OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Nangka BUKU PANDUAN TANAMAN NANGKA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 02 09.03.2012
Halaman : 1 drp 6
Isi Kandungan Bil.
Tajuk
Muka Surat
1
Pendahuluan
3
2
Penanaman 2.1 Bahan Tanaman 2.2 Sistem Penanaman 2.3 Penanaman di Ladang
4 4 4 4
3
Penyelenggaraan 3.1 Pengurusan Air 3.2 Pembajaan 3.3 Kawalan Rumpai 3.4 Pemangkasan 3.5 Kawalan Penyakit dan Perosak
4 4 4 5 5 5
4
Kemantangan Dan Mengutip Hasil
6
5
Pengendalian Lepas Tuai
6
6
Rujukan
6
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 02 09.03.2012
Halaman : 2 drp 6
1.
PENDAHULUAN
Nama biasa Nama saintifik Keluarga i.
: Nangka : Artocarpus heterophyllus Lam : Moraceae
Asal Usul
Nangka berkemungkinan berasal dari India. Ianya juga terdapat ditanam di Indonesia, Thailand dan Filipina. Nangka banyak ditanam secra meluas di Johor, Pahang, Kedah dan Terengganu.
ii. Sifat Botani tanaman a. Pokok: Pokok yang sentiasa menghijau, tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok tumbuh secara melurus dan mengandungi susu getah yang pekat. b. Daun: Daun ialah eleptik, berbentuk obovat dan panjangnya 20 sm. Daun adalah melebar dan kadangkala daun muda bercuping. Warna daun ialah hijau gelap. c. Bunga: Bunga jantan dan bunga betina adalah berasingan. Bunga jantan terdapat di dahan muda, di antara daun-daun dan terletak lebih tinggi dari bungan betina. Bunga betina terdapat di dahan dan batang yang tua. d. Buah: Buah terdapat di batang pokok dan dahan utama. Bila masak buah berbentuk bujur, berukuran lebih kurang 30 – 90 sm panjang dan 25 – 50 sm lebar. Buah yang telah masak mengeluarkan aroma yang kuat. iii. Jenis Klon Varieti Jabatan Pertanian telah mendaftar sejumlah 31 kon. Untuk penanaman secara komersil dua koln telah disyorkan, iaitu - J 29 dan J 31 Klon
Berat/buah (kg)
J 29
11.4
BJ 31
7.9
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
Ciri-ciri Berbentuk oval, berorama yang kuat, Isi buah sederhana tebal, berwarna kuning dan bertekstur halus. Rasa Buah Manis Berbentuk bulat. Aroma yang kuat. Isi buah tebal, berwarna jingga kekuningan dan mempunyai tekstur yang halus dan rasa manis
: : :
02 02 09.03.2012
Halaman : 3 drp 6
2.0 PENANAMAN 2.1 Bahan tanaman: Nangka dibiak secara mata tunas 2.2 Sistem Penanaman: Sistem tanaman empat dan tiga segi disyorkan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 m x 9 m yang memberikan 123 pokok sehektar untuk sistem empat segi dan 130 pokok sehektar untuk system tiga segi. 2.3 Penanaman di Ladang: Lubang tanaman berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m perlu disediakan dan dibiarkan selama 2-4 minggu. Bahan organik atau kompos pada kadar 5 – 10 kg/lubang dan CIRP pada kadar 200 gm/lubang digaul semasa menanam. Gangguan kepada akar pokok hendaklah diminimakan semasa menanam. 3.0 PENYELENGGARAAN 3.1
Pengurusan air
Pokok nangka memerlukan pengairan untuk menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan untuk mengelakkan tekanan kekurangan air semasa musim kemarau. Pengairan titis adalah sesuai sekiranya nangka diusahakan di kawasan tanah rendah dan rata. 3.2
Pembajaan
Program pembajaan yang disyorkan bagi pokok nangka adalah seperti berikut: Umur Pokok (Tahun)
Organik /baja Sebatian 15:15:15 Organik 15:15:15 Organik 15:15:15 Organik 12:12:17:2 Organik 12:12:17:2 Organik 12:12:17:2 Organik 12:12:17:2 Organik 12:12:17:2 Organik
1 2 3 4 5 6 7 >8
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 02 09.03.2012
Pembajaan/ tahun 3-4 3-4 3-4 3-4 3 3 3 3
Banyak baja untuk sepokok/tahun (Kg) 1.0 10.0 1.0 10.0 1.5 15.0 2.0 15.0 2.5 20.0 3.0 30.0 4.0 40.0 5.0 40.0
Halaman : 4 drp 6
3.3
Kawalan rumpai
Semasa pertumbuhan awal, kawalan rumpai ialah secara manual di sekeliling pokok. Sungkupan disyorkan untuk mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan lembapan tanah. Rumpai di antara barisan boleh dikawal menggunakan racun rumpai. 3.4
Pemangkasan
Pemangkasan bertujuan untuk menghasilkan kecergasan pokok, untuk mendapatkan bentuk kanopi yang sesuai dan merangsang pengeluaran buah. Pemangkasan melibatkan pembuangan dahan yang mati, berpenyakit dan membuang sulur air. Cantasan dahan yang tidak diperlukan memberi laluan udara dan sinaran matahari yang diperlukan. 3.5
Kawalan Penyakit dan Perosak
a) Penyakit: Penyakit utama yang menyerang tanaman nangka ialah: Penyakit Bacterial blight (Erwinia caratovara)
Tanda-tanda
Kawalan
menyerang batang dan dahan dahan yang diserang akan mengakibatkan daun menjadi kuning sekiranya batang utama diserang, daun akan menjadi kuning dan pokok akan mati
cantasan yang sempurna dan kebersihan kawasan bakar/ musnah semua pokok yang diserang Bersihkan peralatan mencatas sebelum digunakan
b) Perosak: Perosak utama tanaman nangka adalah seperti berikut: Perosak
Tanda-tanda
Pengorek batang dan buah
Musnahkan pokok yang diserang Larva memakan daun dan masuk ke dalam buah, batang dan dahan Buah yang diserang akan reput dan jatuh
Cantas dahan yang diserang Balut buah Sembur batang dan daun dengan trichlorphon
Lalat Buah
Serangga membiak dalam buah yang rosak larva memakan & hidup dalam buah sehingga rosak
Musnah buah yang di serang Balut Buah
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 02 09.03.2012
Pembasmian
Halaman : 5 drp 6
4.0
i.
KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan:
Pengeluaran hasil bermula 21/2 – 3 tahun selepas menanam. ii. Hasil: Pada musim pertama (21/2 – 3 tahun selepas menanam) pokok boleh mengeluarkan lebih kurang 3,000 kg/tahun dan biasanya mencapai taraf penghasilan maksimum sebanyak 19,000 kg/tahun pada tahun kesebelas. iii. Musim: Nangka ialah sejenis buah-buahan yang tidak bermusim dan pengeluaran buah ialah sepanjang tahun. Musim utama ialah pada Oktober-November.
iv. Indeks Penuaian: Buah boleh dipetik di antara 130-140 hari selepas berputik atau 90-95 hari selepas buah dibalut.
5.0 i.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN Pengendalian lepastuai
Buah dipungut dengan memotong tangkai menggunakan pisau yang tajam ii. Penyimpanan Buah nangka perlu diagihkan secepat mungkin kerana tempoh penyimpanan ialah 45 hari dalam keadaan suhu biasa (25 – 35) darjah Celcius.
6.0
i.
RUJUKAN
Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (2000). Pakej Teknologi Nangka.
ii. http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_tanamnangka.htm
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 02 09.03.2012
Halaman : 6 drp 6