Science Education
76
Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik ‘Magnet’ Tong Li Xiang1 Chin Chee Keong2 1 SJK( C) Yoke Hua, Air Mawang 73100 Johol, Negeri Sembilan. 2 IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Email:
[email protected] Diterima untuk diterbitkan pada: 15 Ogos 2012 ABSTRAK Semasa pengajaran Sains Tahun 3, pengkaji mendapati sesetengah murid Tahun 3 ini menghadapi masalah dalam membezakan benda yang boleh ditarik oleh magnet dan benda yang tidak boleh ditarik oleh magnet. Di samping itu, sesetengah murid pula terlalu bergantung kepada guru semasa melakukan aktiviti atau eksperimen di dalam kelas. Pengkaji sedar bahawa pembelajaran yang melibatkan penglibatan murid secara aktif adalah lebih bermakna. Oleh demikian, pengkaji merancang satu projek kecil yang boleh dilaksanakan di dalam kelas demi membantu muridmurid membezakan bahan yang boleh ditarik oleh magnet dan bahan yang tidak dapat ditarik oleh magnet dengan betul. Tujuan pelaksanaan projek ini ialah menggalakkan murid menggunakan minda kreatif dan inovatif mereka untuk menghasilkan alat permainan yang menggunakan magnet .Pemerhatian pengkaji mendapati murid-murid Tahun 3 melibatkan diri secara aktif dalam projek ini. Di samping itu, interaksi antara murid dengan pengkaji sebagai fasilitator bertambah mesra. Ada juga bukti yang menunjukkan murid-murid mendapat kesan motivasi yang tinggi daripada projek ini. Oleh itu, kajian ini mengandungi ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme yang berpusatkan murid di mana muridmurid terlibat dengan aktif dan berdikari untuk menghasilkan alat permainan dengan menggunakan bahan buangan dan penglibatan guru adalah minimum sebagai fasilitator.
1.0
REFLEKSI PENGALAMAN MENGAJAR
Sepanjang tiga tahun mengajar subjek Sains di sekolah rendah, pengkaji mendapati bahawa murid-murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap subjek Sains berbanding dengan subjek lain. Namun, masih terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan dan ditambahbaikkan. Misalnya: Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
Science Education (a)
77
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai bukan sahaja menggugat keputusan pelajar malah menyebabkan mereka kehilangan minat terhadap subjek Sains. Sesetengah murid terlalu bergantung kepada guru, tidak berani mencuba dan berasa bosan kerana tidak mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Guru yang sentiasa menunjuk ajar, memberi nota dan membuat demonstrasi di depan murid –murid menyebabkan mereka tidak berfikir. Ini menyebabkan murid menjadi pasif dalam proses pembelajaran.
(b)
(c)
Pengkaji berpendapat seseorang murid menghafal fakta Sains adalah lebih senang tetapi mengajar seseorang berfikir adalah lebih mencabar. Oleh itu, seseorang guru Sains haruslah sentiasa melibatkan murid dalam aktiviti dan memberi peluang kepada mereka untuk melahirkan murid yang berkemampuan berfikir secara kreatif dan inovatif. 2.0
Fokus kajian
Kajian bertumpu pada usaha meningkatkan kemahiran murid menggunakan kreativiti mereka dalam penciptaan alat permainan magnet daripada bahan-bahan terbuang . Projek ini melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pembelajaran kerana proses mencipta alat mainan merupakan ‘aktiviti hands-on’ yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi Kumpulan sasaran kajian ini ialah lapan orang murid Tahun 3 SJK(C) Yoke Hua (sekolah kurang murid). 3.0
Objektif kajian
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk: (a) (b) (c) (d) 4.0 4.1
Mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam topik ‘Magnet’, Tahun 3 Mengurangkan masalah murid yang terlalu bergantung pada guru Meningkatkan memotivasikan murid dalam pembelajaran Sains. Mencungkil kreativiti dan bakat murid dalam bidang reka cipta
Pelaksanaan Kajian Prosedur i. Untuk melaksanakan projek ini, pengkaji memberi arahan kepada murid-murid Tahun 3 supaya mengumpul bahan-bahan terbuang seperti kotak, botol, minuman dan sebagainya di rumah masing-masing dalam masa dua minggu. ii. Pengkaji membahagikan lapan orang murid ini kepada dua kumpulan, iaitu empat orang dalam satu kumpulan. iii. Guru menunjukkan beberapa gambar bahan permainan magnet dengan bantuan powerpoint sebagai contoh bagi merangsangkan pemikiran kreatif murid. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
Science Education iv.
v. vi.
vii. viii.
ix.
x.
xi.
xii. xiii.
5.0
78
Selepas perbincangan dalam kumpulan masing-masing, murid-murid mulai merekacipta alat permainan magnet dengan bahan-bahan terbuang yang telah dikumpul. Guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing pelajar semasa membuat alat permainan magnet. Sekiranya murid-murid menghadapi masalah semasa melaksanakan projek, mereka haruslah berbincang sesama ahli kumpulan bagi menyelesaikan masalah itu. Murid-murid mempamerkan alat permainan yang telah mereka hasilkan dan membentangkan hasil kumpulan mereka . Murid-murid yang membentangkan hasil kumpulan akan memperkenalkan hasil ciptaan mereka, dan mendemonstrasikan cara penggunaan alat permainan magnet itu kepada kawan-kawan yang lain. Semua murid mengambil bahagian dalam sesi pembentangan.Mereka akan memain peranan sebagai saintis yang sedang memperkenalkan alat ciptaan yang canggih , manakala ahloi kumpulan lain turut mengambil bahagian sebagai wartawan kecil (mewawancara saintis )dan jurugambar (merekod video). Video yang direkodkan ini akan digunakan semasa sesi menyaksikan “wayang ”. Selepas menonton video , guru akan mengadakan sesi perbincangan supaya murid-murid memahami kekuatan dan kelemahan diri semasa berucap di khalayak ramai. Pertandingan kecil telah diadakan untuk memilih alat permainan magnet yang canggih .Kumpulan yang menang diberi hadiah kecil untuk memotivasikan murid-murid. Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan bahan-bahan yang ditarik dan tidak ditarik oleh magnet. Guru membuat kesimpulan bersama-sama dengan pelajar . Kini, masalah kekurangan tenaga kuasa dan masalah pencemaran udara disebabkan penggunaan bahan batu api sebagai penjana kuasa hangat diperkatakan. Sekiranya manusia dapat mencari sesuatu tenaga alternatif seperti tenaga magnet dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Selain itu, masalah kekurangan sumber tenaga juga dapat diselesaikan.
Dapatan Kajian
Hasil kajian adalah melalui pemerhatian pengkaji terhadap tingkah laku dan sikap murid semasa proses menghasilkan bahan mainan magnet. Alat mainan magnet yang dihasilkan oleh murid juga menjadi pengukur keberksanan kajian tindakan ini. 5.1
Masalah Murid Lemah
Masalah murid-murid yang tidak dapat membezakan bahan yang boleh ditarik dan bahan yang tidak boleh ditarik oleh magnet telah diselesai. Semasa projek ini dijalankan, magnet yang disediakan oleh pengkaji tidak mencukupi kerana murid-murid menghasilkan bahan mainan Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
Science Education
79
yang di luar jangkaan pengkaji. Pengkaji mendapati murid-murid telah menggunakan bahan magnet seperti paku, gunting, penyepit besi untuk menggantikan magnet yang diperlukan . Ini menunjukkan murid-murid telah memahami konsep magnet. 5.2
Penglibatan Murid
Sebelum projek ini dilaksanakan, penglibatan murid yang pasif dalam proses pembelajaran di dalam kelas amat merunsingkan pengkaji. Mereka kurang berminat, tidak berani mencuba dan terlalu bergantung kepada guru semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid juga tidak terlibat dalam proses berfikir dengan aktif. Mereka rajin berbincang dan mengeluarkan pendapat yang bernas semasa sesi perbincangan kumpulan. Mereka mengambil bahagian secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Segala kerja seperti menggunting, mewarna, menampal dilakukan oleh diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan guru. Sesetengah murid seperti JH dan VC menunjukkan ciri-ciri pemimpin. Mereka dapat mengagihkan kerja sesama ahli kumpulan secara rata supaya dapat menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan. Semasa sesi perbincangan dijalankan, pengkaji mendapati murid-murid dapat bertoleransi antara satu sama lain walaupun mempunyai idea yang berbeza. Mereka saling tolong-menolong sesama ahli kumpulan dalam sepanjang projek dilaksanakan. Murid –murid yang sentiasa malu dan tidak berani berucap telah diberi peluang membentangkan hasil kumpulan semasa sesi “ Saya Saintis Tekenal “. Setiap murid melibatkan diri secara aktif kerana memainkan peranan masing-masing dalam sesi pengambilan video seperti saintis, pembantu makmal, wartawan dan jurugambar. Murid-murid menumpukan perhatian yang sepenuh dalam sesi pembentangan. 5.3
Motivasi Murid
Semasa murid-murid melaksanakan projek ini, murid menunjukkan minat yang tinggi sepanjang proses pembelajaran. Nilai berdikari, berani mencuba dan bekerjasama telah berjaya diterapkan dalam diri mereka. Sesetengah murid masih memerlukan bimbingan guru semasa menjadi “saintis ” dan “wartawan”. Pembentangan murid direkodkan oleh rakan mereka sendiri di dalam kelas. Objektif kajian tindakan ini tercapai kerana murid-murid memberi perhatian semasa sesi pembentangan dan suasana pembelajaran yang berlangsung adalah menyeronokkan. Murid – murid yang pasif dan pemalu telah mengambil peluang ini untuk meningkatkan keyakinan diri . Sesetengah murid berbincang dengan pengkaji bahawa mereka ingin menjadi seorang saintis pada masa akan datang . Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
Science Education 5.4
80
Kreativiti dan Bakat Murid
Dalam perancangan aktiviti ini, pengkaji berharap setiap kumpulan dapat menghasilkan dua alat mainan magnet . Pada akhir kajian, murid-murid dapat menggunakan kreativiti mereka dan menunjukkan bakat mereka dalam bidang reka cipta. Jumlah hasil projek mereka ialah tujuh alat mainan magnet termasuklah: (a) 3 kapal kecil (b) 1 kereta (c) 1 keretapi (d) 1 ‘crane’ (e) 1 lori sampah (f) 1 stadium “ layang-layang”. Antara hasil reka cipta di atas, pengkaji amat tertarik pada kreativiti pelajar, JH yang menggunakan bahan-bahan buangan ini menghasilkan sebuah mesin pengangkat berat yang mempunyai gear di sisinya. Magnet dapat diturunkan ke bawah dan ditarik ke atas dengan memusing gear. Kreativiti murid-murid ini tidak boleh dipandang rendah . Sekiranya kita sebagai pendidik , sanggup memberi peluang kepada mereka, bakat mereka akan terserlah. 6.0
Refleksi Kajian
Secara keseluruhannya, pengkaji amat berpuas hati dengan kesan positif yang dibawa oleh Projek Mereka Cipta Alat Permainan Magnet ini. Pendekatan Konstruktivisme ini telah melibatakan pelajar secara aktif dalam proses P&P. Di samping mengajar murid-murid memahami konsep magnet , pengkaji juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, yakin pada diri sendiri dan bertanggungjawab . Murid-murid juga dapat memahami nilai cinta kepada alam sekitar dan mempraktikkannya dalam amalan hidup. Pengkaji berpuas hati kerana aktiviti “hands-on” telah mencapai objektifnya. Murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan. Disebabkan murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengaplikasikannya dalam semua situasi. Selain itu segala konsep dapat diingati sebagai ingatan kekal/ingatan jangka panjang kerana mereka memainkan peranan masing-masing dalam aktiviti mereka cipta alat mainan magnet.
Lampiran Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
Science Education
Gambar Projek Mereka Cipta Alat Permainan Magnet
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
81
Science Education
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
82
Science Education Pelajar membuat persediaan semasa melaksanakan projek .
Hasil kerja murid yang belum sempat disiapkan disimpan di dalam bilik computer.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
83
Science Education
Pelajar cuba menarik benda yang berat dengan menggunakan alat permainan magnet mereka .
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
84
Science Education
Murid –murid sedang menarik benda yang berat dengan menggunakan alat permainan magnetnya.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
85
Science Education Alat permainan magnet yang berbentuk kereta apai . Kereta magnet ini bergerak dengan Daya tarikan magnet . Ini dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ,
Pelajar gembira dengan alat permainan magnet (laying-layang ).
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
86
Science Education
Jin Hui sedang “memandu “kereta sampah ”.
Vincent kelihatan begitu gembira dengan “dragon boat”nya. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
87
Science Education
Kapal layar yang menngunakan daya tarikan magnet sebagai tenaga kuasanya.
Ahli Kumpulan Arnab: Vincent Tam , Chin Pak Yu , Ng Choon Fei dan Aina Ching (cuti Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
88
Science Education sakit )
Ahli kumpulan “Tiger”:Kesavan ,Lee Mei Shin , Yap Jun Wey , Thoo Jin Hui Pelajar Tahun 3 mengambil gambar bersama-sama.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
89
Science Education
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
90
Science Education
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012
91