FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2017 1. Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017? Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti awam, Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) mengikut syarat yang ditetapkan. 2. Apakah syarat-syarat permohonan Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017? 2.1
Calon-calon yang berminat hendaklah sedang berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang kurangnya satu (1) semester pengajian untuk memohon penajaan di bawah program penajaan ini. Calon-calon juga mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut: 2.1.1 Syarat-Syarat Umum (i) (ii)
Warganegara Malaysia; Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
(iii)
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya; dan
(iv)
Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.
2.1.2 Syarat Khusus Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut: (i)
Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
(ii)
Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian; dan
(iii)
Syarat Akademik Bagi Pengajian Yang mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester tahun pertama peringkat Ijazah Pertama. Bagi Pengajian Yang tidak mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Memperolehi sekurang-kurangnya gred Lulus dan setara dalam peperiksaan semester tahun pertama peringkat Ijazah Pertama.
3. Bagaimana saya boleh memohon biasiswa JPA di bawah Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017? Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama tujuh (7) hari mulai 13 Jun 2017 (Selasa). Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon 2
hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2017 sebagai bukti permohonan telah dibuat.Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ . 4. Apakah nombor atau emel yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan? Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 4:30 petang atau e-mel di alamat
[email protected] 5. Apakah mekanisme Penguatkuassan Perjanjian Pinjaman Boleh Ubah? Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut: a. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau b. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau c. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau d. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
3
6. Bilakah tarikh tutup permohonan program ini? Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Jun 2017 (Isnin) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. 7. Bilakah tarikh dimaklumkan?
keputusan
permohonan
program
ini
akan
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 11 September 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal Esila. LAIN-LAIN SOALAN BERKAITAN 8. Saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan. Adakah saya akan ditawarkan penajaan secara automatik? Pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang telah mendapat tempat di IPTA perlu memohon secara dalam talian (online). Tiada penajaan secara automatik bagi apa-apa bidang akan diberikan. 9. Saya mendapat penajaan JPA, tetapi saya tidak mempunyai akaun Bank Islam. Adakah saya perlu membuka akaun sendiri atau pihak JPA akan membantu untuk membuka akaun bagi membolehkan saya mendapat penajaan JPA? Pelajar yang mendapat tajaan, pelajar perlu membuka sendiri akaun Bank Islam.
4
10. Saya telah menerima tawaran penajaan JPA, tetapi pada masa yang sama telah mendapat pinjaman PTPTN, apakah yang perlu saya buat? Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran penajaan JPA, pelajar perlu menamatkan kemudahan pinjaman PTPTN atau penaja-penaja lain. 11. Adakah pihak JPA membenarkan saya menukar universiti tanpa membatalkan penajaan saya? Pihak JPA tidak membenarkan pelajar tajaannya membuat pertukaran universiti tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak JPA terlebih dahulu. Jika pelajar berbuat demikian, penajaan pelajar boleh ditamatkan. 12. Bolehkah saya bertukar kursus atau bidang atau universiti selepas mengikuti pengajian dan menerima biasiswa JPA? Sebarang pertukaran kursus tidak dibenarkan melainkan atas sebabsebab yang kukuh dan munasabah. Sebarang permohonan pertukaran kursus atau bidang hendaklah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa. Sekiranya mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan tersebut, maka penajaan ke atas pelajar akan diteruskan untuk kursus yang baharu. Namun, jika sebaliknya, penajaan ke atas pelajar mungkin akan ditamatkan. Sekiranya pelajar tajaan ingin menukar kursus, sila kemukakan surat rasmi kepada Jabatan ini dan memaklumkan sebab-sebab ingin bertukar kursus. 13. Bolehkah saya bertukar penaja sekiranya saya ditawarkan oleh penaja lain setelah saya menerima penajaan JPA? Pelajar tajaan JPA tidak dibenarkan sama sekali menerima tajaan lebih daripada satu penaja. Jika pelajar ingin menukar penaja lain, sila kemukakan surat rasmi ke Jabatan ini.
5
14. Saya telah mendapat tajaan JPA semasa di peringkat Diploma dan ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya perlu memohon semula untuk mendapatkan penajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda? Ya. Pelajar perlu memohon semula penajaan JPA untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda walaupun telah mendapat penajaan JPA semasa di peringkat Diploma. 15. Apakah bidang yang ditaja oleh JPA? Semua bidang yang ditaja oleh JPA kecuali bidang-bidang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Bidang pendidikan kecuali program pengajian khusus untuk Pendidikan Khas; Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan; Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS; Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain; Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan; Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan Program pengajian secara separuh masa/jarak jauh/atas talian.
16. Apakah jenis program yang ditaja oleh JPA? Program pengajian yang boleh ditaja oleh JPA adalah program di universiti awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah mendapat pengiktirafan MQA, badan profesional dan juga mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi. 17. Adakah pelajar yang mendapat penajaan JPA akan diberikan pekerjaan di sektor awam selepas menamatkan pengajian? Tidak. Pelajar perlu memohon sendiri dengan pihak berkuasa melantik bagi tujuan tersebut.
6
18. Adakah pelajar yang mendapat penajaan JPA dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan selepas tamat tempoh pengajian? Pelajar dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan untuk suatu tempoh yang dipersetujui berdasarkan perjanjian. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan Kerajaan boleh dikenakan tuntutan ganti rugi mengikut jumlah yang ditetapkan dalam perjanjian.
19. Saya adalah pelajar Tahun Kedua di peringkat Ijazah Pertama, layakkah saya memohon dan bagaimanakah caranya? Tidak Layak. Permohonan adalah dibuka pada pelajar Tahun Pertama pengajian sahaja. 20. Bapa saya adalah seorang pesara Kerajaan? Apakah yang saya perlu isi di ruang pendapatan bapa? Bagi pesara Kerajaan, sila isikan jumlah pencen yang diterima bagi setiap bulan di ruangan tersebut. 21. Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada saya berjaya mendapat tawaran JPA di bawah PIDN 2017? Adakah JPA akan mengeluarkan surat tawaran? Keputusan akan dikeluarkan pada 11 September 2017 di laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my. Bagi calon yang berjaya, pihak JPA akan mengeluarkan surat tawaran penajaan. Bagi pelajar yang tidak berjaya, pelajar boleh mengemukakan rayuan secara atas talian (online). 22. Bagaimana sekiranya nama kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti kepada saya tidak berada di dalam senarai borang permohonan online PIDN? Sila maklumkan melalui emel perkara tersebut di
[email protected] untuk tujuan semakan lanjut oleh JPA.
7
kepada
23. Saya merupakan pelajar dalam bidang kejururawatan. Adakah saya layak untuk memohon penajaan JPA di bawah PIDN? Untuk makluman, Jabatan ini tidak menawarkan penajaan bagi pelajar-pelajar Diploma Kejururawatan atau Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
TAMAT
8