Bacaan
BAHAGIAN A
BACAAN LANTANG 20 MARKAH
PENERANGAN Calon membaca teks dengan gaya dan intonasi yang betul mengikut modus (mood) jalan cerita. Calon perlu membaca dengan menggunakan bahasa Melayu baku. Penilaian dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut: PERKARA
PENJELASAN
Sebutan
❑ Sebutan yang betul, mengikut ejaan. ❑ Sebutan mesti di dalam bahasa baku. (Harap rujuk perkara #8.)
Kejelasan
❑ Pastikan setiap perkataan disebut dengan jelas. ❑ Jangan timbulkan sebarang keraguan kepada pemeriksa.
Kelancaran
❑ Bacaan perlu disertakan dengan jeda (pause) yang bersesuaian. ❑ Patuhi tanda baca.
Gaya
❑ Pamerkan perbezaan di antara watak di dalam teks. ❑ Kamu tidak perlu menukar suara. Hanya tukarkan nada (pitch/tone). ❑ Ikut perasaan penutur dialog di dalam teks.
1.
Baca senyap sekurang-kurangnya empat kali. Ini membantu mengurangkan kesilapan membaca dan mempertingkatkan kelancaran.
2.
Turunkan nada suara pada hujung ayat. Tinggikan nada suara pada hujung sesebuah soalan.
3.
Pastikan benar-benar selesa sebelum mula membaca. Letakkan kertas di atas meja.
4.
Baca dengan suara yang kuat supaya pemeriksa dapat mendengar.
5.
Baca dengan lancar, dengan jeda pada tempat-tempat yang sesuai dan tanpa ragu-ragu.
6.
Ubah nada suara ketika membaca dialog. Nampakkan perbezaan bacaan dialog mengikut perasaan watak. Calon tidak perlu menukar suara mengikut jantina watak.
7.
Sebut perkataan-perkataan dengan jelas. Berikan tumpuan pada penghujung perkataan. Jangan menokok tambah atau mengurangkan sebutan. Baca mengikut ejaan.
1 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010
nasi
nasik
pantun
panton
Nasir
BUKAN
Naser
ibu
ibuk
mudah
muda
u-ni-ver-si-ti
yu-ni-ver-si-ti
u-nik
yu-nik
pi-za
BUKAN
piz-za
bur-ger
ber-ger
hams-ter
hems-ter
Pengecualian diberikan bagi Kata Nama Khas, seperti contoh-contoh berikut. London
lon-don
California
ca-li-for-ni-a
England
eng-lan
Manchester United
man-ces-ter u-ni-ted
Malaysia
ma-lai-siya
8.
Baca dengan tenang. Jangan kelam-kabut.
9.
Jika tersilap dalam pembacaan, ulangi pembacaan tersebut.
2 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010
Mengikut sebutan asal BUKAN
10.
Bagi perkataan yang sukar disebut, tentukan satu cara sebutan, dan kekalkan sebutan tersebut di sepanjang pembacaan. Contoh-contoh adalah seperti berikut:
Perkataan Ezlink
Sebutan (kemungkinan) i-zi ling i-zed lin ez-ling
fesyen
fair-shern fair-shane
moden
more-dern more-than
sistem
sis-term sis-tamp
Saranan
Tentukan satu cara sebutan. Kekalkan sebutan tersebut di sepanjang pembacaan. Jangan mengubah-ubah sebutan.
11.
Jangan menuding perkataan yang dibaca. Membaca perkataan demi perkataan menghilangkan pengertian dalam teks.
12.
Jika perlu menjejak pembacaan, letakkan jari di hujung kertas dan lungsurkan ke bawah.
Untuk mendapatkan markah yang baik, latihan membaca perlu dijalankan dengan tekun.
3 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010
RUBRIK BAHAGIAN A
BACAAN 20 MARKAH
Jalur Pencapaian
Sebutan dan Kejelasan
Kelancaran dan Gaya
Band 1
Sebutan sentiasa baik dan jelas.
❑ Amat lancar. ❑ Jeda dan rentak sesuai dan tidak teragak-agak. ❑ Variasi nada sesuai.
Band 2
❑ Sebutan jelas. ❑ Terdapat sedikit kesilapan..
❑ Bacaan lancar. ❑ Pada umumnya jeda dan rentak sesuai dan hampir tidak teragak-agak. ❑ Pada umumnya variasi nada sesuai.
Band 3
❑ Pada umumnya sebutan jelas. ❑ Terdapat banyak kesilapan.
❑ Pada umumnya, bacaan lancar. ❑ Pada umumnya, jeda dan rentak sesuai tetapi teragak-agak sedikit. ❑ Variasi nada memuaskan.
Band 4
❑ Sebutan agak sukar difahami. ❑ Banyak kesilapan yang ketara.
❑ Pada umunya, bacaan teragak-agak. ❑ Jeda dan rentak tidak sesuai. ❑ Sedikit variasi nada.
Band 5
❑ Sebutan tidak jelas. ❑ Kebanyakan perkataan disalah sebut.
❑ Bacaan teragak-agak dan banyak perkataan tidak dibaca. ❑ Jeda dan rentak tidak sesuai. ❑ Tiada variasi nada.
4 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010
Unit Bahasa Melayu Jabatan Bahasa Ibunda Sekolah Rendah Griffiths Petikan 1
NOTA PENTING ❑ ❑ ❑ ❑
Baku. Sebut mengikut ejaan kecuali Kata Nama Khas. Awasi penghujung perkataan. Variasi nada.
Basir dan Nasir ialah sepasang kembar daripada keluarga yang agak berada. Mereka berdua disekolahkan di salah sebuah sekolah yang elit di Singapura. Mereka hanya memiliki dua persamaan yang tidak dapat disangkal. Keduaduanya mempunyai raut wajah yang salin tidak tumpah.
Mereka juga pandai dalam pelajaran.
Namun mereka
mempunyai minat yang sangat berbeza! Sebagai contoh, Basir gemar makan mi goreng. Nasir pula lebih menggemari nasi lemak. Basir lebih condong akan permainan yang lasak seperti bola sepak. Nasir pula lebih selesa dengan sofwe dan permainan komputer terbaru. Kawan-kawan serta guru-guru mereka sering hairan akan perbezaan ini. Pernah suatu hari, mereka terdengar Basir bercakap dengan ibu mereka, “Ibu, bolehkah kita pergi ke pantai Changi pada hari Ahad ini?” Nasir pula berkata, “Tidak mahulah, Mak! Pantai East Coast lebih menyeronokkan!” Kawan-kawan yang berhampiran saling berpandangan. Eh, panggilan untuk ibu mereka pun berbeza!
5 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010
Unit Bahasa Melayu Jabatan Bahasa Ibunda Sekolah Rendah Griffiths Petikan 2
NOTA PENTING ❑ ❑ ❑ ❑
Baku. Sebut mengikut ejaan kecuali Kata Nama Khas. Awasi penghujung perkataan. Variasi nada.
Pak Haron memang gemar berpantun. Kehebatannya dikenali di seluruh Melaka. Orang kampung cukup kenal akan Pak Haron Pantun. Malah, seluruh Malaysia tahu siapa dia Pak Haron Pantun. Tidak setakat itu, pelancong dari Australia pun pernah dengar nama Pak Haron Pantun! Kelebihannya berpantun secara spontan ini merupakan satu warisan daripada Allahyarham moyangnya. Pak Haron mula berpantun pada usia lapan tahun. Waktu itu, dia mengalahkan pemantun-pemantun veteran di salah sebuah majlis persandingan. Semenjak hari itu, kehadiran Pak Haron sering dinanti-nantikan di majlis-majlis keramaian. Ini kerana, selain berpantun, Pak Haron juga pandai menggiat orang. Semua tetamu tidak kering gusi mendengarkan pantun-pantun Pak Haron. Salah sebuah dokumentari yang dirakamkan sebuah syarikat dari Australia pernah memaparkan kisah Pak Haron. Selain menjadikan Pak Haron seorang selebriti, Pak Haron turut memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat asing. ”Apakah rahsia di sebalik kehebatan Pak Haron? Adakah Pak Haron mengamalkan petua? Saya pasti, ramai orang ingin tahu,” kata wartawan hiburan ketika menemuramah Pak Haron Pantun. Pak Haron menjawab secara berseloroh, ”Eh, janganlah tidak tahu malu! Mengapakah ditanya soalan begitu? Kalau satu dunia sudah tahu, habislah periuk nasi aku!”
6 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010