Manual Pengguna Calon Persendirian - MUET Merangkumi pendaftaran pengguna portal dan pendaftaran MUET bagi pengguna Sistem e-Servis Majlis Peperikasaan Malaysia (e-MESP) untuk calon persendirian (Calon 3) Majlis Peperiksaan Malaysia 5/7/2014
Kandungan Pengenalan ...................................................................................................................... 2 1.
Laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia ................................................................... 2
2.
Portal e-Servis Majlis Peperiksaan Malaysia ....................................................................... 3
3.
Paparan utama log masuk dan daftar penguna calon persendirian ..................................... 4
Pendaftaran penguna Portal e-Servis Majlis Peperiksaan Malaysia (MeSP) ....................... 5 1.
Paparan utama log masuk dan daftar penguna calon persendirian ..................................... 5
2.
Borang pendaftaran penguna calon persendirian ............................................................... 6
3.
Daftar soalan peringatan ................................................................................................... 7
4.
Paparan dashboard Portal e-Service Majlis Peperiksaan Malaysia....................................... 7
Log masuk pengguna berdaftar Portal e-Servis Majlis Peperiksaan Malaysia .................... 8 1.
Log masuk bagi penguna berdaftar .................................................................................... 8
2.
Paparan dashboard Portal e-Service Majlis Peperiksaan Malaysia....................................... 9
Pendaftaran Malaysian University English Test (MUET) ................................................... 10 1.
Paparan dashboard Portal e-Service Majlis Peperiksaan Malaysia..................................... 10
2.
Tab panel peperiksaan..................................................................................................... 10
3.
Menu pendaftaran peperiksaan ....................................................................................... 11
4.
Paparan skrin pendaftaran calon persendirian ................................................................. 11
5.
Paparan skrin No. Pin MEC .............................................................................................. 12
6.
Paparan skrin kemasukan maklumat calon....................................................................... 12
7.
Paparan skrin maklumat calon ......................................................................................... 13
Pengenalan 1. Laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia
Log masuk melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my Sekiranya ingin mengakses portal MeSP sila klik pada logo imej log masuk MeSP.
2. Portal e-Servis Majlis Peperiksaan Malaysia
Klik pada jenis penguna portal yang ingin digunakan.
3. Paparan utama log masuk dan daftar penguna calon persendirian
Skrin log masuk dan daftar akan terpapar setelah penguna memilih bagi calon persendirian
Pendaftaran penguna Portal e-Servis Majlis Peperiksaan Malaysia (MeSP) 1. Paparan utama log masuk dan daftar penguna calon persendirian
PERINGATAN : Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal. Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
2. Borang pendaftaran penguna calon persendirian
Pilih jenis pengenalan diri. Contoh: Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis, Pasport atau Sijil Kelahiran Isikan no kad pengenalan diri (No Kad Pengenalan Baru, tentera, polis, pasport atau sijil kelahiran) Isikan nama penuh seperti di dalam sijil pengenalan diri Isikan e-mail yang sah bagi memudahkan pengurusan akaun portal Kata laluan (Maksimum 8 askara sahaja) Klik butang simpan sekiranya telah mengisi kesemua maklumat.
3. Daftar soalan peringatan
Sila isikan soalan peringatan bagi log masuk kali pertama ke dalam portal.
4. Paparan dashboard Portal e-Service Majlis Peperiksaan Malaysia
Dashboard bagi penguna portal akan terpapar. Menunjukan bahawa proses pendaftaran penguna portal berjaya.
Log masuk pengguna berdaftar Portal e-Servis Majlis Peperiksaan Malaysia 1. Log masuk bagi penguna berdaftar
Masukkan nombor kad pengenalan sebagai pengguna ID berserta simbol ‘-‘ Masukkan kata laluan akaun portal Klik butang ‘Log Masuk’
2. Paparan dashboard Portal e-Service Majlis Peperiksaan Malaysia
Dashboard portal MeSP di paparkan setelah log masuk berjaya
Pendaftaran Malaysian University English Test (MUET) 1. Paparan dashboard Portal e-Service Majlis Peperiksaan Malaysia
Paparan dashboard portal setelah berjaya log masuk
2. Tab panel peperiksaan
Klik pada tab panel ‘Peperiksaan’
3. Menu pendaftaran peperiksaan
Klik pada menu Pendaftaran >> Pendaftaran Calon Persendirian
4. Paparan skrin pendaftaran calon persendirian
Skrin pendaftaran MUET dan STPM akan dipaparkan Klik pada ikon imej ‘Pendaftaran MUET’
5. Paparan skrin No. Pin MEC
Masukkan no pin yang telah dibeli di cawangan BSN mengikut jenis peperiksaan Klik butang ‘Teruskan’ sekiranya telah mengisi no. Pin yang sah
6. Paparan skrin kemasukan maklumat calon
Masukkan segala maklumat yang diperlukan Pusat bagi menduduki ujian adalah berdasarkan kekosongan pada pusat berkenaan Tekan butang ‘Simpan’ sekiranya telah mengisi kesemua maklumat yang diperlukan
7. Paparan skrin maklumat calon
Skrin maklumat calon akan dipaparkan sekiranya kemasukan maklumat berjaya Klik ‘Kemaskini’ sekiranya ingin membaiki maklumat sebelum ini Klik ‘Cetak Slip Pendaftaran’ sekiranya berpuas hati dengan maklumat. Slip perlu dicetak dan disimpan ia akan digunakan bagi rujukan dari masa ke semasa kelak.