koridor pembangunan sabah _72
koridor pembangunan sabah _73
koridor pembangunan sabah _74
BAB 3
Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan perdagangan produk pertanian di Asia menjelang 2025. Ini termasuk menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pertanian semasa sebanyak empat kali ganda kepada lebih daripada RM17 bilion, purata pertumbuhan terkompaun sebanyak 8% setahun dan mengurangkan import makanan bersih Sabah sebanyak 60%. Minyak kelapa sawit akan menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan ini dari segi peningkatan hasil. Selain itu, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan memberikan tumpuan terhadap mempelbagaikan kegiatan dengan menceburi produk pertanian bernilai tinggi seperti hortikultur, produk asli berkaitan kesihatan dan jatrofa. Tanaman getah pula akan dipromosikan untuk susu getah dan sebagai stok bahan mentah bagi industri berasaskan kayu. Dalam usaha untuk menempatkan Sabah sebagai pusat kecemerlangan, SDC akan terus menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan bahan tanaman yang mampu memberikan hasil yang tinggi, pelaksanaan amalan terbaik dalam kaedah penanaman dan amalan lestari dalam usaha memulihara alam sekitar. SDC juga akan meneroka inisiatif untuk menempatkan Sabah sebagai pusat perdagangan utama produk pertanian serantau, dengan memanfaatkan lokasi geografinya. Pertanian juga dilihat sebagai satu cara yang berkesan bagi membantu penduduk luar bandar keluar daripada kepompong kemiskinan. Kerajaan Sabah sedang giat meneliti program pengezonan tanah dan penyediaan infrastruktur sokongan untuk meningkatkan kecekapan pengoperasian petani luar bandar. Bagi melengkapkannya, SDC akan meneliti program pembangunan peladang dalam usaha merangsang daya pengeluaran pertanian berasaskan makanan melalui peruntukan benih bermutu tinggi, peningkatan kaedah penanaman serta peningkatan skala melalui pertanian berkelompok.
koridor pembangunan sabah _75
3.1
Situasi Semasa Pertanian adalah penyumbang kedua tertinggi selepas sektor perkhidmatan, menyumbang sebanyak 28% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah atau RM4.1 bilion12 pada tahun 2005. Sejak tahun 2001-2005, pertumbuhan KDNK pertanian kekal pada kadar 6%, iaitu lebih tinggi sedikit daripada kadar pertumbuhan pertanian di Malaysia keseluruhannya, iaitu pada kadar 5% setahun dalam tempoh yang sama. Rajah 3.1: Bahagian Pertanian dalam KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar Sabah menurut Industri, 2005
KDNK Pertanian
Peratusan
Peratusan 100% = RM15.1 billion
100% = RM4.1 billion
Perkhidmatan
81
47%
28%
7%
5% 13% Perhutanan dan Pembalakan Perlombongan Pembuatan dan Kuari
Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah
12
Jabatan Statistik, Sabah
koridor pembangunan sabah _76
Kelapa Sawit
Pertanian
10
Perikanan
2 1
Ternakan Koko Getah Lain-lain
1
5
Rajah 3.2: Pecahan KDNK untuk Sabah, 2001-2005 (Pada Harga Kekal 1987)
Peratusan
2001
2002
2003
2004
2005
Perkhidmatan
46%
45%
44%
46%
47%
Pertanian
27%
26%
26%
26%
28%
Pembuatan Perhutanan & Pembalakan
11% 3%
12%
13%
13%
5%
5%
5%
Perlombongan & Kuari
13%
12%
12%
10%
5% 7%
12,242
13,007
13,759
14,345
15,073
3,280
3,375
3,592
3,766
4,164
Sektor
Jumlah Nilai KDNK (RM Juta) Nilai untuk Pertanian (RM Juta)
13%
Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah
Eksport pertanian bagi tahun 2005 bernilai lebih RM9 bilion13. Minyak kelapa sawit adalah eksport pertanian terbesar dengan pendapatan mencakupi kira-kira 91% daripada jumlah hasil eksport pertanian dan 33% daripada jumlah eksport Sabah. Eksport pertanian utama yang lain termasuk getah, kelapa dan koko dengan nilai tergabung melebihi RM540 juta.
13 Jabatan
Statistik, Sabah
koridor pembangunan sabah _77
Rajah 3.3: Eksport Pertanian 2005, Sabah
Eksport Pertanian 2005, Sabah RM juta
Minyak
Koko
Kelapa
Getah
132
283
Kelapa Sawit Nilai (RM Juta)
8,310
129
Perikanan dan Akuakultur
199
Pertanian Lain
67
Jumlah
9,123
Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah
Sejumlah 376,000 atau 33% daripada semua individu yang bekerja di Sabah terlibat dalam pertanian, menjadikannya penyumbang kedua terbesar selepas perkhidmatan dari segi pekerjaan merentas semua industri di Sabah. Dari segi keluasan tanah, sejumlah 2.1 juta14 hektar telah dikenal pasti sebagai tanah yang sesuai untuk pertanian, dan 1.4 juta hektar daripadanya telah pun diusahakan. Baki tanah yang sesuai untuk pertanian di Sabah harus dirancang dengan teliti dalam format tersusun.
14
Jabatan Pertanian, Sabah
koridor pembangunan sabah _78
Rajah 3.4: Tanah yang Sesuai untuk Pertanian Tanaman, 2006
Kawasan Tanah Sabah Diguna oleh Aktiviti Pertanian, 2006
Tanah yang Sesuai untuk Pertanian
Peratusan
‘000 hektar 100% = 7.2 juta hektar
Tanah tidak sesuai
71.8%
Jumlah tanah = 2,100
29.2%
270
Tanah yang ada
430
Hutan simpan
Tanah yang sesuai untuk pertanian 1,400
Tanah dibangunkan untuk pertanian
Sumber: Jabatan Pertanian, Sabah
Rajah 3.5: Penggunaan Tanah Pertanian yang Dibangunkan Mengikut Tanaman, 2005 ‘000 hektar Kelapa sawit
1,231
Getah
66
Padi
40
Kelapa
18
Koko
14
Lain-lain
26
Sumber: Jabatan Pertanian, Sabah
koridor pembangunan sabah _79
Pertanian tersebar luas di seluruh negeri Sabah. Sub-Wilayah Timur merupakan kawasan utama tanaman perindustrian, terutamanya kelapa sawit, getah dan koko, dan menjadi lokasi bagi tapak perikanan dan akuakultur yang utama. Tumpuan Sub-Wilayah Tengah adalah kepada penanaman padi, herba, sayur-sayuran, buah-buahan, produk asli istimewa (SNP) dan perladangan ternak. Kegiatan pertanian di Sub-Wilayah Barat pula merangkumi ternakan, perikanan, padi, buah-buahan, koko dan kelapa. Rajah 3.6: Taburan Tanaman Perindustrian dan Jumlah Hektar menurut Daerah
Sumber: IDS
Sub-sektor Pertanian Utama i) Kelapa Sawit
Kelapa sawit ketika ini adalah tanaman pertanian utama di Sabah. Sumbangan
ekonomi kelapa sawit jika ditukar ke dalam bentuk sumbangan KDNK adalah hampir
RM3.4 bilion pada tahun 2005, dengan KPTK sebanyak 9% dari tahun 1998-2005.
koridor pembangunan sabah _80
Rajah 3.7: Kawasan Ladang Kelapa Sawit di Sabah
Sumber: IDS
Keadaan tempatan yang sesuai dan pengurusan ladang yang baik di Sabah menjadi pemangkin utama bagi hasil sawit yang tinggi. Seperti yang ternyata dalam Jadual 3.1, Sabah ketika ini mengeluarkan hasil purata tertinggi di Malaysia.
koridor pembangunan sabah _81
Jadual 3.1: Hasil purata BTB dan MSM di Sabah lwn. purata Malaysia (2000-2006) Hasil
Year
Purata
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
BTB Sabah
19.84
21.04
20.57
21.32
21.40
22.99
23.10
BTB Malaysia
18.33
19.14
17.97
18.99
18.60
18.88
19.60
MSM Sabah
3.91
4.33
4.45
4.56
4.56
4.91
4.88
MSM Malaysia
3.46
3.66
3.59
3.75
3.73
3.80
3.93
Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Luas tanah yang diusahakan dengan kelapa sawit ketika ini meliputi 1,231,584 hektar atau hampir 90% daripada kesemua tanah pertanian negeri Sabah. Kebanyakannya tertumpu di sekitar kawasan kelapa sawit yang mengunjur dari Sandakan ke Lahad Datu. Ini meletakkan Sabah sebagai penyumbang terbesar tunggal kepada industri minyak sawit Malaysia dengan 29.8% daripada kesemua ladang kelapa sawit di Malaysia, terletak di sini. Sabah mengeluarkan 5.4 juta tan metrik15 Minyak Kelapa Sawit Mentah (MSM) pada tahun 2006 yang bersamaan 30% daripada pengeluaran MSM negara. Meskipun pengeluaran MSM-nya tinggi, namun pada ketika ini terdapat kegiatan hiliran sawit yang amat sedikit di negeri ini. Satu jumlah yang diuntukkan kepada permintaan peserta hiliran tempatan bagi MSM perlu ditetapkan, yang akan diwujudkan oleh Kelompok Industri Minyak Sawit (POIC) yang dilancarkan baru-baru ini. POIC bertujuan untuk menguasai aktiviti hiliran nilai ditambah seperti oleo-kimia dan lemak khas (sila lihat bab Pembuatan untuk butiran lanjut).
Kelapa sawit merupakan penyumbang utama industri pertanian di Sabah.
15
Buku Statistik MPOB 2006
koridor pembangunan sabah _82
ii) Tanaman Perindustrian Lain
Tanaman perindustrian penting lain termasuk getah, kelapa dan koko menyumbang
sejumlah RM545 juta kepada eksport Sabah, dengan getah menyumbang sebanyak
RM284 juta. Sabah menyumbang kepada lebih daripada 50% pengeluaran koko di
Malaysia.
Ketika ini, lebih 66,000 hektar tanah ditanam dengan getah, dengan 90% daripadanya
diusahakan oleh pekebun kecil yang terutamanya bertempat di Sub-Wilayah Barat dan
Tengah negeri ini. Kelapa ditanam di lebih 18,600 hektar tanah manakala koko meliputi
14,100 hektar.
Penyumbang lain bagi industri pertanian adalah getah dan kelapa.
iii) Perikanan dan Akuakultur
Industri perikanan dan akuakultur di Sabah, sebahagian besarnya dipacu oleh sektor swasta. Pada tahun 2005, perikanan menyumbang sebanyak 10% daripada KDNK
pertanian bernilai RM411 juta. Perikanan laut dalam masih belum cukup maju dan
dengan itu mempunyai potensi yang amat besar.
SDC akan menitikberatkan aktiviti akuakultur.
koridor pembangunan sabah _83
Rajah 3.8: Kawasan Perikanan dan Akuakultur di Sabah
Sumber: IDS
Kegiatan utama dalam sektor perikanan adalah kegiatan menangkap udang dengan pukat tunda dan akuakultur. Dari segi eksport, udang sejuk beku segar merupakan produk perikanan utama yang dieksport dari SDC, menyumbang sejumlah kira-kira RM200 juta setahun kepada pendapatan eksport Negeri. Eksport utama lain termasuk udang harimau yang jumlah eksportnya mencecah 3,000 tan metrik bernilai RM100 juta. Ketika ini terdapat 2,073 kolam di Sabah yang melibatkan 82 pengendali, dengan Tawau menjadi kawasan utama yang menyumbang lebih 2,000 tan metrik hasil keluaran. Kawasan-kawasan lain termasuk Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Negeri Sabah telah menetapkan kawasan sekitar Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Beaufort dan Kuala Penyu sebagai Zon Industri Akuakultur (AIZ). Adalah dianggarkan 63,000 hektar tanah di kawasan ini sesuai digunakan untuk kegiatan akuakultur. Usaha penanaman rumpai laut khususnya merupakan industri pertumbuhan tinggi kebelakangan ini dengan kegiatan tertumpu di sekitar Semporna, Kota Belud dan Tuaran. koridor pembangunan sabah _84
Ketika ini ia melibatkan lebih 600 peladang dan menghasilkan produk seberat hampir 3,000 tan metrik. Terdapat potensi pemprosesan hiliran yang besar bagi rumpai laut, yang buat masa ini dijalankan terutamanya di Selatan Filipina. Produk akuakultur bernilai tinggi yang lain tertumpu pada penternakan ikan, udang, ketam, tiram dan abalon terpilih.
Lokasi Sabah adalah ideal untuk aktiviti perikanan dan akuakultur.
iv) Tanaman Lain
Kawasan yang diusahakan dengan produk hortikultur seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran, herba dan produk asli istimewa (SNP) ketika ini meliputi kira-kira
23,000 hektar tanah di seluruh Sabah. Penanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil
tertumpu di kawasan seperti Ranau, Kudat, Penampang, Lahad Datu, Keningau,
Papar dan Tambunan. Bagi tahun 2005, nilai eksport gabungan bagi tanaman lain
berjumlah RM67 juta dengan pertumbuhan KDNK dari 1998-2005 sebanyak 4% setahun.
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam termasuk jagung, ubi kayu, halia, durian,
pisang, langsat dan nanas. Produk SNP termasuk kacip fatimah, hempedu bumi,
cengkih, kulit kayu manis, pala, dan mengkudu tertumpu di kawasan Papar, Beaufort dan
Keningau, yang berhampiran dengan Presint Agro-Industri Sabah (SAIP) di Kimanis.
Dari segi pengeluaran makanan, padi dan perladangan ternak adalah penting untuk
membantu Sabah mengurangkan defisit makanannya sebanyak RM900 juta. Pengeluaran
padi mampu diri hanya pada kadar 34% merupakan tanaman yang memberikan
pendapatan utama kepada petani luar bandar. Kawasan yang diusahakan dengan
padi meliputi 40,000 hektar dan terletak dalam kawasan seperti Papar, Tuaran,
Kota Belud, Tambunan dan Kota Marudu.
Tanah Sabah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman.
koridor pembangunan sabah _85
v) Ayam Itik dan Ternakan
Pada tahun 2005, pengeluaran telur ternakan dan babi adalah pada tahap mampu diri manakala pengeluaran daging ternakan dan susu tenusu adalah pada kadar 98%
daripada tahap mampu diri. Pada tahun 2005, daging lembu dihasilkan hanya pada kadar
20% daripada tahap mampu diri dan semakin berkurangan dari 1995 hingga 2005 pada
kadar KPTK sebanyak -9%. Penggunaan per kapita daging lembu bagaimanapun adalah
2.8 kg, dengan KPTK sebanyak 6% dalam tempoh yang sama.
Peladang ternakan di Sabah ketika ini menghasilkan produk lembu, kerbau, ayam, itik,
babi dan tenusu. Ia terletak terutamanya dalam kawasan sekitar Kota Belud, Kinarut,
Keningau, Sandakan dan Tawau. Penternakan lembu akan diusahakan untuk memenuhi
hasrat untuk mengeksport hasil ini, memandangkan Sabah telah disahkan bebas
daripada penyakit ternak kuku dan mulut oleh Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan
Haiwan (OIE). Selain itu, disebabkan oleh saiz ladang kelapa sawit yang besar di Sabah,
Perladangan Ternakan Bersepadu harus diberi perhatian yang sewajarnya.
Aktiviti perladangan termasuk ayam itik dan ternakan.
3.2
Kekuatan Utama Pertanian di Sabah i) Keadaan Semula Jadi yang Sesuai
Sabah mempunyai kawasan tanah yang luas di samping cuaca dan keadaan tanah yang
sesuai untuk pertanian. Ladang kelapa sawit Sabah mempunyai hasil purata tertinggi
dalam negara. Keadaan tanah yang sesuai juga membolehkan pelbagai tanaman ditanam
- tanaman industri seperti getah dan koko, serta tanaman pertanian yang lain seperti
buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan produk asli istimewa (SNP).
ii) Bekalan Semula Jadi Hidupan Marin
Sabah mempunyai pinggir laut paling panjang di Malaysia dengan lebih daripada
tiga suku sempadannya dikelilingi laut sepanjang lebih 4,300 km. Negeri ini kaya
dengan
membolehkan cahaya matahari menembusi dasar untuk membolehkan fotosintesis
koridor pembangunan sabah _86
produk
laut
kerana
airnya
yang
cetek
di
sepanjang
pinggir
pantai
berlaku, menghasilkan bilangan fitoplankton besar. Ekosistem laut terbahagi kepada zon
muara dan zon lautan. Zon muara mewakili kurang daripada 10% daripada jumlah
kawasan lautan tetapi mengandungi 90% daripada kesemua hidupan laut.
iii) Ternakan yang Bebas daripada Penyakit Ternak Kuku dan Mulut
Sabah merupakan salah satu daripada dua negeri di Malaysia yang diisytiharkan secara
rasmi sebagai bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut (FMD), dan dengan yang
demikian pengeksportan produk ternakan Sabah dibolehkan.
iv) Lokasi Strategik sebagai Pintu Masuk ke Pasaran Utama
3.3
Sabah terletak secara strategik berhampiran pasaran pertumbuhan tinggi seperti China
dan Taiwan. Terdapat potensi bagi syarikat yang beroperasi di sekitar SDC untuk
merangsang eksport hasil pertanian segar dan hiliran ke pasaran ini.
Cabaran Utama dan Isu yang Dihadapi dalam Pertanian Sebahagian besar tanah pertanian diusahakan oleh syarikat-syarikat minyak kelapa sawit yang menghasilkan perolehan tertinggi di Malaysia disebabkan oleh keadaan dan amalan penanaman yang sesuai. Namun begitu, potensi pengeluaran tidak dicapai sepenuhnya berikutan terdapatnya perbezaan dalam kaedah penanaman dan penuaian. Pekebun-pekebun kecil terutamanya, memerlukan bantuan asas berhubung amalan pertanian yang baik, penggunaan teknologi yang bersesuaian, pencapaian ekonomi skala, pemasaran dan pengedaran. i) Penerapan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Penggunaan Teknologi yang Lemah oleh
Pekebun Kecil
Kerajaan
subsidi alat, pengalihan teknologi dan latihan. Walaupun terdapat kemajuan, masih
ada ruang untuk pekebun memperbaiki kemahiran dan kaedah mereka. Ini akan
memberikan pulangan hasil yang lebih tinggi dan keluaran yang berkualiti sebagaimana
yang dikehendaki oleh pembeli kuantiti besar seperti pasar raya besar. Pekebun kecil
secara amnya tidak menerapkan Amalan Pertanian Baik (GAP) secara berterusan.
Negeri
menyediakan
bantuan
kepada
pekebun
melalui
insentif,
ii) Kurangnya Keluasan, Pemasaran dan Pengagihan
Perladangan skala kecil yang dijalankan pada waktu ini seperti penanaman padi,
penternakan, buah-buahan, sayuran, SNP dan herba telah menyebabkan kos pengeluaran
koridor pembangunan sabah _87
yang tinggi, kualiti pengeluaran yang tidak tetap dan hasil yang rendah. Oleh sebab itu
pendapatan pekebun-pekebun ini rendah.
Isu keluasan dan ketidakmampuan untuk penghasilan berterusan, dalam kuantiti yang
besar, yang memenuhi piawaian kualiti, menyebabkan pemasaran hasil pertanian
menjadi sukar. Pekebun buah-buahan dan sayur-sayuran serta penternak buat masa ini
tidak mempunyai keupayaan untuk memasarkan secara terus ke pasaran yang besar
kerana kegagalan mereka untuk memenuhi permintaan yang berterusan. Mereka
menjual hasil di pasar tempatan atau melalui orang tengah yang menyebabkan mereka
tidak mendapat harga yang lebih baik bagi hasil mereka.
iii) Tanah Pertanian yang Semakin Menyusut
3.4
Sabah perlu memberikan tumpuan kepada teknologi untuk mendapatkan hasil
yang lebih baik kerana tanah yang sesuai untuk pertanian adalah terhad jika
dibandingkan dengan Indonesia. Harga produk komoditi utama seperti minyak
kelapa sawit akan terjejas teruk, apabila ladang kelapa sawit baru yang besar di
Indonesia, mencapai kematangan dalam tempoh lima ke tujuh tahun akan datang.
Strategi Utama untuk Menggiatkan Semula Pertanian Pertanian memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi Sabah. Strategi untuk meningkatkan prestasi sektor tersebut akan ditumpukan, terutamanya kepada tiga perkara utama:
• • •
Pertumbuhan yang pesat bagi produk untuk eksport bernilai tinggi Peningkatan kualiti dan daya pengeluaran untuk pertanian berasaskan makanan Mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai teraju pusat kecemerlangan minyak sawit
Untuk menyokong strategi di atas, kerajaan (Persekutuan dan Negeri) perlu meningkatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan, penerapan kejenteraan dan GAP untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti. Hab Pendidikan Sandakan akan menunjangi satu kelompok pusat penyelidikan dan pembangunan dan latihan kerajaan untuk tujuan ini. Antara yang akan diletakkan di sini ialah Pusat Kecemerlangan Biodiversiti Tropika. Stesen juga akan dibina di seluruh Sabah bersama-sama pusat pengumpulan untuk memberikan panduan kepada pekebun, terutamanya pekebun kecil tentang bahan penanaman, baja, alat kejenteraan dan penerangan, serta peragaan GAP.
koridor pembangunan sabah _88
3.4.1
Pertumbuhan yang Pesat bagi Produk untuk Eksport Bernilai Tinggi Salah
satu
daripada
bahagian
yang
diberi
tumpuan
dalam
pertanian
ialah
usaha mempercepatkan pertumbuhan produk pertanian yang bernilai dan berpotensi tinggi. Insentif dan penurunan kos perladangan akan menjadi alat pendesak penting dalam menarik pengusaha agro dan IKS untuk membangunkan industri akuakultur, perikanan laut dalam, produk hutan bukan balak dan hortikultur. Pasaran akuakultur global sekarang bernilai lebih kurang ASD75 bilion dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 8.8% setahun sejak tahun 1971. Sabah kini mengeksport udang, ikan nilai tinggi dan produk akuakultur utama, seperti rumpai laut, ke pasaran mewah seperti Jepun, Taiwan dan China. Sub-sektor utama lain termasuklah hortikultur yang nilai pasaran globalnya sebanyak ASD80 bilion pada tahun 2004. Ini termasuk florikultur yang pada masa ini, banyak dikeluarkan di Sabah, contohnya orkid. Produk lain termasuklah herba dan SNP yang mempunyai nilai pasaran global sebanyak ASD60 bilion dan kadar pertumbuhan sehingga 30% setahun, dan produk baru seperti jatrofa, kenaf, rosella dan vanilla akan dipertimbangkan. Jatrofa berpotensi sebagai sumber alternatif bagi bio bahan api, yang mempunyai nilai yang menarik, memandangkan harga yang tinggi pada masa ini bagi bahan api fosil dan bahan mentah bio bahan api daripada komoditi makanan seperti minyak sawit dan tebu. Tumbuhan tersebut boleh tahan kemarau panjang dan dapat dituai dalam tempoh yang singkat, kurang dari setahun. Oleh sebab itu ia sesuai untuk ditanam di kawasan yang curahan hujannya rendah dan pengairan sukar dijalankan seperti Semenanjung Bengkoka, Kota Marudu, Keningau dan Tenom yang berada dalam Sub-Wilayah Tengah. Pati buah jatrofa boleh digunakan dalam industri kosmetik dan farmaseutikal.
3.4.2
Peningkatan Kualiti dan Daya Pengeluaran untuk Pertanian Berasaskan Makanan Satu lagi tumpuan utama pertanian ialah usaha meningkatkan tahap kualiti dan daya pengeluaran
sub-sektor
pertanian
berasaskan
makanan.
Objektifnya
termasuklah
mengurangkan defisit makanan untuk Sabah yang pada ketika ini berada pada paras RM900 juta, di samping meningkatkan pendapatan pekebun luar bandar. Ia juga dijangka akan menjana pendapatan melalui eksport ke Semenanjung Malaysia dan negara-negara jiran. Di bawah Dasar Pertanian Negeri Sabah Kedua, Kerajaan Negeri terutamanya, telah menetapkan sasaran utama berhubung peningkatan tahap mampu diri untuk pengeluaran koridor pembangunan sabah _89
padi daripada 30% kepada 60% dan lembu daripada 23% kepada 30% menjelang tahun 2010. Kerajaan negeri telah mengenal pasti Kota Belud sebagai kawasan ‘jelapang padi’ bagi negeri ini. Sebuah pusat pengeluaran benih padi dan penyelidikan dan pembangunan sedang dibangunkan di sana. Kerajaan negeri juga telah memperkenalkan Taman Pengeluaran Makanan Kekal (PFPP) di Tawau, Kinabatangan, Papar dan Beaufort dengan insentif bagi pekebun untuk menanam tanaman tertentu seperti betik, nenas, avokado, mangga dan pisang. Penternakan haiwan juga menjadi tumpuan utama pengeluaran makanan di Sabah kerana industri tersebut mempunyai potensi yang besar berikutan iklim yang sesuai dan juga telah diisytiharkan secara rasmi sebagai bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut (FMD) oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE). Tanaman berasaskan makanan utama lain adalah padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Penerapan GAP oleh pekebun kecil akan menjadi faktor utama dalam memastikan hasil yang tinggi dapat diperoleh daripada setiap hektar tanah. Ini penting terutamanya bagi pekebun kecil yang tambahan peningkatan pengeluaran akan meningkatkan jumlah pendapatan mereka. Ini boleh dicapai dengan meminimumkan pembaziran dan mengawal peningkatan kos. Kualiti keluaran juga akan mampu menepati tahap jualan dan eksport yang diperlukan.
Amalan Pertanian Baik diaplikasikan dalam usaha meningkatkan kualiti pengeluaran.
3.4.3
Mengukuhkan Kedudukan Sabah sebagai Teraju Pusat Kecemerlangan Minyak Sawit Minyak sawit merupakan tanaman minyak makan yang paling tinggi hasilnya setiap hektar. Ia mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam penjanaan kerja bernilai tinggi dalam aktiviti hiliran. Kesesuaian tanah dan keadaan di Sabah telah menyumbang kepada kejayaan Sabah sebagai penghasil tertinggi di negara ini. Oleh sebab itu, tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan produktiviti dan hasil melalui kemajuan teknologi dan peningkatan penyelidikan dan pembangunan dalam bioteknologi dan amalan agronomi.
koridor pembangunan sabah _90
Mempromosikan dan menguatkuasakan kemampanan minyak sawit dan kebolehjejakkan (traceability) makanan perlu demi memastikan akses yang berterusan ke dalam pasaran dunia. Oleh sebab itu, proses pensijilan dan penguatkuasaan perlu diperketat sebaik sahaja standard diterbitkan oleh Meja Bulat berhubung Minyak Sawit Mampan.
3.5
Program Untuk mencapai objektif peningkatan pertumbuhan pertanian dan pendapatan luar bandar, strategi umum yang diterangkan di atas akan disebarkan dan dilaksanakan melalui beberapa program. Pendekatan tiga fasa akan digunakan:
Fasa 1: RMKe-9 2008-2010
Fasa 2: RMKe-10 2011-2015
Fasa 3: RMKe-11-12 2016-2025
Meletakkan asas untuk pertumbuhan
Mempercepat penyelidikan pertanian makanan dan penubuhan perniagaan
Menjadi wilayah pengeluaran makanan terkemuka di Asia
• Mengukuhkan infrastruktur pertanian Sabah
• Memperhebat penyelidikan dan pembangunan
• Mewujudkan tumpuan terhadap subsektor pertumbuhan utama dan bernilai tinggi
• Menarik minat penyelidik terbaik dalam bidang tertentu
• Meletakkan Sabah sebagai pusat pengeluaran pertanian terkemuka di Asia
• Mempertingkat keusahawanan luar bandar • Menggalakkan penyertaan IKS dalam perniagaan pertanian
• Membangunkan bakat pengurusan dalam pertanian melalui kerjasama dengan Hab Pendidikan Sandakan
koridor pembangunan sabah _91
3.5.1
Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel) Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel) menyediakan platform untuk membolehkan pengetahuan dan bantuan disebarkan kepada pekebun kecil. Pelbagai pusat akan ditubuhkan di kawasan pertanian utama di Sabah dalam program tersebut. Pekebun kecil akan mendapat akses untuk:
• Latihan amalan pertanian yang baik (GAP)
• Petak penerangan dan peragaan untuk penerapan teknologi
• Khidmat nasihat
• Pembelian sumber yang bersubsidi (baja dan alat kejenteraan)
Di samping agensi yang telah menyediakan pembiayaan mikro di seluruh Malaysia, satu skim pembiayaan mikro baru yang disasarkan khusus untuk Sabah dan tertumpu pada pertanian akan dibentuk. Isu utama pada waktu ini ialah pekebun luar bandar tidak dapat memanfaatkan kewujudan dana sebegini kerana tiada kesalinghubungan. Dana-dana ini perlu disesuaikan, dipakejkan dan dibawa ke kampung-kampung tersebut supaya pekebun faham terma dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul. Inisiatif sokongan lain dalam program ini termasuk penempatan semula pekebun luar bandar dan pekebun kecil berdasarkan kawasan yang dizon semula. Kawasan yang terbabit akan ditentukan dengan memadankan kesesuaian tanah kepada tanaman yang difokuskan seperti padi, getah, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sejumlah 10,000 isi rumah dijangka akan terlibat dalam projek ini. Proses penempatan semula, yang kebanyakannya melibatkan pemindahan pekebun kecil dan pekebun luar bandar di dalam daerah yang sama, akan membolehkan akses yang lebih mudah kepada sumber dan pengeluaran tanaman secara besar-besaran. Program Bantuan Cemerlang Tani (Agri-Excel) bertujuan untuk melahirkan ramai usahawan luar bandar yang amat diperlukan untuk dibantu dengan pendidikan, latihan, pembinaan kesedaran dan pembiayaan mikro. Program ini dijangka akan memberikan kesan yang ketara ke atas pembanterasan kemiskinan. Skim Penempatan Semula Getah Bengkoka mengikut model agropolitan menyediakan contoh yang baik bagi model penempatan yang boleh dibantu oleh Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel). Satu lagi program berkaitan ialah program Jelapang Padi yang melibatkan 7,000 keluarga di daerah Kota Marudu-Kota Belud dan cadangan Skim Jatrofa SLDB Keningau-Tenom.
koridor pembangunan sabah _92
3.5.2
Program Pencepat Niaga Tani Penglibatan sektor swasta penting kepada pertumbuhan industri pertanian. Program pencepat niaga tani direka bentuk untuk menarik IKS dan usahawan tani untuk menjalankan aktiviti pertanian yang dipromosikan di Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Program ini juga akan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan IKS niaga tani dengan penyertaan pekebun tempatan melalui usaha sama atau perladangan kontrak untuk memastikan pendapatan yang berterusan. Presint Agro-Industri Sabah (SAIP), yang sedang dibangunkan di Kimanis akan menjadi kluster bersepadu agrotek yang akan membantu IKS dan perusahaan baru dalam industri asas tani dengan komponen seperti:
• Pusat inkubator
• Ladang herba
• Taman ilmu
• Taman IKS
• Zon komersial dan kediaman
Program Pencepat Niaga Tani akan menggalakkan dan memberikan sokongan kepada peserta melalui insentif, pembiayaan dan membuat sempadan tanah untuk kelompok pertanian. Kelulusan permohonan untuk insentif akan diasaskan pada satu gugusan faktor yang telus dan komprehensif, yang termasuk kebolehlaksanaan ekonomi projek yang dicadangkan serta pengalaman bertani dan keusahawanan pemohon. Insentif yang akan diberikan melalui program tersebut termasuk:
• Sumbangan pembiayaan bantu mula
• Pinjaman untuk pembelian teknologi
• Geran untuk aplikasi pemindahan teknologi
• Pemajakan kapal laut dalam, jentera penting dan kemudahan
• Insentif fiskal
• Nasihat perniagaan dan bantuan pemasaran
• Kemudahan inkubator untuk menjalankan medan ujian bagi teknologi baru yang
diserapkan
koridor pembangunan sabah _93
Inisiatif pembangunan sub-sektor pertumbuhan tinggi berpotensi yang disasarkan termasuk: i) Akuakultur
• Pembangunan Pusat Akuakultur Marin Kebangsaan untuk penyelidikan khusus
dalam akuakultur dan menggalakkan penggunaan teknik mampan dalam kalangan
nelayan tempatan
º
Pembangunan inkubator dengan kemudahan loji perintis untuk menggalakkan
usahawan menerapkan teknologi
Pusat penyelidikan tersebut akan bekerjasama rapat dengan Universiti Malaysia
º
Sabah dan juga mempunyai pautan dengan Jabatan Perikanan serta institusi biologi
marin dan akuakultur yang terkenal di dunia
• Mengimport teknologi pembiakan untuk ikan hiasan, udang, tiram dan udang kara.
• Pembangunan pusat pengumpulan dan pemprosesan penting
ii) Perikanan
• Memastikan pelesenan untuk syarikat penangkapan ikan laut dalam telus dan
berdasarkan kriteria yang ditetapkan
• Menubuhkan sebuah syarikat pemajakan kapal laut dalam yang dilengkapi dengan
pelbagai jenis kapal yang mencukupi untuk operasi penangkapan ikan laut. Kapal-
kapal ini akan dipajakkan kepada syarikat-syarikat yang dilesenkan
• Penambahan infrastruktur pelabuhan untuk menyokong penangkapan ikan pinggir
laut dan laut dalam di pelabuhan utama yang pada waktu ini di Papar, Kudat, Kunak dan
Sandakan. Ini termasuklah kemudahan seperti bilik storan sejuk, platform kerja,
bangunan pejabat, kemudahan CIQ, kemudahan kesihatan, pejabat kawalan trafik,
bekalan elektrik dan air, perhubungan dan bekalan diesel
iii) Penternakan
• Peningkatan kelompok ternakan Nabawan dan Pantai Timur dengan pembangunan
kemudahan am seperti rumah sembelihan, kemudahan simpanan dan pusat fidlot
• Pembangunan Pusat Penternakan Bersepadu Keningau yang akan memberi tumpuan
kepada penambahbaikan dan pembiakan haiwan ternakan serta peningkatan
pengurusan memberikan makanan untuk ternakan daging dan tenusu
• Pembangunan
inkubator
dan
projek
perintis
untuk
menjadi
medan
ujian
bagi teknologi dan produk baru yang diambil dan diamalkan oleh usahawan seperti
perusahaan sarang burung, ternakan burung unta dan rusa
koridor pembangunan sabah _94
• Penggunaan tanah di sekitar untuk menanam jagung bagi mengurangkan
kebergantungan pada makanan ternakan yang diimport
iv) Hortikultur
• Pembangunan infrastruktur yang dikongsi untuk kawasan kelompok – jalan raya,
bekalan air dan elektrik, sanitasi, dan sebagainya
• Peruntukan sistem hidroponik/aeroponik, ladang organik, perladangan kepersisan,
sokongan penyelidikan dan pembangunan agrobio dan pembinaan rumah hijau yang
merangkumi sistem penyiraman, sistem kawalan suhu dan kelembapan, pencahayaan,
pasu dan tanah dan sebagainya
• Pembangunan inkubator dengan loji perintis bagi menyokong pembangunan produk
baru secara percubaan, seperti minyak kelapa dara, produk berasaskan vanilla, dan
rozel dan sebagainya
v) Produk hutan bukan balak
• Pembangunan infrastruktur yang dikongsi untuk kawasan kelompok termasuk jalan
• Pembangunan kilang penyarian tumbuhan, kemudahan pengeringan semburan dan
3.5.3
raya, bekalan air dan elektrik, sanitasi, dan sebagainya Pusat Perdagangan Herba Sabah
• Tinjauan bio dan pembangunan produk melalui rangkaian Sabah Bio-X (rujuk Bab 7)
Memodenkan Pusat Pengumpulan, Pembungkusan dan Pengedaran Pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran akan ditempatkan di kawasan pumpun pekebun kecil, kelompok penternakan dan tanaman makanan yang ditubuhkan oleh IKS dan berhampiran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (PFPP). Sebuah Taman Halal yang khusus akan dibina di lokasi yang sesuai di dalam Zon Agro-Makanan IKS supaya pensijilan Halal, pemprosesan, perkhidmatan teknologi dan nasihat mudah dicapai. Taman Halal ini akan bekerjasama dengan Hab Halal dan Pengedaran Labuan. Tujuan penubuhan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran adalah untuk membolehkan IKS memenuhi skala dan kualiti untuk pembeli seperti pusat pemprosesan dan pasar raya besar. Ini juga akan membolehkan pekebun kecil dan usahawan tani mendapat harga yang lebih baik kerana pusat-pusat ini menghapuskan orang tengah dan dikawal oleh undang-undang kerajaan. Pusat-pusat pengumpulan ini, yang mempunyai kemudahan penyimpanan yang sempurna dan kawalan kualiti, serta akses kepada perkhidmatan pensijilan Halal dan rangkaian rantaian sejuk, perlu mempunyai sokongan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, tenaga dan perhubungan. Ini akan memastikan kualiti dan kesegaran hasil tani tidak terjejas supaya ia boleh dijual pada harga yang tinggi. koridor pembangunan sabah _95
Kesalinghubungan pusat-pusat pengumpulan ini amat penting bagi memastikan produk boleh sampai ke loji pembungkusan dan pemprosesan yang terletak di kawasan seperti Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Presint Agro – Industri Sabah (SAIP) di Kimanis. Kenderaan pengangkutan untuk memungut hasil tani dari ladang pekebun kecil dan juga untuk menghantar hasil tani ke pasaran sasaran juga akan disediakan untuk pajakan. Penetapan harga bagi produk dicadangkan supaya dipantau secara harian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, dan FAMA untuk memastikan pekebun kecil dibayar mengikut harga pasaran yang sesuai yang berdasarkan suatu harga minimum. Penetapan harga minimum untuk pelbagai jenis hasil tani akan melindungi kepentingan pekebun-pekebun kecil tersebut. Pengurusan pusat akan dibuka kepada pemilik syarikat atau IKS. Pengendali yang dipilih akan bertanggungjawab ke atas pemasaran hasil tani yang dikumpulkan di pusat-pusat ke pasaran utama.
3.5.4
Membina Asas Pengetahuan Minyak Sawit Sabah menyumbang sejumlah 29.8% kepada tanaman kelapa sawit di Malaysia dan merupakan penghasil minyak sawit mentah (MSM) yang tertinggi. Untuk mengekalkan Sabah sebagai peneraju dalam hal ini tumpuan perlu diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan, pembangunan modal insan dalam pengurusan ladang dan juga amalan agronomi untuk meningkatkan tahap produktiviti, daya saing dan penyertaan penduduk tempatan dalam industri kelapa sawit. Hab Pendidikan Sandakan akan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran asas pengetahuan minyak sawit. Ia akan bekerjasama dengan pusat latihan minyak sawit (PLASMA) MPOB. Institusi berkenaan akan bekerjasama dengan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (PMSM) untuk memahami keperluan pemilik ladang serta pengurus ladang. Syarikat perladangan minyak sawit juga akan diminta untuk membantu dalam latihan fizikal dan membenarkan kakitangan mereka untuk mengambil cuti sabatikal bagi melanjutkan pelajaran. Latihan juga akan dijalankan di luar negara melalui Dana Biasiswa Pendidikan Pertanian yang akan diwujudkan untuk tujuan membiayai pelajar bagi mempelajari amalan yang diperlukan di institusi terkenal di seluruh dunia. Pusat penyelidikan dan pembangunan Bioteknologi Sawit Sandakan akan ditubuhkan untuk memberi tumpuan terhadap peningkatan pengetahuan tentang minyak sawit iaitu bahan penanaman, pengeluaran benih dan penjenteraan ladang. Pusat tersebut akan berkongsi
koridor pembangunan sabah _96
dengan pusat penyelidikan pertanian dan bioteknologi di seluruh dunia dan mengambil saintis ternama tempatan dan luar untuk bekerja dengannya. Penyertaan pasukan penyelidik antarabangsa yang berwibawa daripada The Royal Society dan Kew Gardens boleh dimanfaatkan melalui Pusat Kecemerlangan untuk Penyelidikan Biodiversiti Tropika.
Pusat pemprosesan minyak sawit.
koridor pembangunan sabah _97