KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) CS
KRITERIA
TAHAP 1 (1,2) Penyampaian idea tidak yakin, tidak jelas dan tidak berkesan dan penyampaian idea terhad kepada lisan atau bertulis sahaja serta memerlukan bimbingan.
TAHAP 2 (3,4) Penyampaian idea kurang yakin, kurang jelas dan kurang berkesan dan hanya boleh menyampaikan idea secara lisan atau bertulis sahaja serta memerlukan bimbingan.
TAHAP 3 (5,6) Penyampaian idea kurang yakin, kurang jelas dan kurang berkesan sama ada secara lisan dan bertulis.
TAHAP 4 (7,8) Mampu menyampaikan idea dengan yakin dan berkesan secara lisan dan bertulis.
TAHAP 5 (9,10) Sentiasa boleh menyampaikan idea dengan jelas, yakin dan berkesan secara lisan dan bertulis.
CS1
Kemahiran Penyampaian Lisan dan Bertulis
CS2
Kemahiran Mendengar Secara Aktif
Mengamalkan kemahiran mendengar yang sangat terhad dan tidak memberikan maklum balas yang sewajarnya.
Mengamalkan kemahiran mendengar yang sangat terhad dan kurang memberikan maklum balas yang sewajarnya.
Kurang mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan kurang memberikan maklum balas yang sewajarnya.
Mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas yang sewajarnya.
Sentiasa mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan sentiasa memberikan maklum balas yang membina.
CS3
Kemahiran Membuat Pembentangan
Hanya boleh melakukan pembentangan sekiranya dibimbing serta penyampaian tidak jelas, gugup, tiada keyakinan dan tidak dapat menyampaikan topik yang bersesuaian dengan tahap pendengar.
Pembentangan yang dilakukan memerlukan sedikit bimbingan serta kurang jelas, gugup, kurang keyakinan dan tidak dapat menyampaikan topik yang bersesuaian dengan tahap pendengar.
Pembentangan yang dilakukan kurang jelas, gugup, kurang keyakinan dan tidak dapat menyampaikan topik yang bersesuaian dengan tahap pendengar.
Pembentangan dilakukan dengan jelas, penuh keyakinan dan boleh menyampaikan topik yang bersesuaian dengan tahap pendengar dengan baik.
Sentiasa membuat pembentangan dengan jelas, penuh keyakinan dan sentiasa menyampaikan topik yang bersesuaian dengan tahap pendengar dengan cemerlang.
CS4
Kemahiran Penggunaan Teknologi dalam Pembentangan
Hanya boleh menggunakan teknologi dalam pembentangan dalam bentuk asas dengan bimbingan dan gugup ketika membuat pembentangan serta tidak menggunakan sebarang bahasa, simbol dan visual.
Hanya boleh menggunakan teknologi dalam pembentangan dalam bentuk asas dan gugup ketika membuat pembentangan serta jarang menggunakan bahasa, simbol dan visual.
Menggunakan teknologi dalam pembentangan dalam bentuk asas dan kurang yakin ketika membuat pembentangan serta menggunakan bahasa, simbol dan visual dengan tepat dan berkesan secara mencukupi.
Menggunakan pelbagai bentuk teknologi dalam pembentangan dengan berkesan dan yakin ketika membuat pembentangan serta menggunakan bahasa, simbol dan visual dengan tepat dan berkesan secara baik dan kerap.
Sentiasa menggunakan pelbagai bentuk teknologi dalam pembentangan dengan berkesan dan sangat yakin ketika membuat pembentangan serta menggunakan bahasa, simbol dan visual dengan tepat dan berkesan secara konsisten.
CS
KRITERIA
TAHAP 1 (1,2) Tidak boleh melakukan rundingan walaupun dengan bimbingan dan berasa gugup dan tidak yakin semasa berunding serta menyebabkan rundingan gagal.
TAHAP 2 (3,4) Hanya boleh melakukan rundingan dengan bimbingan dan berasa gugup dan kurang yakin semasa berunding serta menyebabkan rundingan gagal.
TAHAP 3 (5,6) Boleh berunding tetapi ada kalanya rundingan gagal dan penjelasan yang disampaikan kurang meyakinkan sehingga menyebabkan pihak satu lagi berasa tidak terjamin dengan keputusan tersebut.
TAHAP 4 (7,8) Boleh berunding sehingga mencapai persetujuan serta mampu meyakinkan pihak satu lagi dengan keputusan yang diambil.
TAHAP 5 (9,10) Sentiasa boleh berunding dan berjaya mencapai persetujuan, tegas dan berjaya meyakinkan pihak satu lagi untuk menerima cadangan yang diutarakan.
Hanya boleh berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya apabila diberikan bimbingan yang berterusan dan agak kekok serta tidak berkeyakinan untuk memulakan proses komunikasi dengan peserta berlainan budaya.
Hanya boleh berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya apabila ditanya oleh peserta berlainan budaya terlebih dahulu dan kurang keyakinan untuk memulakan proses komunikasi dengan peserta berlainan budaya.
Boleh berkomunikasi secara sederhana dengan peserta yang berlainan budaya dan kurang berkeupayaan memulakan proses komunikasi melainkan dimulakan oleh peserta berlainan budaya dahulu.
Boleh berkomunikasi secara berkesan dengan peserta yang berlainan budaya dan mampu menimbulkan suasana yang ceria untuk saling berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai budaya masing-masing.
Sentiasa boleh berkomunikasi secara berkesan dengan peserta yang berlainan budaya dan boleh mewujudkan suasana komunikasi yang baik iaitu kedua-dua pihak melibatkan diri secara aktif dalam komunikasi tersebut tanpa mengira budaya yang berbeza.
CS5
Kemahiran Berunding
CS6
Kemahiran Berkomunikasi dengan Peserta Komunikasi pelbagai Budaya
CS7
Kemahiran Interpersonal
Tidak dapat menunjukkan kemahiran komunikasi perseorangan walaupun diberikan bimbingan dan gagal membuat keputusan yang baik dan dipersetujui orang ramai.
Hanya menunjukkan kemahiran komunikasi perseorangan apabila diberikan bimbingan dan memerlukan bantuan bagi membolehkan mereka terlibat menjalankan tugas dalam kumpulan dengan objektif yang biasa.
Kurang menunjukkan kemahiran komunikasi perseorangan dan boleh bekerjasama dengan orang lain dan membentuk jaringan dengan mahasiswa lain.
Menunjukkan kemahiran komunikasi perseorangan dengan baik dan mempunyai kebolehan mencari, mengenal pasti dan mewujudkan hubungan yang efektif secara aktif.
Sentiasa boleh meningkatkan kemahiran komunikasi perseorangan dengan berkesan dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi yang boleh meningkatkan kemahiran komunikasi perseorangan.
CS8
Kemahiran Bukan Lisan
Tidak boleh menggunakan kemahiran bukan lisan.
Hanya boleh menggunakan kemahiran bukan lisan dengan terhad dan perlu dibimbing.
Boleh menggunakan kemahiran bukan lisan tetapi kurang berkesan.
Boleh menggunakan kemahiran bukan lisan dengan berkesan.
Sentiasa boleh menggunakan kemahiran bukan lisan dengan berkesan dan penuh keyakinan.
PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH (CTPS) CTPS
KRITERIA
CTPS1
Mengenal Pasti Masalah
CTPS2
Kemahiran Berfikir
CTPS3
Penyelesaian Alternatif
CTPS4
Berfikir Melangkaui Batas
TAHAP 1 (1,2) Boleh mengenal pasti masalah yang mudah dan ringkas tetapi selalunya gagal serta tidak boleh membuat penilaian yang sewajarnya
TAHAP 2 (3,4) Sekadar boleh mengenal pasti masalah yang mudah dan ringkas tetapi ada kalanya gagal serta boleh membuat penilaian yang sewajarnya.
TAHAP 3 (5,6) Boleh mengenal pasti masalah dan menganalisis masalah dalam situasi mudah dan jelas serta berkebolehan sederhana dalam memberikan justifikasi penilaian.
TAHAP 4 (7,8) Boleh mengenal pasti masalah dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur serta membuat penilaian yang justifikasi.
TAHAP 5 (9,10) Mengenal pasti masalah serta membuat penyelesaian yang betul dan tepat serta memilih konsep dan strategi yang tepat dengan mengambil kira kesemua kekangan.
Kurang berkemampuan berfikir sendiri dan memerlukan bimbingan.
Memiliki kemampuan berfikir dan menganalisis sesuatu pada tahap yang mudah dan senang.
Hanya berkeupayaan mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir dengan sederhana.
Boleh mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir dengan baik.
Sentiasa boleh mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir dengan berkesan.
Tidak boleh langsung berfikir penyelesaian alternatif.
Sekadar mampu berfikir tanpa mampu memberikan penyelesaian.
Berkeupayaan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif yang sederhana.
Mampu mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.
Yang pertama dan terawal untuk memberikan pelbagai idea dan penyelesaian yang unik dan baik.
Memiliki pemikiran yang sangat terbatas dan tidak mampu berfikir luar daripada kebiasaannya.
Memiliki pemikiran yang terbatas dan kebiasaannya tidak mampu berfikir luar daripada kebiasaannya.
Pemikiran konvensional yang ada kalanya menunjukkan inspirasi dalam pemikiran dan boleh berfikir melangkaui batas dalam situasi terhad sahaja.
Pemikiran yang berupaya mencabar pemikiran konvensional dan sering menunjukkan idea inovatif serta memiliki keupayaan untuk berfikir melangkaui batasan kebiasaannya.
Pemikiran selalu jauh dari pemikiran yang biasa diutarakan oleh orang lain dan sentiasa berfikir melangkaui batas dalam kebanyakan masanya.
PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH (CTPS) CTPS
KRITERIA
CTPS5
Keputusan Berasaskan Bukti
CTPS6
Ketahanan
CTPS7
Penyesuaian Persekitaran
TAHAP 1 (1,2) Membuat keputusan yang mempunyai nilai yang lemah dengan bukti yang minima dan tidak mampu membuat keputusan dengan baik berdasarkan bukti yang ada.
TAHAP 2 (3,4) Membuat keputusan yang mempunyai nilai yang sederhana dengan bukti yang minima dan tidak mampu membuat keputusan dengan baik berdasarkan bukti yang ada.
TAHAP 3 (5,6) Membuat keputusan berdasarkan bukti dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara bukti kukuh dan tidak kukuh.
TAHAP 4 (7,8) Berusaha mencari buktibukti yang kukuh dan jelas terhadap segala idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh malah boleh mengenal pasti sumber bukti yang boleh dipercayai.
TAHAP 5 (9,10) Mampu memperoleh banyak bukti kukuh, bernas dan tepat serta sentiasa berjaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat.
Kurang memiliki ketahanan dalam keadaan tekanan yang biasa dan selalu lalai dan hilang fokus terhadap tanggungjawab.
Kadang kala tidak mampu bertahan dalam keadaan tekanan yang biasa dan ada kala lalai dan hilang fokus terhadap tanggungjawab.
Mempunyai daya ketahanan yang sederhana dalam menghadapi tekanan dan penumpuan perhatian adalah sederhana terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Boleh bertahan dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Sentiasa menunjukkan ketahanan yang luar biasa dan selalu berkemampuan memberikan komitmen dan kerjasama yang padu untuk memastikan kejayaan.
Tidak boleh memahami persekitaran serta sukar menyesuaikan diri dalam situasi baharu.
Sekadar memahami persekitaran tanpa kesedaran yang positif serta sukar menyesuaikan diri dalam situasi baharu.
Boleh memahami budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baharu.
Boleh memahami budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baharu.
Sentiasa boleh mengadaptasi dan mengasimilasikan diri dalam masa yang singkat.
PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT (LL) LL
KRITERIA
TAHAP 1 (1,2) Tiada kemahiran mencari dan mengurus maklumat secara konvensional dan melalui penggunaan teknologi walaupun daripada satu sumber.
TAHAP 2 (3,4) Boleh mencari dan mengurus maklumat secara konvensional dan melalui penggunaan teknologi daripada sekurang-kurangnya satu sumber tetapi tidak dari pelbagai sumber.
TAHAP 3 (5,6) Hanya boleh mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada apa juga sumber secara konvensional dan melalui penggunaan teknologi dengan bimbingan dan mempunyai keupayaan mendapatkan maklumat daripada sumber yang sangat terhad.
TAHAP 4 (7,8) Boleh mencari dan mengurus maklumat yang relevan secara konvensional dan melalui penggunaan teknologi daripada pelbagai sumber dan boleh memperoleh maklumat yang dikehendaki melalui pelbagai sumber.
TAHAP 5 (9,10) Sentiasa boleh mencari dan mengurus maklumat yang relevan secara konvensional dan melalui penggunaan teknologi daripada pelbagai sumber dan sentiasa boleh memperoleh maklumat yang dikehendaki bersesuaian dengan topik yang dibincangkan menerusi pelbagai jenis sumber.
LL1
Mengurus Maklumat
LL2
Pembelajaran Autonomi
Sukar menerima idea baharu dan tidak mampu melakukan pembelajaran secara autonomi.
Sukar menerima idea baharu dan sukar melakukan pembelajaran secara autonomi.
Memerlukan masa untuk menerima idea baharu dan boleh melakukan pembelajaran secara autonomi hanya dalam bidang latihannya.
Boleh menerima idea baharu dan boleh melakukan pembelajaran secara autonomi dalam dan luar bidang latihannya.
Sentiasa boleh menerima idea baharu dan boleh melakukan pembelajaran secara autonomi dalam dan luar bidang latihannya.
LL3
Perkembangan Ilmu
Tidak mempunyai minda ingin tahu dan tidak dapat mengembangkan ilmu.
Kurang minda ingin tahu, tidak dapat mengembangkan ilmu dan merasakan ilmu yang ada padanya mencukupi.
Mempunyai kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dalam bidang yang terhad dan mencari ilmu dalam bidang tertentu sahaja.
Mempunyai kebolehan yang tinggi untuk mengembangkan minda ingin tahu dan sentiasa ingin mengembangkan ilmu.
Sentiasa mempunyai kebolehan yang tinggi untuk mengembangkan minda ingin tahu dan sentiasa ingin mengembangkan ilmu.
KEMAHIRAN KEPIMPINAN (LS) LS
KRITERIA
TAHAP 1 (1,2) Tiada pengetahuan tentang teori asas kepimpinan mahupun teori kepimpinan yang lain.
TAHAP 2 (3,4) Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan dan dan teori kepimpinan yang lain adalah kabur dan bercelaru.
TAHAP 3 (5,6) Berpengetahuan sedikit tentang teori asas kepimpinan dan teori kepimpinan yang lain.
TAHAP 4 (7,8) Berpengetahuan yang cukup tentang teori asas kepimpinan dan teori kepimpinan yang lain.
TAHAP 5 (9,10) Berpengetahuan tinggi tentang teori asas kepimpinan dan teori kepimpinan yang lain.
LS1
Pengetahuan Teori Asas Kepimpinan
LS2
Kebolehan Memimpin Projek
Hanya boleh memimpin projek yang mudah atau projek berskala kecil jika dibimbing dan harus sentiasa dipantau.
Hanya boleh memimpin projek yang mudah atau projek berskala kecil jika dibimbing.
Mempunyai kebolehan untuk memimpin projek yang mudah serta tidak mampu memimpin projek yang kompleks.
Mempunyai kebolehan untuk memimpin projek dan mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi dalam menyempurnakan sesuatu tugasan atau amanah.
Mempunyai kebolehan yang tinggi untuk memimpin sebarang projek dan mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi dalam menyempurnakan sesuatu tugasan atau amanah.
LS3
Peranan Ketua dan Anggota Pasukan
Tidak boleh berperanan sebagai ketua pasukan dan hanya ingin menjadi anggota pasukan.
Boleh berperanan sebagai ketua pasukan jika dibimbing dan lebih gemar menjadi anggota sahaja walaupun diberikan peluang.
Boleh berperanan sebagai ketua pasukan tetapi lebih selesa menjadi anggota pasukan jika diberi pilihan dan lebih selesa memberi sokongan kepada ahli pasukan yang lain menjadi ketua.
Boleh memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota dan tahu bila perlu memberikan peranan ketua pasukan kepada orang lain.
Sentiasa boleh dan bersedia mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota dan sentiasa bersedia memberikan peranan ketua pasukan kepada orang lain apabila perlu.
LS4
Menyelia Anggota Pasukan
Tidak mampu menyelia anggota pasukan malah boleh dikatakan tidak memiliki keupayaan untuk menjadi pemimpin.
Hanya berupaya menyelia anggota pasukan jika dibimbing dan kurang berhemah dalam memberi teguran dan garis panduan.
Berupaya menyelia anggota pasukan dengan sederhana dan kadang kala gagal berhemah dalam memberi teguran dan garis panduan.
Boleh menyelia anggota pasukan, berupaya menegur dan memberi garis panduan apabila perlu dengan berhemah.
Berkebolehan tinggi dalam penyeliaan anggota pasukan dan sentiasa memberikan komen yang konstruktif dan berhemah tinggi.
KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN (TS) TS
KRITERIA
TAHAP 1 (1,2) Tidak berkebolehan membina hubungan yang baik, tidak boleh berinteraksi dengan orang lain dan gagal secara efektif sesama ahli kumpulan.
TAHAP 2 (3,4) Kurang kebolehan membina hubungan yang baik, tidak boleh berinteraksi dengan orang lain dan tidak dapat bekerja secara efektif sesama ahli kumpulan.
TAHAP 3 (5,6) Berkebolehan secara sederhana untuk membina hubungan, berinteraksi secara sederhana dengan orang lain dan boleh bekerja sesama ahli kumpulan.
TAHAP 4 (7,8) Boleh membina hubungan yang baik, boleh berinteraksi dengan orang lain serta bekerja secara efektif sesama ahli kumpulan.
TAHAP 5 (9,10) Sentiasa membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain serta bekerja secara efektif sesama ahli kumpulan.
TS1
Hubungan dan Interaksi Kumpulan
TS2
Peranan Ahli dan Ketua
Tidak memahami peranan sebagai ketua dan kurang memahami peranan yang sepatutnya dilakukan sebagai ahli kumpulan serta hanya boleh memainkan peranan sebagai ahli kumpulan sahaja.
Kurang memahami peranan ketua tetapi memahami peranan sebagai ahli kumpulan serta hanya sesekali boleh memainkan peranan sama ada sebagai ahli kumpulan atau ketua kumpulan sahaja.
Boleh memahami peranan ketua dan ahli kumpulan serta boleh memainkan peranan sama ada sebagai ahli kumpulan atau ketua kumpulan sahaja.
Boleh memahami peranan ketua dan ahli kumpulan serta boleh memainkan peranan bersilih ganti antara ketua dan ahli kumpulan.
Sentiasa boleh memahami peranan ketua dan ahli kumpulan serta boleh memainkan peranan bersilih ganti antara ketua dan ahli kumpulan.
TS3
Menghormati Sesama Ahli Kumpulan
Sukar memahami dan tidak dapat menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain walaupun dalam sebarang situasi.
Kurang memahami dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain walaupun dalam sebarang situasi.
Boleh memahami dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain dalam situasi tertentu sahaja.
Boleh memahami dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain dalam sebarang situasi.
Sentiasa boleh memahami dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain dalam sebarang situasi.
TS4
Menyumbang kepada Kumpulan
Tidak memberi sumbangan kepada perancangan kumpulan dan tidak berkebolehan menyelaras hasil usaha kumpulan.
Kurang memberi sumbangan kepada perancangan kumpulan dan kebolehan menyelaras hasil usaha kumpulan adalah lemah.
Boleh memberi sumbangan kepada perancangan kumpulan serta sederhana dalam menyelaras hasil usaha kumpulan.
Boleh memberi sumbangan yang bernilai kepada perancangan kumpulan serta boleh menyelaras hasil usaha kumpulan dengan berkesan.
Sentiasa boleh memberi sumbangan yang bernilai kepada perancangan kumpulan serta boleh menyelaras hasil usaha kumpulan dengan sangat berkesan.
KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN (TS) TS TS5
KRITERIA Bertanggungjawab
TAHAP 1 (1,2) Tidak bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan serta tidak menjalankan amanah yang diberikan.
TAHAP 2 (3,4) Kurang bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan serta tidak menjalankan amanah yang diberikan.
TAHAP 3 (5,6) Ada kalanya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan, membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada keputusan kumpulan serta ada kalanya tidak dapat menjalankan amanah yang diberikan.
TAHAP 4 (7,8) Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan, menepati keputusan yang dibuat oleh kumpulan walaupun kurang disenanginya serta menjalankan amanah yang diberikan.
TAHAP 5 (9,10) Sangat bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan, sentiasa menepati keputusan yang dibuat oleh kumpulan walaupun kurang disenanginya serta sentiasa menjalankan amanah yang diberikan.
MORAL DAN ETIKA PROFESIONAL (EM) EM
KRITERIA
TAHAP 1 (1,2) Tidak memahami kesan ekonomi, alam sekitar, sosiobudaya atau patriotisme dalam amalan profesional walaupun dibimbing.
TAHAP 2 (3,4) Memerlukan bimbingan untuk memahami kesan ekonomi, alam sekitar, sosiobudaya atau patriotisme dalam amalan profesional.
TAHAP 3 (5,6) Boleh memahami salah satu kesan ekonomi, alam sekitar, sosiobudaya atau patriotisme dalam amalan profesional.
TAHAP 4 (7,8) Boleh memahami kesan ekonomi, alam sekitar, sosiobudaya atau patriotisme dalam amalan profesional.
TAHAP 5 (9,10) Sentiasa mencari maklumat untuk memahami kesan ekonomi, alam sekitar, sosiobudaya atau patriotisme dalam amalan profesional.
EM1
Memahami Kesan Amalan Profesional
EM2
Menganalisis dan Membuat Keputusan Masalah Berkaitan Etika dan Masyarakat
Memerlukan bimbingan sepenuhnya untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika dan masyarakat.
Memerlukan sedikit bimbingan untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika dan masyarakat.
Ada kalanya memerlukan bantuan untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika dan masyarakat.
Boleh menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika dan masyarakat.
Mahir menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika dan masyarakat.
EM3
Sikap Beretika
Memerlukan bimbingan sepenuhnya untuk mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan tugasan harian.
Memerlukan sedikit bimbingan untuk mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan tugasan harian.
Mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan tugasan harian tetapi ada kalanya meletakkan kepentingan diri dahulu.
Boleh mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan tugasan harian.
Sentiasa mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan tugasan harian.
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN (KK) KK
KRITERIA
TAHAP 1 (1,2) Tidak boleh mengenal pasti peluang perniagaan walaupun dengan bimbingan.
TAHAP 2 (3,4) Hanya boleh mengenal pasti peluang perniagaan jika dibimbing.
TAHAP 3 (5,6) Boleh mengenal pasti peluang perniagaan jika diperkenalkan oleh orang lain.
TAHAP 4 (7,8) Boleh mengenal pasti peluang perniagaan.
TAHAP 5 (9,10) Sentiasa boleh mengenal pasti peluang perniagaan.
KK1
Mengenal Pasti Peluang Perniagaan
KK2
Merangka Perancangan Perniagaan
Tidak boleh merangka perancangan perniagaan walaupun dengan bantuan.
Hanya boleh merangka perancangan perniagaan dengan bantuan.
Sesekali memerlukan bantuan untuk merangka perancangan perniagaan.
Boleh merangka perancangan perniagaan dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan.
Sentiasa boleh merangka perancangan perniagaan dengan sendiri.
KK3
Peluang Perniagaan dan Pekerjaan
Tidak berkebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
Kurang berkebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
Kadang-kadang berkebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
Boleh membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
Sentiasa boleh membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
KK4
Boleh Bekerja Sendiri
Tidak berkebolehan dan tidak selesa bekerja sendiri serta amat memerlukan bantuan dan bimbingan dalam melaksanakan kerja.
Kurang berkebolehan dan tidak selesa bekerja sendiri serta memerlukan bantuan dan bimbingan dalam melaksanakan kerja.
Boleh bekerja sendiri dan mempunyai keupayaan bekerja sendiri namun apabila terpaksa sahaja serta memerlukan bantuan dalam melaksanakan kerja.
Boleh dan selesa bekerja sendiri dan berupaya untuk bekerja sendiri serta mengharap sedikit bantuan dalam menjalankan tugasan.
Sangat selesa dan mampu bekerja sendiri serta tiada sikap kebergantungan untuk mendapatkan bantuan dalam menjalankan tugas daripada orang lain.