunjukkan bahawa syiar Islam yang dilambangkan oleh masjid benar-benar menguasai seluruh suasana bandar berkenaan dan institusi pendidikan yang paling penting harus didirikan berhampiran dengan masjid supaya ia boleh menjana para ilmuan yang benar-benar dikuasai oleh pandangan hidup Islam. LATAR BELAKANG MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU Sejarah Pembinaan Masjid ini mendapat nama sebagai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu adalah sesuai dengan kedudukannya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Walaupun masjid ini lebih besar daripada Masjid Negeri yang terletak di Sembulan, namun tarafnya hanyalah sebagai masjid utama Bandaraya Kota Kinabalu, manakala Masjid Negeri terus kekal dengan tarafnya sebagai masjid utama negeri Sabah (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:13). Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di kawasan yang bukan sahaja indah kerana di kawasan lapang pesisiran pantai dan berhadapan dengan pemandangan laut samudera dan pulau-pulau, tetapi juga berada di tengah-tengah kawasan para jemaah dari kawasan perkampungan Likas, kompleks bangunan-bangunan pejabat dan komersil Likas, Yayasan Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Negeri Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain. Masjid ini ditadbir di bawah sebuah Jawatankuasa, iaitu gabungan para profesional dalam pelbagai bidang dan para ulama dan pendakwah begi memantapkan fungsi masjid ini, selaras dengan keperluan hari ini. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan masjid ini dari masa ke semasa (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:13). Beberapa sudut pemandangan luar dalam masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi di al-Madinah al-Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan. Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Tun Datuk Seri Panglima Haji Mohd Said Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ketujuh. Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan pesisir air laut kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja penyediaan tapak bermula pada bulan September 1990 dan siap pada bulan jun 1991. Kerja-kerja menanam cerucuk dimulakan pada 22 Jun 1992 dan siap pada 23 Mac 1993 (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:13-14). Projek pembinaan ini tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan dan teknikal. Bagaimanapun, apibila Barisan Nasional (UMNO) mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1994, maka projek pembinaan ini mendapat peruntukan yang sewajarnya untuk
568
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
diteruskan. Dengan ini barulah kerja-kerja pembinaan bangunan dan kerja-kerja sivil masjid dapat dimulakan. Projek pembinaan ini menghadapi pelbagai kesulitan dalam pengurusan dan teknikal menyebabkan kerja-kerja pembinaannya terganggu dan berjalan secara perlahan. Mulai 1 Januari 1996, pelaksanaan projek pembinaan ini dipindahkan daripada pengurusan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Pemindahan ini juga menimbulkan masalah teknikal sampingan. Bagaimanapun, apabila semua masalah projek pembinaan ini dapat diselesaikan, maka barulah kerja-kerja pembinaan masjid ini dapat dipercepatkan dan berjalan dengan licin mulai pertengahan tahun 1997 dan siap pada akhir tahun 1999 (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:14). Kos Projek Masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah. Memandangkan projek berkenaan telah dirancangkan sejak sekian lama dan pembinaannya memakan masa lebih sepuluh tahun kerana masalah peruntukan kewangan, masalah pengurusan dan teknikal, maka kosnya telah meningkat dari masa ke masa. Pada asalnya projek ini dianggarkan RM30,990.690.00 . Setelah mengambil kira permasalahan pengurusan dan teknikal yang berpanjangan dan sentiasa menghendakkan peruntukan tambahan, maka Kerajaan Negeri terus memberikan peruntukan kewangan bagi meneruskan projek ini sehinggalah ke hari ini. Kos keseluruhannya dianggarkan lebih kurang RM43 juta (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:15). Kelengkapan Masjid Masjid ini mempunyai sebuah bilik orang kenamaan lelaki, sebuah bilik orang kenamaan perempuan, sebuah pejabat imam, 177 saluran air wuduk (selain saluran paip tambahan di hadapan, kiri dan kanan masjid), 12 bilik tandas dan bilik mandi lelaki, sebuah bilik persalinan lelaki, 24 saluran air wuduk perempuan dan sebuah bilik pengurusan jenazah. Selain itu, masjid ini juga mempunyai kemudahan sebuah bilik dapur penyajian. Sesuai dengan keperluan hari ini, masjid ini juga mempunyai kemudahan tambahan, iaitu madrasah yang terasing daripada bangunan Masjid. Madrasah ini mempunyai enam buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan dua buah bilik tandas lelaki dan perempuan. Selain itu, terdapat juga mesin ATM Bank Islam, Klinik Ibnu Sina dan dewan. Ruang solat serambi seluas 3,000 kaki persegi boleh memuatkan 3,000 orang jemaah dan ruang solat terbuka (dahulu tidak beratap) seluas 1,600 kaki persegi boleh memuatkan 1,600 hingga 2,000 orang jemaah (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:16). Keluasan Masjid Bangunan masjid ini secara keseluruhannya adalah seluas 107,600 kaki persegi (12.47 ekar), manakala jalan raya, kawasan letak kereta dan landskap seluas 211,412 kaki persegi (4.8 ekar) dan kolam seluas 326,588 kaki persegi (7.5 ekar). Keseluruhan ruang solat masjid ini pada satu-satu masa boleh memuatkan 9,720 orang hingga 12,000 orang jemaah, iaitu Dewan Solat Utama mempunyai keluasan 16,700 kaki persegi boleh memuatkan 4,000 hingga 5,000 orang jemaah, Ruang Solat Perempuan seluas 2,470 kaki persegi boleh memuatkan 1,120 hingga 1,500 orang jemaah (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:17). Pada pertengahan tahun 2008, pihak kerajaan telah membina atap berupa bumbung kepada kawasan tengah masjid dengan berbelanjaan lebih setengah juta ringgit bagi membolehkan ramai jemaah menggunakan kawasan berkenaan tidak mengira hujan kerana pada mulanya kawasan ini tidak beratap. Dalam tahun 2009, sekali lagi pihak kerajaan telah menukarkan lantai ruang sujud utama daripada permaidani kepada batu marmar (marvel) yang menelan belanja hampir satu juta ringgit Malaysia. Pada masa-masa tertentu, kawasan marvel ini akan dihampar permaidani bagi menambah keselesaan jemaah beribadat (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:17).
569
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
Perasmian Masjid Masjid ini dirasmikan pada 18 Februari 2000 Masihi bersamaan 23 Zulkaedah 1429 Hijrah oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-8. Dengan rasminya masjid ini, menjadi peristiwa yang penuh bersejarah dan besar ertinya bagi rakyat keseluruhannya terutama sekali umat Islam, kerana di samping menjadi indikator tahap perkembangan Islam dan kepesatan pembangunan negeri Sabah, ia juga merupakan lambang perpaduan masyarakat berbilang kaum dan penyuntik semangat untuk terus mencapai kemajuan demi kesejahteraan duniawi dan ukhrawi (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:18). PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID Masjid Bandaraya ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, Juru Odit, Urusetia Hal Ehwal Agama yang terdiri daripada Imam, Penolong Imam dan Bilal, Ahli Jawatankuasa, Pekerja Am dan Urusetia bahagian pentadbiran yang terdiri daripada Pengurus Masjid, Ketua Pengawal dan Pengawal. Manakala jawatankuasa Program Al-Mubarak adalah terdiri daripada Syukbah Hal Ehwal Wanita dan Kaunseling, Syukbah Ukhuwah dan Pembangunan Ummah, Syukbah Dana dan Ekonomi, Syukbah Bendahari dan Kewangan, Syukbah Hal Ehwal Jemaah, Syukbah Kebersihan, Syukbah Hal Ehwal Pelancongan, Syukbah Penyelenggaraan Bangunan dan Harta, Syukbah Hal Ehwal Remaja dan Kesenian Islam, Syukbah Publisiti dan Penerbitan, Syukbah Pengurusan Pentadbiran Masjid dan Urusetia, Syukbah Keceriaan dan Landskap, Syukbah Keselamatan, Letak Kereta dan Lalulintas, Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Syukbah Kebajikan dan Syukbah Hal Ehwal Perkuburan dan Jenazah (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:32-33). Setelah hampir 12 tahun, kepimpinan ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya telah diterajui oleh barisan tokoh yang berwibawa. Lima penggal peralihan tampuk kepimpinan Masjid Bandaraya banyak menyumbang ke arah pembangunan masjid dan masyarakat. Pengerusi-pengerusi Masjid Bandaraya (2000-2012) ialah Ybhg. Datuk Hj Hassan Hj Ibrahim- 2000 hingga 2006 (mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri/ Mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri), Ybhg. Datuk Hj Yusoff Datuk Seri Panglima Hj Mohd Kassim – 2006 hingga 2010 (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan) dan Ybgh. Tuan Hj AB Jamal Tun Hj Sakaran 2010 hingga sekarang (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:18; Tuan Hj Syed Husin Habib Omar, 2012, 13 April). Komitmen pengurusan dan pentadbiran Masjid Bandaraya amat menyerlah bukan sahaja dari sudut pengurusan pentadbiran malah melalui lawatan ke luar melalui siri lawatan ke beberapa masjid di dalam dan luar negara. Antaranya, lawatan ke Johor, Selangor, Singapura dan Acheh Indonesia. Lawatan ini memberi banyak peluang dan idea pembangunan masjid antaranya pembinaan Bazaar al-Mubarak dengan kerjasama SEDCO (Tuan Haji Ab Jamal, 2012, 13 April ;Tuan Hj Syed Husin Habib Omar, 2012, 13 April).
570
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
Rajah 1: Carta Organisasi Jawatankuasa Masjid Bandaraya
Penasihat
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Urusetia (Hal Ehwal Agama)
Urusetia (Pentadbiran)
Bendahari
Penolong Setiausaha
Penolong Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Imam Masjid
Pengurus Masjid
Penolong Imam
Ketua Pengawal
Pejabat Am
Bilal
Juru Odit
Pengawal
Pekerja Kubur
Visi dan Misi Masjid Di awal penubuhan, masjid ini telah menggariskan visi asalnya iaitu untuk melaksanakan agenda strategik masjid ke arah kemajuan agama, sosial dan ekonomi ummah. Manakala misi asal masjid ini pula ialah untuk turut sama membantu meningkatkan dan mengangkat martabat syiar dan umat Islam melalui pengimarahan masjid. Seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa, visi dan misi masjid dipertingkat sejajar peranannya terhadap pembangunan ummah. Masjid ini meletakkan visi untuk menjadi masjid yang unggul dan berwibawa dalam misi melaksanakan agenda strategik ke arah menjadikan masjid sebagai pusat kecemerlangan dan tumpuan masyarakat melalui pengurusan berkesan dan aktiviti keperluan dunia dan akhirat.
571
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
Pencapaian Diisytiharkankan sebagai Masjid Hadhari Kebangsaan ke-2 di Malaysia pada 2008 dan dianugerahkan sebagai Masjid Inovasi Kebangsaan 2011, masjid ini mempunyai peranan dan sumbangan dalam mengembang dan memperkasakan dakwah Islam di Sabah. INOVASI DAKWAH: PROGRAM AL-MUBARAK Dimensi keimanan dalam Islam mencakupi hubungan manusia dengan Allah ( Hablu min Allah) serta hubungan manusia dengan manusia (Hablu min an-naas). Dakwah merupakan mekanisme yang memembawa makna tuntutan untuk menyampaikan dan menyebarkan kebaikan (M. Natsir,1982:58). Tuntutan ini merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan bagi setiap muslim. Hal ini merujuk kepada firman Allah dalam surah Ali Imran 3:104 Maksudnya: “dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, dan
menyuruh berbuat Ssgala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya”.
Tuntutan dakwah tersebut perlu disampaikan dengan penuh hikmah (kebijaksanaan). bertepatan dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al Nahl 16:125
Ini
Maksudnya: “serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran
yang baik”
Program al-Mubarak Masjid Bandaraya boleh dianggap sebagai salah satu inovasi dakwah yang bertepatan dengan keperluan semasa masyarakat. Ini kerana perkembangan dakwah perlulah selaras dan seiring dengan perkembangan sosio-masyarakat. Program ini dibangun berdasarkan konsep Islam hadari bagi menyahut seruan al-Quran, al-Sunnah dan wawasan Negara. Program ini secara keseluruhannya mengambarkan hala tuju dakwah yang dibawa oleh Masjid Bandaraya untuk memartabatkan syiar Islam melalui pengimarahan dan pembangunan masjid sebagai nadi penggerak strategik kemajuan agama, sosial dan ekonomi ummah (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:51). Menariknya, melalui temubual bersama Pengerusi Masjid MBR Tuan Haji Ab Jamal, idea perlaksanaa program ini tercetus dan dibentuk dalam acuan ISLAM itu sendiri (Tuan Haji Ab Jamal, 2012, 13 April).
572
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
Rajah 2: ISLAM sebagai nilai membentuk program al-Mubarak Masjid Bandaraya Sabah
Nilai-nilai universal dalam Islam merupakan pemangkin semangat dan tekad seluruh ahli Jawatankuasa Masjid MBR untuk mengembeling tenaga menyediakan masjid sebagai pusat untuk komuniti bukan sahaja untuk tujuan ibadah khusus malah sebagai pusat aktiviti masyarakat. Program alMubarak menterjemahkan I.S.L.A.M dalam perspektif yang tersendiri. Pertama, Ilmu, merupakan tunggak program ini. Ilmu merupakan kunci ibadah, ilmu yang bermanfaat (diamalkan) akan mengangkat darjat seseorang musilm di sisi Allah. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Mujadalah 48: 11; Maksudnya; Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan. Kedua, manusia sebagai makhluk sosial saling memerlukan antara satu sama lain. Maha suci Allah yang telah mencipta keunikan dan keindahan dalam semua ciptaannya. Dakwah memerlukan medium sosial yang baik untuk memaksimumkan keberkesanannya (M.Natsir, 1982:81). Masjid seharusnya menyediakan prasarana terbaik untuk masyarakat berhimpun dan mengambil manfaat untuk kebaikan mereka. Uniknya kepelbagaian seharusnya diraikan untuk menjamin kehidupan yang lebih harmoni. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Hujurat 49:13 Maksudnya; “Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
573
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
Ketiga, peranan masjid tidak hanya tertumpu kepada medium pengimarahan ibadat khusus malah seharusnya menjadi landasan ekonomi yang membangun ummah. Ini bertepatan dengan konsep dan falsafah masjid sebagai nadi pembangunan masyarakat Islam duniawi dan ukhrawi (Haji Abdullah dan Muhydin 2003:3). Atas keperluan ini, Bazaar al-Mubarak menyediakan premis-premis perniagaan untuk menggalakkan pasaran pelbagai barang keperluan mengikut syarak. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan pengimarahan masjid dan menarik lebih ramai masyarakat berkunjung ke masjid disamping menambah dana kewangan masjid melalui kadar sewa yang berpatutan. Keempat, masjid sebagai medium memartabatkan syiar agama Islam bertepatan dengan ruh pembinaan masjid dalam menyemarakkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. sepertimana firman Allah dalam surah al-Taubah 9:108
Maksudnya:
kerana Sesungguhnya Masjid (Qubaa' yang Engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. Kelima, amalan berbudaya maju menjadi pemangkin anjakan paradigma untuk meletakkan masjid sebagai pusat kecemerlangan yang dilengkapi prasarana-prasarana moden sesuai tuntutan semasa. Melalui pembangunan ICT, kemudahan capaian jalur lebar dan aktiviti interaktif akaun laman sosial (www.facebook.com/people/Masjid-Bandaraya-Kota-Kinabalu) jaringan dakwah dan tarikan sosial akan semakin meningkat. Selain itu pelbagai pendekatan telah diambil untuk meningkatkan keberkesanan peranan masjid sebagai pusat mesra komuniti. Beberapa MoU ditandatangani untuk menambahbaik serta meluaskan jaringan masjid dengan agensi-agensi lain (Tuan Haji Ab Jamal, 2012, 13 April). Keahlian dan Manfaat Program Al-Mubarak Keahlian dibuka untuk semua golongan masyarakat dengan memperkenalkan 4 jenis skim yang berteraskan amal jariah. Skim-skim ini terdiri daripada skim individu, skim keluaga, skim istimewa dan skim syarikat. Selain peluang untuk beramal, banyak manfaat yang bakal dinikmati oleh ahli antaranya takaful khairat kematian, bantuan kebajikian, diskaun perkhidmatan kesihatan di panel terpilih, diskaun barangan di kedai-kedai terpilih dan banyak lagi. Melalui perancangan strategi pembangunan masjid, berkonsepkan strategi sejagat dan koprat dengan cara Perkongsian Pintar (smart partnership), Kemenengan/keuntungan untuk semua (win-win situation) dan Gabungan Strategik (Strategik Alliance) di antara masjid, umat Islam, sektor swasta, sektor awam dan lain-lain (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:51). Jawatankuasa Masjid Bandaraya amat komited untuk menambahbaik taraf dan status ekonomi-sosial ummah kerana berpegang dengan prinsip kesungguhan untuk memperbaiki masa depan masyarakat muslim. Firman Allah dalam surah Ar- Ra’d 13:11 Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.
574
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
PROGRAM AL-MUBARAK: AKTIVI DAKWAH Pembangunan Intelek dan Pembudayaan Ilmu Peranan masjid dalam pembangunan intelek dan pembudayaan ilmu dapat dilihat melalui sejarah kedatangan dan perkembangan Islam di alam Melayu. Berdasarkan sejarah, kerajaan-kerajaan Melayu Islam telah menjadi pusat intelektual dan persuratan Melayu dengan menjadikan masjid dan istana sebagai pusat pengembangan ilmu dan agama Islam (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1999:21). Menurut Mohd Aderi Che Noh (2012) institusi masjid merupakan medium yang tepat untuk melaksanakan pembelajaran berterusan atau lebih tepat masjid sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana, masjid merupakan pusat tumpuan masyarakat yang mampu menyediakan program dan aktiviti keilmuan secara menyeluruh dan berterusan (Mohd Aderi Che Noh, 2012:1). Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mengekalkan fungsi masjid sebagai pusat pengembangan ilmu dan agama Islam melalui menubuhan Madrasah Al-Mubarak. Ditubuhkan pada awal tahun 2003 dengan kelulusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, madrasah ini merupakan salah satu usaha bagi memastikan anak-anak masyarakat Islam mendapat peluang untuk menerima pendidikan agama yang sempurna. Setakat ini, Madrasan Al-Mubarak telah mempunyai 10 buah kelas denga bilangan murid seramai lebih 200 orang. Kakitangan dan tenaga pengajar di Madrasah ini dibiayai oleh KAFA dan dana dari Program Al-Mubarak sendiri (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:80). Selain itu, program pembangunan intelek dan pembudayaan ilmu di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan seperti dalam jadual 1. Jadual 1: Aktiviti pembangunan intelek dan pembudayaan ilmu Masjid Bandaraya Kota Kinabalu PROGRAM
AKTIVITI
KULIAH
Kuliah Subuh dan Maghrib, Kelas Ta’lim AnNisa’, Kuliah Fiqah
CERAMAH BULANAN
Ceramah daripada tokoh-tokoh ilmuan Islam. Syeikh Said Muhammad Alwi Al-Haddad, Syeikh Nuruddin al-Banjari
CERAMAH PERDANA
Ceramah daripada tokoh-tokoh ilmuan Islam dalam dan luar Negara. Cth: Drs. Wahfiuddin (Pengarah Dakwah dan Tamadun Islam, Jakarta Islamic Center),
PENGAJIAN KITAB
Pengajian kitab bersama Syeikh Nuruddin alBanjari Sumber: Jawatankuasa Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu.
Penjanaan Ekonomi Masjid dan Masyarakat Setempat Dalam agenda memartabatkan syiar Islam, Masjid Bandaraya tidak hanya memberi tumpuan terhadap pengimarahan dan pembangunan masjid melalui ibadat malah tumpuan juga diberikan untuk menjada ekonomi masjid dan masyarakat setempat. Hasrat ini terkandung dalam matlamt Program al-Mubarak yang meletakkan pembangunan masjid sebagai nadi penggerak strategik kemajuan agama, sosial dan ekonomi ummah (Jawatankuasa Masjid Bandaraya, 2010:51).
575
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
Bazaar Al-Mubarak yang dibiayai dan dibangunkan oleh SEDCO menyediakan premis perniagaan untuk peniaga dan usahawan Muslim. Selain itu, matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan pengimarahan masjid dan menarik lebih ramai masyarakat berkunjung ke masjid disamping menambah dana kewangan masjid melalui kadar sewa yang berpatutan. Bazaar ini mula beroperasai pada Julai 2011 (Tuan Haji Ab Jamal, 2012, 13 April). Al-Mubarak Katering Masjid Bandaraya pula menyediakan pakej-pakej yang menarik antara lainnya seperti pakej Majlis Berbuka Puasa, Perkahwinan, Kenduri, Seminar, kursus dan sebagainya. Bahkan, Masjid Bandaraya menyediakan produk-produk yang berkualiti seperti kurma Al-Mubarak, Nasi beriani Al-Mubarak dan Air minuman Al-Mubarak. Di bawah kendalian Kelab Remaja, Masjid Bandaraya turut menyediakan perkhidmatan mencuci kereta berbayar di dalam kawasan masjid. Aktiviti ini selain menjana pendapatan juga dapat menarik golongan remaja untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang mereka minati di masjid. Sasaran pengguna muslim dalam program penjanaan ekonomi Al-Mubarak dapat dicapai melalui keahlian Al-Mubarak dan pelaksanaan Gabungan Panel yang menyertai program ini. Melalui tawaran diskaun dan harga istemewa, para pengguna disasarkan akan menyumbang kepada peningkatan hasil jualan barangan dan perkhidmatan di panel-panel yang terlibat. Antara panel-panel yang menyertai program ini ialah EON & Proton Permai Sabah S/B, Sabah Times, Kumpulan BTC, Klinik Dr. Suzain, House of Islam, Kinabalu Dental, Sabah Dental, Merdeka Optik dan banyak lagi (Tuan Hj Syed Husin Habib Omar, 2012, 13 April). Khidmat Sosial dan Kemasyarakatan Menurut M.Natsir (1982) dakwah memerlukan medium sosial yang baik untuk memaksimumkan keberkesanannya. Disinilah peranan masjid untuk menyediakan prasarana terbaik bagi masyarakat berhimpun dan mengambil manfaat untuk kebaikan mereka. Banyak aktiviti-aktiviti khidmat sosial dan kemasyarakatan di rancang dan dilaksanakan untuk mengimarahkan dan memangkin perkembangan dakwah dalam masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat diringkaskan dalam jadual 2. Jadual 2: antara aktiviti khidmat sosial dan kemasyarakatan PROGRAM/ SYUKBAH AKTIVITI Khidmat guaman (Bank Islam, Takaful Memberi khidmat nasihat dan Panel Guaman Malaysia, Lembaga Tabung Haji dan Petronas) Program Pembelaan Fakir Miskin Memberi bantuan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya. Projek Anak-anak Yatim dan Anak-anak Pembukaan akaun di Lembaga Tabung Haji Istimewa dan kempen derma berterusan daripada orang ramai Program Eksplorasi Israk Mikraj Mengadakan aktiviti keluarga dan masyarakat dengan pelbagai acara menarik seperti eksplorasi peta, eksplorasi ilmu, eksplorasi kuiz, eksplorasi mewarna dan eksplorasi bersama ibubapa. Program Syukbah Kaunseling & Hal Ehwal Menyediakan perkhidmatan kaunseling, Wanita perkhidmatan Ibnu Sina, lawatan/ziarah pesakit dan seminar/kursus yang berkaitan. Sumber: Jawatankuasa Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu.
576
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit
Aktiviti-aktiviti khidmat sosial dan kemasyarakatan di Masjid Bandaraya memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan sosial di sekitarnya. Aktiviti-aktiviti tersebut menyediakan pengisianpengisian yang bermanfaat disamping menyebar dan mengembangkan dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat. Rekreasi Riadah dan Pelancongan Keindahan dan kedamaian yang terpamer melalui kesenian binaan-binaan masjid menjadi salah satu tarikan yang menghasilkan produk pelancong yang kian mendapat sambutan. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu muncul sebagai mercu tanda baru bagi melambangkan keindahan dan keunikan Kota Kinabalu kerana sering tempat pilihan pelancong samada dalam mahupun luar negara. Menurut rekod pelancongan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, jumlah pelancong yang mengunjungi Masjid Bandaraya pernah mencatatkan lebih kurang 300 orang sehari dan dianggarkan lebih kurang 1.3 juta setahun (Tuan Haji Ab Jamal, 2012, 13 April). Menepati Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan ke Masjid terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Potensi pelancongan perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan tetap memelihara kesucian masjid sebagai rumah ibadat. Aktiviti-aktiviti pelancongan ini tidak hanya untuk tujuan promosi dan publisiti masjid dan negara malah merupakan gambaran keindahan Islam itu sendiri. Menyahut cabaran untuk mempelbagaikan prasarana dan memasyarakatkan insitusi masjid, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu komited untuk memperluaskan fungsi masjid sebagai tempat memberi manfaat kepada komuniti setempat. Cadangan Projek Pelancongan Rekreasi Taman Air Masjid Bandaraya Kota Kinabalu diilhamkan dan diyakini mampu menjadi salah satu hub pelancongan di Negeri Sabah. Selain itu, ia aka membuka jalinan kerjasama antara masjid dan agensi-agensi pelancongan disampung menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat (Tuan Haji Ab Jamal, 2012, 13 April). KESIMPULAN Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai keunikan dan potensi membangun yang tersendiri dalam mengangkat status institusi masjid sebagai medium untuk memartabatkan syiar Islam di Malaysia. Adalah tidak keterlaluan jika, masid ini di jadikan model contoh yang sesuai untuk membangun institusi masjid di Malaysia. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu boleh dianggap berjaya dalam visi untuk menjadi masjid yang unggul dan berwibawa dalam misi melaksanakan agenda strategik ke arah menjadikan masjid sebagai pusat kecemerlangan dan tumpuan masyarakat melalui pengurusan berkesan dan aktiviti keperluan dunia dan akhirat. Malah, keseimbangan pendekatan yang dilaksanakan memacu usaha untuk memartabatkan syiar Islam melalui pengimarahan dan pembangunan masjid sebagai nadi penggerak strategik kemajuan agama, sosial dan ekonomi ummah. Adalah menjadi harapan model pembanguan ini akan memberi manfaat untuk membantu masjid-masjid yang lain membangun kecemerlangan dakwah di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya.
577
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Saini Ag.Damit Rujukan
Al-Qurān al-Karīm. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. 2000. Cetakan Kesebelas, Kuala Terengganu: Percetakan Yayaan Islam Terengganu Sdn. Bhd.
Jawatankuasa Masjid Bandaraya. 2010. Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Masjid Bandaraya Kota Kinabal, Sabah. Sabah: Pencetak Kerajaan.
Ensiklopedia Islam. 2004. Jld. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka. Haji Abdullah Mat dan Muhyiin Hj Aziz. 2003. Konsep dan Falsafah Masjid. dalam Membangun Institusi Masjid, ed. Norrodzoh Hj. Siren & Yusmini Md. Yusoff, Akademi Pengajian Islam, UM, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. Ibn Manẓūr, Jamāl al-Dīn Muḥammad ibn al-Mukarram, t.t. Lisān al-`Arab, Jld. 3, Bayrūt: Dār Ṣādir. M. Natsir. 1982. Fiqhud-Da`wah. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd Mohammad Ilyas Abdul Ghani Ph.D. 2004. Sejarah Masjid nabawi, Madinah Munawwarah: Maṭab alRashīd. Mohd. Nakhaei Ahmad. 2000. Masjid sebagai pengkalan pergerakan amal Islam, Majalah Dakwah. Norrodzoh Hj. Siren dan Yusmini Md. Yusoff. 2003. Editor, Membangun Institusi Masjid, Akademi Pengajian Islam, UM, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. Razaleigh Muhamat & Zulkefli Aini. 2003. Memperkasa aktiviti masjid sebagai medium dakwah, dalam Membangun Institusi Masjid, ed. Norrodzoh Hj. Siren & Yusmini Md. Yusoff, Akademi Pengajian Islam, UM, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Terjemahan Hadis. Cet. Keenam 2005. Bāb al-Tayammum.Jld. 1. Hlm. 123. No.126. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.1999.Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia. Syed Othman al-Habsyi. 1997. “Peranan Institusi Masjid: Satu pengamatan”. Pemantapan Institisi Masjid Wasilah Ke Arah Kecemerlangan Umat, Kuala Lumpur: INMIND. www.facebook/Masjid-Bandaraya-Kota Kinabalu
578