Dengan sebaran keteguhan dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha dengan berterusan untuk memberikan kecemerlangan dalam segala tindakan yang kami lakukan. Ulasan Prestasi 46 60 64 66 67 68 72 74 76 78 79 81
Ulasan Pengerusi Ringkasan Kewangan Sepuluh Tahun Kumpulan Analisis Segmen Penyata Nilai Ditambah Prestasi Suku Tahunan Kumpulan Prihatin Pelanggan Pembangunan Sumber Manusia LPI Capital dalam Berita Anugerah & Pengiktirafan Permodalan Pasaran dan Harga Saham Maklumat Pelabur Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar
Ulasan Pengerusi Keuntungan sebelum cukai Kumpulan LPI meningkat 16.3% kepada RM141.6 juta pada 2008 berbanding RM121.8 juta pada 2007, berasaskan pertumbuhan hasil yang kukuh sebanyak 15.8%.
Tinjauan
Ulasan Operasi Perniagaan
Tinjauan 2009
Suasana Perniagaan Keseluruhan
Penajaan Jamin
Tinjauan Industri Insurans
Ringkasan Prestasi Kewangan Kumpulan
Pembangunan Perniagaan – Agensi – Institusi Kewangan – Broker – Sistem E-Insurans dan Pejabat Cawangan Baru
Jangkaan dan Peluang
Pengurusan Modal Penarafan Kekuatan Kewangan
Tuntutan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia
Tinjauan S U A S A NA PE R NIA G A A N KES ELU R UHA N
Sebahagian besar hasil LPI dijana oleh subsidiari insuransnya, Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”). Pada tahun kewangan yang dilaporkan, Lonpac mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan keberkesanan perniagaan sejajar dengan Rancangan Perniagaannya dan telah mengukuhkan dasar penajaan jamin, pengurusan kewangan, pengurusan tuntutan dan amalan pengurusan risiko selain menambah baik teknologi maklumat dan komunikasi dengan matlamat memperbaiki proses perniagaannya.
Lonpac telah berkembang maju dan berganjak dari tempat ke-10 pada 2005 ke tempat ke-7 dari segi jumlah premium langsung kasar (Sumber: Perangkaan Insurance Services Malaysia Berhad). Dalam tempoh yang sama, bahagian pasaran Lonpac meningkat daripada 3.46% kepada 4.16%. Dalam tempoh 5 tahun lepas (2004 hingga 2008), Lonpac mencatatkan Kadar Pertumbuhan Purata Terkompaun premium kasar dan premium bersih masing-masing sebanyak 12% dan 18%. Nisbah pengekalan bersih berada pada tahap 66% bagi tahun 2008 berbanding purata 60% dalam tempoh 5 tahun sebelumnya.
Ulasan Pengerusi
Insurans Kebakaran kekal sebagai portfolio terbesar pada 33.2%, diikuti oleh insurans Pelbagai, Motor, Liabiliti, Pampasan Pekerja, Marin, Penerbangan dan Transit, dan Kemalangan Peribadi. Dalam semua kelas insurans utama, nisbah kerugian Lonpac lebih baik daripada prestasi industri. Margin penajaan jamin adalah konsisten pada 20.9% daripada premium terperoleh. Portfolio Kebakaran Lonpac telah secara konsisten mencatatkan keuntungan penajaan jamin sebelum perbelanjaan pengurusan yang memberangsangkan dan menyumbang keuntungan sebanyak RM68.6 juta pada 2008, diikuti oleh kelas insurans Pelbagai. Margin yang tinggi ini diperolehi menerusi amalan penajaan jamin berhemah Lonpac yang disokong oleh khidmat pengurangan dan pengurusan risiko tambahan nilai yang diberikan kepada pelanggan kami. Lebihan Penajaan Jamin sebelum Perbelanjaan Pengurusan Mengikut Kelas Insurans RM’000
Lebihan penajaan jamin sebelum perbelanjaan pengurusan 2008
2007
Kebakaran
68,603
52,939
Motor
30,366
36,676
5,290
3,290
Pelbagai
38,083
27,648
Jumlah
142,342
120,553
Marin, Penerbangan & Transit
R I N G K A S A N P R E S TA S I K E WA N G A N K U M P U L A N
Sepintas Lalu 2008 RM’000
2007 RM’000
Keuntungan Sebelum Cukai
141,564
121,766
Keuntungan Selepas Cukai
104,247
87,770
Jumlah Aset
856,201
792,389
Ekuiti Para Pemegang Saham
363,741
370,001
75.7
63.8
Pulangan atas Ekuiti
28.7%
23.7%
Margin Operasi
22.1%
22.1%
Tuntutan Bersih Ditanggung
51.2%
51.2%
Perolehan Asas Sesaham (sen)
Keuntungan dan Dividen • Keuntungan sebelum cukai Kumpulan LPI meningkat sebanyak 16.3% kepada RM141.6 juta pada 2008, berbanding RM121.8 juta pada 2007, berasaskan pertumbuhan hasil yang kukuh sebanyak 15.8%. Keuntungan bersih selepas cukai Kumpulan juga meningkat 18.8% kepada RM104.2 juta. Prestasi keuntungan yang mantap ini dicapai hasil keputusan penajaan jamin lebih baik dan pendapatan pelaburan lebih tinggi.
• Pulangan bersih atas ekuiti bagi 2008 terus meningkat kepada 28.7% berbanding 23.7% pada 2007.
• Perolehan bersih sesaham bagi 2008 bertambah kepada 75.7 sen berbanding 63.8 sen pada 2007.
Lonpac sentiasa berusaha memberi keyakinan dan kepuasan kepada pemegang insurans kami. Untuk tujuan ini, beberapa inisiatif untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan telah disusun pada tahun yang dilaporkan. Satu daripada langkah tersebut ialah untuk mengurangkan masa memproses pengeluaran polisi dan mempercepat proses penghantaran. Prestasi lebih baik Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2008 mencerminkan usaha dan komitmen Lembaga Pengarah, pihak Pengurusan dan kakitangan dalam melaksanakan strategi perniagaan penting sejajar dengan misi korporat Kumpulan. Berasaskan kestabilan kewangan dan kebolehpercayaan Lonpac dalam industri insurans Malaysia, Lembaga Pengarah dan pihak Pengurusan yakin dapat menempuhi cabaran yang mendatang dan akan terus melaksanakan strategi untuk mengukuhkan ketahanan perniagaan Kumpulan dalam suasana perniagaan yang kompetitif.
• Lembaga Pengarah mengesyorkan dividen akhir 55 sen sesaham biasa ditolak cukai 25%. Apabila dijumlahkan dengan dividen interim 30 sen sesaham biasa ditolak cukai 26%, dividen kasar bagi 2008 berjumlah 85 sen sesaham biasa.
Ulasan Pengerusi
Keuntungan Sebelum Cukai Mengikut Segmen 2008 RM’000
2007 RM’000
Operasi Insurans Am
108,679
94,849
Pegangan Pelaburan
32,322
26,913
Pembiayaan Pajakan
(34)
(4)
140,967
121,758
597
8
141,564
121,766
Bahagian keuntungan selepas cukai syarikat bersekutu yang ekuitinya diambil kira Keuntungan sebelum cukai
• Operasi Insurans Am terus menjadi tunggak kekuatan Kumpulan, iaitu 77.2% daripada keuntungan sebelum cukai Kumpulan pada 2008.
• Walaupun operasi tempatan terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan sebelum cukai Kumpulan pada 99%, tumpuan Kumpulan untuk mengembangkan perniagaan serantau di Kemboja turut membuahkan hasil. Pertumbuhan Lembaran Imbangan dan Kedudukan Modal • Jumlah aset Kumpulan LPI meningkat sebanyak 8.1% pada tahun yang dilaporkan kepada RM856.2 juta pada akhir 2008.
• Jumlah pelaburan meningkat sebanyak RM52.6 juta kepada RM725.9 juta pada akhir 2008, dengan kadar pertumbuhan 7.8%.
• Nisbah kecukupan modal tetap kukuh pada 181% pada akhir 2008. PENGURUSAN MODAL
Lonpac Insurance Bhd
20081
20071
Sasaran Kawal Selia Bank Negara Malaysia
Permodalan Kukuh dan Meningkatkan Nilai Kepada Pemegang Saham Kumpulan LPI aktif menguruskan modalnya dengan matlamat meningkatkan kecekapan struktur modalnya. Kumpulan telah melaksanakan strategi berikut sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengekalkan kedudukan modal yang kukuh dan mantap untuk menyokong pertumbuhan perniagaan Kumpulan: Meneruskan pembelian balik saham: Pada 31 Disember 2008, Kumpulan LPI telah membeli balik sejumlah 1,053,200 saham yang mewakili 0.76% daripada modal saham terbitan dan berbayar LPI. Proses belian balik saham ini merupakan sebahagian daripada rancangannya yang disusun sejak 2005. Bayaran dividen yang tinggi: LPI terus berusaha melaksanakan dasar pembayaran dividen tinggi pada 2008 dengan dividen interim 30 sen ditolak cukai 26% dan dividen akhir disyorkan 55 sen ditolak cukai 25% tertakluk kepada kelulusan pemegang saham. Jumlah dividen bersih yang telah dibayar dan perlu dibayar bagi 2008 berjumlah RM87 juta, meliputi 84% daripada keuntungan bersih Kumpulan kepada pemegang saham Syarikat bagi 2008. Inisiatif penting yang dilaksanakan berhubung dengan pengurusan modal dan keuntungan perniagaan telah menyaksikan peningkatan ketara dalam pulangan atas ekuiti bersih, iaitu daripada 18.3% pada 1999 kepada 28.7% pada 2008. Pada masa yang sama, perolehan sesaham biasa Kumpulan meningkat daripada 31 sen pada 1999 kepada 75.7 sen pada 2008. Peningkatan nilai kepada pemegang saham ini dapat dilihat daripada kenaikan ketara harga saham LPI disebabkan pulangan dividen tinggi. Sejak permulaan 1999, harga saham LPI telah meningkat sebanyak 132.8% kepada RM9.45 sesaham LPI dan modal pasaran pula bertambah tiga kali ganda daripada RM434.1 juta kepada RM1,310.9 juta pada akhir 2008. Pada akhir 2008, Nisbah Kecukupan Modal (“CAR”) Lonpac masih berada di tahap yang tinggi pada 181% berbanding sasaran kawal selia 130% yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. P E N A R A FA N K E K U ATA N K E WA N G A N
Ekuiti Para Pemegang Saham (RM’000) Nisbah Kecukupan Modal 1
Setakat 31 Disember
TB Tidak Berkenaan
214,451
202,408
TB
181%
149%
130%
Pada September 2008, A.M Best telah mengekalkan penarafan kewangan A- (Cemerlang) dan penarafan kredit pengeluar (ICR) “a-“ Lonpac. Kedua-dua penarafan memaparkan kedudukan kewangan yang stabil dan mencerminkan rekod pencapaian operasi menguntungkan, perniagaan terpelbagai dan modal yang mencukupi. Penarafan ini juga mengambil kira keupayaan pengedaran Syarikat dan peluang pertumbuhan dalam sektor bukan hayat Malaysia.
Ulasan Pengerusi
Ulasan Operasi Perniagaan
Sepintas Lalu
PENAJAAN JAMIN
Kelas
Pada awal 2008, Jabatan Penajaan Jamin telah disusun semula untuk menggabungkan Pusat Pemprosesan Utama, Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pemasaran Langsung. Langkah ini telah meningkatkan aliran komunikasi dan menambah baik lagi proses kerja dan dengan itu meningkatkan tahap produktiviti. Pusat Pemprosesan Utama yang mengendalikan penghantaran E-Insurans dapat memendekkan kitaran pengeluaran polisi iaitu sebanyak separuh daripada masa pemprosesan, daripada 48 jam kepada 24 jam. Kitaran pengeluaran polisi insurans yang lebih singkat membolehkan polisi dan premium insurans dikutip dengan lebih pantas.
Jumlah bil. polisi
2008
2007
Jumlah bil. polisi setiap kakitangan penajaan jamin 2008
2007
Kebakaran
416,608
435,690
37,873
39,608
Motor
274,520
232,956
17,158
13,703
26,114
32,023
3,264
4,003
Pelbagai
197,109
179,196
4,693
4,371
Jumlah
914,351
879,865
62,988
61,685
Marin, Penerbangan & Transit (MAT)
Produktiviti kakitangan di Jabatan Penajaan Jamin terus meningkat dengan 62,988 polisi dikeluarkan bagi setiap kakitangan pada 2008 berbanding 61,685 polisi dikeluarkan bagi setiap kakitangan pada 2007. Dari segi pendapatan premium kasar, insurans kebakaran kekal sebagai perniagaan teras Lonpac, merangkumi 33.2% daripada jumlah portfolio manakala insurans pelbagai dan motor masingmasing merangkumi 31.6% dan 31.5% sementara perniagaan marin mewakili 3.7% daripada jumlah portfolio. Dengan piawaian penajaan jamin yang teliti, penilaian risiko dari masa ke masa dan pengurusan risiko yang baik, semua segmen insurans mencatatkan keuntungan penajaan jamin pada tahun yang dilaporkan.
Bilangan polisi dikeluarkan
Bilangan Polisi Tahun 2008 berbanding 2007 Pada tahun yang dilaporkan, sejumlah 914,351 polisi dikeluarkan berbanding 879,865 polisi pada 2007, iaitu peningkatan 3.9%.
Kebakaran
Pelbagai Kelas
Tahun 2008
Tahun 2007
Ulasan Pengerusi
Sepintas Lalu RM’000
Premium Kasar % Lebihan penajaan jamin sebelum perbelanjaan pengurusan Lebihan penajaan jamin selepas perbelanjaan pengurusan
Kebakaran
Motor
Marin, Penerbangan & Transit
Pelbagai
Jumlah
Produktiviti terus meningkat pada 2008, dengan
190,435
181,234
21,175
181,600
574,444
33.2
31.5
3.7
31.6
100
68,603
30,366
5,290
38,083
142,342
49,224
2,218
3,211
20,349
75,002
Walaupun semua kelas perniagaan mencatatkan lebihan penajaan jamin, para penaja jamin terus berhati-hati semasa menerima risiko khususnya bagi insurans motor. Kerugian kecurian kenderaan dan kos pembaikan yang semakin meningkat serta nilai keputusan mahkamah semakin tinggi telah menimbulkan kebimbangan kepada industri. Pada Ogos 2008, sistem E-Insurans Motor yang ditambah baik telah dilancarkan di mana prosedur penilaian risiko dan kelulusan lebih ketat diguna pakai. Menerusi penyelesaian penilaian risiko dalam talian baru ini, para penaja jamin akan dapat menilai risiko dengan lebih berkesan dan memberikan kelulusan yang tepat pada masanya untuk menaja jamin perniagaan yang mudah berubah seperti ini. Berikutan langkah kerajaan mewartakan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007, produk bernama Insurans Liabiliti Pengurusan (Hartanah Berstrata) telah diperkenalkan. Polisi liabiliti khusus ini, yang dirangka untuk melindungi Lembaga Pengurusan Bersama Bangunan bagi hartanah hak milik strata terhadap kewajipan mereka di bawah undang-undang, telah diperkenalkan pada 2008. Produk ini ditawarkan pada harga berpatutan, dengan terma dan syarat yang mampu menjamin kejayaannya. Lonpac terus menanda aras tahap perkhidmatan kami kepada amalan penajaan jamin global yang terbaik dan usaha ini diiktiraf oleh rakan perniagaan tempatan dan antarabangsanya, iaitu, masing-masing IGB dan Chubb Group of Insurance Companies. IGB menganugerahkan “Sepuluh Pembekal Terbaik Yang Dihargai bagi Tahun 2007”, manakala Chubb Group of Insurance Companies mengurniakan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi Kumpulan Risiko Multinasional Chubb. Anugerah ini mengiktiraf pengeluaran polisi dan tahap perkhidmatan kami yang sentiasa cemerlang.
sejumlah 914,351 polisi dikeluarkan berbanding 879,865 pada 2007.
Ulasan Pengerusi
Premium Kasar mengikut Sumber
PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Walaupun beroperasi dalam industri yang sangat kompetitif, subsidiari milik penuhnya, Lonpac Insurance Bhd mencapai pertumbuhan menggalakkan sebanyak 16.2% dari segi pendapatan premium kasar daripada RM494.3 juta kepada RM574.4 juta. Pada masa yang sama, pendapatan premium bersih juga meningkat 12.3% daripada RM335.2 juta kepada RM376.3 juta pada tahun kewangan yang dilaporkan. Kumpulan terus memanfaatkan sepenuhnya saluran penyampaian dan memperkenalkan kemudahan tambahan nilai kepada pelanggan menerusi;
• Agensi • Institusi Kewangan • Broker • Sistem E-Insurans Agensi
• Pejabat Cawangan Baru
Institusi Kewangan Langsung Broker Penginsurans
Agensi Tenaga agensi menyumbang RM237 juta bagi tahun yang dilaporkan, mewakili 41% daripada jumlah premium kasar Lonpac pada 2008. Jumlah ini merupakan peningkatan 18% atau RM35 juta berbanding tahun kewangan lepas. Pasukan agensi dianggotai seramai 1,399 ejen, peningkatan 31% berbanding 2007. Angkatan ejen terulung Lonpac, Masterclub, bertambah daripada 16 keahlian apabila pertama kali dilancarkan pada 2006, kepada 22 buat masa ini. Salah satu daripada strategi utama Lonpac ialah terus meluaskan keahlian Masterclub ini di kalangan ejen yang sedia ada dan juga menerusi ahli baru. Kami akan terus menilai manfaat dan pengiktirafan yang diberikan kepada kumpulan ejen elit ini. Selain daripada mengembangkan Masterclub, Lonpac juga sedang melaksanakan program pengambilan dan pembangunan ejen yang agresif untuk meningkatkan bilangan ejen bukan motor tanpa menjejaskan piawaian penajaan jamin. Kami akan terus berganding bahu dengan ejen kami untuk mengkaji portfolio perniagaan masing-masing dan membantu ejen kami meningkatkan keupayaan teknikal untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pemegang polisi. Lonpac mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar tenaga agensi dan kami berusaha untuk sentiasa membentuk pakatan yang berkekalan bersama mereka. Kami akan terus memberi mereka alat untuk meningkatkan kecekapan dan keupayaan untuk menguasai bahagian pasaran lebih besar dalam kelas perniagaan insurans yang menguntungkan.
Ulasan Pengerusi
Pelbagai latihan, seminar dan bengkel telah dianjurkan pada 2008 untuk meningkatkan keupayaan teknikal dan juga meningkatkan produktiviti tenaga agensi, termasuk:
• Kunci Kejayaan Jualan • Pengekalan dan Pembangunan Perniagaan • Sistem E-Motor yang Dipertingkatkan • Sistem E-Marin • Tinjauan Kebakaran dan Rompakan • Memahami Insurans Marin • Produk Kemalangan Peribadi bagi Individu Sorotan utama kalendar agensi ialah Konvensyen Agensi di Melaka di mana 84 ejen berprestasi tinggi layak untuk menghadiri persidangan yang sememangnya menjadi matlamat mereka. Kumpulan ejen terpilih ini telah menjalani latihan “Pengurusan Tekanan dan Pembangunan Pasukan Menyeluruh”. Ejen dari kawasan yang berbeza berpeluang bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai keadaan pasaran dan melaksanakan strategi yang sesuai untuk menambah baik piawaian perkhidmatan dan meningkatkan produktiviti. Lonpac telah membangunkan Sistem Risikan Perniagaan untuk menyediakan maklumat terkini mengenai risiko yang ditaja jamin oleh ejen. Sistem ini memberikan maklumat yang pantas dan tepat untuk membantu ejen menilai risiko yang dicadangkan dan juga dalam proses membuat keputusan. Ia bukan sahaja telah menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan bersama, tetapi juga menambahkan keuntungan portfolio perniagaan masing-masing. Meninjau tahun 2009, Lonpac akan berusaha mencapai pertumbuhan berterusan dalam semua bidang strategi bagi memastikan tenaga agensi diperkukuh secara sistematik untuk mengambil kesempatan daripada peluang perniagaan dengan cara yang wajar dan teratur. Usaha lebih giat sedang dilaksanakan untuk menyediakan produk insurans inovatif yang memberikan nilai tambahan untuk dipasarkan oleh ejen. Sebagai contoh, produk baru bernama Insurans Liabiliti Pengurusan (Hartanah Berstrata) yang dirangka untuk melindungi Lembaga Pengurusan Bersama hartanah hak milik strata terhadap kewajipan mereka di bawah undang-undang telah dilancarkan pada 2008. Produk ini ditawarkan pada harga kompetitif untuk memudahkan ejen untuk memasarkannya.
Ulasan Pengerusi
Institusi Kewangan Premium yang dihasilkan oleh jabatan Institusi Kewangan meningkat sebanyak 11% berbanding tempoh yang sama tahun lepas dan menyumbang 27% daripada jumlah premium kasar bagi 2008. Kumpulan Public Bank (“PBB”) ialah penyumbang utama premium yang dihasilkan. Pada tahun yang dilaporkan, kami mendapati adanya keperluan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang insurans memandangkan ketidakpastian pasaran. Dengan itu, Lonpac dan PBB telah bersama-sama memperkenalkan beberapa produk insurans yang efektif untuk menawarkan pelbagai pelan insurans untuk melindungi harta benda pelanggan. Usaha sama ini telah menyaksikan ramai pelanggan PBB mendapatkan perlindungan insurans bagi harta benda mereka yang tidak bercagar. Pakej insurans tambahan untuk Peti Simpanan Selamat yang membolehkan penyewa peti simpanan mendapatkan perlindungan tambahan bagi harta benda berharga mereka yang disimpan di dalamnya telah menghasilkan 5,000 polisi pada 2008. Kami juga telah memperkenalkan Pakej Insurans Kandungan Rumah Kediaman untuk melindungi pelanggan PBB daripada sebarang kerugian atau kerosakan kepada isi rumah mereka di samping melindungi bangunan. Pakatan strategik kami dengan beberapa pengendali Takaful untuk melindungi hartanah yang disandarkan kepada PBB menerusi portfolio pinjaman Islam telah menghasilkan lebih daripada 4,000 polisi pada tahun yang dilaporkan. Meninjau ke hadapan, Lonpac akan mengukuhkan sistem pengedaran untuk memenuhi keperluan pertumbuhan perniagaan yang semakin pesat daripada Kumpulan PBB dan menggiatkan lagi usaha untuk membangunkan produk baru dan juga menambah baik produk sedia ada dan menyesuaikannya untuk memenuhi keperluan rangkaian pelanggan PBB yang luas. Lonpac akan memberi tumpuan menawarkan kepada pelanggan PBB produk yang memberikan nilai untuk wang bagi pengguna runcit dan menyesuaikan pakej perlindungan yang berkenaan bagi pelanggan korporat. Beberapa program latihan akan dijalankan pada 2009 untuk melengkapkan kakitangan pemasaran dan jualan PBB dengan pengetahuan teknikal untuk mengukuhkan lagi komitmen perkhidmatan kepada pelanggan bersama kami.
Ulasan Pengerusi
Broker Jabatan Broker menyumbang 11% daripada jumlah hasil premium kasar. Jabatan ini mencatat kadar pertumbuhan 31% walaupun bersaing dalam persekitaran yang sengit dan agak kurang pesat, dengan penyusutan kadar premium dalam semua sektor risiko berbanding 2007.
Pada tahun yang dilaporkan, kami mendapati adanya
Walaupun menghadapi suasana yang mencabar, Lonpac berjaya memperbaharui sebahagian besar daripada polisi utama dan mendapatkan perniagaan baru daripada rakan perbankan tradisional kami yang sedia ada dan juga daripada rakan broker yang sedang meningkat naik terutamanya kerana piawaian perkhidmatan kami yang tinggi dan juga reputasi kewangan kami yang kukuh. Jabatan Broker mengendalikan portfolio besar yang merangkumi insurans liabiliti terkhusus seperti polisi indemniti profesional, liabiliti Pengarah & Pegawai, liabiliti produk dan Kesilapan & Keciciran Maklumat. Kapasiti pasaran tempatan untuk menanggung risiko sedemikian adalah terhad. Kelebihan daya saing kami berteraskan sokongan daripada syarikat penginsurans semula antarabangsa. Dengan penarafan A- yang diberikan A.M. Best, kekuatan kewangan kami diperakui oleh syarikat penginsurans semula antarabangsa. Lonpac, bersama broker sekutunya melindungi lingkungan risiko yang luas, daripada polisi runcit untuk orang awam, pakej untuk perusahaan kecil dan sederhana, polisi yang melindungi pembinaan bangunan, projek infrastruktur dan kerja membina jalan mahupun loji janakuasa besar. Pasaran broker insurans tempatan dijangka terus beroperasi dalam suasana yang sangat kompetitif dan serba mencabar, di tengah-tengah krisis kewangan semasa. Walaupun menghadapi cabaran sedemikian, Lonpac akan terus memberi tumpuan terhadap segmen ini dan akan menyusun strategi dan rancangan tindakan yang sewajarnya dengan broker sekutu kami untuk mengembangkan segmen ini secara menguntungkan. Sistem E-Insurans dan Pejabat Cawangan Baru Pada tahun yang dilaporkan, saluran perkhidmatan E-Insurans Motor telah ditambah baik lagi. Sistem lebih baik ini menyediakan beberapa ciri baru untuk meningkatkan aplikasi dan tahap kawalannya. Sistem ini lebih mesra pengguna dan mencepatkan proses yang meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Masa pusing ganti bagi menerima cadangan dan mengeluarkan polisi telah dipercepat sehingga 100%. Setakat ini, Syarikat mempunyai 14 Cawangan yang berkhidmat di merata negeri di Malaysia dan sebuah Cawangan utama di Singapura. Pada tahun ini, 3 cawangan baru ditambah, iaitu Pejabat Wilayah Selatan serta pejabat cawangan Batu Pahat dan Sandakan. Pembukaan cawangan baru ini akan membawa kami lebih dekat kepada pemegang insurans dan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan tepat pada masanya.
keperluan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang insurans memandangkan ketidakpastian pasaran.
Ulasan Pengerusi
Tinjauan audit dalaman dilaksanakan dari masa ke masa untuk memastikan piawaian
T U N T U TA N
Jabatan Tuntutan memainkan peranan penting memberikan perkhidmatan kepada pemegang polisi dengan menjelaskan tuntutan dengan pantas, adil dan saksama. Oleh kerana pemegang polisi akan menilai pelaburan mereka menerusi cara tuntutan mereka dikendalikan, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik reputasi kami dengan menjadi sebuah syarikat yang profesional, boleh dipercayai dan ikhlas dalam menunaikan janji kami dengan memenuhi kewajipan kontrak untuk memberikan perlindungan kewangan kepada mereka dan keluarga mereka.
perkhidmatan
Perangkaan bagi tuntutan yang didaftarkan dan diselesaikan pada 2007 dan 2008 adalah seperti berikut:
tertinggi dikekalkan.
Kelas
Bil. tuntutan didaftarkan 2008 2007
Bil. tuntutan diselesaikan 2008 2007
Kebakaran Marin Kemalangan Peribadi Pelbagai Kesihatan Pampasan Pekerja Motor Liabiliti Bon Penerbangan Kejuruteraan
2,119 719 6,730 1,768 2,701 2,928 18,547 1,029 123 717
2,638 587 4,512 1,699 1,588 3,281 13,912 1,114 58 1 670
915 340 6,127 808 1,841 1,183 7,264 219 23 161
1,532 299 3,637 925 1,172 1,404 6,285 237 191
Jumlah
37,381
30,060
18,881
15,682
Produktiviti Jabatan Tuntutan juga dinilai berasaskan bilangan tuntutan yang diselesaikan setiap kakitangan Tuntutan pada tahun dilaporkan. Pada 2008, purata bilangan tuntutan yang diselesaikan oleh setiap kakitangan Tuntutan berjumlah 1,008 tuntutan. Kami sentiasa berusaha mengukuhkan kedudukan kami untuk mencapai kelebihan daya saing menerusi amalan pengurusan tuntutan rapi, yang berbeza daripada peranan biasa Jabatan Tuntutan yang merangkumi penyiasatan, rundingan dan memahami kerugian dengan matlamat memberikan nasihat dan menyelesaikan tuntutan dengan adil. Seiring dengan penekanan kami terhadap usaha mengatasi jangkaan pemegang polisi, proses tuntutan perlu diuruskan dengan cekap, iaitu dari saat pemberitahuan tuntutan kali pertama diterima sehinggalah fail ditutup. Ini juga termasuk pemantauan dan pengawalan kos secara berkesan menerusi infrastruktur sistem, piawaian perkhidmatan, kecekapan, latihan berterusan, pembangunan kakitangan dan paling penting, integriti. Tambahan lagi, proses tuntutan dikemas kini dari masa ke masa untuk menerapkan prosedur pengurusan tuntutan yang lebih cekap. Maklum balas pelanggan dialu-alukan kerana maklumat yang diberikan boleh digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.
Ulasan Pengerusi
Misi korporat kami ialah untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Untuk itu, program bantuan pelanggan seperti Lonpac E-Assist dan Lonpac Home-Assist terus memainkan peranan penting dalam proses pengurusan tuntutan kami. Lonpac E-Assist ialah program bantuan kecemasan kereta yang disediakan secara percuma kepada pemegang polisi Insurans Komprehensif Kenderaan Persendirian Lonpac. Program ini menawarkan pilihan perlindungan luas termasuk Kerja Pembaikan Kecil di Tepi Jalan dan Perkhidmatan Tunda Kecemasan 24-jam, Perkhidmatan Rujukan Kereta Sewa dan Pengaturan untuk Penginapan Hotel sekiranya kereta rosak atau ditimpa kemalangan. Kemudahan ini juga menjadi saluran komunikasi antara bengkel membaiki kereta dan kakitangan tuntutan, di mana kami menerima komen, maklum balas dan pandangan pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh E-Assist menerusi Risalah Excite dan laman web Lonpac. Lonpac Home-Assist ialah program bantuan rujukan yang diberikan secara percuma kepada semua pemegang polisi Insurans Pemilik Rumah dan Kandungan Rumah Kediaman. Perkhidmatan ini menyediakan bantuan pakar kepada mereka apabila menghadapi masalah berkaitan rumah. Aduan yang diterima daripada pelanggan berkaitan dengan pemprosesan tuntutan dikendalikan dan dijawab dalam tempoh masa tertentu oleh kakitangan yang berpengalaman dan terlatih. Ini untuk memastikan bahawa isu yang diselesaikan memuaskan pelanggan. Tinjauan audit dalaman juga dilaksanakan dari masa ke masa untuk memastikan piawaian perkhidmatan tertinggi dikekalkan dan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kawal selia. Matlamat kami bagi tahun-tahun akan datang ialah untuk terus meningkatkan tahap pengurusan tuntutan kami demi kepuasan pelanggan kami.
Ulasan Pengerusi
T E K N O L O G I M A K L U M AT D A N K O M U N I K A S I
Dalam dunia hari ini yang terhubung, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (“ICT”) memainkan peranan penting dalam pertumbuhan strategik Lonpac. Infrastruktur ICT syarikat sentiasa diteliti untuk meningkatkan kecekapan operasi teras kami dan membekalkan sistem yang memberikan kelebihan atau nilai perniagaan bagi meningkatkan produktiviti. Pelaksanaan inisiatif Teknologi Maklumat (“IT”) diterajui oleh pasukan yang menggandingkan tenaga wakil eksekutif, IT dan pengurusan risiko. Usaha berterusan dibuat untuk menambah baik laman web yang memuatkan maklumat dan perkhidmatan kepada ejen kami. Lebih banyak kemudahan dan ciri interaktif disediakan di laman web untuk menggalakkan pelanggan menjalankan lebih banyak urus niaga di dalam talian. Dengan pelancaran ciri-ciri baru sistem E-Insurans Motor, risiko perniagaan juga dapat diuruskan dengan lebih baik. Inisiatif ICT lain yang dilaksanakan termasuk pembangunan sistem jaminan insurans dan penggunaan perkhidmatan MyEG. Para perantara akan dapat mencetak jaminan insurans dengan mudah menerusi sistem E-Insurans kami, dan pengguna boleh membeli insurans, membuat pembayaran dan juga memperbaharui cukai jalan di laman web MyEG. Selain itu, kami berhasrat untuk mentakrifkan semula dan menguruskan perhubungan pelanggan untuk memahami pelanggan dengan lebih baik dengan memanfaatkan teknologi yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan (“CRM”) untuk menggalakkan pertumbuhan, pengekalan dan kesetiaan pelanggan. Beberapa projek kini sedang dilaksanakan untuk mencipta dan menghasilkan gambaran yang tertumpu pelanggan daripada titik hubungan pertama kepada pembelian pertama dan juga selepas jualan dibuat. Walaupun usaha untuk meningkatkan fungsi dan fleksibiliti sistem perniagaan dilaksanakan secara berterusan, keselamatan dan kebolehpercayaan data dan sistem tetap menjadi keutamaan. Sistem dan dasar disemak dari masa ke semasa untuk sebarang kelemahan keselamatan dan maklumat terbaru. Sistem Pengesanan Pencerobohan (“IDS”) digantikan dengan teknologi lebih baru yang memberikan perlindungan aplikasi dan infrastruktur pada kelajuan gigabit untuk mengurangkan sebarang gangguan atau pencerobohan keselamatan yang boleh menjejaskan perniagaan dengan ketara.
Untuk meningkatkan kecekapan dan kawalan, sistem ICT yang dilaksanakan merangkumi sebuah sistem pengurusan log, naik taraf sistem pemantauan rangkaian dan penggabungan pelayan. Sistem pengurusan log dilaksanakan untuk menangani cabaran menguruskan kerumitan sistem log dan memberikan tinjauan menyeluruh masa nyata kepada pentadbir untuk bertindak dengan pantas. Dengan sistem pemantauan rangkaian yang dinaik taraf, para pentadbir dapat memantau ketersediaan prestasi rangkaian dan aplikasi dengan berkesan. Pelaksanaan sistem ini telah mempermudah tugas pentadbiran ICT dan meningkatkan produktiviti kakitangan pentadbiran. Untuk terus berkembang maju, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan terus memberi tumpuan menyediakan teknologi baru dan sokongan dengan penekanan kepada usaha meningkatkan kecekapan operasi dan kecemerlangan perkhidmatan.
Tinjauan 2009 TINJAUAN INDUSTRI INSURANS
Prestasi industri insurans dijangka kurang memberangsangkan disebabkan ketidakpastian yang melanda pasaran kewangan global. Dalam tempoh tiga tahun lepas, industri insurans mencatatkan kadar pertumbuhan purata 2.9% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dan arah aliran ini dijangka berterusan pada 2009. Dengan kemelesetan dalam sektor pengilangan, keperluan insurans dalam pasaran dalam negara dijangka terbatas. Namun begitu, insurans peribadi seperti pemilik rumah dan kemalangan peribadi diramalkan kekal stabil kerana pendapatan boleh guna isi rumah yang tinggi ekoran langkah pengurangan caruman KWSP dan juga kejatuhan harga minyak. Kemelesetan dunia kewangan juga telah memberikan kesan negatif terhadap pasaran insurans semula antarabangsa. Kos insurans semula dijangka meningkat dan kapasiti insurans semula berlebihan sudah tiada. Peningkatan kos insurans semula dan pengurangan kapasiti memerlukan syarikat insurans untuk mengkaji semula strategi perniagaan. Diharapkan dengan segala pelarasan ini, kadar insurans utama akan mula meningkat pada 2009. Pelaksanaan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko oleh badan kawal selia, Bank Negara Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari 2009,
Ulasan Pengerusi
juga akan menyaksikan beberapa perubahan dalam industri insurans. Rangka kerja baru ini memerlukan syarikat insurans mengukuhkan kedudukan kewangan dengan modal yang mencukupi dan pengurusan risiko yang berkesan untuk mengekalkan pertumbuhan. Rangka kerja ini pasti akan membuka peluang baru bagi pasaran. Secara keseluruhannya, industri insurans dijangka lebih mencabar pada tahun-tahun akan datang. JANGKAAN DAN PELUANG
Memandangkan suasana yang semakin berubah dan ketidakpastian kewangan yang wujud, penanggung insurans akan terus mengambil pendekatan berhati-hati dan teliti untuk menanggung risiko pada kadar yang berpatutan. Pelaksanaan Rangka Kerja Modal Berasaskan risiko berkuat kuasa 1 Januari 2009 akan menyaksikan amalan pengurusan risiko lebih baik oleh penanggung insurans di Malaysia. Walaupun syarikat dengan tadbir urus korporat yang baik dan kedudukan kewangan yang kukuh dapat mengambil kesempatan merebut peluang yang ada, syarikat lain perlu menjajarkan semula strategi perniagaan masing-masing untuk memenuhi nisbah kecukupan modal yang diperlukan. Dengan tadbir urus korporat yang baik dan lembaran imbangan yang kukuh, Lonpac boleh mengambil kesempatan daripada peluang yang ada untuk menambah pendapatan premium kasar. Untuk mengekalkan tahap keuntungan, Lonpac akan terus mengamalkan prinsip penajaan jamin yang teliti dan meningkatkan lagi nisbah tergabungnya untuk menghasilkan keputusan penajaan jamin lebih baik. S T R AT E G I D A N H A L A T U J U
Lonpac telah mengambil pendekatan yang berhemat pada tahuntahun apabila ekonomi berkembang pesat dan akan meneruskan prinsip ini pada tahun-tahun yang mendatang. Tenaga agensi adalah salah satu daripada tunggak syarikat dan kami akan terus membina hubungan jangka panjang dengan ejen kami yang sedia ada dan yang baru dilantik. Kami akan menilai sokongan rakan niaga dalam usaha kami meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan kami. Salah satu daripada strategi kami ialah untuk mengukuhkan kedudukan di pasaran menerusi tenaga agensi kami.
Operasi broker selama ini bukan menjadi penyumbang utama portfolio perniagaan Lonpac. Kami kini sedang mengkaji semula strategi kami untuk berganding bahu dengan broker terpilih. Kami berhasrat untuk meletakkan asas yang kukuh membina syarikat broker yang mantap pada masa depan. Institusi kewangan sentiasa menjadi tunggak perniagaan syarikat. Kami akan terus membangunkan kemahiran perkhidmatan dan pakej insurans yang baik untuk memastikan bahawa keperluan insurans pelanggan kami dilindungi dengan sewajarnya dan sepenuhnya pada kos yang paling berpatutan. Lonpac akan meneroka saluran alternatif baru seperti pemasaran langsung dan telepemasaran, pemasaran berasaskan web dan saluran bukan tradisional lain. T I N J A U A N E K O N O M I M A L AY S I A
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan positif pada 2009 walaupun dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar. Kedudukan fiskal Kerajaan dijangka tetap kukuh. Kerajaan Malaysia juga dijangka menerima penarafan hutang kerajaan asing yang tinggi. Beberapa tindakan ekonomi penting seperti rangsangan fiskal, penurunan kadar faedah dan kadar cukai korporat lebih rendah pada 2009 akan membantu negara menangani kesan kemelesetan ekonomi global semasa. Sektor perbankan dijangka kekal kukuh, dengan tahap keuntungan dan modal yang tinggi, kualiti aset yang tinggi dan tahap kecairan yang mencukupi. Pasaran kredit juga dijangka kekal stabil. Kerajaan dan Bank Negara Malaysia mampu mengambil langkah dan melaksanakan dasar yang sewajarnya untuk mengelakkan kegawatan ekonomi yang lebih teruk menerusi rangsangan perbelanjaan pengguna dan pelaburan tempatan. Tumpuan Kerajaan menjamin tahap kecekapan lebih tinggi dengan memperuntukkan perbelanjaannya kepada projek yang menghasilkan kadar pengganda yang tinggi akan terus menyokong ekonomi Malaysia pada 2009.
Ringkasan Kewangan KEPUTUSAN OPERASI (RM’000)
Hasil Premium Kasar Lebihan Penajaan Jamin Keuntungan Sebelum Cukai Keuntungan Selepas Cukai
DATA LEMBARAN IMBANGAN UTAMA (RM’000)
Jumlah Aset Jumlah Liabiliti Modal Saham Ekuiti Para Pemegang Saham
MAKLUMAT SESAHAM
Sesaham (sen) Perolehan Asas Perolehan Dicairkan Dividen Kasar Sesaham (RM) Aset Bersih Ketara Harga Saham pada 31 Disember (RM) Permodalan Pasaran (RM'000)
NISBAH KEWANGAN(%)
Nisbah Keuntungan Pulangan atas Ekuiti Pulangan atas Aset Margin Penajaan Jamin Margin Operasi Tuntutan Bersih Ditanggung Nisbah Produktiviti Bilangan Pekerja Pendapatan Premium Kasar Setiap Kakitangan (RM’000) Bilangan Polisi Dikeluarkan Setiap Kakitangan Bilangan Tuntutan Diselesaikan Setiap Kakitangan Tuntutan Penilaian atas Saham Tempatan Hasil Dividen Kasar Nisbah Pembayaran Dividen Harga Kepada Pelbagai Perolehan (kali) Harga Kepada Pelbagai Buku (kali) *Dikecualikan Cukai N1- Berdasarkan kepada purata harga pasaran tahun lepas N2- Berdasarkan kepada harga penutup pasaran tahun semasa
Sepuluh Tahun Kumpulan Tahun Berakhir pada 31 Disember 2008
2007
2005
2004
2003
2002
2001
2000
1999
638,728
551,624
473,490
434,763
376,856
341,548
292,419
218,577
204,911
186,520
574,444
494,289
424,440
379,768
328,734
321,166
274,150
202,012
190,238
172,060
75,002
59,231
59,111
44,317
28,121
21,212
16,793
19,082
20,207
18,137
141,564
121,766
110,482
103,560
77,498
43,569
36,292
31,063
30,935
34,358
104,247
87,770
78,128
74,703
55,501
35,297
28,443
26,843
25,017
32,880
856,201
792,389
754,690
716,347
633,439
542,024
488,288
401,283
382,097
354,750
492,460
422,388
358,456
326,147
275,563
248,361
219,050
186,406
192,900
174,863
138,723
138,723
138,723
138,723
128,901
120,159
118,137
107,398
107,355
106,920
363,741
370,001
396,234
390,200
357,876
293,663
269,238
214,877
189,197
179,887
75.7
63.8
56.6
55.1
44.8
29.6
25.4
25.0
23.0
31.0
–
–
–
–
44.5
29.3
25.2
–
–
–
85
110
105
70
60
25
15*
15*
2.64
2.69
2.87
2.83
2.78
2.44
2.28
2.00
1.76
1.68
9.45
12.10
9.35
8.30
5.90
4.14
3.80
3.00
2.54
4.06
1,310,932
1,678,548
1,297,060
1,151,401
760,516
497,458
448,921
322,194
272,682
434,095
28.7
23.7
20.0
19.1
15.5
12.0
10.6
12.5
13.2
18.3
12.2
11.1
10.0
10.0
8.8
6.5
5.8
6.7
6.5
9.3
20.9
19.2
23.5
20.6
15.8
13.8
13.6
17.2
18.8
18.4
22.1
22.1
23.0
23.0
19.8
12.1
11.9
13.6
14.4
17.2
51.2
51.2
48.5
48.6
54.3
55.3
55.4
54.9
53.1
52.1
481
449
426
410
370
345
328
298
277
266
1,194
1,101
996
926
888
931
836
678
687
647
1,901
1,473
1,454
1,363
1,268
1,123
1,057
975
970
944
1,008
1,065
949
1,031
1,156
882
888
898
1,015
1,308
3.9*N2
5.0*N2
7.8N1
2006
14.0N1
13.1N1
8.4N2
10.2N2
6.0N2
15*
5.9*N2
12.5*
3.1*N2
83.8
127.1
135.0
91.5
97.1
61.4
59.5
60.0
65.2
40.3
12.5
19.0
16.5
15.1
13.2
14.0
15.0
12.0
11.0
13.1
3.6
4.5
3.3
2.9
2.1
1.7
1.7
1.5
1.4
2.4
370,001 363,741
2008
396,234
2006
2007
390,200
357,876
293,663
269,238
2005
2004
2003
2002
214,877
189,197
2000
2001
179,887
1999
JUMLAH ASET (RM‘000) 856,201
792,389
754,690
716,347
633,439
542,024
18,137
28,121
21,212
16,793
19,082
20,207
44,317
59,231
59,111
574,444
494,289
424,440
75,002
LEBIHAN PENAJAAN JAMIN (RM‘000)
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2001
2000
1999
2008
2007
2006
379,768
328,734
2004 2005
321,166
2003
274,150
202,012
2001 2002
190,238
172,060
2000
1999
PREMIUM KASAR (RM‘000)
2008
2007
2006
2005
2004
2003
488,288
401,283
2001
2002
382,097
354,750
2000
1999
Ringkasan Kewangan Sepuluh Tahun Kumpulan
EKUITI PARA PEMEGANG SAHAM (RM‘000)
56.6
2006 63.8
PEROLEHAN SESAHAM (sen) 75.7
16,110 17,792
2001 2002
2008
2007
2006
2005
2004
21,851
16,103
2000
2003
13,365
77,498
111,665
105,409
141,564
121,766
110,482
103,560
87,352
69,399
58,670
43,569
36,292
31,063
30,935
34,358
1999
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2001
2000
1999
KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI (RM‘000)
2008
2007
55.1
44.8
2005
2004
29.6
25.4
2002
2003
25.0
23.0
31.0
2001
2000
1999
Ringkasan Kewangan Sepuluh Tahun Kumpulan
JUMLAH DIVIDEN (RM‘000)
Analisis HASIL 5.4%
*
9.7%
90.3%
94.6%
mengikut Lokasi Geografi
mengikut Segmen Perniagaan
KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI 1.0%
22.8%
** 99.0%
77.2%
mengikut Lokasi Geografi
mengikut Segmen Perniagaan
* Kurang daripada 0.1% ** Kurang daripada -0.1%
ASET DIGUNAKAN
Malaysia
14.5%
Singapura 17.5%
* Pegangan Pelaburan
85.5%
82.5%
mengikut Lokasi Geografi
mengikut Segmen Perniagaan
Pembiayaan Pajakan Insurans Am
Segmen BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER
PREMIUM KASAR MENGIKUT KELAS
31.5%
30.8%
31.5%
31.6%
33.2%
3.4%
3.7%
34.3%
2008
2007
LEBIHAN PENAJAAN JAMIN SEBELUM PERBELANJAAN PENGURUSAN MENGIKUT KELAS
22.9%
26.8% 43.9%
48.2%
Marin, Penerbangan & Transit
3.7% 21.3%
Pelbagai 2.7%
30.5%
Motor Kebakaran
2008
2007
Penyata Nilai Ditambah
Nilai ditambah merupakan pengukur kekayaan yang diwujudkan oleh Kumpulan melalui pelbagai aktiviti perniagaan. Penyata nilai ditambah menunjukkan jumlah kekayaan yang diperolehi dan bagaimana ia diagihkan kepada pihak-pihak berkepentingan termasuk Kerajaan, serta pelaburan semula dalam penggantian aset dan pengembangan perniagaan Kumpulan selanjutnya.
Nilai Ditambah
2008 RM’000
Pindahan daripada akaun hasil insurans am tidak termasuk kos kakitangan dan susut nilai
148,519
Pendapatan pelaburan
34,726
Perbelanjaan pengurusan
(2,193)
Bahagian keuntungan syarikat bersekutu
597
Nilai ditambah sedia untuk pengagihan
181,649
Pengagihan Nilai Ditambah
2008 RM’000
Kepada kakitangan: Kos Kakitangan
36,886
Kepada Kerajaan: Perbelanjaan cukai
37,317
Kepada penyedia modal: Dividen dibayar kepada pemegang saham
87,352
Kepada pelaburan semula dalam Kumpulan: Susut nilai Keuntungan tertahan
3,199 16,895
Jumlah Pengagihan
181,649
11% 48%
Pelaburan semula dalam Kumpulan
Penyedia modal 20%
21%
Kerajaan
2008
Kakitangan
Prestasi Suku Tahunan Kumpulan
2008 RM’000
Suku Tahun Pertama
Suku Tahun Kedua
Suku Tahun Ketiga
Suku Tahun Keempat
Tahun 2008
185,562
144,308
191,728
117,130
638,728
Keuntungan operasi
37,380
24,236
35,145
44,206
140,967
Keuntungan sebelum cukai
37,360
24,308
35,379
44,517
141,564
Keuntungan boleh diagih kepada pemegang ekuiti syarikat induk
27,415
17,906
26,236
32,690
104,247
19.91
13.01
19.06
23.75
75.72
–
30.00
–
55.00
85.00
P R E TA S I K E WA N G A N
Hasil
Perolehan sesaham (sen)* Dividen sesaham (sen)
2007 RM’000
Suku Tahun Pertama
Suku Tahun Kedua
Suku Tahun Ketiga
Suku Tahun Keempat
Tahun 2007
153,609
137,785
156,083
104,147
551,624
Keuntungan operasi
34,482
20,987
29,195
34,658
119,322
Keuntungan sebelum cukai
35,348
21,711
29,830
34,877
121,766
Keuntungan boleh diagih kepada pemegang ekuiti syarikat induk
25,828
15,211
21,521
25,210
87,770
18.72
11.04
15.63
18.31
63.75
–
30.00
–
80.00
110.00
P R E TA S I K E WA N G A N
Hasil
Perolehan sesaham (sen)* Dividen sesaham (sen)
* Perolehan sesaham suku tahunan adalah berdasarkan kepada purata wajaran bilangan saham-saham biasa diterbit pada suku tahun tersebut manakala perolehan sesaham tahunan terkini adalah berdasarkan kepada purata wajaran bilangan saham-saham biasa diterbit pada tahun tersebut.
Prihatin Pelanggan
ADUNAN CABARAN DAN PELUANG
Beroperasi di dalam industri insurans, cabaran paling utama yang syarikat akan hadapi adalah evolusi pantas terhadap jangkaanjangkaan pelanggan dengan kehadiran pesaing yang sangat kompetitif. Walaupun berdepan dengan cabaran-cabaran dan ketidakpastian, Lonpac secara berterusan merangka strategi perniagaan dan mencari para pelanggan baru untuk terus bersaing. UFUK BARU DAN EPISOD SEGAR UNTUK KEPUASAN PELANGGAN
Lonpac percaya bahawa hubungan dengan pelanggan yang berterusan bermula dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Ditubuhkan pada tahun 2004, Unit Perkhidmatan Pelanggan bukan sahaja terhad untuk menyediakan perkhidmatan, tetapi juga melaksanakan dan menyokong aktiviti-aktiviti perniagaan secara umum. Ia juga merangkumi kajian terbesar mengenai kelakuan pelanggan dan memainkan peranan penting kepada pihak pengurusan dalam merangka masa depan Syarikat dengan menubuhkan Unit Aduan pada Ogos 2003 untuk menumpukan perhatian, bertindak balas dan menyelesaikan isuisu dan aduan-aduan pelanggan. Dalam usaha untuk menjadikan Unit Aduan Pelanggan sebagai jabatan yang bersemangat penuh dan berfikiran ke hadapan secara berterusan, pada Jun tahun ini, Lonpac telah mula menaik taraf sistemnya untuk mendorong operasi perniagaan yang lebih baik dengan mengusahakan satu sistem yang dipertingkatkan Pengurusan Hubungan Pelanggan (“CRM”), yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada Mei 2009. CRM merupakan satu set aplikasi yang menyediakan kepada Syarikat maklumat berdasarkan jualan, perkhidmatan dan pemasaran yang menggariskan proses-proses perniagaan, kualiti data yang dipertingkatkan dan membenarkan semua divisyendivisyen utama untuk mengeluarkan data dari sumber yang sama. CRM merupakan strategi perniagaan paling utama yang mendorong kepada kejuruteraan semula proses-proses pelanggan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan meningkatkan hasil dan keberuntungan Syarikat. Secara ringkasnya, sistem CRM merupakan salah satu dari pelbagai cara untuk mempercepatkan langkah kami dalam melaksanakan teknologi di dalam perniagaan dan operasi kami untuk kekal kompetitif.
Lonpac percaya bahawa hubungan dengan pelanggan yang berterusan bermula dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
Prihatin Pelanggan
Sebagai pelengkap, perkara yang lebih penting bagi Perkhidmatan Pelanggan adalah mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang berdedikasi dan cekap untuk melaksanakan proses-proses kerja Syarikat. Bagi tahun-tahun sebelum sejak penubuhannya, Perkhidmatan Pelanggan telah bekerja rapat bersama-sama dengan jabatan lain dan cawangan dalam memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berkembang. Adunan sistem yang berinovatif, ahli pasukan yang dilengkapi dengan set kemahiran yang tepat, di samping hubungan kerja yang rapat dengan jabatan-jabatan lain dan cawangan-cawangan telah memperjelaskan kepentingan kami kepada Syarikat. L O N PA C E - A S S I S T – B A N T U A N S E B E N A R U N T U K P E R J A L A N A N YA N G S E L A M AT
Lonpac E-Assist telah mempertingkatkan keupayaannya dari tahun ke tahun. Lonpac E-Assist merupakan satu program bantuan kecemasan kereta percuma untuk para pemegang polisi Insurans Komprehensif Kenderaan Persendirian Lonpac yang disediakan di seluruh negara secara percuma sehingga 300km (perjalanan penuh). Ia menawarkan skop perlindungan yang luas bermula dari Pembaikan Kerosakan Kecil di Tepi Jalan dan Perkhidmatan Tunda Kecemasan 24-Jam, Perkhidmatan Rujukan Kereta Sewa dan Pengaturan untuk Penginapan Hotel jika berlaku kerosakan atau kemalangan kereta. Para pelanggan juga digalakkan untuk menghantar komen, maklum balas dan pendapat mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh E-Assist melalui Risalah Excite atau laman web Lonpac. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti ini, Perkhidmatan Pelanggan akan berupaya mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap kehendak dan kepuasan pelanggan dan seterusnya menyediakan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Oleh itu, dengan pasukan pengurusan yang mantap dan berpengalaman, E-Assist berkedudukan baik dan terus berusaha untuk berada di hadapan pesaing dalam menyediakan tahap perkhidmatan yang setinggi mungkin kepada pelanggan.
Prihatin Pelanggan
L O N PA C H O M E A S S I S T – C A R A U N T U K K E S E L E S A A N D I RUMAH
Melihat kepentingan untuk mewujudkan hubungan yang rapat di antara produk dan pelanggannya, Lonpac telah memperkenalkan Lonpac Home Assist bagi memastikan keselesaan di rumah untuk pemegang polisi Insurans Pemilik Rumah dan Kandungan Rumah Kediamannya, yang dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2004. Dengan langkah mudah yang perlu dituruti, pemegang polisi dapat dihubungkan dengan penyedia perkhidmatan kami untuk mendapatkan bantuan di rumah apabila menghadapi masalahmasalah rumah. Bantuan ini merupakan perkhidmatan rujukan semata-mata bermula dari Bantuan Elektrik, Sistem Paip dan Pakar Kunci, Perkhidmatan Penghawa Dingin dan Kawalan Haiwan Perosak, Kebocoran Bumbung dan Pembersihan serta Pemulihan Permaidani. DETIK PEMBERIAN & PERKONGSIAN
Lonpac sentiasa memberi fokus yang mendalam terhadap perhatian bagi memastikan bahawa ia mempunyai kaedah yang hebat bagi mendorong perniagaan ke arah pertumbuhan yang lebih baik dalam dunia yang berubah dengan dinamik pada hari ini. Risalah Excite merupakan salah satu program-program kesetiaan pelanggan berinovatif untuk pemegang polisi insurans komprehensif kenderaan persendirian supaya mereka dapat kekal seiring dengan pembangunan baru Lonpac. Beberapa aktiviti telah diiklankan di dalam risalah ini yang mengandungi beberapa bahagian seperti Pesanan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Maklumat Produk seperti CAPTOR dan produk-produk Kemalangan Persendirian, ruangan Maklum Balas bagi keseluruhan perkhidmatan Lonpac dan perkhidmatan tunda, Pertandingan Golf, Pertandinganpertandingan, Hadiah Percuma, Diskaun bagi pembelian produk Kemalangan Persendirian yang tertentu serta Baucer-baucer Istimewa. Sepanjang tahun ketujuh (ke-7) sejak pelancarannya pada tahun 2002, program ini telah diterima baik oleh para pelanggan. Selain itu, Lonpac melihat program ini sebagai ramuan penting untuk mendapatkan pandangan pelanggan bagi membantu memandu perniagaan Syarikat dengan arah yang bertepatan.
Prihatin Pelanggan
Lonpac akan terus maju ke hadapan untuk memasuki lebih banyak pasaran yang berpotensi dengan menggunakan teknologi yang telah terbukti dengan fokus ke atas prihatin pelanggan yang berkualiti.
M E W U J U D K A N K E H A D I R A N D A L A M TA L I A N
Pengiklanan dan promosi merupakan elemen utama bagi membangunkan penjenamaan yang kukuh bagi memastikan produk diakui dengan baik oleh pelanggan dalam pasaran insurans yang kompetitif pada hari ini. Pada hakikatnya, lebih banyak perniagaan mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran maya. Oleh itu, Lonpac juga berusaha dengan aktif bagi mewujudkan lebih banyak nilai dalam produk dan perkhidmatannya dengan menempatkannya di dalam laman web. Lonpac telah melancarkan laman webnya pada tahun 2002 untuk menyediakan sumber maklumat satu hentian bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan bebas-masalah dan responsif serta nasihat profesional dalam menguruskan risiko-risiko atau polisi-polisi mereka. Laman web ini dikemas kini secara berterusan dengan maklumat terkini berkenaan produk dan perkhidmatan, isu-isu semasa pasaran insurans dan lain-lain maklumat berkaitan insurans. M A J U K E H A D A PA N D E N G A N T E K N O L O G I
Lonpac akan terus maju ke hadapan untuk memasuki lebih banyak pasaran yang berpotensi dengan menggunakan teknologi yang telah terbukti dengan fokus ke atas prihatin pelanggan yang berkualiti. Berpegang kepada misinya untuk menyediakan kepada pelanggan-pelanggan dengan produk-produk dan perkhidmatan terbaik bertaraf antarabangsa yang disokong oleh kekuatan teknikal dan kewangan yang telah terbukti selaras dengan Pelan Induk Sektor Kewangan, Lonpac akan melancarkan Portal Internet dalam masa yang terdekat untuk memasarkan produknya yang baru dan sedia ada dalam talian yang menjadikan keseluruhan urusan perniagaan lebih efisyen dari awal hingga akhir. Dalam aspirasinya untuk terus mencapai tahap kecemerlangan yang baru, Lonpac sedang menyediakan Gerai MyEG di Pusat Perkhidmatan Pelanggan demi menepati kehendak segera pelanggan dalam memperbaharui cukai jalan mereka tanpa perlu berbaris panjang dan berasak-asak di Jabatan Pengangkutan Jalan (“JPJ”) atau pejabat pos. Kami pasti MyEG akan bertambah maju dan berguna kepada pelanggan kami serta mewujudkan satu pengalaman perkhidmatan pelanggan yang unik kepada Lonpac secara keseluruhannya.
Pembangunan Sumber Manusia
Kakitangan merupakan kuasa pendorong yang menggerakkan sesebuah organisasi untuk maju ke hadapan. Kejayaan sesebuah organisasi berpunca dari kualiti dan kecekapan kakitangannya. Ini juga amat bertepatan kepada Kumpulan LPI. Menyedari fakta bahawa kakitangan yang menjadikan suatu organisasi, Kumpulan LPI percaya dalam memberi tenaga, membangunkan, mengekalkan dan menarik kakitangan yang berbakat. Justeru itu, Kumpulan tetap terus fokus dan komited terhadap pengurusan yang berkesan dan pembangunan bakat kakitangan. Banyak yang telah dilaburkan dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan kerjaya kakitangan dan pengalaman pembelajaran yang berterusan untuk semua kakitangan agar Kumpulan dapat menandingi pesaing-pesaingnya dan mencapai keputusan cemerlang. M E M P E R C AYA I K A K I TA N G A N K A M I
Asas kepada kejayaan Kumpulan yang berterusan adalah kebolehan, kemahiran dan kepakaran tenaga kerjanya. Oleh itu, latihan dalam bidang pembangunan teknikal, pembangunan dan peningkatan kemahiran tetap penting dalam strategi Kumpulan untuk pertumbuhan berkekalan dan prestasi cemerlang. Mempercayai kepentingan dalam memupuk dan memberi kuasa modal intelektualnya, subsidiari Kumpulan, Lonpac mengadakan persidangan tahunan untuk kesemua pendorong utama dengan kecekapan teknikal yang berbeza untuk membina strategi prestasi perniagaan bersinergi yang berkesan sejajar dengan misi korporat Kumpulan. Pada April 2008, Mesyuarat Perniagaan Para Pengurus telah diadakan untuk mengkaji semula prestasi Syarikat dan mempertimbangkan strategi dan pelan perniagaannya. Pada Julai 2008, Persidangan Pengurus Kanan telah diadakan untuk membincangkan ulasan prestasi Kumpulan dan mengadakan sesi sumbang saran untuk membangunkan formula perniagaan yang berjaya untuk Kumpulan. Sebagai sebahagian daripada pendorong Kumpulan untuk melengkapkan kakitangan dengan kemahiran dan pengetahuan penting, Lonpac juga menganjurkan pelbagai program yang mensasarkan untuk membentuk kakitangan pengurusan pertengahan ke arah pembangunan kecekapan kepimpinan dan pelan pewarisan yang optimum. Pada Jun 2008, Lonpac telah mengadakan seminar latihan demi membangunkan kemahiran pengurusan yang berkesan untuk Penolong Pengurus dan Eksekutif Kanan. Topik-topik penting yang dibincangkan di dalam seminar latihan tersebut adalah:UÊ Ã>ÃÊi}ÕÀÕÃÊ>Ì>}>Ê`>Ê*ÀÃiÃÊ*i}ÕÀÕÃ>Ê
UÊ iL>}Õ>Ê Õ>Ã>Ê *i}ÕÀÕÃ>Ê `>Ê i««>Ê Þ>}Ê Berkesan UÊ Ã>ÃÊiv>
>>Ê`>Ê*i>Ã>>>Ê Pada Ogos 2008, satu persidangan telah diadakan untuk pengurus rendah. Seminar latihan yang bertajuk “Membangunkan Pengurus untuk Cabaran di Masa Hadapan dan Keputusan yang Lebih Baik” menyediakan para peserta dengan perspektif kepimpinan yang baru. Bahagian-bahagian kepimpinan utama yang diperbincangkan di persidangan tersebut adalah:UÊ i««>Ê`>Ê*i}ÕÀÕÃ>ÊÞ>}Ê iÀiÃ>Ê UÊ ÌiÊiÕÕÊi>Þ>>Ê UÊ iÜÕÕ`>Ê>L>Ì>ÊÞ>}Ê iÀiÃ>Ê`>Ê*À`ÕÌvÊ UÊ `iÊÕ>ÃÊÌ>À>Ê*iÀÃiÀ>}> Pada November 2008, satu bengkel pembentukan korporat dan sesi latihan produk telah diadakan masing-masing untuk para Eksekutif dan para Pegawai kami. Kakitangan perkeranian disediakan latihan semasa bekerja yang berterusan dan sentiasa dikemas kini dengan pembangunan baru yang berkaitan dengan industri insurans. Selain daripada latihan-latihan dalaman, Kumpulan juga menggalakkan program-program latihan luar yang membolehkan kakitangan kami seiring dengan perkembangan terkini dalam industri di luar pengalaman biasa Kumpulan. Pelbagai latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh organisasi dan institusi yang terkenal seperti Institut Insurans Malaysia (“MII”), Persatuan Insurans Am Malaysia (“PIAM”), Persatuan Insurans Kebangsaan Malaysia (“NIAM”), Biro Penginsurans Motor (“MIB”), Persatuan Insurans Tuntutan Kebangsaan (“NICS”), Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia Berhad (“FRAM”), Institusi Juruukur, Institut Bank-bank Malaysia (“IBBM”), Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (“IIAM”), KPMG Malaysia dan PricewaterhouseCoopers Malaysia telah dihadiri oleh kakitangan kami dari jabatan yang berkaitan di sepanjang tahun. Antara seminar luar negara, Kumpulan telah menyertai satu seminar antarabangsa yang dianjurkan oleh Mapfre Re, penginsurans semula Sepanyol yang terkemuka. Diadakan di Madrid, Sepanyol; seminar yang melibatkan 28 pelbagai syarikat insurans semula dari 20 buah negara yang berlainan di dunia. Seminar tersebut mempersembahkan topik mengenai insurans semula dan pelbagai kaedah dan perkhidmatan yang mempertingkatkan proses penajaan jamin dan pengurusan risiko. Para peserta turut diperkenalkan dengan beberapa aspek model MAPFRE untuk pengurusan dan kawalan perniagaan motor.
Pembangunan Sumber Manusia
Selain itu, Kumpulan juga terlibat dalam seminar kejuruteraan yang diadakan di Basel, Switzerland. Seminar tersebut dianjurkan oleh Divisyen Insurans Teknikal dan Marin dari Swiss National Insurance Company, sebuah syarikat insurans antarabangsa Swiss. Seminar tersebut menyediakan pemahaman mengenai insurans teknikal dan insurans marin bagi pasaran Asia termasuk beberapa program bengkel teknikal. Di samping itu, Kumpulan juga mengambil bahagian dalam Seminar Insurans Antarabangsa NIPPONKOA tahunan yang diadakan di Tokyo, Jepun. Seminar tersebut dianjurkan oleh NIPPONKOA Jepun yang melibatkan peserta-peserta dari cawangan-cawangan luar negara NIPPONKOA, wakil pejabat dan rakan kongsi perniagaan luar negara dari serata dunia seperti Hong Kong, Taiwan, Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam, Jerman, Singapura dan Malaysia. Di seminar tersebut, para peserta diperkenalkan dengan perniagaan insurans Jepun, strategi pasaran dan perniagaannya. Sementara mempelajari tentang industri insurans Jepun, para peserta juga diberi peluang untuk bertukar pendapat mereka dan berbincang mengenai strategi antarabangsa dengan rakan sejawat mereka. M E N G H A R G A I K A K I TA N G A N K A M I
Kumpulan berusaha dengan berterusan untuk mengukuhkan budaya prestasi dan kejayaan di kalangan kakitangannya.
Sebagaimana falsafah Pengasas dan Pengerusinya, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow; Kumpulan sangat percaya dalam berkongsi kejayaannya dengan kakitangannya. Kumpulan berusaha dengan berterusan untuk mengukuhkan budaya prestasi dan kejayaan di kalangan kakitangannya. Disokong oleh sistem imbuhan berdasarkan pretasi yang kompetitif, skim anugerah dengan teliti dan konsistennya diselaraskan dengan strategi dan matlamat perniagaan Kumpulan. Selain itu, Kumpulan mempunyai komitmen yang berterusan untuk membantu kakitangannya berkembang dengan kebolehan mereka sendiri secara berterusan. Di samping ganjaran kewangan, kakitangan individu diiktiraf dan dihargai di atas bakat-bakat, keupayaan dan motivasi mereka. Ini dapat dilihat melalui bilangan bakat yang diasuh sendiri yang pada masa ini memegang kedudukan kepimpinan utama di dalam Kumpulan. Pengurusan modal insan yang strategik merupakan keistimewaan imperatif Kumpulan untuk mencapai pertumbuhan yang lebih baik. Kumpulan dengan itu komited untuk terus mewujudkan nilai dan membina pertumbuhan untuk kakitangannya.
Sepuluh Pembekal Terbaik Yang Dihargai Bagi Tahun 2007 oleh IGB Corporation Berhad
5 Februari 2008 Lonpac telah dipilih oleh Divisyen Pemerolehan Kumpulan dari IGB Corporation Berhad (“IGB”) sebagai salah satu “Sepuluh Pembekal Terbaik Yang Dihargai bagi Tahun 2007” dalam mengiktiraf prestasi Lonpac yang telah mencapai tahap kepuasan yang diharapkan oleh IGB, sikap profesionalisme yang ditunjukkan di tempat kerja dan juga sokongan sepenuhnya yang diberikan dengan perkhidmatan nilai ditambah yang berterusan. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Lonpac menerima pengiktirafan seumpama ini daripada IGB. Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi Kumpulan Risiko Multinasional Chubb 2007 oleh Syarikat-syarikat Insurans Kumpulan Chubb
29 Februari 2008 Lonpac telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi Kumpulan Risiko Multinasional Chubb 2007 sebagai pengiktirafan ke atas kecekapan perkhidmatan dan sokongan Lonpac yang berterusan kepada Kumpulan Risiko Multinasional Chubb. Lonpac telah dikurniakan anugerah ini berdasarkan merit-merit berikut: UÊ iVi>«>Ê«i}iÕ>À>Ê«ÃÊ`>ÊÌ>
>«Ê«iÀ
`>Ì>Ê UÊ ÕLÕ}>ÊÞ>}Ê>>Ê`i}>Ê
ÕLLÊ UÊ *iV>>Êi
ÊV>Ü>}>Ê>Ì>ÕÊ«>ÃÕ>Ê«iÀ
`>Ì>Ê
ÕLLÊ UÊ >`>}>Êi
Ê«i}ÕÀÕÃÊÀ>}>>ÊLiÀÃiÕÌÕ
Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2008 UÊ *Õ>}>Ê/iÀL>Êi«>`>Ê*ii}>}Ê->
> Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2008 UÊ Õ}iÀ>
ÊiÀÌÊ oleh Malaysian Business dari Berita Publishing Sdn Bhd dan CIMA 21 Julai 2008 LPI muncul sebagai salah satu pemenang di bawah kategori Pulangan Terbaik kepada Pemegang Saham bagi Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2008. Selain itu, LPI juga memenangi Anugerah Merit buat empat (4) tahun berturutturut sejak tahun 2004. Anugerah ini mengiktiraf syarikat-syarikat atas kecemerlangan organisasi mereka dalam mencapai prestasi di samping mematuhi standard-standard dan amalan-amalan yang ditetapkan. Tadbir Urus Perusahaan merupakan suatu evolusi Tadbir Urus Korporat di mana ia cuba mencapai keseimbangan di antara tadbir urus korporat dan perniagaan. Para pemenang dinilai berdasarkan prinsip-prinsip tadbir urus perniagaan dan korporat dan amalanamalan terbaik, termasuk pengurusan risiko dan kawalan dalaman, komunikasi dan kepatuhan terhadap undang-undang, prestasi dan kewangan operasi.
Anugerah & Pengiktirafan Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2007 Pemenang – Perkhidmatan Kewangan oleh KPMG 15 Ogos 2008
Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) oleh Institut Akauntan Malaysia, Institut Pengurusan Malaysia dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dengan Bursa Malaysia sebagai Organisasi Sokongan
LPI muncul sebagai salah satu pemenang di bawah kategori Perkhidmatan Kewangan Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2007. LPI telah memenangi Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG buat empat tahun berturut-turut sejak tahun 2004.
2006 – Sijil Merit
Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG merupakan anugerah tahunan di mana kesemua syarikat tersenarai di Bursa Securities dinilai dari segi pembentukan nilai untuk para pemegang saham mereka dalam tahun di bawah tinjauan. Anugerah ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan korporat menerusi peningkatan tahap pendedahan dan menetapkan amalan-amalan terbaik yang boleh diteladani.
Anugerah Tadbir Urus Korporat Malaysian Business oleh Malaysian Business dari Berita Publishing Sdn Bhd 2006 – Anugerah Merit 2005 – Anugerah Merit 2004 – Anugerah Merit Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG oleh KPMG 2006 – Pemenang Sektor, Perkhidmatan Kewangan 2005 – Pemenang Sektor, Perkhidmatan Kewangan 2004 – Pemenang, Perkhidmatan Kewangan
R E K O D A N U G E R A H - A N U G E R A H YA N G L E PA S
Sepuluh Pembekal Terbaik Yang Dihargai Bagi Tahun 2006 oleh IGB Corporation pada tahun 2007 Anugerah Kebangsaan untuk Perakaunan Pengurusan (NAfMA) oleh Institut Akauntan Malaysia dan Institut Pengurusan Akauntan Bertauliah 2007 – Sijil Merit 2006 – Sijil Finalis
Anugerah “Best Under A Billion” bagi Rantau Asia-Pasifik oleh Forbes Asia pada tahun 2005 Malaysia 1000 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Basis Publications House pada tahun 2005
Permodalan Pasaran dan Harga Saham
PERMODALAN PASARAN DAN HARGA PADA 31 DISEMBER 2008 RM juta
497.5
2003
760.5
2004
1,151.4
2005
1,297.1
2006
1,678.5
2007
1,310.9
2 0 08
RM4.14 RM5.90 RM8.30 RM9.35 RM12.10 RM9.45
Prestasi Saham LPI pada 2008 Harga Saham (RM) 14
12
10
8
6 Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Tertinggi Bulanan
Jun
Jul
Ogos
Sep
Okt
Nov
Dis
Terendah Bulanan
HARGA SAHAM TERTINGGI DAN TERENDAH BULANAN TAHUN 2008
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogos
Sep
Okt
Nov
Dis
Tertinggi
12.9
12.9
11.7
11.8
12.3
12.0
11.7
11.2
11.1
10.6
9.2
9.5
Terendah
11.9
11.3
10.5
11.2
11.8
11.2
10.8
10.8
9.9
8.0
8.6
8.8
Maklumat Pelabur
P R E S TA S I PA S A R A N S A H A M PA D A TA H U N 2 0 0 8
Prestasi pasaran saham tempatan yang teguh pada suku keempat tahun 2007 meneruskan rali ke tahun 2008 dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mencecah beberapa siri rekod tinggi sebelum ditutup tinggi pada kemuncak 1,516.22 mata pada 11 Januari 2008. Ia meningkat sebanyak 4.9% untuk muncul sebagai pasaran saham yang terbaik di Asia. Walau bagaimanapun, penetapan dalam pasaran serantau dan global yang disebabkan oleh kebimbangan terhadap kemelesetan global yang dicetuskan oleh AS yang berpunca dari masalah sub-prima dan krisis kredit AS, mengakibatkan KLCI ditutup lebih rendah pada 1,357.40 mata pada akhir Februari 2008. Memang tidak diragui berita terhangat bagi tahun 2008 adalah pilihan raya umum ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008. Dengan kerajaan Barisan Nasional kembali berkuasa dengan hanya majoriti mudah dan sejumlah lima buah negeri jatuh ke pemerintahan pihak pembangkang, pasaran bertindak balas dengan sangat negatif. KLCI menjunam sebanyak 123.1 mata atau 9.5% pada 10 Mac 2008 dengan sejumlah besar saham 1.18 bilion saham didagangkan, mencatatkan kerugian hariannya yang terbesar. Pemulihan semula pasaran ekuiti serantau dan global, walau bagaimanapun membantu mengurangkan keadaan tersebut. KLCI diurus untuk ditutup lebih tinggi pada 1,247.52 mata pada akhir Mac 2008, jatuh sebanyak 13.7% bagi suku pertama tahun 2008.
Pada permulaan suku keempat, KLCI terus menyusut sejajar dengan kejatuhan mendadak pasaran ekuiti global dan serantau. Walaupun langkah-langkah pembetulan diperkenalkan oleh Kerajaan dan Bank-bank Pusat seluruh dunia untuk mengurangkan kadar faedah dan menyuntik banyak kecairan ke dalam sistem kewangan, ketidakfungsian pasaran kredit global terus menjana kebimbangan terhadap kemelesetan global. KLCI terjejas teruk dan menjunam kepada paras terendah dalam empat tahun pada 829.41 mata pada 29 Oktober 2008. Ia bagaimanapun, pulih semula apabila rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.0% pada 29 Oktober 2008. KLCI terus pulih semula mengikut pasaran ekuiti AS dan serantau dan tutup untuk suku keempat pada 876.75 mata, mencatatkan keuntungan sebanyak 5.7% daripada 829.41 mata pada 29 Oktober 2008. Tahun 2008 sesungguhnya tahun yang sangat mencabar. Tinjauan bagi pasaran saham pada tahun 2009 juga dijangka mencabar. Kebimbangan mengenai kemelesetan global akan terus merebak pada setengah tahun pertama 2009. Kemerosotan ekonomi AS bersama dengan kejatuhan harga komoditi dan minyak dijangka memberi kesan negatif ke atas eksport Malaysia. Di samping tinjauan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah bagi tahun 2009, konsensus semasa bagi KLCI hanyalah kenaikan sebanyak 3.6%. P R E S TA S I H A R G A S A H A M L P I C A P I TA L B H D PA D A
Walaupun kenaikan tersebut sejajar dengan pemulihan semula ekuiti serantau dan global, ia masih 1.3% di bawah mata penutup pra pilihan raya umum pada 1,296.33 mata pada 7 Mac 2008. KLCI terus meningkat lebih tinggi pada awal Mei 2008, mencapai suku kedua yang tinggi pada 1,300.67 mata pada 16 Mei 2008. Dalam pertengahan Mei sehingga akhir Jun 2008, ia terus menghadapi tekanan jualan disebabkan oleh banyak faktor, didahului dengan kos yang didorong tekanan inflasi daripada harga petrol lebih tinggi dan kenaikan dalam tarif elektrik yang melembapkan pertumbuhan ekonomi. Akibatnya, KLCI merosot ke arah tempoh sentimen menurun lebih lanjut dan pada akhir setengah tahun pertama 2008 pada 1,186.57 mata, jatuh sebanyak 258.80 mata atau 17.9%. Tren menurun ini berterusan sehingga ke suku ketiga tahun 2008 di tengah-tengah penularan kebimbangan berikutan perhatian terhadap krisis kewangan di AS dan Eropah. Kebanyakan kelemahan di dalam pasaran ekuiti global adalah disebabkan oleh ketidakpastian terhadap keteguhan ekonomi AS. Rantaian berita mengenai kegagalan institusi kewangan besar di AS telah membawa gelombang kejutan ke dalam pasaran kewangan global dan memburukkan lagi sentimen pasaran. KLCI jatuh di bawah 1,000 mata pada 18 September 2008 kepada hampir 991.66 mata. Walaupun ia pulih semula sedikit untuk mencatat 1,018.08 mata pada penutup suku ketiga, ia menurun 14.1% bagi suku tahun tersebut.
TA H U N 2 0 0 8
Harga saham LPI Capital Bhd meningkat daripada RM12.10 pada 31 Disember 2007 ke paras yang tinggi tahun ini bernilai RM12.70 pada 14 Februari 2008 berikutan pengumuman keputusan tahun 2007nya pada 13 Februari 2008. Dengan keputusannya yang bertambah baik, LPI Capital mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 55 sen sesaham ditolak 26% cukai pendapatan dan dividen khas sebanyak 25% sesaham ditolak 26% cukai pendapatan. Dengan dividen interim sebanyak 30 sen ditolak cukai pendapatan sebanyak 26%, jumlah dividen kasar yang diisytiharkan bagi tahun tersebut adalah 110 sen sesaham. Harga sebelum dividen adalah RM12.20 yang didagangkan pada 15 Februari 2008. Tekanan jualan dalam pasaran ekuiti serantau dan global dicetuskan oleh masalah sub-prima dan krisis kredit di AS dan ditambah dengan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008, harga saham LPI Capital jatuh untuk ditutup di paras rendah bagi suku pertama tahun 2008 pada RM10.80 pada 10 Mac 2008. Ini merupakan harga yang dicatatkan paling rendah bagi suku pertama tahun 2008. Harga saham LPI Capital kekal pada paras ini untuk dua minggu seterusnya sebelum meningkat secara beransur-ansur sejajar dengan tren menaik am KLCI untuk mencapai RM11.20 pada penutup suku pertama.
Maklumat Pelabur
Harga-harga Saham LPI dan KLCI pada tahun 2008 14
1600
1400
12
1200
1000 KLCI
8 800
Harga Saham (RM)
10
6 600 4 400 2
200
0
Jan
KLCI
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogos
Sep
Okt
Nov
Dis
0
Harga Saham LPI
Awal suku kedua melihat harga saham LPI Capital berada di sekitar RM11.30 dan mula meningkat untuk mencapai RM12.30 pada 13 Mei 2008. Sejajar dengan penurunan di dalam pasaran ekuiti tempatan dan serantau oleh kerana perhatian terhadap kenaikan kadar inflasi yang disebabkan oleh kenaikan dalam harga minyak mentah, harga saham LPI Capital diperbetulkan kepada RM11.80 pada penutup suku kedua. Apabila keputusan suku kedua yang meningkat diumumkan bersama dengan dividen interim sebanyak 30% di tolak 26% cukai pendapatan pada 10 Julai 2008, harga saham LPI Capital didagangkan dengan peningkatan secara sederhana. Selepas pembayaran dividen harga saham menurun kepada RM11.00 dan paras ini kekal sehingga pertengahan bulan September. Selepas itu rantaian berita mengenai kegagalan institusi kewangan besar di AS mula mempengaruhi pasaran ekuiti dan harga saham LPI Capital mula menurun pada minggu-minggu terakhir di suku ketiga. Harga saham ditutup pada RM10.40 penurunan nilai sebanyak 9.5%.
Dalam suku terakhir tahun ini harga saham dalam pasaran saham serantau dan global mengalami penurunan mendadak akibat perhatian terhadap kejatuhan krisis kewangan global dan kemelesatan global. Seiring dengan KLCI yang lebih rendah, saham LPI Capital menyusut ke paras rendah dalam tahun ini kepada RM8.20 pada 29 Oktober 2008 sebelum pulih semula dan ditutup pada RM9.45 bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2008. Pada tahun 2008, nilai LPI Capital dari segi permodalan pasaran menurun sebanyak 21.25% atau RM353.7 juta kepada RM1,310.9 juta berbanding dengan penurunan KLCI sebanyak 39.3%. Berdasarkan harga penutup pada 31 Disember 2008 pada RM9.45 dan jumlah dividen kasar sebanyak 110 sen dibayar di sepanjang tahun, para pemegang saham menikmati hasil dividen kasar sebanyak 14% bagi tahun 2008.
Ekonomi Malaysia:
Menempuhi Cabaran-cabaran Luar I. ULASAN 2008 S U A S A N A G L O B A L YA N G M E N C A B A R
Tahun 2008 merupakan tahun yang mencabar bagi ekonomi Malaysia berikutan persekitaran ekonomi lebih buruk di dalam ekonomi global. Kesan krisis kewangan yang berpunca dari sekuriti gadai janji sub-prima di Amerika Syarikat (“AS”) pada Ogos 2007 dan akibat kerugian yang besar oleh institusi kewangan global utama, pasaran kredit di AS dan ekonomi-ekonomi maju utama telah terhenti. Kecairan di dalam sistem kewangan global terpaksa disuntik oleh bank pusat utama dan permodalan semula institusi kewangan global utama terpaksa dilakukan untuk mencegah risiko sistemik. P R O S P E K G L O B A L YA N G K A B U R
Prospek untuk pertumbuhan global merosot dengan mendadak disebabkan oleh kesan kekacauan kewangan yang pesat dan meluas dan kesannya yang membawa kemusnahan ke atas ekonomiekonomi maju dan sedang membangun. Di samping itu, apabila sektor kewangan di dalam ekonomi utama memulakan proses mengurangkan pengaruh, keyakinan perniagaan dan pengguna di negara-negara tersebut berkecai dan keadaan pasaran buruh merosot dengan ketaranya.
2007. Pertumbuhan ekonomi di kebanyakan ekonomi-ekonomi maju telah menjadi perlahan dengan ketara pada tahun 2008 (Jadual 1). Walaupun terdapat banyak pakej penyelamat untuk membantu sistem kewangan AS dan suntikan kecairan, permodalan semula bank, dan tindakan berselaras oleh bank-bank pusat global untuk mengurangkan kadar faedah, pasaran kredit kekal ketat. Menjelang November 2008, ekonomi-ekonomi utama seperti AS, rantau Eropah dan Jepun telahpun mengalami kemelesetan teknikal. Untuk menghadkan kemerosotan di dalam aktiviti ekonomi global, kadar faedah telah dikurangkan dengan mendadak oleh bankbank pusat utama dan banyak pakej rangsangan diperkenalkan pada setengah tahun kedua 2008. Jadual 1 Pertumbuhan KDNK Ekonomi, 2007-2008
2007
S1
2008 S2
S3
Amerika Syarikat (%, tahunan s-b-s)
2.0
0.9
2.8
-0.5
Jepun (%, tahunan s-b-s)
2.1
0.7
-0.9
-0.1
Rantau Eropah (%, s-b-s)
2.6
0.7
-0.2
-0.2
United Kingdom (%, s-b-s)
3.1
0.3
0.0
-0.5
A N C A M A N K E M E L E S E TA N
Disebabkan perkembangan yang kurang baik ini, jangkaan pertumbuhan ekonomi global telah menurun dengan mendadak kepada hanya 3.7% bagi tahun 2008 daripada 5% pada tahun
Sumber: Bureau of Economic Analysis, US Department of Commerce dan Reuters.
Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar
TIADA PENGASINGAN
Asia tidak terlepas dari kesan kemelesetan ekonomi global. Pertumbuhan ekonomi di Taiwan, Singapura dan Hong Kong mengecut atau perlahan dengan ketara dalam suku ketiga tahun 2008 (Jadual 2). Terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi Republik Rakyat China (“PRC”) juga sederhana. Pandangan bahawa ekonomi Asia telah terasing daripada AS tertakluk kepada perbahasan. Jadual 2 Pertumbuhan KDNK Ekonomi Negara Asia Terpilih, 2007-2008 % Perubahan Tahunan
2007
S1
2008 S2
11.9
10.6
10.1
9.0
Hong Kong
6.4
7.1
4.2
1.7
Korea Selatan
5.0
5.8
4.8
3.8
Taiwan
5.7
6.3
4.6
-1.0
Singapura
7.7
6.9
2.3
-0.6
Republik Rakyat China
S3
daripada kedudukan yang kukuh di mana ekonomi berkembang sebanyak 6.3% pada tahun 2007 dan inflasi adalah rendah pada hanya 2%. Di samping kadar tabungan negara yang tinggi, ekonomi juga menikmati lebihan akaun semasa yang besar, pengangguran yang rendah dan ringgit yang stabil di sepanjang tahun. Sektor perbankan bukan sahaja teguh dengan keberuntungan yang kukuh, permodalan yang tinggi dan kualiti aset yang tinggi tetapi juga dicurahkan dengan kecairan (Jadual 3). Sementara itu pertumbuhan KDNK masih memberangsangkan dalam setengah tahun pertama 2008, didorong oleh permintaan domestik dan prestasi eksport – risiko bagi aktiviti domestik memperlahan meningkat dengan mendadak dalam setengah tahun kedua 2008. Indeks Utama bagi ekonomi Malaysia hanya berkembang sebanyak 0.1% pada bulan Ogos dan 1.2% pada bulan September (Graf 1). Jadual 3 Ê Sistem Perbankan Malaysia: Kekuatan Utama, 2007-2008 dan Nisbah Pinjaman-Deposit, 2007-2008
Sumber: Reuters. M A L AY S I A : P E R T U M B U H A N K D N K L E B I H L E M B A P
Sebagai ekonomi terbuka dan di mana perdagangan antarabangsa membentuk lebih daripada 200% dari KDNK, ekonomi Malaysia tidak terlindung daripada kemelesetan ekonomi global, terutamanya apabila ekonomi rakan kongsi perdagangan utamanya – AS, rantau Eropah dan Jepun, yang secara kolektifnya merangkumi lebih dari satu per tiga daripada jumlah eksport Malaysia – merosot dengan ketara. Walau bagaimanapun, Malaysia memasuki tahun 2008
Keuntungan Sebelum Cukai (RM bilion – Suku Tahunan) Nisbah Modal Berwajaran Riskio (%) Nisbah NPL Bersih (%) Nisbah Pinjaman-Deposit (%)
2007
Mac
2008 Jun
Sep
17.7
5.7
4.5
4.1
13.2
13.3
13.3
13.0
3.2
3.0
2.6
2.4
74.1
72.5
73.7
75.6
Sumber: Bank Negara Malaysia, Buletin Perangkaan Bulanan September 2008 dan Buletin Suku Tahunan, pelbagai terbitan.
Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar
Graf 1 Malaysia: Indeks Utama, 2008
Jadual 4 Malaysia: KDNK mengikut Komponen Perbelanjaan, 2007-2008 (pada harga konstan 2000)
12 % Perubahan Tahunan
10
2007
%
8
2008 Separuh Tahun
S3
9.8
9.4
6.5
9.9
10.8
7.8
6 4
Permintaan Domestik Agregat
2 0
Penggunaan Jan
Feb
Mac Apr
Mei
Jun
Jul Ogos Sep
Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia, Indeks Utama, Berbetulan dan Lat, Ogos 2008
6.6
12.7
6.9
Sektor Swasta
10.8
10.3
8.1
Formasi Modal Tetap Kasar
9.6
5.8
3.1
Eksport Barangan dan Perkhidmatan
4.2
7.9
5.1
Import Barangan dan Perkhidmatan
5.4
5.9
8.2
KDNK
6.3
7.1
4.7
Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar, Suku Ketiga, 2008.
Graf 2 Malaysia: Pemberhentian Kerja, 2007-2008 12,000 Bilangan Pekerja
Seperti ditunjukkan di Jadual 4, KDNK bagi suku ketiga merosot kepada 4.7% akibat dari penurunan dalam perbelanjaan penggunaan akhir merangkumi penggunaan akhir swasta dan penggunaan akhir Kerajaan, dan pelaburan. Pertumbuhan eksport juga merosot dalam suku ketiga tahun 2008, diakibatkan oleh kelemahan mendadak pada harga komoditi – terutamanya harga minyak mentah dan minyak sawit mentah. Eksport barangan E&E – yang meliputi hampir 40% eksport Malaysia – kekal rendah kerana nisbah buku-ke-bil global hanya berada di sekitar 0.8%. Keadaan pasaran buruh menyusut dalam suku ketiga tahun 2008 (Graf 2).
Sektor Umum
10,000 8,000 6,000 4,000 2,000 0
S107
S2
S3
S4
S108
S2
S3
Sumber: Laman Web Rasmi Kementerian Sumber Manusia.
Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar
A R A H A L I R A N H A R G A M E N A I K T E TA P I R E D A
S E K T O R P E R B A N K A N YA N G T E G U H
Arah pertumbuhan yang ketara juga datang dari inflasi tinggi yang mempunyai kesan penyusutan ke atas permintaan domestik. Sepanjang tahun 2008, inflasi meningkat dengan mendadak daripada 2.3% pada bulan Januari 2008 kepada 7.7% pada bulan Jun 2008 dan 8.5% pada bulan Julai dan Ogos 2008 disebabkan oleh harga minyak global yang tinggi (Graf 3) dan penstrukturan semula utama harga tenaga domestik untuk memastikan pengekalan fiskal. Peningkatan mendadak dalam harga pengguna telah mengakibatkan kenaikan mendadak di dalam kos pengangkutan dan harga makanan. Walau bagaimanapun, memandangkan harga minyak global telah menurun melebihi 65% daripada puncaknya pada tahun 2008, terdapat penurunan ketara di dalam harga minyak domestik. Sehubungan itu, inflasi dijangka reda lagi di dalam setengah tahun pertama 2009 daripada suku keempat tahun 2008.
Sektor perbankan Malaysia terlepas dari kesan kekacauan kewangan global yang menyaksikan penurunan nilai dan kerugian bernilai ratusan billion. Ini disebabkan oleh tiada perkara remeh dalam melaksanakan peraturan-peraturan berhemah Bank Negara Malaysia yang efektif. Bank-bank Malaysia bukan sekadar mempunyai pendedahan yang tidak penting atau tiada langsung terhadap sekuriti sub-prima dan toksik yang mempunyai kesan yang amat membinasakan ke atas AS dan institusi-institusi kewangan yang terjejas di negara-negara lain, malah penggabungan perbankan utama yang dimulakan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2000 dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan telah menjurus kepada peningkatan dalam amalan-amalan tadbir urus korporat dan infrastruktur pengurusan risiko yang lebih baik disediakan. Ini telah menyumbang dengan penting kepada kekuatan dan ketahanan industri perbankan dan kewangan di Malaysia untuk menempuh krisis kewangan global semasa dan menyokong ekonomi. Pertumbuhan pinjaman kekal baik pada kadar tahunan sebanyak 10.3% pada akhir bulan Oktober 2008.
Graf 3 Malaysia: Inflasi, 2008
% perubahan, t-b-t
10
PENGURUSAN MAKROEKONOMI
8 6 4 2 0
Jan
Feb Mac Apr Mei
Jun
Jul Ogos Sep Okt
Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia, Indeks Harga Pengguna, pelbagai terbitan.
Di Malaysia, keseimbangan risiko di antara inflasi tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lembap telah berubah dengan ketara dalam setengah tahun kedua 2008 disebabkan oleh risiko lebih rendah bagi inflasi global dan risiko lebih tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi yang lebih lembap. Risiko lebih tinggi terhadap pertumbuhan lebih lembab disebabkan oleh kesan kemelesetan yang cepat di ekonomi-ekonomi maju utama dan kesan-kesan krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi di ekonomi-ekonomi maju yang tidak dialami, ke atas ekonomi dan pasaran ekuiti dari ekonomi-ekonomi yang muncul. Dibantu oleh penurunan mendadak harga minyak global, Bank Negara Malaysia menjangka inflasi akan reda lagi kepada kurang dari 3% dalam setengah tahun kedua 2009 daripada 7.6% pada bulan Oktober 2008.
Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar
Bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik, Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah penting untuk menyokong permintaan domestik. Pada bulan Ogos 2008, Kerajaan mengambil keputusan untuk pam-prima ekonomi selanjutnya dengan defisit fiskal bagi tahun 2008 yang meningkat kepada 4.8% daripada 3.1% pada tahun 2007. Selain itu, Kerajaan juga memperkenalkan pakej rangsangan bernilai RM7 bilion dan langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan swasta dan meningkatkan penggunaan swasta. Pihak-pihak berkuasa juga telah memperkenalkan langkah-langkah untuk mengekalkan keyakinan terhadap sistem perbankan, termasuk sokongan kecairan oleh Bank Negara Malaysia dan jaminan sepenuhnya ke atas semua deposit ringgit dan mata wang asing di dalam bank-bank perdagangan dan bank-bank asing yang ditubuhkan di dalam negara, bank-bank Islam dan pelaburan serta institusi-institusi penerima deposit. Bank Negara Malaysia juga menyediakan dana baru untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro termasuk Kemudahan Pembiayaan Bantuan PKS dan Kemudahan Pemodenan PKS. Untuk terus menyokong aktiviti ekonomi domestik, Bank Negara Malaysia juga telah mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (“OPR”)nya sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% pada 24 November 2008. OPR kekal tidak berubah pada 3.50% sejak Mei 2006.
T I N J A U A N P O S I T I F U N T U K M A L AY S I A
Di tengah-tengah persekitaran global yang mencabar, ekonomi Malaysia diramalkan mencatat pertumbuhan KDNK yang positif sebanyak 3.5%-4% pada tahun 2009 berdasarkan fiskal utama terdahulu dan campur tangan dasar monetari oleh Kerajaan. Defisit fiskal Kerajaan dijangka kekal pada 4.8% dari KDNK bagi tahun 2009. Kerajaan masih mempunyai ruang untuk bertindak di mana kedudukan fiskal Kerajaan kekal baik, dengan pendedahannya yang rendah kepada hutang luar. Kerajaan Malaysia masih menikmati penarafan asing yang tinggi. Di samping kedudukan kecairan institusi kewangan yang kukuh dan jaminan akses yang stabil kepada pembiayaan oleh isi rumah dan perniagaan, Bank Negara Malaysia mempunyai kapasiti untuk menjalankan maklum balas polisi yang bersesuaian – termasuk mengurangkan lagi kadar – untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi yang teruk. Pertumbuhan pinjaman bagi sistem perbankan dijangka kekal baik pada 7% pada tahun 2009. K E K U ATA N A S A S M A L AY S I A
PERTUMBUHAN DALAM ASIA
Malaysia juga mempunyai kekuatan dasar untuk menempuh kemerosotan ekonomi global semasa. Kadar cukai korporat akan diturunkan kepada 25% pada tahun 2009. Sektor perbankan akan kekal teguh dengan permodalan yang tinggi, kualiti aset yang kukuh dan kecairan yang mencukupi. Pasaran kredit dijangka kekal stabil. Seterusnya, lembaran imbangan isi rumah dan sektor perniagaan dijangka kekal baik.
Walaupun tinjauan untuk ekonomi global kekal tidak pasti, tindakan global berselaras dijangka akan menyokong pasaran kewangan dan menyediakan banyak rangsangan fiskal dan pemulihan monetari dijangka akan menghadkan penurunan dalam pertumbuhan dunia. Asia dijangka berkembang sebanyak 6.5% pada tahun 2009, disokong oleh permintaan domestik dan lebih banyak polisi fiskal dan monetari yang membantu.
Kadar tabungan negara yang tinggi boleh dimanfaatkan lagi bagi menggalakkan perbelanjaan pengguna domestik. Tumpuan Kerajaan untuk memastikan kecekapan di dalam perbelanjaannya bagi projek-projek dengan kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi domestik akan menyokong pertumbuhan pada tahun 2009.
II. PROSPEK BAGI TAHUN 2009