BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR
Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar
Guru perlu mengetahui faktor-faktor persekitaran fizikal dan sosial murid, psikologi dan pengalaman murid.
Kemahiran mendengar tidak diajar secara terpisah atau bersendirian. Sebaliknya kemahiran mendengar hendaklah diajar secara bergabungjalin dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu bertutur, membaca dan menulis.
Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah dipelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.
Guru perlu merancang pelbagai aktiviti kemahiran mendengar untuk mendorong murid menguasai kemahiran ini.
Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar
Guru perlu memandu dan melatih murid mendengar dengan betul dan aktiviti ini perlu dijalankan secara berterusan.
Memupuk keinginan mendengar dan mengajar tabiat mendengar yang baik.
Melatih mengesan dan menilai idea dan isi penting.
Melatih membuat ringkasan atau nota mengenai apa yang didengar, sama ada secara mental atau bertulis.
Selain menangkap fakta, idea, konsep dan maklumat (perkara yang ‘tersurat’) tentang apa yang dikatakan oleh seorang penutur, murid perlu juga diajar memahami sikap dan emosi seseorang dan maksud yang tersirat dalam sesuatu ucapan.
Mendengar Interaktif dan Tak Interaktif
Mendengar Interaktif
Mendengar Tak Interaktif
• Melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. • Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan. • Semasa aktiviti mendengar secara interaktif, seseorang boleh mencelah dengan mengemukakan soalan untuk mencari penjelasan, pengulangan atau mengucapkan semula. Pelajar akan berpeluang untuk mempraktikkan mendengar interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran ini.
• Pendengar tidak berpeluang untuk memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar. • Untuk mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik, pendengar perlu bersedia dengan situasi tersebut. • Pendengar tidak boleh mencelah dengan mengemukakan soalan atau untuk mendapatkan penjelasan. • Pendengar tidak berupaya mengambil bahagian dalam mewujudkan hubungan dua hala seperti mendengar kuliah, radio, menonton televisyen, filem atau siaran langsung.
Pendekatan Pengajaran Tiga Peringkat
Sebelum Mendengar Semasa Mendengar Diulang
Selepas Mendengar
Langkah 1: Sebelum Mendengar
Mengenal pasti tujuan mendengar – murid menentukan matlamat, merancang dan memberi tumpuan sejajar dengan matlamat.
Menggunakan pengetahuan sedia ada – membuat inferens dan ramalan.
Fokus kepada kosa kata dan perkataan penting – menggunakan klu konteks.
Memberi sinonim (sama maksud) atau antonim (maksud lawan) perkataan-perkataan yang di dengar.
Gunakan imaginasi – membentuk grafik atau gambar dalam minda semasa mendengar.
Kaitkan dengan pengalaman perbadi yang telah dilalui.
Langkah 2: Semasa-Mendengar
Menggunakan pengetahuan tatabahasa dan klu linguistic.
Memantau tumpuan mereka kepada apa yang didengar.
Bertanya diri sendiri jika yang didengar itu tepat.
Bertumpu kepada nada dan intonasi penutur.
Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami apa yang didengar.
Bertumpu kepada yang penting sahaja.
Membuat nota dengan tujuan meringkaskan maklumat yang didengar.
Menghuraikan apa yang didengar untuk memperkukuhkan kefahaman.
Langkah 3: Selepas Mendengar
Memastikan sama ada apa yang diramalkan adalah betul.
Meringkaskan maklumat yang didengar.
Menilai kejayaan.
Mencatatkan apa yang diingat.
Mengulang apa yang didengar.
Menyusun kosa kata baharu.
Menilai strategi mendengar yang digunakan.
Contoh: Penggunaan Pendekatan Tiga Peringkat
Contoh 1: Mengikuti Arahan
Pengenalan: Aktiviti ini mudah digunakan dan adalah sangat berkesan dalam pengajaran kemahiran mendengar..
Objectif: Murid mendengar dan mengikuti arahan yang diberi dengan terperinci.
Kata Kunci: mengikuti arahan, mendengar.
Bahan: sehalai kertas untuk murid dan pensel.
Rancangan Pelajaran: Aktiviti ini boleh digunakan bila-bila sahaja. Berikan setiap murid sehelai kertas dan beritahu mereka iaitu aktiviti yang mereka akan buat akan membuktikan sama ada mereka dapat mengikuti arahan yang disampaikan secara lisan. Beritahu mereka, iaitu guru akan membaca sesuatu arahan dan mengulangnya sekali sahaja. Oleh itu mereka hendaklah mendengar dengan teliti.
Guru Membaca Arahan-Arahan:1.
Tulis nama anda pada hujung kertas disebalah kanan.
2.
Pada garisan kedua tulis nombor 1 hingga 9, Pastikan anda mengadakan ruang di antara setiap nombor.
3.
Bulatkan nombor 6. Dan gariskan nombor 3.
4.
Lukis satu bintang di hujung kertas disebelah kiri.
5.
Gunakan pensel anda dan tebuk satu lubang ditengah-tengah kertas.
6.
Lukis bentuk hati menglilingi lubang tersebut.
7.
Pada garisan yang akhir tulis perkataan ini “Terima Kasih”
8.
Lipat kertas anda ditengah-tengah kertas sekali.
9.
Lukis satu bulatan ditengah-tengah lipatan tersebut.
Aktiviti adalah mudah dilaksanakan tetapi ia memerlukan murid memberi tumpuan sepenuhnya. Walau pun demikian ramai akan dapati aktiviti ini sukar. [sumber Gary Hopkins (2005). EducationWorld.com]
Contoh 2: Dialog
Bahan: Pita rakam Objektif: Murid akan dapat: - Menunjuk kefahaman tentang beberapa perkataan - Mendengar dan membuat nota - Menulis satu perenggan tentang topik dialog Langkah-Lankah Pelajaran: Aktiviti Sebelum Mendengar - Memperkenalkan topik dengan menunjukkan gambar di sebelah. - Kosa Kata Utama: memelihara, rumah sebelah. - Soalan: Cuba teka dialog ini berkenaan dengan apa.
HAIWAN Shalini: Kucing ini sangat comel. Siapakah yang punya kucing ini?.
Zalina: Ia kepunyaan Puan Rina. Dia tinggal di rumah sebelah. Dia mempunyai lebih kurang sepuluh ekor kucing. Shalini: Amboi, begitu banyak kucing. Sudah tentu dia penyayang haiwan. Zalina: Agaknya. Tanya Puan Rina. Shalini: Kamu tak suka kucingkah?
Aktiviti Semasa Mendengar: Murid mendengar dilaog dan semak sama ada tekaan mereka tepat. Murid mendengar dialog buat kali kedua dan jawab soalan: Siapakah mempunyai banyak kucing? Aktiviti Selapas Mendengar: Murid membincang tentang pengalaman mereka sendiri dengan haiwan perliharaan. Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah? Terangkan sedikit tentang haiwan peliharaan anda (jika ada). Apakah anda perlu buat untuk menjaga haiwan anda? Apakah jenis haiwan anda ingin pelihara? Mengapa? Adakah penting mempunyai haiwan peliharaan? Mengapa? Mengapakah tidak? Murid menulis satu perenggan tentang haiwan peliharaan. [Sumber: Julia Dobson (1994). Dialogs for everyday use. USIA. Washington.]
Contoh 3: Naratif Objektif: Diakhir pelajaran murid akan boleh: Meringkaskan naratif yang didengar Mengenal beberapa perkataan penting Memilih jawapan yang betul Menjawab secara lisan Bahan: Pita rakaman Kertas edaran Langkah-Langkah Pelajaran: Aktiviti Sebelum Mendengar: Persiapan sebelum aktiviti pendengaran
Perkataan penting ditulis pada papan tulis. Soalan-soalan diedarkan kepada murid-murid.
Transkrip:
En. Chong memandu bas pada hujung minggu dan cuti am. Dia bekerja sebagai pemandu bas secara separuh masa untuk sebuah syarikat bas besar di Kuala Lumpur. Pada hari biasa dia bekerja sebagai mekanik kereta. Dia bekerja separuh masa sebagai pemandu bas untuk mendapatkan lebih banyak wang kerana dia ingin untuk membeli sebuah rumah. Dia membawa pelancong melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.
Aktiviti Semasa Mendengar:
Murid mendengar naratif berkenaan En. Chong. Murid menjawab soalan-soalan berikut:
1. En. Chong ialah seorang ................................ a) pemandu teksi b) pemandu pelancong c) pemandu bas d) penjual kereta 2. En. Chong ingin membeli ................................ a) kereta b) kamera c) bas d) rumah 3. Ke manakah En. Chong membawa pelancong?
Aktiviti Selepas Mendengar:
Seorang murid berlakon sebagai pemandu bas. Murid-murid lain bertanya soalan-soalan seperti berikut: Siapakah nama kamu? Apakah pekerjaan kamu? Apakah yang kamu buat pada hujung minggu? Apakah yang kamu ingin beli? Siapakah yang menaiki bas kamu? [Sumber: Dean Curry (1994). East Does It. USIA. Washington. P.3]
Contoh 4: Mengesan Perkataan yang Berbunyi Hampir Sama Tujuan: Pelajar belajar mengenal perkataan yang mempunyai sebutan yang hampir sama.
Ayat Pemintal Lidah
pandang tandan depan padang
dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah
berat beras dua belas kilo
tulang temulang di atas belulang
Langkah-Langkah: Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi serta gambar-gambar.
Guru menyebut tiga perkataan berikut [DUKU, KUKU & BUKU] dan murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan.
Pemilihan Bahan Untuk Aktiviti Pendengaran Bahan yang Sesuai
Tahap Kepayahan yang Betul
Pemiliha n Bahan
Bahan Autentik
Bahan yang Boleh Menggembira kan
Bahan yang Sesuai
Penggunaan bahan pengajaran mewujudkan pemahaman bahasa.
Kesesuaian bahan banyak mempengaruhi sama ada kepada penutur mahupun pendengar. Bagi kebanyakan orang, cara termudah untuk memulakan penguasaan mendengar ialah dalam keadaan situasi mendengar interaktif bersemuka, sebab pendengar boleh secara bersungguh-sungguh menguasai pertuturan penutur. Jika pendengar tidak mempunyai peluang atau tidak selesa dengan cara itu, carilah bahan yang khusus disediakan untuk mengajar mendengar bagi tujuan pemahaman. Kini terdapat banyak bahan audio daripada internet. Juga alat perakam digital sungguh mudah digunakan untuk merakam suara guru.
sangat
penting
dalam
Bahan yang Boleh Menggembirakan (Didik Hibur)
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika bahan yang digunakan boleh menggembirakan pelajar.
Ini disebabkan manusia mendengar untuk tujuan mendapatkan maklumat dan hiburan.
Pilihlah bahan yang difikirkan akan memberikan maklumat serta dapat menghiburkan mereka.
Perhatian pelajar akan lebih baik dan ia mungkin akan lebih memahaminya dengan mudah.
Secara ringkasnya, jika pelajar meminati sukan, tontonlah rancangan sukan di televisyen atau mendengar laporan di media yang lain.
Tahap Kepayahan yang Betul
Dalam pembelajaran bahasa melalui kemahiran mendengar, bahan yang digunakan perlulah selaras dengan objektif pembelajaran serta tahap pembelajaran pelajar.
Jika penguasaan bahasa pelajar berada pada tahap permulaan atau pertengahan, pelajar digalakkan menggunakan bahan video terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan audio.
Tujuannya agar pelajar mendapat gambaran secara umum tajuk yang akan dipelajari.
Sementara bahan yang memasukkan bahan visual akan memudahkan pelajar mengikuti perkara yang diucapkan.
Bahan Autentik
Bahan autentik untuk kemahiran mendengar banyak terdapat di sekeliling kita, termasuklah program radio dan televisyen, syarahan, ucapan, filem, dan drama. Bahan tersebut senang diperoleh dan penutur boleh mendapatkannya dalam susunan yang senang kepada yang agak susah. Guru boleh memulakan pengajaran dengan menggunakan segmen televisyen yang pendek berdasarkan topik yang biasa didengar yang dibantu dengan visual. Kaedah ini akan menjadikan pertuturan lebih jelas dan dapat di sampaikan dengan berkesan. Contohnya penggunaan rakaman iklan, pengumuman, laporan cuaca, temu bual atau berita ringkas. Jika pelajar telah mahir, mereka boleh mendengar bahan yang lebih kompleks seperti kuliah, ucapan, diskusi profesional, filem, dan apa sahaja program radio atau televisyen.
Strategi Meningkatkan Kemahiran Mendengar
Sentiasa melihat ke arah guru semasa guru sedang mengajar.
Boleh memahami pengajaran guru walau pun tidak dapat melihatnya.
Boleh memahami pengajaran guru walau tanpa bantuan buku teks atau bahan lain.
Memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru hingga akhir.
Mengenal pasti isi-isi penting semasa pengajaran guru.
Menegur murid yang membuat bising semasa guru mengajar.
Cuba mengelak terganggu dengan bunyi-bunyi lain (seperti bunyi kereta, murid bermain di luar kelas).
Elak daripada mendengar secara sambil lewa.
Beri perhatian terhadap intonasi dan nada suara.
Fokuskan kepada kata tanya.
Menganggap perbualan sebagai relevan.
Perbualan Terlalu Cepat
Bertanya dan percakapannya.
nyatakan
yang
anda
Minta diulang.
Minta bercakap dengan perlahan sedikit.
Dapatkan penjelasan.
Menyebutkan semula frasa.
Mengulang ayat yang tidak difahami.
tidak
memahami