koridor pembangunan sabah _122
koridor pembangunan sabah _123
koridor pembangunan sabah _124
BAB 5
Membangunkan Infrastruktur dan Insan sebagai Pendaya Utama Pembangunan Sabah Sehingga kini, infrastruktur Sabah masih ketinggalan berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Ini terutamanya berpunca daripada rintangan geografi; ia adalah negeri yang besar dengan keluasan 74,000 km2. Masa depan Sabah terletak pada keupayaannya untuk meningkatkan infrastruktur fizikal (jalan raya, pelabuhan, elektrik, air dan salinghubungan data) serta infrastruktur tidak ketaranya (soft infrastructure), modal insan. Ini merupakan asas utama bagi pembangunan Sabah. Untuk mencapai hasrat ini, Inisiatif Rangka Tindakan SDC akan memberikan tumpuan kepada lima strategi utama bagi Negeri Sabah: 1) Menghubungkan Sabah
Meningkatkan
infrastruktur
pengangkutan
dengan
memastikan
salinghubungan
tanpa sempadan bagi jalan raya, udara, lautan dan kereta api yang akan membolehkan
perkhidmatan pengangkutan yang baik bagi industri pelancongan, pertanian dan
pembuatan.
2) Meningkatkan Bekalan Tenaga Sabah
Menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya tahan kepada negeri ini
untuk membolehkan industri beroperasi secara berkesan.
3) Memenuhi Keperluan Air Sabah
Menyediakan bekalan air yang berkualiti bagi menampung permintaan yang semakin
bertambah dan seterusnya membolehkan peningkatan ekonomi dan sosial.
4) Melabur dalam Bakat Sabah
Mempersiap
Sabah
untuk
industri
intensif-pengetahuan,
yang
meliputi
sektor
pembuatan, pertanian dan pelancongan melalui pengukuhan pengumpulan sumber
tenaga kerja berbakat supaya potensi sektor-sektor ini dapat dibangunkan sepenuhnya.
5) Meningkatkan Salinghubungan Data
Memastikan Sabah bersedia dan berupaya mengikuti perkembangan ICT supaya
industri berkaitan kekal berdaya saing di samping dapat mengurangkan jurang digital
desa dan bandar.
koridor pembangunan sabah _125
Walaupun infrastruktur merupakan fokus penting SDC, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pelaksanaan dijalankan dalam keadaan mampan dan mesra alam sekitar.
5.1
5.1.1
Pengangkutan
Rangkaian Jalan Raya Sub-Wilayah Timur dan Barat Sabah dihubungkan dengan baik dari segi rangkaian jalan raya. Walau bagaimanapun setakat tahun 2005, 61% daripada semua jalan raya masih lagi merupakan jalan batu kelikir dan tanah. Sub-Wilayah Tengah dipisahkan oleh banjaran Crocker dan ini menjadi halangan semula jadi dalam perhubungan jalan raya dengan SubWilayah Barat. Pada ketika ini, jika dibandingkan dengan rangkaian jalan raya di Semenanjung Malaysia, bandar-bandar utama di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau tidak mempunyai hubungan jalan raya yang baik untuk menghubungkan bandarbandar ini. Kesukaran ini ditambah pula dengan jalan raya yang berstandard lebih rendah yang menghubungkan bandar-bandar yang terletak jauh, seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna, dengan Kota Kinabalu. Pada tahun 2005, panjang jalan raya persekutuan Sabah adalah 1,428 km, manakala 14,249 km pula adalah jalan raya negeri. Daripada jumlah itu, 6,094 km merupakan jalan yang diturap dan 9,583 km selebihnya merupakan jalan batu kelikir dan tanah. Ini menunjukkan hanya 38.9% daripada jalan di Sabah berturap berbanding dengan 89.4% jalan yang diturap di Semenanjung Malaysia. Dalam tempoh pelaksanaan Rangka Tindakan SDC ini, dijangkakan 80% daripada semua jalan batu kelikir tersebut akan diturap. Jalan raya utama yang dibina pada tahun 1970 dan 1980-an, di bawah pinjaman Bank Dunia, memenuhi standard pada masa itu. Bagaimanapun, keperluan semasa memerlukan jalan raya ini dinaikkan taraf. Contohnya, laluan pejalan kaki dan bahu jalan (sesuai pada ketika itu) sekarang terlalu sempit dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan kadar lalu lintas semasa. Untuk membangunkan kawasan pedalaman selanjutnya, rangkaian jalan raya yang menghubungkan timur ke barat dan utara ke selatan hendaklah dibangunkan dan dipertingkatkan.
koridor pembangunan sabah _126
5.1.1.1
Cabaran Pada masa ini, kekangan perhubungan merupakan isu utama di Sabah. Kesalinghubungan yang tidak mencukupi dan tidak boleh diharapkan antara bandar-bandar utama dan juga ke tempat tarikan pelancong seperti Lembangan Maliau mengakibatkan banyak kos melepas. Di samping itu, usaha untuk meningkatkan pertumbuhan kawasan luar bandar dan pusat bandar gabungan (urban conurbation) yang sedia ada juga menjadi sukar disebabkan oleh perhubungan jalan raya yang tidak mencukupi ini. Keduanya, keadaan sesetengah jalan raya pada masa ini agak kurang memuaskan. Penggunaan jalan batu kelikir secara berterusan tentunya menghalang pembangunan industri. Ini kerana pengangkutan barangan seperti produk pertanian dan pembuatan mengalami kesukaran disebabkan oleh tempoh pengangkutan yang lama, dan kekurangan kemudahan pengangkutan selanjutnya, contohnya ke pelabuhan atau lapangan terbang. Dalam pada itu, Kota Kinabalu dan Sipitang, yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo masih belum dihubungi dengan jalan kembar – hanya jalan tunggal. Infrastruktur jalan raya ke SAIP pula tidak memberikan ruang sesuai bagi pengangkutan barang dalam kontena dan ini menjadi penghalang bagi pembangunan kelompok pemprosesan makanan ini. Isu ini akan ditangani melalui insiatif SDC yang memerlukan jalan-jalan ini dilebarkan untuk memudahkan lalu lintas dan pengangkutan barangan perindustrian. Menjelang tahun 2020, 80% daripada jalan batu kelikir akan diturap21. Dengan menaik taraf jalan raya batu kelikir sedia ada dan memperbaiki jalan masuk ke kawasan pelancongan, pertanian dan pembuatan utama, usaha mengurangkan kemiskinan juga boleh dilaksanakan dengan lebih pantas. Ketiga,
kesesakan
(lalu
lintas
di
dalam
dan
antara
bandar),
disebabkan
oleh
perkembangan pesat bandar dan jumlah penduduk yang semakin bertambah di bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Kesesakan ini menimbulkan masalah kepada penduduk kerana mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk mengangkut barangan perindustrian dan bahan mentah.
21
JKR Sabah
koridor pembangunan sabah _127
Rajah 5.1: Peta Sabah Menunjukkan Jenis Jalan Sedia Ada dan Jalan yang Dirancang di bawah RMKe-9
Sumber: JKR
koridor pembangunan sabah _128
5.1.1.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan Sejumlah RM3,187.5 juta telah diluluskan di bawah RMKe-9 untuk pembinaan Hubungan Rangkaian Jalan Raya22.
5.1.1.2.1
Projek Jalan Raya Utama dalam Ruang Lingkup SDC:
• Menghubungkan Sabah tengah ke kawasan selatan - Tongod ke arah selatan menuju
ke Sapulut
• Mewujudkan penghubung timur kedua dan memirau bandar Tawau - Kunak ke Merotai
• Menghubungkan bahagian Utara Sabah ke Sub-Wilayah Tengah dan Barat - Kota Marudu
menuju ke Ranau
• Menambah kadar kemudahan ke kawasan pelancongan di Sub-Wilayah Timur - Lahad
Datu ke Lembangan Maliau, Lembah Danum dan Kawasan Lindungan Hidupan Liar Tabin
• Membina jalan susur pantai pelancongan - Tuaran ke Kota Belud
• Membolehkan pengangkutan barangan perindustrian – Taman Perindustrian Kota
Kinabalu (KKIP) ke Ranau
• Di samping itu, laluan dari Kota Kinabalu ke Papar dan seterusnya ke Beaufort
memerlukan jalan raya utama berkembar untuk membolehkan pengangkutan yang
lebih baik bagi barangan perindustrian di antara Kota Kinabalu dan Kawasan
Perindustrian Sipitang
• Infrastruktur jalan raya di antara Presint Agro-Industri Sabah (SAIP) dan pelabuhan laut
Kota Kinabalu perlu segera dipertingkat untuk menampung pengangkutan kontena
• Jalan raya dari KKIP ke pelabuhan terdekat (Teluk Sapangar) perlu di naiktarafkan,
dilebarkan, dan diperteguhkan untuk membolehkan pengangkutan kargo kontena
Pertimbangan utama dalam perancangan projek-projek jalan raya ialah seperti berikut:
• Bagi kawasan perindustrian dan pertanian utama, memastikan bahawa jalan raya dibina
supaya kesesakan dalam bandar utama boleh dipirau
• Memastikan yang jalan raya di antara cadangan pusat pengumpulan pertanian SDC
dan jalan raya utama terdekat diturap demi memastikan barangan pertanian boleh
diangkut dengan mudah dan efisien
• Menambah kemudahan untuk pengguna jalan raya di lebuh raya utama dengan
• Meningkatkan pengangkutan jalan di antara bandar dengan menggabungkan pelbagai
22
menyediakan kawasan rehat pembekal pengangkutan bas awam
JKR Sabah
koridor pembangunan sabah _129
Dari Rajah 5.1, projek sambungan di bawah RMKe-9 termasuk:
•
Jalan Sapulut – Kalabakan (menghubungkan tenggara ke barat). Terdapat keperluan
untuk membina jalan raya ini mengikut piawai turap kerana ini akan melengkapkan
Rangkaian Jalan raya Asas Utama Sabah yang memudahkan pengangkutan barangan
dan produk di antara Kota Kinabalu dan Tawau
Projek pembinaan jalan raya baru utama yang dicadangkan termasuk:
5.1.1.2.2
•
Jalan Kota Marudu – Marak Parak – Poring Ranau
•
Jalan Dari Telipok – Pekan Kiulu – Lokos – Toboh – Randagong, Ranau
•
Jalan Sapulut – Pagalungan
Projek Pemulihan Pemulihan jalan raya utama sedia ada yang belum diselenggarakan hendaklah dilaksanakan secepat mungkin. Penaikan taraf jalan raya daripada batu kelikir kepada jalan raya turap akan menaikkan taraf kehidupan penduduk miskin luar bandar. Jalan-jalan ini akan dibina menepati standard JKR berdasarkan kawasan pembangunan yang dicadangkan dan penduduk yang menggunakannya. Sasarannya ialah untuk memastikan semua jalan raya batu kelikir di bawah Daftar Kerajaan Negeri berturap menjelang tahun 2025.
5.1.1.2.3
Projek Jalan Raya Berkaitan Pembuatan Projek termasuk:
5.1.1.2.4
• Jalan raya Lingkaran Utara Lahad Datu (Menghubungkan POIC Lahad Datu)
• Jalan Ulu Sibuga dan Jalan Bokara (Menghubungkan POIC Sandakan)
• Jalan raya utama dalam KKIP
Projek Jalan Raya Berkaitan Pelancongan Projek jalan raya di bawah kategori ini termasuk Jalan Sukau (dalam pembinaan) dan Jalan Tabin Lahad Datu. Jalan masuk ke Pusat Pengajian Lembangan Maliau di Tawau juga telah dirancang.
koridor pembangunan sabah _130
5.1.1.2.5
Projek Luar Bandar dan Pertanian Di bawah program jalan luar bandar RMKe-9, lebih banyak jalan raya dengan standard minimum JKR akan dibina untuk meningkatkan pengangkutan keluaran pertanian. Di samping itu, program ini akan dilanjutkan untuk menyambung kawasan petempatan semula dengan kawasan perindustrian dan estet luar bandar, terutamanya di Sabah, untuk meningkatkan mobiliti penduduk luar bandar di kawasan ini. Ini akan menyumbang ke arah mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Jalan Jeroco, Lahad Datu dan cadangan baru Jalan Linuyukan – Pinangah dan Jalan Lintas Libaran juga termasuk dalam kategori ini.
5.1.2
Rangkaian Udara Pada masa ini Sabah mempunyai kesalinghubungan yang kukuh melalui jalan udara dalam dan luar negeri yang baik. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk (berdasarkan pergerakan bilangan penumpang) di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. KKIA adalah jalan masuk utama ke Sabah dan terletak lebih kurang 7km dari pusat bandar. Disebabkan oleh kedudukannya yang sentral, jarak KKIA dari kebanyakan bandar raya ASEAN dan Asia Utara, hanya kurang daripada tiga jam penerbangan. Ini menjadikan KKIA ideal untuk penerbangan tambang murah dan sebagai pusat kedua seperti yang dikenal pasti oleh AirAsia. Terdapat penerbangan terus ke Hong Kong, Macau, Shenzhen, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Kaohsiung, Singapura, Manila, Kuala Lumpur, Cebu, Davao, Brunei dan Labuan, sekali gus menyediakan hubungan yang amat baik ke Kota Kinabalu, terutamanya dari lingkaran Asia Pasifik. KKIA direka bentuk untuk memberikan khidmat kepada pesawat yang bersaiz sehingga sebesar Boeing 747. Lapangan terbang domestik utama terletak di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kesemua lapangan terbang ini berkemampuan untuk menerima kapal terbang Boeing 737 melainkan bagi Lahad Datu (Fokker 50) yang akan dinaikkan taraf dalam tempoh terdekat ini.
koridor pembangunan sabah _131
Rajah 5.2: Peta Sambungan Penerbangan Domestik
Sumber: MAS, Air Asia, IDS
koridor pembangunan sabah _132
Rajah 5.3: Peta Sambungan Penerbangan Antarabangsa
Seoul Osaka
Tokyo
Shanghai
Ke Eropah
Xiamen Guangzhou Hong Kong
Taipei Kaohsiung
Manila
Bangkok
Kota Kinabalu
Kuala Lumpur Singapore
Brunei Kuching
Manado
Balikpapan
Jakarta
Darwin Sumber: MAS, IDS
koridor pembangunan sabah _133
Rajah 5.4: Maklumat Terkini Mengenai Lalu Lintas Penumpang di Lapangan Terbang bagi Seluruh Negeri Sabah
Ketibaan
Ribu Penumpang
Berlepas
Kudat
2.9 2.9 Dalam Negeri
0 0
Sandakan
Kota Kinabalu
Antarabangsa
311.6 316.8
0.5 0.2
Dalam Antarabangsa Negeri
Lahad Datu
1,615.6
1,496.4
747.3 358.9
Dalam Antarabangsa Negeri
Termasuk Penumpang Transit. Sumber: Malaysia Airports Sdn Bhd, 2006
koridor pembangunan sabah _134
333.8 325.3
0.5 0.7
Dalam Antarabangsa Negeri
Tawau
54.2 54.5 Dalam Negeri
0 0 Antarabangsa
5.1.2.1
Cabaran Isu utama berkaitan lapangan terbang ialah kapasiti pengendalian kargo. Sehingga tahun 2006, volum pemunggahan kargo adalah pada paras 19.2 juta kg dan 18.5 juta kg kargo telah dimuatkan. Ini menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 10.5% dan 11.1% berbanding angka tahun 2005. Terdapat permintaan yang semakin bertambah daripada pembuat tempatan untuk menggunakan kargo udara. Bagaimanapun, KKIA yang sedia ada tidak berkemampuan untuk mengendalikan kapal terbang yang memuatkan kargo sepenuhnya. Ini menunjukkan bahawa keupayaan pengendalian kargo pada masa ini di lapangan terbang di Sabah (terutamanya KKIA) perlu diperkembang untuk memenuhi permintaan industri pada masa yang terdekat ini.
5.1.2.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
•
penerbangan biasa dan Terminal 2 untuk penerbangan tambang murah. KKIA pada
masa ini sedang dibangunkan untuk menampung 10 juta penumpang setiap tahun
dan Terminal 2 akan dipertingkat kepada terminal kargo beroperasi penuh.
Membesarkan terminal di lapangan terbang Sandakan, yang sedang dipertimbangkan
•
sebagai jalan masuk kedua ke Sabah.
•
Lapangan terbang baru di Lahad Datu yang berupaya menerima Airbus 320 untuk
menyokong aktiviti POIC, akuakultur dan perkembangan pelancongan yang
5.1.3
KKIA kini mempunyai dua terminal. Terminal 1 kini digunakan untuk syarikat
bertambah pesat.
Rangkaian Laut Sabah berupaya menyediakan kemudahan yang baik melalui rangkaian laut dengan lapan pelabuhan termasuk SBCP yang baru dibangunkan. Peta berikut menunjukkan pelbagai pelabuhan dan lokasinya di sepanjang garisan pantai Sabah.
koridor pembangunan sabah _135
Rajah 5.5: Peta Lokasi Pelabuhan di Sabah
Sumber: IDS
Pelabuhan Sabah memainkan peranan penting dalam rantaian logistik keseluruhan bagi membolehkan pembangunan perdagangan dan ekonomi negeri ini. Seperti yang dapat dilihat daripada Jadual 5.1, pelabuhan Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu digunakan terutamanya bagi kontena dan kargo kering. Terminal Minyak Teluk Sapangar (SBOT), Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau pula sebahagian besarnya digunakan untuk pengangkutan kargo cecair (terutamanya minyak kelapa sawit). SBCP dikhususkan hanya sebagai pelabuhan kontena dan telah pun memulakan operasinya sejak bulan Jun 2007 lalu. SBCP menjangka akan menarik lebih banyak kapal yang besar dari Sabah sendiri, Sarawak dan negara jiran (Brunei, Indonesia, Filipina Selatan) serta Asia Utara untuk singgah ke pelabuhan ini. Perkhidmatan sedia ada Pelabuhan Kota Kinabalu dijangka akan dipindahkan koridor pembangunan sabah _136
ke SBCP dalam tempoh tiga tahun. Pelabuhan Kota Kinabalu pada masa ini mengendalikan pemindahan kontena ke kapal dari Indochina dan benua kecil India di samping destinasi serantau dan tempatan yang lain. Jadual 5.1: Pelabuhan Sabah dan Kemudahan / Keupayaannya Pelabuhan
Pelabuhan Utama / Penghantaran
Kapasiti Maksimum Kargo Konvensional, 2006
Kargo Utama yang Dikendalikan
Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar* Pelabuhan Kota Kinabalu Pelabuhan Sandakan
Utama
500,000 TEU
Kontena
Utama Utama
16,000 DWT 75,000 DWT
Terminal Minyak Teluk Sapangar
Penghantaran
40,000 DWT
Pelabuhan Tawau
Penghantaran
30,000 DWT
Pelabuhan Lahad Datu
Penghantaran
45,000 DWT
Pelabuhan Kunak Pelabuhan Kudat
Penghantaran Penghantaran
28,000 DWT 4,000 DWT
Kargo Am / Pukal Kering Kontena / Kargo Am / Pukal Kering/ Minyak Kelapa Sawit Himpitan khas yang mengendalikan produk petroleum bertapis pukal cecair dan kargo kimia Kontena / Kargo Am / Kargo Pukal / Petroleum Cecair/Minyak Kelapa Sawit Kontena / Kargo Am / Pukal Kering/ Minyak Kelapa Sawit Produk Kelapa Sawit Kargo am
Sumber: Prospek dan Cabaran dalam Industri Logistik di Sabah -10 Mei 2007 *Beroperasi sejak Jun 2007.
Jumlah keseluruhan volum kontena di pelabuhan Sabah diunjurkan akan meningkat sebanyak 10% setiap tahun daripada 230,000 TEU pada tahun 2006 kepada 880,000 TEU pada tahun 2020. Jumlah pemunggahan kapal diunjurkan akan meningkat sebanyak 20% setiap tahun daripada 10,000 TEU pada tahun 2006 kepada 130,000 TEU pada tahun 2020. Rajah 5.6: Jumlah Daya Pemprosesan Kargo TEU 250,000 194,976 200,000
208,098
208,490
226,710
171,154 149,500
152,725
150,000 100,000
50,000
0 2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
Sumber: Pelabuhan Sabah koridor pembangunan sabah _137
5.1.3.1
Cabaran Cabaran utama bagi pelabuhan di Sabah berbanding dengan pelabuhan lain di rantau ini berkisar sekitar keupayaan untuk menarik syarikat perkapalan besar agar berlabuh secara berjadual di sini. Walau bagaimanapun, pengendali Pelabuhan Sabah pada masa ini, sedang giat berbincang dengan syarikat perkapalan dan pelabuhan lain untuk membina pakatan strategik yang akan membolehkan kesalinghubungan laut yang lebih baik dengan negeri Sabah.
5.1.3.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan Berikut adalah projek yang akan dilaksanakan oleh Pelabuhan Sabah dalam masa terdekat:
•
POIC Sandakan di Mowtas
•
Pelabuhan Lahad Datu bagi POIC
•
Sistem penghantaran dan penyimpanan baja Lahad Datu
•
Pembesaran Terminal Minyak Teluk Sapangar
•
Penyimpanan minyak dan depot di Sapangar, Lahad Datu dan Sandakan
•
Pelabuhan kontena baru Teluk Sapangar (penempatan semula pelabuhan Kota Kinabalu)
•
Struktur insentif baru yang menghubungkan isi padu kargo dengan pengurangan kadar
bayaran pelabuhan bagi pengendali kapal penghantar
Rancangan untuk memperkasakan infrastruktur Sabah giat dijalankan.
koridor pembangunan sabah _138
5.2
Utiliti
5.2.1
Kuasa Liputan tenaga elektrik Sabah sekarang ialah 67% daripada jumlah penduduknya. Menjelang tahun 2010, liputan tenaga elektrik luar bandar dijangka bertambah kepada 80.6% dan liputan keseluruhan kepada 90%23. Permintaan tenaga elektrik semasa ialah 600MW dan keupayaan penjanaan ialah 680-785MW, yang mana 59% daripada jumlah unit yang dijana, dibeli daripada pengeluar tenaga bebas. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjana, mengalir dan mengedarkan tenaga elektrik di Sabah kepada 374,023 pelanggan yang tersebar luas. Kemuatan terpasang Grid Pantai Barat yang membekalkan tenaga elektrik ke Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan, Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat ialah 488.4MW dan permintaan maksimumnya mencapai 396.5MW. Talian Penghantaran 132kV Grid Pantai Barat yang menyambungkan bandar utama di Pantai Timur mempunyai kemuatan terpasang sebanyak 333.02MW manakala permintaan maksimum pula berjumlah 203.3MW. Permintaan tenaga elektrik dijangka akan meningkat pada kadar sekitar 7.7% setahun sehingga tahun 2010. Untuk menampung peningkatan permintaan ini, pelbagai projek penjanaan, penghantaran dan pengedaran akan dilaksanakan, seperti loji jana kuasa 300MW di Lahad Datu. Lokasi sebenar projek ini akan ditentukan setelah kajian penilaian kesan persekitaran yang terperinci dilaksanakan. Grid bersepadu lengkap yang menyambungkan Grid Pantai Barat ke Grid Pantai Timur telah siap dilaksanakan pada bulan Julai 2007, dan lebih kurang 90% daripada pelanggan kini disambungkan ke grid bersepadu ini.
23
Rancangan Malaysia Ke-9
koridor pembangunan sabah _139
Rajah 5.7: Talian Penghantaran Elektrik, Utama, Luar Bandar, Hidro Mini dan Stesen IPP
M M1 M2 M4 M5 M6
Stesen Utama (6) SJ Patau- Patau SJ Hilton Tenom Pangi SJ Melawa SJ Sandakan SJ Tawau
Mn Mn1 Mn2 Mn3 Mn4 Mn5
Stesen Kecil (5) Nabawan Telupid Ranau Kundasang Tungku
Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd
koridor pembangunan sabah _140
R R1 R2 R3 R4 R5 R6
Stesen Luar Bandar (23) Pensiangan R8 Saputut R9 Pinangah R10 Tongod R11 Kg. Karamuak Dalam R12 Kg. Tenaga Baru R13 R14a R14b
Kg. Paginatan Kg. Minihas P. Gaya Kg. Timbua P. Mantanani Karakit, P. Banggi Kg. Tangkarason A Kg. Tangkarason B
R15 R16 R17 R18 R19 R20 R21 R22
Kg. Terusan Kg. Keniogan Kg. Tetabuan Kg. Nunuyan laut Kg. Tanjung Aru Lihak-Lihak Bakung Lihak-Lihak Siaban Sg. Tamang P. Sebatik
MH MH1 MH2 MH3 MH4 MH5 MH6 MH7
Mini Hidro (7) Sayap Melangkap Kiau Naradau Carabau Bombalai Merotai
IPP IPP1 IPP2 IPP3 IPP4 IPP5 IPP6
Loji Bekalan Kuasa Elektrik Swasta (6) ARL Melawa Powertron Sepanggar Sandakan Power Corp (SPC) Strataves 1 Sandakan Serudong Power Tawau Sepanggar Bay Power Corp
5.2.1.1
Cabaran Rangkaian elektrik Sabah tidak setanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) pada tahun 2005 bagi Sabah ialah 2,540 minit berbanding 101.6 minit sahaja SAIDI di Semenanjung Malaysia. Ini disebabkan rangkaian pengedaran semasa di sini masih tidak begitu teguh dan masih memerlukan pengukuhan. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah dipertingkat melalui pembinaan grid penghantaran Timur-Barat baru yang akan menstabilkan bekalan tenaga ke Pantai Timur. Pada masa ini, dianggarkan sebanyak 50% keupayaan penjanaan elektrik Sabah adalah melalui diesel (lihat Rajah 5.8). Penjanaan elektrik melalui loji tenaga diesel melibatkan kos yang tinggi (RM0.26 setiap kWh berbanding dengan RM0.09 bagi gas dan RM0.03 bagi penjanaan hidro) dan membabitkan masalah alam sekitar. Tambahan lagi, dengan kenaikan kos minyak yang berterusan dan kekurangan bekalan minyak, kenaikan kos penjanaan kaedah ini akan berlanjutan. Rajah 5.8: Campuran Keupayaan Penjanaan Grid Sabah TK2006/07
Hidro (66 MW)
Biojisim (14 MW) 1.8%
8.3%
49.6%
Gas (320 MW)
Diesel/MFO (395 MW)
40.3%
Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd
Penjanaan dan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar merupakan suatu cabaran yang disebabkan oleh faktor geografi dan kekurangan infrastruktur yang menyebabkan pelaksanaan menjadi sangat mahal dan rumit. Tambahan pula, kemudahan darat merupakan satu lagi halangan kepada pelaksanaan stesen tenaga unitari.
koridor pembangunan sabah _141
5.2.1.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan Keupayaan baru yang dianggarkan sebanyak 2,700 MW akan diperlukan antara sekarang hingga tahun 2025 bagi memenuhi unjuran permintaan tenaga elektrik masa depan. Rajah 5.9: Anggaran Permintaan Tenaga Elektrik dan Keupayaan Penjanaan bagi Sabah Jumlah Kapasiti Boleh Percaya Ramalan Muatan MW 4,000 3,531 3,500 3,000 2,348
2,500
2,652
2,000
1,605 1,800
1,500 882
1,000
710
500
1,029 1,220 830
0 Margin Rizab
2008
2010
2015
2020
2025
24%
24%
32%
30%
33%
Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd
i) Menambah Keupayaan
Di bawah RMKe-9, loji baru berasaskan gas dengan keupayaan sebanyak 190 MW akan
dimulakan pada tahun 2008. Untuk memenuhi permintaan dan juga meningkatkan
kestabilan bekalan tenaga di pantai timur, sebuah loji 300 MW akan dibina dan
akan beroperasi pada tahun 2009/2010. Sehingga tahun 2010, enam rancangan
pembangunan penjanaan utama akan dibina. Tambahan pula, penjanaan bersama POIC
di Sub-Wilayah Timur akan dipromosikan.
koridor pembangunan sabah _142
ii) Memperteguhkan Grid
Terdapat 23 rancangan pembangunan penghantaran sehingga tahun 2010. Projek lain
termasuk Projek Lingkaran Luar Kota Kinabalu (KKOR) untuk meningkatkan keselamatan
bekalan bandar raya. Fasa pertama dijangka siap dilaksanakan pada bulan Februari 2008,
manakala fasa kedua akan disiapkan pada bulan Januari 2009. Rangkaian penghantaran
baru yang menghubungkan bahagian selatan grid pantai barat dan timur akan dibina
dan kabel dan tiang lama dalam sistem grid akan diperkuat dan dipulihkan.
iii) Mempromosi Penggunaan Elektrik di Luar Bandar
5.2.2
Pelaksanaan program penggunaan elektrik di luar bandar akan diperhebat di bawah
RMKe-9 menggunakan hibrid solar dan sistem hidro-mikro. Menjelang akhir tempoh
Rancangan ini, liputan tenaga elektrik luar bandar di Sabah dijangka meningkat kepada
80.6%. Sebagai perbandingan, liputan tenaga elektrik luar bandar Malaysia ialah
98.6%24
Air Semua bandar utama dibekalkan dengan air yang telah dirawat. Buat masa ini terdapat 39 loji rawatan air dengan jumlah keupayaan pengeluaran sebanyak 762 juta liter sehari (JLS) yang dibekalkan kepada 200,000 pengguna. Permintaan semasa ialah 937 JLS. Buat masa ini, permintaan melebihi keupayaan sebanyak 23%. Pada tahun 2005, 90% daripada penduduk bandar Sabah telah dibekalkan kemudahan air paip, manakala 61% disediakan bagi kawasan luar bandar. Secara keseluruhannya, 75.5% daripada penduduk Sabah telah pun disediakan dengan kemudahan air paip berbanding 95% daripada keseluruhan jumlah penduduk Malaysia yang disediakan dengan kemudahan yang sama mengikut angka pada tahun 2005. Menjelang akhir tempoh RMKe-9, disasarkan bahawa liputan bandar akan mencapai 92% dan liputan luar bandar akan mencapai 70% di Sabah. Permintaan air untuk kegunaan domestik dan perindustrian dijangka bertambah selari dengan pertumbuhan penduduk tahunan. Sejumlah 1,318 JLS bekalan air baru dianggarkan akan diperlukan antara sekarang hingga tahun 2025.
24
Unit Perancangan Ekonomi 2005
koridor pembangunan sabah _143
Rajah 5.10: Unjuran Keupayaan Air, Bekalan dan Permintaan Juta Liter Sehari
4,721
Keupayaan Pengeluaran 2,991
1,895 1,201
1,362
Bekalan
2,507
1,848
2,255
1,767
Permintaan Tambahan 2007 - 2025 + 1318 JLS
Permintaan
1,384 1,085 845
2005
2010
2015
2020
2025
Sumber: Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Pengeluaran air di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu dilaksanakan oleh syarikat swasta, manakala kawasan lain pula dibekalkan oleh Jabatan Air. Meskipun begitu, pengedaran air di seluruh negeri, dikendalikan keseluruhannya oleh Jabatan Air.
5.2.2.1
Cabaran Bekalan air ke kawasan luar bandar masih terus menjadi isu utama. Membina paip air dan loji rawatan di kawasan luar bandar terpencil merupakan satu usaha yang melibatkan kos yang terlalu tinggi disebabkan oleh kekurangan infrastruktur dan sumber air di sesetengah kawasan ini. Air Tidak Terhasil (NRW), yang timbul akibat kebocoran paip air dan kecurian di Sabah berjumlah 57%. Jika dibandingkan, purata NRW negara adalah 37%. Apabila diukur dari segi NRW, kawasan bandar lebih baik berbanding kawasan luar bandar memandangkan kadarnya yang lebih rendah. Di sesetengah kawasan pinggiran bandar, NRW boleh meningkat sehingga paras lebih daripada 60%. Pencemaran sumber air asli seperti sungai yang disebabkan oleh pembuangan sampah dan kumbahan perlu diberikan perhatian segera. Perkara ini telah menyebabkan kenaikan kos rawatan air dan memberikan kesan kepada keupayaan pengeluaran air.
koridor pembangunan sabah _144
5.2.2.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan Di bawah RMKe-9, sebanyak RM1.313 bilion telah diperuntukkan kepada Jabatan Air Negeri untuk menjalankan projek di seluruh negeri. Peningkatan keupayaan yang dijana daripada projek air ini berjumlah 380 JLS menjelang tahun 2010. Projek utama termasuk pembinaan Empangan Milau dan empat loji rawatan air lain di Tuaran, Papar, Kudat dan Sandakan. SDC akan:
• Melaksanakan lebih banyak pengairan bawah tanah dan sistem pengumpulan
• Memberikan tumpuan terhadap usaha mengurangkan NRW dengan memastikan
penguatkuasaan lebih ketat ke atas kecurian air, penggantian paip dan meter,
menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi merancang rangkaian
pengedaran, pemulihan sistem pengedaran dan menaik taraf loji rawatan sedia ada
• Menggalakkan industri dan pembuat, terutamanya dalam POIC, untuk mengitar
semula air dengan menawarkan insentif tarif
• Terus menguatkuasakan perancangan dan perlindungan tadahan air dan sumber
5.2.3
air hujan di kawasan luar bandar untuk menambah bekalan
air semula jadi dengan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjimatan air
Telekom Telekom Malaysia (TM) ialah syarikat telekomunikasi utama yang beroperasi di Sabah. Syarikat ini menyediakan kemudahan talian tetap dan telefon mudah alih selular. Lima syarikat telekomunikasi lain juga beroperasi di negeri ini. Tetapi setakat ini, mereka hanya menyediakan kemudahan telefon mudah alih selular sahaja. Sabah mempunyai kadar penembusan Talian Ibu Sawat Terus (DEL), penembusan selular dan kadar penembusan dail internet bagi setiap 100 orang penghuni yang terendah.
koridor pembangunan sabah _145
Rajah 5.11: Kadar Penembusan Pertukaran Talian Terus bagi Setiap 100 Penghuni Mengikut Negeri, 2007 Pulau Pinang
23.1
W. P. Kuala Lumpur
23.0 21.4
Selangor
19.9
Melaka Negeri Sembilan
17.7
Perak
17.6
Johor
17.5 16.3
W. P. Labuan 12.8
Kedah dan Perlis Pahang
11.9
Terengganu
11.9 10.8
Sarawak 8.2
Kelantan Sabah
6.5
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
DEL menghubungkan kelengkapan pelanggan ke Rangkaian Telefon Pensuisan Awam (PSTN). Ia mempunyai port khas pada ibu sawat telefon. Kadar penembusan adalah bilangan DEL bagi setiap 100 orang penghuni.
koridor pembangunan sabah _146
Rajah 5.12: Kadar Penembusan Telefon Mudah Alih Selular bagi Setiap 100 Orang Penghuni Mengikut Negeri, 2006 W. P. Kuala Lumpur
93.1
Melaka
87.6
Selangor
76.3
Negeri Sembilan
75.6
Pulau Pinang
72.6
Perlis
70.6
Johor
70.0
Terengganu
62.4
Kedah
60.2
Perak
57.1
Pahang
56.6
Kelantan
51.5
Sarawak
51.5
Sabah
36.9
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
Rajah 5.13: Kadar Penembusan Jalur Lebar bagi Setiap 100 Orang Penghuni Mengikut Negeri, 2007 W. P. Kuala Lumpur
34.5
Pulau Pinang
21.3
Selangor
19.8
W. P. Labuan
10.8
Melaka
10.7
Johor
9.3
Negeri Sembilan
7.6
Perak
7.3
Sarawak
7.2
Kedah
5.4
Sabah
4.9
Pahang
4.6
Terengganu
4.6
Perlis Kelantan
3.8 3.2
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
koridor pembangunan sabah _147
Rajah 5.14: Kadar Penembusan Dail Internet bagi Setiap 100 Orang Penghuni Mengikut Negeri, 2007 36.6
W. P. Kuala Lumpur 17.5
Pulau Pinang
16.8
W. P. Labuan
15.6
Selangor 12.8
Melaka
11.6
Negeri Sembilan
10.8
Johor
10.4
Perlis
9.2
Perak Kedah
7.0
Sarawak
6.9
Terengganu
6.8
Pahang
6.7
Kelantan
6.4
Sabah
4.3
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
5.2.3.1
Cabaran Negeri Sabah yang amat luas menjadikan pelaksanaan rangkaian telekomunikasi mahal dan sukar. Pembinaan rangkaian memerlukan perbelanjaan modal yang besar dan permintaan rendah pada masa ini di kawasan luar bandar tidak dapat menjustifikasikan perbelanjaan yang begitu tinggi ini. Umumnya, tahap pendapatan rendah bermaksud masyarakat lebih suka berbelanja untuk membeli telefon mudah alih dan menggunakan internet di pejabat daripada menyediakan kemudahan internet di rumah. Buat masa ini, TM tidak berupaya menghasilkan rangkaian kos rendah dan menyediakan penetapan harga kos rendah kepada pengguna disebabkan oleh kos kelengkapan yang diperoleh dari luar negara dengan harga yang tinggi.
koridor pembangunan sabah _148
5.2.3.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
5.2.4
5.2.4.1
•
Untuk menambah liputan di kawasan luar bandar, rangkaian telefon mudah alih
menawarkan perkhidmatan GPRS. Kini Celcom adalah pembekal terbesar di kawasan
luar bandar
•
Projek jalur lebar dengan kelajuan tinggi akan bermula pada akhir tahun 2007
•
RM60 juta akan dibelanjakan untuk memperbaiki rangkaian telekom di kawasan
pembangunan baru
Mewujudkan lebih banyak Wi-Fi hotspot untuk menggalakkan saling hubungan
•
data dan penembusan jalur lebar yang lebih tinggi
WiMAX juga akan diperkenal dalam tempoh jangka sederhana ke jangka panjang
•
Sisa Pepejal dan Pembetungan
Sisa Pepejal Kini terdapat 23 tapak pelupusan sisa pepejal di Sabah di bawah pihak berkuasa tempatan setiap daerah. Tanggungjawab bagi pengutipan sisa, pengalihan, dan pelupusan terletak pada setiap Majlis Daerah di kawasan masing-masing. Penduduk di kawasan tanpa kadar dan penempatan yang tidak rasmi yang tidak diliputi oleh perkhidmatan pengutipan sisa rasmi, mengambil jalan keluar dengan membakar dan membuang sisa di kawasan tanah terbuka berdekatan serta melupuskan sisa ke dalam sungai dan laut.
5.2.4.1.1
Cabaran Reka bentuk tapak pelupusan sisa yang tidak kemas diikuti pula dengan kekurangan prosedur pengendalian dan penyelenggaraan akan menyebabkan kualiti hidup yang kurang memuaskan disebabkan oleh kesan persekitaran yang kurang baik. Pencemaran laluan air semula jadi, air dalam tanah, persekitaran marin dan udara merupakan sebahagian daripada kesan sampingan yang terhasil. Tambahan pula, kawasan pelupusan yang tidak dipulihkan secara teratur menyakitkan pandangan dan menjadi isu kesihatan bagi rakyat tempatan dan pelancong. Cabaran utama termasuk kurang kesedaran mengenai perlunya pengurusan sisa pepejal yang lebih baik (3R – Reuse, Recycle, Reduce atau Guna Semula, Kitar Semula, Kurangkan) serta kekurangan kepakaran dalam rawatan sisa pepejal yang berkesan.
koridor pembangunan sabah _149
5.2.4.1.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan Program semasa yang sudah siap diatur termasuk Kemudahan Pemulihan Bahan (MRF) pertama bagi sistem pembuangan tambah tanah (landfills) di Malaysia. Sebelum ini, 100% daripada sisa domestik yang dipungut oleh DBKK akan dibuang di lokasi pembuangan tambahan tanah. Dengan sistem baru ini, syarikat mula memulihkan sesetengah sisa yang boleh dikitar semula. Sisa organik dipulihkan dan ditukar menjadi kompos. Mereka telah mendapati bahawa hampir 70-75% daripada sisa buangan boleh dipulihkan. Manfaat yang diperoleh, termasuk pengurangan dalam bahan larut lesap, kenaikan dalam jangka hayat tapak pembuangan tambah tanah dan manfaat yang paling besar yang diperoleh ialah sistem ini mesra alam. Sistem MRF berharga RM14 juta. Projek-projek ini termasuk:
5.2.4.2
•
Memerlukan perancangan, pengurusan dan pengawalan operasi serta
penyelenggaraan sistem pelupusan sisa yang lebih baik
Memperkenalkan vermikultur berskala besar yang menggunakan cacing untuk
•
memakan dan menukarkan sisa organik kepada baja semula jadi tanpa bau
Mewujudkan kesedaran terhadap perlunya pelupusan sisa dan pengitaran semula
•
melalui pendidikan. Buat masa ini penghasilan kompos telah digalakkan pada tiga
peringkat: komersial, komunal dan seisi rumah
Bagi sisa di perkampungan atas air, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah
•
mempromosi pengitaran semula dengan menggalakkan penduduk untuk mengutip
sampah yang akan seterusnya dibeli oleh DBKK daripada mereka
Pembetungan Pada masa ini Sabah menggunakan sistem rawatan sisa air secara bersama dan individu, dan sistem rawatan enap cemar. Kutipan sisa air dan sistem rawatan bersama digunakan di pusat bandar dan kawasan kediaman utama. Tangki septik individu digunakan terutamanya di kawasan kediaman yang lebih lama dan di luar bandar.
5.2.4.2.1
Cabaran Cabaran yang berkaitan dengan masalah saluran sisa air berpunca terutamanya daripada kekurangan penyelenggaraan sistem pembetungan. Ini disebabkan oleh kekurangan pembiayaan dan kepakaran ditambah pula dengan masalah paip yang sudah lama. Di samping itu, kecekapan rawatan keseluruhan sangat rendah dan dengan itu sesetengah sistem tidak dapat mengendalikan jumlah kumbahan yang semakin meningkat.
koridor pembangunan sabah _150
5.2.4.2.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan Rancangan penswastaan sesetengah fungsi, contohnya, penyelenggaraan dilihat sebagai satu cara untuk mengatasi cabaran bagi peningkatan dan penyelenggaraan yang betul. Berhubung dengan kumbahan di perkampungan di atas air, sistem baru seperti sistem pembetung vakum boleh membantu mengurangkan kuantiti kumbahan yang dibuang ke laut. Ini dilakukan dengan menyedut kumbahan dan mengangkutnya melalui paip ke tapak rawatan yang terletak di darat.
5.2.5
Pengairan Pembangunan pengairan dan saliran akan menjadi faktor penyumbang yang sangat penting ke arah memperkenalkan pembangunan pertanian di Sabah. Pertanian berpengairan telah dikaitkan secara tradisional dengan penanaman padi, tetapi sejak tahun 1970an, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) telah pun membangunkan pengairan tanah tinggi serta menyediakan infrastruktur pengairan untuk tanaman bernilai tinggi. Dalam usaha merancang infrastruktur pengairan bagi pembangunan tanah pertanian yang dicadangkan, DID merancang untuk menyelaraskan usaha ini dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan teliti. Keluasan kawasan padi di Sabah yang perlu diairi telah meningkat daripada 1,600 hektar pada 1967 kepada 18,167 hektar menjelang tahun 2006, dan purata hasil padi telah meningkat daripada lebih kurang 1 tan setiap hektar kepada lebih kurang 4 tan setiap hektar bagi tempoh yang sama. DID telah membangunkan hampir 80 skim pengairan. Skim utama terletak di daerah Kota Belud, Keningau, Kota Marudu, Papar dan Tuaran.
5.2.5.1
Cabaran Cabaran utama timbul daripada pengurusan sumber air yang lemah, kecurian air daripada kawasan perairan dan kekurangan aplikasi dan amalan pertanian yang baik (disebabkan oleh kekurangan jentera membajak).
5.2.5.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
•
Meningkatkan infrastruktur pengairan dan saliran melalui pelaksanaan projek baru,
bagi kedua-dua tanaman padi dan bukan padi
Menaik taraf dan melanjutkan infrastruktur pengairan ke kawasan berpotensi yang
•
dikenal pasti berdekatan dengan skim sedia ada
Meningkatkan penggunaan kemudahan pengairan dan saliran yang telah disediakan
•
di kawasan padi sedia ada koridor pembangunan sabah _151
•
Memperbaiki amalan pengurusan air pengairan bersepadu
•
Menyediakan
bantuan
teknikal
dalam
pembangunan
infrastruktur
dalam
mempelbagaikan tanaman daripada padi kepada tanaman lain yang menguntungkan
di kawasan bukan jelapang yang dikenal pasti
Untuk mengekalkan air yang ada untuk pengairan, kerja pembangunan untuk skim pengairan dan saliran akan dijalankan berdasarkan konsep mesra alam sekitar dengan mengambil kira kesan buruk pengairan ke atas alam sekitar.
Pengekalan dan perlindungan alam sekitar ditegaskan bagi semua projek.
5.3
Pembangunan Modal Insan Berasaskan banci penduduk terkini, pada tahun 2000, jumlah penduduk Sabah mencapai angka 2,603,485. Antara tahun 2000 hingga 2005, Sabah mencatatkan perkembangan penduduk purata pada kadar 2.29% setahun. Penduduk negeri ini rata-rata muda dengan sebahagian besar daripadanya (80%) di bawah usia 39 tahun. Sabah dianggarkan didiami oleh seramai 3.1 juta orang penduduk (Jabatan Statistik). Pada tahun 2006, tenaga kerja Sabah berjumlah 1,264,100. Jumlah ini terdiri daripada 1,190,782 individu bekerja manakala 73,31825 pula menganggur. Kadar penyertaan tenaga 25
Jabatan Statistik
koridor pembangunan sabah _152
kerja adalah 64.8%. Kadar pengangguran di Sabah pada tahun 2006 ialah 5.8%, lebih tinggi daripada kadar nasional yang berada pada paras 3.1%. Rajah 5.15: Trend Kadar Pengangguran Kadar pengangguran Sabah Kadar pengangguran Malaysia 6.5%
7.0% 5.9%
6.0%
5.8%
6.5% 5.8%
5.4%
5.0% 4.0% 3.6%
3.0%
3.5%
3.6%
3.8%
3.5%
3.1% 2.0% 1.0% 0.0% 2001
2002
2003
2004
2005
2006
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
Pertanian, pemburuan dan perhutanan merupakan sektor terbesar mengikut peratus pekerja yang diambil bekerja mengikut industri (30%). Ini diikuti pula oleh industri perdagangan borong, perdagangan runcit, pembaikan kenderaan serta barangan isi rumah (15.5%). Rajah 5.16: Taburan Individu Bekerja mengikut Industri, 1980-2005
Peratus
100% 41.9
Pertanian, pemburuan perhutanan dan perikanan
34.0
0.6
Pembuatan Pembinaan
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi Kewangan, insurans, hartanah, penyewaan dan aktiviti perniagaan
Pentadbiran awam, pertahanan, perkhidmatan komuniti, sosial dan peribadi Lain-lain
0.3
0.3
Perlombongan dan kuari
Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran
30.5
56.1
9.1 4.8 3.2
0.3
6.2
19.0
4.2
1980
2.2
21.2
5.1
4.7 3.5
4.6 3.2 21.3
2.0
1991
21.5
17.5
12.6
0.9
7.7
5.9
7.8 2.8
11.4
11.4
19.6 1.8
2000
8.0
2006
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
koridor pembangunan sabah _153
Rajah 5.17: Taburan Individu Bekerja Mengikut Pekerjaan bagi Negeri Sabah, 2006
Lain-lain 15.8% 30.5%
Pentadbiran awam, pertahanan, komuniti, pendidikan, kesihatan, sosial dan perkhidmatan peribadi
Pertanian, pemburuan, perhutanan dan perikanan
19.6% 0.3% Perlombongan dan kuari
Kewangan, insuran, hartanah, penyewaan dan aktiviti perniagaan
11.4%
3.5%
Pembuatan
4.7% 7.7%
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
21.5%
Pembinaan
Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
Terdapat beberapa kementerian, jabatan, agensi dan badan berkanun yang menyumbang ke arah pembangunan modal insan di Sabah. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, dari pemberian biasiswa secara langsung, pembiayaan, hinggalah ke latihan dan penyediaan sumber.
5.3.1
Cabaran Untuk memastikan kemampanan pelaksanaan SDC, keperluan modal insan hendaklah dipenuhi oleh bekalan tempatan. Bakal pelabur yang ditemu bual mencadangkan yang kebanyakan majikan memerlukan graduan dalam bidang sains, teknikal atau vokasional (pengurusan percutian, juruteknik, pengurusan ladang). Walau bagaimanapun, hasil temu bual menunjukkan pada ketika ini terdapat terlalu ramai graduan dalam bidang sastera dan kemanusiaan yang melebihi permintaan manakala siswazah dalam bidang sains dan teknologi pula tidak mencukupi.
koridor pembangunan sabah _154
5.3.2
Strategi Kepersisan yang lebih jitu diperlukan dalam menjana modal insan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri pelancongan, pertanian dan pembuatan. Ini akan ditangani dengan pelaksanaan strategi berikut: • Meningkatkan bilangan pekerja mahir untuk memberikan sokongan penuh kepada
pembangunan sektor pelancongan, pertanian serta pembuatan
• Meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan demi membantu negeri ini melalui
perubahan daripada ekonomi berasaskan pengeluaran kepada yang berasaskan
pengetahuan
• Membangunkan pangkalan data yang sentiasa dikemas kini bagi tenaga kerja berbakat
yang sedia ada berbanding kemahiran yang diperlukan oleh industri yang beroperasi di
Sabah:
º º º
Bilangan tenaga kerja dengan jenis bakat yang sedia ada Kajian keperluan tenaga kerja mahir (berdasarkan unjuran ahli industri) Pelajar yang telah dianugerahi biasiswa
Industri Sedia Ada
Industri Baru • Pelancongan • Pertanian • Hiliran Minyak Sawit • Biotek
5.3.3
Cabaran
Penyelesaian yang dicadangkan
• Kekurangan kemahiran, seperti, komunikasi, teknikal, kemahiran tidak ketara (soft skills) • Bakal pekerja kurang pendedahan • Kekurangan pekerjaan yang sedia ada • Kekurangan graduan yang sesuai
• Wujudkan Majlis Perancangan Modal Insan (HCPC) melalui agensi pelaksana sehenti: º Selaraskan antara industri dan akademia º Latihan bekerja industri º Mengukuhkan pusat perkhidmatan kerjaya
• Sesetengah industri belum wujud • Pelabur berpotensi perlu diyakinkan bahawa mendapatkan tenaga kerja bukan satu masalah
• Dalam SEDIA dan HCPC pegawai pelaburan akan menjamin perkhidmatan dari segi mendapatkan kemahiran, tenaga kerja bagi industri • HCPC akan mengumpulkan statistik tenaga kerja dan membina pangkalan data mengenai mereka yang kembali ke Sabah
Program
• Mewujudkan
Majlis
Perancangan
Modal
Insan
(HCPC)
untuk
mengawasi
pengumpulan statistik tenaga kerja yang berkaitan, menyelaraskan akademia dan
industri, menyelaraskan pesta perekrutan dan membina
kemahiran individu yang kembali ke Sabah
pangkalan data bagi
koridor pembangunan sabah _155
menjalani kursus boleh bekerja dalam industri semasa dengan
mendapat jawatan tetap selepas tamat pengajian. Kesemua pemegang biasiswa
Yayasan Sabah hendaklah diwajibkan untuk melaksanakan latihan bekerja semasa
cuti
peluang
untuk
• Memperluaskan keupayaan pendidikan sains dan teknologi, latihan dan pendaftaran
demi menyokong pembangunan sektor pertanian dan pembuatan pada masa hadapan.
Meningkatkan nisbah kepada 70:30 (sains kepada kemanusiaan)
• Meningkatkan dan menambahbaik profil dan kepentingan kerjaya dalam bidang
pertanian, pembuatan dan pelancongan. Ini boleh dicapai dengan membawa
personaliti pemimpin yang dihormati dalam industri masing-masing ke universiti-
universiti dan kolej-kolej latihan untuk memberi pandangan dan kata-kata semangat
mengenai tugas dan pekerjaan yang mereka jalankan
• Meningkatkan profil Sabah sebagai destinasi pilihan bagi bakal saintis / penyelidik
dalam bidang pembuatan dan pertanian dan memastikan berlakunya pemindahan
kemahiran dan ilmu kepada tenaga kerja setempat
• Mewujudkan insentif (sumbangan bantu mula dan sebagainya) bagi menggalakkan
warga Sabah yang berbakat untuk melabur dalam masa depan Sabah. Dana boleh
disalurkan ke arah kerja-kerja usaha sama penyelidikan. Saintis dan bekas eksekutif
MNC seharusnya boleh memohon pinjaman mudah bagi tujuan penyelidikan dan
kemudiannya diberi insentif dalam bentuk penukaran pinjaman mudah tersebut
kepada sumbangan bantuan sekiranya mereka berjaya mencapai sasaran penting
yang ditetapkan. Program seperti ini akan memerlukan panel kajian semula setaraf
untuk memastikan kebolehlaksanaan projek seperti ini
5.3.3.1
• Meningkatkan program latihan secara drastik, iaitu para pelajar yang masih
• Di samping itu, pusat latihan dan kemahiran sedia ada seperti Institut Kemahiran
MARA (IKM), Pusat Teknologi Kemahiran Sabah (SSTC), Institut Latihan Perindustrian
(ILP) dan Politeknik Kota Kinabalu akan memainkan peranan penting dalam menjana
modal insan yang sesuai bagi memenuhi keperluan Sabah
Hab Pendidikan Sandakan Selaras dengan tumpuan yang diberikan dalam RMKe-9, iaitu untuk meningkatkan kualiti modal insan, inisiatif SDC akan mengukuhkan pembinaan kapasiti untuk membangunkan modal insan yang berilmu, mahir dan inovatif demi memacu negeri ini ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara projek utama untuk mencapai matlamat ini adalah pembangunan Hab Pendidikan di Sandakan. Hab Pendidikan Sandakan (SEH) yang bakal menempatkan institusi pendidikan tinggi, pusat penyelidikan dan kolej dan politeknik swasta, meliputi kawasan seluas 1,356 ekar ini adalah juga satu komponen penting dalam Zon Inovasi Agrobio.
koridor pembangunan sabah _156
SEH juga akan menyediakan segala infrastruktur yang diperlukan bagi penyelidikan pertanian dan ekologi seperti makmal sains dan sebagainya. Pusat penyelidikan dan pembangunan dan beberapa pusat latihan kemahiran bagi program pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, biodiversiti dan kehidupan liar, industri bioteknologi dan pembuatan minyak sawit dan hiliran juga turut dirancang untuk hab ini. Setakat ini, lima kolej telah menyatakan minat mereka untuk membina kampus mereka di Sandakan. Mereka merupakan:
• MRSM / MARA
• Universiti Malaysia Sabah – Sekolah Pertanian
• Politeknik Sandakan
• Kolej Tunku Abdul Rahman
• Pusat Latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri
Pendidikan akan menerima fokus yang diperbaharui di bawah SDC.
koridor pembangunan sabah _157
5.3.3.2
Hab Pendidikan Pedalaman Sub-Wilayah Tengah merupakan jalur pertanian dan penghasilan makanan utama Sabah. Di sinilah juga letaknya ikon yang sudah termasyhur di dunia, Gunung Kinabalu dan warisan budaya yang begitu kaya. Malangnya, kemiskinan begitu meluas di Sub-Wilayah Tengah ini. Untuk menentukan supaya anugerah alam semula jadi ini dapat dimanfaatkan bagi menghasilkan pendapatan bagi penduduk di sini, terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah kelompok institusi pendidikan dan latihan bagi membina modal insan di sub-wilayah ini yang dikenali sebagai Hab Pendidikan Pedalaman. Hab Pendidikan Pedalaman ini mungkin boleh dimulakan oleh Yayasan Sabah bagi membina sumber untuk sektor pelancongan dan pertanian, terutamanya dalam industri kraftangan, produk asli istimewa, makanan dan ternakan; disamping melatih usahawan tani, dan membangunkan perniagaan tani. Yayasan Sabah juga mungkin boleh mempertimbangkan penubuhan sekolah dan kolej berasaskan model MRSM-Yayasan Terengganu untuk pelajar cemerlang daripada sekolah luar bandar terutamanya pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (rujuk Bab 6).
koridor pembangunan sabah _158
koridor pembangunan sabah _159