LAMPIRAN A Warkah Diraja: KEPADA SIR FRANCIS LIGHT (L)
Sampel L1 – Tarikh: 15 Mac 1786 Surat Yang Dipertua Kedah kepada Gurnadur, 14 Jamadilawal Kata pembuka
Surat kasih sayang Beta sampai kepada sahabat beta Gurnadur Pulau Pinang.
Isi kandungan (I)
Bahawa akan perintah Pulau Pinang itu, sahabat beta nyatakan mari kata dengan kehendak Jenderal dari Benggala hendak buat tempat baiki kapal perang, buat loji dan bubuh tunggal ikut adat
Kompeni. Maka Pulau Pinang itu jalan pinta
perniagaan. Sebab daripada sangat putih hati akan sahabat beta, maka jadilah beta muafakat. Dinyatakan pada sahabat beta seperti sahabat kehendak beta, jika Jenderal turut berikan, maka beta kesukaanlah terima. Maka sahabat beta pinta bertangguh, hendak nanti Jenderal nyatakan mari surat balas dari Belayat, karena sudah Jenderal nyatakan pergi dahulu. Dalam itu berapa lama sudah, maka sahabat beta pun tiada boleh mari pada beta. Maka beta suruh Laksamana pergi banyak kali sudah, pinta kata2 sahabat beta yang putus, dari karena surat – surat janji sahabat beta pun ada beri, beta taruh. Maka ini sahabat beta nyatakan mari dua kehendak lain daripada kehendak beta nyatakan dari awal mulanya suka atawa tiada suka beta sahabat beta pinta putuskan dinyata pergi. Maka perintah lain daripada kehendak beta dinyatakan dahulu itu keduanya itu tiada beta sukakan. Maka pada surat beta dahulu pun sudah beta nyatakan, jika tiada kesukaan pada Jenderal seperti kehendak beta sudah beta pinta tabek, tiadalah beta suka.
132
Isi kandungan (II)
Maka daripada sangat beta putih hati tulus akan sahabat dan akan Jenderal inilah, beta nyatakan boleh sahabat beta muafakat dengan segala kepercayaan Jenderal di Pulau Pinang itu cahari pada jalan kebajikan yang betul benar seperti pinta beta itu ditentukan mari. Jika tiada sahabat beta khususkan pun seperti pinta beta itu dahulu itu boleh beta bicara turut seperti surat Kompeni barang hal kekurangan disuruh beta nyatakan pergi. Maka itulah Laksamana beta beri pergi, pinta sahabat beta nyatakan mari dengan segeranya dengan sebenar putih hati sahabat beta, boleh beta ketahui.
Penutup
Buat surat empat belas hari bulan Jamadilawal. Tamat. Maka surat Yang Dipertuan Kedah ini disalin Hakim Bandar Pulau Pinang. Tamat.
Sampel L2 – Tarikh: 6 April 1786 Surat Sultan Ibrahim dari Selangor kepada Gubernur Kata sapaan
Al-shams wa-al qamar
Kata pembuka (I)
Bahawa ini warkat al-ikhlas yang terbit daripada hati yang
(Puji-pujian)
putih lagi jernih iaitu daripada hadrat Maulana Sultan Ibrahim Raja yang memerintah di dalam bandar negeri Selangor Darulkhusus barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam kepada sahabat kita Gubernadur Mister Light yang memegang perintah Kompeni Inggeris di dalam bandar kota Pulau Pinang , yang telah masyhur namanya kepada segala negeri yang di barat dan negeri yang di timur dan lagi mengasih orang yang miskin dan anak dagang yang keluar masuk di dalam bandarnya.
Isi kandungan (I)
Ammabada maka adapun kemudian daripada itu akan ehwal kita melayangkan sekeping surat menyatakan tanda
133
tulus dan ikhlas kepada sahabat kita karena tiada jua kita menaruh lupa akan sahabat kita seperti bersahabat dahulu hingga sampai sekarang jua adanya. Isi kandungan (II)
Maka sekarang ini kita minta tolong kepada sahabat. Ada padri kita bernama Haji Kasim serta membawa anak2 dua orang hendak nak haj ke negeri Mekah minta tolong tumpangkan. Jikalau ada kapal Kompeni atau negeri lain boleh lekas dapat kapal ke negeri Mokha atau negeri Judah itu, kita minta tolong kepada sahabat kita. Ehwal itulah adanya.
Penutup
Tammat al-kalam. Tersurat pada hari Isnin pada enam hari bulan Jamadilakhir, sanat 12 (00).
Sampel L3 – Tarikh: 23 Julai 1787 Surat Sultan Alaudin dari Perak kepada Gurnadur Kata sapaan
Ya Fattah al-qulub
Kata pembuka (I)
Salam lillah ta’ala ala al-dawam ma damat al-layl wa-al-
(Puji-pujian)
ayyam dengan berkat Muhammad sayyid al-anam serta dihiringi dengan beberapa madah dan sana serta doa yang tiada terhingga dan berkeputusan kasih dan mes { a } ra tiada berkesudahan daripada kita Maulana Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda Khalifah al-rahim johan berdaulat zill Allah fi al-alam yang di atas taktha singga (h) sana kerajaan dalam negeri Perak Darul Ridzwan barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya pada Gurnadur yang memerintahkan tadbir dalam negeri kota Pulau Pinang, yang arif bijaksana pada jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta berkasih-kasihan yang tiada berhingga dan berkeputusan antara kita kedua pihak ini akan menjadi
134
kebajikan (ma) s (y) rik dan magrib. Isi kandungan (I)
Syahadan adapun hal Gurnadur hendak biasa dengan kita itu, terlalulah kesukaan kita serta dengan benarnya sangat pada hati kita. Adapun akan negeri Perak ini adalah umpama perempuan yang elok tetapi sungguhpun elok ada pula lakinya, maka lakinya itu terlalu cemburu {n}nya. Dalam pada itu pun ada pula orang berkehendak akan perempuan itu, maka iaitu terlalu suka, tetapi lakinya itu terlalu amat karas apalah dianya perempuan itu. Maka negeri Perak
pun
demikian itulah, maka hendaklah Gurnadur baik2 bicara, adapun yang karas itu d q-nya pun di atas karas juga. Gurnadurlah yang lebih tahu akan perintah itu. Isi kandungan (II)
Kemudian daripada itu, akan hal orang besar seorang baru datang dari Benggala itu menghendak{k} I benih sagu pohonnya yang kecil2 itu, hendak bawa pergi tanam ke Benggala oleh karena di Pulau Pinang tiada benih itu, maka kehendak itu lagi tengah kita bicarakan. Di dalam negeri Perak pun mahal pula benih sagu itu dan tanah tempat banih anak sagu itu pun mahal juga sedikit.
Isi kandungan (III)
Adapun makanya terlambat sedikit surat ini kita terbalas oleh karena ada susah kita sedikit, raja Selangor datang masuk negeri Perak. Sudah lepas pekerjaan raja Selangor itu, barulah kita terbalas surat Gurnadur ini. Kita suruh bawa hantarkan segera ke negeri kota Pulau Pinang ini membawa segala khabar yang ehsan daripada kita. Intaha alkalam.
Penutup
Tersurat pada tujuh hari bulan Syawal hari Isnin waktu loha sanat 1201
135
Sampel L4 – Tarikh: 10 November 1787 Surat Sultan Mahmud Syah dari Johor dan Pahang kepada Senyur Gurnadur Kata sapaan
Qawluh al-haqq wa kalamuh al-sidq
Kata pembuka (II)
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang hening jernih iaitu daripada Paduka Seri Sultan Mahmud Riayat Shah yang mempunyai taktha kerajaan negeri Johor dan Pahang dengan segala daerah takluknya barang diwasilkan Tuhan Hannan al-Mannan apalah kiranya kepada pihak sahabat kita iaitu Senyur Gurnadur yang memerintahkan di dalam Pulau Pinang yang masyhur kekayaannya dan kebesarannya, bertambah pula dengan baik budi pekerti, lagi setiawan atas melakukan berkasih-kasihan dengan segala handai taulannya, lagi teguh setianya muafakat yang tiada berubah2 selagi ada peredaran cakrawala matahari dan bulan perkisaran malam dan siang. Maka kita pohonkan kepada Tuhan segala alam atasnya sihat dan afiat serta lanjut usia umur zamannya dengan beberapa izzat daulat saadat daripada segala jenis kebajikan dan tadbir perintah yang selamat al-mubarak jua adanya.
Isi kandungan (I)
Wabadahu daripada itu Paduka Seri Sultan memberi istifham kepada pihak sahabat kita Senyur Gurnadur bahawa adalah kita berkirim warkat al-ikhlas tulus kepada Kapitan b-d serta kita minta’ sampaikan kepada pihak sahabat kita Senyur Gurnadur pada hal kita menyatakan pekerjaan kita kepada pihak sahabat kita. Dan jikalau menjadi patut kepada sahabat kita serta putih hati akan kita melainkan kita minta’ kepada pihak sahabat kita sampaikan kepada Tuan Jenderal yang di Benggala surat kita ini. Karana adalah asal kita dengan Kompeni Welanda itu maka adalah Kompeni Welanda melanggar Riau hendak mengalahkan orang Bugis dan hendak
136
mengangkat raja Melayu. Isi kandungan (II)
Maka dengan takdir Allah taala di atas hambanya, maka orang Bugis pun alah dilanggar oleh Jacob Peter van Braam Komandan. Maka orang Bugis pun lari habis lari undur dari dalam Riau itu. Maka tinggallah kita segala orang Melayu di dalam Riau. Maka diperbuatlah perjanjian oleh Jacob Peter Komandan van Braam dengan kita dan segala raja2 yang di dalam Riau bersurat-suratan antara keduanya Jacob Peter van Braam dengan kita. Setelah sudah putus waad perjanjian kita dengan Jacob Peter van Braam Komandan maka iapun pulang ke Betawi serta dibawanya surat perjanjian kita itu.
Isi kandungan (III)
Kemudian daripada itu maka datanglah petur Ruhde David Resident dari Betawi duduk di dalam Riau. Maka segala perjanjian kita dengan Jacob Peter Komandan van Braam dengan segala raja2 di dalam Riau itupun diubahnya oleh petur dan peturlah yang memegang perintah Kompeni di dalam Riau itu. Maka di dalam antara itu orang Ilanun pun datang ke Riau. Dengan perintah Tuhan azzawajalla negeri Riau pun habislah rusak dan petur pun lari pulang ke Melaka. Maka itulah kita menyatakan kepada sahabat kita. Permintaan kita kepada kepada sahabat kita boleh menyampaikan kepada Tuan Jenderal yang di Benggala, jikalau boleh tuan Jenderal bicara akan kita pada jalan yang betul. Jikalau ada kita punya salah kepada Kompeni Welanda melainkan Tuan Jenderal salahkan kita. Dan jikalau ada kebenaran kita dengan Kompeni Welanda melainkan kita minta’ tolong kepada Tuan Jenderal benarkan serta Tuan Jenderal dirikan kita atas jalan yang benar, karana tiadalah tempat peng(h)arapan kita lagi melainkan kepada Kompeni Inggerislah menolongi kita, karana kepada zaman ini Kompeni Inggerislah yang masyhur dari negeri atas angin sampai ke negeri bawah angin ini.
137
Kompeni Inggerislah yang ada kasihan boleh menolongi segala orang yang kesakitan dan teraniaya dan membuat kebajikan. Isi kandungan (IV)
Dan sebagai lagi seperti kita pun telah sampailah kepada Datu’ kita Sultan Terangganu serta kita pun menyatakan
segala pekerjaan dan penceraian kita dengan
Kompeni Welanda, maka kita pun serahkan bicara diri kita itu kepada Datu’ kita Sultan Terangganu, baik kepada Kompeni Inggeris baik kepada Kompeni Walenda, mahu kepada baiknya dan mahu kepada jahatnya. Isi kandungan (V)
Syahadan daripada itu kita minta’ tolong kepada sahabat kita utangi meriam yang besar dua pasang yang panjang sepuluh hasta serta dengan ubat pelurunya. Dahulu Allah bada rasulnya, telah harablah kita akan sahabat kita Senyur Gurnadur menolongi kita daripada barang yang kekurangan atas kita.
Penutup I
Kemudian daripada itu suatu pun tiada alamat alikhlas daripada kita akan sahabat kita, hanyalah berdoa daripada tiap2 hari malam dan siang. Tammat al-kalam.
Penutup II
Tersurat warkat ini kepada dua puluh sembilan hari bulan Muharam sanat 12(0)2.
Sampel L5 – Tarikh: 4 Februari 1792 Surat Sultan Mansur dari Terangganu kepada Gurnadur Kata sapaan
Al-sham wa-al-qamar wa-al-nujum
Kata pembuka (I)
Bahawa ini warkat al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-
(Puji-pujian)
zakiah serta kasih sayang yang tiada terhingga iaitu daripada Seri Sultan Mansur ibn al-Marhum al-Sultan Zainal Abdin yang di atas takhta kerajaan negeri Terengganu Darussalam
138
barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada pihak kekasih kita dan sahabat kita iaitu anak kita Gurnadur yang ada istikam serta memegang perintah dan daerah
bandar
Pulau
Pinang.
Barang
bertambah2
kebesarannya dan kemuliaanya dan dipanjangkan Allah umur usianya serta beroleh sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya. Dan ialah yang mempunyai perangai yang lembah lembut serta terlalu arif pada hal memerintahkan khayr dan salah serta tolong-menolong pada sekalian sahabatnya orang besar2 dan raja2. Barang dikekalkan Allah perangai yang demikian selama ada cakerawala matahari dan bulan. Isi kandungan (I)
Wabadahu daripada itu barang mafhum kiranya anak kita dan sahabat kita, maka adalah kita menyatakan kepada anak kita daripada hal Saudagar Nasrudin telah kembalilah ke rahmatullah dari negeri yang fana ke negeri yang baka. Maka sebab kematiannya itu sudah kita beri pergi surat berjalan darat kepada pihak anak kita. Maka kita pun sangatlah jadi masyghul hati serta kesusahan dengan percintaannya sebab mati Saudagar itu. Demikianlah sudah hal Saudagar berlaku hukum Allah atasnya. Itulah kita nyatakan kepada pihak anak kita.
Isi kandungan (II)
Syahadan maka daripada hal anak kita janganlah diubahkan barang sesuatu perkerjaan bagaimana pada zaman Saudagar. Demikianlah anak kita kerjakan serta tolongmenolong antara kedua pihak pada barang sesuatu hajat maksud serta suruh-bersuruhan tiada berkeputusan karana Terangganu dan Pulau Pinang jadi satu. Maka daripada hal kita pun daripada zaman dahulu sampai sekarang sangatlah kita bersahabat2 dengan Kompeni Inggeris, maka dipinta kepada Allah barang ditetapkan bersahabat2 tolong menolong hingga sampai kepada anak cucu kita.
139
Isi kandungan (III)
Sebermula adalah kita menyuruh Syeikh Muhammad dan Nakhoda Bawa dan Nakhoda s-t-m pergi ke Pulau Pinang mendapatkan anak kita serta membawa perahu keci dengan muatan serba sedikit. Maka dahulu Allah wabada Rasulnya, telah harablah kita akan penolong anak kita pada barang sesuatu hal ehwalnya dan kesakitan dan kesukarannya dan jual belinya pada segenap perkaranya melainkan kita harabkan penolong anak kita. Dan lagi anak kita tolong belikan ubat bedil yang baik barang dua ratus pikul beri mari dalam keci itu. Maka daripada hal suruhan kita itu pun, Syeikh Muhammad dan Nakhoda s-t-m itu, hendaklah anak kita tolong pada barang sesuatu pekerjaannya;disuruh ia berlayar dengan segeranya mari ke Terangganu, jikalau boleh pada bulan Syaaban ini sampai ke Terangganu, karana hal negeri Terengganu ini duduk di dalam ketakutan daripada Siam apabila terbuka Kuala.
Isi kandungan (IV)
Adalah khabarnya siam itu, maka daripada hal Siam pada tahun ini adalah kita menghantarkan bunga emas, maka tiadalah ia mau terima serta dikehendakinya yang tiada patut. Maka kita pun
tiadalah terturut seperti maksud Siam itu
melainkan kita serahkan kepada Allah semata2 mana yang diperintahkan, inilah yang berlaku. Maka adalah kita mendengar khabar sedikit2 pada tahun ini Siam ini hendak melanggar Terengganu dengan Kelantan. Di dalam itu mana yang ditakdirkan Allah itulah yang jadi. Maka daripada hal anak
kita
hendaklah
mendengar2kan
khabar
negeri
Terengganu ini kerana kita, dahulu Allah bada Rasulnya telah sangatlah harap kita akan penolong anak kita pada barang sesuatu kesakitan negeri Terengganu ini. Isi kandungan (V)
Sebagai lagi daripada hal perkiraan bersyarikat Saudagar Nasrudin dengan anak kita dan dengan sahabat kita
140
itu Kapitan Scott daripada hal Kapitan Lang membawa kapal serta dengan muatannya dagangan membalau dan belerang. Maka sekalian dagangan itu dipunggahkan oleh Saudagar ke darat. Maka di muatkan oleh Saudagar dalam kapal Kapitan Lang itu lada empat ribu pikul dan kapas dan rotan bawa pergi ke Cina serta Saudagar Nasrudin beri surat kepada Saudagar di Cina. Maka daripada hal kapal Kapitan Lang itu disuruhnya jual di Cina dengan harga dua puluh lima ribu rial. Jikalau tiada laku di Cina apabila ia sampai ke Pulau Pinang disuruhnya jualkan juga kapal Kapitan Lang oleh Saudagar kepada anak kita dan sahabat kita iaitu Kapitan Scott. Maka sekarang hendaklah anak kita menyuruh orang yang kepercayaan kepada anak kita mari ke Terengganu serta membawa segala daftar perkiraan kapal Kapitan Lang dengan muatannya yang dibawa ke Cina itu dan dagangan yang ditinggalkan Kapitan Lang di Terengganu ini, supaya boleh kita lihat dengan daftar Saudagar Nasrudin selesaikan segala perkiraan itu. Apabila sudah selesai segala perkiraan itu,maka boleh kita muafakat pulaq dengan anak kita pada jalan perniagaan bagaimana pada zaman Saudagar Nasrudin supaya jangan berkeputusan antara kita dengan anak kita. Dengan sebab itulah kita kehendaki anak kita beri mari orang yang tahu berbicara. Isi kandungan (VI)
Sebagai pula daripada hal pekerjaan Mister Fairlie dengan Saudagar Nasrudin serta dengan anak kita bersyarikat itu, itu pun hendaklah anak kita beri mari daftarnya supaya boleh jelas segala perkiraan itu.
Isi kandungan (VII)
Dan seperti ulang Kapitan c-m-n-z berapa banyak yang sudah diterima oleh Mister Fairlie dan berapa yang tinggal lagi. Maka daripada hal harta yang Mister Fairlie beri mari kepada anak kita dan kepada sahabat kita Kapitan Scott,
141
berapa banyak anak kita dan sahabat kita Kapitan Scott terima daripada Mister Fairlie itu, maka sekalian perkara itu hendaklah anak kita beri mari daftarnya. Isi kandungan (VIII)
Maka daripada hal Kapitan Carnegie apabila sampai ke Pulau Pinang, hendaklah anak kita suruh Kapitan Cernegie itu mari dengan segeranya ke Terengganu. Jangan dianya tiada datang sebab Saudagar Nasrudin pun sudah tiada itu. Maka insya-Allah taala bagaimana pada zaman Saudagar kita kerjakan, tiadalah berubah pada barang satu pekerjaan. Dan lagi kita pun sangatlah suka akan Kapitan Carnegie itu karana dianya tahu adat bicara Melayu serta budi bahasa pun baik.
Isi kandungan (IX)
Seperkara lagi daripada hal kapal yang disuruh oleh Saudagar beli di Benggala kepada Mister Fairlie, sebahagi anak kita dan sebahagi Mister Fairlie dan sebahagi Saudagar serta diberinya pergi modal kepada Kapitan Carnegie. Maka apabila sudah dibeli oleh Mister Fairlie kapal itu melainkan kita bersyarikat dengan anak kita dan dengan Mister Fairlie bagaimana pada zaman Saudagar. Dan seperti apiun Patna yang dipinta oleh Saudagar kepada Mister Fairlie dengan harga tiga ratus tiga puluh lima rial sepeti, itu pun kita ambil. Dan seperti dagangan pun diambil juga bagaimana surat Saudagar beri pergi kepada anak kita, demikianlah kita kerjakan.
Isi kandungan (X)
Maka daripada hal pergi berlayar ke sebelah tanah Brunei itu pun kita suruh juga pergi orang baik yang kepercayaan, barang dua tiga orang pergi bersama2 Kapitan Carnegie. Dan segala kapal2 orang putih yang hendak mari ke Terengganu, hendaklah anak kita suruh mari bagaimana selamanya.
Isi kandungan (XI)
Dan sebagai lagi daripada hal pekerjaan keci yang dibawa Syeikh Muhammad dan Nakhoda Bawa dan Nakhoda
142
s-t-m ini, melainkan kita serahkan kepada anak kita pada sekalian pekerjaan dan jual belinya, melainkan mana ikhtiar anak kita. Dan seperti dagangan yang dibawa di dalam keci itu, jikalau laku dengan segeranya baiklah, jikalau tiada laku kesemuanya, melainkan anak kita punggahkan ke darat, tinggal kepada anak kita. Maka anak kita muatkan dagangan mana yang patut ke Terengganu beri mari, asal dengan segeranya sampai ke Terengganu. Serta anak kita bicarakan orang putih yang baik beri mari di dalam keci itu, barang empat orang. Isi kandungan (XII)
Dan lagi kita beri surat kepada Raja Kedah minta beras muatannya keci itu. Maka pekerjaan itu melainkan ikhtiar anak kita; jikalau menjadi benar kepada anak kita, hendaklah anak kita suruh bawa keci itu ke Kedah, jikalau tiada jadi benar kepada anak kita, janganlah suruh.
Isi kandungan (XII1)
Maka daripada hal Nakhoda Bawa itu, barangkali dianya hendak tinggal di Kedah, tiada berlayar bersama2 dengan keci itu; biarlah ia tinggal.
Isi kandungan (XIV)
Sebagai lagi daripada hal segala piutang Saudagar Nasrudin di Pulau Pinang dan di Kedah, itu pun kita waki(l)kan kepada anak kita, melainkan hendaklah anak kita periksa kesemuanya tentukan beri mari surat. Maka seperti utangnya Kapitan Cina Ci Ki dua ribu rial kepada Saudagar itu maka hendaklah anak kita pinta rial itu kepada Kapitan Cina Ci Ki beri mari. Maka daripada hal Syaudagar Mirang Kandu itu, hendaklah anak kita periksa kepadanya berapa harta Saudagar Nasrudin kepadanya dan beberapa yang sudah diterima Saudagar
Nasrudin dan berapa tinggal
lagi
kepadanya. Itu pun hendaklah anak kita periksa tentukan beri mari suratnya. Isi kandungan (XV)
Seperkara lagi daripada hal dagangan Kapitan Lang
143
tinggalkan itu seperti membalau dan belerang tiadalah laku hanya diutang2kan sedikit2, tetapi insya-Allah taala kita tolong jualkan juga. Isi kandungan (XVI)
Seperkara lagi hendaklah kita bicarakan rial beri mari kepada suruhan anak kita itu karana Saudagar sudah mati ini tiadalah meninggalkan rial hanyalah dagangan sahaja. Sebab itulah kita sangatlah jadi kesusahanan.
Isi kandungan (XVII)
Seperkara lagi, jikalau jadi kemudah-mudahan kepada anak kita, hendaklah anak kita suruh mari Kapitan Scott dan Mister k-r t supaya boleh kita tentukan barang suatu pekerjaan pada jalan muafakat perniagaan antara kita dengan anak kita.
Isi kandungan (XVIII)
Seperkara lagi daripada hal Nakhoda Pria Tambi itu, hendaklah anak kita suruh ia mari dengan segera ke Terengganu barang mana kapal yang hendak mari dahulu. Hendaklah anak kita tumpangkan ia suruh mari dan barang suatu pekerjaan di sana ditinggalkan dahulu, suruh dia mari dengan segeranya.
Isi kandungan (XIX)
Seperkara lagi dari hal anak cu2 Saudagar yang di Kedah itu, hendaklah anak kita dengar2kan khabarnya, barang suatu hal ehwal kesakitan dan kesukarannya.
Isi kandungan (XX)
Sebagai lagi ada Syeikh tiga beranak di dalam keci kita ia hendak pulang ke Arab. Maka hendaklah anak kita tolong tumpangkan kepada kapal yang hendak pergi ke sebelah atas angin sana.
Isi kandungan (XXI)
Ehwal itulah kita nyatakan kepada anak kita. Maka daripada hal surat ini kepada anak kita dan kepada sahabat kita Kapitan Scott itu satu. Dan lagi ada kita beri pergi surat ke Benggala kepada sahabat kita itu Mister Fairlie dengan bahasa Arab. Maka surat itu hendaklah anak kita lihat baca. Jikalau sudah patut kepada anak kita, hendaklah anak kita suruh bawa pergi serta dengan kirimannya itu ke Benggala.
144
Isi kandungan (XXII)
Maka tiadalah suatu cendera mata hanyalah kain besar se{ pa }pasang akan anak kita dan lagi sehelai kain besar kepada sahabat kita Kapitan Scott tiadalah sepertinya umpama bunga setangkai jua adanya.
Penutup
Tammat
al-kalam.
Kepada
sepuluh
hari
bulan
Jamadilakhir, kepada hari Jumaat, sanat 1206.
Sampel L6 – Tarikh: 24 Mei 1797 Surat Raja Kedah kepada F.Light Kata sapaan
al-Mustahaqq
Kata pembuka (II)
Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan muafakat yang tiada
(Puji-pujian)
berkesudahan selagi ada perkitaran cakrawala matahari dan bulan, daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnadur Pulau Pinang yang akal bijaksana pada perintah bersahabat telah masyhur sampai ke mana2.
Isi kandungan
Ehwal akan surat sahabat beta beri mari pinta tanda wasil sahabat beta pasal hasil Pulau Pinang hendak beri pergi akan Kompeni, maka sudah beta suruh t-a-q-f pada daftar daripada sanat 1201 [ AD 1786 ] tahun, itulah mula sahabat beta duduk di Pulau Pinang, sampai pada sanat 1206 [AD 1792] tahun alif pada bulan Ramadan, jadi banyak tahun lima tahun, dan banyak rialnya dimasukkan dengan harga apiun dua puluh peti jadi tiga laksa rial, sudah beta terima, itulah beta nyatakan.
Penutup
Dibuat surat hari Khamis dua hari bulan Syawal sanat 1206 tahun lif. Tamat.
145
LAMPIRAN B Warkah Diraja: DARIPADA SULTAN ABDUL HAMID (H)
Sampel H1 – Tarikh: 17 November 1890 Rencana Surat Beri Kepada Phya Monthri Ganti Semuhak Phrak Kalahom Fasal Hantar Salinan Undang-Undang Fasal Ambil Hasil Tanah Kuala Muda Kulim Kata pembuka
Perhamba Phya Reti Songkram Ramphakdi Sri Sultan Muhammad Ratana Rajmutin Trasurin Troyongse Phya Ceraiburi. Maklum mari pada Chukun Phya Monthri Suriwong Damrong Reti Hamtat Mutia Tebodi Chola Kechi Martatun Setapon Peria ganti Semuhak Phrak Kalahom.
Isi kandungan (I)
Ahwal maka adalah pada hari Sabtu 27 haribulan Muharam Sanah Melayu 1308. Sampai mari Surat Tra Phrak Kechi ampun kurniai ke atas jemala ubun-ubun Perhamba yang turun pada hari tempat 25 Singhakom Ratana Kusin Tersuk 109 boleh sebut kata adalah di Mukim tempat Kulim di Kuala Muda daerah Negeri Ceraiburi, Perhamba kata Perhamba boleh kutip hasil kepada rakyat yang
tiada menanggung
pekerjaan di dalam kampung negeri rakyat yang akan menanggung pekerjaan itu tiada kena bayar itu. Chukun belum ketahui fasal terus tentu nyata. Inilah pinta tanya Perhamba kata kerja yang panggil kata kutip hasil hendak kutip kepada rakyat yang letak kampung rumah duduk di dalam mukim itu. Jadi seorang-seorang atau kutip
ikut
bumbung rumah jadi sebut-sebut rumah atau kutip dengan sebagaimana. Jika kutip jadi orang ia itu seorang berapa kutip. Jadi rumah sebut berapa. Pinta beri Perhamba ada surat masuk pergi Krongtib Maha Nakorn beri Chukun ketahui.
146
Isi kandungan (II)
Maka banyak buku perkataan yang tersebut di dalam surat Chukun itu Perhamba boleh maklum daripada segenap perkaranya sudah. Maka daripada fasal rakyat yang diambil hasil di dalam perintah Negeri Ceraiburi ini Chukun hendak ketahui bagaimana macam yang perhamba apa perbuat. Maka adalah yang Perhamba apa ambil hasil itu bukan di atas tiaptiap orang dan bukan di atas tiap-tiap rumah. Maka yang Perhamba apa boleh muafakat buat surat undang-undang barang siapa yang ada menaruh kampung, bendang, dusun hendak diambil hasil pada serelung dua puluh lima duit supaya hendak dilepaskan daripada kerja selama-lamanya. Dengan sebab Perhamba apa fikir tampak kata jika diperbuat yang demikian ini jadi banyak orang-orang suka yang hendak masuk mari mengambil tanah buat harta duduk dalam Negeri Ceraiburi ini. Apakala sudah ia apa buat harta seperti yang tersebut ini tentulah ia apa tetap hati hendak beri duduk mencari kehidupan dengan kesenangannya. Tiada hendak ubah pergi ke mana-mana.
Isi kandungan (III)
Maka sekarang ini mana-mana tempat yang berhampiran dengan Government Inggeris seperti Kuala Muda di ilir dan Kulim Kerian di tiga tempat itu yang Perhamba ada keluarkan undang-undang. Maka inilah salinan undang-undang yang Perhamba sudah keluar itu. Perhamba telah persembah mari bersama-sama dengan surat Perhamba ini pada Chukun.
Isi kandungan (IV)
Surat ini boleh tulis jadi huruf Siam sepucuk dan Melayu sepucuk. Buku perkataan sama jua. Hal inilah Perhamba boleh maklum surat mari pada hari Sabtu Enam Safar 1308 tamat.
Penutup
Maka undang-undang yang diberi pergi kepada Phya Monthri ganti Kalahom itu iaitu undang-undang yang diperbuat pada 4 haribulan Rabiulakhir 1308 adanya tamat.
147
Sampel H2 – Tarikh: 17 September 1891 Kepada Raja Senggora Fasal Beri Tunku Hamid Bawa Bunga Emas Kata pembuka
Perhamba Phaya Reti Songkram Ramphakdi Sri Sultan Muhammad Ratana Rajmutin Tersurin Troyongse Phaya Cheraiburi. Mari sampai pada Chukun Phaya Wicham Kehiri Si Sumut Wisut Ti Sakda Maha Pichi Songkram Ramphakdi Opi Piri Yura Serom Tahni yang menyelesaikan pekerjaan Negeri Senggora.
Isi kandungan (I)
Ahwal maka adalah surat Chukun beri mari pada Perhamba yang turun pada hari tempat 28 Singhakom Ratana Kosin Tersuk 110. Maka pada hari Sabtu 2 Safar Sanah Melayu 1309 sampai pada Perhamba di Negeri Cheraiburi ini. Boleh sebut kata ada Tra Phrak Kichi ampun kurnia di atas ubunubun beri Khun Chi Phakdi yang jaga kapal api Tarmi ada keluar mari terima pokok bunga emas perak dan perkakas kelengkapan empunya Negeri Cheraiburi ada nanti di Negeri Senggora. Kapal api sudah sampai mari di Negeri Senggora pada hari tempat 27 Singhakom Ratana Kosin Tersuk 110. Pinta Perhamba boleh siap dengan segeranya hantar bunga emas perak dengan perkakas kelengkapan pergi turut kapal api di Negeri Senggora. Maka banyak buku perkataan yang tersebut di dalam surat Chukun itu Perhamba boleh ketahui daripada segenap perkaranya sudah.
Isi kandungan (II)
Maka akan bunga emas perak serta dengan perkakas pengiringnya Negeri Cheraiburi itu Perhamba boleh siapi lama sudah. Maka dengan sebab Perhamba belum hantar pergi lagi ke Negeri Senggora Perhamba hendak nanti dengar surat Chukun. Jikalau kapal perang hendak mari terima sampai masa mana Perhamba hendak siapi beri orang-orang bawa berjalan bunga emas perak serta perkakasnya turut kapal di
148
Negeri Senggora dengan segeranya tiada jadi berlambatan suatu apa-apa. Maka sekarang ini akan orang-orang yang Perhamba bawa beri bunga emas perak masuk ke Krongtib itu Perhamba boleh siapi beri Tunku Hamid anak Tunku Aki jadi kepala pekerjaan itu dan Tunku Muhammad Akib dan Cik Mahmud dan Cik Mat Hassan. Jumlah kesemuanya dengan kawan-kawannya jadi 25 orang. Isi kandungan (III)
Maka apakala sampai ke Negeri Senggora Perhamba sangatlah menaruh harap dengan kasihan belas Chukun kepada Perhamba tolongkan di atas Tunku Hamid serta dengan kawannya beri boleh turun ke kapal dengan senangnya. Dan lagi Perhamba boleh siapi kain-kain beri kepada Nai isteri Chukun dan Chukun. Tanda Perhamba ingat hati seperti adik beradik tiada hamba menaruh lupa. Maka Perhamba harap Chukun dan anak isteri Chukun kesemuanya di dalam sihat. Perhamba pinta yang menjadi alam dipanjangkan umur dan ditambahkan pangkat darjat pada Chukun pergi kehadapan.
Penutup
Surat ini boleh di tulis jadi huruf Siam sepucuk, Melayu sepucuk. Buku perkataan sama jua. Surat mari pada hari Ahad tiga Safar 1309.
Sampel H3 – Tarikh: 5 November 1891 Rencana
Surat Beri Kepada Phaya Wicham Negeri Senggora Fasal Surat
Charlie Dunlop Hantar Barang Daripada Eropah Kata pembuka
Perhamba Phya Reti Songkram Ramphakdi Sri Sultan Muhammad Ratana Rajmutin Tersurin Troyongse Phaya Cheraiburi. Mari sampai pada ChukunWicham Kiri Si Sumut Wisut Ti Sakda Maha Pechi Songkram Ramphakdi Opi Piri
149
Yurakom Pehuk yang menyelesaikan pekerjaan Negeri Senggora ketahui. Isi kandungan (I)
Ahwal maka adalah kepada hari Arbaa tiga haribulan Rabiulakhir ini sampai mari sepucuk surat Aluang Tuyib Sim Kicha Konsul Siam Negeri Pulau Pinang kepada Perhamba. Hantar surat Charlie Dunlop mari daripada Eropah kepada Perhamba sepucuk dan kepada Chukun dua pucuk. Pinta Perhamba hantar mari kepada Chukun di Negeri Senggora.
Isi kandungan (II)
Maka Perhamba sudah baca lihat di dalam surat Charlie Dunlop yang beri pada Perhamba itu. Boleh kata barang Chukun itu ia hantar mari kepada Luang Tuyib Sim di Negeri Pulau Pinang 19 peti pada satu peti punya berat lebih kurang satu pikul. Ia kata chukun boleh hantar gajah mari terima barang-barang itu. Dan lagi tersebut di dalam surat Luang Tuyib Sim jika Chukun ada kirim tiga ratus rial minta Perhamba tolong terima ambil hantarkan kepada Aluang Tuyib Sim di Negeri Pulau Pinang.
Isi Kandungan (III)
Maka inilah salinan Charlie Dunlop yang kirim pada Chukun dua pucuk itu. Perhamba hantar mari bersama-sama surat ini. Perhamba harap apakala sampai minta Chukun terima ambil pada orang yang bawa surat ini.
Penutup
Surat ini boleh jadi huruf siam sepucuk, Melayu sepucuk. Buku perkataan sama jua. Surat mari pada hari Arbaa 3 haribulan Rabiulakhir Sanah Melayu 1309. Maka akan barang-barang Chukun ini belum sampai mari lagi ke Negeri Cheraiburi ini tamat.
150
Sampel H4 – Tarikh: 2 Mac 1892 Rencana Surat Beri Kepada Tuan William Edward Maxwell Residen Selangor Pasal Terima Kasih Yang ia Dapat Pangkat Pula Itu. Kata pembuka (I)
Warkatul ikhlas dan tahfadul Janas yang termaktub di dalam taslim dan tahshim yang ditakrifkan dengan tahmitul afkham dan tashitul azim kasih sayang yang sangat mesra serta suci hati bala ribu walatuhim selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan. Daripada Beta Sultan Abdul Hamid ibni Almarhum Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Ahmad Dipertuan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah Kerajaan Negeri Kedah Darulaman serta jajahan takluknya.
Kata pembuka (II)
Barang yang diwasilkan oleh Tuhan seru sekalian alam kiranya datang ke hadapan wajadal ikramalla wajidil akzal arashad majlis Sahabat Beta Tuan William Edward Maxwell C.M.G. Berhormat British Residen Negeri Selangor serta sekalian jajahan takluknya yang sangat arif bijaksana masyhur kepujian sampai kepada sekalian uthan dan baladan yang sangat mahir
mengaturkan perkataan yang gharib-gharib
dengan ibarat yang ajiab serta mesra berpatutan pula di atas jalan berkasih-kasihan dan bertolong-tolongan pada sekalian sahabat handai karib dan baaid wa baadah dari itu barang dimaklumkan jua kiranya. Isi kandungan (I)
Ahwal maka adalah warkah Sahabat Beta beri mari kepada Beta yang termaktub kepada 18 haribulan Februari 1892 itu sudahlah sampai kepada Beta dengan selamatnya dan maklumlah Beta sekalian yang tersebut di dalamnya.
Isi kandungan (II)
Maka adalah pada ketika Beta melihat di dalam warkah Sahabat Beta itu sangat-sangat suka hati akan mendengar yang sudah dikurniai ke bawah Duli Yang Maha Mulia Her Majesty Queen Victoria akan pangkat yang tinggi kepada
151
sahabat Beta itu. Maka Beta pohonkan pada yang menjadikan alam ini menambahkan pangkat darjah Sahabat Beta serta dipanjangkan usia umur di dalam kesenangan dan kebesaran selama-lamanya. Saya tiada memutus akan shahifah antara Beta dengan Sahabat Beta. Isi kandungan (III)
Maka Beta ada masyghul sedikit dengan sebab sudah berjauh. Jadi jaranglah yang hendak boleh berjumpa tetapi yang sudah kasih mesra itu tiadalah berubah lagi kepada hati Beta ini. Beta harap Sahabat Betapun demikian juga. Maka jikalau dikurniai Allah bila-bila waktu bolehlah juga berjumpa antara Beta dengan Sahabat Beta lagi.
Penutup
Tiadalah lain-lain lagi hanya berbanyak-banyak tabik Beta kepada Sahabat Beta. Maka inilah Beta maklumkan perbuat surat pada 2 haribulan Syakban tamat 1309.
Sampel H5 – Tarikh: 1 Jun 1892 Rencana Surat Beri Kepada Residen Konsular Pulau Pinang Iaitu Tuan Truter Pasal Hendak Menahankan Daripada Air Bah Sungai Kuala Muda Adanya Tamat. Kata pembuka
Ahwal maka adalah surat Sahabat Beta beri mari kepada Beta yang tertulis kepada 30 haribulan Mei 1892 itu sudahlah sampai kepada Beta dengan selamatnya dan fahamlah Beta segala yang tersebut di dalamnya.
Isi kandungan (I)
Maka daripada pasal yang Sahabat Beta sudah dapat hukum daripada Tuan Yang Terutama Gabenor Besar tiga buah negeri suruh muafakat dengan Tuan Konsul Engineer Besar Straits Settlement hendak menegahkan daripada air bah di dalam Sungai Kuala Muda supaya jangan dimasukkan di dalam tanah perintah Sahabat Beta. Maka Sahabat Beta
152
panggil Beta mendengarkan di dalam perkara itu. Maka Beta sangatlah suka hati yang hendak pergi supaya Beta pun boleh ketahui sekalian peraturan itu. Akan tetapi sekarang ini Beta pun baharu sahaja balik daripada Pulau Pinang dan kerjapun ada banyak dengan sebab tertahan di dalam puasa baharu ini. Isi kandungan (II)
Maka sekarang ini Beta harap janganlah Sahabat Beta ambil kecil hati dengan sebab Beta tiada boleh pergi itu dan jikalau apa-apa macam yang sudah Sahabat Beta muafakat itu beta harap pinta Sahabat Beta beri ketahui kepada Beta. Dan lagi dahulu pada ketika yang hendak disukat Sungai Muda di seberang di dalam tanah Kedah itu Beta ada minta satu peta itu. Sekarang ini Beta belum dapat lagi dengan lama yang sudah disukat itu. Beta harap jika jadi kesukaan pada Sahabat Beta pinta Sahabat Beta suruh hantar peta kedua-dua belah Sungai Muda.
Penutup
Tiadalah lain-lain lagi hanya berbanyak-banyak tabik Beta kepada Sahabat Beta. Maka inilah Beta maklumkan surat pada 5 haribulan Zulkaedah 1309.
Sampel H6 – Tarikh: 4 Jun 1892 Rencana Surat Beri Kepada Tuan Truter Residen Konsular Pulau Pinang Pasal Cina Lee Hai dan Ang Kun Seng Yang Hendak Ditangkap Itu Adanya Tamat Kata pembuka (I)
Surat tulus ikhlas kasih sayang serta sangat mesra yang tiada menaruh syak dan berkesudahan selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan iaitu daripada Beta Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Kata pembuka (II)
Barang yang diwasilkan oleh Tuhan seru sekalian alam apalah
153
kiranya datang ke hadapan majlis Sahabat Beta Tuan Berhormat Henry Truter yang memangku pekerjaan Residen Konsular pada masa ini di dalam Bandar Pulau Pinang serta segala takluk jajahannya yang sangat arif bijaksana gah mashyur kepujian sampai ke mana-mana serta sangat pandai melakukan jalan berkasih kasihan dan bertolong-tolongan pada sekalian sahabat handai karib dan baaid wa baadah dari itu barang dimaklumkan Sahabat Beta. Isi kandungan (I)
Ahwal maka adalah surat Sahabat Beta beri mari kepada Beta yang tertulis kepada 21 haribulan Mei 1892 itu sudahlah sampai kepada Beta dengan selamatnya dan fahamlah Beta segala yang tersebut di dalamnya. Maka daripada pasal yang Sahabat Beta ada pinta Cina yang bernama Lee Hai dan Ang Kun Seng kepala Kongsi yang dikeluarkan waran oleh Tuan Gabenor Besar Singapura kata Cina itu ada sembunyi di Kedah.
Isi kandungan (II)
Maka pada ketika yang sampai surat Sahabat Beta itu Beta buat surat Beta beri Sarjan Mat Junus di Kedah ini suruh pergi
bersama-sama dengan Mata-mata Sahabat Beta
siasatkan di mana-mana tempat yang ada Cina itu. Kemudian ia apa pergi cari di Sanglang ia apa dengar khabar Cina itu sudah pindah pergi di Perlis. Penutup
Maka inilah salinan surat yang Mata-Mata Sahabat Beta berkhabar kepada Beta itu Beta hantar mari bersama-sama dengan surat ini. Maka jikalau Cina itu ada balik mari ke Kedah jika ada berjumpa dengan orang yang kenal boleh Beta suruh tangkapkan. Tiadalah lain-lain hanya berbanyak-banyak tabik Beta kepada Sahabat Beta. Maka inilah Beta maklumkan diperbuat surat pada delapan haribulan Zulkaedah tamat 1309.
154