Keluaran Jun 2006
Diterbitkan bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM
KDYMM berangkat membuat lawatan ke Kilang Penapis Minyak dan Kelab Rekreasi Liang-Lumut
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan meninjau kilang penapis di Seria dan Kelab Ria Liang Lumut semasa melawat daerah Belait untuk mengurniakan anak-anak kunci dan geran tanah.
HALAMAN TENGAH
Malam Pengarah-Pengarah
Yang Berhormat Pehin menyeru bahawa masa terdapatnya minyak yang mudah dan murah untuk dihasilkan kini telahpun berlalu. Halaman 5
Liputanpenting Kakitangan Dalam Fokus
BSP meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatanperkhidmatan Sumber Tenaga Manusia. Halaman 9
BIP memberi impak signifikan
Prioriti-prioriti pembaikan bisnes telah memberi impak yang signifikan kepada syarikat. Halaman 11
Penyunting - Azrina Taib (CEA/211) - 3375951 / Penolong Penyunting - Mohd Justin Satria bin Hj Mohd Jaapar (CEA/2110) - 3374184 / Gambar - James How (CEA/213) & Mohd Zufri Mohd Bakhtiar (CEA/2131)
2 Salam, Jun 2006
BeritaKesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar
KEPATUHAN CAMPURTANGAN SIKAP
BSP dengan kontraktor-kontraktor bersama memajukan piawaian-piawaian bengkel PENGARAH dan pengurus dari 14 buah syarikat kontraktor di Brunei Darussalam menghadiri mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat BSP pada 15 Mei 2006, bagi membincang Piawaian HSE yang minima bagi Bengkel-Bengkel. Sesi berkenaan bertujuan membuat bersama-sama dengan kontraktorkontraktor luar, satu set piawaian HSE yang minima bagi begkel-bengkel dan melaksanakannya secara berperingkat di BSP dan tempat-tempat kerja kontraktor. BSP secara berterusan memantau lokasi-lokasi pekerjaannya dan melalui penemuan-penemuan yang berulang dari pemeriksaan dan lawatan-lawatan ke bengkel-bengkel, mendapati secara jelas bahawa kesihatan dan keselamatan di bengkel-bengkel tidak dilaksanakan pada tahap yang sama seperti yang dilaksanakan di tempat-tempat kerja. Keputusan diambil mengenai satu set peraturan-peraturan HSE yang minima bagi bengkel-bengkel memerlukan kepersefahaman diantara BSP dan masyarakat kontraktor tentang piawaian yang mana perlu dilaksanakan. Satu kumpulan yang diketuai oleh Pengarah Aset BSP, Haji Salleh Bostaman Haji Zainal Abidin, telah ditubuhkan pada bulan Januari 2006. Satu keputusan bagi pendekatan berperingkat diambil, pertama membabitkan aktiviti-aktiviti bengkel yang berisiko tinggi, dan seterusnya
melengkapkan pendekatan berkenaan dengan memberikan perhatian terhadap piawaian minima bagi fasiliti-fasiliti dan prasarana bengkel-bengkel. Mohd Sufri Sulaiman, Ketua Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar dan Perlindungan mengepalai mesyuarat, yang juga dibantu oleh Pengarah Teknikal BSP, David Purvis. Mohd Sufri menerangkan, “Ini adalah sebahagian usaha gigih BSP kearah membaiki lagi pengurusan HSE dan menanam budaya keselamatan dalam semua operasi.” Antara kontraktor yang hadir bagi sesi pertama program tersebut ialah Sahid Sdn Bhd, Mashor General Contractor Sdn Bhd, Adinin Works and Engineering, Zainal Daud Sdn Bhd, Sharikat Kejuruteraan Sistematik, Brunei Oxygen, Megalift, PTAS, Schumberger, Emas Laut, Baker Atlas, Megamas Training Company, CIC Environmental Services dan Nautika. Beberapa piawaian HSE aktiviti bengkel risiko tinggi, yang dirangka oleh BSP, dibentangkan dan para kontrakor bersetuju untuk menguji piawaian-piawian ini di bengkel-bengkel mereka dan memberi maklumbalas tentang kesesuaiannya. Sebilangan kontraktor juga dengan sukarela menawarkan untuk merangka piawaian-piawaian bagi aktiviti-aktiviti risiko tinggi. Penyiapan kesemua piawaian minima bagi bengkel-bengkel dirancangkan pada penghujung suku pertama 2007, lengkap dengan pengakuan bahawa semua bengkel mematuhinya.
Para kontraktor bersetuju untuk menguji piawaian-piawaian ini di bengkel-bengkel mereka dan memberi maklumbalas tentang kesesuaiannya
Kontraktor keselamatan menerima anugerah pengiktirafan keselamatan BAHAGIAN Keselamatan BSP (HSE/ 6) yang dibawah Jabatan Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar dan Perlindungan (HSE) menganugerahkan tiga syarikat kontraktor dengan Anugerah Pengiktirafan Keselamatan, pada 8 Jun 2006. Ketiga-tiga kontraktor yang memerima anugerah pengiktirafan itu ialah Agensi Pengawal Keselamatan Haji Yacub Tarudin, Hijau Budiman and Ravenguard Security Services. Ketua HSE, Mohd Sufri Sulaiman menyampaikan anugerahanugerah tersebut. Sejurus sebelum membuat penyampaian, Mohd Sufri berkata, “Dalam BSP, kita mematuhi ketiga-tiga prinsip HSE kita iaitu Kepatuhan, Campurtangan dan Sikap. Saya ingin menekankan betapa pentingnya bagi ketiga-tiga prinsip ini dipatuhi oleh semua kakitangan dan masyarakat kontraktor. Keselamatan adalah prioriti utama kita dalam segala yang kita lakukan. “ Anugerah prestasi terbaik juga disampaikan dimajlis berkenaan. Bahagian Keselamatan juga menganjurkan buat pertama kali ‘family away day’ sempena
penyampaian anugerah pengiktirafan keselamatan itu. Haji Mohd Sufri menyampaikan ucapan tahniah kepada HSE/6 atas usahanya menganjurkan family away day. Beliau berkata, “Ini adalah acara pertama yang berunsur kekeluargaan dianjurkan oleh HSE/6 dan mencerminkan komitmen kami dalam BSP kearah mempromosikan program cara hidup sihat.” Hari berkenaan diakhiri dengan acara-acara ria dan permainan-permainan bagi kakitangan serta keluarga mereka dipadang Kelab Ria Brunei Shell, lengkap dengan baunser bagi kanakkanak dan acara cabutan nombor bertuah bagi orang dewasa.
Bahagian Keselamatan juga menganjurkan ‘family away day’ yang pertama kali di mana acara-acara ria dan permainan-permainan diadakan
Salam, Jun 2006 3
Dari Meja
Pengarah Urusan
Rakan sejawat, Keputusan suku tahun kedua kita telah diterima, dan saya merasa gembira menyampaikan bahawa prestasi keselamatan kita semakin baik dan kita dengan selamat telah mengatasi sasaran pengeluaran utama kita, sebagai tambahan kepada mencapai kemajuan besar dalam perkembangan kakitangan, pengurusan perbelanjaan dan prioriti-prioriti pembaikan bisnes. Tahniah dan syabas kepada anda semua! Saya juga merasa gembira melaporkan bahawa jika kita dapat meneruskan pencapaian pembaikan pada paras ini, kita akan menuju kearah pembayaran bonus syarikat....... yang merupakan buat julungkali selama ini! Harapan bagi tahun ini sepenuhnya adalah amat cerah berikutan prestasi yang anda telah sampaikan pada suku tahun pertama dan kedua. Saya yakin saya dapat mengharapkan sokongan anda yang berterusan agar kita boleh menjadikan 2006 tahun terbaik kita selama ini. Berikut adalah butiran-butiran tertentu tentang pencapaian-pencapaian suku tahun kedua kita, yang mana telah juga dikongsikan di cascade kakitangan barubaru ini.
KESELAMATAN Jumlah kes yang direkodkan telah menurun dari empat kes pada bulan Mac kepada satu kes masing-masing pada April dan Mei. Kita mesti mengurangkan jumlah ini seterusnya, kerana keselamatan adalah keutamaan nombor satu kita........tiada yang lebih penting daripada keselamatan warga kita. Kita tidak dapat berasa leka dan menutup mata terhadap keselamatan. Penilaian semula terhadap kejadian yang melibatkan kecederaan jejari di NGCP Train 2 baru-baru ini menunjukkan mungkin ada yang tersalah nilai tentang risiko yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tertentu. Saya berseru kepada anda supaya sentiasa Mematuhi sepenuhnya prosedur-prosedur, Campurtangan apabila melihat sesuatu yang tidak selamat, dan mengamalkan Sikap yang betul dengan mengambil tanggungjawab terhadap keselamatan pada jagaan anda .
Kita telah mencapai kemajuan besar dalam keselamatan, perkembangan kakitangan, pengurusan perbelanjaan dan prioriti-prioriti perkembangan bisness paras kawalan kos yang baik. Cerita kejayaan BIP mendedahkan peranan penting yang telah mereka mainkan dalam menjana prestasi kita. Ini termasuk pengurangan signifikan dalam penangguhan yang dijadualkan dan bukan dijadualkan dalam operasi-operasi, persiapan telaga yang lebih baik dan penyiapan projek besar mengikut masa yang ditetapkan. Pembelajaran adalah mudah sahaja.............. persiapan setiap BIP yang berjaya mempunyai impak terus-menerus kepada bidang-bidang sasaran yang khusus dan mempertingkatkan prestasi keseluruhan. Marilah kita kekalkan momentum yang hebat ini. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan keluarga mereka yang menyertai kami dalam acara Rumah Terbuka MD. Kehadiran sungguh ramai dan saya berharap anda menikmatinya sebagaimana kami juga menikmatinya. Seperti biasa, saya mengalu-alukan maklumbalas dari anda tentang semua ini dan isu-isu lain yang penting kepada anda.
KAKITANGAN Saya sangat gembira melaporkan kemajuan baik dibuat dalam Fasa 2 peningkatan Pernyataan Nilai Kakitangan (EVP) bagi para kakitangan. • Belanjawan Kebaktian (Merit) Tahunan telah dinaikkan dari 3.5% kepada 5% bagi kakitangan kontrak biasa dan berpenggal. • Anugerah wang tunai akan disediakan sebagai pengiktirafan khidmat lama. • Kemudahan-kemudahan di Sekolah Panaga telah dinaikkan taraf. • Pelaburan untuk membina rumah-rumah baru dan mengubahsuai yang sedia ada telah ditambah dengan signifikan. • Penilaian semula yang menyeluruh ke atas syaratsyarat dan peraturan perkerjaan LTC telah dilakukan dan butiran akan dimaklumkan sedikit masa lagi. Peningkatan-peningkatan EVP dibina atas asas yang sudahpun dilaksanakan sebagai Fasa 1, dan usaha sedang dibuat untuk menambah banyak lagi nilai dan menjadikan pekej gantirugi dan manfaat kita lebih menarik pada keseluruhannya. Kemajuan ini menunjukkan kita menunaikan janji-janji yang dibuat kepada para kakitangan ke arah memperbaikkan lagi EVP dan kita sudahpun mengerjakan Fasa 3. Hampir 1500 kakitangan yang merupakan kira-kira separuh daripada keseluruhan tenaga kerja kita, telah membuat lawatan ke acara People in Focus interaktif yang diadakan pada bulan Jun. Saya yakin kehadiran yang bersemangat ini adalah satu bukti bahawa kakitangan bukan sahaja berminat untuk mendalamkan kefahaman tentang apa yang sedang ditawarkan, tetapi mereka juga berhasrat membuat sumbangan kearah menjadikan syarikat hebat ini suatu tempat yang lebih baik untuk tempat bekerja pada masa akan datang. Salah satu perkara paling penting dalam agenda kakitangan di sekitar waktu ini dalam suatu tahun setentunya ialah penilaian-penilaian pertengahan tahun para kakitangan yang akan tiba pada hujung bulan Ogos. Ini adalah satu peluang penting bagi mengenalpasti pencapaian peribadi perseorangan bagi tempoh enam bulan kebelakangan, dan menoleh kepada komitmen-komitmen pembelajaran dan perkembangan.
PPA/ Argentina menang Piala Dunia MD SEMPENA Piala Dunia FIFA tahun ini, BSP dengan bangganya menganjurkan Kejohanan Bolasepak Pantai Piala Dunia MD 2006nya sendiri dari 5 Mei hingga 9 Jun. Diselenggarakan oleh Aset Pemerosesan Hidrokarbon (HP), sejumlah 32 pasukan dari BSP, BSM dan BLNG dan syarikat-syarikat kontraktor mengambil bahagian dalam kejohanan itu, yang bersyarat setiap pasukan disertai oleh ketua jabatan atau pegawai lebih kanan dan ketua bahagian atau yang lebih kanan. Syarat ini dikenakan demi mendapat sokongan serta penyertaan pihak pemimpin. Salah satu kemuncak kejohanan itu ialah perlawanan pusingan kedua dimana pasukan MD/ England bertemu pasukan penganjur PM/Germany. Berakhir dengan kedudukan seri 2 - 2 selepas penuh masa, perlawanan terpaksa ditentukan dengan tendangan penalti dimana pasukan MD berjaya menyingkirkan lawannya pasukan PM dengan kelebihan satu gol - iaitu lima gol dipihak MD/England berbalas empat bagi PM/Germany. Diakhir perlawanan, Ketua pasukan MD/England, Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson berkata, “Ia adalah satu perlawanan yang sangat hebat dan perbezaan antara kedua pasukan hanya setebal sekeping kertas, sehingga sepakan penalti terakhir sahaja yang menjadi penentu, syabas kepada pasukan PM/Germany. Selepas pertandingan selama berminggu-minggu, kejohanan berakhir pada perlawanan akhir. Dengan Pasukan MD/England berjaya mara kehadapan menentang PPA/Argentina, perlawanan antara pasukan finalis merupakan perlawanan hangat. Ia adalah perlawanan sengit dengan setiap pemain bermain sebaik yang boleh untuk meraih kemenangan. Namun akhirnya, kehormatan itu memihak kepada pasukan Argentina yang diketuai oleh PPA. Perlawanan berakhir dengan kiraan 3-1, sekaligus menutup peluang England dalam Piala Dunia MD.
PRESTASI Sebagaimana disebutkan, kita mempunyai banyak sebab untuk berbangga berkenaan prestasi kita baru-baru ini. Pengeluaran minyak bagi tahun ini sejauh ini ialah 215 kb/d, yang melebihi sasaran kita. Jualan gas juga mendahului sasaran dengan jumlah 80 kargo dihantarkan menjelang hujung bulan Mei. Disebalik peningkatan aktiviti ini, kita telah berjaya mengekalkan
Ia adalah perlawanan sengit dengan setiap pemain bermain sebaik yang boleh untuk meraih kemenangan
4 Salam, Jun 2006
Lawatan Diraja ke Jabatan Perundangan BSP BSP pada 20 Jun 2006 telah mendapat penghormatan apabila Jabatan Perundangannya (LGL) menjadi tumpuan lawatan kerja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, yang mengetuai serombongan wakil dari Pejabat Peguam Negara. Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson bersama Haji Salleh Bostaman Haji Zainal Abidin, Pengarah Aset, telah menjunjung Yang Teramat Mulia. Yang Teramat Mulia berkenan meninjau Galeri Terowong Masa, dan disembahkan taklimat oleh Graheame dan Haji Salleh tentang sejarah aktiviti daratan dan luarpantai BSP sejak 75 tahun lalu. Selepas melawat Galeri Terowong Masa, Yang Teramat Mulia dan rombongan dijunjung ke Bilik Lembaga Pengurusan untuk satu sesi tentang isu-isu perundangan BSP, yang dihoskan oleh Jabatan Perundangan BSP.
Yang Teramat Mulia berkenan meninjau Galeri Terowong Masa dan disembahkan taklimat oleh Grahaeme tentang sejarah operasi BSP
Yang Teramat Mulia berkenan mendengar taklimat tentang isu-isu perundangan dan kontrak BSP
Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Ketua Perundangan, Ingrid De Jong yang berkata, “Kebanyakan pelawat kami bergegas untuk bertukar ke pakaian overall dan melawat ke aset-aset luarpantai kami. Bukan selalu pelawat-pelawat menunjukkan minat dalam perkara-perkara berkaitan perundangan dan kontrak, dan kami sungguh gembira dengan lawatan hari ini.” Ingrid, dengan input dari Pg Hjh Maria Tajuddin, Pemangku SCM, mengetuai sesi interaktif mengenai proses pemborongan dengan memberikan penekanan tentang langkah-langkah yang diambil oleh LGL kearah memajukan matlamat urusniaga dan melindungi kepentingan para pemegang saham, berusaha kearah memastikan risiko-risiko perundangan dan kontrak dikenalpasti, dan dimana wajar, meminimakan secara proaktif, tepat pada waktunya, kos efektif dan professional. Yang Teramat Mulia mengakhiri lawatan dengan santap tengah hari di Kelab Panaga dengan Pengarah-Pengarah BSP, wakil-wakil LGL dan SCM.
Menteri Tenaga melawat pembeli-pembeli LNG YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Paduka Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah-Pengarah Brunei LNG Sdn Bhd telah melakukan lawatan tahunannya ke pihak pembelipembeli LNG di Jepun dan Korea antara 9 dan 12 Mei 2006. Yang Berhormat Pehin disertai oleh Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri Pg Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pg Seri Indera Pg Haji Ismail, Pengarah Unit Petroleum Awang Haji Alias bin Haji Mohd Yusof, Pengarah Urusan Brunei LNG Fred Smeenk, Pengarah Urusan BSP Grahaeme Henderson, Pengurus Am Mitsubishi Corporation Brunei Hirofumi Kawabata dan para pegawai dari Bahagian Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dan BLNG. Dalam perbincangan dengan para pembeli, Yang Berhormat Pehin telah menekankan komitmen kepada keselamatan dan kebolehpercayaan penghantaran sehingga hujung Mac 2013 dan selepasnya dengan pelaburan signifikan yang berterusan dan terancang disepanjang rangkaian pembekalan Brunei LNG. Yang Berhomat Pehin juga mengimbas kepada inisiatif oleh BLNG mengenai bengkel pemanjangan kontrak bersepadu pada Febuari tahun ini, dengan tumpuan kearah mengoptimakan rangkaian pembekalan BLNG dari pembekalan gas huluan (upstream) kepada fasiliti pencairan dan perkapalan sebagai persediaan bagi
Pembeli melahirkan penghargaan mereka kepada Yang Berhormat Pehin atas pembekalan dari BLNG yang boleh dipercayai dan selamat
Yang Berhormat Pehin (keempat dari kanan) dan Pg Dato Paduka Haji Abu Bakar bersama dengan pengarah-pengarah dari BSP, BLNG, pegawai kanan Unit Petroleum dan Bahagian Tenaga dari Jabatan Perdana Menteri
pemanjangan kontrak selepas 2013. Fred Smeenk, juga melaporkan tentang pertukaran berjaya ke atas keempat-empat Penukar Haba Kriogenik Utama pada tahun lalu, fasa pertama keseluruhan 22 projek dibawah Rancangan Rujukan Aset disiapkan menjelang tahun 2010. Bagi pihak BSP, Grahaeme Henderson menyentuh tentang rancangan bagi perlaksanaan 20 eksplorasi dan penilaian telagatelaga sepanjang lima tahun akan datang dan pembinaan platfom-platfom baru serta rejuvenasi terhadap yang sedia ada dengan pelaburan melebihi AS$2.5 bilion. Semua pembeli juga melahirkan penghargaan mereka kepada Yang Berhormat Pehin atas pembekalan dari Brunei LNG yang boleh dipercayai dan selamat sepanjang 33 tahun kebelakangan. Dengan rekod kerjasama dan hubungan yang terjalin sekian lama ini, para pembeli juga melahirkan hasrat mereka untuk meneruskan hubungan cemerlang dengan Brunei hingga ke masa depan, melimpasi 2013.
Salam, Jun 2006 5
Peningkatan permintaan tenaga bermakna tiada lagi urusniaga seperti biasa
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Paduka Awg Haji Yahya, (ketiga belas dari kanan) dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Paduka Haji Abdul Rahman bersama dengan Lembaga Pengarah-pengarah dan pengurus kanan BSP, BLNG, BST dan BSM serta pegawai kanan dari Unit Petroleum
NEGARA terus bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber utama pendapatan bagi membiyai sebahagian besar dari perbelanjaan tahunan Kerajaan termasuklah dalam melaksanakan projek-projek kemajuan dan sebagainya. Di samping itu, bagi penjanaan kuasa elektrik pula, negara menggunakan sekitar lapan peratus dari gas yang dihasilkan setiap hari. Adalah dianggarakan permintaan terhadap tenaga elektrik akan meningkat sebanyak lapan kali ganda dalam masa 30 tahun akan datang. Permintaan terhadap gas asli bagi menjana tenaga elektrik itu juga akan meningkat sebanyak lapan ke sembilan kali ganda. Oleh kerana peningkatan dalam penggunaan tenaga ini, Menteri Tenaga menasihatkan, “Persepsi kita di dalam penggunaan tenaga perlulah diubah dengan mengoptimakan nilai hasil minyak dan gas negara bukan sahaja untuk masa ini malah bagi generasi yang akan datang dengan menggunakannya dengan lebih bijaksana dan berpatutan.” Menteri Tenaga, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Paduka Awg Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar berucap selaku tetamu kehormat di Malam Pengarah-Pengarah Minyak dan Gas tahunan yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Berakas pada 10 Jun 2006. Malam Pengarah-Pengarah adalah acara tahunan yang diadakan untuk mempromosi dan meningkatkan lagi hubungan persahabatan di antara Para Ahli Lembaga dan pegawai-pegawai kerajaan dengan mereka dari syarikat-syarikat usahasama. Ianya juga mencerminkan ucapan terima kasih Ahli-Ahli Lembaga ke atas usaha gigih semua kakitangan di dalam memainkan peranan ke arah memastikan syarikat sentiasa berfungsi dengan sempurna dan menguntungkan. Hadir sama dimajlis tersebut Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan Kedua selaku Timbalan Pengerusi BSP, BLNG, BSM dan BST, dan lain-lain ahli Lembaga Pengarah-Pengarah serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan keempat-empat syarikat berkenaan. Yang Berhormat Pehin juga menerangkan adalah semakin sukar untuk membuat penemuan-penemuan baru dalan jumlah isipadu yang besar di kawasankawasan konsesi BSP yang ada pada masa ini. Katanya, “Sebilangan besar dari rizab minyak dan gas negara yang ada sekarang berada di dalam takungan-takungan yang telah matang dan/ atau marginal, yang mana adalah semakin sukar dan mahal untuk mengeluarkan hasilnya. Kita perlulah merencanakan setiap langkah kita dengan baik dengan berpandukan kepada kenyataan di mana masa terdapatnya minyak yang mudah dan murah untuk dihasilkan yakni ‘easy and cheap oil’ kini telahpun berlalu.” “Ini bermakna kita perlulah bangun dari kelewaan kita dan keluar dari buaian yang menyatakan bahawa takongan minyak kita adalah satu telaga yang tidak akan pernah kering atau dalam ertikata ‘bottomless well’. Kita perlu mewujudkan kesedaran dan perubahan sikap kepada Business is No Longer as Usual di kalangan semua pihak samada dari sector awam, komersial dan orang ramai. Kita juga perlu mempertengahkan strategi-strategi yang boleh meninggalkan sikap Israf yakni pembaziran dan membawa kita ke persekitaran yang lebih mementingkan effisensi
dan penjimatan pengunaan tenaga keseluruhannya.” Yang Berhormat Pehin juga menyentuh bahawa pada 2005, subsidi bagi diesel dan motor gasoline yang dihulurkan oleh Kerajaan adalah kira-kira B$ 167 juta. Bagi tahun 2006 pula, jumlah subsidi ini diramalkan akan meningkat kepada kira-kira B$ 226 juta - jumlah subsidi ini bukanlah yang sedikit. Ke arah menangani peningkatan subsidi ini dan seterusnya mengawal pengaliran keluar produk-produk yang bersubsidi berkenaan, Kerajaan telahpun mengeluarkan sati direktif yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2006 di mana penjualan beberapa jenis produk iaitu Diesel, Premium 97, Super 95 dan Regular 82 telah dikenakan beberapa syarat termasuklah menghadkan jumlah jualan yang boleh dibeli oleh setiap pelanggan. Menteri Tenaga juga mengambil kesempatan menyatakan sokongan kerajaan yang berterusan terhadap Pembruneian dan Pembangunan Peniaga-Peniaga Tempatan. He said, “Abiskita semua sebagai rakyat dan penduduk negara ini adalah asset yang paling berharga dan apa jua kemajuan yang dicapai oleh abiskita baik sebagai seoang individu, satu kumpulan atau syarikat adalah merupakan satu kejayaan dan kebanggaan bagi negara ini.” Dalam mengakhiri ucapannya, Yang Berhormat Pehin membuat seruan untuk sokongan dengan berkata, “Kami menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa kegigihan dan sokongan padu abiskita itu akan terus diberikan khususnya bagi sama-sama mengekalkan kesejahteraan Negara yang kita cintai ini. Marilah kita sama-sama mengambil peluang dimajlis malam ini untuk menguatkan lagi komitment kita untuk terus berusaha memajukan industri minyak dan gas Negara ketahap yang lebih cemerlang lagi, Insya Allah.”
Yang Berhormat Pehin menekankan bahawa kita mesti keluar dari buaian yang menyatakan bahawa takongan minyak kita adalah satu telaga yang tidak akan pernah kering
6 Salam, Jun 2006
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat membuat lawatan ke Kilang Penapis Minyak dan Kelab Rekreasi Liang-Lumut
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat meninjau kilang penapis minyak di Seria dimana baginda berkenan mendengar taklimat teentang operasi s oleh Haji Yahya Haji Mohammad
Kakitangan Usahasama BSP sertai acara berjalan kaki bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia PARA kakitangan BSP, BLNG, BST dan BSM telah menyertai acara Berjalan Kaki Pantas Bukit Shahbandar yang didahului oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar di Jerudong, pada 18 Jun 2006. Lebih 1000 peserta mewakili berbagai organisasi sektor swasta termasuk dewan-dewan perniagaan, bank serta perusahaan kecil dan sederhana mengambil bahagian. Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Dato Dr Awang Hj Ahmad bin Hj Jumat menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia setibanya baginda di Bukit Shahbandar. Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AlMuhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Acara berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan bertujuan memupuk pertalian hubungan di antara para pegawai kerajaan dan swasta. Peserta-peserta di acara berkenaan mempunyai dua pilihan, samada berjalan sejauh 3.5 kilometre atau 1.9 kilometre. Senamrobik memanaskan badan serta melegakan otot diadakan sebelum memulakan acara berjalan kaki.
Kebawah Dulia Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berjalan lintas pasukan BLNG
Salam, Jun 2006 7
BERKEBETULAN dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengurniakan anak-anak kunci dan geran tanah kepada 64 penerima di satu majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Sayidina Ali di Kuala Belait pada 23 Mei, 2006, baginda juga berkenan berangkat meninjau kilang penapis minyak di Seria. Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Paduka Awg Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Tenaga merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah-Pengarah BSP dan BLNG, Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, Pemangku Pengarah Brunei LNG, Hj Matsatejo Sokiaw, Pengurus Kilang Penapis Minyak, Haji Yahya Haji Mohammad dan pegawai-pegawai kanan BSP dan Kilang Penapis Minyak. Sejurus selepas berangkat tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan taklimat tentang operasi seharian oleh Haji Yahya Haji Mohammad. Keberangkatan lawatan diakhiri dengan baginda meninjau kilang berkenaan dan bilik kawalan serta bergambar ramai Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung meninjau Kelab Rekreasi Liang Lumut dan dijunjung oleh Haji Matsatejo Sokiaw.
seharian
dengan para kakitangan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengakhiri keberangkatan baginda ke Daerah Belait dengan majlis santap tengah hari di Kelab Rekreasi Liang-Lumut. Yang Dipertua kelab, Haji Matsatejo Sokiaw dan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi menjunjung baginda setiba baginda di kelab berkenaan. Sebelum santap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung meninjau kelab tersebut dan fasilitas-fasilitasnya yang termasuk kedai menjual cenderamata, restoran dan sebuah danau air laut. Lain-lain kemudahan yang terdapat dikelab berkenaan termasuk juga bilik VIP, pool dan snuker, dewan serbaguna yang mampu memuatkan empat gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak, tempat senaman dalam dan luar bangunan dan 12 pondok istirehat tepi pantai. Sebuah padang bolasepak, padang bolasepak kecil pantai dan gelanggang luar bangunan sedang dibina. Pembesaran masa depan yang dijangkakan oleh pihak pengurusan termasuk rumah rehat dan padang golf.
BSP, BST dan BSM memberi sumbangan derma bagi acara sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia BSP, BST dan BSM melaksanakan komitmen mereka dengan menyumbangkan derma BND$50,000 bagi berbagai aktiviti sempena ulangtahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke 60 tahun. Sumbangan berkenaan adalah bagi pembinaan Cendera Kenangan Kekal di Bandar Seri Begawan, Konsert Dirgahayu Emas Di-Raja dan Majlis Kesyukuran dan Menyembahkan Ikrar Taat Setia Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Haji Mohd Zaini bin Haji Awg Omar, Pemangku Pengarah Ehwal Luar BSP ketika itu, telah menyampaikan cek bagi sumbangan berkenaan bagi pihak BSP, BST dan BSM kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awg Hj Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. BSP, BST dan BSM terlibat secara besar-besaran dalam acara Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat, Pameran Gemilang, Pesta Rakit dan menghiasi Dewan Santap dan padang di Kuala Belait . Sebagai tambahan, syarikat-syarikat berkenaan juga memberi bantuan kepada daerah-daerah lain dalam persediaan mereka bagi perayaan besar-besaran ini, seperti Tatu Antarabangsa 2006, Serumpun Budaya, perhiasan dijalanraya Haji Mohd Zaini Haji Awg Omar menyampaikan cek kepada Yang Berhormat Pehin Orang dengan pintu-gerbang pintu-gerbang dan lampu-lampu neon, perarakan Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awg Haji Adanan tanglong, perlawanan tarik kalat dan majalah Sutera
8 Salam, Jun 2006
Giliran kedua juruteknik operasi selesai
13 peserta mengongsikan tentang contoh manfaat perkembangan peribadi yang tertentu semasa bengkel tersebut dengan Ahmad Suut dan pengurus-pengurus berkenaan.
GILIRAN kedua juruteknik operasi (OT) telah selesai dengan bengkel pasca penjagaan (Aftercare Workshop) di Kota Kinabalu pada 15 Mei. Penugasan secara bergilir selama tiga bulan itu sekali lagi terbukti satu pengalaman yang memperkaya dan memotivasikan bagi semua juruteknik yang terlibat. Para peserta melahirkan penghargaan mereka kepada pengurus-pengurus Lembaga Pengarah Pengeluaran (PD) kerana memberikan mereka peluang bekerja dalam budaya dan suasana kerja yang berlainan serta meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka. Ahmad Suut, Penyelaras Kemampuan Serantau dan ahli kumpulan ‘Kecemerlangan kakitangan’ Lembaga Pengarah Pengeluaran dan beberapa pengurus ‘line’ Aset hadir untuk mendengar tentang nilai skim pergiliran OT dari 13 peserta serta tentang contoh manfaat perkembangan peribadi yang tertentu dan pengongsian amalan-amalan. Semua juruteknik berminat mengongsikan contoh-contoh apa yang mereka alami, dalam bidang mana mereka telah memperolehi pembelajaran dan contoh-
BSLA rasmikan rumah persatuannya PERSATUAN Wanita Brunei Shell (BSLA) telah melancarkan Rumah BSLA bertempat di G17 di Seria, pada 4 Jun 2006. Di perasmian tersebut, Yang Dipertua Persatuan Wanita Brunei Shell, Datin Paduka Hajah Hayati POKSDSP Haji Mohd Salleh, telah menekankan betapa penting semangat berpasukan dan komitmen didalam sesuatu organisasi seperti BSLA. Datin Paduka Hajah Hayati berkata, “Apa jua perancangan yang dibuat didalam sesuatu organisasi tidak akan berjaya tanpa ahli-ahli yang komited terhadap matlamat dan objektif mereka.”
Annmarie Henderson menanam satu pohon di sekitar kawasan Rumah BSLA
Berbagai aktiviti diadakan sempena meraikan perasmian Rumah BSLA itu termasuk bazaar yang dibuka kepada para tetamu dan lain-lain hadirin, mengenakan hena, pertunjukan melipat pengesat tangan dan gubahan makanan serta pertandingan melukis bagi anak-anak para ahli BSLA. BSLA telahpun menganjur aktivitiaktiviti berunsur pendidikan dan informatif dengan ahli-ahlinya sejak penubuhannya yang meliputi berbagai projek kemasyarakatan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka, khususnya di Daerah Belait. Sejauh ini sejumlah $30,000 telahpun dikutip melalui aktiviti-aktiviti ini, yang mana seterusnya didermakan kepada pertubuhan-pertubuhan amal dan kebajikan di negara ini.
contoh amalan yang mereka perolehi dan kongsikan dengan lokasi hos. Perkara-perkara utama dibentangkan di sini dan akan disusuli oleh forum OIM/ OM. • Sistem Permit Untuk Menjalankan Kerja boleh dan harus disejajarkan di seluruh rantau • Skim Kebolehan Mahir Berbilang/Kembar menyediakan peluang amat luas untuk mempertingkatkan kecekapan dibarisan hadapan • Peluang untuk memperkenalkan alat pengunci injap yang mudah dan kosefektif (“Pro-Lock”) yang boleh digunakan di seluruh rantau tetapi kini hanya digunapakai secara konsisten dalam SPEX • Inisiatif-inisiatif ‘Kebolehpercayaan Total’ telah dilaksanakan kali ini dan semua lokasi hos mula melihat manfaat-manfaatnya. Pekej pembentangan OT yang khusus dapat diperolehi dari laman ‘livewire’ seperti berikut http://sww-knowledge-epa.shell.com/knowtepa/ livelink.exe?func=ll&objId=4431931&objAction=browse&sort=name Pergiliran kali ketiga akan bermula pada suku ketiga 2006 dalam fomat dan strategi perlaksanaan yang berlainan. Juruteknik-juruteknik yang dicalunkan akan dikerahkan kepada tugasan di Pemeliharaan Penutupan Utama (Major Shutdown Maintenance) di Platform Malampaya di SPEX. Ini akan memberi peluang kepada Juruteknik Operasi kami yang menunjukkan prestasi tinggi untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang amalan-amalan terbaik dalam pengurusan penutupan operasi, dan SPEX pasti akan mendapat manfaat besar dengan memiliki kakitangan tambahan dan berkebolehan.
Pusat Kesihatan Panaga adakan simposium kesihatan PUSAT Kesihatan Panaga mengadakan Simposium Peningkatan Kesihatan dan Pencegahan Penyakit di Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) pada 11 Jun 2006. Simposium bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit-penyakit berkaitan cara hidup, impaknya dan langkah-langkah pencegahan yang dapat dilakukan secara perseorangan dan oleh syarikat-syarikat, meningkatkan kesedaran tentang khidmat-khidmat pencegahan yang boleh diperolehi dan manfaat dari mengamal cara hidup yang sihat. Tetamu Kehormat di perasmian simposium itu ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Dalam ucapan alu-aluannya, Timbalan Pengarah Urusan merangkap Pengarah Hal Ehwal Luar dan Sumber Tenaga Manusia BSP, Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali berkata, “Adalah diharapkan simposium ini akan mewujudkan platfom bagi para ahli professional kita untuk bertukar-tukar idea, mempelajari idea baru dan apa yang lebih penting, memupuk rangkaian kerja antara satu sama lain.” Beliau seterusnya berkata, “Brunei Shell Petroleum sentiasa bersikap proaktif dalam mengurus kesihatan para kakitangannya yang merupakan aset kepada syarikat. Kearah ini kami memberi motivasi kepada kakitangan kami untuk menjaga kesihatan dan keselamatan mereka melalui berbagai inisiatif seperti program cara hidup sihat dan piagam keseimbangan hidup-kerja.” Tambahan kepada simposium itu, satu pameran promosi kesihatan dan aktivitiaktiviti berkaitan diadakan selama dua hari yang dibuka kepada para kakitangan dan orang ramai.
Yang Berhormat Pehin and Haji Zainal Abidin melihat salah satu pameran semasa symposium tersebut
Salam, Jun 2006 9
Meletakkan Kakitangan dalam fokus HAMPIR 1500 kakitangan yang merupakan kira-kira separuh daripada keseluruhan Tenaga Kerja BSP melawat acara “People in Focus” interaktif yang diadakan pada awal bulan Jun di Ibu Pejabat BSP serta di Seria, Kuala Belait dan lokasi-lokasi luarpantai. Acara yang diadakan di Ibu Pejabat selama dua hari itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para kakitangan dan perkhidmatanperkhidmatan Sumber Tenaga Manusia (HR). Ianya juga diwujudkan untuk membantu meningkatkan pemahaman para kakitangan terhadap perkhidmatanperkhidmatan Sumber Tenaga yang dipilih yang termasuk tindakantindakan kajiselidik kakitangan, elemen-elemen dan peningkatan Pernyataan Nilai Kakitangan, Garispanduan Kemajuan Baru, Pengurusan Prestasi, Perkembangan Berasaskan Kecekapan dan Kemajuan (CBD dan IDP), Rancangan Perkembangan Individu Perseorangan (IDP), Acara-Acara pembelajaran 2006 dan Program Cara Hidup Sihat (HLP) Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP hadir untuk melancarkan acara berkenaan yang juga dihadiri oleh ahli-ahli lain Kumpulan Kepimpinan BSP dan para kakitangan BSP yang berpusat di Ibu Pejabat.
Haji Zainal Abidin Hj Md Ali, Timbalan Pengarah Urusan merangkap Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Luar BSP berkata, “Acara ini penting kerana membantu memberikan peluang kepada kakitangan untuk membincang isu-isu yang berkaitan dengan warga yang penting bagi mereka.” Beliau seterusnya berkata, “Tujuan keseluruhan memulakan acara ini adalah untuk meningkatkan perbincangan antara berbagai jabatan HD dengan kakitangan. Kami berhasrat memperolehi dan memberi perkhidmatan yang lebih berfokus kepada pelanggan, keberkesanan dan produktiviti lebih tinggi bagi jabatan-jabatan dan kakitangan yang kami layani.” Habibah Harry, Ketua Keberkesanan Organisasi dan Pengurusi acara itu juga berucap dengan berkata, memandangkan pendekatannya yang lebih bersifat peribadi dan interaktif, acara itu adalah satu cara perbincangan yang boleh digunakan dengan selesa oleh kedua-dua pihak HR dan pelanggan.
Acara itu diadakan untuk meningkatkan kesedaran para kakitangan dan mempromosi perkhidmatan-perkhidmatan Sumber Tenaga Manusia.
Tindakan-Tindakan Kajiselidik Kakitangan Shell
Kemajuan dan maklumbalas positif hasil perbincangan SPS SEJAK pelancaran Tindakan Kajiselidik Kakitangan Shell pada Julai lalu, Kumpulan Kajiselidik Kakitangan Shell telah memantau kemajuan sejauh ini, dan mereka sukacita melaporkan tentang adanya kemajuan cemerlang yang dicapai terhadap sebahagian tindakan-tindakan itu. Antara perubahan besar ialah Program Cara Hidup Sihat syarikat kini ternyata diamalkan, bengkel mengenai ‘Seven Habits of Highly Effective People’ pula digabungkan sebagai teras program pembelajaran bagi semua peringkat kakitangan, dan fasa pertama Penilaian Semula Pernyataan Nilai Kakitangan (EVP) telah diumumkan. Fasa 2 EVP sedang dikerjakan dan hasilnya akan diumumkan kemudiaan dalam tahun ini. Lebih 1500 kakitangan menghadiri sesi-sesi perbincangan yang dikelolakan antara Febuari dan Mac, dengan maklumbalas dari para kakitangan menunjukkan bahawa kita telahpun mencapai tren-tren yang positif. Pada keseluruhannya, kakitangan syarikat kini merasakan impak positif tindakan-tindakan pasca kajiselidik ini, khususnya dalam segi perhubungan yang erat dan hubungan dengan para pemimpin. Pemimpin-pemimpin meluangkan diri untuk lebih mudah ditemui oleh para kakitangan. Kakitangan juga membuat taksiran terhadap keseimbangan kehidupan-kerja dan proses penilaian kakitangan baru dengan baik. Bagaimanapun, masih terdapat bidang-bidang dimana kemuskilan kakitangan kekal pada paras yang tinggi, dan dimana
tumpuan tindakan-tindakan bagi pembaikan perlu dipertahankan kerana tiada penyelesaian segera bagi isu-isu yang rumit ini. Kumpulan Kajiselidik Kakitangan Shell ingin mengucapkan penghargaan kepada semua kakitangan yang menghadiri sesi-sesi perbincangan. Penyertaan aktif mereka, maklumbalas mereka yang jujur dan berharga, menunjukkan mereka memainkan peranan mereka secara aktif dalam usaha berterusan BSP kearah memperbaikkan lagi bidang bisnes. Untuk keterangan lanjut, layari laman web Kajiselidik Kakitangan Shell:
Habibah Harry, Ketua Keberkesanan Organisasi dan Ketua BSP bagi Kejiselidik Kakitangan Shell, mengetuai perbincangan dengan kakitangan STL
10 Salam, Jun 2006
Jerayawara bagi Sistem Pengurusan Fleet Card SATU jerayawara tentang Sistem Pengurusan Kad Pantas (Fleet Card) Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) diadakan dari 5 hingga 6 Jun 2006, di Pusat Persidangan Anatarabangsa Berakas, Bandar Seri Begawan. Ia ditujukan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan para pengguna kerajaan yang dikenalpasti bagi membentuk kesedaran tentang proses baru dalam pembelian minyak distesen-stesen menjual minyak sebelum penggunaan sepenuh teknologi kad itu, sebagai menggantikan pembelian secara manual. Semasa jerayawara itu, jabatan-jabatan kerajaan juga boleh melanggan sistem kad berkenaan melalui Bank Islam Brunei Berhad. Satu demonstrasi cara-cara menggunakan Sistem Pengurusan Fleet Card, dengan integrasi sistem dari tempat penjualan ke sokongan belakang pejabat (POS/BOS) di stesen-stesen menjual minyak diadakan dijerayawara tersebut. Pensepaduan kedua-dua sistem berkenaan membolehkan proses automasi sepenuhnya di stesen-stesen menjual minyak. Sistem POS/BOS menyediakan kemudahan-kemudahan menyeluruh dalam jualan, dagangan barangan dan inventori. Ia menangani skop sepenuh keperluan-keperluan berfungsi yang mendokong keseluruhan kitaran jualan dari pengendalian inventori, pembelian, penerimaan stok, penempatan dan peralihan. Perkhidmatan yang diberi di stesen-stesen minyak dengan menggunakan Sistem Pengurusan Fleet Card kekal tidak berubah
Stesen minyak baru bagi Temburong
Stesyen minyak Temburong sekarang di Jalan Batang Duri
Kakitangan BSM menunjukkan proses untuk menggunakan fleet card
dengan konsep perkhidmatan berlayan, dimana kad akan dikenakan kepada Terminal Pengesan Data Secara Elektronik (EDC) yang disediakan untuk meminta kebenaran, sebelum pengisian minyak dimulakan. Penggunaan sistem ini juga membantu menghapuskan pemerosesan pembayaran dan pembuatan bil secara manual yang menggunakan pen dan kertas dengan menggunapakai teknologi pengesan data. Sistem Pengurusan Fleet Card adalah projek kerjasama diantara Bank Islam Brunei dan BSM kearah memberikan perkhidmatan tambah nilai selaras dengan inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menuju ke E-Kerajaan melalui pembayaran secara elektronik dan penyelesaian di pejabat tanpa kertas. Sistem kad ini telah dilaksanakan di pejabat-pejabat kerajaan mulai 1 Jun 2006 dan semua jabatan akan berlanggan dengan sistem baru ini sepenuhnya menjelang 31 Julai 2006.
KE ARAH meningkatkan lagi tahap perkhidmatan di Temburong, daerah berkenaan akan mempunyai satu lagi stesen menjual minyak terletak di Jalan Labu di Kampong Negalang. Stesen baru ini kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dan mula beroperasi pada hujung tahun ini. Pada masa ini terdapat 36 stesen menjual minyak di Brunei Darussalam terdiri daripada 23 di Daerah Brunei-Muara, enam di Daerah Belait, enam di Daerah Tutong dan sebuah di Daerah Temburong. Apabila siapnya stesen itu nanti akan menjadikan dua buah stesen di Daerah Temburong dan 37 bagi keseluruhan negara. Minyak petrol dihantar ke Daerah Temburong dua kali seminggu kepada ketiga-tiga stesen minyak di perairan sungai dengan menggunakan kapal. Sebagai memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya, BSM juga komited mematuhi sepenuhnya standard dan dasar Kesihatan, Keselamatan, Perlindungan dan Alam Sekitar. BSM telah menguatkuasakan beberapa standard keselamatan termasuk amalan-amalan yang selamat di stesen-stesen minyak yang memerlukan para pemandu mematikan injin kereta dan telefon bimbit dan tidak merokok. Juga sebahagian kempen ini, “Jangan bermain dengan minyak, nanti anda terbakar”, kesemua pelanggan di perlukan menggunakan bekas-bekas minyak yang dibenarkan atau ‘jerrycans’ untuk menyimpan minyak. Semua pelanggan dan pemilik stesen minyak juga dinasihatkan supaya mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri. Arahan-arahan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2006 meliputi penjualan produk petroleum (Premium 97, Super 92, Regular 85 dan diesel).
BSM lancar laman web baru PADA 26 Mei 2006, BSM secara rasmi memperkenalkan laman web wajah barunya, yang direkabentuk semula keseluruhannya. Tetamu kehormat di perasmian itu Pg Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pg Seri Indera Pg Hj Ismail, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri. Pg Haji Yasmin Pg Haji Mohamad, Pengarah Urusan BSM, dalam ucapan alu-aluannya berkata ini adalah satu langkah kehadapan bagi BSM dalam usahanya menghantar produk-produk dan perkhidmatan yang paling inovatif dan terkini. Melalui laman web ini, BSM bertujuan memberi maklumat dan berkongsi apa jua yang perlu diketahui tentang BSM dengan para pelanggannya serta orang ramai amnya. Ketersediaan maklumat mengenai semua produk dan perkhidmatan sentiasa tersedia dan akan dikemaskinikan secara selalu. Turut hadir wakil-wakil Persatuan Peniaga Jualan, para kontraktor, pelanggan-pelanggan perindustrian serta para kakitangan BSM. Sebagai sebahagian acara perasmian, acara kuiz sertamerta diadakan dimana peserta-peserta dapat mencari jawapan-jawapan dengan melayari laman web itu.
Kakitangan BSM menunjukkan laman web baru syarikat itu
Salam, Jun 2006 11
Business Improvement Priorities TOGETHER FOR A BETTER FUTURE
Impak signifikan terhadap dasar BSP melalui BIP BSP sangat gembira dengan impak yang Prioriti-Prioriti Pembaikan Bisnes (BIP) telah bawakan terhadap dasar syarikat, khususnya dalam Prestasi Pengeluaran dan Telaga. Paras penangguhan mula menunjukkan penurunan besar setelah berada pada tahap yang tinggi buat bertahun-tahun lamanya, manakala Waktu Bukan Produktif (Non-Productive Time, NPT) bagi telaga-telaga pula menurun dari 40% kepada kira-kira 20% dan hasil bersih kita kini adalah melebihi sasaran buat pertama kali dalam tempoh 7 tahun. BIP dikenakan tahun lalu pada lapan bidang yang telah dikenalpasti oleh pemimpin-pemimpin atasan BSP sebagai memerlukan pembaikan segara. Bidang ini adalah: Prioriti-Prioriti Pembaikan Bisnes
Ketua BIP
Keselamatan
Hj Mohd Sufri Hj Sulaiman
HSE
Kakitangan dan Kebolehan
Hjh Malai Nuridah SH Mohammad
HPD
Persiapan Projek
Pg Omarali Pg Hj Mohamad
SEN
Permudahan
Jabine Vandermeijs
FAC
Pembaharuan Portfolio Subpermukaan Peter Brittingham
DSM
Pemeliharaan dan Pengeluaran
Paul Rijks
OPM
Perancangan Aktiviti Bersepadu
Bert-Jaap Dijkstra
SBS
Persiapan Telaga
Farida Dato Hj Talib
TSW/5
Kumpulan-kumpulan kakitangan dari bidang yang berkenaan kemudiannya ditugaskan untuk mengenalpasti tindakan-tindakan utama yang perlu dibuat untuk memperbaiki prestasi BSP secara besar-besaran dalam bidang-bidang ini. Tindakantindakan dipersetujui oleh para pengarah dan kumpulan-kumpulan diberikuasa melaksanakan dengan mesej yang kukuh - “Lakukan Sahaja” (Just Do It). Sejak bulan Jun, program ini mendahului jadual dengan lebih 85% tindakan yang dipersetujui sudah diselesaikan dan hasil-hasilnya pula mula dilihat melalui dasar-dasar. Program ini telah dipantau dan dilaporkan secara agresif dengan sebarang bidang yang ketinggalan dibelakang ditangani segera dan mendapat bantuan tambahan dari semua yang terlibat, termasuk pengarah35 TAHUN pengarah. Ini adalah terlalu penting untuk dibiarkan begitu sahaja setakat menjadi “hanya satu lagi inisiatif ”. Balakrishnan V EOP124 Sebahagian daripada tindakan-tindakan itu mungkin Chan Keng Mun PPA422 anda sudah saksikan seperti pembentukan organisasi Hj Awg Damit B Hj Sulaiman STL32 projek besar baru, perlantikan pengurus pengkajian Lee Roland WEN221 perkembangan, pelancaran sistem pengurusan bakat Md Mazlan Abdullah @ Bisol SCO3221 baru dan peningkatan EVP yang telah dilaksanakan Ong Ban Huat D ESP11 sepanjang enam bulan kebelakangan. Kesemua kerja ini dilakukan oleh kakitangan ‘line’ 30 TAHUN BSP yang juga menjalankan tugas-tugas biasa mereka, yang merupakan salah satu rahsia kejayaan, dimana Shari Bin Said @Mat Said POP111 mereka yang arif tentang bisnes inilah yang membuat Mohamad Bin Kachi OMS13 perubahan-perubahan yang perlu. Ushiyama J R DOP3X Memandang kehadapan, BSP bertekad untuk Hj Suhai Bin Haji Yusoff DOP113 “melakukannya lagi”. Kita berazam menyelesaikan tindakan-tindakan yang belum diambil menjelang Liu Lee Chin WOP0 hujung suku ketiga tahun ini dan akan mengenalpasti 25 TAHUN tindakan-tindakan seterusnya yang akan membawa BSP kepada syarikat kelas dunia. Sebahagian daripada Chew Yen Yuk FAC532 langkah-langkah kearah tujuan ini sudahpun Tan Sang Gek FAC231 dilaksanakan, khususnya dalam usaha menuju ‘Top Wong Choon Yun IAM42 Quartile’ yang dijanakan oleh aset-aset dan penerusan fokus terhadap Permudahan. Kita semua mempunyai Chiew Ah Wee HRS322 Tai Kim Christopher ISM124 peranan dalam hal ini! Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang Chaw Nyet Siong IWM0 BIP, sila hubungi ketua-ketua BIP yang disenaraikan Rapita Bte Hj Ramli HSE0 Chee Bte Hj Asnawi TSM411 diatas.
Ulangtahunperkhidmatan 20 TAHUN Hjh Fatimah Bte Hj Sirat IWM1 Hjh Ramlah Bte Hj Ahmad SEN1511 Jaini Bin Abd Rahman STL2123 Hjh Kursinah Hj Mohd Sani MD0
15 TAHUN D Suzana P Tengah@D Nurhidayah WPE20 Hamidon Bin Hj Masri TSW19 Hj Dynniel Bin Hj Ahmat STL2111 Sulaiman Bin Hj Hashim WOP123 Dahliah Bte Haji Wahab HML30 Abdul Mutalip Bin Hj Omar HRS321 Hj Suffian Bin Hj Mohd Daud BMO3 Jasni Bin Salleh SMR20 Rosnani Bte Tanga WPE0 Ismail Bin Hj Zaini UCP6 Mariana Bte Hj Muhammad Jamil WOP31 Hj Zullainie Bin Abdullah SCM2515 Puasa Bin Punggot EME311
10 TAHUN Safferi Bin Hj Usop ISM3223
12 Salam, Jun 2006
Paling ramai hadir di Rumah Terbuka MD
Grahaeme memberi tepukan kepada kanak-kanak yang menari
ACARA Rumah Terbuka tahunan MD yang diadakan pada 25 Jun 2006 di Nombor 49 terbukti satu lagi kejayaan besar dengan memperlihatkan kehadiran para kakitangan dari keempat-empat Syarikat Usahasama Brunei Shell paling ramai yang merupakan satu rekod. Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson dan isteri, Annmarie, mengalu-alukan para tetamu yang berkunjung. Kantung-kantung berisi berbagai perisian diberikan kepada kanak-kanak sebaik sahaja mereka tiba, dan para hadirin lain pula dihiburkan dengan berbagai keriaan dan permainan serta dihidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman seperti kebab, roti canai, mi goreng, sayap ayam, burger dan lain-lain jenis makanan ringan. Kanak-kanak khususnya sungguh riang dan gembira dengan berbagai aktiviti yang diadakan sepanjang hari. Dengan dihiburkan oleh sekumpulan badut yang membawa maskot Mickey dan Winnie the Pooh dan hidangan kupon untuk mendapatkan belun, gulali dan ais krim Mr Softy, kanak-kanak tersenyum lebar sepanjang hari. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang hari untuk orang-orang dewasa dan kanakkanak ialah permainan teka-meneka, dimana para peserta diminta meneka bilangan gula-gula dan coklat dalam balang, peraduan melukis dan mewarna
bagi kanak-kanak berumur antara lima tahun dan lapan tahun, dan dari sembilan tahun ke 13 tahun, cabaran bolasepak yang diadakan dalam padang kecil yang dikembungkan dengan angin, melukis muka dan hena, dan terdapat juga bouncer bertemakan Titanic, lengkap dengan apungan ais dalam laut atau iceberg dan kapal yang tengelam. Juruacara yang dikenali ramai, Sayuti juga hadir buat sepanjang hari untuk menghibur para hadirin dan mengedarkan lebih 100 hadiah cabutan bertuah kepada mereka yang beruntung. Para hadirin, samada dewasa mahupun kanakkanak juga dihiburkan dengan musik sepanjang hari oleh sebuah pancaragam akustik yang mempunyai lima pemain musik. Sebagai tambahan para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan tradisional gulingtangan disertai oleh pertunjukan seni mempertahankan diri, silat. Di akhir hari, Grahaeme Henderson mengucapkan terimakasih kepada semua kerana kehadiran mereka di acara rumah terbuka itu, dengan berkata, “Satu detik yang benar-benar hebat.” Grahaeme mengetengahkan tentang mustahaknya keselamatan dan semua pihak perlu berbuat sedayaupaya demi keselamatan dalam apa jua yang dilakukan dan kembali ke rumah kepada pangkuan keluarga dengan selamat.
Salam diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM. Penyuntingan tel: 3375951. Dicetak oleh Star Trading and Printing Sendirian Berhad