MUET/D1(PT)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011
UNTUK JABATAN PELAJARAN NEGERI/ PEJABAT PELAJARAN DAERAH/ SEKOLAH/INSTITUSI
DIKELUARKAN OLEH MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA BANDAR BARU SELAYANG TARIKH KEMASKINI: 20 Ogos 2010
KANDUNGAN
BIL.
PERKARA
HALAMAN
1.
Tarikh -Tarikh Penting Pendaftaran Calon MUET Pertengahan Tahun 2011
3
2
Syarat Kelayakan untuk Menduduki MUET
5
3.
Cara Pendaftaran Calon MUET
5
4.
Bayaran untuk Menduduki Ujian
6
5.
Angka Giliran Calon
6
6.
Slip Pendaftaran Calon (MUET/PP)
7
7.
Slip Daftar MUET (MUET/D)
7
8.
Pusat Ujian
7
9.
Senarai Pengawasan Pusat Ujian
8
10.
Permohonan Menumpang Pusat Ujian
8
11.
Calon Menarik Diri (MUET/C4) dan Menangguh untuk Menduduki Ujian
8
12.
Maklumat Calon Kurang Upaya Dari Segi Penglihatan (Buta)
9
13.
Maklumat Calon Istimewa Dari Segi Penglihatan(Rabun), Anggota/Spastik, Pertuturan(Sengau), Pendengaran(Kurang Dengar/Pekak)
9
14.
Nama dan Nombor Kad Pengenalan
9
15.
Penghantaran Data Maklumat Pendaftaran Calon
9
16.
Calon Lewat
9
17.
Lampiran A - Kalendar MUET 2011
10
18.
Lampiran B - Kadar Bayaran dan Caj MUET
11
2
1
TARIKH PENTING PENDAFTARAN CALON
MUET
PERTENGAHAN TAHUN 2011
Tarikh bagi jenis calon Perkara
Bil
Sekolah/Institusi (Calon jenis 1,2,4,5,6, dan 7)
Persendirian Individu (Calon jenis 3)
1
10-12 Januari 2011*
10-12 Januari 2011*
Taklimat JPN kepada kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tentang pendaftaran calon sekolah/institusi/persendirian secara online melalui www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online.
2
10 Januari 2011
10 Januari 2011
Pendaftaran calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu (calon 3) bagi MUET Pertengahan Tahun 2011 dibuka.
3
13-14 Januari 2011*
-
Taklimat PPD kepada sekolah/institusi tentang pendaftaran calon sekolah/institusi secara online melalui www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online.
4
17 Januari 2011
-
Pendaftaran calon sekolah/institusi secara online melalui www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online dilaksanakan di sekolah/insitusi.
5
27 Januari 2011
27 Januari 2011
Tarikh tutup calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2010.
6
27 Januari 2011
27 Januari 2011
Pendaftaran calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu bagi ujian MUET Pertengahan Tahun 2011 ditutup.
7
31 Januari 2011
-
Tarikh akhir Pengetua sekolah/institusi menghantar data maklumat pendaftaran calon kepada KSPP JPN. Sebelum data dihantar kepada SPP JPN, Pengetua sekolah/institusi hendaklah menyemak perkara yang berikut dengan teliti: (a) (b) (c) (d)
8
2 Februari 2011
2 Februari 2011
Tiada calon tercicir Maklumat Calon Kurang Upaya dari segi Penglihatan (Buta) jika ada. Maklumat Calon Istimewa dari segi Penglihatan(Rabun), Anggota / Spastik, Pertuturan(Sengau), Pendengaran (Kurang Dengar/Pekak), jika ada. Semua calon telah menjelaskan yuran pendaftaran
Tarikh akhir KSPP JPN menghantar data pendaftaran calon kepada Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat (PBTM) MPM/Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET MPM. Sebelum data dihantar kepada Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat (PBTM) MPM/Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET MPM, SPP JPN hendaklah menyemak perkara yang berikut dengan teliti: (a) (b) (c) (d) (e)
*Tempoh yang dicadangan oleh MPM 3
Tiada pusat dan calon yang tercicir Maklumat Calon Kurang Upaya dari segi Penglihatan (Buta), jika ada. Maklumat Calon Istimewa dari segi Penglihatan(Rabun), Anggota / Spastik, Pertuturan(Sengau), Pendengaran (Kurang Dengar/Pekak), jika ada. MUET/C3(JPN) – Senarai Pusat Ujian (edisi JPN) Semua sekolah/istitusi telah menjelas yuran pendaftaran
Tarikh bagi jenis calon Perkara
Bil
Sekolah/Institusi (Calon jenis 1,2,4,5,6, dan 7)
Persendirian Individu (Calon jenis 3)
9
10 Februari 2011
10 Februari 2011
Tarikh akhir KSPP JPN menerima MUET/C3(MPM)- Senarai Pusat Ujian MUET (edisi MPM) daripada SUB(PSM) MPM untuk disemak.
10
14 Februari 2011
14 Februari 2011
Tarikh akhir KSPP JPN mengesahkan MUET/C3(MPM) kepada SUB(PSM) MPM melalui faksimile (03-61367329) atau e-mel
[email protected] .
11
17 Februari 2011
17 Februari 2011
KSPP JPN menghantar Jadual Pergerakan Pemeriksa 800/2 Speaking kepada SUB(PSM) MPM.
12
22 Februari 2011
22 Februari 2011
SUB(PSM) MPM menghantar Jadual Pergerakan Pemeriksa 800/2 Speaking kepada KBUPP JPN untuk disemak.
13
24 Februari 2011
24 Februari 2011
KSPP JPN mengesahkan Jadual Pergerakan Pemeriksa 800/2 Speaking kepada SUB(PSM) MPM melalui faksimile (03-61367329) atau e-mel
[email protected] .
14
28 Februari 2011
28 Februari 2011
Permohonan perpindahan pusat ujian ditutup.
15
1 Mac 2011
1 Mac 2011
Tarikh akhir KSPP JPN menghantar dokumen yang berikut kepada SUB(PSM) MPM. (a) (b)
Semua borang perpindahan pusat ujian (MUET/C2) yang telah disemak. Semua bayaran perpindahan pusat ujian.
16
24 Mac 2011
24 Mac 2011
MUET/D calon dimuatnaik ke www.mpm.edu.my untuk disemak dikehendaki mencetak MUET/D membawanya ke pusat ujian sebagai ujian.
17
29 Mac 2011
29 Mac 2011
Tarikh akhir bagi Pengetua/calon menghantar salinan MUET/D yang telah dibuat catatan pembetulan kepada SUB(PSM) MPM/KSPP JPN.
4
laman Web MPM oleh calon. Calon masing-masing dan tiket untuk menduduki
2
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.
3
CARA PENDAFTARAN CALON MUET 3.1
Calon Sekolah/Institusi (a)
Pendaftaran calon sekolah/institusi dilakukan secara online melalui laman Web MPM www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online .
(b)
KSPP JPN hendaklah terlebih dahulu mengemaskini maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka
(c)
Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada KSPP JPN dan PPD.
(d)
Satu taklimat tentang pendaftaran calon sekolah/institusi tentang kaedah pendaftaran secara online di peringkat daerah kepada semua SUP sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh pegawai PPD.
(e)
Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon MUET untuk sekolah/institusi melalui melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my .
(f)
Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada KSPP JPN untuk masuk ke dalam sistem pendaftaran online ini. SUP sekolah/institusi boleh memuat turun/mencetak Manual Sekolah dalam http://www.mesp.gov.my/online yang terpapar pada ikon sekolah untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.
(g)
Borang lain yang berkaitan dengan pendaftaran yang boleh diperoleh oleh calon sekolah/institusi melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my adalah seperti yang berikut:
(h)
(i)
MUET/C2
:
Borang Perpindahan Pusat Ujian
(ii)
MUET/C4
:
Borang Calon Menarik Diri
Pengetua sekolah hendaklah mengarahkan SUP untuk mengurus sekolah/institusinya yang merangkumi untuk mengambil tindakan yang berikut:
pendaftaran
(i)
Mengemaskini maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran online
(ii)
Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET
(iii)
Memastikan maklumat calon kurang upaya dari segi penglihatan (Buta) dan kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau diisi secara online semasa melengkapkapkan data pendaftaran untuk calon tersebut dalam sistem pendaftaran secara online.
(iv)
Memastikan bayaran secukupnya telah dibuat oleh calon sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET
(v)
Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui slip pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskininya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum menghantar data tersebut ke SPP JPN. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah buat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D).
5
(vi)
Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum menghantarnya secara online ke JPN
(vii)
Menyemak Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi calon sekolah/institusinya dan memastikan MUET/D dicetak oleh calon sebagai tiket untuk menduduki ujian Memaklumkan maklumat calon sekolah/institusinya yang cicir kepada SPP JPN atau MPM jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D dengan kadar SEGERA Mematuhi tarikh akhir penghantaran data maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran seperti yang telah ditetapkan oleh SPP JPN.
3.2
4
Calon Persendirian Individu (a)
Pendaftaran calon persendirian individu juga dibuat secara online melalui laman Web MPM www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online .
(b)
SPP JPN hendaklah terlebih dahulu menentukan pusat ujian untuk calon persendirian individu di negerinya sebelum pendaftaran dibuka.
(c)
Calon persendirian individu hendaklah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat tentang pendaftaran MUET melalui laman Web MPM www.mpm.edu.my dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian yang terpapar pada ikon calon persendirian dalam http://www.mesp.gov.my/online untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.
(e)
Maklumat calon kurang upaya dari segi penglihatan (Buta) dan kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau juga diisi calon secara online semasa calon melengkapkapkan data pendaftarannya dalam sistem pendaftaran secara online.
(f)
Borang lain yang berkaitan dengan pendaftaran yang boleh diperoleh oleh calon persendirian individu melalui laman web MPM, www.mpm.edu.my adalah seperti yang berikut : (i)
MUET/C2
(ii)
MUET/C4
: :
Borang Perpindahan Pusat Ujian Borang Calon Menarik Diri
BAYARAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN (a)
Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti berikut: Yuran pendaftaran
RM20.00
Yuran mata pelajaran RM40.00 Jumlah
RM60.00
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli No. Pin MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online . Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian No. Pin MEC. (b)
5
Bayaran yang telah dibuat oleh calon akan terpapar pada slip pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.
ANGKA GILIRAN CALON Angka giliran calon bagi semua calon akan ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Angka giliran calon ini akan diberitahu melalui Slip Daftar MUET (MUET/D).
6
6
7
8
SLIP PENDAFTARAN CALON (MUET/PP) (a)
Butiran pendaftaran awal calon boleh disemak melalui slip pendaftaran calon (MUET/PP). Bagi calon sekolah/institusi, jika terdapat sebarang pindaan pada nombor Kad Pengendalan atau ejaan nama, sila kemukakan pindaan tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi untuk dikemaskinikan.
(b)
Calon persendirian individu perlu mengemaskini butiran pendaftaran sendiri secara online tetapi pengemaskinian tersebut hanya dihadkan sebanyak dua kali sahaja.
SLIP DAFTAR MUET (MUET/D) (a)
Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui laman Web MPM www.mpm.edu.my selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh ujian. Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D atau tidak menerima sebarang makluman daripada MPM selepas tempoh yang dinyatakan di atas, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.
(b)
Calon perlu mencetak MUET/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian.
(c)
Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor Kad Pengenalan, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian. Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip MUET/D tersebut dan memulangkannya kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing bagi calon sekolah/institusi atau menghantarnya terus ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) bagi calon persendirian individu sebelum ujian pertama bermula. Kesilapan juga boleh dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat ujian untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Pengawasan. Pembetulan hanya akan dibuat pada slip keputusan MUET yang akan dikeluarkan kelak.
(d)
Calon juga boleh menyemak status pendaftaran melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUET <jarak>INFO<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
PUSAT UJIAN 8.1
8.2
Nombor Pusat Ujian (a)
Nombor pusat ujian adalah ditentukan oleh SPP JPN sebelum pendaftaran dibuka.
(b)
SPP JPN hendaklah menyemak Senarai Pusat Ujian MUET (MUET/C3) edisi MPM dengan teliti sebelum mengesahkannnya dan mengembalikannya ke MPM bagi mengelakkan pusat cicir. Keciciran pusat akan masalah dari segi pendaftaran calon dan bekalan kertas soalan.
Bilangan Calon Bilangan calon di sesuatu pusat ujian tidak boleh lebih daripada 216 orang .
8.3
Poskod Alamat bagi setiap pusat ujian hendaklah disertai dengan poskod yang tepat. Ini akan memudahkan JPN atau MPM menempatkan calon di pusat yang sesuai dan memudahkan urusan-urusan pentadbiran yang lain.
8.4
Borang Senarai Pusat Ujian MUET (a)
Borang ini mengandungi nama sekolah/institusi yang menjadi pusat ujian dan nama sekolah/institusi yang pelajar-pelajarnya mengambil ujian di pusat tersebut (sekolah calon).
(b)
Senarai pusat ujian mempunyai dua edisi seperti yang berikut.
7
9
(i)
MUET/C3(JPN) – senarai yang disediakan oleh JPN. Format Borang Senarai Pusat Ujian MUET (edisi JPN) MUET/C3(JPN) boleh dimuat turun atau dicetak melalui laman Web MPM www.mpm.edu.my .
(ii)
MUET/C3(MPM) – senarai yang disediakan oleh MPM berdasarkan MUET/C3(JPN). Pihak JPN diminta mengesahkan MUET/C3(MPM). Format borang Senarai Pegawai-Pegawai Pengawasan (MUET/C8) boleh dimuat turun atau dicetak melalui laman Web MPM www.mpm.edu.my .
SENARAI PENGAWASAN PUSAT UJIAN KSPP JPN hendaklah melantik Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas, dan Pengawas selepas MUET/C3 disahkah. Format borang Senarai Pegawai-Pegawai Pengawasan (MUET/C8) boleh dimuat turun atau dicetak melalui laman Web MPM www.mpm.edu.my .
10
PERMOHONAN PERPINDAHAN PUSAT UJIAN (MUET/C2) 10.1
Penyerahan oleh calon ke JPN Permohonan untuk berpindah dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain hendaklah menggunakan borang MUET/C2. Perpindahan pusat hanya akan dibenarkan jika alasan-alasan yang dikemukakan adalah munasabah. Bayaran sebanyak RM25.00 akan dikenakan dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh calon bersama bayarannya kepada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan sebelum atau pada 28 Februari 2011.
10.2
Penghantaran oleh JPN ke MPM Semua permohonan perpindahan pusat ujian dan bayarannya hendaklah disemak dan dihantar kepada SUB(PSM) MPM sebelum atau pada 1 Mac 2011. Wang bayaran permohonan bagi calon yang tidak diluluskan perpindahan pusat ujiannya akan dikembalikan.
11
12
PERMOHONAN MENUMPANG PUSAT UJIAN (a)
Calon yang ditolak permohonannya untuk berpindah pusat ujian kerana permohonannya lewat mungkin dibenarkan menumpang pusat ujian.
(b)
Calon yang menumpang untuk mengambil ujian di sesuatu pusat ujian atas sebab-sebab peribadi mestilah mendapat kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia terlebih dahulu. Calon hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia melalui borang MUET/C2 dan hendaklah menyertakan bayaran sebanyak RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika kertas soalan di pusat berkenaan mencukupi.
CALON MENARIK DIRI (MUET/C4) DAN MENANGGUH UNTUK MENDUDUKI UJIAN (a)
Calon yang menarik diri daripada menduduki MUET dikehendaki mengisi borang MUET/C4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke MPM bersama dengan surat buktinya sekali sebelum calon menduduki kertas yang pertama MUET.
(b)
Bukti untuk calon menarik diri ialah surat akuan doktor hospital kerajaan bagi calon yang sakit atau salinan surat perakuan kematian yang dikemukakan oleh waris calon bagi calon yang meninggal dunia.
(c)
Pada dasarnya calon yang memohon untuk menangguh daripada menduduki ujian adalah tidak dilayan, namun SPP JPN atau pihak sekolah/institusi boleh menasihati calon untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) untuk tindakan selanjutnya.
8
13
MAKLUMAT CALON KURANG UPAYA DARI SEGI PENGLIHATAN (BUTA) (a)
14
MAKLUMAT CALON ISTIMEWA DARI SEGI PENGLIHATAN(RABUN), PERTUTURAN(SENGAU), PENDENGARAN(KURANG DENGAR/PEKAK) (a)
15
16
17
Maklumat calon kurang upaya dari segi penglihatan (Buta) diisi secara online semasa melengkapkapkan data pendaftaran untuk calon tersebut dalam sistem pendaftaran secara online. ANGGOTA/SPASTIK,
Maklumat calon kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau diisi secara online semasa melengkapkapkan data pendaftaran untuk calon tersebut dalam sistem pendaftaran secara online.
NAMA DAN NOMBOR KAD PENGENALAN (a)
JPN diminta menegaskan kepada Pengetua sekolah/institusi tentang pentingnya ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang betul yang tertera pada slip pendaftaran calon (MUET/PP) dan Slip Daftar MUET (MUET/D). Calon hendaklah diingatkan supaya menggunakan nombor kad pengenalan yang sama semasa ujian kelak.
(b)
Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas ujian kelak dan akan menyusahkan calon itu sendiri.
PENGHANTARAN DATA MAKLUMAT PENDAFTARAN CALON (a)
JPN diminta mengenal pasti dan memantau sekolah/institusi atau daerah/bahagian yang mempunyai calon MUET untuk memastikan calon sekolah/institusi atau daerah/bahagian tersebut mendaftar untuk mengambil ujian MUET sebelum tarikh tutup.
(b)
JPN digalakkan untuk memberitahu Pengetua sekolah/institusi, supaya menghantar lebih awal data maklumat pendaftaran calon sekolah/institusi, untuk mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah. Prosedur pendaftaran calon hendaklah diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh MPM.
CALON LEWAT Calon yang ingin mendaftar untuk menduduki MUET selepas tarikh tutup pendaftaran hendaklah diarahkan menghantar permohonan terus kepada Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia untuk pertimbangan.
9
Lampiran A
KALENDAR MUET 2011 (a) Tarikh Pendaftaran MUET PERKARA Pendaftaran Dibuka
PERTENGAHAN TAHUN
AKHIR TAHUN
10 Januari 2011
18 Mei 2011
27 Januari 2011
20 Jun 2011
(Semua Jenis Calon)
(Semua Jenis Calon)
27 Januari 2011 (Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2010)
21 Julai 2011 (Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011)
• Calon dikehendaki mengemukakan slip keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011 sebagai bukti.
Pendaftaran Ditutup
Tarikh Tutup Perpindahan Pusat Ujian
28 Februari 2011
10 Ogos 2011
(b) Tarikh Ujian MUET KERTAS
800/2 Speaking
800/1 Listening
}
800/3 Reading Comprehension
}
800/4 Writing
}
PERTENGAHAN TAHUN
AKHIR TAHUN
4, 5, 6 April 2011
11, 12, 13 Oktober 2011
dan
dan
11, 12, 13 April 2011
18, 19, 20 Oktober 2011
} 16 April 2011
} }
10
19 November 2011
Lampiran B
KADAR BAYARAN DAN CAJ MUET 1.
Bayaran Pendaftaran Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti berikut: Yuran pendaftaran
RM20.00
Yuran mata pelajaran RM40.00 Jumlah
RM60.00
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli No. Pin MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online . Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian No. Pin MEC. 2.
Perpindahan Pusat MUET Permohonan perpindahan dari satu pusat ujian ke pusat ujian yang lain dikenakan bayaran khas sebanyak RM25.00 yang dibuat secara kiriman wang/draf bank atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.
3.
Calon Menumpang Calon yang menumpang di sesuatu pusat ujian yang lain dari pusat asalnya akan dikenakan bayaran RM25.00 yang dibuat secara kiriman wang/draf bank atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.
11