ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA 1.
Setitik Tinta Dari Pendaftar
2.
Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen 2.1
Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016
1-2
2.2
Cenderahati Konvokesyen
3-4
2.3
Pengambilan Gambar (Kad Alumni)
4-5
2.4
Pembayaran Untuk Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain Bayaran/Hutang Tertunggak
3.
4.
5.
MUKA SURAT
5-8
2.5
Kad Jemputan
8
2.6
Pengambilan Jubah
9
Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen 3.1
Pendaftaran Graduan
3.2
Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen
3.3
Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis
10 11-13 14
Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen 4.1
Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood
14-16
4.2
Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik
16-17
4.3
Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik
18
4.4
Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik
18
4.5
Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik
18-19
Tatacara Berpakaian 5.1
Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen
5.2
Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen
5.3
Penampilan Diri Graduan
19 20-21 21
6.
Raptai
21
7.
Graduan Kurang Upaya (Cacat atau Kemalangan)
21
8.
Gambar Konvokesyen
9.
Seni kata Lagu UTeM
24
10.
Waktu Solat Bagi Negeri Melaka
25
11.
Senarai Semak
26-29
Lampiran A
30-31
22-23
SETITIK TINTA DARI PENDAFTAR Selamat Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Majlis Konvokesyen Ke-12 UTeM akan dilaksanakan pada 14 & 15 November 2016 (Isnin dan Selasa) bertempat di Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal,Melaka. Majlis Konvokesyen adalah satu majlis pengiktirafan yang sangat bererti dan bermakna kepada graduan. Justeru, kerjasama daripada semua graduan adalah diperlukan untuk menjadikan Majlis Konvokesyen ini sebagai yang terbaik. Buku ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada graduan mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri Majlis Konvokesyen. Buku Panduan Kepada Graduan ini WAJIB dibaca dan difahami oleh setiap graduan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksampaian maklumat penting yang perlu diketahui seperti pendaftaran graduan, tarikh raptai, tarikh pengambilan jubah, tuntutan Sijil & Transkrip Akademik, penahanan Sijil & Transkrip Akademik, pakaian graduan & ibu bapa, tuntutan gambar graduan dan Borang Kajian Pengesanan Graduat IPTA, IPTS dan Politeknik 2016. Panduan ini diharap membantu graduan sebelum, semasa dan selepas menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen. Graduan turut diingatkan supaya sentiasa melayari laman sesawang Majlis Konvokesyen di www.utem.edu.my untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perjalanan Majlis Konvokesyen. Kerjasama daripada semua graduan amat saya harapkan untuk menjamin kejayaan keseluruhan Majlis Konvokesyen Universiti ini. Syabas dan tahniah kepada semua graduan.
DATUK HASAN BIN SIRUN Pendaftar Universiti Teknikal Malaysia Melaka
MAJLIS KONVOKESYEN KE – 12 (2016) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 14 & 15 NOVEMBER 2016 (ISNIN & SELASA) Selamat Sejahtera Tuan/Puan MAJLIS KONVOKESYEN KE – 12 UTeM (2016) Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan tuan/puan menamatkan pengajian di UTeM pada tahun ini. Majlis Konvokesyen Ke-12 UTeM akan diadakan pada 14 & 15 November 2016 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Para graduan adalah dijemput hadir pada Majlis Konvokesyen di atas. Graduan diminta supaya membaca dengan teliti Buku Panduan Graduan ini dan mengikuti arahan yang terkandung di dalamnya. Satu senarai semak telah disediakan di muka surat akhir Buku Panduan Graduan ini untuk kemudahan tindakan oleh graduan.
Jika mempunyai kemusykilan,
para graduan diminta untuk menghubungi pegawai- pegawai Universiti yang dinyatakan. 2.
PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN 2.1
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPT 2016 Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah melaksanakan kajian pengesanan graduan bagi semua graduan Universiti Awam (UA) dan IPTS secara on-line mulai tahun 2006. Sehubungan dengan itu, semua bakal graduan diwajibkan mengisi borang kajian pengesanan graduan IPT 2016 termasuk graduan UTeM. Kajian pengesanan graduan IPT merupakan satu kajian tahunan bertujuan untuk mengukur daya tahap “employability” dan “marketability” graduan, mendapat pandangan / persepsi graduan tentang keberkesanan program akademik, sistem pengajian prasarana di IPT masing-masing, mewujudkan pangkalan data graduangraduan IPT serta merupakan salah satu cara graduan untuk menyumbang kembali kepada institusi masing-masing dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT. Justeru itu, bakal graduan UTeM adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi borang tersebut yang boleh dilayari secara on-line di http://graduan.moe.gov.my/ atau melayari portal UTeM http://www.utem.edu.my (ruang campus events) bermula 1 November 2016 (Selasa) sehingga 13 November 2016 (Ahad).
1
Graduan dikehendaki mencetak “Slip Pengesahan Kajian” dan mengemukakan slip tersebut semasa mengambil jubah konvokesyen kelak. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan/ puan tidak akan diberikan jubah konvokesyen tersebut. Sehubungan dengan itu, graduan dikehendaki menyerahkan Slip Pengesahan Kajian tersebut seperti ketetapan berikut: Tempat
:
Ruang Perolehan Aras Tanah, Pejabat Perpustakaan, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa
:
:
:
:
10 November 2016 (Khamis) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
11 November 2016 (Jumaat) -
8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
-
2.45 petang hingga 5.00 petang
12 November 2016 (Sabtu) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
13 November 2016 (Ahad) -
12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila berhubung dengan ‘UTeM Career Connect’, Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNCJIM) seperti berikut: NAMA Encik Ahmad Haikal bin Shamshul Bahrin Puan Emilia Ong
ALAMAT EMEL
NO TELEFON
[email protected]
06-331 6996
[email protected]
06-331 6995
Selepas konvokesyen, menjadi harapan UTeM agar graduan berjaya menjawat pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian. Justeru itu, UTeM memohon kerjasama graduan untuk meluangkan masa bagi mengemaskini status pekerjaan pada portal dengan melayari http://graduan.mohe.gov.my/update/
2
Tuan / puan juga adalah DIGALAKKAN untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni UTeM (AUTeM). Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Pengesanan Graduan atau di Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM), Samsung IoT, Bangunan FTK, Kampus Teknologi UTeM dengan yuran sebanyak RM30.00. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ahli AUTeM, sila berhubung dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut: NAMA Encik Tinta Firmannika bin Selamat Encik Muhammad Akmal bin Mad Yatim
2.2
ALAMAT EMEL
NO TELEFON
[email protected]
06-331 6245
[email protected]
06-332 6135
CENDERAHATI KONVOKESYEN Semua graduan diberikan cenderahati konvokesyen daripada AUTeM. Sehubungan dengan
itu,
graduan
dikehendaki
mengambil
cenderahati
tersebut
seperti
ketetapan berikut: Tempat
:
Ruang Perolehan Aras Tanah, Pejabat Perpustakaan, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa
:
:
:
:
10 November 2016 (Khamis) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
11 November 2016 (Jumaat) -
8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
-
2.45 petang hingga 5.00 petang
12 November 2016 (Sabtu) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
13 November 2016 (Ahad) -
12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang
NOTA PENTING:SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 13 NOVEMBER 2016 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI.
3
OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN CENDERAHATI DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI. Untuk sebarang pertanyaan mengenai cenderahati, sila berhubung dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib CanselorJaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut: NAMA
2.3
ALAMAT EMEL
Encik Tinta Firmannika bin Selamat
[email protected]
Encik Muhammad Akmal bin Mad Yatim
[email protected]. my
NO TELEFON 06-234 6541 06-234 6491
PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI) Bagi memastikan Majlis Konvokesyen UTeM berjalan lancar, setiap graduan DIWAJIBKAN mengambil gambar untuk Kad Alumni. Kad Alumni bertujuan untuk memaparkan maklumat graduan semasa naik ke atas pentas. Para graduan diingatkan supaya berpakaian kemas semasa proses mengambil gambar Kad Alumni seperti berikut:
Graduan lelaki
:
Memakai kemeja. Graduan turut diingatkan supaya berambut pendek
Graduan perempuan :
Memakai pakaian yang sopan
Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan gambar (Kad Alumni) : Tempat
:
Ruang Perolehan Aras Tanah, Pejabat Perpustakaan, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa
:
:
:
:
10 November 2016 (Khamis) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
11 November 2016 (Jumaat) -
8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
-
2.45 petang hingga 5.00 petang
12 November 2016 (Sabtu) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
13 November 2016 (Ahad) -
12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang
4
NOTA PENTING:i)
SILA BAWA KAD ALUMNI INI KE KHEMAH PERSEDIAAN GRADUAN UNTUK MENDAFTAR DIRI SEBELUM NAIK KE PENTAS.
ii)
SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 13 NOVEMBER 2016 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI) DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengambilan gambar atau kad alumni, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar seperti berikut: NAMA
ALAMAT EMEL
Encik Md Razip bin Zaba
[email protected]
Encik Ahmad Zaifarhan bin Zainordin Encik Muhammad Hafeez bin Achim
2.4
[email protected] [email protected]
NO TELEFON 06-331 6212 06-331 6064 06-331 6216
PEMBAYARAN UNTUK YURAN KONVOKESYEN / YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK 2.4.1
YURAN KONVOKESYEN a)
Semua graduan DIWAJIBKAN membuat bayaran yuran konvokesyen.
b)
Graduan yang TIDAK HADIR ke Majlis Konvokesyen juga masih perlu menjelaskan yuran konvokesyen untuk menuntut Sijil dan Transkrip Akademik.
c)
d)
Kadar yuran konvokesyen bagi setiap program adalah seperti berikut: i.
Diploma
:
RM100.00
ii.
Sarjana Muda
:
RM130.00
iii.
Sarjana
:
RM150.00
iv.
Kedoktoran
:
RM150.00
Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui 3 kaedah : Kaedah 1: Pembayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – Graduan perlu mengemukakan nombor kad pengenalan graduan semasa hendak
membuat
pembayaran
di
kaunter
BIMB.
Graduan
dikehendaki menyerahkan satu salinan slip bayaran (bank-in-slip)
5
yang telah diperakui oleh Bank Islam di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Kaedah 2: Pembayaran yuran secara on-line dengan melayari laman sesawang www.bankislam.com.my. Resit perlu dicetak dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Kaedah 3: Pembayaran dibuat melalui mesin auto-teller BIMB. Resit perlu dicetak dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Semua graduan boleh membuat pembayaran yuran konvokesyen bermula dari 7 Oktober 2016 (Jumaat) sehingga 9 November 2016 (Rabu) sebelum jam 4.00 petang. e)
Kegagalan graduan untuk membuat bayaran yuran konvokesyen akan
menyebabkan
proses-proses
seterusnya
TIDAK
BOLEH
DITERUSKAN iaitu:-
2.4.2
i.
mengambil kad jemputan konvokesyen;
ii.
mengambil jubah konvokesyen;
iii.
menghadiri Majlis Konvokesyen; dan
iv.
mengambil Sijil dan Transkrip Akademik.
YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK a)
Graduan yang mempunyai yuran / lain-lain bayaran / denda / hutang tertunggak PERLU menjelaskan semua pembayaran selewat-lewatnya sebelum mengambil jubah.
b)
Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 11/2011 berkenaan Peraturan Pembayaran Pelajar, pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran selepas tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan seperti berikut: i.
Ditahan daripada membuat pendaftaran mata pelajaran
ii.
Ditahan slip menduduki peperiksaan
iii.
Ditahan keputusan peperiksaan
iv.
Digantung pengajian
v.
Diberhentikan 6
c)
vi.
Ditahan menghadiri konvokesyen
vii.
Ditahan Transkrip
Pembayaran yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak boleh dibuat menggunakan kaedah “Financial Processing Exchange” dengan
melayari
laman
sesawang
UTeM
atau
melalui
bank
draf/wang pos atas nama ‘Bendahari UTeM’ dan dipos ke Pejabat Bendahari atau selewat-lewatnya diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah. d)
Segala urusan pembayaran di Kaunter Yuran adalah menggunakan debit kad/kredit kad/bank draf/wang pos. PEMBAYARAN SECARA TUNAI TIDAK AKAN DITERIMA.
Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Yuran: Tempat
:
Ruang Perolehan Aras Tanah, Pejabat Perpustakaan, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa
:
:
:
:
10 November 2016 (Khamis) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
11 November 2016 (Jumaat) -
8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
-
2.45 petang hingga 5.00 petang
12 November 2016 (Sabtu) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
13 November 2016 (Ahad) -
12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang
NOTA PENTING:i)
KEGAGALAN
GRADUAN
UNTUK
MENYELESAIKAN
BAYARAN
AKAN
MENYEBABKAN PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN. ii)
GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN JUGA MASIH PERLU MENJELASKAN YURAN KONVOKESYEN UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.
iii)
SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 13 NOVEMBER 2016 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00
7
TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER YURAN DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI. Untuk sebarang pertanyaan mengenai yuran, sila berhubung dengan pegawai di Pejabat Bendahari seperti berikut: NAMA Cik Farah Farhanah binti Md. Lani Encik Afiq bin Hashim Puan Zainab binti Amir 2.5
ALAMAT EMEL
[email protected] [email protected] [email protected]
NO TELEFON 06-331 6120 06-331 6117 06-331 6118
KAD JEMPUTAN 2.5.1
Kad jemputan pelajar, pas masuk,
pelekat kenderaan dan Q-Card akan
diserahkan mulai 10 November 2016 hingga 13 November 2016. 2.5.2
Setiap graduan yang hadir dibenarkan membawa tetamu mengikut jumlah pas masuk yang diterima. Jumlah pas masuk bagi setiap graduan adalah mengikut sesi seperti berikut:
SESI
2.5.3
TARIKH
PAS MASUK
I
14 November 2016 (Isnin, Pagi)
2
II
14 November 2016 (Isnin, Petang)
2
III
15 November 2016 (Selasa, Pagi)
2
IV
15 November 2016 (Selasa, Petang)
2
Tetamu graduan hendaklah memegang pas masuk ini untuk ditunjukkan kepada petugas di pintu masuk dewan. Tetamu graduan yang tidak membawa kad pas masuk ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
2.5.4
Tempat meletak kenderaan disediakan bagi para graduan dan ibu bapa. Graduan DIWAJIBKAN menampal stiker kenderaan yang disertakan bersama kad jemputan di sebelah kiri cermin kenderaan yang dinaiki oleh graduan.
(Sila patuhi arahan papan tanda yang disediakan dan petugas keselamatan semasa anda meletakkan kenderaan di kawasan Dewan Besar UTeM bagi mengelakkan kesesakan dan halangan kepada kenderaan lain) Untuk sebarang pertanyaan mengenai kas jemputan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti berikut:
NAMA Puan Noor Asyikin binti Sulaiman
ALAMAT EMEL
[email protected] 8
NO TELEFON 06-331 6074
Encik Azhar bin Ismail Encik Mohd Reduan bin Ahmad @ Samad
2.6
[email protected]
06-331 6062
[email protected]
06-331 6085
PENGAMBILAN JUBAH Seperti yang telah dinyatakan di perkara 2.1 dan 2.4, graduan DIWAJIBKAN menyerahkan “Slip Pengesahan Kajian” dan menunjukkan Resit Pembayaran Yuran Konvokesyen dan Yuran / Lain-lain Bayaran / Hutang Tertunggak sebelum membuat pengambilan jubah. Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan jubah : Tempat
:
Ruang Perolehan Aras Tanah, Pejabat Perpustakaan, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa
:
:
:
:
10 November 2016 (Khamis) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
11 November 2016 (Jumaat) -
8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
-
2.45 petang hingga 5.00 petang
12 November 2016 (Sabtu) -
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
-
2.30 petang hingga 5.00 petang
13 November 2016 (Ahad) -
12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang
Pengambilan jubah selepas daripada tempoh di atas TIDAK AKAN DILAYAN. NOTA PENTING:SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 13 NOVEMBER 2016 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI. Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti berikut: NAMA Encik Sahhizam bin Maamin
ALAMAT EMEL
[email protected] 9
NO TELEFON 06-331 6074
Encik Azhar bin Ismail
[email protected]
06-331 6062/6085
Puan Siti Salwah binti Ahmad
[email protected]
06-331 6088
[email protected]
06-331 6081
Encik Mohd Asri bin Mohd Mokhtar
3.
PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN 3.1
PENDAFTARAN GRADUAN 3.1.1
Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehendaki mendaftarkan diri kepada petugas di Khemah Persediaan Graduan dengan membawa bersama-sama Q-Card serta Kad Alumni. Masa pendaftaran adalah seperti di perenggan 3.2 di bawah.
3.1.2
Graduan diminta supaya TIDAK MEMBAWA sebarang beg / beg tangan semasa melaporkan diri kerana ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan Besar UTeM. HANYA Q-CARD DAN KAD ALUMNI SAHAJA YANG PERLU DIBAWA BERSAMA.
3.1.3
Graduan Sesi I dan III (Sesi Pagi) juga dinasihatkan agar bersarapan pagi lebih awal sebelum mendaftar diri.
3.1.4
Graduan Sesi II dan IV (Sesi Petang) dikehendaki mendaftar diri selepas menunaikan solat zohor. Jika menunaikan solat zohor selepas mendaftar diri, anda dikehendaki segera masuk ke dalam barisan sebaik sahaja selesai solat zohor mengikut susunan yang telah ditetapkan. (Waktu solat bagi negeri Melaka adalah seperti di belakang buku ini)
3.1.5
Semua graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga selesai Majlis Konvokesyen.
NOTA PENTING: GRADUAN YANG DIDAPATI TIDAK KEMBALI SEMULA KE DALAM BARISAN SEHINGGA BARISAN GRADUAN TELAH MASUK KE DALAM DEWAN, MEREKA TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK KE DALAM DEWAN.
10
PECAHAN SESI MAJLIS KONVOKESYEN: SESI
TARIKH
I (Pagi)
14/11/2016 (Isnin)
MASA PENDAFTARAN 7.30 pagi
PROGRAM Kedoktoran Ijazah Doktor Falsafah
Ijazah Doktor Kejuruteraan
Sarjana Sains Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektrik
Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekatronik
Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektronik
Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekanikal
Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Pembuatan
Ijazah Sarjana Sains Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Ijazah Sarjana Sains Dalam Pengurusan Teknologi
Ijazah Sarjana Sains Dalam Keusahawanan
Sarjana Mod Campuran Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)
Ijazah Sarjana Gunaan)
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Kejuruteraan Mekanikal
(Mekanik
Sarjana Mod Kerja Kursus
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer)
Ijazah Sarjana Elektronik)
Kejuruteraan
Elektronik
(Sistem
Ijazah Sarjana Telekomunikasi)
Kejuruteraan
Elektronik
(Sistem
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Kejuruteraan Tenaga) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Sistem Pembuatan)
Pembuatan
Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Industri)
Pembuatan
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian Internet)
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Pangkalan Data)
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Dan Kepintaran)
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Sains Keselamatan)
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia)
11
Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi Termaju)
Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Teknologi Dan Inovasi)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian
II (Petang)
14/11/2016 (Isnin)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Robotik & Automasi) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Bahan Kejuruteraan) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Proses Pembuatan) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Pembuatan) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi) Dengan Kepujian
Ijazah
Sarjana
Muda 12
Teknologi
Kejuruteraan
1.30 petang
Pembuatan (Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian III (Pagi)
15/11/2016 (Selasa)
IV (Petang)
15/11/2016 (Selasa)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan, Instrumentasi & Automasi) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa & Pemacu) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) Dengan Kepujian
7.30 pagi
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Telekomunikasi) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi Wayarles) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian (Inovasi Teknologi) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Inovasi) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur & Bahan) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (TermalBendalir) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Loji & Penyenggaraan) Dengan Kepujian Diploma Kejuruteraan Elektrik Diploma Kejuruteraan Elektronik Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diploma Kejuruteraan Pembuatan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi
13
1.30 petang
3.3
PANDUAN KEPADA GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN PENTING:3.3.1
Sila baca panduan ini dengan teliti.
Penganugerahan Ijazah Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda dan Diploma akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka selaku Canselor UTeM atau oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Ismail bin Salleh atau Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Jalil selaku Pro-Canselor UTeM.
3.3.2
Apabila nama tuan/puan diumumkan, tuan/puan diminta berjalan terus ke arah Tuan Yang Terutama Tun Canselor, tunduk sebagai tanda hormat, berjabat tangan dan menerima Album Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda / Diploma dengan kedua-dua belah tangan dan mengucapkan “TERIMA KASIH TUN”. Bagi penganugerahan oleh Pro-Canselor, ucapannya adalah “TERIMA KASIH DATUK WIRA” “atau TERIMA KASIH TAN SRI”.
4.
PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN 4.1
PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD 4.1.1
Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood WAJIB dipulangkan sebaik majlis penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah / Sarjana / Sarjana Muda / Diploma tuan/puan berakhir.
4.1.2
Graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki
memulangkan
jubah mengikut ketetapan berikut:-
a)
Tarikh 14 November 2016 (Isnin)
b)
15 November 2016 (Selasa)
c)
16 November 2016 (Rabu)
Tempat Aras Tanah, Pejabat Perpustakaan, Kampus Induk Durian Tunggal
Masa 12.00 tengah hari hingga 7.00 petang 8.00 pagi hingga 7.00 petang 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas dan tertakluk kepada perenggan 4.1.4 dan 4.1.5 di bawah, graduan dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di Bahagian Pengurusan Akademik, Bangunan Canselori UTeM, Kampus Induk Durian
14
Tunggal Melaka. Waktu pemulangan adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 4.1.3
Graduan Ijazah Kedoktoran dan Sarjana dikehendaki memulangkan jubah mengikut ketetapan berikut:a)
b)
Tarikh 14 November 2016 (Isnin)
Tempat Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Induk Durian Tunggal
15 November 2016 (Selasa)
Masa 12.00 tengah hari hingga 7.00 petang 8.00 pagi hingga 7.00 petang
Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas dan tertakluk kepada perenggan 4.1.4 dan 4.1.5 di bawah, graduan dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di Bahagian Pengurusan Akademik, Bangunan Canselori UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal Melaka. Waktu pemulangan adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 4.1.4
Graduan yang perlu menggunakan jubah, mortar board atau bonnet dan hood lebih lama atas sebab-sebab tertentu dibenarkan memulangkannya di dalam tempoh tujuh (7) hari selepas sesi terakhir Majlis Konvokesyen. Di dalam tempoh ini, graduan dikenakan sewaan sebanyak RM2.00 sehari (dikira termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am).
4.1.5
Jika graduan masih gagal memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood, denda lewat akan dikenakan mulai hari kelapan (8) selepas sesi terakhir Majlis Konvokesyen. Kadar denda lewat ini ialah RM30.00 sehari (dikira termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am).
4.1.6
Mana-mana graduan yang telah menghilangkan jubah dan/atau manamana kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) akan dikenakan denda kehilangan seperti berikut: Item
Denda Kehilangan
a) Jubah
RM700.00
b) Mortarboard
RM100.00
c) Bonnet
RM200.00 RM100.00
d) Hood
15
Jika graduan lewat memaklumkan mengenai kehilangan jubah dan/atau mana-mana kelengkapannya seperti dinyatakan di atas, graduan akan dikenakan sewaan, denda lewat dan denda kehilangan.
4.1.7
Bagi
graduan
yang
memulangkan
jubah
dan/atau
mana-mana
kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) di dalam keadaan rosak, graduan dianggap telah menghilangkannya dan akan dikenakan bayaran mengikut denda kehilangan. Jika graduan turut lewat memaklumkan mengenai kerosakan ini, graduan akan dikenakan bayaran sewaan, denda lewat dan denda kehilangan. 4.1.8
Semua bayaran berhubung dengan sewaan, denda lewat atau denda kehilangan hendaklah dibayar sebelum mengambil Sijil dan Transkrip.
4.2
TUNTUTAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK 4.2.1
Sijil dan Transkrip akan diserahkan selepas graduan memulangkan jubah, mortar board dan hood dan telah menyelesaikan denda atau hutang tertunggak dengan Universiti.
4.2.2
Graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :-
S a) e l b) e p c) a
Tarikh 14 November 2016 (Isnin) 15 November 2016 (Selasa) 16 November 2016 (Rabu)
Tempat Aras Tanah, Pejabat Perpustakaan, Kampus Induk Durian Tunggal
Masa 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam 8.00 pagi hingga 7.00 malam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
s dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar. Waktu pengambilan adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
16
4.2.3
Graduan Ijazah Kedoktoran dan Sarjana, dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut : a)
b)
Tarikh 14 November 2016 (Isnin)
Tempat Pusat Penajian Siswazah Kampus Induk Durian Tunggal
15 November 2016 (Selasa)
Masa 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam 8.00 pagi hingga 7.00 malam
Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di Pusat Pengajian Siswazah. Waktu pengambilan adalah pada hari bekerja sahaja bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 4.2.4
Sijil dan Transkrip hendaklah dituntut di dalam tempoh 90 hari dari tarikh Majlis Konvokesyen. Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau sebagainya.
4.2.5
Bagi graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil Sijil dan Transkrip, boleh berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik (bagi graduan program Diploma dan Sarjana Muda) atau Pusat Pengajian Siswazah (bagi graduan program Kedoktoran dan Sarjana) dan meminta Sijil dan Transkrip berkenaan diposkan dengan memberikan alamat terkini yang lengkap
serta
salinan
Kad
Pengenalan.
Pihak
Universiti
tidak
akan
bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa perjalanan pos. Semua urusan pos untuk menghantar Sijil dan Transkrip akan dibuat melalui Pos Laju. Pihak Universiti akan hanya mengirimkan Sijil dan Transkrip setelah graduan mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah menyelesaikan hutang tertunggak dengan Universiti. 4.2.6
Graduan yang mewakilkan individu lain untuk mengambil Sijil dan Transkrip bagi pihaknya dikehendaki mengemukakan surat kebenaran dan salinan kad pengenalan
graduan
serta
mencatatkan
nama
dan
nombor
kad
pengenalan individu yang diwakilkan di dalam surat kebenaran. Pihak Universiti akan hanya menyerahkan Sijil dan Transkrip kepada wakil yang dilantik jika graduan telah mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah menyelesaikan hutang tertunggak dengan Universiti.
17
4.3
PENAHANAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK Graduan yang masih berhutang dengan pihak UTeM atau belum memulangkan buku Perpustakaan atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana Pejabat di UTeM, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan Pejabat berkenaan selewat- lewatnya 1 minggu sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Sekiranya bayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan sewaktu menuntut Sijil dan Transkrip. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Sijil dan Transkrip graduan ditahan.
4.4
KEHILANGAN SIJIL ATAU TRANSKRIP AKADEMIK 4.4.1
Pihak UTeM telah menetapkan bahawa Sijil Dan Transkrip Akademik asal cuma dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk menggantikan yang hilang atau rosak. Sekiranya sijil dan/atau transkrip hilang atau rosak, pihak Universiti cuma dapat mengeluarkan salinan sijil dan/atau transkrip berkenaan.
4.4.2
Bagi kes kehilangan sijil dan/atau transkrip, pelajar perlu membuat laporan kepada pihak polis dan laporan tersebut hendaklah dilampirkan semasa membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik bagi graduan Sarjana Muda dan Diploma atau Pusat Pengajian Siswazah bagi graduan Ijazah Kedoktoran dan Sarjana.
4.4.3
Bagi kes kerosakan sijil atau transkrip, graduan perlu melampirkan sijil atau transkrip yang rosak tersebut kepada Bahagian Pengurusan Akademik atau Pusat Pengajian Siswazah (mana yang berkenaan) semasa membuat permohonan.
4.4.4
Permohonan tambahan salinan sijil atau transkrip akan dikenakan bayaran RM50.00 setiap satu bagi graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Manakala bagi graduan Ijazah Kedoktoran dan Sarjana bayaran yang dikenakan untuk setiap salinan sijil adalah RM100.00 dan transkrip RM50.00. Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan selamat. Juga dinasihatkan graduan membuat salinan yang mencukupi.
4.5
KESILAPAN MAKLUMAT DALAM SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK Sebaik sahaja menerima Sijil dan Transkrip, setiap graduan perlu menyemaknya untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam Sijil atau Transkrip ianya boleh diganti baru dengan syarat kesilapan itu adalah dari pihak UTeM sendiri dan dilaporkan secara bertulis dalam tempoh empat (4) minggu
18
selepas tarikh konvokesyen atau 90 hari bagi mereka yang tidak menghadiri konvokesyen. Selepas daripada tempoh ini Sijil atau Transkrip tidak lagi dikeluarkan.
5.
TATACARA BERPAKAIAN 5.1
PAKAIAN TETAMU/IBU BAPA SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN 5.1.1
Tetamu Lelaki (Islam/Bukan Islam) Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/lounge suit atau pakaian tertib. Maksud pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang (Kemeja-T adalah tidak dibenarkan).
5.1.2
Tetamu Wanita (Islam/Bukan Islam) a)
Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.
b)
Bagi tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun atau skirt mestilah melebihi paras buku lali.
c)
Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar yang tidak mencapai paras buku lali adalah dianggap tidak sesuai dan tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Besar UTeM.
NOTA PENTING i)
Panduan pemakaian untuk tetamu/ibu bapa ini adalah berdasarkan panduan etika protokol berpakaian untuk majlis-majlis rasmi.
ii)
Kanak - kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
iii)
Petugas/Penyambut tetamu berhak untuk tidak membenarkan tetamu/ibu bapa graduan dari memasuki Dewan jika gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan.
19
5.2
PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN 5.2.1
Graduan lelaki:a)
Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).
b)
Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
c)
Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap serta bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna bebas ATAU Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima (Baju Melayu cekak musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung.
d) 5.2.2
Kasut kulit hitam bertutup penuh.
Graduan perempuan:a)
Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).
b)
Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
c)
Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya Sarung tanpa menggunakan belah (split) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan. ATAU Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).
d)
kain pakaian jenis “lace” boleh dipakai dengan syarat mempunyai lining.
e)
Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.
f)
Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
g)
Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi tudung tersebut adalah bebas.
h)
Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit. Kasut sarung (sandal) tidak dibenarkan sama sekali.
5.2.3
Jubah Graduan a)
Kedoktoran
:
Biru Kehitaman (Blue Black) dengan tiga jalur dilengan mengikut warna Fakulti dengan hood
b)
Sarjana
:
Biru Kehitaman (Blue Black) dengan dua jalur di lengan mengikut warna Fakulti dengan hood
c)
Sarjana Muda
:
Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu jalur di lengan mengikut warna Fakulti dengan hood
20
d) N
Diploma
:
Blue Black tanpa jalur di lengan tangan
OTA PENTING PAKAIAN SELAIN DARIPADA JENIS PAKAIAN YANG DISENARAIKAN DI ATAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. (SILA LIHAT LAMPIRAN DI BELAKANG IAITU CONTOH PAKAIAN GRADUAN YANG DIBENARKAN) 5.3
PENAMPILAN DIRI GRADUAN 5.3.1
Graduan lelaki Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak berwarna dan
tidak
mencecah kolar baju. (Lihat lampiran) 5.3.2
Graduan Perempuan Hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.
6.
RAPTAI Semua graduan DIWAJIBKAN menghadiri raptai bagi melancarkan Majlis Konvokesyen. Semasa raptai, graduan akan diberi taklimat mengenai proses-proses sebelum dan semasa Majlis Konvokesyen tersebut. Berikut ialah ketetapan bagi majlis raptai tersebut. Tempat
:
Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka.
Tarikh
:
13 November 2016 (Ahad)
Masa
:
9.00 Pagi
Semasa raptai, graduan dikehendaki berlatih menyanyikan lagu “UTeM TERBILANG”. Seni kata lagu tersebut ada di muka surat akhir Buku Panduan ini. 7.
GRADUAN KURANG UPAYA (CACAT ATAU KEMALANGAN) Graduan kurang upaya (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Akademik di Kaunter Pengambilan Jubah semasa mengambil jubah atau kepada petugas penyusunan graduan semasa raptai.
21
8.
GAMBAR KONVOKESYEN 8.1
PENGAMBILAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN (DALAM DEWAN) Graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau membenarkan orang lain berbuat demikian semasa di dalam dewan. Semua pengambilan gambar semasa Majlis Konvokesyen berlangsung akan diuruskan oleh KOPERASI UTeM BERHAD. Harga bagi satu set gambar tersebut ialah RM80.00 (termasuk kos penghantaran) Set tersebut mengandungi :Saiz gambar 11R (11” x 14”)
=
1 keping (Gambar menerima Ijazah penuh)
Saiz gambar 8R (8” x 10”)
=
1 keping (Gambar menerima Ijazah separuh)
Saiz gambar 5R (5” x 7”)
=
1 keping (Gambar berjalan)
Saiz gambar 4R (4” x 5”)
=
1 keping (Gambar menerima Ijazah penuh)
Pilihan tambahan:1 Salinan CD gambar penerimaan dan suasana sepanjang sesi konvokesyen berlangsung berharga RM10.00 Berikut adalah ketetapan bagi urusan tempahan gambar Majlis Konvokesyen (Dalam Dewan Besar UTeM): Tempat
:
Tarikh
:
Koperasi UTeM, Bangunan Pusat Persatuan Pelajar, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. 10 November 2016 hingga 13 November 2016 (Khamis hingga Ahad)
Masa
:
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang
Gambar yang telah siap boleh dituntut sehari selepas Majlis Konvokesyen dengan membawa resit bayaran gambar. Berikut adalah ketetapan bagi urusan tuntutan gambar Majlis Konvokesyen (Dalam Dewan Besar UTeM): Tempat
:
Koperasi UTeM, Bangunan Pusat Persatuan Pelajar, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka.
Tarikh
:
15 November 2016 (Selasa) dan 16 November 2016 (Rabu)
Masa
:
9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang
22
Kos penghantaran gambar sebanyak RM15.00 akan dipulangkan sekiranya graduan menuntut gambar pada tempoh yang dinyatakan di atas.
Selepas daripada
tempoh tersebut gambar akan dipos dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju mengikut alamat yang telah diberikan. SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 13 NOVEMBER 2016 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER GAMABR KONVOKESYEN DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI. Maklumat tempahan dan bayaran boleh diperolehi daripada: Nama untuk dihubungi
: Puan Nuraihan Abdul Wahab / Puan Masniza Ab. Lah
No. Telefon Pejabat
: 06-5532550
No. Telefon Bimbit
: 012- 2290820 / 012-3864467
23
9. SENI KATA LAGU UTeM
“UTeM TERBILANG” DI SINI SEGALA BERMULA CEMERLANG MENCIPTA GEMILANG BERTUAH BUMIKU MENYAKSI BERSAMA KITA BERJUANG TERSOHOR PERSADA DUNIA SENADA WAWASAN NEGARA MELAHIR INSAN LUHUR JIWA MAMPAN MENAMBAT DUNIA PERKONGSIAN PINTAR UNIVERSITI DAN INDUSTRI KREATIF INOVATIF PEMBELAJARAN TERAS APLIKASI DAN KOMPETENSI TEKAD MENCAPAI VISI DEMI SEMANGAT NEGARA KAMI MENCURAH BAKTI NASIB PERTIWI TERUS DIBELA KEPADA IBUNDA KAMI BERJANJI UTeM KU CEMERLANG UTeM KU GEMILANG UTeM KU TERBILANG UTeM TERUS BERJUANG
24
10. WAKTU SOLAT BAGI NEGERI MELAKA
Tarikh
Hari
Subuh
Syuruk
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
13-11-2016
Ahad
5:34
6:54
12:57
16:19
18:56
20:09
14-11-2016
Isnin
5:35
6:54
12:57
16:19
18:57
20:09
15-11-2016
Selasa
5:35
6:55
12:57
16:19
18:57
20:09
16-11-2016
Rabu
5:35
6:55
12:57
16:19
18:57
20:09
Sumber daripada www.al-azim.com
25
11. SENARAI SEMAK APA PERLU ANDA BUAT: MASA SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
BIL.
PERKARA
1
Layari laman web http://www.utem.edu.my dari masa ke semasa untuk mengetahui berita terkini Majlis Konvokesyen
2
Baca dengan teliti setiap maklumat/ kandungan set jemputan konvokesyen
3
Semak sesi konvokesyen anda
4
Semak tatacara berpakaian dan penampilan semasa konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada.
DOKUMEN PERLU DISERTAKAN/DIBAWA
Maklumkan kepada tetamu/ibu bapa mengenai tatacara berpakaian tetamu/ibu bapa semasa Majlis Konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada. 5
Layari laman web http://graduat.mohe.gov.my atau http://www.utem.edu.my dan isikan Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016. Sila cetak Slip Pengesahan Kajian dan simpan dengan baik (anda perlu menunjukkan slip ini semasa mengambil jubah konvokesyen)
6
Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah di perenggan 2.4 Buku Panduan Graduan. Simpan resit dengan baik (anda perlu menunjukkan resit ini semasa mengambil jubah konvokesyen)
7
Semak dan bayar yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak mengikut kaedah di perenggan 2.4.1 Buku Panduan Graduan. Simpan resit atau bukti bayaran dengan baik (anda perlu menunjukkan resit/bukti ini semasa mengambil jubah konvokesyen)
8
Datang ke Universiti pada tarikh yang ditetapkan untuk pengambilan jubah.
26
- Slip Pengesahan Kajian - Resit-resit bayaran yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain
bayaran / hutang tertunggak 9
Ambil Cenderahati Konvokesyen pengambilan Cenderahati.
10
Serahkan Slip Pengesahan Kajian kepada Kaunter Pengesanan Graduan (PJIM)
- Slip Pengesahan Kajian
11
Ambil gambar untuk Kad Alumni di Kaunter Pengambilan Gambar. Ambil, semak dan simpan Kad Alumni dengan baik (sila bawa Kad Alumni ini semasa Majlis Konvokesyen) Serahkan resit bayaran yuran konvokesyen dan yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak dan/atau semak status berhutang anda di Kaunter Yuran. Jelaskan hutang (jika masih ada) dan simpan resit pembayaran. (Transkrip dan Sijil tidak akan diserahkan jika masih berhutang kepada Universiti)
- Kad Alumni
13
Terima Kad Jemputan menghadiri konvokesyen, pas masuk dan pelekat kenderaan (sila serahkan pas masuk kepada tetamu/ibu bapa yang akan masuk ke DewanBesar UTeM)
- Kad Jemputan
14
Ambil jubah konvokesyen dan Q-Card dari Kaunter Pengambilan Jubah (sila bawa jubah konvokesyen dan Q-Card ini semasa Majlis Konvokesyen)
- Jubah Graduan - Q-Qard
15
Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Kehadiran bagi majlis raptai adalah diwajibkan kepada semua graduan (sila rujuk Buku Panduan Graduan)
- Kad Alumni - Q- Card
16
Datang ke Khemah Persediaan Graduan di Dewan Besar UTeM dan mendaftar diri kepada petugas pengurusan graduan (sila tepati masa dan tatacara berpakaian yang telah ditetapkan didalam Buku Panduan Graduan). Graduan Sesi I dan III dinasihatkan bersarapan lebih awal.
- Kad Kenderaan (tampalkan pada sebelah kiri cermin depan kenderaan) - Kad Jemputan (dipegang oleh ibubapa/ tetamu graduan) - Pas Masuk (dipegang oleh ibubapa / tetamu graduan yang masuk ke Dewan
12
SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
27
di
kaunter
- Cenderahati Konvokesyen
Resit-resit bayaran yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak
Besar UTeM) - Kad Alumni (dipegang oleh graduan) - Q-Card (dipegang oleh graduan) - Jubah, mortar board atau bonnet hood (dipegang oleh graduan) PERINGATAN: Graduan diminta supaya tidak membawa sebarang beg / beg tangan, barang berharga dan dompet wang semasa mendaftar diri kecuali beg kertas yang menyimpan Jubah sahaja. Beg / beg tangan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam Dewan Besar UTeM. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan / kerosakkan harta benda. 17
Beratur di dalam barisan / kursus anda mengikut arahan petugas
18
Berarak masuk ke dewan dengan tertib
19
Ambil tempat duduk di dalam dewan mengikut arahan Pepandu Graduan Tunggu giliran Fakulti/kursus anda menerima ijazah/diploma
20
21
Beratur untuk menerima Ijazah/Diploma apabila mendapat arahan Pepandu Graduan
28
22 23
‘Swipe’ Kad Alumni apabila diminta oleh petugas untuk tujuan paparan nama di skrin. Terima Ijazah / Diploma (sila rujuk perenggan 3.3 Buku Panduan Graduan)
24
Keluar dewan apabila pemakluman selesai majlis
25
Pulangkan jubah konvokesyen dalam keadaan baik. Tempat pemulangan jubah konvokesyen adalah seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.1 Buku Panduan Graduan.
26
Ambil Sijil dan Transkrip (pastikan dahulu anda tidak berhutang kepada Universiti). Tempat mengambil Sijil dan Transkrip adalah seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.2 Buku Panduan Graduan.
SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
29
- Kad pengenalan - Resit-resit bayaran yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak
LAMPIRAN A A)
Kaunter Bank – Cara Pembayaran 1.
Isikan maklumat nama dan nombor kad pengenalan pelajar di Slip Pembayaran/Bill Payment.
2.
Isikan di ruangan nama universiti dengan nama “Universiti Teknikal Malaysia Melaka”.
3.
Isikan di ruangan No. Rujukan/No Akaun Bil dengan “YK” dan diikuti dengan no matrik pelajar. Contoh : YKB010110111
4.
Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat seperti di bawah.
Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui Kaunter Bank Islam
B)
Internet Banking – Cara Pembayaran Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ melalui Perbankan Internet Bank Islam 1.
Layari www.bankislam.com.my
2.
Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”
3.
Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
4.
Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.
5.
Pilih Universiti pada bahagian senarai Universiti.
6.
Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”
7.
Senarai bil akan dipaparkan. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”. 30
C)
8.
Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”
9.
Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.
10.
Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
11.
Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.
ATM BANK ISLAM – Cara Pembayaran Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui ATM Bank Islam Pilih Menu:
LAIN-LAIN
PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
YURAN IPT
Pilih AKAUN PEMBAYAR ( akaun yang akan didebit )
Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR
Pilih Bil yang ingin dibayar. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.
Sahkan amaun yang ingin dibayar * Transaksi selesai dan ambil Resit
31
Segala pertanyaan umum boleh dimajukan kepada: Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Telefon : 06-331 6085 / 6086 / 6062 / 6089 / 6083 / 6080 / 6078 / 6081 / 6073 / 6088 / 6077/ 6076 Faks : 06-331 6079 E-mel :
[email protected]
32