Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9
ANALISA KELEMAHAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR UNISZA Noor Anida binti Awang1, Norhayati binti Che Hat2, Nurazan binti Mohmad Rouyan3 1,2,3
[email protected] Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Abstrak : Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis bahasa Arab seterusnya dapat difikirkan langkah penyelesaian terhadap masalah ini. Kajian ini dilakukan terhadap 20 orang pelajar diploma tahun pertama di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mengambil kursus al-Kitabah wa al-Ta’bir. Kajian ini menggunakan penulisan sampel dalam peperiksaan akhir yang bertajuk ‘Bahaya Merokok’ sebagai dapatan data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kelemahan utama pelajar dalam penulisan adalah melibatkan imlak dan ejaan, pemilihan partikel, penyesuaian gender, I’rab, penggunaan kata kerja, penggunaan idhofah, terpengaruh dengan terjemahan bahasa ibunda dan sebagainya. Di penghujung kertas kerja ini turut dibincangkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah kelemahan pelajar dalam menguasai penulisan dan beberapa cadangan penambahbaikan teknik pengajaran pensyarah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Kata Kunci: Kemahiran menulis, kelemahan, bahasa Arab, al-Kitabah wa al-Ta’bir PENDAHULUAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran terakhir yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Ini kerana kemahiran menulis memerlukan kepada keupayaan yang lebih mantap dalam menggayakan ayat yang boleh menggambarkan buah fikiran, perasaan dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran. Ia berada selepas kemahiran mendengar, bertutur dan membaca (Siti Fatimah, 2013). Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak (Kamarudin & Siti Hajar, 1997). Ciri-ciri tulisan Arab yang begitu unik sangat memerlukan setiap ejaan ditulis dengan tepat bukan sahaja pada bentuk huruf malah ketepatan juga perlu pada titik, simbol, syaddah dan lain-lainnya. Pelajar perlu menguasai kemahiran melakarkan huruf atau perkataan dengan cara yang betul. Sekiranya gagal, maklumat atau mesej yang hendak disampaikan tidak tepat, lari dari maksud dan tidak boleh difahami. Di samping itu, mereka mesti menguasai cara menulis perkataan yang telah dipersetujui oleh ahli bahasa, jika tidak sudah pasti penulisannya gagal untuk menjelaskan maksud yang sebenar. Mereka juga mesti mengetahui cara memilih perkataan yang betul dan menyusunnya menurut sistem yang tertentu supaya pembaca memahami idea yang ingin disampaikan (Hassan Shahatah, 1993). 1
PERMASALAHAN KAJIAN Kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar semakin hari semakin ketara dan meningkat (Mat Taib, 2006: Che Radiah, 2009) terutama kemahiran menulis. Masalah-masalah seperti ejaan yang tidak tepat, penggunaan kata kerja yang salah dan hilangnya hubungan antara kata dalam satu ayat adalah antara rungutan para pensyarah yang memeriksa kertas jawapan untuk soalansoalan yang melibatkan kemahiran menulis. Para pensyarah terpaksa berulangkali memeriksa dan meneliti kertas jawapan yang ditulis oleh pelajar dan ada yang terpaksa membuat kesimpulan sendiri untuk urusan pemarkahan. Kemahiran menulis pelajar berada ditahap yang kurang memuaskan walaupun pelajar telah mempelajari bahasa Arab lebih dari lima tahun sama ada bermula di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Apabila memasuki pembelajaran di peringkat institut pengajian tinggi didapati pelajar masih berada ditakuk lama sehinggakan ada sebilangan pelajar yang menunjukkan tahap penguasaan bahasa Arab yang sangat lemah seolah-olah mereka baru mengenali bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh pelajar peringkat diploma malah turut dialami oleh pelajar ijazah sarjana muda. Ini menimbulkan masalah yang agak serius dalam kalangan pelajar Melayu kerana penulisan menggunakan bahasa Arab bukan sahaja akan digunakan dalam kursus Bahasa Arab sahaja malah sebahagian besar akan digunapakai dalam kursuskursus lain yang menggunakan medium bahasa Arab. Kecekapan pelajar menulis dan mengarang amat mempengaruhi pencapaiannya dalam kursus-kursus tersebut. Di samping itu pelajar perlu sedar bahawa pada tahun akhir pengajian peringkat diploma mereka perlu menyiapkan sebuah penulisan ilmiah dengan menggunakan bahasa Arab. Oleh itu, pelajar perlu menguasai kemahiran menulis untuk mendapat peluang pendidikan yang lebih tinggi. Perkara yang membuatkan pelajar sukar menulis bahasa Arab ialah struktur ayatnya yang mempunyai kesetaraan antara frasa nama dan frasa kerja (Rosni, 2012). Selain itu, kelemahan lain pelajar dalam penulisan adalah melibatkan ejaan, pemilihan partikel, penyesuaian gender, I’rab, pengaruh dengan bahasa ibunda dan sebagainya. Kajian ini bukan sekadar menyatakan kesalahan pelajar sahaja, bahkan disertakan dengan analisa kesalahan pelajar dalam penulisan. Diharapkan agar kelemahan-kelemahan pelajar yang dikemukakan ini dapat diberi perhatian serius oleh semua pihak sama ada pelajar mahupun pensyarah agar kesalahan tersebut tidak diulangi pada masa akan datang.
METODOLOGI KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melibatkan seramai 20 orang pelajar diploma tahun pertama yang mengambil kursus al-Kitabah wa al-Ta’bir yang dipilih secara rawak. Bagi mendapatkan data kajian, kajian ini menggunakan penulisan sampel dalam peperiksaan akhir yang bertajuk ‘Bahaya Merokok’. Pemilihan ini dibuat kerana karangan yang ditulis oleh pelajar dalam peperiksaan akhir adalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran mereka tanpa ada sebarang bantuan dari mana-mana pihak sama ada pensyarah, buku-buku, kamus, rakan-rakan, internet dan sebagainya. ANALISIS DAPATAN Di sini dinyatakan beberapa contoh kesalahan beserta analisa pembetulan. Aspek Pertama: Imla’ atau Ejaan 1.
Ayat salah
:
نشاهد في التافذيون واالنترنت
Ayat betul
:
نشاهد في التلفزيون واإلنترنت
2
Analisa
:
التافذيونpenukaran huruf alif kepada laam اإلنترنتperlu ditulis hamzah di bawah alif
2.
3.
4.
5.
6.
Ayat salah
:
في السبوع القديم
Ayat betul
:
في األسبوع القديم
Analisa
:
السبوعpengguguran huruf hamzah selepas partikel ال
Ayat salah
:
زملتي فاطمة
Ayat betul
:
زميلتي فاطمة
Analisa
:
زملتيpengguguran huruf ya
Ayat salah
:
الدين النصحة
Ayat betul
:
الدين النصيحة
Analisa
:
النصيحةpengguguran huruf ya
Ayat salah
:
الن كما قال القدماء النظيفة من االيمان
Ayat betul
:
النظافة من االيمان:ألن كما قال الرسول صلى هللا عليه وسلم
Analisa
:
النظيفةpenukaran huruf ya kepada alif
Ayat salah
:
الصحة مهمة في حياة اإلنسان في كل الزمان والماكن
3
Ayat betul
:
الصحة مهمة في حياة اإلنسان في كل الزمان والمكان
Analisa
:
الماكنhuruf alif diletak bukan pada tempatnya
Ayat salah
:
بعد وصلنا
Ayat betul
:
بعد أن وصلنا
Analisa
:
Partikel nasb perlu dimasukkan menggunakan kata kerja selepas zarf
Ayat salah
:
يهتم الوالدين الدنيا من اآلخرة
Ayat betul
:
يهتم الوالدان بالدنيا من اآلخرة
Analisa
:
يهتمkata kerja yang memerlukan partikel Jarr selepasnya iaitu ب
Ayat salah
:
يجب على الوالدين أن يهتموا إلى أبنائهم
Ayat betul
:
يجب على الوالدين أن يهتما بأبنائهم
Analisa
:
يهتمkata kerja yang memerlukan partikel Jarr selepasnya iaitu ب
Aspek Kedua: Pemilihan Partikel 1.
2.
3.
apabila
Aspek Ketiga: Penyesuaian Gender Maskulin Dan Feminin 1.
Ayat salah
:
األسرة مهم في الحياة
Ayat betul
:
األسرة مهمة في الحياة
Analisa
:
مهمsubjek feminin memerlukan kepada predikat feminin
4
2.
3.
Ayat salah
:
البيئة مهم جدا في حياتنا
Ayat betul
:
البيئة مهمة جدا في حياتنا
Analisa
:
مهمsubjek feminin memerlukan kepada predikat feminin
Ayat salah
:
أسباب األول هذه المشكلة
Ayat betul
:
السبب األول لهذه المشكلة
Analisa
:
Sifat mausuf memerlukan keserasian antara gender, bilangan dan kata nama am atau khas
Aspek Keempat: I’rab ( Pengubah Fleksi) 1.
2.
Ayat salah
:
الوالدين نظر األبناء زمألهو
Ayat betul
:
الوالدان ينظران إلى أبنائهما كزمالئهما
Analisa
:
الوالدانsubjek berbentuk nominatif
Ayat salah
:
الجسم سأكون ضعف بسببه
Ayat betul
:
الجسم سيكون ضعيفا بسببه
Analisa
:
ضعيفاpredikat kepada kana wa akhawatuha berbentuk akusatif
Aspek Kelima: Penggunaan Kata Kerja 1.
Ayat salah
:
األبناء لم يحترم الوالدينهم
Ayat betul
:
األبناء لم يحترموا والدَيهم
Analisa
:
Subjek merupakan perkataan jamak maskulin, oleh itu predikat kata kerja yang digunakan mestilah disertai pelaku yang menunjukkan kepada jamak. Selain itu memandangkan kata kerja ini didahului oleh partikal jazm, maka perlu digugurkan nuun diakhirnya. 5
2.
3.
4.
5.
Ayat salah
:
نحن ترى الوالدين مشغولون بأعملهم
Ayat betul
:
نحن نرى الوالدين مشغولين بأعمالهم
Analisa
:
Subjek merupakan kata ganti nama jamak, oleh itu predikat kata kerja yang digunakan mestilah disertai pelaku yang menunjukkan kepada jamak yang sesuai dengan subjek.
Ayat salah
:
الجسم سأكون ضعف بسببه
Ayat betul
:
الجسم سيكون ضعيفا بسببه
Analisa
:
Subjek merupakan perkataan tunggal, oleh itu predikat kata kerja yang digunakan mestilah disertai pelaku yang menunjukkan kepada tunggal yang sesuai dengan subjek.
Ayat salah
:
!ال تدخين
Ayat betul
:
!ال تد ِّخن
Analisa
:
الmerupakan partikel nahy (larangan) perlu dihubungkan dengan kata kerja dalam keadaan jusif.
Ayat salah
:
هيا دعاء وذكر هللا ألن الدعاء كما الدواء للمشكلة
Ayat betul
:
هيا ندعو إلى هللا ألن الدعاء دواء لكل مشكلة
Analisa
:
دعاءdalam konteks ini kata nama tidak boleh diganti dengan kata kerja bagi menunjukkan perbuatan.
6
Aspek Keenam: Penggunaan Idhofah 1.
2.
3.
Ayat salah
:
لم يحافظ على الصحة الجسم
Ayat betul
:
لم يحافظ على صحة الجسم
Analisa
:
صحةperkataan mudhof tidak memerlukan kepada partikel ال
Ayat salah
:
يجب علينا بر الوالدان
Ayat betul
:
يجب علينا بر الوالدين
Analisa
:
الوالدينmudhof ilaih berbentuk genetif
Ayat salah
:
التدخين ظاهرة سيئة على صحة الجسم اإلنسان
Ayat betul
:
التدخين ظاهرة سيئة على صحة جسم اإلنسان
Analisa
:
جسمmudhof ilaih yang berfungsi sebagai mudhof dalam masa yang sama perlu digugurkan partikel ال.
Aspek Ketujuh: Terpengaruh Dengan Terjemahan Bahasa Ibunda 1.
2.
Ayat salah
: في هذا العصر أكثر من الوالدين مشغول دائما بأدائهم
Ayat betul
:
في هذا العصر معظم اآلباء مشغولون بأداء واجباتهم
Analisa
:
Terjemahan secara langsung dari bahasa ibunda tidak memberi makna yang tepat dalam bahasa Arab.
Ayat salah
:
ثم نذهب إلى سبب ثالثا
Ayat
:
ثم ننتقل إلى السبب الثالث 7
betul
3.
4.
5.
Analisa
:
Kesukaran memilih perkataan yang menepati ayat disebabkan keterbatasan maklumat pelajar tentang makna dan penggunaan yang tepat dalam ayat.
Ayat salah
:
إذا لو األب تدخين فابناء تدحين ايضا
Ayat betul
:
إذا كان األب يدخن فأبناءه سيدخنون كذلك
Analisa
:
Terjemahan secara langsung tanpa mengambil kira ketepatan dari segi tatabahasa, perkataan yang sesuai dan struktur ayat.
Ayat salah
:
لعل يتركهم التدخين
Ayat betul
:
لعلهم يتركون التدخين
Analisa
:
لعلperlu kepada kata nama yang menjadi isim baginya, manakala khabarnya mestilah sama dengan isim dari segi bilangan.
Ayat salah
:
ألن الصغار يحب األحادث
Ayat betul
:
ألن الصغار يحبون في تجربة كل ما هو جديد عليهم
Analisa
:
Terjemahan secara langsung tanpa mengambil kira ketepatan dari segi tatabahasa, perkataan yang sesuai dan struktur ayat.
PERBINCANGAN DAPATAN Hasil daripada analisis kesalahan pelajar, pengkaji dapat mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan kelemahan pelajar dalam penulisan Arab. Berdasarkan faktor tersebut, pengkaji menggariskan beberapa cadangan yang dirasakan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bagi mengatasi kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Arab.
Faktor-faktor kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis 8
Punca atau faktor yang menyebabkan berlaku fenomena kelemahan pelajar dalam penulisan bahasa Arab secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor pelajar itu sendiri dan faktor pensyarah. Menurut Ghazali Yusri, (2006) faktor kelemahan pelajar menguasai tulisan Arab boleh dilihat dari dua dimensi iaitu pertama, faktor teknikal tulisan itu sendiri dan kedua faktor sikap dan motivasi pelajar. Faktor pertama boleh diatasi dengan mengemukakan latihan-latihan yang bersesuaian dengan kesukaran yang dihadapi namun faktor kedua memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh kerana ia menyentuh perkara asas dalam pembelajaran iaitu sikap dan motivasi. Faktor utama kelemahan pelajar dalam penulisan Arab adalah disebabkan kecuaian pelajar sendiri. Ini dapat dilihat dari kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan antaranya ejaan, pemilihan partikel Jarr, perbezaan gender, I’rab dan juga penggunaan kata kerja. Pengkaji mendapati dalam sebuah karangan, pelajar menulis satu perkataan dengan ejaan yang salah dan ada ditulis dengan ejaan yang betul bagi perkataan tersebut. Ini bermakna bukanlah pelajar tidak tahu ejaan sebenar perkataan tersebut. Pemilihan partikel juga merupakan sesuatu yang penting dalam penulisan bahasa Arab mahupun pertuturan. Partikel yang dimaksudkan di sini apabila bersama kata kerja. Terdapat sesetengah kata kerja hanya akan menunjukkan makna yang sebenar apabila diletakkan partikel padanya. Sebagai contoh partikel Jarr. Menurut Che Radiah (2010), setiap partikel Jarr mewakili maknanya yang tersendiri dan kadangkala mempunyai banyak makna. Oleh itu manamana pelajar yang cenderung menterjemahkan unsur-unsur bahasa ibunda ke dalam bahasa Arab didapati sukar untuk menggunakan partikel yang tepat dalam bahasa Arab. Bahasa Arab merupakan bahasa yang cukup unik untuk difahami sehinggakan perbezaan gender turut diberi penekanan yang serius. Penggunaan perkataan berdasarkan gender maskulin dan feminin akan menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan oleh penulis. Kaedah asas berkaitan dengan gender adalah sekiranya perkataan berakhir dengan ta marbutoh maka perkataan tersebut adalah feminin. Oleh itu, di dalam membina ayat pelajar perlu memberi perhatian perkara ini agar ayat yang ditulis tidak menjadi janggal dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca. Sepanjang penelitian pengkaji terhadap skrip responden, penggunaan I’rab turut menjadi kelemahan pelajar di dalam tulisan mereka. Terdapat sebilangan besar pelajar yang kurang mengetahui penggunaan I’rab yang betul dalam ayat. Ini kerana salah satu faktornya I’rab tidak terdapat dalam bahasa ibunda. I’rab dalam bahasa Arab terbahagi kepada empat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hisham (1997) iaitu al-Raf’ (nominatif), al-Nasb (akusatif), al-Jarr (genetif) dan al-Jazm (jusif). Kesalahan memilih perkataan mengikut I’rabnya akan mencacatkan makna perkataan khasnya dan ayat secara keseluruhannya. Penggunaan kata kerja dalam bahasa Arab berkait rapat dengan masa atau kala (Wan Moharani & Muhammad Marwan, 2008). Selain daripada itu, apabila kata kerja ini diletakkan bersama kata ganti nama ia akan menunjukkan perubahan berdasarkan kalanya. Perkara ini yang perlu diberi perhatian yang serius oleh pelajar dalam sesuatu penulisan. Disamping itu, pengaruh bahasa ibunda juga antara punca kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis. Ini kerana terdapat beberapa elemen dalam bahasa Arab tidak terdapat dalam bahasa Melayu seperti I’rab, ayat kerjaan dan sebagainya. Oleh itu, keterbatasan maklumat antara kedua-dua bahasa tersebut turut menjadi punca kelemahan pelajar melakukan kesilapan di dalam penulisan mereka. Secara umumnya, bermula dari sepotong ayat yang pendek sehinggalah menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu, unsur keserasian bahasa perlu dititikberatkan. Ia merangkumi aspek gender, bilangan, kata nama am atau khas dan I’rab. Ini kerana tiadanya penjagaan bahasa dari sudut ini mengakibatkan sesuatu ayat menjadi salah dan maklumat tidak akan sampai kepada pembaca sebagaimana yang dikehendaki. Faktor seterusnya adalah kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran kemahiran menulis. Pengajaran pensyarah kurang memberi pendedahan tentang kemahiran, teknik dan strategi menulis dalam kelas menyebabkan pelajar kurang bersedia untuk menulis. Pernyataan kelemahan pengajaran guru dinyatakan oleh Roselan Baki (2003) iaitu kebanyakan guru pada umumnya masih kurang jelas tentang kandungan ilmu penulisan dan mereka menerapkan pengalaman 9
yang dialami ketika mempelajari penulisan di sekolah dahulu sebagai asas mengajar penulisan kepada pelajar. Pengkaji juga mendapati bahawa punca sesuatu kesilapan yang berlaku tidak terhad kepada satu atau dua faktor sahaja, tetapi boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain. Kekurangan masa untuk pelaksanaan aktiviti dan pensyarah tidak berkesempatan memberi bimbingan yang wajar juga antara faktor yang menyumbang kelemahan pelajar dalam penulisan Arab. Cadangan mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam penulisan Arab Dalam memperkatakan langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab, pengkaji berpendapat dua pihak menjadi fokus utama yang memainkan peranan ke arah penyelesaian masalah tersebut iaitu pensyarah dan pelajar. Hasil daripada pemerhatian pengkaji, beberapa cadangan yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah bagi membantu mengatasi masalah kelemahan pelajar, antaranya memperbanyakkan latih tubi. Ini bertujuan untuk membentuk satu tabiat bahasa dalam diri pelajar, kerana kadang-kadang pelajar bukan tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan, tetapi mereka lalai kerana belum terbentuk tabiat bahasa yang sebati dalam diri mereka (Mat Taib, 2006). Sokongan guru (scaffold) secara berperingkat, memberi respon terhadap kesalahan pelajar juga antara cadangan yang sewajarnya dilaksanakan oleh pensyarah. Pensyarah seharusnya perlu membimbing pelajar untuk menulis dan membetulkan kesalahan supaya pelajar dapat belajar daripada kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya. Pembetulan dan teguran yang dibuat sewajarnya dijadikan sebagai satu bentuk perangsang yang menggerakkan pelajar untuk terus melahirkan buah fikirannya dengan cara memberikan perhatian kepada unsur-unsur positif dalam topik yang ditulisnya (Khalid, 2003). Pensyarah sewajarnya menunjuk jalan penyelesaian dan elakkan memberi jawapan secara langsung. Pensyarah uga dicadangkan menerangkan kepada pelajar tentang punca berlaku sesuatu kesilapan dalam penulisan, bagaimana ia berlaku serta cara mengelakkannya daripada berlaku. Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di dalam kelas sahaja tetapi berlangsung sepanjang hidup. Pelajar tidak sepatutnya mengharapkan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Kemahiran menulis dapat dipraktikkan dengan membuat latihan menulis yang banyak. Latih tubi amat penting dalam proses pembelajaran bahasa untuk tujuan kefahaman dan pembentukan kebiasaan berbahasa. Pelajar digalakkan membaca teks atau karya-karya bahasa Arab yang pelbagai dan melatih diri menganalisis penulisan tersebut dari segi gaya dan penggunaan perkataan, di samping mencatat dan menghafal frasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam penulisan. Selain itu, pelajar perlu mempunyai sikap yang positif dan bermotivasi tinggi dalam mempelajari bahasa Arab serta melipatgandakan inisiatif sendiri bagi mengatasi kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran menulis. Pelajar perlu memberi perhatian kepada pembetulan, teguran dan panduan yang diberikan oleh pensyarah agar sebarang kesilapan yang dilakukan tidak berulang.
PENUTUP Kajian ini bukanlah bertujuan untuk mencari kesilapan pelajar dan memperbetulkannya semata-mata, malah memberi ruang dan peluang kepada pensyarah-pensyarah bahasa Arab memikirkan teknikteknik atau kaedah-kaedah yang lebih terkini dan praktikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab. Analisa kesilapan yang dilakukan ke atas penulisan pelajar sedikit sebanyak akan membawa perubahan dalam cara mengajar bahasa Arab khususnya yang berkaitan dengan penguasaan pelajar dalam aspek leksikal.
RUJUKAN Che Radiah Mezah. 2009. Kesilapan Leksikal dalam Pembelajaran Bahasa Arab. (Cetakan Pertama). Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 10
Che Radiah Mezah. 2010. Pengajaran Bahasa Arab Himpunan Pedoman buat Guru dan Bakal Guru. (Cetakan Pertama). Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Ghazali Yusri Bin Abd Rahman & Ahmad Bin Salleh. 2006. Kemahiran Menulis Tulisan Arab Kalangan Pelajar-Pelajar UiTM: Kelemahan Dan Cara Mengatasinya. Laporan Penyelidikan Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Di
Hassan Shahatah. 1993. Ta'lim al-Lughah al-'Arabiyyah bayn al-Nazariyyah wa al-Tatbiq. Kaherah: Dar al-Misrilyah al-Lubnaniryah. Ibn Hisham, Jamal al-Din ibn Yusuf. 1997. Sharh Qatr al—Nada wa ball al-Sada. Beirut: al-Ma’rifah.
Dar
Kamarudin Haji Husin & Siti Hajar Haji Abdul Aziz. 1997. Keterampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Khalid Ahmad Bani Omar. 2003. An-Nur Kaedah Pengajaran Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Khazri Osman & Ku Siti Esah Ku Ibrahim. 2012. Analisa Kesalahan Pelajar Dalam Penulisan Bahasa Arab: Kajian Kursus Maharat Al-Kitabah. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012. (PKEBAR’12) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 130-138. Mat Taib Pa. 2006. Dasar-dasar Umum Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. disunt: Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Roselan Baki. 2003. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Rosni bin Samah. 2012. Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah Agama. GEMA Online™ Journal of Language Studies . 12(2), 555-569. Siti Fatimah Saad. 2013. Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab di Peringkat Sekolah Rendah. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. Penang, Malaysia. 176-185. Wan Moharani dan Muhammad Marwan. (2008). Kajian Bandingan Ayat Namaan Bahasa Arab-Bahasa Melayu. (Cetakan Pertama). Negeri Sembilan: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
11