Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9
PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM Mohd Zahimie Mohd Dzahid1, Hakim Zainal2
[email protected] 1
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka 2 Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM
Abstrsk : Pelajar yang mempelajari bahasa Arab perlu menguasai beberapa kemahiran bahasa tersebut, antaranya ialah kemahiran membaca. Pelajar bukan penutur bahasa Arab seperti di Malaysia- mungkin menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran ini. Namun, adakah pengalaman kebanyakan mereka yang pernah mempelajari al-Quran ini dapat mempengaruhi kemahiran mereka membaca teks Arab? Justeru, kajian ini bertujuan melihat sejauhmana kelancaran membaca al-Quran boleh mempengaruhi kelancaran pelajar membaca teks Arab. Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dan dan ujian kelancaran. Seramai 30 orang respondan dipilih secara rawak kalangan pelajar daripada Diploma Kaunseling, Kolej Universiti Islam Melaka, semester 1sesi 2014/2015, yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Dua ujian kelancaran akan dijalankan iaitu ujian kelancaran membaca al-Quran dan ujian kelancaran membaca teks Arab berdasarkan kelancaran, sebutan dan makhraj huruf serta tajwid. PENDAHULUAN. Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Tujuan alQuran diturunkan sebagai rujukan dan panduan hidup(perlembagaan hidup) kepada semua umat manusia terutama umat Islam. Oleh itu kemahiran membaca al-Quran merupakan suatu ilmu yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam kerana membolehkan umat Islam memahami isi kandungan al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Penurunan al-Quran di dalam bahasa arab merupakan satu keistimewaan yang dikurniakan kepada bangsa arab. Secara tidak langsung keindahan bahasa al-Quran ini membuatkan bahasa arab menjadi satu bahasa yang amat istimewa khususnya di kalangan umat Islam.Kesannya, hingga kini bahasa arab menjadi salah satu bahasa utama dunia dengan 1
memiliki jutaan para penutur. Tambahan pula hampir semua penulisan dan rujukan ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang terdapat dalam bahasa arab. Mempelajari bahasa Arab merupakan satu kewajipan kepada orang Islam (al-Suyuti, t.t). Perkara ini yang ditegaskan oleh Imam al-Suyuti kerana hampir kebanyakan sumber agama Islam dalam bahasa Arab. Selain itu, ia menjadi kegunaan rasmi dalam ibadat umat Islam seperti solat, doa, zikir, selawat, tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa Arab sangat penting untuk dipelajari supaya dapat lebih memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Menurut Rosni (2009), pengajaran bahasa Arab untuk tujuan komunikasi hendaklah diutamakan dari sudut kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sarjana Arab membincangkan pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran kemahiran bahasa Arab kepada pelajar bukan penutur jati. PENYATAAN MASALAH Antara Objektif pembelajaran bahasa Arab di Malaysia secara umumnya ialah dapat membaca dengan lancar dan memahami bahan bacaan. Namun begitu, hasil pemerhatian mendapati kebanyakkan pelajar-pelajar tidak dapat membaca teks Arab dengan lancar walaupun teks tersebut merupakan teks yang mudah, ringkas dan mempunyai berbaris. Tambahan pula, walaupun dibantu pensyarah iaitu pensyarah membacakan teks dan diikuti oleh para pelajar, masih terdapat lagi pelajar yang tidak dapat membaca dengan lancar. Hasil temubual ringkas pengkaji dengan sebahagian para pelajar dan pensyarah bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) mendapati pelajar yang tidak mampu membaca teks Arab dengan lancar pada masa yang sama juga tidak lancar membaca alQuran. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat perlu dijalankan suatu ujian untuk membuktikan penyataan tersebut. Kajian tersebut akan cuba mengesahkan korelasi pengaruh kelancaran membaca alQuran terhadap kelancaran membaca teks Arab. MATLAMAT KAJIAN Matlamat utama kajian ini untuk mengetahui korelasi antara pengaruh kelancaran membaca Al-Quran terhadap kelancaran membaca teks Arab. Objektif Kajian. Objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenal pasti tahap kelancaran bacaan Al-Quran pelajar-pelajar KUIM. 2. Mengenal pasti tahap kelancaran bacaan pelajar-pelajar KUIM terhadap teks Arab.
2
3. Mengetahui hubungan kelancaran membaca Al-Quran pelajar-pelajar KUIM dengan kelancaran membaca teks Arab.
Kerangka Konseptual Secara konsepnya kajian ini menilai tahap kelancaran membaca Al-Quran terhadap kelancaran membaca teks Arab. Ini dijelaskan lagi di dalam kerangka yang ditunjukkan di dalam rajah berikut:
PELAJAR KUIM
Ujian kelancaran membaca teks Arab
Ujian kelancaran membaca al-Quran
Ada Hubungan Antara Kelancaran membaca al-Quran dengan kelancaran membaca teks Arab
Kepentingan Kajian Berdasarkan tinjauan pengkaji terhadap kajian-kajian lepas, tidak terdapat kajian yang membincangkan secara terperinci terhadap hubungan kelancaran membaca teks Arab di kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang merupakan salah satu kolej universiti yang menawarkan tempat kepada pelajar pelbagai latar belakang. Pengkaji berharap kajian ini dapat menghasilkan natijah yang baik untuk diberiperhatian yang serius oleh semua pihak, antaranya : 1. Para pelajar supaya mereka mengetahui kepentingan dan peranan al-Quran dalam penguasaan bahasa Arab
3
2. Para pengajar bahasa Arab agar mereka dapat mengaplikasikan al-Quran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. 3. Panggubal silibus agar mereka dapat menjadikan al-Quran sebagai sumber modul dalam penyediaan buku teks bahasa Arab. 4. Masyarakat Islam agar mereka menyedari hubungan yang erat antara bahasa Arab dengan al-Quran. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan lapangan dengan menggunakan metode kuantitatif. Penyelidikan ini menggunakan instrumen kajian berbentuk soal selidik serta ujian kelancaran. Maklumat serta jawapan pelajar akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Metodologi ini melibatkan tiga elemen penting iaitu alat kajian, responden dan prosedur. Pengumpulan data dilakukan dengan secara: (a) Soal selidik i.
Soal selidik ini mengandungi maklumat demografi pelajar seperti umur, jantina dan mempunyai asas bahasa Arab.
(b) Ujian kelancaran mengandungi dua ujian; yang pertama ujian membaca al-Quran. Kedua ujian membaca teks Arab. Tahap kelancaran membaca teks al- Quran akan diukur berdasarkan beberapa item iaitu: i.
Kelancaran
ii.
Sebutan dan makhraj huruf
iii.
Tajwid.
Tahap kelancaran membaca teks Arab pula akan diukur berdasarkan beberapa item iaitu: i.
Kelancaran
ii.
Sebutan dan makhraj huruf
iii.
Tandan baca dan baris harakat perkataan.
PENUTUP Diharap melalui kajian ini dapat dilihat sejauh mana kelancaran membaca al-Quran itu mempengaruhi kelancaran membaca teks Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur bahasa Arab ini.
4
RUJUKAN Ahmad Sunawari Long, 2011. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajaran Islam. Bangi: Gema Alam. Azhar bin Muhammad, 2005. Beberapa Aspek Keunikan Dan Keistimewaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Al-Quran. UTM: Jurnal Teknologi. Aziyun Othman, 2012.Penulisan Huruf Hamzah Dalam Kalangan Murid dan Guru Bahasa Arab: Satu Tinjauan. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Bailey, K.D. 1992. Kaedah Penyelidikan Sosial. Terjemahan: Hashim Awang. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fahim Mustafa, 2001. Mushkilat al-Qiraah mina al-Tufulah ila al- Murahiqah at- Taskhis wal `laj. Kaherah: Dar al-Fikr Arabi. Kamarul Shukri Mat Teh, 2009. Penggunaan Stretagi Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Bangi. Haji Maimun Aqsha Lubis, (t.t). Keunggulan Kaedah Elektik Sistematik Dalam Pengejaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Kepada Pelajar Melayu. Mastura binti Arshad dan Kaseh binti Abu Bakar, 2012. Penggunaan Strategi Pembelajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab: Kajian di Pusat Asasi UIAM. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Mustapha, 1996. Bahasa Dalam Ketamadunan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn: 58-59. Noorhayati bin Hashim, 2009.Keberkesanan Kaedah Noor Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Nahu Bahasa Arab. Bangi. Sabri bin Ahmad Zabidi, 2010.Penguasaan Membaca Teks Arab di Kalangan Guru Pelatih. Kuala Lumpur. Al- Suyuti, Abd. Al-Rahman Jalaluddin. t.t. al-Muzhir fi ulum al-lughah wa anwa`uha. Syarah: al- Mawla et. al. Juz. 1. Beirut: Dar. Al-Jail. Wan Azura, Lubna, Fazullah, t.t. Pembelajaran bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM): Tinjauan Kecenderungan Pelajar. Yahya Othman, 2008. Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Universiti Putra Malaysia. Zamri bin Rajab, Mohd Yusri bin Mustafa, Mohammad Kamil bin Jaafar, t.t. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berbantukan Gaya Syahid Al-Quran(GSQ)
5