ETIKA PERNIAGAAN DI D’MART: SATU KAJIAN DI GUGUSAN CHINI Moksam Bin Yaakub Ahamad Dahlan Salleh
ABSTRAK Perniagaan merupakan sumber ekonomi dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara bahkan ianya telah mendasari dari peringkat akar umbinya di kalangan individu masyarakat.Aspek etika dalam perniagaan sewajarnya tidak di abaikan oleh setiap peniaga selaras dengan tuntutan sharicah. Pengabaian etika boleh diertikan sebagai pengabaian tuntuan sharicah dan memberi kesan kepada perkembangan dan pertumbuhan perniagaan bahkan memberi kesan kepada pembentukan nilai dan norma dalam masyarakat. Isu kegagalan perniagaan dalam menyediakan perkhidmatan yang baik selaras dengan tuntutan sharacmenyebabkan ekonomi umat Islam gagal bersaing dengan perniagaan bukan Islam di peringkat global. Penilaian dan muhasabah terhadap perjalanan etika menjadikan perniagaanakan lebih berdaya saing dan relevan dengan perkembangan semasa. Kajian ini adalah bertujuan menilai sejauh mana etika perniagaan menjadi amalan di dalam pengoperasian D'Mart.Penulis menggunakan pendekatan kajian lapangan dan perpustakaan iaitu berbentuk kuantitatif dan kualitatif.Bagi mendapatkan data kuantitatif pengkaji menggunakan instrument borang soal selidik manakala data kualitatif melalui kajian perpustakaan dan temubual.Data kuantitatif diproses melalui sistem SPSS. PENGENALAN Islam amat menggalakkan umatnya menceburi dalam aktiviti-aktiviti ekonomi terutamanya dalam perniagaan. Bahkan Islam telah menjadikan jual-beli sebagai satu bentuk mucamalah yang telah ditashricatkan bagi memperolehi sesuatu dan mendapatkan keuntungan atas dasar bantu membantu dan rasa reda meredai. Firman Allah s.w.t: Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.2 Dengan penggunaan lafaz yang sarih dalam ayat di atas menunjukkan dengan jelas bahawa jualbeli adalah suatu bentuk usaha yang mendapat keredaan Allah, manakala mendapatkan sesuatu dengan cara zalim seperti riba adalah dilarang disisi Islam. Dalam hal ini peniaga perlulah menjalankan urusniaganya dengan adab-adab yang dianjurkan oleh Islam. Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam satu riwayat dari Qatadah: Sabda nabi s.a.w:
1
al-Quran, al-Baqarah, 2:275 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, hlm.110.
2
. أن ألتاجر األمني الصدوق مع السبعة يف ظل العرش يوم القيامة Maksudnya: Sesungguhnya peniaga yang jujur lagi benar akan bersama tujuh golongan yang berada di dalam perlindungan Allah di hari kiamat. Urusniaga yang wujud akan dapat menjalinkan dan mengeratkan ikatan ukhuwah sesama insan. Ini diperjelaskan oleh Allah s.w.t bahawa perniagaan yang mempunyai elemen reda-meredai mendapat kasih sayang Allah sebagaimana firmannya:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. Janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.5 PERNYATAAN MASALAH Sektor peruncitan merupakan salah satu sektor perniagaan yang telah memberikan impak yang cukup besar dalam perkembangan ekonomi negara. Menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menjelang 2020 sektor peruncitan Malaysia akan menjadi pemacu utama penggunaan domestik dan mensasarkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) dengan sumbangan sebanyak RM48.6 bilion.6 Perkembangan ini tampak nyata dengan pertumbuhan mini market hinggalah hyper market dari syarikat-syarikat besar terutamanya yang didominasi oleh warga asing di negara kita umpama cendawan tumbuh selepas hujan. D’Mart merupakan salah satu kemudahan peruncitan yang disediakan oleh FELDA di setiap tanah rancangan. Kewujudannya merupakan satu langkah untuk membantu membekalkan barang-barang keperluan yang berkualiti kepada peneroka FELDA di tanah rancangan.7Dalam kontek hubungan pada dasarnya peneroka merupakan sebahagian dari keluarga D'Mart kerana keuntungan D'Mart merupakan sebahagian dari keuntungan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan peneroka merupakan sebahagian pelaburnya, namun peneroka tidak mengetahui perkembangan semasa D'Mart bahkan seakan tidak punya hak untuk membuat teguran.
3
al-Tabari, Abu Jacfar Muhammad Jarir,Jld.4. hlm.34 (9145). al-Qur’an, al-Nisa 4:29. 5 Tafsir Pimpinan al-Rahman, hlm. 190. 6 www.sinarharian.com.my/ETP: Sektor peruncitan jadi pemacu utama penggunaan domestik [4 April 2012] 4
7
www.FELDA.net.my
279
Sejarah penubuhan kedai-kedai runcit ini telah dapat memperkembangkan visinya kepada penubuhan FELDA Trading yang sekarang ini merupakan syarikat yang telah dipertanggunjawabkan untuk memberi bimbingan dan konsultasi dalam program tranfomasi peruncitan.Sewajarnya dari aspek prioritinya D'Mart perlu ditranformasikan sebelum kedai-kedai lain. Melihat impak yang cukup besar dari penubuhan kedai runcit dan peranan yang dimainkan oleh FELDA Trading selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap D'Mart sewajarnya terdapat suatu perubahan dalam pengurusan D'Mart. Namun suatu yang menyedihkan keadaan fizikal dan perkhidmatannya tidak melambangkan usianya yang cukup matang setelah 44 tahun penubuhannya. Ianya masih berada di takuk yang lama. Gaya operasinya tetap sama, tidak menampakkan perbezaannya yang ketara sedangkan keperluan dan cabaran yang dilalui oleh peneroka semakin meningkat ditambah dengan kenaikan harga barang. Dari sudut yang lain tiada perbezaan antara D’Mart dan kedai runcit dari aspek penampilan. Melihat sumbangan D'Mart, ianya tidak dapat dirasai oleh peneroka secara jelas.Bahkan perkhidmatan yang diberikan menjadi persoalan setelah melalui masa yang cukup panjang dan tidak ada perkembangan dalam mutu perkhidmatan yang diberikan. Adalah suatu yang merugikan seandainya perkembangan dalam dunia peruncitan yang berlaku ini tidak direbut oleh masyarakat Islam sendiri yang merupakan penduduk teramai di negara ini dan hanya menjadi pengguna. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan menilai sejauh mana etika perniagaan D'Mart di FELDA gugusan Chini menjadi amalan. Dapatan ini akan membolehkan beberapa cadangan di kemukakan agar perjalanannya selaras dengan kehendak dan tuntutan Islam. METHODOLOGI PENYELIDIKAN Secara umumnya kajian ini akan menumpukan kepadaetika perniagaan dan perlaksanaannya serta mengutarakan cadangan untuk penambaikan.Lokasi kajian ini adalah tertumpu kepada: 1.
FELDA Gugusan Chini melibatkan FELDA Chini 1. 2, 3,4 dan 5 serta FELDA Chini Timur 1 dan 3 sahaja dan tidak melibatkan FELDA Chini Timur 2 kerana tidak mendapat keizinan dari pihak pengurus.
2.
D'Mart FELDA Chini 1, 2, 3, 4 dan 5 serta D'Mart Chini Timur 2.
Kajian ini menumpukan responden dikalangan peneroka FELDA dan generasi kedua yang tinggal di Gugusan Chini dan kakitangan D'Mart yang terdapat digugusan Chini, responden berkenaan ialah seperti berikut: 1.
Responden dari kalangan peneroka yang melibatkan seramai 350 orang dari 3349 orang peneroka di Gugusan Chini.8.
2.
Responden ketiga merupakan kakitangan D'Mart ianya melibatkan sejumlah 12 orang.
3.
Responden keempat seorang pengurus. 8
www.raosoft.com/samplesize.html [ 20 Dis 2012]
280
Dalam usaha mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan dua pendekatan iaitu kajian kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian ini penyelidik mengumpulkan data menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan instrumen soal selidik.dan temubual. Penulis mendapatkan dan mengumpulkan datadata kualititatif dari rujukan yang diperolehi di perpustakaan Seri Lanang UKM, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Negeri Pahang, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Galing Kuantan dan buku-buku milik pengkaji sendiri. Pengkaji mendapatkan maklumat dan pandangan culama dan sarjana melalui rujukan daripada buku-buku dalam pelbagai bidang dan sumber seperti tafsir, tesis, jurnal atau artikel, kertas kerja, laman sesawang dan blog yang dihasilkan oleh para ilmuan untuk mendapatkan gambaran berhubung etika perniagaan menurut perspektif Islam. Semua data tersebut dijadikan sandaran untuk membentuk soalselidik dan soalan temubual. Penulis telah mengunjungi pihak pengurusan FELDA Trading di Kuala Lumpur dan keenam-enam D’Mart di Gugusan Chini serta pengurus-pengurus FELDA di lapan buah FELDA. Selepas mengenal pasti lokasi setiap D'Mart dan pejabat lapan buah FELDA, penulis membuat permohonan secara bertulis kepada pihak FELDA Trading Sdn Bhd. bagi menjalankan kajian di D'Mart. Permohonan kedua ialah kepada Ibu Pejabat FELDA Kuala Lumpur bagi mendapatkan keizinan untuk melaksanakan soalselidik kepada peneroka dan temubual dengan salah seorang pengurus FELDA. Walau bagaimanapun penulis hanya dapat menjalankan kajian lapangan ini terhadap peneroka di tujuh-tujuh buah FELDA sahaja tidak termasuk FELDA Chini Timur 2 kerana penulis tidak mendapat kebenaran dari pihak pengurus FELDA berkenaan. Manakala surat kebenaran dari pihak pengurusan FELDA Trading membolehkan penulis membuat sesi temubal dengan pengurusan FELDA Trading dan Pengurus D'Mart serta menjalankan sesi soal selidik terhadap pengurus dan kakitangan D'Mart di keenan-enam D'Mart. Pengkaji menggunakan borang soal selidik yang disediakan bagi memudahkan responden di kalangan peneroka FELDA atau generasi kedua di tujuh buah FELDA secara rawak mudah dan kakitangan D’Mart di keenam-enam D'Mart yang ada di Gugusan Chini untuk menjawab persoalan yang berkaitan. Dapatan dari respondenresponden diproses melalui SPSS. Penulis telah menggunakan kaedah temubual bagi mendapatkan maklumat terhadap; pihakpertama ialah pengurusan FELDA Trading yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan D’Mart., pihak kedua ialah dua orang pengurus D’Mart di Gugusan FELDA Chini.Pihak ketiga ialah seorang pengurus FELDA. Terdapat kekangan masa dalam sesi temubual ini memandangkan kebanyakan pihak yang ditemubual mempunyai tugasan justeru sesi temubual hanya dapat dijalankan secara ringkas. Bagi melancarkan proses temubual, penulis telah memaklumkan terlebih dahulu soalan dan skop persoalan yang bakal diajukan kepada pihak. KAJIAN LEPAS Berdasarkan kepada penelitian penulis, terdapat kajian berhubung etika perniagaan.Kebanyakan penulisan yang ada menggunakan kalimah keusahawanan. Olahan dan bentuk penampilan penulisan sebelum ini mempunyai perbezaan antara satu sama yang lain. Manakala kajian terhadap D’Mart berhubung etika perniagaan
281
masih tidak ada lagi begitu juga dengan penilaian terhadap kepuasan pelanggan terhadap D’Mart belum ada kajian berhubungnya. Ab. Mumin Ab Ghani dan Suhaili Sarif (2005) dalam “Penerapan Budaya Keusahawanan dalam masyarakat Islam Universiti Malaya.” menyatakan perniagaan dalam Islam melebihi objektif dunia yang hanya berlegar di sekitar keuntungan duniawi sahaja, bahkan ianya mempunyai nilai dan objektif yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat. Perniagaan bukan sahaja menjadi sumber mencari rezeki malah satu cabang cibadah yang dapat mendekatkan diri dengan Allah.Konsep cubudiyahini sememangnya menjadi teras segala perlakuan dan aktiviti harian umat Islam. Justeru itu cibadat tidaklah terhad dengan cibadat khusus sahaja malah meliputi segala aktiviti harian yang dikira sebagai cibadah umum.Selain itu keusahawanan juga merupakan penghubung antara peniaga dan masyarakat.Peranan peniaga untuk memenuhi keperluan pengguna merupakan suatu yang amat dipuji oleh Islam.9 Muhammad Adriani Yulizar, UKM (2007), Kesan Amalan Korupsi terhadap Inflasi dan penyelesaiannya terhadap perspektif ekonomi Islam: menyatakan antara faktor penyumbang terhadap berlakunya korupsi adalah pendapatan yang tidak mencukupi. 10 Rosidayu Hj Sabran (2006) telah menekankan kewujudan audit komunikasi dalam kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Komunikasi ke-3 bertajuk “Kepentingan Audit Komunikasi”menjelaskan bahawa pengauditan ini bergantung kepada tahap keseriusan beban masalah. Penstrukturan semula, penggabungan, perubahan pengurusan dan kemerosotan perniagaan adalah antara keadaan yang mendorong keperluan menjalankan audit komunikasi.Beliau juga menegaskan bahawa hubungan dua hala yang baik antara pekerja dan majikan dapat meningkatkan motivasi kedua-dua pihak dalam melaksanakan agenda.11 Muhaimin Abdul Khair (2007) dalam Etika Perniagaan Islam Dan Cina: Kajian Perbandingan Amalan Etika Perniagaan Muslim Banjar Dan Etnik Cina Di Banjarmasin, menyatakan bahawa akhlak perniagaan ialah; ikhlas, berlaku jujur (sidq) , amanah (tanggungjawab), berbuat adil, rajin bekerja keras, bekerjasama (tacawun), murah hati dan sederhana.12 Menurut Aida Rahaya binti Awang (2010) dalam tesi sarjannyayang bertajuk "Daya tahan teknousahawan dan pesepsi perkembangan perniagaan, teknousahawan yang berumur 31-40 tahun lebih baik berbanding usahawan yang berumur 55 hingga 60 tahun. Raja Maimon Raja Yusof Timbalan Pengarah Akademik Maktab Kerjasama Malaysia dalam “Meningkatkan Tahap Profesionalisma Dan Penguasaan Ilmu Dalam Pengurusan Koperasi" menjelaskan ciri-ciri Profesionalisma: keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal, meningkatkan dan memelihara imej profesion. Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan
9
Ab. Mumin Ab Ghani, Suhaili Sarif 2005.Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam Masyarakat Islam Universiti Malaya.hlm 4..www.eprint.um.edu.my/Penerapan Budaya. [ 10 Jan 2013] 10 Muhaimin Abdul Khair, 2007, Universiti Kebangsaan, Hlm.Hlm.13 11 ddms.usim.edu.my/.../KEPENTINGAN AUDIT KOMUNIKASI.pdf.. hlm. 1.[20 Jan. 2013]. 12 Muhaimin Abdul Khair, 2007, Universiti Kebangsaan, Hlm. 41-65
282
professional yang dapat meningkatkan dan membaiki kualiti pengetahuan dan keterampilannya serta mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion.13 Wan Sabri Wan Hussin (2005), dalam kertas kerjanya Mengurus Perniagaan Satu Perspektif Pembangunan Usahawan Yang Berjaya, menyatakan bahawa gaya, nilai dan sentuhan pengurus menentukan masa hadapan dalam sesebuah perniagaan.14Menurutnya lagi masalah utama yang membantutkan keusahawanan melayu bumiputera daripada berjaya adalah masalah dalaman yang instrinsik, nilai diri yang lemah dan tidak selari dengan ajaran Islam yang suci ini.15 Mohammad Zaini Yahaya, Mohd. Sukki Othman dan Muhammad Adib Samsudin (2010) dalam bukunya “Etika Perniagaan Dalam Islam” menyatakan bagaimana mengaut laba menggandakan pahala dari perniagaan.16 PENDEKATAN ISLAM DALAM PERLAKSANAAN ETIKA Buerah Tunggak dan Hussin Salamon (2011) menampilkan ciri-ciri atau elemen umum yang sangat dituntut dalam melaksanakan bentuk kehidupan berdasarkan kepada syaricat Islam adalah:17 1.
Nilai-nilai Rabbaniyyah
2.
Akhlakiyyah
3.
Insaniyyah
4.
Wasatiyyah.
CIRI-CIRI ETIKA ISLAM Berikut adalah ciri-ciri etika Islam yang telah diperbahaskan oleh para cendikawan 1.
Beransur-ansur dalam melaksanakan tanggungjawab18
2.
Kesederhanaan yang seimbang.19
3.
Pengawalan Perundangan Islam.20
4.
Kebaikan Mutlak21
13
www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=b745d0e0.. Wan Sabri Wan Hussin,2005, Mengurus Perniagaan Satu PerspektifPembangunanUsahawan Yang Berjaya; eprints.um.edu.my/2221/1/ Perniagaan Melalui Etika.pdf (Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan 2005 Jabatan Syariah dan Pengurusan), hlm.6 [20 Jan 2013] 15 Wan Sabri WanHussin,2005, hlm. 7, eprints. um. edu. my /2221/1/ Perniagaan_Melalui_Etika. pdf [ 20 Jan 2013] 16 Mohammad Zaini Yahaya, Mohd. Sukki Othman &Muhammad Adib Samsudin, 2010, Etika 14
Perniagaan Dalam Islam: Mengaut laba menggandakan pahala dari perniagaan. Bangi: UKM. 17
Buerah Tunggak & Hussin Salamon, 2011, hlm 75-76 (1-4 ciri); Shuhairi Abdullah & Ku Halim Ku Arifin, 2010 hlm. 71-80. 18 Ibid, hlm 50. 19 Jabir Qamimah, 1996, hlm 75. 20 Ibid. hlm. 113.
283
5.
Kebaikan sejagat.22
6.
Mudah23
7.
Mantap24
8.
Pengawasan yang menyeluruh25
ETIKA PERNIAGAAN MENURUT ISLAM Berikut etika menurut perspektif Islam berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ yang telah dinyatakan oleh cendikawan Islam; beriman,bertaqwa, bertawakal, berdoa, benar dan jujur, amanah, berani, menepati janji, ehsan, istiqamah, berilmu, adil, rajin dan bekerja keras, bekerjasama, murah hati, sederhana, toleransi, bersyukur, menghormati pelanggan, sabar, menjauhi pembaziran, menutamakan kebersihan, bersopan santun, menghargai dan menepati masa, menjaga kehormatan, menghormati pekerja, menjaga prioriti, menjauhi sifat mazmumah, meninfaqkan harta ke jalan yang benar, membina persuadaraan, menunaikan zakat, tidak menjalankan urusniaga yang diharamkan, tidak melanggar hak orang lain, memiliki jiwa kepimpinan, beroerntasikan masa depan, melunaskan hutang, mengelakkan bersumpah sewaktu menjalankan urusniaga dan malu. DAPATAN KAJIAN Pertama Dari Soal selidik Dengan Kakitangan D'Mart ( SULIT) Dari hasil kajian terhadap 12 repondan di kakitangan D'Mart 10 daripadanya adalah lelaki dan 2 orang perempuan manakala sepuluh daripadanya telah pun berumahtangga. Lapan orang dari mereka berusia antara 25 hingga 39 tahun, 2 oarang daripadanya berusia 40 hingga 49 tahun yang merupakan usia yang paling produktiviti dalam dunia perniagaan.Manakala 2 orang dari mereka telah mencapai umur antara 50-59 tahun.Majoriti mereka merupakan kakitangan tetap di D'Mart iaitu 11 orang. 10 orang dapada mereka adalah genarasi peneroka dan hanya tiga orang sahaja yang memperolehi diploma manakala 8 orang mempunyai pelajaran peringkat sekolah menengah dan seorang di peringkat sekolah rendah. Dapatan ini jelas meunjukkan tahap pengetahuan mereka adalah tidak menyeluruh dan perlu kepada pendedahan di dalam siri kursus perniagaan bagi mereka yang tidak mempunyai asas perniagaan.Ini adalah penting agar penjanaan idea yang lebih kreatif dan inovatif berlaku dan dihayati bersama. Berdasarkan dapatan kajian, mereka memperolehi pengalaman hanya dalam tempoh berkhidmat dengan D'Mart iaitu 7 orang yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun selebihnya antara 3 hingga 5 tahun. Seramai 4 orang atau 33.3% tidak pernah berkursus, 4 orang (33.3 % ) pernah mengikuti kursus sebanyak sekali dan hanya 4 orang yang pernah mengikuti kursus lebih dua
21
Mustafa Daud, 1995, hlm 81-82, Hamzah Yacqub, 1978, hlm. 13; Mohd. Nizho B Abd. Rahaman & Mohd. Shukri Hanapi, 2011, hlm.7. 22 Ibid. hlm.83; Mohd. Nizho B Abd. Rahaman & Mohd. Shukri Hanapi, 2011, hlm.7; Hamzah c Ya qub, 1978, hlm. 13. 23 Ibid. hlm. 83; Muhammad Zakiyyudin Muhammad Qasim, 1993, hlm. 148; M.z.Azmie, 1999, hlm. 131; 24 Mustafa Daud, 1995, hlm 84. Mohd. Nizho B Abdul Rahman & Mohd. Shukri b. Hanapi, 2011, hlm 8. 25 Ibid. hlm 85; M.Z.Azmie, 1999, hlm. 131-132.
284
kali.Penulis berpendapat bahawa pernyataan ini menunjukkan penglibatan kakitangan dalam kursus tidak menyeluruh sebagaimana kenyataan pengurus dalam temubual yang dijalankan. Berdasarkan dari gaji sebelum pengisytiharan kerajaan terhadap gaji minimum seramai 3 orang (25 %) mendapat gaji antara RM 1501.00 sehingga RM 2000.00 manakala 4 orang memperoleh gaji antara RM 901.00 sehingga RM 1250.00 dan selebihnya iaitu seramai 5 orang mendapat gaji bawah RM 900.00 walau bagaimanapun hanya seorang sahaja yang tidak mendapat kemudahan penginapan. Antara persoalan yang bertepatan dengan etika perniagaan yang menjadi kekuatan yang dimiliki oleh kakitangan D'Mart berdasarkan soalselidik terhadap kakitangan D'Mart ialah seperti berikut: i.
Majoriti mereka mempunyai kesedaran kakitangan terhadap tuntutan mencari nafkah sebagai tuntutan fardu cain iaitu seramai 11 orang (91%). Jumlah peratusan yang sama dalam aspek pengetahuan berhubung pengharaman unsur-unsur riba yang melibatkan pertambahan nilai barang disebabkan hutang.
ii.
Semangat kakitangan yang komited dan mempunyai kesungguhan dalam aspek tenaga sewaktu melakukan tugasan melibatkan seramai 11 orangdengan (66.7%) darinya setuju dan 3 orang (25%) amat setuju.
iii.
Kakitangan D'Mart mempunyai sikap berani menyatakan pandangan yang melibatkan sejumlah 10 orang (83.3%). Keberanian untuk menyatakan sesuatu merupakan kekuatan agar proses muhasabah dan penilaian akan dapat secara telus dan mantap.
iv.
Dapatan kajian ini juga menjelaskan bahawa terdapat di kalangan kakitangan yang tidak menunaikantanggungjawab menunaikan solat iaitu seramai 3 orang (25%) dan tidak mengusai asas fardhu cain. Hanya 5 orang (11.6% ) yang berkeupayaan membimbing rakan sekerja dalam perkara fardu cain.
v.
Dalam aspek larangan mengambil barangan D'Mart walaupun mendapat keizinan dari pihak pengurusan sendiri majoritnya bersetuju mengambil barang iaitu seramai 9 orang yang setuju dan amat setuju. Terdapat 3 orang hanya akan membayar sekiranya barang yang diambil adalah banyak. Mengambil sesuatu milik orang lain walaupun jumlahnya kecil bertentangan dengan tuntutan sharac.
vi.
Berhubung tentang faktor penyumbang yang boleh memberi kesan negatif terhadap minat untuk jangka masa panjang antaranya faktor gaji dan elaun yang tidak berpatutan dan kesukaran mendapatkan pinjaman bank sehingga menimbulkan rasa bosan dalam melaksanakan tugasan. Seramai 6 orang (50%) yang merasakan bayaran gaji dan elaun tidak berpatutan melibatkan 3 orang (25 %) sangat tidak setuju dan 3 orang yang lain (25%) tidak setuju.
vii.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesemua kakitangan bersetuju dan amat bersetuju agar perlunya pendedahan terhadap pengurusan perniagaan diwujudkan.Majoritinya juga mempunyai sikap untuk bertegas 285
dan memekakkan telinga sewaktu berdepan dengan pelanggan yang cerewet iaitu 9 orang (75%) setuju dan seorang (8.3%) sangat setuju.Sikap memekakkan telinga bukanlah satu sifat terpuji dan sewajarnya peniaga sentiasa sedia mendengar setiap bicara pelanggan. viii.
Dalam bekalan barang di D'Mart 11 orang (91%) mengakui berlakunya kekurangan bekalan. Dalam aspek penyedian semua keperluan pelanggan, 9 orang ( 75%) setuju D'Mart tidak dapat menyediakan semua keperluan tersebut.
Kedua Dari Soal Selidik Peneroka (SULIT) Berdasarkan soal selidik ke atas peneroka FELDA seramai 350 orang terdapat beberapa aspek yang memenuhi etika perniagaan seperti berikut: i.
Kakitangan sentiasa kelihatan suka dan mesra sewaktu menjalankan urusniaga yang melibatkan seramai 296 orang ( 84.6%) setuju dan 20 orang (5.7%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut.
ii.
Kakitangan D'Mart sentiasa bersedia membantu mencari barang keperluan pelanggan dengan kenyataan setuju seramai 267 orang ( 76.3%) dan sangat setuju seramai 31 orang (8.9%).
iii.
Dalam aspek menulis hutang dalam penyata berasingan, terdapat seramai 255 orang (72.9%) bersetuju dan 20 orang lagi (5.7%) sangat bersetuju dan majoriti peneroka seramai 235 orang amat berpuashati dengan pengurusan hutang di pihak pengurusan FELDA dengan 215 orang (61.4%) bersetuju dan 20 orang (5.7%) sangat setuju.
iv.
Perniagaan yang dijalankan di D'Mart tidak melibatkan masa yang diharamkan yang telah disepakati oleh kebanyakan ulamac iaitu selepas azan kedua pada hari jumaat. Dapatan juga menunjukkan seramai 289 orang(majoriti) menyatakan urusniaga di waktu yang diharamkan tidak berlaku dengan 272 (13.7%) setuju dan 17 orang (4.9%) sangat setuju.
v.
Larangan jualan rokok kepada pelajar di patuhi dengan penyataan seramai 190 (54.3%) mengakuinya dengan 125(35.7%) darinya setuju dan 65 orang (18.6%) sangat setuju.
vi.
Dalam tuntutan khiar cillah dapatan menunjukkan seramai 268 (76.6%) menyatakan kewujudan khiar dengan 248 orang (70.9%) setuju dan 20 orang ( 5.7%) sangat setuju bahawa pihak D'Mart sedia menggantikan barangan yang telah luput tarikh.
vii.
Dapatan kajian berhubung meletakkan notis di permis menunjukkan seramai 186 orang (53.2%) dengan 150 (42%) setuju dan 36 orang (10.3%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut.Meletakkan notis perlu memudahkan pelanggan agar tidak tertunggu-tunggu yang akhirnya membawa pembaziran masa dan tenaga.
286
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat aspek-aspek yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan seperti berikut: i.
Dalam aspek sapaan terhadap pelanggan kajian mendapati seramai 224 orang (64%) dengan 62 orang (17.7%) sangat tidak setuju dan 162 (46.3%) tidak setuju kewujudannya di kalangan pekerja D'Mart.
ii.
Hasil kajian mendapati majoriti peneroka iaitu seramai 305 orang (87%) setuju dengan keperluan penambahan pekerja D'Mart.
iii.
Hasil kajian menunjukkan seramai 304 (86.8%) iaitu majoriti peneroka menafikan kewujudan tanda harga pada semua barang di D'Mart.
iv.
Dapatan kajian menunjukkan hanya seramai 156orang peneroka (44.6%) setuju menyatakan kualiti barangan D'Mart amat baik dan 103 (29%) tidak setuju, manakala 91 orang (26%) dalam status tidak pasti.
v.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa tiada kajian atau penilaian daripada pihak D'Mart terhadap kepuasan pelanggan sebelum ini iaitu melibatkan seramai 346 (98.9%).
vi.
Dalam kajian ini juga mendapati majoriti peneroka iaitu seramai 262 orang (74%) tidak diberi peluang untuk menyatakan pandangan berhubung pengurusan D'Mart. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti peneroka iaitu 311 orang (88.8%) setuju dan sangat setuju bahawa tiada peti cadangan atau komentar yang disediakan oleh pihak D'Mart.
Dapatan Ketiga Dari Pengurus D'Mart (SULIT) Dapatan dari sesi temubual dengan pengurus D'Mart menyatakanterdapat bebanan kerja yang ditanggung oleh pihak pengurus D'Mart.Pengurus D'mart bukan sahaja hanya terlibat dari aspek pengurusan yang berkaitan kira-kira kewangan, perancangan, pengurusan fail dan pengawasan D'Mart bahkan melibatkan tugas-tugas yang berkaitan dengan jualan secara lansung seperti menimbang, menghantar barangan, menyusun barang-barang dan berkaitan pengurusan kecerian D'Mart.Bebanan kerja pengurus memuncak terutamanya dihujung bulan yang perlu dilaksanakan iaitu melibatkan pengisian maklumat dan data kepada pihak pengurusan secara 'online'.Kesungguhan pengurus jelas apabila terpaksa berjaga malam setalah penat dengan urusan jualbeli di siang hari.Keadaan menjadi sukar apabila capaian internet di FELDA berkenan terlalu perlahan.Berhubung bimbingan dan latihan yang diberikan kebanyakan melibatkan pihak pengurus. Dapatan dari temubual juga menyatakan bahawa terdapat pengambilan kakitangan sebagai pengurus sebelum ini dari kalangan pemegang siswazah namun keseluruhannya tidak mampu menanggung bebanan tugas yang banyak dengan gaji yang kurang kompetatif menyebabkan mereka tidak dapat bertahan lama. Menurut pengurus berkenaan sepanjang perkhidmatan tiada penambahbaikan bagi kemudahan perumahan yang disediakan dan segala baikpulih ditanggung oleh pengurus berkenaan.Begitu juga tiada peruntukan khas dari pihak atasan untuk menambah kecerian D'Mart.
287
Wujud pembayaran elaun kursus dan elaun esentif berdasarkan jumlah jualan yang menjangkau target jualan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan FELDA Trading Bhd. Berhubung penglibatan kakitangan dalam kursus yang di adakan oleh pihak pengurusan, kebanyakannya dihadiiri oleh pihak pengurusdan tidak melibatkan pembantu harian. Pengurus D'Mart mengakui segala penambahbaikan dari mutu perkhidmatan samada dari segi kecerian, kempen dan program perlu dirancang oleh pihak pengurus D'mart sendiri namun atas kesibukan dengan tugasan tiada kempen yang dirancang untuk meningkatkan jualan.Menurutnya lagi bagi mengukuhkan ikatan dan hubungan dalam pengurusan terdapat program seperti hari keluaraga dan sambutan hari raya diadakan namun ianya tidak secara berterusan. RUMUSAN (SULIT) Hasil kajian ini mendapati terdapat kekurangandalam perlaksanaan etika perniagaan dalam urusniaga D'Mart yang perlu dipertingkatkan agar ia selaras dengan sharac dan tuntutan semasa. Berikut merupakan aspek-aspek yang yang perlu dipertingkatkan; pertama: aspek pengetahuan bidang perniagaan, kedua: aspek pengetahuan agama terutamanya fardu cain, ketiga: aspek komunikasi, keempat: keperluan usaha untuk menambahkan kecerian permis agar lebih menarik.hasil kajian ini juga menunjukkan keperluan mewujudkan kajian berhubung pengurusan D'Mart, kepuasan pelanggan dan budaya syura di kalangan kakitangan. Pengkaji berpendapat perlunya diadakan pertemuan antara pihak D'Mart dengan peneroka secara tahunan bagi memberi peluang kepada peneroka untuk menyumbang idea dan memberi teguran kerana mereka merupakan sebahagian dari keluarga D'Mart. Berikut adalah cadangan kepada pengukuhan aspek pengetahuan bidang perniagaan: 1.
Mengadakan seminar, kursus atau simposium secara menyeluruh penglibatannya di kalangan kakitangan dan berperingkat dari perlaksanaaan.
2.
Mewujudkan perbincangan dan pertemuan dengan pengurusan D'Mart yang berhampiran untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat berhubung pemasaran.
3.
Menyediakan bahan bacaan berkaitan perniagaan kepada kakitangan.
4.
Memberi peluang kepada kakitangan untuk mengikuti kursus tertentu di bawah kelolaan pihak luar dan diberikan elaun khas.
Dalam aspek penguasaan pengetahuan asas fardu ain.berikut adalah cadangan untuk penambahbaikan: 1. Memberikan penekanan kepada aspek fardu cain di dalam program yang dianjurkan 2. Menyuburkan roh jamaah di kalangan kakitangan agar proses penerapan dan pengukuhan amalan fardu cain dapat berjalan dengan semangat kebertanggunjawaban bersama. Antara rutin yang wajar dijalankan ialah solat berjemaah dan budaya ziarah menziarahi
288
Dalam kajian ini juga mendapati perlunya penambahbaikan dalam aspek komunikasi. Berikut adalah cadangan untuk penambaikan dalam aspek tersebut: 1. Menyediakan modul komunikasi yang khas untuk kakitangan D'mart sebagai panduan. 2. Mewujudkan kod etika dalam komunikasi. 3. Mengadakan kursus khas berhubung komunikasi. 4. Memberi pendedahan berhubung kaunseling dalam hubungan interpersenal dan intrapersenal. Dapatan kaijian ini juga menunjukkan bahawa perlunya mewujudkan kajian tentang kepuasan pelanggan secara menyeluruh. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji berpendapat kajian atau maklumbalas dari peneroka boleh diadakan dengan mengadakan hari terbuka dengan pelanggan, majlis perbincangan dan mesyuarat adalah pendekatan yang bersesuaian. Ini adalah kerana kebanyakan peneroka kurang berminat untuk memberi komen secara bertulis. Berikut adalah perkara yang perlu dinilai atau dikaji berdasarkan dapatan kajian: 1.
Barang-barang yang menjadi keperluan peneroka.
2.
Komen pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
3.
Komen pelanggan terhadap mutu barangan.
4.
Menyediakan peti cadangan sebagai salah cara untuk mendapatkan maklumbalas pelanggan tentang keperluan dan komen.
5.
Mewujudkan laman Facebook D'Mart untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas dari pelanggan melalui maya.
Secara keseluruhan terdapat persoalan dari etika perniagaan yang tidak diamalkan di D'Mart yang secara tidak langsung memberikan kesan negatif dalam proses untuk meningkatkan mutu perkhidmatan D'Mart dan dalam pembentukan masyarakat yang cakna dengan keperluan dan perkembanagn semasa. Semoga hasil kajian ini akan dapat memberi harapan baru terhadap penambaikan D'Mart. Segala dapatan dalam kajian ini adalah sulit milik UKM dan FELDA. Dapatan ini tidakboleh didedahkan untuk penerbitan. RUJUKAN al-Quran Ab. Mumin Ab Ghani, Suhaili Sarif 2005. Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam Masyarakat Islam Universiti Malaya. www. eprint.um.edu.my/Penerapan Budaya.[ 10 Jan 2013] Al-Tabari, Abu Jacfar Muhammad Jarir jld 4 (9145) ddms.usim.edu.my/.../KEPENTINGAN AUDIT KOMUNIKASI.pdf.. hlm. 1.[20 Jan. 2013]. 289
Jabir Qamimah. 1996. Nilai-nilai Islam Satu Pengenalan, terj. Kuala Terengganu: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. M.Z.Azmie. 1999. Pengurusan Dari Perspektif Solat, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Mohammad Zaini Yahaya, Mohd. Sukki Othman & Muhammad Adib Samsudin. 2010. Etika Perniagaan Dalam Islam: Mengaut Laba, Menggandakan Pahala. Terbitan Soul Exelent Traning, Bandar Baru Bangi: PST Enterprise Sdn.Bhd. Mohammad Zaini Yahaya, Mohd. Sukki Othman & Muhammad Adib Samsudin. 2010. Etika Perniagaan Dalam Islam: Mengaut Laba, Menggandakan Pahala. Terbitan Soul Exelent Traning, Bandar Baru Bangi: PST Enterprise Sdn.Bhd. Muhaimin Abdul Khair. 2007. Etika perniagaan Islam dan cina: Kajian Perbandingan Etika Perniagaan Muslim Banjar Dan Etnik Cina Di Banjarmasin. Bangi: UKM ( Tesis Sarjana) Muhammad Zakiyyudin Muhammad Qasim.1993. edisi ke-3.al-Islam wa al-Fitrah. Kaherah Dar al- Safwah. Mustafa Daud. 1995. Budi Bahasa Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Bahasa Dan Pustaka.
Dewan
Tafsir Pimpinan al-Rahman. 2010. Cetakan ke-14. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Wan Sabri Wan Hussin.2005.Mengurus Perniagaan Melalui Etika-Satu Persepektif Pembangunan Usahawan Yang Berjaya. Kertas kerja Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan (6 Sep. 2005) Akademik Pengajian Islam UM, Kuala Lumpur.eprints.um.edu.my/2221/1/Perniagaan_Melalui_Etika.pdf www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=b745d0e0.. www.raosoft.com/samplesize.html [ 20 Dis 2012].
290