Liabiliti Majikan Terma & Syarat
POLISI LIABILITI MAJIKAN BAHAWASANYA Pihak Diinsuranskan yang menjalankan Perniagaan seperti perihalan dalam Jadual dan tidak menjalankan perniagaan lain bagi tujuan insurans ini melalui usul dan perisytiharan yang hendaklah berasaskan kontrak ini dan disifatkan terkandung di sini telah memohon kepada LIBERTY INSURANCE BERHAD (dahulu dikenali sebagai Uni.Asia General Insurance Berhad) (selepas ini disebut “Syarikat”) untuk insurans yang terkandung di bawah ini dan telah membayar atau bersetuju untuk membayar Premium sebagai pertimbangan bagi insurans sedemikian. MAKA DENGAN INI POLISI INI MENYAKSIKANNYA bahawa jika sesiapa di bawah kontrak atau khidmat atau perantisan dengan Pihak Diinsuranskan mengalami kecederaan badan melalui kemalangan atau penyakit yang terjadi dalam Tempoh Insurans dan timbul daripada dan dalam tempoh penggajiannya dengan Pihak Diinsuranskan dalam Perniagaan tersebut.
Syarikat tertakluk pada terma kekecualian dan syarat yang terkandung di bawah ini atau diendors pada dokumen ini (selepas ini secara kolektif disebut sebagai Terma Polisi ini) melindungi Pihak Diinsuranskan terhadap liabiliti dari segi undang-undang untuk membayar pampasan dan kos dan perbelanjaan pihak penuntut berhubung dengan kecederaan sedemikian dan sebagai tambahan akan membayar semua kos dan perbelanjaan yang timbul dengan kebenaran bertulisnya.
Jika berlaku kematian Pihak Diinsuranskan Syarikat juga akan mengganti rugi wakil diri sah Pihak Diinsuranskan dari segi Polisi ini berhubung dengan liabiliti yang ditimbulkan oleh Pihak Diinsuranskan dengan syarat bahawa wakil diri sedemikian seolah-olah mereka adalah Pihak Diinsuranskan patuh memenuhi dan tertakluk pada Terma Polisi ini setakat yang boleh dipakai.
KEKECUALIAN Syarikat tidak bertanggungjawab berhubung dengan (a)
Liabiliti Pihak Diinsuranskan terhadap pekerja kontraktor bagi Pihak Diinsuranskan.
(b)
Mana-mana liabiliti Pihak Diinsuranskan yang terikat disebabkan perjanjian tetapi tidak terikat dengan ketiadaan perjanjian sedemikian.
(c)
Mana-mana jumlah yang Pihak Diinsuranskan berhak mendapatnya daripada mana-mana pihak kecuali ada perjanjian antara Pihak Diinsuranskan dengan pihak sedemikian.
(d)
Mana-mana kecederaan melalui kemalangan atau penyakit yang dialami di luar kawasan Geografi.
(e)
mana-mana liabiliti yang hendak dibayar Pihak Diinsuranskan kepada pekerja atau wakil diri sah atau tanggungan pekerja oleh sebab mana-mana undang-undang pampasan pekerja.
(f)
mana-mana kecederaan melalui kemalangan atau penyakit yang disebabkan oleh gangguan perang perlakuan keganasan musuh asing atau kegiatan seakan perang (sama ada perang diisytiharkan atau tidak) perang saudara dahagi penentangan revolusi pemberontakan atau kuasa tentera atau perampasan.
(g)
mana-mana liabiliti walau apa pun sifatnya secara langsung atau tidak secara disumbangkan oleh atau
langsung
yang
disebabkan
oleh
atau
timbul daripada
(i)
bahan senjata nuklear
(ii)
sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan daripada apa-apa bahan api nuklear atau daripada apa-apa sisa nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear bagi tujuan kekecualian ini pembakaran hendaklah termasuk proses mampu diri pembelahan nuklear.
1
SYARAT
1.
Polisi dan Jadual ini hendaklah dibaca bersama-sama sebagai satu kontrak dan mana-mana perkataan atau pernyataan yang membawa makna tertentu dalam mana-mana bahagian Polisi atau Jadual ini hendaklah membawa maksud khusus sedemikian di mana-mana pun perkataan itu muncul.
2.
Pematuhan dan penunaian Terma Polisi ini setakat yang berkait dengan apa-apa yang hendak dilakukan atau tidak hendak dilakukan oleh Pihak Diinsuranskan dan kebenaran pernyataan dan
jawapan dalam usul hendaklah merupakan syarat
duluan kepada apa-apa liabiliti Syarikat untuk membuat apa-apa bayaran di bawah Polisi ini. 3.
Setiap notis atau komunikasi yang diberikan atau dibuat di bawah Polisi ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Syarikat.
4.
Pihak Diinsuranskan hendaklah mengambil langkah berhati-hati yang penyakit dan hendaklah
5.
munasabah untuk mengelakkan kemalangan atau
patuh dengan semua kewajipan undang-undang.
Jika berlaku apa-apa kejadian yang boleh menyebabkan tuntutan di bawah Polisi ini Pihak Diinsuranskan hendaklah secepat yang mungkinnya memberi notis kepada Syarikat dengan butir-butir penuh. Setiap surat tuntutan writ saman dan proses hendaklah diberitahu atau disampaikan kepada Syarikat dengan segera. Notis hendaklah juga diberikan kepada Syarikat sebaik sahaja Pihak Diinsuranskan mengetahui mana-mana inkues dakwaan yang akan berlaku atau penyiasatan penentuan yang berkaitan dengan mana-mana kejadian sedemikian.
6.
Tiada perakuan tawaran janji atau bayaran hendaklah dibuat oleh atau bagi pihak Pihak Diinsuranskan tanpa kebenaran bertulis Syarikat yang berhak dilakukannya jika ia mahu mengambil alih dan menjalankan atas namanya pembelaan atau penyelesaian mana-mana tuntutan atau untuk mendakwa atas namanya untuk faedahnya sendiri mana-mana tuntutan untuk ganti rugi atau kerosakan atau sebaliknya dan hendaklah mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menjalankan manamana prosiding dan dalam penyelesaian mana-mana tuntutan dan Pihak Diinsuranskan hendaklah memberi semua maklumat dan bantuan sedemikian sebagaimana yang mungkin diperlukan oleh Syarikat.
7.
Jika pada masa apa-apa tuntutan timbul di bawah Polisi ini terdapat mana-mana insurans lain memberi pelindungan liabiliti yang sama Syarikat tidak bertanggungjawab membayar atau menyumbang lebih daripada
bahagian
yang
kena
bayar
daripada mana-mana tuntutan dan kos dan perbelanjaan sedemikian yang berkaitan dengannya. 8.
Premium Pertama dan semua pembaharuan premium yang mungkin diterima hendaklah dikawal oleh jumlah upah dan gaji dan pendapatan lain yang dibayar oleh Pihak Diinsuranskan kepada pekerja pada setiap tempoh insurans. Nama setiap pekerja bersama-sama dengan jumlah upah gaji dan pendapatan lain hendaklah direkodkan dengan baik dan Pihak Diinsuranskan hendaklah pada setiap masa membenarkan Syarikat memeriksa rekod sedemikian dan hendaklah membekalkan Syarikat dengan akaun yang betul bagi semua upah gaji dan pendapatan lain yang dibayar pada mana-mana tempoh insurans dalam masa satu bulan daripada tarikh luput tempoh insurans sedemikian.
Jika jumlah yang dibayar
berbeza daripada jumlah yang telah dibayar oleh premium perbezaan dalam premium hendaklah dipenuhi melalui bayaran selanjutnya yang berkadaran kepada Syarikat atau melalui bayaran balik oleh Syarikat mengikut mana-mana yang berkenaan. 9.
Syarikat boleh membatalkan polisi ini dengan menghantar notis tujuh Diinsuranskan di alamat
hari
melalui
surat
terakhir yang diketahui dan dalam kejadian sedemikian premium
mengikut Syarat 8.
2
berdaftar hendaklah
kepada
Pihak
diselaraskan
10.
Semua perbezaan yang timbul daripada polisi ini hendaklah dirujuk kepada keputusan Penimbang Tara yang dilantik secara bertulis oleh pihak yang mempunyai perbezaan dan jika mereka tidak bersetuju dengan Penimbang Tara tunggal dengan keputusan dua orang Penimbang Tara, seorang Penimbang Tara hendaklah dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam satu bulan kalendar selepas diminta secara bertulis untuk melakukannya sama ada oleh mana-mana pihak atau jika Penimbang Tara tidak bersetuju dengan seorang Wasit yang dilantik secara bertulis oleh Penimbang Tara sebelum membuat rujukan. Wasit hendaklah berbincang dengan Penimbang Tara dan mempengerusikan mesyuarat mereka dan melaksanakan Award hendaklah merupakan syarat duluan daripada mana-mana hak tindakan terhadap Syarikat. Jika Syarikat menafikan liabiliti terhadap Pihak Diinsuranskan bagi mana-mana tuntutan dalam perjanjian ini dan tuntutan sedemikian hendaklah tidak dalam dua belas bulan kalendar daripada tarikh penafian sedemikian dirujuk kepada penimbangtaraan di bawah peruntukan yang terkandung di bawah ini tuntutan hendaklah untuk tujuan yang disifatkan telah dihentikan dan selepas ini tidak boleh didapatkan balik di bawah ini.
N.B
Untuk perlindungan anda sendiri sila baca Polisi ini dan syarat-syaratnya dan jika Polisi tidak diisi dengan betul atau mengikut kehendak anda kembalikan semula ke pejabat untuk perhatian.
PENGENDORSAN/FASAL/JAMINAN (Tidak termasuk dalam Polisi kecuali dinyatakan dalam Jadual
Fasal Bidang Kuasa
Dengan tidak menyentuh apa-apa yang terkandung di bawah dokumen ini yang bertentangan adalah menjadi syarat duluan kepada liabiliti dalam dokumen ini bahawa perlindungan yang diberikan dalam perjanjian ini tidak terpakai bagi:(i)
Kehilangan yang timbul daripada atau ditentukan oleh pertimbangan yang diberikan atau didapatkan selain daripada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang layak dalam Malaysia Singapura dan Brunei.
(ii)
Kos dan perbelanjaan litigasi yang tidak dikenakan dan boleh didapatkan semula di dalam wilayah yang ditentukan dalam (i) di atas.
Fasal Risiko Bekerja Jauh Polisi ini diperluas untuk memasukkan liabiliti Pihak Diinsuranskan seperti yang didefinisikan berhubung dengan kemalangan pekerja Pihak Diinsuranskan yang dilindungi di bawah Polisi ini ketika bekerja secara sementara di luar Malaysia dan timbul daripada dan dalam masa Perniagaan Pihak Diinsuranskan.
3
PENGENDORSAN/FASAL/JAMINAN (Tidak termasuk dalam Polisi kecuali dinyatakan dalam Jadual)
Fasal Pekerja kepada Pekerja
Jika mana-mana orang di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan dengan Pihak Diinsuranskan mengalami kecederaan badan melalui kemalangan atau penyakit yang dialami dalam tempoh insurans dan timbul daripada dan ketika penggajiannya oleh Pihak Diinsuranskan dalam Perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual Syarikat akan atas permintaan Pihak Diinsuranskan mengganti rugi mana-mana pekerja lain Pihak Diinsuranskan yang diambil dalam Perniagaan sedemikian terhadap liabiliti di sisi undang-undang untuk membayar pampasan dan kos dan perbelanjaan penuntut berhubung dengan kecederaan sedemikian dan sebagai tambahan akan membayar semua kos dan perbelanjaan yang kena bayar dengan kebenaran bertulisnya. Dengan syarat bahawa pekerja yang menuntut untuk diganti rugi hendaklah seolah-olah dia ialah Pihak Diinsuranskan patuh memenuhi dan tertakluk pada terma Polisi ini setakat yang terpakai.
Fasal Insurans Bersama Polisi ini dikeluarkan berasaskan Insurans Bersama dan mana-mana rujukan pada terma “Penanggung Insurans” yang muncul dalam Jadual Polisi ini atau dalam mana-mana pengendorsan yang dilampirkan hingga kini hendaklah bermakna Penanggung Insurans yang disebutkan dalam Jadual setiap satunya bersetuju untuk mengganti rugi Pihak Diinsuranskan jika berlaku sebarang kehilangan bagi perkadaran yang ditentukan namanya seperti yang dinyatakan dalam Jadual seperti perkadaran lain yang mungkin boleh digantikan hingga kini oleh memorandum yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Pihak Diinsuranskan.
Fasal Pemberitahuan Kehilangan
Dengan tidak menyentuh apa-apa yang terkandung dalam perjanjian ini yang bertentangan adalah dipersetujui bahawa insurans ini tidak akan mewujudkan prasangka terhadap mana-mana ralat kelambatan yang tidak disengajakan atau tertinggal dalam memberitahu Syarikat apa-apa keadaan atau kejadian yang menimbulkan atau besar kemungkinan akan menimbulkan tuntutan di bawah Polisi ini dengan syarat jumlah tuntutan dengan ini tidak ditambah. Tertakluk sebaliknya pada terma syarat dan kekecualian Polisi ini.
Jaminan Premium
Premium yang mesti dibayar dan diterima oleh Pihak Diinsuranskan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh mula Polisi/Pengendorsan/Sijil Pembaharuan memang merupakan syarat khas asas dan mutlak bagi insurans ini. Jika syarat ini tidak dipatuhi dengan itu kontrak ini secara automatik terbatal dan Pihak Diinsuranskan berhak mendapat premium pro rata bagi tempoh mereka berada dalam risiko. Apabila premium yang selaras dengan jaminan ini diterima oleh wakil sah Pihak Diinsuranskan, bayaran hendaklah disifatkan telah diterima oleh Pihak Diinsuranskan bagi tujuan jaminan ini dan beban membuktikan bahawa premium boleh bayar diterima oleh seseorang, termasuk wakil insurans, yang tidak diberi kuasa untuk menerima premium sedemikian terletak pada Pihak Diinsuranskan. Tertakluk sebaliknya pada terma dan syarat Polisi ini.
4