Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kepada semua murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf di kalangan murid-muridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke atas murid-murid tahun 2 berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tahun 1.Tinjauan awal telah menunjukkan murid-murid ini tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi KVKVK. Dalam kajian ini kaedah pembelajaran Masteri telah diaplikasikan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Penggunaan teknik latih tubi dan bercerita berdasarkan pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi murid mengikuti proses P & P yang dijalankan. Selain itu, murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan agak susah. Ia bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan KVKVK dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran masteri amat sesuai digunakan di kalangan muridmurid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam suasana yang menyeronokkan. 1.
Refleksi P & P Yang Lalu
Keputusan peperiksaan akhir tahun 2004 mendapati 26 orang murid atau 18% daripada keseluruhan murid Tahun Satu sekolah ini gagal menguasai kemahiran membaca secara total. Maksud total ialah murid-murid ini gagal mengenal huruf, tidak dapat menyebut suku kata KVKVK, dan tidak boleh membatangkan perkataan. Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga, PIBG, dan guru-guru.
1
Selepas kajian dibuat, didapati kumpulan ini terdiri daripada: a) Majoriti golongan yang berpendapat rendah seperti pemandu lori, pekerja am, pekerja kilang, dan peniaga kecil. b) Mereka yang mengharapkan pihak sekolah sahaja sebagai satu-satunya penyampai maklumat dan ilmu. c) Mereka yang tiada diberi perhatian daripada ibu bapa terhadap kemajuan pelajaran. d) Mereka yang menghadapi masalah keluarga. Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah ini supaya mereka tidak terus ketinggalan pada masa akan datang.
2.
Isu Keprihatinan
Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.
Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada: i ) Keupayaan berfikir yang rendah. ii) Tidak dapat memberi tumpuan yang lama. iii) Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata. iv) Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.
Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial.
2
3.
Objektif Kajian
Objektif utama pengkaji menjalankan kajian ini ialah untuk: A
Mengenal pasti murid-murid yang lemah dan tidak tahu membaca.
B
Membantu dan membimbing murid yang tidak tahu membaca.
C
Meningkatkan kemahiran membaca bagi murid-murid yang lemah.
D
Membentuk kaedah mengajar yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan murid.
E
Menyelesaikan masalah kemahiran membaca supaya tidak berterusan hingga ke tahap 2.
F
Memupuk minat membaca di kalangan murid-murid.
4.
Kumpulan Sasaran
Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 22 orang murid Tahun Dua Bestari sekolah ini dengan mengambil kira batasan-batasan berikut: A
Mencakupi masalah membaca di kalangan murid-murid.
B
Dijalankan sepenuh masa selama tiga bulan.
Hasil dapatan kajian ini, diharapkan murid-murid dapat: A
Memahami maksud yang tersirat di dalam bahan bacaan.
B
Menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi.
C
Bersaing untuk meningkatkan kemahiran sesama rakan sebaya.
5.
Pelaksanaan Kajian
5.1.
Tinjauan Masalah
Dalam perlaksanaan program ini, masalah dikenal pasti melalui : i.
Perbincangan dengan guru pemulihan
ii.
Pemerhatian
iii.
Ujian Pra
3
i.
Perbincangan dengan guru pemulihan
Perbincangan dengan guru pemulihan diadakan untuk mengenal pasti murid yang benarbenar layak sahaja untuk mengikuti kelas ini. Hasil dari perbincangan ini, mendapati murid-murid ini sememangnya menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca melibatkan suku kata yang panjang seperti gabungan KV dan KVK . Disebabkan mereka tidak dapat membaca maka minat untuk mendalami lagi bacaan semakin pudar dan secara tidak langsung timbullah masalah disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakan-rakan sebaya yang lain.
ii.
Pemerhatian
Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Hasil yang diperoleh mendapati mereka hanya boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi dua suku kata sahaja. Gejala ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup seperti ‘malam’, ‘musim’ , ‘bakul’ dan sebagainya. Kesan daripada masalah tersebut secara tidak langsung menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca sepenuhnya.
iii.
Ujian pra
Ujian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas. Setelah dianalisis keputusannya, majoriti murid-murid ini gagal menguasai kemahiran membaca peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK (rujuk Jadual 1). Jadual 1: Keputusan Ujian Pra Markah ( % )
Jumlah Murid
Peratus
10
12
55
20
3
14
30
5
23
40
1
4
50
1
4
60
0
0
4
70
0
0
80
0
0
90
0
0
100
0
0
Jumlah
22
100
Dapatan di atas menunjukkan: a
4 % murid berjaya mendapat markah > 50%
b
27% murid mendapat markah antara 30% - 40%
c
69% murid mendapat markah < 20%
Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapa pentingnya rawatan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, beberapa tindakan telah dilakukan bagi memulihkan murid-murid ini.
5.2
Rawatan
Tindakan awal yang dijalankan bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata kv dan kvk ialah dengan mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik darjah. Memandangkan kaedah lebih menjurus kepada kebolehan seseorang, maka ia amat sesuai digunakan untuk kumpulan sasaran.
5.2.1
Aktiviti Rawatan
i.
Stesen Bacaan
Pengkaji telah menyediakan ‘Stesen Bacaan’ di salah satu sudut di dalam kelas. Di stesen ini, disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti : a
Kad suku kata
b
Kad perkataan
c
Kad ayat
d
Carta cerita pendek ( Big Book )
5
Stesen ini diwujudkan bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang telah berjaya membaca bahan yang disediakan di stesen ini dengan lancar akan diberi hadiah.
Kaedah pembelajaran masteri telah dipilih memandangkan kumpulan sasaran merupakan golongan yang melakukan sesuatu mengikut minat. Dalam kaedah pembelajaran masteri, aspek utama yang diberi penekanan adalah pembelajaran mengikut kebolehan. Oleh itu, sekiranya kumpulan sasaran diberi tugasan yang mereka boleh lakukan mengikut kebolehan sedia ada, secara tidak langsung dapat menarik minat mereka terhadap proses P & P. Selain itu, pembelajaran masteri lebih memberi peluang individu itu untuk bertindak atas usaha sendiri tanpa arahan guru. Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Akhir sekali, dalam kaedah ini murid dapat beralih ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya pada tahap sebelumnya.
Stesen 1 Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan KV dan KVK seperti ‘bakul’ dan ‘jalan’. Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut. KAD SUKU KATA
ba
+
kul
ja
+
lan
= =
bakul jalan
6
la
+
wa
+
se
+
ko
+
tan lah
=
lawatan
=
sekolah
Tulisan berwarna di atas menunjukkan gabungan suku kata KV + KVK dan KV + KV + KVK.
ja
berwarna biru
lan
berwarna merah
Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Ia bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid membaca cepat .
Stesen 2
Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan KVK seperti:
KAD PERKATAAN
memasak tembikai
7
permata membaca
Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.
Stesen 3
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:
KAD AYAT
1. Ibu memasak nasi lemak di dapur.
2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.
3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan
4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan
8
Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah a
Pengukuhan
Pengkaji meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian murid dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan.Ini adalah sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya.
b
Pengayaan
Pengkaji meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi. Kemudian pengkaji bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat yang dibaca. Dengan demikian, murid dapat menguasai dua kemahiran serentak, iaitu membaca dan memahami teks bacaannya.
Stesen 4
Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti: a
Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada.
b.
Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.
c
Membandingkan persepsi
murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai
pengukuhan. d
Penilaian
5.3
Ujian Pos
Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah proses rawatan selesai dijalankan. Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan. Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan ada peningkatan berlaku walaupun tidak secara keseluruhannya (rujuk Jadual 2).
9
Jadual 2: Keputusan Ujian Pos Markah ( % )
Jumlah murid
Peratus
10
2
9
20
3
14
30
2
9
40
2
9
50
3
14
60
2
9
70
4
18
80
3
14
90
1
4
100
0
0
Jumlah
22
100
Dari dapatan di atas menunjukkan: a
59.4 % murid berjaya mendapat markah > 50%
b
18 % murid mendapat markah antara 30% - 40%
c
23% murid mendapat markah < 20%
Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran daripada kaedah yang dijalankan (rujuk Jadual 3 dan Rajah 1). Jadual 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Markah 10
% Pelajar ( Ujian Pra ) 55
% Pelajar ( Ujian Pos ) 9
20
14
14
30
23
9
40
4
9
50
4
14
10
60
0
9
70
0
18
80
0
14
90
0
4
100
0
0
100
100
BILANGAN MURID
PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POST 15 10
UJIAN PRA UJIAN POST
5 0 10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
MARKAH
Rajah 1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
6.
Kesimpulan
Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan kumpulan sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka. Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam proses P & P. Hasil dari ujian pos yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dapat menjelaskan bahawa kaedah pembelajaran adalah faktor penting untuk meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran. Kaedah Pembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji menampakkan hasil yang membanggakan.
11
Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dan secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka. Malahan semangat ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat mengagumkan. Perubahan sikap yang positif kepada kumpulan sasaran turut membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian, wujudlah suasana P & P yang lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih berminat untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa yang dipelajari. Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin berjaya telah wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini menggunakan masa terluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan .
7.
Cadangan Kajian Seterusnya
Pengkaji menyarankan bahawa murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.
12