Soalan 1 Kepemimpinan adalah proses memengaruhi atau memberi contoh oleh pemimpin kepada pengikutnya dalam upaya mencapai tujuan organisasi. Dalam kerangka sesebuah organisasi, kepimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya. Kim dan Maubourgne (1992), mendefinisikan kepimpinan sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Kepemimpinan adalah suatu proses dimana seseorang berupaya mempengaruhi sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya untuk mencapai suatu tujuan, sehingga hubungan antara manusia didalam organisasi tersebut lebih kohesif dan koheren. Atau suatu proses dimana seseorang berupaya mempengaruhi sekelompok orang untuk mencapai tujuan bersama. Dalam rangka menjalankan proses kepemimpinannya ini, mereka menggunakan sejumlah “pengetahuan” dan “keterampilan” yang dimilikinya, terlepas dari apakah pengetahuan dan keterampilan tersebut ditunjang oleh bakat bawaan dirinya atau hasil dari proses pembelajaran (formal dan/atau non-formal). Pengetahuan merupakan kombinasi dari pengalaman, informasi kontekstual, nilai dan wawasan para pakar yang dijadikan
acuan,
sebagai
kerangka
untuk
mengevaluasi
dan
menggambungkan informasi dan pengalaman baru. Banyak kajian menunjukan kejayaan sesebuah organisasi disebabkan oleh pucuk kepimpinannya. Sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan
terdapatnya
seorang
pemimpin
yang
berwibawa.
Pemimpin
merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengaras dan menyeleraskan aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan tersebut. Pemimpin juga boleh dikatakan sebagai gabungan sifat-sifat
seorang pengarah, pendorong dan pembantu dalam sesebuah organisasi. Mengikut takrifan Kamus Dewan (2002), kepimpinan ialah keupayaan untuk memimpin. Kepimpinan juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi system
kepercayaan,
tindakan
dan
peganggan
nilai
ahli-ahli
dalam
kumpulanya. Fidler(1997) telah mengenalpasti dua ciri utama hasil daripada analisis beliau tentang kepelbagaian definisi kepimpinan iaitu:
Keupayaan
kalangan pengikutnya . mempengaruhi pengikut kearah mencapai matlamat.
menjanarasa
hala
tuju
dan
keyakinan
dalam
Adalah jelas menunjukan kesan kepimpinan dapat diperlihatkan dari aspek kemampuan serta kebijaksanaan pemimpin mempengaruhi perasaan, keyakinan dan tindakan pengikut-pengikutnya ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Namun, Murphy (1988) menyatakan kepimpinan tidak harus diperkaitkan dengan ciri-ciri pemimpin semata-mata. Kepimpinan juga harus diperkaitkan dengan interaksi pemimpin dengan pengikutnya, pengaruh pengikut terhadap pemimpin dan dalam konteks di tempat beliau berada. Oleh yang demikian, selain ciri-ciri pemimpin, kepimpinan yang berkesan adalah tertakluk kepada konteks, jenis pengikut serta matlamat organisasi. Pemimpin guru ialah guru biasa tetapi mampu membimbing dan mendorong guru yang lain untuk bersama-sama berusaha meningkatkan amalan profesional. Mereka tidak perlu seharusnya sebagai Guru Besar ataupun Guru Penolong Kanan, tetapi mereka hanya menampilkan diri secara sukarela untuk membuat kerja-kerja sekolah. Mengikut Kamus Dewan (2004), kepimpinan bermaksed keupayaan memimpin. Dalam konteks tugas kepimpinan
di
sesebuah
sekolahdapat
berdedikasi, bernovasi dan kreatif.
dimainkan
oleh
guru
yang
Sehubungan
dengan
itu,
Katzenmeyer
dan
Moller
(2001)
pula
mendapati kajian-kajian menuujukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah. Kepimpinan guru, dapat dirumuskan sebagai keupayaan guru menggantikan
kuasa
ataupun
kedudukan. Bagi
mencapai situasi
ini,
pemimpin guru perlu memperkembangkan personality diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhi. Guru juga perlu sentiasa berusaha meninggikan kebolehan dalam bidang yang dipertanggungjawabkan bagi mengekalkan kepercayaan orang lain terhadapnya. Perlaksaan tugasan melalui kepimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria berikut : i.
Keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan perasaan
ii.
hormat. Persoanaliti yang perlu diperkembangkan bagi mewujudkan
iii. iv.
pertalian yang dapat meyakinkan pihak sekolah dan staf. Kedudukan yang perlu dihormati, diteladani, dan dipatuhi. Kebolehan yang boleh mewujudkan kepercayaan dan amanah.
Implikasi kepemimpinan guru dapat ditinjau dari pelbagai sudut. Antaranya dari perspektif murid, bilik darjah, guru, sekolah dan masyarakat. Dalam hal ini, kepemimpinan guru menyediakan peluang kolaboratif dan pembelajaran professional yang mempengaruhi perubahan dalam bilik darjah dan sekolah. Keberkesanan kepemimpinan guru, apabila guru-guru lain
terlibat
secara
langsung
dalam
membuat
keputusaan
secara
professional dalam sekolah. Oleh kepemimpinan guru memberi implikasi yang sangat positif pada murid, bilik darjah, guru, sekolah dan masyarakat. Ia juga secara tidak langsung akan memberi impak kepada pendidikan keseluruhanya. Sebagai seorang pemimpin guru, saya dapat menyediakan Rancangan
Pengajaran
berasaskan
peraturan
peraturan
pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997, Kurikulum kebangsaan dan surat – surat pekeliling yang berkaitan. Melalui ini saya dapat mengajar murid-murid saya dengan dengan lebih baik lagi. Perancangan yang baik juga akan membantu saya memberi fokus kepada standard pembelajaran.
Apabila
murid-murid
mendapat
markah
yang
tinggi
dalam
matapelajaran yang kita mengajar maka semua guru akan mula mengikut cara kita mengajar yang membolehkan anak-anak murid mereka mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Seterusnya pemimpin guru juga akan mengajar matapelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan mengikut garis panduan dan tahap kebolehan pelajar. Ini akan menyebabkan guru-guru sejawat akan turut mengikuti cara kita mengajar. Dengan ini murid-murid akan lebih faham akan matapelajaran yang diajar dan prestasi pencapaian mereka juga akan turut meningkat. Selain itu, seorang pemimpin guru juga akan merancang dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sebelum disuruh oleh Guru Besar. Ini akan memotivasikan semua guru untuk melaksanakan tugas masing-masing supaya mengelakkan diri daripada ditegur oleh Guru Besar. Pemimpin guru akan sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ia juga dapat dicontohi oleh orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya persaingan antara guru-guru untuk memberikan yang terbaik diantara mereka. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan strategi ataupun kaedah pengajaran dengan mengguna pakai atau menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini, kreatif, inovatif, menarik dan berkesan. Ini akan membantu kualiti pembelajaran meningkat serta pencapaian murid-murid juga akan turut menaik. Ekoran itu sebagai seorang pemimpin guru, kita boleh menyediakan program pengayaan bagi murid cemerlang dan pemulihan bagi murid yang berpotensi rendah. Ini akan membantu semua guru untuk mengenalpasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan anak murid dalam matapelajaran yang mereka mengajar. Disini murid guru-guru boleh berusaha lagi untuk membangunkan prestasi anak murid yang lemah dalam pembelajaran.
Sejurus dengan itu, kita juga dapat menyediakan laporan dan analisis kemajuan setiap murid yang diajar. Bukan semua guru yang akan menyediakan laporan pencapaian akademik murid-murid mereka. Tetapi melalui tunjuk ajar seorang pemimpin guru, gurur-guru yang lain juga boleh menyediakannya dengan mantap. Mereka juga dapat menyampaikan laporan kemajuan pembelajaran murid yang diajar itu kepada Guru Besar, ibu bapa dan mahupun kepda murid sekali. Ibu bapa yang peka terhadap pendidikan anak-anak mereka akan mendampingi guru yang berkaitan untuk mengetahui cara-cara yang boleh lagi meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak. Secara tidak langsung, disini kita juga dapat meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Selain daripada bidang akademik, seorang pemimpin guru juga boleh membantu dalam bidang kokurikulum juga. Seorang pemimpin guru akan sentiasa mempunyai pengetahuan yang luas dan sentiasa pakar dalam bidang
pengukhususanya.
Semasa
tiada
siapa
untuk
mengendalikan
kokurikulum kita boleh mengendalikannya. Disini kita akan menjadi pakar rujuk kepadaa guru-guru yang lain. Dengan memerhatikan aktiviti kita, merekapun akan berhasrat untuk menjadi seperti kita. Apabila kita sudah menjadi rol model kepada gur-guru lain, mereka akan sering merujuk kita untuk menjelaskan keraguan mereka dalam sesuatu bidang. Ini dapat memantapkan lagi kerja-kerja sekolah. Selain itu kita juga boleh merancang sesuatu bengkel bagi guru-guru sekolah untuk memberi penerangan tentang kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Mereka yang kurang berpengetahuan boleh menambahkan lagi ilmu mereka. Ini dapat mambantu menyediakan satu situasi dimana semua menjadi pakar dan tidak ada sebarang kesilapan berlaku semasa menjalankan kokurikulum. Ia juga dapat meningkatkan profesioanalisme guru.
Guru dan sekolah serta murid saling berkait rapat sebagai sebuah komuniti sekolah. Pemimpin guru menjadi entity ataupun komuditi utama dalam pembentukan budaya dalam sekolah. Murid pula menjadi sebagai produk pendidikan yang terbentuk hasil daripada pembentukan budaya itu. Malahan pemimpin guru menjadi agen yang bertanggungjawab memimpin guru-guru kearah pembentukan budaya sekolah yang positif. Ini kerana segala budaya sekolah yang positif yang sedia ada dalam sekolah, yang bar dibentuk ataupun yang diwarisi oleh guru menjadi intipati ikutan murid. Hal ini akan berlaku dengan kepercayaan dan keyakinan murid pada seseorang guru. Budaya positif yang dipimpin oleh guru dan sifat kepimpinan pemimpin guru membentuk suasana pembelajaran dan diri pelajar yang lebih positif. Ia juga menjadikan dan merealisasikan matlamat sekolah dan keberkesanan sekolah sebagai institusi pendidikan kearah pendidikan kearah pembentukan warga Negara yang berketerampilan dan produktif sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Seterusnya
pemimpin
yang
menunjukan
kepimpinan
pengajaran
berperanan bagi mereka bentuk dan menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum formal. Ia dapat dilakukan dengan cara mengoptimamkan segala sumber yang ada. Ia dapat direalisasikan melalui strategi rancangan pendidikan, pemerolehan serta pengalaman pengajaran, dan membelajaran bagi memastikan rancangan pendidikan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan wawasan yang dibina. Kepimpinan pengajaran juga adalah proses yang melibatkan individu yang berperanan mencurahkan segala usaha, komitmen, kemahiran serta keterampilan bagi meningkatkan prestasi dan memperbaiki kelemahan pelajar kearah kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha menukar kepimpinan, pemimpin guru perlu memainkan peranan sebagai pakar kurikulum, fasilitator, pembimbing, mentor, pencipta kaedah baru, dan penggalak pembelajaran berkumpulan. Dalam hal ini,
kepemimpinan transformasi adalah proses mempengaruhi warga sekolah melalui usaha berterusan. Selain daripada itu, pemimpin guru juga perlu memperkasakan,
meransang,
dan
meningkatkan
kesedaran
diri
bagi
mencapai matlamat sekolah di samping memperbaiki pencapaian perbadi para guru yang lain. Kepemimpinan transformasi pemimpin guru juga memperlihatkan iltizam yang tinggi dalam usaha supaya warga sekolah menerima tanggungjawab dan kepercayaan yang dipersetujui bersama serta menjana
tahap
motivasi
dan
nilai
moral
yang
terpuji.
Selain
itu,
kepemimpinan pemimpin guru, bertindak membuat keputusan bagi memilih keahlian pasukan, ahli jawatankuasa bertindak dan persatuan ibu bapa dan guru. Keberkesanan kepemimpianan guru menjadi lebih bermakna sekiranya mereka dilengkapi dengan kemahiran interpersonal yang tinggi dan baik. Hal ini disebabkan kemahiran interpersonal mampu menjalin hubungan mesra, yang erat bersama guru sesama sekolah. Kepemimpinan pemimpin guru dalam mengurus bilih darjah adalah set teknik dan kemahiran yang membolehkanya mengawal muridnya secara efektif bagi menghasilkan suasana pembelajaran yang positif. Ia juga turut melibatkan pelbagai aspek seperti mengurus ataupun, mengorganisasi bilik darjah, motivasi dan disiplin. Pengurusan bilik darjah yang baik, menjimatkan masa dan tenaga serta mewujudkan leh banyak peluang untuk aktivitiaktiviti pembelajaran dan pembelajaran serta menggurangkan gangguan disiplin. Seterusnya hasil sekolah bergantung pada kebolehan pemimpin guru dan rakan sejawatnya bertindak sebagai pasukan dalam merealisasikan visi dan misi sekolah serta cara menangani pelbagai masalah. Ini kerana cara berkerja sebagai kumpulan, diyakini dapat membina kerjasama, kejeleketan, dan komitmen yang utuh dari para guru dan muridnya Dalam konteks negara Malaysia pula, aspek kecerdasan emosi dijadikan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mehirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyedari
hakikat ini, elemen kecerdasan emosi disisipkan secara langsung dalam beberapa
matapelajaran
seperti
pendidikan
moral,
pendidikan
etika
profesianalisme, kenegaraan dan ketamadunan. Malah aspek keceerdasan ini juga turut diaplikasikan dalam kurikulum dengan harapan kepentingan kecerdasan emosi setaraf dengan kecerdasan intelek. Justeru, pemimpin guru harus memperkasakan kecerdasan emosi pelajar supaya mereka memiliki kecerdasan intelek seimbang dengan kecerdasan emosi kerana, kecerdasan intelek sahaja tidak dapat menjamin kecemerlangann individu itu apabila beliau berhadapan dengan situasi sebenar. Sebagai seorang pemimpin, mengamalkan komunikasi yang efektif adalah sangat penting. Ia penting bagi pemimpin guru dalam mengurus bilik darjah dengan efektif. Tanpa komunikasi yang efektif, pengurusan bilik darjah dan murid kaku dan bisu. Komunikasi berlaku secara sehala, dua hala, dan pelbagai hala yang melibatkan penyampai mesej dan penerima mesej. Keberkesanan komunikasi pula membawa banyak faedah pada pemimpin guru dan para murid yang terbabit. Kegagalan berkomunikasi secara berkesan merugikan sama ada menyampaikan mesej, ataupun penerimanya kerana ia dapat menimbulkan konflik yang mengganggu keharmonian hubungan semua pihak. Komunikasi yang efektif juga dapat mempengaruhi guru-guru lain. Justeru, guru wajar mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang berkesan semasa berkomunikasi dalam bilik darjah. Kerjasama kepemimpinan
dan guru
pembelajaran adalah
bersama
tunggak
penting
yang
ditekankan
kecemerlangan
dalam sekolah.
Sekolah yang Berjaya dan berkesan biasanya dibantu oleh penglibatan aktif oleh guru-guru dalam tugas berkumpulan dan saling berkerjasama. Justeru, pengjaran guru menjadi proses refleksi yang bergantung pada interaksi teman sekerja, sokongan dan maklumbalas sesama mereka. Misalnya seorang guru dapat mengubah corak pengajaranya pada yang lebih
berkesan.
Dalam
kes
ini,
memahami
tugas
dan
tanggungjawab
kepemimpinan guru, guru A berjaya mengubah persepsi guru B sementara guru
B
berupaya
mengubah
corak
pengajarannya
hasil
daripada
pembelajaran bersama ini. Implikasi kepemimpinan guru ke atas guru membuka peluang pada mereka meneroka aktiviti-aktiviti serta peluang pembangunan profesion dan menyerlahkan lagi keberkesanan kendiri serta keyakinan diri. Secara asasnya, kkepemimpinan seorang pemimpin guru berlandaskan prinsip semua guru mempunyai kemahiran, kebolehan dan bakat yang perlu diasah dan dipercayai. Kepemimpinan pemimpin guru dalam bilik darjah adalah faktor penting dalam diri setiap individu bergelar murid. Pemimpin perlu memahami tugas mereka dalam memantapkan pengajaran sebagai core business mereka dan murid sebagai pelanggan mereka demi kemajuan dan kecemerlangan bersama. Justeru, kepemimpinan yang berkesan ditunjukan oleh pemimpin guru memotivasikan murid dan mendorong mereka belajar dengan lebih bersemangat. Guru yang mendokong sifat kepemimpinan yang berkesan mampu
menjaga
kepemimpinan
kebajikan
guru
juga
anak-anak
menjadi
faktor
muridnya. yang
Dalam
hal
menyumbang
ini, pada
peningkatan persembahan dan kebolehan murid dalam pembelajaran dan sahsiah. Misalnya guru yang mengamalkan kepemimpinan yang baik, lebih terbuka
dengan
persekitaranya,dan
berkerjasama
dengan
murid
menyerahkan tugas yang diamanahkan pada mereka atas kepercayaan yang jitu, membimbing, berbincang, dan mengambilkira pendapat serta keputusan murid bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang diisi dengan kepemimpinan guru yang berkesan lebih ceria apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lebih bermakna. Kepemimpinan guru yang berkesan juga menggurangkan baban individu
kerana kerjasama kumpulan leh dititikberakan. Perbincangan dan keputusan bersama menjadi intipati dalam melaksanakan tugasan. Misalnya, mesyuarat agung PIBG yang diagih-agihkan tugasan antara guru dan ibu bapa yang terlibat akan menggurangkan bebanan tugas dan mampu melicinkan perjalanan mesyuarat itu. Sebagai contoh bahagian teknikal diserahkan kepada guru sementara bahagian-bahagian makanan diserahkan kepada ibu bapa ataupun ahli jawatankuasa yang lain. Sekolah sebagai institusi masyarakat adalah sumber rujukan dan contoh teladan yang baik. Oleh yang demikian, kepemimnan seorang pemimpin guru yang berkualiti adalah salah satu faktor yang menyumbang pada
kejayaan
kumpulan
ataupun
organisasi
seperti
sekolah
dalam
memimpin masyarakat. Kepemimpinan yang cekap dan memenuhi kriteriakriteria kepemimpinan dapat mewujudkan suasana kepuasan berkerja yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian matlamat dengan lebih cemerlang. Perubahan paradigm dari pengurusan yang bersifat tradisional kepada sifat kepemimpianan sejagat. Misalnya kepemimpinan pemimpin guru bukan sahaja dapat melahirkan insan ataupun guru yang berkarisma yang menjadi pemangkin pencapaian cemerlang malah menjadi penggerak pada murid menjadi lebih cemerlang dan terbilang dalam mencapai kepuasan optimam sebagai murid. Justeru itu jika impak kepimpinan ini mampu memberi kesan jangka panjang yang positif demi pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan murid secara khususnya dan sekolah secara amnya. Kepemimpinan guru juga mampu meningkatkan sifat kendiri yang positif dalam kalangan guru.