LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FOREST RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA ( FRIM), KEPONG
ASASI UITM
TARIKH LAWATAN 31 Julai 2011
TEMPAT LAWATAN Forest Research Institute Of Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan
PENSYARAH PENGIRING Cik Norlaily Binti Ahmad Cik Nur Asyikin Binti Ahmad Nazri
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA ( FRIM), KEPONG 31 JULAI 2011
31 Julai 2011- 7.00 am Semua ahli kelab lawatan sambil belajar seramai 65 orang dibawah kelolaan Cik Norlaily Ahmad dan Puan Hazlini Mohamad Ameran berkumpul dihadapan kolej Angsana untuk pendaftaran lawatan dan juga bersarapan pagi. Kedatangan diambil oleh AJK pendaftaran dan sarapan pagi di agih-agihkan. Terdapat 3 orang pelajar tidak hadir ke aktiviti ini. Pensyarah pengiring untuk aktiviti ini adalah Cik Norlaily Ahmad dan juga Cik Nur Asyikin Ahmad Nazri.
31 Julai 2011- 7.30 am Semua ahli menaiki bas mengikut kumpulan Cik Norlaily dan Puan Hazlini. Pada jam 7.45 am, bas memulakan perjalanan ke FRIM, Kepong.
31 Julai 2011- 9.00 am Pada pukul 9.00 am, kami tiba di FRIM, Kepong dan menuju ke blok P6 iaitu bangunan perkhidmatan setempat untuk membuat pendaftaran dan pembayaran masuk ke FRIM, Kepong. Urusan pendaftaran dan pembayaran di lakukan oleh penasihat kelab ini iaitu Cik Norlaily Binti Ahmad. Keadaan pada pagi itu hujan renyai-renyai. Pada pukul 9.30 am, aktiviti “ice-breaking” dilakukan bertujuan untuk sesi perkenalan di antara ahli kumpulan di bawah kelolaan Cik Norlaily dan Puan Hazlini sementara menunggu hujan berhenti.
31 Julai 2011- 10.00 am Selepas “ice-breaking”, kami mendengar taklimat daripada 2 orang guru F.O.C. (juru pandu) selama 20 minit. Kami mendengar taklimat mengikut kumpulan. Taklimat tersebut merangkumi sejarah FRIM, aktiviti penyelidikan di FRIM dan juga langkah berjaga-jaga semasa “jungle tracking”.
Gambar 1: Taklimat dari jurupandu FRIM
31 Julai 2011- 10.30 am Kami memulakan jungle tracking pada pukul 10.30 am selepas hujan reda mengikut kumpulan masing-masing.
Lawatan ke Kolam Ikan Terbesar
Lawatan pertama adalah ke Kolam Ikan Terbesar di FRIM iaitu berupa sungai kecil yang menempatkan 3 ekor spesies terbesar ikan air tawar iaitu Arapaima gigas. Ikan ini adalah spesies karnivor yang berasal dari Amerika Selatan. Dikatakan, ikan itu agak kecil iaitu sekitar dua meter dan lebih jinak berbanding spesiesnya di habitat asal di Amerika Selatan. Arapaima gigas di Sungai Amazon lebih ganas malah boleh melompat tinggi sehingga lima kaki untuk menangkap monyet dan burung sebagai makanan. Ikan karnivor itu yang hitam berkilat dengan bintik-bintik oren terang boleh dilihat jelas. Ikan ini juga disangkakan sebagai naga hingga mewujudkan kisah tempatan Legenda Naga Tasik Chini.
Gambar 2 : Lawatan Kolam Ikan Terbesar
Lawatan ke Denai Alam
Kemudian kami meneruskan aktiviti jungle tracking ke Denai Keruing iaitu Denai Alam paling popular disini. Sepanjang aktiviti jungle tracking ini, jurupandu kami memberi penerangan berkaitan pokok-pokok yang terdapat di dalam hutan tersebut. Di antara jenis-jenis pokok yang diperkenalkan ialah pokok ara, pokok buloh gergasi, pokok simpoh gajah, pokok kulim dan pokok berbentuk kanopi ialah pokok kapur.
Gambar 3: Lawatan Ke Denai Keruing
Gambar 4: Jungle tracking
31 Julai 2011- 12.30 pm Aktiviti jungle tracking tamat pada pukul 12.30 pm dan kami mengakhiri aktiviti lawatan Denai Alam dengan bergambar.
Gambar 5: Sesi bergambar ahli lawatan bersama jurupandu
31 Julai 2011- 1.00 pm Kami tiba di Air Terjun Sg. Kroh untuk menikmati makan tengahari dan melakukan aktiviti riadah di sana.
31 Julai 2011- 2.30 pm Kami berkumpul di bangunan D6 dan bertolak pulang ke UiTM Puncak Alam selepas bas tiba.
31 Julai 2011- 3.30 pm Kami tiba di UiTM Puncak Alam pada pukul 3.30 pm denagn bilangan ahli lawatan yang sama iaitu 68 orang dan 2 orang pegawai pengiring dan kemudian bersurai.